kkbi aaj (3108) edit

Upload: nasrun-mohamad

Post on 18-Oct-2015

75 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Aaj

TRANSCRIPT

1.0 PETA MINDA CIRI-CIRI GURU SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL

2.0 ULASAN MENGENAI SATU ARTIKAL MENGENAI ISU SATU ETIKA GURU

Artikal dalam ruangan KELUARAN KHAS akhbar BERITA HARIAN mukasurat 7, bertarikh 21 haribulan Mei 2012 bertajuk Guru keluar duit poket sedia makanan berkhasiat mencuri tumpuan kami dan terus teruja untuk membaca artikel tersebut sehingga tamat. Artikel tersebut adalah keluaran khas sempena sambutan Hari Guru yang diraikan pada tarikh 16 haribulan Mei 2012 yang lalu. Artikel yang ditulis oleh Baharom Bakar beralamat e-mail [email protected] mengisahkan tentang keperihatinan guru terhadap 102 orang murid orang asli suku kaum Batek di SK Sungai Berua, yang terletak di sebuah perkampungan orang asli di daerah Hulu Terengganu. Kedudukan perkampungan adalah jaraknya dari bandar lebih kurang 30 kilometer dari bandar Hulu Terengganu.Petikan artikel menyatakan bahawa sekolah tersebut mempunyai 18 orang guru dan 6 orang kakitangan. Kesemua mereka menggunakan pendekatan psikologi dalam menghadapi pelbagai karenah murid masyarakat orang asli . Kaedah mendidik yang digunakan juga berbeza dari murid biasa. Guru-guru tidak boleh meninggikan suara atau memegang rotan ketika mengajar kerana mereka akan bersikap agresif dan akan pulang ke rumah jika seseorang guru bercakap dengan keras.Semua murid di sekolah itu layak menerima peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Makanan disediakan sebelum sesi persekolahan bermula. Jika guru tidak mengambil langkah menyediakan makanan , murid akan pulang ke rumah mereka pada waktu rehat dan kemungkinan mereka tidak kembali semula ke sekolah untuk meneruskan pengajian. Guru-guru di sana juga perlu inovatif dan menjalankan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan mereka. Di samping itu guru-guru harus mempraktikkan kesabaran yang tinggi dalam melayan pelbagai kerenah mereka. Karenah paling mencabar ialah ada antara murid yang menulis dan membaca sambil berbaring di atas meja atau lantai, datang ke sekolah setengah jam sebelum rehat atau sebelum tamat sesi persekolahan.

Guru juga perlu memenangi hati ibubapa murid orang asli dengan mengadakan program keluarga angkat atau anak angkat. Guru Besar dan guru-guru membuat kunjungan ke rumah mereka dengan membawa buah tangan. Tujuan kunjungan guru-guru ialah untuk memberi motivasi kepada ibu bapa murid orang asli supaya menggalakkan anak-anak mereka ke sekolah. Kunjungan juga dilakukan beberapa hari sebelum peperiksaan terutama peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai motivasi kepada ibu bapa supaya menyokong anak-anak mereka mereka supaya belajar. Program tersebut telah menunjukkan keberkesanan apabila jumlah anak-anak orang asli tidak lagi mengikut ibubapa mereka ke hutan apabila musim mereka berburu atau mencari kayu gaharu.Walaupun keputusan peperiksaan UPSR tidak menggalakkan, tetapi semua guru bangga kerana seorang pelajar masyarakat pribumi suku kaum Batik dan Semak Beri mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan tujuh pelajar sekolah itu sudah melanjutkan persekolahan ke peringkat sekolah menengah tahun lalu. Keberkesanan program juga dapat dilihat melalui keputusan peperiksaan penggal yang telah menunjukkan peningkatan. Di samping itu kadar ponteng sekolah semakin berkurangan dan tiada lagi murid berkeliaran di luar bilik darjah.

Dari aspek kemudahan teknologi, SK Sungai Berua dibekalkan dengan kemudahan komputer dan internet serta bekalan e-Book dan kemudahan komputer riba mini kepada murid Tahap Dua. Guru Besar menyatakan sasaran tahun ini dan impian semua guru ialah memperolehi keputusan pada GPS 3.8 peratus dalam peperiksaan UPSR.Di akhir artikel, guru besar menyatakan ucapan terimakasih kepada semua tenaga pengajar kerana sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit dalam berusaha memberi pendidikan kepada anak-anakm orang asli.Setelah membaca artikel hingga tamat, kami sangat kagum terhadap guru-guru SK Sungai Berua, Hulu Terenggganu. Kami berpendapat bahawa mereka merupakan kumpulan pendidik yang sebenar yang mengutamakan murid lebih dari kepentingan diri mereka sendiri. Untuk menarik minat anak orang asli bersekolah adalah sesuatu yang sukar. Mereka lebih minat untuk mengikut ibubapa mereka ke hutan mencari hasil hutan atau berburu. Tambahan lagi ibu bapa mereka juga tidak memberi sokongan. Mereka hidup secara tradisi dan agak tertutup. Usaha dan pengorbanan seperti yang telah dilakukan oleh guru-guru SK Sungai Berua, terutama mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyediakan makanan RMT patut diberi pujian dan penghargaan. Mereka mengenepikan samasekali perbezaan keturunan, perbezaan agama latar belakang dan tahap ekonomi .

Kepedulian guru-guru SK Sungai Berua diterjemah melalui pengorbanan yang mereka lakukan dari segi wang ringgit, masa, dan tenaga. Tindakan demikian mereka lakukan dengan harapan agar orang asli dapat melakukan anjakan paradigma terhadap kepentingan menuntut ilmu pengetahuan. Diharapkan juga agar mereka sedar bahawa ilmu pengetahuan sangat berguna dalam menghadapi kehidupan dan bekalan untuk anak-anak mereka pada masa akan datang. Generasi mereka harus keluar dari kepompong kemiskinan dan tidak bergantungan hidup dari hasil hutan semata-mata. Sebaliknya mereka bersama-sama dengan masyarakat Malaysia yang lain mengambil bahagian dalam kepesatan pembangunan, penyertaan dalam pelbagai sektor ekonomi dan boleh mengahadapi dunia globalisasi dengan jayanya.Sesungguhnya guru-guru SK Sungai Berua adalah contoh guru yang lengkap dengan ciri-ciri guru sebagi seorang profesionalisme yang berilmu, bersahsiah tinggi, berkemahiran dan berketerampilan. Semua warga pendidik di Malaysian harus mencontohi dan mengikuti teladan yang telah ditunjukkan oleh mereka.3.0 KAITAN ISU ETIKA KEPEDULIAN GURU DENGAN KOD ETIKA

KEGURUAN

Menurut Van Den Berg & Ros(1999 ), kepedulian adalah gabungan perasaan pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya. Seorang guru yang peduli terhadap muridnya memenuhi ciri-ciri seperti memberi tumpuan yang penuh terhadap anak didiknya, memenuhi keperluan mereka, mementingkan perkembangan dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani, mengeratkan hubungan, perihatin, mendengar pandangan murid, mewujudkan suasana kondusif, memahami murid secara individu, berempati, memenuhi keperluan akademik dan emosi murid. Kepedulian adalah salah satu unsur sahsiah mulia dalam kod etika keguruan. Isu kepedulian mencakupi pelbagai aspek berkaitan murid dari segi jasmani, emosi, rohani, ekonomi, latar belakang, budaya, agama dan adat resam. Seorang guru yang peduli terhadap aspek-aspek tersebut tidak mudah melakukan tindakan atau menjatuhkan hukuman terhadap murid yang melakukan perkara-perkara yang menyalahi peraturan atau disiplin. Sebaliknya guru akan mencari punca masalah dan melakukan tindakan bagi menangani masalah tersebut. Sebagai contoh sekiranya murid tidak membuat kerja sekolah yang diminta, guru tidak harus menjatuhkan hukuman atau dendaan. Sebaliknya guru mencari punca atau sebab mengapa murid tidak membuat kerja rumah yang diminta. Kemungkinan murid tidak membuat kerja rumah ialah disebabkan ketiadaan buku, ketiadaan bahan rujukan, tidak sempat kerana menjaga ahli keluarga sakit atau sebagainya. Kemungkinan-kemungkinan tersebut adalah tidak disengajakan oleh murid malah ia menjadi masalah kepada murid tersebut. Sebagai guru, apabila alasan-alasan tersebut telah dikenal pasti, guru harus perihatin dan membantu supaya masalah dapat ditangani sebaik mungkin.

Memenuhi keperluan pelajar adalah unsur kepedulian guru terhadap muridnya. Keperluan pelajar berkemungkinan dari segi fizikal, rohani, mental, material atau emosi. Dalam konteks keperluan fizikal, keperluan makanan dan minuman murid harus dipenuhi untuk membolehkan mereka berada di dalam keadaan yang selesa dan bersedia menghadapi pembelajaran. Ia juga berkait dengan keadaan kesihatan murid. Sekiranya murid tidak cukup makan dan minum serta makan makanan yang tidak brkhasiat, kesihatan mereka akan terjejas. Mereka akan menjadi lemah dan kurang bermaya semasa menghadapi pelajaran. Begitu juga keperluan emosi mereka. Mereka harus diberi penghargaan dan pujian supaya emosi mereka stabil dan tenang. Mereka akan rasa seronok dan merasakan bahawa kehadiran mereka dihargai dan diterima oleh guru dan rakan-rakan. Dengan demikian mereka mudah menerima pelajaran yang diajar oleh guruGuru merupakan agen moral, kerana mereka terlibat dengan manusia yang mempunyai unsur nilai iaitu nilai baik atau jahat. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara mempunyai matalamat untuk memenuhi tuntutan JERI mewujudkan insan yang seimbang (holistik) dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Keadaan ini sudah tentunya memerlukan satu tatasusila/etika yang perlu diikuti oleh semua guru. Guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan manusia. Guru sangat perlu bagi melahirkan insan yang seimbang dari semua segi. Pembangunan insan harus diseimbangkan agar nilai-nilai moral masyarakat supaya sentiasa terpelihara. Mahathir (1999), guru-guru dituntut agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh pelajar dan masyarakat di samping menguasai pelbagai ilmu, antara lain dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat, bahasa dan kemahiran berkomunikasi.

Abdul Shukor (1999), asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi amalan yang berpanjangan bagi setiap murid. Sepanjang hayatnya mereka akan ingat bagaimana guru-guru menerap ilmu pengetahuan, budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai murni dan jati diri sehingga sebati dalam jiwa. Etika merupakan displin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara individu. (Abdul Rahman Md. Aroff - Teori Etika dan Amalan Moral1999)

Etika ditakrifkan sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik dan dengan kewajiban dan tanggungjawaj moral. (Harold Koontz & Heinz Weihrich - Pengurusan terjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod & Siti Nadzrah Sheikh Omar -DBP)

Profesion keguruan adalah profesional dan mempunyai kod etikan tersendiri. Kod etika keguruan perlu dihayati oleh para guru serta dijadikan rujukan dan panduan untuk memastikan mereka berada di landasan yang betul semasa menjalankan tugas. Sebagai guru, tanggungjawab memastikan bahawa profesion keguruan berada pada martabat yang tinggi adalah terletak di bahu mereka. Oleh itu para guru seharusnya mengamalkan tingkah laku yang sewajarnya diamalkan sebagai seorang pendidik. Isu kepedulian seperti yang digambarkan dalam artikel Guru keluar duit poket sedia makanan berkhasiat adalah sangat menepati etika guru sebagai profesional. Etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam organisasi. Walaubagaimana cekap sekalipun pengurusan, sememangnya tidak bererti jika tidak dibaluti dan diikat dengan etika pengurusan yang sempurna. Etika akan melahirkan budaya kerja yang cemerlang, perkhidmatan cemerlang dan barangan yang berkualiti. Etika ini akan bererti jika ianya mematuhi nilai-nilai moral.

Bagi menjaga nama baik profesion perguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, maka kod etika telah pun disediakan. Kod etika ini telah pun disediakan dalam bentuk ikrar dan lazimnya tercetak di halaman depan buku persediaan mengajar guru. (Ee Ah Meng Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih 1989). Berikut ialah kod etika guru yang perlu dipatuhi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya :

1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR.1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal- hal lain.Dalam konteks ini isu kepedulian oleh guru telah diamalkan oleh guru-guru SK Sungai Berua. Hulu Terengganu. Mereka telah berkorban duit dari poket sendiri untuk memastikan anak murid mendapat makanan yang berkhasiat. Makanan yang berkhasiat akan menjadikan murid sihat dan dapat menerima pelajaran dengan baik dan mudah..

1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

Semua guru bersikap adil dan saksama ke atas semua pelajar dengan mengenepikan semua unsur-unsur perbezaan kedudukan, keturunan, tahap ekonomi dan perbezaan agama. Semua murid dilayan sama rata tanpa ada prajudis atau sikap pilih kasih. Mereka umpama dididik umpama anak sendiri dengan harapan agar mereka akan menjadi pemimpin atau peneraju negara pada masa akan datang. 1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

Kepedulian guru terhadap kerahsiaan murid dan mengambil langkah-langkah menyimpan kerahsiaan adalah demi untuk menjaga maruah pelajar. Segala maklumat tidak boleh disebarkan kepada pihak ke tiga kerana mungkin akan didedahkan kepada pihak yang lain pula dan dengan ini kerahsiaan tidak akan terjamin. 1.4 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

Dalam isu kepedulian guru ini, guru tidak pernah meminta bayaran, malah mereka mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk menarik minat murid belajar dengan membeli buah tangan. Pengorbanan guru yang sedemikian rupa tidak meminta sebarang balasan dalam bentuk material atau apa-apa juga imbuhan sebaliknya mengharapkan perubahan dan peningkatan pembelajaran murid. Dengan kata lain, kejayaan murid adalah motif utama atas apa yang mereka lakukan. 1.5 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran guru mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Dalam usaha meningkatkan kecekapan diri dalam bidang IT, guru-guru berusaha untuk menambah pengetahuan dan menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dengan menghadiri kursus IT supaya dapat memenuhi keperluan dan selera pelajar, mengikut piawai dan kualiti yang diiktiraf, kemampuan bertanding dan membuat penilaian berasaskan produktiviti dan penyempurnakan sasaran dan objektif. Berasaskan kepada perkembangan Teknologi Maklumat, sekolah ini telah dibekalkan dengan kemudahan internet dan komputer. Begitu juga dengan murid-muridnya iaitu Tahun 4,5 dan 6 telah diberi komputer riba. Guru-guru lah yang memberi pendedahan dan panduan serta tunjuk ajar dengan penuh kesabaran dan kepedulian yang amat tinggi supaya murid boleh menguasai bidang IT setanding dengan murid-murid di bandar. 1.6 Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar.

Ciri ini sememangnya amat dituntut kerana tingkahlaku guru akan menjadi ikutan pelajar seperti kata pepatah Jika guru kencing berdiri maka murid kencing berlari dan tidak berlaku seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Guru mesti mempunyai pribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perwatakan yang baik.Kepedulian guru terhadap penampilan diri sendiri harus ada kerana guru menjadi contoh teladan kepada murid. Tambahan pula, murid-murid orang asli diberi penerangan mengenai kepentingan berpakaian dengan sempurna dan lengkap untuk menjaga keselamatan dan kesihatan.

Guru juga sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha menyesuaikan dengan keadaan sekeliling kerana setiap perkembangan guru akan diperhati dan dinilai oleh pelajar dan masyarakat.Dalam isu keperihatinan guru dalam aspek penampilan, guru-guru SK Sungai Berua sudah menunjukkan teladan yang baik dari sudut tingkahlaku. Guru menggunakan psikologi dan diplomasi dalam memenangi hati murid dan ibu bapa bagi menarik minat mereka terhadap pelajaran. . 2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA.2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.

Sememangnya tanggungjawab utama mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab ibubapa. Murid diajar menghormati dan menyayangi kedua ibubapa dan kaum keluarga mereka. 2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

Guru berusaha mewujudkan keadaan ini melalui aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah seperti program menziarahi keluarga angkat. Contoh yang telah ditunjukkan oleh guru-guru SK Sungai Berua ialah dengan membawa buah tangan untuk memberi motivasi kepada ibu bapa agar menggalakkan anak mereka hadir ke sekolah. Langkah demikian telah mengeratkan kerjasama dan hubungan baik antara mereka.2.3 Menggangap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya .

2.6 Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka. Guru mestilah bersifat neutral dan tidak boleh menghasut pelajar supaya membenci ibu bapanya. Sebagai contoh apa yang berlaku sekarang ada dikalangan pelajar yang memberitahu ibu bapa mereka supaya membenci kerajaan kerana dihasut oleh guru mereka. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dikalangan guru-guru. Ee Ah Meng (1989)

Guru hendaklah menanamkan sikap baik di kalangan pelajar agar mereka membesar menjadi warganegara yang berguna dan taat setia kepada keluarga dan negara.

3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA.

3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang yang boleh merosokkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukunnegara.

Guru mendidik, mencorok, membimbing disamping memberi ilmu supaya pelajar dapat berfungsi dalam masyarakat dengan penuh tanggungjawab dan harmonis. 3.2 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara yang yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna menghormati orang tua dan menghormati adanyaperbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.Perkara ini biasanya dibentuk melalui kegiatan ko-kurikulumdi sekolah, di mana pelajar diasuh menghormati ketua.

Kegiatan ko-kurikulum boleh membantu pelajar dalam menanam sikap suka tolong menolong, melakukan amalkebajikan,menjauhi perkara keji,dan merupakan etika yangmulia yang dapat dilahirkan melalui kegiatan ko-kurikulum.

3.3 Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegaradan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.Sekolah mesti rapat dengan masyarakat dan dari masa ke semasa. Sekolah memberi pertolongan kepada masyarakat dansebaliknya. Ini adalah kerana sekolah diwujudkan untuk kepentingan dan keperluan masyarakat, serta meyediakan pelajaran secara formal kepada anak-anak ahli masyarakatdan melatih mereka untuk melahirkan mereka rakyat yang berkemahiran untuk masyarakat dan negara.

Guru mestilah bertindak dan bertingkah laku yang sopan dan dapat diterima oleh masyarakat kerana sekolah adalah sebahagian daripada masyarakat yang membayangkan matlamat dan hasrat serta aspirasi sesuatu masyarakat. Dalamhubungan ini segala tingkah laku guru akan menjadi ikutan kepada masyarakat. Sekolah semestinya memperlihatkannormal-normal, kebudayaan dan falsafah hidup masyarakat.

Pihak sekolah boleh menganjurkan berbagai-bagai kursus atauceramah yang menarik minat ahli-ahli masyarakat seperti tentang agama, akhlak, moral, penyakit-penyakit bahaya danlain-lain lagi. Perkara ini memberi pengetahuan dan matalamat kepada ahli-ahli masyarakat. 4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESIOAN PERGURUAN.

4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Sebagai seorang yang profesional maka sudah tentulah seseorang guru akan menjaga profesion perguruan dan maruah seseorang guru. Mohd Najib (1996), Untuk mencapai hasrat kita ke arah mewujudkan word class education dan seterusnya world class nation, kita memerlukan gabungan tenaga, pemikiran dandaya kreatif dari setiap warga Kementerian.Warga Kementerian perlu visi dan nilai yang dikungsi bersama.

Oleh hal yang demikian kita perlu sama-sama menjaga profesion perguruan supaya pelanggang dan stakeholder kita berasa berpuas hati dan kehendak-kehendak mereka yang sah dapat dipenuhi. Apa yang masyarakat mahu ialah penghasilan kerja sama ada perkhidmatan atau barangan dikeluarkan tanpa cacat, tepat, dan boleh dipercayai. Sehubungan dengan ini maka kita perlu menjaga profesion perguruan maruah seseorang guru.

Berusaha dengan sepenuhnya adalah sangat dituntut supayapeningkatan kecemerlangan dalam semua segi dapat dicapai.Dalam hubungan ini guru perlu menyediakan perancanganpelajaran yang kemas dan teratur, objektif pelajaran jelas, memastikan minat serta pengetahuan sedia ada pelajar diambil kira dalam merancang pelajaran, set induksi yangbaik dan dapat menarik minat pelajar, langkah di peringkat perkembangan pelajaran disusun mengikut prinsip dari mudahkepada kompleks dan seterusnya menyediakan penutup yangsesuai sama ada penutut sosial atau kognatif pelajar.

4.0 PERANAN GURU DALAM MENGAMALKAN INTERGRITI GURU

BERDASARKAN ISU ETIKA GURU (KEPEDULIAN)Integriti merujuk kepada pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan organisasi (Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd.Noah, Amini Amir Abdullah, Norizan Yahaya, Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatusaadiah, 2005). Nilai-nilai murni tersebut ialah nilai-nilai murni yang dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia iaitu nilai dan etika perkhidmatan awam Malaysia.

Mengikut Pelan Integriti Nasional (PIN,2004), integriti adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan seharian. Integriti merupakan konsep penting dalam pentaakulan etika (Widang & Fridlund, 2004) kerana integriti berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik (Mahathir Mohamad, 1998). Integriti sebenarnya membawa maksud yang luas yang merangkumi setiap aspek kehidupan manusia (Ismail,2009).

Menurut Noriati A. Rashid et.all, 2010, menyatakan bahawa intergriti guru sebagai penjawat awam bermakna bahawa guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Antara perkara yang terkandung dalam integriti ialah melaksanakan amanah mengikut kepentingan awam, mengutamakan kepentingan awam dan telus serta tulus. Isu-isu seperti penyelewengan dan salah guna kuasa tidak patut berlaku. Dalam konteks pengajaran guru di dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya sendiri. Contohnya, guru perlu menyiasat murid yang kerap lambat datang ke sekolah daripada terus memberikan menghukum. Guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada murid-murid tanpa mengira latarbelakang.Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid. Di antaranya tanggungjawab tersebut ialah seperti sentiasa memikirkan masa depan murid, ada tahap kesabaran yang tinggi, bersifat pengasih dan penyayang, pupuk suasana seronok belajar, beri pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji dan ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik.

Oleh itu, peranan guru amat penting dalam memperkasakan wacana pendidikan formal yang bermula dari peringkat sekolah rendah lagi (Mohd Johdi,2008). Dengan penggembelingan tenaga, personaliti dan ciri-ciri guru cemerlang dan guru pakar dapat menjadi formula mewujudkan guru berkualiti, berintegriti dan efektif. Jika dulu, guru merupakan individu atau kumpulan kecil masyarakat yang amat dihormati. Ramai yang mengakui bahawa dewasanya seseorang itu adalah dimulakan oleh seorang guru biasa. Namun kini, masyarakat lebih mudah menyalahkan para guru apabila hasil didikan tidak menjadi (Sharifah Raudzah, 2008).

Fenomena ini membuktikan bahawa guru perlu dinilai dan dipantau untuk memperkukuhkan jati diri kerana dapatan kajian Hamidah et.al. (2006) mendapati bahawa guru yang berintegriti sahaja yang akan dapat memacu sesebuah organisasi ke arah perkhidmatan yang berkualiti yang menyumbang ke arah pembangunan negara dengan lebih berkesan. Dengan erti kata lain, integriti dalam diri seorang guru amat penting kerana masa hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan negara adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru-guru hari ini. Negara akan hilang daya saing dan ketinggalan dari kemajuan global sekiranya para guru tidak menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab. Ini selaras dengan matlamat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral, beretika, beriman, bertakwa dan berbudi pekerti luhur.

Intergriti dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, adil dan saksama, telus, berkecuali dan kebolehpercayaan. Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri malah lebih mengutamakan kepentingan orang ramai khususnya pelajarnya. Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan seseorang guru daripada terjebak dengan isu etika keguruan yang boleh mencemarkan imej profesion keguruan.

Kepedulian atau keprihatinan guru didefinisikan sebagai perwakilan komposit perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi terhadap sesuatu isu atau tugas (Hall, George dan Rutherford, 1977).

Guru yang prihatin akan menumpukan perhatian kepada pelajarnya. Mereka akan berusaha untuk memenuhi keperluan pelajar yang belum dipenuhi. Guru yang prihatin akan mementingkan perkembangan pelajarnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya mereka dapat berkembang menjadi modal insan dengan keperibadian yang disanjung oleh semua. Oleh itu, untuk mencapai hasrat tersebut, guru yang berintergriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keperihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Seorang guru yang berintergriti juga mempunyai tahap ketabahan yang tinggi serta sentiasa bersikap positif dalam proses menyelesaikan masalah pelajar.

Seorang guru, tanggungjawabnya sangat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlisan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada negara. Guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar berteraskan keikhlisan serta sifat penyayang supaya dapat memberikan didikan yang terbaik kepada mereka. Guru yang berintergriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar.

Selain itu guru juga perlu mempunyai ketabahan yang tinggi dalam menangani masalah yang dihadapi oleh murid. Guru perlu seentiasa bersifat pengasih dan penyayang dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Jika seorang guru yang berintergriti bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap pelajar akan mempunyai didikan yang terbaik setelah meneladani perwatakan guru mereka. Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar dapat diwujudkan apabila guru yang prihatian lebih mengambil berat terhadap keperluan setiap pelajarnya dengan mendengar pandangan mereka, merempati dan memenuhi keperluan akademik dan juga memahami emosi pelajarnya.

Dalam menangani isu kepedulian, setiap guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu, pelajar perlulah mendapat layanan yang adil dan beradab. Melalui cara ini pelajar akan lebih menghormati guru. Sikap guru yang garang dan bengis dan tidak bertimbang rasa hanya akan menakutkan mereka untuk ke sekolah. Justeru itu, guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan. Guru perlu tahu mengawal emosi supaya tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti menjatuhkan hukuman tanpa membuat penyiasatan.

Selain itu, guru juga perlu diberi pendedahan dari semasa ke semasa bagi mengingatkan guru untuk sentiasa berintergeriti dalam melaksanakan tugas mereka. Guru yang tidak berintergriti dan sering melanggar tatasusila perguruan perlu menjalani sesi kaunseling dan dikenakan tindakan sewajarnya. Melalui cara ini, hanya guru yang berkualiti dan berintergriti sahaja yang wujud di sekolah dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berktrampilan unggul.

Dalam teras memartabatkan profesion keguruan, integriti merupakan dorongan dalaman agar guru melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta berusaha meningkatkan keupayaan diri. Paling penting, elemen integriti disebut sebagai salah satu elemen yang perlu diamalkan oleh para pendidik. Penerapan nilai-nilai integriti dalam jiwa

pendidik amat penting untuk memastikan warga pendidik sentiasa menjalankan tugas dengan bersistematik, berintegriti dan membina kerja cemerlang yang luhur sekali gus mampu membentuk keperibadian pelajar yang berintegriti (Siti Rahayah, 2008).

Sebagai seorang guru, kita perlu mempunyai intergriti terhadap profesion kerana ia akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Jika guru menghayati segala yang diamanahkan maka semua warga guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas dengan penuh komited.

Pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ambil peduli, mengambil berat dan menyayangi, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka. Perkataan care itu sendiri daripada caring approach diambil daripada konteks Anglo Saxon, dimana ia membawa maksud kesedihan atau keresahan. Oleh yang demikian, kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain.Untuk melihat dengan lebih jelas bagaimana pendekatan kepedulian ini akan dapat meningkatkan pengajaran guru, perbincangan akan merujuk kepada empat komponen penting dalam pendekatan ini, iaitu:

1. Modeling

Komponen ini adalah penting dalam menunjukkan bagaimana kita mengambil berat terhadap orang tersayang. Oleh itu, kita menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk mengambil berat dan menyayangi dengan cara membuat hubungan yang baik terhadap mereka. Keupayaan untuk mengambil berat mungkin bergantung kepada pengalaman yang cukup dalam disayangi.

Merujuk kepada komponen ini, sekiranya guru mengamalkannya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru akan dapat menamkan perasaan sayangkan murid-murid. Perasaan sayang ini pula akan membolehkan guru mengambil berat terhadap setiap permasalahan yang dihadapi oleh murid-muridnya. Sebagai contoh, seorang guru yang sedang mengajar terlihat seorang muridnya sedang murung dan kelihatan pucat. Guru yang memiliki perasaan kasih sayang terhadap muridnya sudah tentu akan bertanya kepada murid berkenaan sama ada dia mempunyai masalah atau sebaliknya. Sikap guru sedemikian akan dijadikan contoh oleh murid lain di kelas itu. Mereka juga sudah tentu akan lebih menyayangi dan mengambil berat perihal rakan sekelas. Keadaan seumpama ini sudah tentu akan dapat menjalinkan hubungan rapat di antara guru dan murid.

2. Dialog

Komponen ini bukan sahaja percakapan atau perbualan semata-mata, tetapi ianya mempunyai pembuka dan penutup, dimana kedua-dua pihak mengetahui keputusan atau matlamat yang akan dicapai melalui akiviti berdialog. Ia memberikan pelajar peluang untuk bertanya dan membantu kedua-dua pihak mencapai keputusan yang seimbang dan dipersetujui. Guru yang mengamalkan komponen ini pula akan sentiasa mewujudkan komunikasi di dalam kelasnya. Komunikasi yang baik di antara guru dan murid sudah tentu akan meningkatkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini seterusnya akan dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru.

3. Praktis

Komponen ketiga ini menyatakan bahawa sikap dan mentaliti sedikit sebanyak dihasilkan oleh pengalaman. Praktis yang diberikan mesti dengan orang yang boleh mendemonstrasi sikap penyayang, kerana kita tidak mahu anak-anak kita mempelajari kemahiran menyayangi dan mengambil berat tanpa ciri-ciri sikap penyayang. Komponen ini juga hampir sama dengan komponen modeling di masa guru akan mempraktikkan bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang di antara guru dan murid. Sebagai contoh, guru bertanya khabar kepada seorang murid. Apabila guru berbuat demikian, murid itu mengucapkan terima kasih. Pertanyaan guru dan maklum balas murid itu merupakan salah satu praktis. Praktis yang dilakukan secara bersungguh-sungguh juga akan dapat menggalakkan hubungan baik di antara guru dan murid.

4. Kepastian

Komponen ini boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang menggalakkan sesuatu yang terbaik daripada orang lain (Martin Buber, 1965). Apabila kita pasti seseorang itu mampu melakukan yang terbaik, kita dapat meningkatkan dan menggalakkan perkembangan mereka. Kita boleh melakukan ini hanya sekiranya kita mengenali seseorang dengan cukup rapat untuk mengenalpasti apa yang mereka hendak capai. Sebagai contoh, jika guru tahu bahawa minat murid-murid di kelas berkenaan adalah lebih kepada belajar menggunakan teknologi maklumat, misalnya komputer, guru perlu menggalakkan aktiviti tersebut. Langkah guru ini sudah tentu akan mewujudkan rasa penghargaan di kalangan murid-murid dan mereka sudah tentu akan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru.5.0 KESIMPULAN Matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini adalah merupakan tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekiranya kita mengikuti sepenuhnya Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia maka kita akan mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Kita dapat melihat bahawa etika mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pengurusan. Etika yang baik akan menghasilkan budaya kerja yang cemerlang dan pengurusan yang berkualiti yang akan berakhir dengan hasil perkhidmatan dan barangan yang bermutu tinggi.

Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia perlulah diikuti dan diamalkan sepenuhnya oleh semua warga pendidik kerana ianya merupakan asas kepada perkhidmatan yang menuju kepada pendidikan bertaraf dunia yang diidamkan. Guru-guru telah diamanahkan untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu, beriman, bertakwal, berakhlak mulia serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara berasaskan kod etika profesion perguruan.

BIBLIOGRAFI

Baharum Bakar. (2012, Mei 21). Guru Keluar Duit Poket Sedia Makanan

Khasiat. Berita HarianJamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd.Noah, Amini Amir Abdullah, Norizan Yahaya,Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatusaadiah (2005). Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai

Teras Pembangunan Staf Berkualiti. Prosiding Seminar Kebangsaan Sumber Manusia 2005, Universiti Teknologi Malaysia di Hotel Sofitel, Senai, Johor Bahru. 2-3 Februari.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah. (2010). Asas

Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur : Oxford Pelajar.

Siti Rahayah Ariffin (2008). Inovasi dalam Pengukuran & Penilaian Pendidikan. Bangi

REFLEKSI

Nama : Rahmah bt Sarib

No I/C: 660108-01-5508

Syukur Alhamdulillah, tugasan bagi Kerja Kursus Pendek (KKP) EDU 3108 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru telah dapat kami laksanakan . Tugasan ini kami laksanakan secara berkumpulan yang terdiri dari saya, Cikgu Siti Rosminah dan Cikgu Ruhaya telah memakan masa yang agak lama untuk disempurnakan kerana ia merupakan tugasan yang memerlukan ulasan mengenai satu artikel berkaitan etika guru. Artikel berkenaan dipetik dari sumber yang berbentuk ilmiah. Di samping itu, rujukan terhadap etika keguruan perlu diperinci dan diperhalusi supaya dapat dikaitkan dengan artikel yang dipilih.

Mencari dan memilih artikel keguruan agak sukar bagi kami kerana artikel yang berkaitan dengan etika keguruan memang jarang diperolehi di dalam akhbar, majalah atau sebagainya. Dalam tempoh mencari dan memilih satu artikel yang sesuai, kami bertiga saling menghubungi antara satu sama lain melalui telefon atau laman sosial di internet .Mujurlah sambutan hari guru baharu sahaja diraikan iaitu lebih kurang sebulan yang lalu. Sempena sambutan Hari Guru pada 16 haribulan Mei yang lalu, terdapat beberapa artikel yang disiarkan di surat khabar . Kami kumpulan bertiga telah mencari artikel tersebut di rumah masing-masing.

Pada masa yang telah dipersetujui, kami telah mengatur pertemuan di rumah salah seorang ahli kumpulan iaitu di rumah Siti Rosminah Abd Wahab untuk memilih artikel dan mengadakan perbincangan mengenai isikandungan kerja kursus kami. Di dalam perbincangan kami bertiga kami mengemukakan alasan-alasan yang sesuai dan munasabah untuk memilih artikel yang akan kami kupas nanti. Akhirnya kami sepakat untuk memilih artikel bertajuk Guru keluar duit poket sedia makanan berkhasiat yang ditulis oleh Baharom Bakar dalam KELUARAN KHAS akhbar BERITA HARIAN sempena bulan sambutan Hari Guru. Artikel menarik tersebut dimuat di dalam satu muka surat dan di dalamnya terkandung kepedulian guru terhadap pendidikan anak-anak orang asli di Hulu Terengganu.

Penulisan dalam mengulas artikel dan mengolah susunan isikandungan kerja kursus menjadi perbincangan hangat antara kami. Perbincangan antara kami dalam mengupas artikel dan kaitannya dengann etika keguruan, kami olah secara ilmiah dan professional. Pandangan bagi setiap ahli kumpulan, kami dihargai dan pendapat masing-masing dikupas secara teliti dan terperinci. Kami juga turut merujuk beberapa buah buku dan menjelajah internet untuk mencari maklumat berkaitan isu. Timbul rasa seronok apabila dapat berbual dan berbincang dalam perkara yang bersifat ilmiah dan berkaitan dengan bidang kerjaya kami.

Pertemuan sehari antara kami tidak mencukupi untuk kami mengupas isu kepedulian guru dan kaitannya dengan etika keguruan. Lantas beberapa sesi pertemuan dan percambahan fikiran antara kami diatur . Di samping itu pembahagian tugas samarata antara kami dilakukan supaya tiada pertindihan tugas Walaubagaimanapun, kami berbincang terlebih dahulu tentang susunan dan kandungan maklumat yang akan ditaip di rumah masing-masing.

Dalam menyiapkan tugasan ini, bukan sedikit masa yang kami ambil. Tambahan lagi penulisan ilmiah begini memerlukan idea yang tidak boleh dicedok dari mana-mana kecuali melalui pembacaan dan rujukan yang banyak. Tugasan di sekolah juga bukan sedikit bebanan tanggungjawabnya. Oleh itu saya perlu menyusun jadual saya dengan teratur dan rigid. Sekiranya saya tidak mengikut jadual yang ditetapkan, bermakna tugasan saya akan tertangguh.

Tanggungjawab saya sebagai anak kepada bapa yang sudah tua dan uzur tidak boleh saya ambil mudah. Setiap hari saya perlu mengelolakan keperluan bapa walaupun bapa masih boleh berjalan dan mengurus diri sendiri. Sebagai anak saya tidak mahu terlepas peluang untuk mencurah bakti kepadanya selagi saya masih diberi peluang dan kesempatan ini. Oleh itu beberpa kali tugasan saya sedikit tergendala. Mujurlah kawan-kawan sekumpulan memahami keadaan saya.

Tugasan di rumah sebagai isteri dan ibu sentiasa saya dukung dengan ikhlas dan penuh kasih sayang walau sibuk mana pun saya. Dalam hal ini saya sangat bersyukur kerana mereka sangat memahami kerjaya dan tugasan saya. Adakalanya mereka juga turut sama memberi pendapat dan membantu mencari maklumat berkaitan tugasan saya ini.

Kekuatan yang terdapat dalam tugasan kali ini ialah bahawa saya seolah-olah mendapat semangat dan suntikan baharu terhadap kerjaya saya sebagai seorang guru. Demikian ini adalah kerana artikel yang kami pilih berupa artikel pengorbanan dan kepedulian guru terhadap anak muridnya yang merupakan anak-anak orang asli di pendalaman. jika dibandingkan dengan saya atau guru-guru yang mengajar di bandar, kami memang tidak pernah mengalami situasi seperti itu. Timbul kesedaran di dalam jiwa saya untuk terus mencurah bakti terhadap anak didik saya kerana merekalah yang akan menjadi teraju dan pemimpin negara pada masa akan datang.

Jelas sekali tugasan kerja kursus pendek ini telah merentas kerjasama, penyelesaian masalah, percambahan fikiran, menguji minda, mengundang rasa simpati, kesedaran, merasa keberuntungan diri, menyuntik semangat, dan pelbagai manafaat lain yang tersirat di dalamnya. Tambahan pula tajuk tugasan adalah berkaitan dengan kerjaya kami dan sudah pasti ia sangat dekat di hati kami.

Ucapan ribuan teimakasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Abd Aziz bin Jaafar telah banyak memberi motivasi kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Ucapan terimakasih dan penghargaan juga kepada kepada keluarga, saudara mara, teman-teman dan jiran tetangga turut memberi motivasi dan penuh pengertian kepada saya. Doa dan sokongan dari mereka masih saya harapkan supaya saya dapat menyelesaikan kursus PGSR ini dengan jayanya.. Segala budi baik mereka hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Semoga hasil kerja kursus ini memberi manafaat dan ilmu kepada banyak pihak.

Sekian.

REFLEKSI

SITI ROSMINAH BT ABD.WAHAB

No. K/p : 660703-01-5684

Ulasan mengenai isu etika perguruan dan perkaitan dengan etika perguruan, peranan guru dalam mengamalkan integriti guru, ciri-ciri guru sebagai seorang profesional adalah tugasan untuk semester ini. Tugasan ini memerlukan saya mencari maklumat dan membuat pembacaan daripada akhbar, majalah, jurnal dan melayari internet.. Pengurusan grafik menyentuh kepada ciri-ciri guru sebagai seorang profesional.Tugasan ini dibuat secara berkumpulan iaitu saya bersama Pn. Ruhaya Md.Amin dan Pn. Rahmah bt Sarib. Pada umumnya, kami merasa yakin dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

. Sebelum mula membuat tugasan, kami telah berbincang dengan rakan kumpulan mengenai tugasan ini. Kami mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan. Semua maklumat ini diperolehi daripada suratkhabar, buku-buku rujukan dan juga melalui internet.

Setelah artikal dan semua maklumat diperolehi, kami mula mengadakan perjumpaan dan membuat perbincangan. Kami telah membahagikan tugas supaya tugasan ini dapat disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan. Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak kekuatan dan beberapa kelemahan yang dikesan. Antara kekuatannya ialah saya berasa amat gembira untuk melaksanakan tugasan seperti ini kerana ini dapat menambahkan lagi idea serta pengetahuan dan pengalaman saya. Tugasan ini menjadikankan saya seorang yang suka membaca dan mendalami ilmu yang banyak kaitan dengan tugas saya sebagai seorang pendidik. Selain itu, saya juga dapat menyelami dan merasai apa yang dilakukan oleh guru untuk kebaikan anak-anak muridnya, seperti mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk menyediakan makanan berkhasiat, agar murid-muridnya dapat mengikuti proses pembelajaran tanpa sebarang masalah.Keperihatinan guru terhadap 102 orang murid orang asli suku kaum Batek di SK Sungai Berua, yang terletak di sebuah perkampungan orang asli di daerah Hulu Terengganu, amat menyentuh hati saya. Pengorbanan yang diberikan tidak minta dibalas. Guru-guru di sekolah tersebut terpaksa menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Selain itu guru memberi pelbagai motivasi kepada ibu bapa supaya memberi sokongan kepada anak-anaknya. Semua pengorban guru yang dicurahkan ini, menunjukkan betapa murninya tugas seorang guru. Saya merasa bangga dengan profesian perguruan ini kerana sebilangan besar guru-guru mencurahkan bakti dengan tulus ikhlas.Selain itu, pertemuan dan perbincangan yang kerap diadakan ini dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang akrb, kami dapat berkongsi masalah terutamanya dalam mengharungi PGSR ini sehingga ke matlamatnya.

Beberapa kelemahan juga timbul semasa menyiapkan tugasan ini. Kekangan waktu menjadi masalah utama untuk mengadakan pertemuan. Walaupun begitu masalah ini dapat diatasi dengan kecanggihan teknologi masa kini. Kami dapat berhubung di alam maya, iaitu melalui internet. Antara kelemahan lain, kesukaran mencari artikal yang berkaitan dengan isu perguruan. Saya tidak dapat mencari banyak buku rujukan kerana masalah kekangan waktu tadi. Namun begitu kami dapat maklumat dari bantuan rakan-rakan.

Berkat kesabaran dan dorongan daripada keluarga dan perbincangan dengan rakan setugas iaitu Cikgu Ruhaya, Cikgu Rahmah dan pensyarah pembimbing, Alhamdulillah akhirnya kami dapat siapkan tugasan ini dengan sempurna.

Segala ilmu yang diperolehi akan saya gunakan untuk meningkatkan lagi prestasi keguruan seterusnya membantu anak didik menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutama kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Abdul Aziz bin Jaafar kerana telah banyak memberi nota dan penerangan semasa perjumpaan bersama beliau. Ucapan ribuan terimakasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang juga turut membantu dan memberi sokongan moral kepada saya, Harapan saya agar segala rintangan yang dihadapi akan dapat dijadikan panduan dan diselesaikan dengan sebaik-baiknya pada masa akan datang.

Sekian.

REFLEKSI

NAMA : RUHAYA BINTI MD AMIN

NO. K/P : 660327-01-5292

Selepas menyiapkan kerja kursus, saya telah banyak mendapat ilmu pengetahuan tentang ciri-ciri sebagai guru yang professional. Tajuk kerja kursus saya terbahagi kepada empat bahagian iaitu ciri-ciri guru professional, etika perguruan, kod etika perguruan dan peranan guru dalam mengamalkan intergriti guru. Pada pendapat saya, konsep professional ialah orang yang menjalankan kerjanya mempunyai latihan yang sempurna atau mendapat latihan yang khusus. Manakala ciri-ciri yang terangkum dalam konsep professional pula ialah sebagai seorang guru, mereka perlu bersikap dedikasi, bertanggungjawab, bermoral tinggi, jujur dan nilai-nilai moral yang positif.

Sebagai seorang guru yang professional, saya perlu mematuhi kod etika perguruan yang telah ditetapkan. Melalui kerja kursus ini, barulah saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang Kod Etika Perguruan yang dijadikan satu garis panduan untuk semua guru. Menurut Kod Etika Perguruan Malaysia, semua guru perlu menerima latihan sebelum menjadi guru. Guru juga perlu belajar tentang matapelajaran yang diajar dengan lebih mendalam. Selain itu, guru juga perlu mempunyai ilmu dalam penyampaian pengajaran kepada pelajarnya dengan baik supaya pelajarnya dengan mudah memahaminya. Guru juga perlu mempunyai sahsiah yang baik supaya dapat menjadi teladan yang baik kepada pelajarnya. Sebagai seorang guru, saya perlu pandai mengurus diri dari segi jasmani, emosi dan intelek.

Melalui sumber-sumber bacaan berkaitan Kod Etika Perguruan, baharulah saya sedar betapa besarnya tanggungjawab yang terpaksa dipikul dalam membimbing pelajar untuk mencapai kemajuan yang sepenuhnya. Selain mempunyai tanggungjawab terhadap pelajar, saya juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan profesion perguruan, masyarakat dan seterusnya negara. Setelah hampir 20 tahun saya berkhidmat dalam profesion perguruan, baharulah saya tahu betapa besar tanggungjawab saya sebagai seorang guru yang perlu saya laksanakan iaiti bukan setakat melahirkan seorang pelajar yang berjaya dikemudian hari. Saya merasakan satu kerugian kerana tidak pernah mengambil berat apa yang terkandung dalam Kod Etika Perguruan selama ini.

Harapan saya, dapatlah kiranya saya menebus kembali segala kekurangan sepanjang berada di dalam profesion perguruan ini. Segala ilmu yang saya perolehi akan saya gunakan dalam melahirkan pelajar yang seimbang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Guru-guru perlu diberi pendedahan yang berterusan berkaitan dengan profesion pergurun dalam meningkatkan kualiti guru dan dalam melahirkan guru yang berintergriti. Melalui ceramah atau kursus-kursus jangka pendek dapat membantu menyedarkan para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan.

LAMPIRANMerancang P&P

Mengurus P&P

Memilih strategi P&P

Merangsang P&P

Kemahiran teknologi

Kemahiran generik

Kemahiran kaunseling

Menilai P&P

KEMAHIRAN

DAN BERKETRAMPILAN

Isi kandungan matapelajaran

Pengetahuan kandungan pedagogi

Bahan

Kaedah

Teknologi

CIRI-CIRI GURU SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL

ILMU

Bertakwa

Berakhlak

Berperibadi mulia

Mempunyai komitmen

Bersopan santun

Bersikap positif

Berkebolehan memimpin

mengamalkan budaya ilmu

SAHSIAH

Ciri-ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru

Bersikap profesional.

Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

Kaya ilmu.

Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

Bermoral teguh.

Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

Mempastikan situasi Guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas.

Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

SEMANGAT BERDEDIKASI

MEMPUNYAI INOVASI DALAM TUGAS

BERSIKAP POSITIF TERHADAP PEMBELAJARAN

SEDAR TENTANG KEPERLUAN NEGARA

PEKA KEPADA PERUBAHAN

KUALITI PROFESIONAL SEORANG GURU

21