pendahuluan kkbi mte3112

8
PENDAHULUAN Berdasarkan tajuk tugasan kerja kursus Assessment Practices In Mathematics (MTE 3112) yang telah diberikan, kami dikehendaki melaksanakan 2 tugasan secara berpasangan. Terlebih dahulu kami telah berbincang untuk pengagihan tugasan dan mencari maklumat dan bahan dari pelbagai sumber rujukan seperti bahan bacaan dan buku di perpustakaan dan melayari laman web di internet berkaitan dengan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item dan Temuduga Diagnostik Newman. Bagi Tugasan 1, kami dikehendaki menggubal satu set soalan ujian matematik yang akan kami tadbirkan di sekolah nanti yang terdiri daripada 10 hingga 15 soalan pelbagai pilihan (objektif). Kami telah bersepakat untuk membina 15 soalan objektif yang meliputi keseluruhan topik dalam sukatan mata pelajaran Matematik tahun 5 agar nanti kami boleh memilih 10 soalan yang terbaik untuk dianalisa. Setelah soalan ini siap dibina, kami telah bersetuju memilih untuk mentadbirkan soalan ini kepada murid- murid Kelas 5 Brilliant yang terdiri daripada 27 orang murid (14

Upload: zolkifli

Post on 24-Jul-2015

781 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDAHULUAN KKBI MTE3112

PENDAHULUAN

Berdasarkan tajuk tugasan kerja kursus Assessment Practices In Mathematics

(MTE 3112) yang telah diberikan, kami dikehendaki melaksanakan 2 tugasan secara

berpasangan. Terlebih dahulu kami telah berbincang untuk pengagihan tugasan dan

mencari maklumat dan bahan dari pelbagai sumber rujukan seperti bahan bacaan dan

buku di perpustakaan dan melayari laman web di internet berkaitan dengan Indeks

Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item dan Temuduga Diagnostik Newman.

Bagi Tugasan 1, kami dikehendaki menggubal satu set soalan ujian matematik

yang akan kami tadbirkan di sekolah nanti yang terdiri daripada 10 hingga 15 soalan

pelbagai pilihan (objektif). Kami telah bersepakat untuk membina 15 soalan objektif

yang meliputi keseluruhan topik dalam sukatan mata pelajaran Matematik tahun 5 agar

nanti kami boleh memilih 10 soalan yang terbaik untuk dianalisa. Setelah soalan ini siap

dibina, kami telah bersetuju memilih untuk mentadbirkan soalan ini kepada murid-murid

Kelas 5 Brilliant yang terdiri daripada 27 orang murid (14 orang murid lelaki dan 13

orang murid perempuan) dari Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris, Segamat, Johor

Darul Takzim.

Sebelum ujian dilaksanakan kami telah duduk berbincang terlebih dahulu tentang

bentuk ujian yang akan dilaksanakan. Akhirnya, kami telah bersetuju memilih jenis ujian

rujukan norma kerana ianya meliputi tajuk atau kandungan pembelajaran yang lebih

luas. Ini memudahkan kami untuk mempelbagaikan soalan dari pelbagai tajuk tahun 5.

Selain itu, ujian rujukan norma sememangnya bertujuan untuk membandingkan

pencapaian antara murid atau kumpulan murid dan dapat menentukan pencapaian

Page 2: PENDAHULUAN KKBI MTE3112

murid dalam pelbagai peringkat sama ada lulus/gagal, lemah/sederhana/cemerlang.

Ciri-ciri soalan ujian rujukan norma biasanya bermula dengan soalan yang mudah

kepada sederhan dan lebih sukar dan mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi.

Rajah 1 menunjukkan taburan skor ujian rujukan norma, manakala Jadual 1

menunjukkan ciri-ciri ujian rujukan norma. Sebelum ujian dimulakan, para murid telah

ditaklimatkan terlebih dahulu. Gambar telah dirakamkan semasa ujian berlangsung

sebagai bukti bahawa ujian tersebut benar-benar dilaksanakan.

Rajah 1 : Taburan skor ujian rujukan norma

Page 3: PENDAHULUAN KKBI MTE3112

Jadual 1 : Ciri-ciri ujian rujukan normaPerkara Ujian Rujukan Norma

Konsep Ujian yang membandingkan pencapaian murid dengan murid/kumpulan murid lain.

Tujuan

• Membandingkan pencapaian antara murid/kumpulan murid.

• Menentukan pencapaian sama ada lulus/gagal, lemah/ sederhana/ cemerlang.

• Memilih murid untuk tujuan pengiktirafan – memberi sijil.

Ciri-ciri Soalan Bermula dengan soalan yang mudah kepada sederhana dan lebih sukar dan mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi.

Ciri-ciri ujian Penentuan gred bagi menentukan pencapaian murid dalam pelbagai peringkat.

Cakupan kandung Meliputi tajuk/kandungan pembelajaran yang lebih luas.

Contoh ujian Peperiksaan akhir penggal, UPSR, PMR, SPM, STPM

Dengan menggunakan set jawapan murid yang telah lengkap disemak dan

bertanda, kami telah membina satu program yang akan mengira indeks kesukaran item

dan indeks kebolehbezaan (diskriminasi) item menggunakan perisian Excel Microsoft

Office dengan memasukkan fungsi ‘COUNTIF’ bagi mendapatkan markah berpandukan

bilangan jawapan betul bagi setiap soalan yang dijawab oleh murid. Fungsi ‘Sum’ turut

digunakan bagi mendapatkan bilangan/jumlah murid yang menjawab dengan betul bagi

setiap soalan. Fungsi ‘IF’ pula digunakan bagi menentukan pengkelasan item bagi aras

kesukaran item dan aras diskriminasi item. Kami turut memasukkan formula kami

sendiri secara ‘try and error’ bagi mendapatkan peratus dan nilai p (nilai bagi aras

kesukaran item) dan nilai d (nilai bagi aras diskriminasi item) merujuk kepada

persamaan-persamaan bagi mendapatkan nilai p dan d yang sebenar. Dari dapatan

yang diperolehi menggunakan program tersebutlah, maka analisis item terhadap 10

Page 4: PENDAHULUAN KKBI MTE3112

soalan yang terpilih dimulakan. Data-data dari program yang digunakan menunjukkan

dengan jelas bahawa setiap item/soalan yang digunakan di dalam ujian tersebut

mempunyai aras kesukaran dan aras diskriminasi yang berbeza-beza. Data yang

diperolehi juga dapat menjelaskan sama ada item-item tersebut sesuai atau tidak

sesuai digunakan di dalam ujian bagi membezakan antara murid lemah dan murid

pandai di dalam kelas yang diuji.

Bagi Tugasan 2 pula, kami dikehendaki menjalankan mini projek dengan

mengendalikan Temuduga Diagnostik Newman (Newman’s Diagnostic Interview) bagi

menentukan kesilapan awal yang dilakukan murid di dalam penyelesaian masalah

soalan berayat (word problem). Kami telah menentukan murid dari kelas/tahun yang

sama seperti pada Tugasan 1 sebagai pilihan untuk menjalankan projek ini iaitu murid-

murid dari Kelas 5 Brilliant seramai 27 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Datuk

Wan Idris, Segamat, Johor Darul Takzim. Sebanyak 6 soalan berasaskan soalan

berayat yang relevan dengan kelas yang dipilih telah digubal atau dibina. Soalan-soalan

ini kemudiannya digunakan sebagai soalan ujian yang ditadbirkan kepada mereka

pada tarikh yang sama dengan Tugasan 1. Ujian ini dilaksanakan dengan mendapat

keizinan dari Guru Besar. Ujian tersebut mengambil tempoh 1 jam kerana merangkumi

set soalan bagi Tugasan 1 (15 soalan objektif) dan set soalan bagi Tugasan 2 (6 soalan

berayat/penyelesaian masalah Matematik) dengan mengorbankan 2 waktu Sains.

Gambar semasa ujian dilaksanakan dirakamkan sebagai bukti bahawa ujian tersebut

benar-benar berlaku.

Set jawapan dari para murid kemudiannya dikumpul dan ditanda bagi

mendapatkan markah untuk menentukan murid yang akan dipilih untuk ditemuduga

Page 5: PENDAHULUAN KKBI MTE3112

iaitu berdasarkan kepada kebolehan murid: 2 orang murid lemah, seorang murid

sederhana dan seorang murid berpencapaian tinggi.

Berdasarkan data yang diperolehi, kami telah dapat menentukan 4 orang murid

berkaitan iaitu terdiri daripada 3 murid lelaki dan seorang murid perempuan. Kami telah

berbincang bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan temuduga

terhadap kesemua murid berkenaan. Soalan-soalan temuduga yang sesuai berkaitan

dengan biodata, latar belakang murid dan faktor-faktor lain yang difikirkan berkaitan

dengan rekod pencapaian murid tersebut dalam menjawab soalan berayat tersebut

telah difikirkan, dibincangkan dan dirangka bersama-sama bagi memastikan agar sesi

temuduga nanti berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil seperti yang diharapkan

tanpa mengorbankan masa emas murid dengan sia-sia. Pertemuan dengan murid

diaturkan dengan teliti agar tidak mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran

mereka khasnya kerana melibatkan masa pengajaran guru lain atau melibatkan mata

pelajaran teras yang lain. Murid dimaklumkan lebih awal berkenaan tarikh temuduga

bagi memastikan murid tersebut hadir pada tarikh yang telah ditetapkan. Murid

ditemuduga secara individu (mengikut giliran) pada waktu senggang guru

memandangkan kami juga mempunyai tanggungjawab utama untuk mematuhi jadual

waktu mengajar guru di sekolah untuk mengajar di kelas setiap hari. Dengan waktu

yang terhad inilah temuduga dilaksanakan agar maklumat yang dikehendaki diperolehi

dengan tepat hanya dengan satu sesi pertemuan sahaja. Sesi temuduga ini dirakamkan

gambarnya sebagai bukti pelaksanaan dan mendapat keizinan dari guru yang mengajar

kelas mereka pada masa itu. Semua soalan dikumpulkan dan maklumat yang diperolehi

kemudiannya dipindahkan dalam bentuk dialog bertulis melibatkan perbualan sebenar

Page 6: PENDAHULUAN KKBI MTE3112

antara guru dan murid. Kami cuba mengenalpasti tahap kesalahan seawal yang

dilakukan murid dalam menyelesaikan masalah berayat berpandukan maklumat yang

diperolehi dari temuduga yang diadakan. Segala dapatan kemudiannya direkodkan

dalam bentuk laporan bertulis.