kkbi edu3101

28
1.0 PENGENALAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai beberapa kategori atau aspek yang penting termasuklah pembentukan, analisis dan implikasi terhadap sistem pendidikan negara. Dalam pada itu, ideologi kebangsaan termasuklah Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dirujuk. Seperti yang kita sedia maklum, Negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Justeru itu, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan kita sendiri. Setelah menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Secara ringkasnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran, dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan negara di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar- dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. ‘Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negera’. Idea untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah wujud atau tercetus pada tahun 1979 lagi apabila penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi beberapa isu penting yang berkaitan dengan pendidikan 1

Upload: tiffany-teoh

Post on 10-Sep-2015

66 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KKBi EDU3101

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANFalsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai beberapa kategori atau aspek yang penting termasuklah pembentukan, analisis dan implikasi terhadap sistem pendidikan negara. Dalam pada itu, ideologi kebangsaan termasuklah Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dirujuk. Seperti yang kita sedia maklum, Negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Justeru itu, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan kita sendiri. Setelah menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Secara ringkasnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran, dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan negara di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negera. Idea untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah wujud atau tercetus pada tahun 1979 lagi apabila penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi beberapa isu penting yang berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Selain itu, laporan itu juga mengemukakan peri pentingnya kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang mementingkan pembangunan kemanusian seperti petikan yang berikut: Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial. Kita berhadapan dengan pelbagai unsur dari luar dan dalam. Kebanyakan daripada unsur di dalam adalah baik tetapi, unsur yang didatangkan dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain, iaitu pembangunan kemanusiaan. (Laporan Kabinet, 1979:226) Tenaga rakyat yang diperlukan....juga dari segi nilai-nilai disiplin....perlu jujur dan dedikasi terhadap kerja....boleh berfikir dn bertindak dengan baik....berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia....perlu selaras dengan tujuan pembangunan manusia.(Laporan Kabinet, 1979:227) Berdasarkan petikan di atas, kita telah mengetahui bahawa pembangunan manusia yang inginkan oleh kerajaan merangkumi aspek mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

2.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu Philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti. Manakala E.D Miller pula mengatakan falsafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah boleh diertikan sebagai satu usaha untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan (1984), falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafah adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem pemikiran.Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.Menurut A. Rahman & Zakaria (1994), Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. Manakala Sufean Hussin (1996) menyatakan bahawa Falsafah Pendidikan Negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenialisme, progresivisme dan eksistensialisme.Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia umumnya. Dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menderap satu langkah ke kedudukan yang menjurus kehadapan dengan mengungkapkan secara jelas dan tepat prinsip serta nilai-nilai asas. Prinsip dan nilai asas inilah yang mendasari dan membentuk setiap sistem pendidikan di Malaysia. Ini termasuklah daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu daripada sekolah rendah hingga ke peringkat universiti.Satu konsep asas yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

3.0 MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:1. Percaya dan patuh kepada Tuhan;2. Berilmu pengetahuan;3. Berakhlak mulia;4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;5. Memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan6. Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Malaysia adalah negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina negara Malaysia maju pada suatu hari nanti. Tambahan pula, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga bermatlamat untuk menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya.Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan.Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran.Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara.Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.

4.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANSebagaimana yang telah dijelaskan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan suluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan, maka adalah penting bagi guru dan pendidik khasnya, meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita yang terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh ditafsirkan dari segi faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan-pertimbangan semasa penggubalan dan unsur-unsur yang terkandung di dalamnya.

Untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi panduan dan bimbingan dan manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah agama, sosial, politik, ekonomi, individu dan juga sejagat.

Pengaruh faktor-faktor tersebut dapat dikesan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dihuraikan seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

4.1 Faktor AgamaFaktor agama merupakan pemangkin kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Walaupun begitu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu: mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...4.2 Faktor SosialManakala faktor sosial juga merupakan asas kepada pembentukan falsafah tersebut kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: ....melahirkan rakyat Malaysia....memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.4.3 Faktor PolitikSelain itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga digubal berdasarkan kepada faktor politik. Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada iedologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.4.4 Faktor EkonomiDari segi ekonomi pula, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal supaya rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.4.5 Faktor IndividuMalah, potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.4.6 Faktor KesejagatanPenggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan......Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup. Perkembangan, kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa. Malaysia sejak awal pembentukannya pernah memainkan peranannya di arena antarabangsa dalam usaha menjamin keamanan, keadilan dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat. Usaha kerjasama sejagat ini akan terus dipikul oleh generasi-generasi mendatang. Sehubungan ini, program pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bukan sahaja berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara, tetapi juga berupaya memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.

5.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANDalam Falsafah Pendidikan Negara, terdapat dua aspek yang boleh dirujuk iaitu cabang-cabang falsafah dan elemen-elemen yang terkandung dalam FPK itu sendiri. Antara cabang-cabang falsafahnya ialah Metafizik. Ciri-ciri FPK bagi Metafizik ialah menyeluruh dan bersepadu yang bermaksud, badan ilmu sejagat haruslah diajar oleh guru dan mesti dipelajari oleh muridnya. Ini bermaksud, guru mestilah mencurahkan segala ilmu yang telah ditetapkan sukatannya oleh kerajaan kepada setiap murid. Cabang falsafah Epistemologi dalam falsafah ini ialah usaha yang berterusan. Maksud usaha berterusan di sini ialah, ilmu sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana cabang ilmu sangat luas dan tiada satu pun ilmu yang mutlak. Implikasi terhadap cabang ini ialah penyesuauan diri amatlah perlu mengikut peredaran zaman dan perkembangan semasa misalnya teknologi ICT, k-ekonomi dan sebagainya. Penekanan ilmu juga akan menggalakkan lagi perkembangan dan boleh meluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran diri. Selain itu, boleh menyebabkan pekenanan kepada pembelajaran sepanjang hayat. Dan cabang falsafah yang ketiga ialah Aksiologi. Cabang aksiologi pula terbahagi unsur kepada dua iaitu, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang bermaksud unsur kewujudan dan peranan beragama. Dan unsure kedua ialah berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang bermaksud peranan nilai moral, etika dan sahsiah. Dan cabang falsafah yang terakhir ialah, logik. Logik ialah berketerampilan yang bermaksud kepentingan dan penaakulan sah dan tidak sah.Elemen pertama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah pendidikan adalah suatu usaha berterusan. Ini membawa maksud pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu serta kemahiran dan nilai murni yang berlaku secara berterusan dari kecil sehinggalah ke akhir hayat. Jadi, pendidikan yang bermula dari awal kanak-kanak amatlah penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk kemudiannya akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Apabila tamat persekolahan, setiap individu masih juga perlu untuk meneruskan peningkatan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Oleh itu, proses pendidikan yang berterusan ini mampu untuk membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.

Elemen yang seterusnya pula ialah perkembangan potensi individu yang bermaksud setiap individu telah pun dianugerahkan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan ini sebenarnya dapat dicungkil, dipupuk atau dikembangkan lagi bagi menyerlahkanya. Melalui interaksi sosial dengan orang lain atau pun peredaran alam sekitar dapat menjelmakan bakat, potensi serta kebolehan seseorang individu. Oleh sebab itu, setiap individu perlukan pendidikan kerana pendidikan boleh memperkembangkan lagi bakat, potensi dan kebolehan mereka.Maksud bagi elemen perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu pula ialah, bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya perlu dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya, perkembanga bakat, potensi serta kebolehan mestilah merangkumi keempat-empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.Elemen insan yang seimbang dan harmonis pula ialah, setiap individu mestilah mempunyai ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada tuhan serta mempunyai akhlah yan terpuji (rohani) serta kesihatan diri yang baik (jasmani). Keempat-empat aspek tadi perlulah seimbang untuk menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan juga orang lain. Individu seperti ini tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam menempuh apa juga cabaran kehidupan dan mampu menghadapi serta menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik.Unsur intelek ialah mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu, setiap individu mestilah sentiasa berusaha untuk mengembangkan lagi ilmu yang benar. Unsur intelek juga ialah berkemahiran dalam berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Untuk terus memastikan kemajuan dalam keluarga masyarakat dan negera, individu perlu untuk berkonsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

Menyedari dan percaya kepada Tuhan ialah salah satu daripada unsur rohani. Kita mestilah bersyukur dengan pemberian tuhan dan mempunyai akhlak yang mulia dan berpegang dengan nilai-nilai murni supaya dipandang tinggi oleh masyarakat.Unsur emosi pula ialah mempunyai emosi yang matang dan stabil serta dapat memiliki dan memupuk perasaan kasih saying sesama insan. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan amatlah penting bagi mengeratkan serta mengukuhkan lagi kekuatan masyarakat kita yang berbilang kaum dan bangsa.Unsur yang terakhir ialah unsur jasmani. Unsur ini ialah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Mestilah mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulative dan sosial. Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang amat penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita mesti mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui bahawa Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam. Selain itu, kita juga mesti menyedari bahawa setiap fenomena alam merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh tuhan. Setiap individu mesti bertanggungjawab ke atas segala perbuatan dan tindakannya. Setiap individu juga mesti mengamalkan setiap ajaran agama yang dianutinya.Elemen yang lain ialah, rakyat Malaysia yang berilmu tinggi. Setiap individu mestilah menyintai ilmu pengetahuan. Jika kita cinta akan ilmu, kita akan berminat untuk menuntut pelbagai ilmu kerana ilmu itu luas. Dalam FPK, terdapat juga rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, serta bertanggungjawab. Berketerampilan bermaksud mempunyai kecekapan dan kompetensi diri serta berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Berketerampilan boleh dipupuk dalam setiap diri individu jika mempunyai kekuatan dalam intelek, rohani, emosi dan jasmani. Manakala berakhlak mulia pula ialah mempunyai perwatakan diri yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Untuk memastikan kita hidup dalam masyarakat yang harmoni dan bersepadu, nilai-nilai moral yang baik perlu untuk menjamin masa depan negara. Bertanggungjawab pula bermaksud boleh dipercayai serta menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Sebgai rakyat Malaysia, kita mesti menjalankan tanggungjawab kita dan mematuhi rukun negara. Contohnya mematuhi undang-undang ataupun peraturan yang telah digubal oleh kerajaan.Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara merupakan elemen yang penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berfikiran waras dan berjiwa tenang bagi menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar. Setiap individu juga perlu berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan bertolak ansur bagi mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Untuk memberi sumbangan terhadap keharmonian negara kita perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara, mengekalkan kestabilan politik serta mematuhi perlembagaan dan peraturan negara.Kita juga mesti berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbagan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Untuk mencapai kesejahteraan diri, individu perlu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi. Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup juga amatlah perlu. Seperti elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, individu yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan mampu untuk member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

6.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

6.1 PengenalanFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK ketika menjalaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini; umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK. 6.2 Implikasi Terhadap KurikulumFalsafah Pendidikan Kebangsaan menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan sukatan pelajaran berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Kurikulum kebangsaan telah dikaji semula dan ditukarkan daripada KBSR kepada KSSR bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Program pendidikan juga disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Selain itu, program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan. Penekanan ini diberikan kepada pendidikan teknik dan bahasa merentasi kurikulum. Selain, pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan, pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga juga ditegaskan. Malah, pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan juga dijalankan Serta peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris Penekanan juga diberikan untuk melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

6.3 Implikasi Terhadap PendidikSelain itu, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens para pelajar.6.4 Implikasi Terhadap Institusi PendidikanTambahan pula, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang dihasratkan negara Malaysia.7.0 PERANAN DALAM MEREALISASISKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

7.1 Aspek Sekolah

Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu program pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan. Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan.Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan.

7.2 Aspek Budaya Sekolah

Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna.Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya.

Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan sekolah.Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan. Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.

7.3 Aspek Guru

Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah lebih kompleks. Malah baru-baru ini KSSR diperkenalkan. Sukatan pelajaran ini merangkumi pelajaran yang holistik kepada para pelajar. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan.Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu.Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padat serta jelas.Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai

8.0 CADANGAN MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Sistem Pendidikan Negara, masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan juga intektual. Pelbagai aktiviti dan perancangan yang sistematik harus dilakukan untuk merealisasikan kejayaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Bagi memastikan rakyat Malaysia memperoleh ilmu sepanjang hayat ialah dengan membaca. Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia ialah antara rakyat yang kurang membaca terutamanya buku ilmiah. Dianggarkan bahawa rakyat Malaysia membaca dua judul buku setahun. Untuk mengatasi masalah ini kerajaan perlu mencari pelbagai inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia membaca. Antara langkah yang dilaksanakan untuk memastikan rakyat Malaysia membaca ialah penubuhan Perpustakaan Bergerak anjuran Majlis Perbandaran setiap negeri. Kempen membaca dan pesta buku turut diadakan setiap tahun. Bagi memudahkan pembelajaran dijalankan hingga ke akhir hayat kerajaan sepatutnya menyeru dan melatih guru-guru untuk mengajar anak-anak muridnya menguasai belajar cara belajar untuk belajar sepanjang hayat bagi menjayakan unsur belajar sepanjang hayat. Konsep belajar cara belajar ini diterapkan oleh UNESCO (1995). Antara konsepnya ialah belajar untuk mengetahui (Learning to know), belajar untuk membuat (learning to do), belajar untuk menjadi insan sempurna (Learning to Be) dan akhir sekali belajar untuk hidup bersama (learning to live together). Malangnya pada hari ini, unsur-unsur ini tidak diterap secara serius dalam dunia pendidikan. Malah guru hari ini hanya mementingkan peperiksaan. Mereka hanya lepas tangan dengan tergesa-gesa menghabiskan sukatan pelajaran pada masa yang ditetapkan. Malah ada yang hanya melatih pelajar-pelajarnya menjawab soalan peperiksaan semata-mata. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana menuntut ilmu untuk menjawab peperiksaan menyebabkan ketiadaan implikasi ilmu keatas diri individu. Maka tiada anjakan paradikma dalam diri setiap pelajar. Apabila hal ini terus berlaku usaha dalam FPK untuk menjayakan unsur pendidikan adalah satu usaha berterusan adalah gagal. Didapati hal ini berlaku pada hari ini jadi kesedaran dalam diri setiap guru akan kepentingan mengaplikasi ilmu yang diperolehi dalam kehidupan adalah penting. Jadi ilmu yang berterusan adalah perlu bagi memastikan hidup seseorang itu terus maju kerana ilmu-ilmu baru itu sentiasa diaplikasi dalam kehidupan sehari-hari. Meletakkan pendidikan sebagai satu usaha yang berterusan adalah wajar kerana ilmu ilmu yang banyak mampu menjadikan tamadun Malaysia sebagai satu tamadun yang boleh dibanggakan.Dalam diri manusia ini sebenarnya terkandung bakat yang terpendam, yang tidak disedari dan harus dicungkil. Bakat mampu memajukan diri seseorang individu sekiranya dicungkil dan diasah dengan baik. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah (KBSR) diselitkan dengan usaha untuk mencungkil bakat dan potensi. Sebenarnya orang yang bertanggungjawab mencungkil bakat seseorang ialah guru. Guru bukan sahaja mencungkil bakat yang terpendam malahan memajukan serta membuka peluang kepada pelajar yang berbakat untuk menonjolkan bakat tersebut kepada khalayak antarabangsa. Malah, baru-baru ini telah diperkenalkan sukatan pelajaran baru iaitu KSSR untuk pembelajaran yang lebih holistik iaitu penekanan kepada jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial.Matapelajaran elektif yang diajar adalah bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar. Matapelajaran yang dimaksudkan ialah Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan suluruh matapelajaran yang diajar di sekolah-sekolah teknik dan vokasiaonal. Bagi mencungkil dan melihat bakat individu, kerajaan turut memperkenalkan matapelajaran yang merentasi kukurikulum dengan menyelitkannya didalam gerak kerja kokurikullum. Kokurikulum bukan sahaja mengejar pelajar ilmu-ilmu sampingan yang tidak diajar di dalam kelas tetapi juga kokurikulum sebenarnya mencungkil minat dan bakat pelajar. Dengan kokurikulum juga dapat memerhati dan mengembangkan lagi potensi serta bakat yang terpendam di dalam diri pelajar.Seluruh manusia sedia maklum bahawa tidak semua manusia itu pandai dalam bidang akademik. FPK sebenarnya mengubah persepsi rakyat Malaysia apabila meletakkan unsur memperkembangkan potensi individu sebagai unsur ke dua dalam FPK. Bakat manusia tidak semuanya sama ada diantara manusia yang bakatnya lebih teserlah dalam bidang sukan, ada diantara mereka dalam bidang seni dan ada diantara mereka yang lebih cemerlang dalam bidang ilmiah. Kesedaran ini menyebabkan kerajaan menganjurkan berbagai pertandingan untuk memperkembangkan lagi bakat individu. Contohnya kerajaan telah menubuhkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dengan harapan agar pihak tersebut dapat mencari bakat-bakat baru dan memperkembangkannya. Selain itu, kerajaan juga hendaklah menubuhkan sekolah sukan setiap negeri bagi memastikan rakyat yang cemerlang dalam jasmani dapat dilaksanakan serta dapat menjadikan negara kita cemerlang dan terkenal dengan sukan.Bagi memperkembangkan bakat dan mengurangkan rasa tidak berminat untuk belajar di sekolah, kerajaan sepatutnya menubuhkan sekolah yang beraliran khusus contohnya sekolah muzik, sekolah lakonan, sekolah seni visual dan lain-lain lagi serta mengambil pelajarnya seawal usia 13 tahun supaya minat serta bakat dapat dicungkil. Hal ini juga sebenarnya memberi pendedahan dan penerokaan diri yang awal kepada pelajar akan ilmu pengetahuan yang sesuai dengan bakat mereka. Di Malaysia matapelajaran ini memang dipelajari, tetapi tidak diberi penekanan yang khusus, jadi bakat dan potensi sebenar murid tidak dapat dilihat dan dicungkil. Perhatian yang penuh tidak dapat diberikan oleh guru ketika murid-murid belajar dan melibatkan diri dalam bidang kokurikulum. Bagi bidang sukan pula, memang benar Malaysia mempunyai sekolah sukan antaranya Sekolah Sukan Bukit Jalil tetapi bilangannya tidaklah sehebat nama dan fungsinya. Kerajaan seharusnya menubuhkan sekolah ini dengan lebih luas dan mempunyai kelengkapan yang canggih serta jurulatih yang terlatih bersama-sama dengan pakar-pakar seperti pakar pemakanan yang dapat membantu negara melahirkan atlet yang bertaraf dunia. Keseimbangan dalam aspek JERIS boleh dicapai dalam proses P&P. Keseimbangan dalam aspek jasmani dipupuk melalui matapelajaran pendidikan jasmani. Pendidikan jasmani merupakan salah satu cara untuk memupuk jasmani dalam pendidikan. Bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal pelajar, kerajaan memberi suntikan vaksin dan antibodi percuma di sekolah-sekolah selain itu kerajaan mewajibkan semua pelajar di Malaysia mempelajari subjek Pendidikan Jasmani agar setiap rakyat Malaysia yang lahir mempunyai pengetahuan asas tentang kesihatan dan kecergasan serta kepentingan mempunyai tahap kesihatan yang sempurna. Bagi menguatkan fizikal sekolah sepatutnya melakukan senaman regangan sebelum memulakan pelajaran. Aktiviti merentas desa harus dilakukan setiap bulan. Pemantauan kesihatan daripada penguatkuasa kesihatan Malaysia adalah perlu. Kantin-kantin sekolah juga dilarang menjual makanan segera dan makanan rapu. Multivitamin juga sepatutnya dibekalkan oleh kerajaan kepada setiap pelajar di Malaysia secara percuma untuk menjamin tahap kecergasan pelajar. Emosi merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Bagi pelajar yang mempunyai masalah emosi guru kaunseling bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan panduan supaya konflik emosi dalam diri pelajar dapat diselesaikan dengan baik. Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga ditubuhkan di setiap sekolah dimana ahlinya dipilih dikalangan pelajar-pelajar untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Ahli PRS ini diberi pendedahan yang khas untuk membantu rakan-rakan mereka. Satu buku panduan yang mencadangkan cara-cara menangani masalah emosi harus diterbitkan dan diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar teruamanya pelajar sekolah menengah agar ianya dapat dijadikan panduan oleh mereka apabila mempunyai konflik emosi kerana sesetengah pelajar malu untuk meluahkan konflik emosi mereka. Penjagaan emosi adalah penting kerana masalah emosi bukan sahaja boleh menjejaskan mental malah juga fizikal. Menurut satu kajian otot di bahagian dalam boleh terkoyak sekiranya seseorang itu terlalu tertekan atau empunyai emosi yang kurang stabil.Rohani adalah penting dalam melahirkan tingkah laku yang baik dan mulis. Tingkah laku yang baik dan mulia sangat penting bagi menjamin kesejahteraan. Hanya penghayatan agama sahaja dapat membentuk peribadi yang mulia. Oleh itu kerajaan telah memantapkan matapelajaran agama islam disekolah kebangsaan dengan memperkenalkan program jawi, quran, arab dan fardu ain (J-QAF). Bagi pelajar yang bukan islam pendidikan moral telah cukup , tetapi amali haruslah diutamakan dalam proses P&P agar ianya dapat dipraktikan di luar. Guru agama sepatutnya Intelek merupakan unsur yang sangat diperlukan. Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan. Bagi rakyat Malaysia intelek diukur diatas kertas ujian. Kebanyakkan rakyat Malaysia menganggap bahawa intelek merupakan lambing kejayaan individu. Perkara ini harus dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya dijelaskan dengan lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan menyatakan kepada individu bahawa kejayaan intelek bukan bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah kejayaan merangkumi intelek ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan berdikari. Apalah guna cemerlang didalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat straight A1 tetapi tidak mampu hidup berdikari dan berfikiran rasional untuk membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa hadapan. Guru-guru harus mengukuhkan keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang diajar supaya murid yang lahir akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat membuat keputusan yang bernas dan bijak serta tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan keyakinan pelajar dengan memberi mereka peluang untuk bercakap di khalayak. Dengan mewajibkan setiap sekolah mengadakan sudut pidato dan setiap hari dengan menggunakan Bahasa MelayuKerajaan sepatutnya menjadikan sekolah di Amerika sebagai model kepada sekolah-sekolah di Malaysia. Sekolah-sekolah di Amerika bukan sahaja di lengkapi dengan guru dan pelajar malah di setiap sekolah adanya seorang doktor, ahli psikologi, ahli terapi dan lain-lain lagi yang boleh membawa kebaikkan kepada pelajar. Kemudahan-kemudahan seperti klinik, taman permainan, gymnasium yang dilengkapi alat-alat sukan yang canggih dan bayak lagi harus disediakan di sekolah-sekolah supaya sekolah menjadi tempat nombor dua pelajar untuk menyempurnakan diri serta menjadi insan yang harmonis.Kerajaan tidak seharusnya mengenakan cukai terhadap pembelian komputer. Ini bagi memastikan setiap ibu bapa mampu membeli komputer kepada anak-anak mereka. Tujuan memiliki komputer di sini adalah untuk mengaplikasikan pengajian jarak jauh kepada pelajar-pelajar sekolah yang mendapat cuti sakit. Bagi memastikan hal ini berjaya, penggunaan internet di seluruh pelusuk Malaysia adalah perlu. Pengajian jarak jauh dikalangan pelajar sekolah yang mendapat cuti sakit ini dapat mengelakkan pelajar ketinggalan dalam matapelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajar seperti buta, pekak, bisu dan ceberal palsy yang tidak kronik pengajian jarak-jauh adalah sesuai untuk mereka. Pengajian jarak jauh dikalangan pelajar sekolah juga memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami ICT dan mengelakan kes buta IT. Dengan ini misi pembelajaran sepanjang hayat dapat dilaksanakan.Sebenarnya FPK perlu dikaji dan diselaraskan dengan cabaran-cabaran negara serta aspirasi negara. Konsep PIPP dan Wawasan 2020 sepatutnya diubah suai dan dijadikan teras yang baru dalam FPK. Pembaharuan dalam FPK adalah perlu supaya ianya seiring dengan perjalanan global yang sentiasa mengubah sikap pelajar-pelajar.Pembaharuan dan penambahan dalam FPK hanya dapat dilaksanakan dengan kajian yang terpeinci daripada golongan yang pakar. FPK penting dalam mencorok generasi akan datang dengan pendekatan tertentu.

9.0 RUMUSAN

Kolektifnya, pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah bermediumkan sekolah. Maka, perealisasian hasrat sedemikian perlu ditekan dan diketengahkan ke dalam seantro aktiviti yang dipertanggungjawabkan ke sekolah tersebut.Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun Negara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan ketuhanan. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. FPK juga merupakan dokumen rasmi dan menjadi rujukan variasi pihak khususnya sekelompok insan yang terlibat dalam bidang pendidikan. Pelaksanaan FPK di sekolah kajian adalah di tahap optimum dan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disediakan dan dilaksanakan selama ini, terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlak), beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warganegara yang cukup baik. Namun terdapat pelbagai masalah moral, disiplin dan kelemahan akademik dalam kalangan sebilangan besar pelajar Melayu, terutamanya dari luar bandar. Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian sahaja.

10.0 RUJUKAN

Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk ProgramPerguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: KumpulanBudiman Sdn. Bhd.Mok Soon Sang, 1991. Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur: Kumpulan BudimanSdn. BhdMok Soon Sang (2004). Pengantar Pendidikan TERAS. Subang Jaya : Percetakan Sentosa Sdn. Bhd.

Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah.KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

14