edu kkbi aku punya.doc

42
EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015 1.0 PENGENALAN Stress telah dikenal pasti sebagai punca kepada hampir semua masalah yang wujud dan kecelaruan psikologi. Stress sering dikaitkan dengan pembelajaran.Stress yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menanganistressyang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stress. Pelajar tahun enam pada awal tahun, misalnya amat mudah terdedah kepada stress disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di tahun peperiksaan. Senario ini dapat dilihat apabila terdapat sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik di peringkat persekolahan tahap satu tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian yang baik apabila berada di tahap dua. Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik telah memberikanstressyang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan mereka. Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stressdilihat dari aspek negatif ataustressyang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik seseorang pelajar. Oleh keranastressdi kalangan pelajar merupakan satu fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak, ianya perlu ditangani secara menyeluruh. Maka adalah penting untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebabstresspelajar terlebih dahulu sebelum sesuatu program intervensi direka bentuk. Justeru, kajian ini.dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti faktor penyebabstress, tahapstressserta 1

Upload: asyrudin-syah

Post on 21-Dec-2015

62 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

1.0 PENGENALAN

Stress telah dikenal pasti sebagai punca kepada hampir semua masalah yang wujud dan

kecelaruan psikologi. Stress sering dikaitkan dengan pembelajaran.Stress yang sederhana

boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk

bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita

menanganistressyang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stress. Pelajar

tahun enam pada awal tahun, misalnya amat mudah terdedah kepada stress disebabkan oleh

proses transisi kehidupan mereka di tahun peperiksaan. Senario ini dapat dilihat apabila

terdapat sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik di

peringkat persekolahan tahap satu tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian yang baik

apabila berada di tahap dua. Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik

telah memberikanstressyang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan mereka.

Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stressdilihat dari aspek negatif ataustressyang

terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian

akademik seseorang pelajar. Oleh keranastressdi kalangan pelajar merupakan satu fenomena

yang membimbangkan pelbagai pihak, ianya perlu ditangani secara menyeluruh. Maka adalah

penting untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebabstresspelajar terlebih dahulu sebelum

sesuatu program intervensi direka bentuk. Justeru, kajian ini.dilaksanakan bertujuan untuk

mengenalpasti faktor penyebabstress, tahapstressserta strategi pengurusanstressyang boleh

digunakan oleh pelajar dalam kehidupan mereka di sekolah.

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Terdapat banyak faktor yang mendorong pelajar menghadapi stressdi sekolah. Mengikut Terri

Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan

kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah

persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya,

tindakan guru dan lain-lain lagi.

2.1 Faktor Jadual Waktu Belajar dan Beban Tugas

Kajian mengenai bebanan tugasan membawastresskepada murid kerana tugasan yang terlalu

banyak bagi setiap subjek yang dipelajari boleh membebankan pelajar dan menafikan

hak mereka untuk berseronok semasa di alam kanak-kanak. Tugasan yang terlalu banyak

1

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

untuk diselesaikan juga boleh menyebabkan murid menghadapi masalah kesuntukan masa

untuk mengulangkaji dan ini boleh menimbulkanstress.

Kebanyakan pelajar berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain. Pelajar

seharusnya tidak diberikan jadual waktu yang padat kerana ini akan menyebabkan

pelajar berasa tertekan. Tindakan keras guru bila murid tidak sempat menyiapkan kerja-kerja

rumah juga mempengaruhi stress murid. Berdasarkan kajian lepas, dapatan kajian

Siti Rohani (1991) menunjukkan faktor jadual waktu yang padat merupakan faktor yang dikenal

pasti memberistresskerja kepada pelajar. Dari segi akademik pula, menyenaraikan kerja

sekolah yang banyak, aktiviti harian di rumah yang padat, pembahagian masa yang tidak

sempurna dan penyediaan jadual yang tidak teratur menyebabkanstresspada kebanyakan

murid tahun enam.

Apakah perkara-perkara yang berkaitan dengan bebanan tugasan yang menjadi

puncastresskepada pelajar? Terdapat kajian yang membuktikan bahawa peperiksaan menjadi

salah satu puncastressseperti yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh

Atkinson(1998).Tugasandanpeperiksaanmerupakan dua perkara yang saling berkait.Menurut

Atkinson (1998), bebanan kerja terlalu banyak dalam masa yang singkat juga boleh

mengakibatkanstress. Kebanyakan pelajar menyatakan berasastressapabila bebanan

tugas akademik terlalu banyak. Seperti yang telah dinyatakan tadi bahawa bukan sahaja orang

dewasa yang mengalami stress. Ianya merupakan satu gejala yang dialami oleh semua orang

tanpa mengira usia. Dalam satu kes, seorang pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian

Penilaian SekolahRendah (UPSR) mengeluh kerana sering mengalami sakit kepala, sakit perut,

dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah, dan kurang

keyakinan yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya.

2.2 Faktor Ibu bapa dan Keluarga

Pendidikan pada masa sekarang menjadi agenda utama negara kita. Kerajaan telah

memperuntukan palaburan yang besar dalam bidang ini bagi menyediakan murid-murid dengan

sistem pendidikan yang menyeluruh (Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia, 2013-2025).

Terdapat sekolah-sekolah yang hanya menumpukan kepada pencapaian kurikulum murid

sehingga mengabaikan proses perkembangan potensi murid secara keseluruhannya. Menurut

Teori Pelbagai Kecerdasan, Howard Garner menjelaskan bahawa manusia in terbentuk dengan

2

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

pelbagai kecerdasan yang apabila didorong melaksanakan sesuatu berdasarkan

kecendurangan kecerdasan mereka, tugas dapat dilaksanakan dengan baik.

Seterusnya, kecenderungan ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak mereka dalam

bidang pendidikan menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan murid berlaku. Ini tambah pula

persaingan anatara mereka dalam bilik darjah yang menjadi pertanda aras ibu bapa bagi

melihat kemajuan anak-anak mereka. Akibat gangguan emosi dalam kalangan murid terdapat

kes-kes tertentu melibatkan murid-murid seperti masalah disiplin, melawan ibu bapa atau guru,

bergaduh, ponteng sekolah dan sebagainya.

2.3  Pe rsek i t a ran   (B i l i k   da r j ah )

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak

kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di

dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan

disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling

dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof

Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan

negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid

mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan

mengganggu emosi mereka. Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan

membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses

pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal

yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan

mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Faktor persekitaran (bilik darjah) menjadikan pelajar berasastressapabila tidak

mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa belajar serta keadaan bilik

darjah yang agak sempit dan kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio (2003)

yang menekankan bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh mendatangkan

masalahstresskepada individu.Susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap

pelajar malah juga sikap guru dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik

serta memperelokkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik darjah yang positif bukan sahaja akan

menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar

untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur

3

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru haruslah memainkan peranan untuk

berusaha sebaik mungkin untuk menambahbaik daya tarikan bilik darjah tersebut.

2.4 Pengaruh Rakan Sebaya

Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan

zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya

juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-

kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya

seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan

personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan

merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.

Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati,

boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik.

Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang

bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri

sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan

menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-

kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap kawan-kawan

yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu

diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas. Keempat-empat

faktor ini diambil sebagai skop kajian dan faktor-faktor yang diambil juga berkait rapat dengan

kehidupan pelajar di sekolah ini.

4

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

3.0 PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan kajian lepas, maka jelaslah bahawa rakan sebaya, bebanan tugas, penggunaan

Bahasa Inggeris, jadual waktu belajar dan persekitaran menjadi punca utama stressdi kalangan

pelajar. Ini dibuktikan melalui kajian Omizo, OmizodanSuzuki(1988), Omardin(1999), Ooi(2002),

Farah Asnida(2004), Nor Hashimah(2004) dan Suraini(2005). Namun begitu tiada siapa pun

pasti adakah faktor-faktor terbabit benar-benar menjadi puncastressdi kalangan pelajar. Selain

itu, penyelidik telah menambah satu faktor iaitu tindakan dan ketegasan guru menangani isu-isu

murid tidak menyiap kerja sekolah. Jika benar, apakah jalan penyelesaian yang boleh dilakukan

dalam menangani masalahstressdi kalangan pelajar tahun enam.

Pelajar sering menghadapi pelbagai masalah yang membebankan diri mereka seperti keliru

dengan peranan dan tanggungjawab diri.Malah, mereka juga sering berasa disalah ertikan dan

dipersalahkan. Selain itu, mereka juga merasa diri dilayan tidak adil, sukar memahami emosi

dan sukar membuat keputusan. Bagaimanapun, kesemua masalah ini boleh ditangani dengan

baik. Sebaik-baiknya, remaja dinasihatkan supaya menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa

dan hubungan mesra dengan orang lain. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh

mengurangkan masalah danstressmental yang dihadapi.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN:

Objektif kajian adalah untuk menentukan sama ada faktor-faktor yang dikaji memberi

stress kepada pelajar tahun enam iaitu :

4.1.1 Untuk mengenal pasti sama ada faktor peristiwa keluarga menjadi punca stressdikalangan pelajar.

4.1.2 Untuk mengenal pasti sama ada faktor bebanan tugas/jadual menjadi punca stressdi kalangan pelajar.

4.1.3 Untuk mengenal pasti sama ada faktor persekitaran (bilik darjah) menjadi puncastress di kalangan pelajar.

4.1.4 Untuk mengenalpasti sama ada faktor rakan sebaya menjadi punca stress di kalangan murid.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan stress. Dalam kajian ini, faktor-faktor yang

diberi pendedahan yang terperinci adalah seperti peristiwa keluarga, bebanan tugas dan jadual

waktu, persekitaran (bilik darjah), dan pengaruh rakan sebaya.

5

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik.Kajian

ini menggunakan persampelan rawak mudah.Tatacara kajian ini dilakukan dengan

mengedarkan borang soal selidik dan temu bual yang dibuat adalah lebih mudah untuk

dirumuskan serta membuat keputusan tentang kajian ini.Maklumat juga boleh diperolehi dari

data tersebut. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia bersesuaian dengan

objektif sertapersoalan yang ingin dikaji. Kajian dijalankan dalam bentuk deskriptif ke atas

murid-murid tahun enam untuk menyelidik faktor-faktor luaran yang mempengaruhistressdi

kalangan murid sekolah rendah yang akan mengahadapi peperiksaan.

(5- sangat setuju; 4- setuju; 3- tidak pasti; 2- tidak setuju; 1-sangat tidak setuju)

Bil Item

Penilaian Murid ke atas item ( /3)

1 2 3 4 5

1. Saya berasa stress untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

3

2. Saya sangat bertuah kerana mempunyai ramai kawan yang membantu semasa saya sedih.

1 2

3. Saya berasa kelas saya cantik dan ceria.

3

4. Saya berasa jadual waktu persekolahan dan belajar sangat padat.

3

5. Saya rasa terbeban dengan kerja-kerja sekolah yang banyak pada setiap hari.

3

6. Saya menghadiri lebih daripada 1 kelas tuisyen bagi persediaan UPSR.

3

7. Saya berasa ibu bapa/guru tidak kecewa jika saya gagal dapat 5A.

3

8. Saya tidak pernah melihat ibu 3

6

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

bapa saya bergaduh.3

9. Saya sangat suka berada di rumah daripada berada di luar.

310. Saya berasa penat dan kadang

kala badan saya terasa sakit, sakit perut, pening dan sebagainya.

3

Jumlah ( /30) 0 0 0 1 29

Peratus ( %) 0 0 0 2.5 97.0

Jadual 1.1: Penilaian Peserta dalam Borang Soal Selidik

6.0 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Dalam menentukan populasi yang dikaji, murid Tahun Enam Jupiter, SK Taman Daya telah

dipilih sebagai populasi iaitu seramai 39 orang yang terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan

26 orang murid perempuan. Kelas Enam Jupiter merupakan kelas pertama daripada tiga kelas

tahun enam.Murid-murid ini merupakan murid harapan sekolah untuk mendapat keputusan 5A

dalam UPSR 2015. Berdasarkan jadual saiz sampel yang dikemukakan oleh Krejeie dan

Morgan(1970), dari saiz populasi tersebut hanya 3 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel

kajian ini. Saiz minimum sampel yang diperlukan ialah 3 orang pelajar. Oleh itu pengkaji telah

memutuskan untuk mengambil sampel sebanyak 3 orang sahaja.

7.0 INSTRUMEN KAJIAN

Borang soal selidik dan temu bual ini mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan

latar belakang responden yang mempunyai item-item seperti jantina, bangsa dan

umur.  Dalam bahagian seterusnya mengandungi soalan-soalan yang dapat mengukur

hubungan rakan sebaya, jadual waktu pelajar, persekitaran (bilik darjah), bebanan tugas dan

sejarah keluarga yang mempengaruhistressdi kalangan pelajar-pelajar tahun enam di SKTD

dengan menggunakan format jawapan skalaLikert.

8.0 ANALISIS DATA

7

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Semua data yang dikumpul dianalisa secara kualitatif dan kuantitatif dan menghuraikan secara

deskriptif.Pengkaji menterjemahkan data yang diperoleh ke dalam bentuk jadual, graf dan

huraian deskriptif. Analisis data yang diperoleh kelak akan menjawab persoalan kajian yang

dijalankan.

Persoalan Kajian 1

4.1.1 Untuk mengenal pasti sama ada faktor sejarah keluarga menjadi punca stressdi kalangan pelajar.

Persoalan kajian 1 ini diukur berdasarkan catatan hasil temu bual berstruktur (Lampiran A) dan

hasil dapatan berdasarkan item yang terdapat dalam borang soal selidik (Lampiran B).Peristiwa

dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan emosi. Peristiwa dalam

keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan

murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri

atau orang yang tersayang. Contohnya keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang

mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan

akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.

Pengaruh keluarga yang negatif menjadi punca stress dalam kalangan murid.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk ibu bapa prihatin, saling menyayangi

dan memenuhi keperluan anak-anak dan sebagainya. Peristiwa dalam kehidupan keluarga

seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Sesuatu

peristiwa akan mengaruhi emosi murid dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas

fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Keluarga yang mesra antara satu sama lain,

demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan

penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu

bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam

melaksanakan sesuatu perkara.

Persoalan Kajian 2

4.1.2 Untuk mengenal pasti sama ada faktor bebanan tugas/jadual menjadi punca stressdi kalangan pelajar.

Apakah perkara-perkara yang berkaitan dengan bebanan tugasan yang menjadi puncastress

kepada pelajar? Terdapat kajian yang membuktikan bahawa peperiksaan menjadi salah satu

puncastressseperti yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Atkinson(1998).Tugasan

8

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

dan  peperiksaan merupakan dua perkara yang saling berkait antara satu sama lain. Menurut

Atkinson(1998), bebanan kerja terlalu banyak dalam masa yang singkat juga boleh

mengakibatkanstress. Kebanyakan pelajar menyatakan berasastressapabila bebanan

tugas akademik terlalu banyak. Dapatan kajian ini menyokong hasil kajian Mastura (2007).

Kebanyakan pelajar berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain. Pelajar

seharusnya tidak diberikan jadual waktu yang padat kerana ini akan menyebabkan

pelajar berasa tertekan. Berdasarkan kajian lepas, dapatan kajian Siti Rohani (1991)

menunjukkan faktor jadual waktu yang padat merupakan faktor yang dikenalpasti

memberistresskerja kepada pelajar.Dari segi akademik pula, menyenaraikan kerja kelas yang

banyak, aktiviti harian sekolah yang padat, pembahagian masa yang tidak sempurna dan

penyediaan jadual yang tidak teratur menyebabkanstresspada kebanyakan pelajar.

Persoalan Kajian 3

4.1.3 Untuk mengenal pasti sama ada faktor persekitaran (bilik darjah) menjadi punca stress di kalangan pelajar.

Faktor persekitaran (bilik darjah) menjadikan pelajar berasa stress apabila tidak mempunyai

tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kuliah serta keadaan bilik kuliah yang agak

sempit dan kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio(2003) yang menekankan

bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh mendatangkan masalahstresskepada individu.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian Ooi(2002) yang

mendapati bahawa faktor persekitaran sebagai penyumbang paling utama stress

pelajar berbanding faktor akademik.

Susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah juga sikap pensyarah

dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta memperelokkan tingkah

laku pelajar. Suasana bilik kuliah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran

yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat

memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur suasana fizikal memainkan

peranan penting dan pensyarah haruslah memainkan peranan untuk berusaha sebaik mungkin

untuk menambahbaik daya tarikan bilik kuliah tersebut.

Persoalan Kajian 4

4.1.4 Untuk mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya menjadi punca stress di kalangan

9

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

murid.

Faktor stress daripada rakan sebaya juga merupakan salah satu sebab yang boleh

menyebabkan kreativiti seseorang pelajar itu akan terbantut. Omardin (1999) menjelaskan,

terdapat empat kumpulan pelajar dan rakan sebaya yang utama di dalam proses pembelajaran

di dalam bilik darjah. Empat kumpulan berkenaan adalah:

a. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang dan rasional.

b. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang matang dan seimbang.

c. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang.

d. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang kurang seimbang.

Kumpulan-kumpulan pelajar ini adalah terdiri daripada rakan sebaya yang berada di sekeliling

setiap individu pelajar itu setiap hari. Sekiranya di dalam sebuah kelas itu mempunyai

peratusan kumpulan pelajar dari kumpulan satu dan dua,kebarangkalian pelajar-pelajar dari

kelas berkenaan untuk menyelesaikan sebarang permasalahan mungkin tidak mempunyai

halangan danstress.

9.0 KEPUTUSAN KAJIAN

10

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Berdasarkan jadual 1.2, dapatan kajian menunjukkan faktor bagi bebanan tugas mempunyai

nilai skala yang paling tinggi iaitu beban tugas dan jadual waktu pelajar sebanyak 3 dan ini

menunjukkan responden bersetuju dengan faktor tersebut.Diikuti dengan faktor persekitaran

(bilik darjah) di mana nilai skala adalah 3 dan faktor peristiwa keluarga dengan nilai skala

sebanyak 3.Ini menunjukkan responden bersetuju dengan ketiga-tiga faktor ini.Selain itu, nilai

skala bagi faktor rakan sebaya adalah sebanyak 2.Ini juga menunjukkan bahawa responden

bersetuju dengan faktor ini.Hasil kajian menunjukkan faktor rakan sebaya mempunyai nilai

skala yang paling rendah iaitu 2.Ini menunjukkan murid lebih mempercayai rakan-rakan

daripada keluarga.

Bil Faktor-faktor stress Skala Itemkeseluruhan

Tafsiran

1 Sejarah Keluarga  3 Setuju

2 Bebanan Tugas/Jadual  3 Setuju

3 Persekitaran (Bilik darjah)  3 Setuju

4 Rakan Sebaya  2 Setuju

Jadual 1.2: Menunjukkan Faktor keseluruhan Skala untuk setiap faktorstress

10.0 PERBINCANGAN

11

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

1 .   Faktor bebanan tugas dan jadual pelajar mempengaruh stress di kalangan

pelajar

Objektif kajian yang pertama iaitu untuk mengenalpasti faktor bebanan tugas mempengaruhi

Stress di kalangan pelajar SK Taman Daya. Bagi menjawab persoalan ini, sebanyak 5 soalan

telah dikemukakan kepada responden.Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan ialah

sebanyak 4.13.Ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini.Faktor bebanan tugas

ini diakui menunjukkan bahawa tugasan yang terlalu banyak merupakan salah satu punca

stress pelajar.Selain daripada tugasan, terdapat juga kajian yang mendapati bahawa

peperiksaan menjadi salah satu punca stress seperti yang dibuktikan melaui kajian yang

dijalankan oleh Abdullah (2003).Tugasan dan peperiksaan merupakan dua perkara yang saling

berkait.Namun tugasan yang terlalu banyak bagi setiap subjek yang dipelajari boleh

membebankan pelajar dan menafikan hak mereka untuk berseronok semasa di alam remaja.

2.  Faktor persekitaran mempengaruh stress d i ka langan  pe la ja r

Objektif kajian yang kedua iaitu untuk mengenal pasti faktor persekitaran

mempengaruhistressdi kalangan pelajar. Bagi menjawab persoalan ini, sebanyak 10 item

soalan telah dikemukakan kepada responden.Hasil dapatan kajian mendapati skala

keseluruhan ialah sebanyak.Ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini. Selain

aktiviti akademik, persekitaran pembelajaran juga stressberkait dengan masalah

pelajar. Keadaan bilik kuliah yang tidak selesa dan peraturan kelas yang terlalu ketat antara

punca berlakunyastressdalam kalangan pelajar.

Faktor persekitaran (bilik darjah) menjadikan pelajar berasa stress apabila tidak mempunyai

tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kelas serta keadaan bilik darjah yang agak

sempit dan kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio

(2001) yang menekankan bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh mendatangkan

masalah stress kepada individu. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan

hasil kajian Ooi (2002) yang mendapati bahawa faktor persekitaran sebagai penyumbang paling

utamastresspelajar berbanding faktor akademik.

3. Sejarah keluarga mempengaruhi stress di kalangan pelajar

12

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Objektif yang ketiga ialah mengenal pasti faktor berkaitan pengaruh keluarga

mempengaruhistressdi kalangan pelajar. Hasil dapatan dari purata skala ialah 3 dan

menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini. Masalah yang dihadapi dalam keluarga

dan tidak dapat diuruskan dengan menjadi pendorong berlakunya stress dalam kalangan

murid.Terdapat ibu bapa bergaduh di hadapan anak-anak, ini menyebabkan berlakunya

tekanan dari aspek emosi, fizikal dan mental. Sikap ibu bapa yang sentiasa sibuk sehingga

tiada masa untuk mendengar masalah anak-anak juga mendorong anak-anak mencari alternatif

lain untuk melepaskan tekanan perasaan. Faktor keluarga menjadi punca murid-murid

bertingkah laku agresif.Hal ini disebabkan mereka dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa

menunjukkan sikap kasar dan agresif.

4. Faktor rakan sebaya mempengaruhi stress di kalangan pelajar

Objektif yang terakhir ialah iaitu untuk mengenal pasti faktor rakan sebaya mempengaruhi

stressdi kalangan pelajar SKTD. Bagi menjawab persoalan ini, sebanyak 10 soalan telah

dikemukakan kepada responden.Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan ialah

sebanyak 2.Ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini.Masa remaja merupakan

masa di mana lnteraksi sosial berlaku lebih luas dan tidak terhad dalam lingkungan

kekeluargaan semata-mata.Berbeza dengan alam kanak-kanak, remaja mula mengalihkan

perhatian kepada rakan sebaya bahkan bagi sesetengah remaja, mereka lebih mempercayai

rakan sebaya berbanding dengan ibubapa mereka.

Rakan sebaya menjadi penting kepada remaja dan stress untuk diterima oleh rakan sebaya

kadangkala menyebabkan remaja melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan stress

kepada diri mereka sendiri. Keinginan sedemikian menjadi satu stress apabila ia tidak dapat

dipenuhi seperti yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Omizo, Omizo dan

Suzuki(1988). Menurut Romano(1992) dan Ellis(2002), rakan sebaya didapati lebih banyak

menyumbang stress di kalangan pelajar. Dapatan ini kemungkinan disebabkan oleh kehidupan

seharian pelajar yang lebih banyak tertumpu bersama rakan sebaya bukan sahaja di dalam

bilik darjah bahkan di luar bilik darjah. Malahan, pelajar berasa stress apabila mempunyai

konflik dengan rakan sebaya. Contohnya situasi yang boleh menyebabkan stress kepada

responden ialah kesukaran menolak permintaan rakan walaupun berada dalam kesibukan.

Rakan sebaya juga banyak mempengaruhi cara berfikir dan bertindak seseorang murid.

11.0 Langkah-langlakah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid

13

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami

gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan

sebaiknya.Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak

menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan

emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru,ibubapa, murid dan

pihak sekolah adalah seperti berikut:

Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik

Sebagaimnana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh

mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra

dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya.Sifat kepimpinan demokratik ini

boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping

rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat

mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di

antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan

Aktiviti Kumpulan member banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di

antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan

banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti

pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja

projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan

bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-

aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendan

dalam diri mereka.

Menggunakan Percakapan Yang Sesuai

Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh

mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah

kategori pengaruh tidak langsung.Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala,

selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan

murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka.Contohnya guru

boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian.Peneguhan positif seperti

memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.Hukuman

dikenakan perlu adil dan berseuaian.

14

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Guru membantu murid yang bermasalah

Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam,

penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu

mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka

menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga

mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang

bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah

tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan

emosi.

Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-

program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan

tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai

masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan

kemahiran social, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan

meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

Murid bersifat self-efficacy

Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-officacy iaitu murid yang boleh

belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir

bagaimana memabaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan

membimbang atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala

perkara secara optimistic kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk

menentang emosi yang kurang sihat ini.

Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi

dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi,

kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan ibubapa

juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli psikologi,

kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi

maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

Perbincanga antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan

untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama.

15

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Selain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-

teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang

mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang

cara menguruskan emosi masing-masing.

Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang

tidak diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok.

Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak

diingini. Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu.

Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah

terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu.

Ini akan meyebabkan anak atau murid itu mengalami gangguan emosi.

Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya. Dengan

ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif.

Langkah-langkah di atas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang

gagal menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini akan

membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk menguruskan emosinya

dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan

emosinya.

KESIMPULAN

16

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa faktor yang pertama iaitu beban tugas dan jadual

waktu pelajar merupakan faktor yang penting terhadapstressdi kalangan pelajar.faktor bebanan

tugas yang memberikanstressdi kalangan pelajar. Bebanan tugas yang terlalu banyak,

kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan memberikanstresskepada pelajar. Kebanyakan

pelajar menyatakan berasastressapabila bebanan kerja sekolah terlalu banyak dan arahan

tugasan yang kurang jelas menyukarkan mereka untuk memahami kehendak soalan.

Kebanyakan pelajar akan berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain dan kerja

sekolah yang banyak setiap hari. Pelajar seharusnya tidak diberikan jadual waktu belajar

yang padat kerana ini akan menyebabkan pelajar berasa tertekan. Tambahan pula mereka

terpaksa menghadiri kelas tambahan berbayar pada waktu malam dan hari minggu. Ini

menambah stress para pelajar kerana tiada masa untuk beriadah bagi melepaskan

stress.Seterusnya, penyelidik mendapati faktor persekitaran(bilik darjah) menjadikan pelajar

berasastressapabila tidak mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising

semasa kelas serta keadaan bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selesa. Pelajar juga

mengalami stressdisebabkan oleh persekitaran fizikal sekolah yang usang. Untuk faktor

keempat, iaitu rakan sebaya merupakan faktor yang menyumbang terhadapstressdi kalangan

pelajar.Rakan sebaya juga mampu memberikan pengaruh yang besar terhadap murid.

Pengaruh rakan sebaya juga menjadi stress keranauntuk diterima oleh rakan sebaya

kadangkala menyebabkan remaja melakukan perkara-perkara yang boleh

mendatangkanstresskepada diri mereka sendiri.

REFLEKSI

17

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya

akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Saya merakamkan

jutaan terima kasih kerana pensyarah pembimbing iaitu Puan Rosnah Binti Hj A. Rajak kerana

sudi mengajar dan membimbing saya sepanjang tugasan ini dijalankan. Selain itu, beliau sering

memberikan kata-kata rangsangan dan buah fikiran yang bernas kepada saya agar

menyempurnakan tugasan ini dengan baik.

Sepanjang tugasan ini dijalankan, saya berpeluang menimba pengalaman yang sangat

bermakna.Tugasan ini memerlukan saya menulis berkenaan dengan guru dan cabaran

semasa. Pelbagai informasi dan pengalaman baru telah saya peroleh sepanjang

menyelesaikan tugasan ini. Tidak kurang juga dengan halangan-halangan yang terpaksa saya

tempuh bagi memastikan tugasan ini dapat saya selesaikan pada masa yang ditetapkan dan

paling utama, ia dapat diselesaikan dengan berkualiti.

            Saya merasakan tanggungjawab seorang guru sangat besar kerana gurulah yang

bertindak sebagai agen penggerak dan juga agen perubahan ke atas sistem pendidikan negara.

Saya mula menyedari bahawa untuk menjadi seorang guru yang baik bukan hanya bergantung

kepada peratusan murid yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam

peperiksaan sahaja, bahkan kejayaan seorang guru juga terletak kepada berapa ramai modal

insan berkualiti yang dapat dilahirkan oleh seorang guru itu.

Selain itu, saya juga menyedari bahawa sebagai pelaksana pendidikan, gurulah yang

berperanan dari peringkat akar umbi untuk memberi kesedaran kepada murid dan ibu bapa

tentang peluang pendidikan kepada mereka. Guru itu sendiri perlulah bersifat adil dalam

menyampaikan ilmu kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang dan kelas sosial murid-

murid.

            Saya telah mendapat azam baru untuk menjadi guru yang lebih baik pada masa akan

datang dan mendidik anak-anak didik saya dengan penuh kasih dan rasa ikhlas tanpa

mengharapkan sebarang balasan. Saya juga akan memberi pendedahan kepada murid-murid

saya tentang kepelbagaian ilmu pengetahuan bagi menyiapkan diri mereka ke arah globalisasi

supaya mereka mempunyai pengalaman-pengalaman baru yang tidak tertumpu kepada sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja.

18

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

            Transformasi pendidikan ini juga diharap dapat melahirkan lebih ramai modal insan

kelas pertama kerana lebih banyak peluang pendidikan didedahkan kepada pelajar pada hari

ini. Sebagai seorang guru, saya akan memastikan setiap pelajar saya mendapat peluang

pendidikan yang sama rata dan mereka mampu menjadi insan yang berjaya kelak. Saya juga

akan memberi pendedahan kepada masyarakat di luar tentang peluang-peluang pendidikan

yang disediakan pada hari ini. 

Sekian.Wassalam..

19

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

RUJUKAN

.Abdul Rahman Md Aroff dan Chang Lee Hoon.(2000). Pendidikan Moral.

Petaling Jaya: Logman Malaysia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraidah A. Majid. (2010). Guru danCabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar.

Haliza Hamzah. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Akta Kanak-Kanak 2001(Akta 611) dan Peraturan-Peraturan. Selangor: International Law Book Services.

Mok, S.S. (1996). Pedagogi 1: Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (1 ed.)Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Syed Ismail Syed Mustapha & Ahmad Subki Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa.Selangor: Penerbitan Multimedia.

Ahmad Subhi Miskon dan Syed Ismail Syed Mustapa.(2013). Murid dan Alam Belajar.Kuala Lumpur: Freemind Horizons.

20

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

LAMPIRAN A

Deskripsi Temu Bual:

Jantina :

Bangsa :

Umur :

Berikut adalah beberapa soalan yang dikemukakan kepada 3 orang murid untuk mengenal

pasti tekanan emosi atau stress mereka.

Cikgu : Berapa tahun umur kamu?

Murid A : Umur saya 12 tahun.

Cikgu : Adakah kamu akan menghadapi UPSR pada tahun ini?

Murid A : Ya.

Cikgu : Kamu tahu apa itu ‘stress’ atau tekanan emosi?

Murid A : Stress itu, eee… tekanan perasaan.

Cikgu : Pernahkah kamu menghadapi stress?

Murid A : Ya.

Cikgu : Apakah punca kamu menghadapi stress?

Murid A : Saya stress bila banyak kerja sekolah, petang kena pergi sekolah agama, malam pulak saya kena pergi kelas tuisyen. Stress cikgu….lepas itu hari Jumaat dan Sabtu pun saya tuisyen . Kadang-kadang saya pun kena buat latihan untuk pertandingan bercerita, pertandingan tilawah Al Quran, pertandingan bola jaring…wakil sekolah. Penat cikgu…

Cikgu : Pernahkah kawan-kawan kamu membuatkan kamu berasa stress? Mengapa?

Murid A : Pernah. Saya tahu ramai kawan-kawan cemburu dengan saya kerana selalu terpilih untuk mewakili sekolah.

Cikgu : Adakah kelas kamu cantik? Kamu selesa belajar di dalam kelas kamu?Mengapa?

21

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Murid A : Tidak cantik. Tidak begitu selesa kerana agak berabuk. Kawan-kawan malas menyapu.

Cikgu : Kamu akan menduduki UPSR, pernahkah kamu merasakan bahawa jadual harian atau belajar kamu sangat padat sehingga kamu tiada ruang untuk melakukan aktiviti kegemaran kamu?

Murid A : Ya. Hari Jumaat dan Sabtu saya pergi tuisyen kat Pusat Tuisyen. Saya tak boleh main basikal dan tonton cerita kartun lagi.

Cikgu : Bagaimana pula dengan pengharapan guru-guru dan ibu bapa kamu?

Murid A : Cikgu cakap saya mesti dapat 5A. Ibu bapa saya pun berharap saya dapat 5A.

Cikgu : Adakah pengharapan yang terlalu tinggi mereka ini memberikan tekanan emosi

kepada kamu? Mengapa?

Murid A : Ya. Saya takut tak dapat 5A.

Cikgu : Berapakah bilangan adik beradik kamu?

Murid A : Dua orang.

Cikgu : Adakah ibu bapa kamu selalu bergaduh?

Bila ibu bapa kamu bergaduh, adakah kamu berasa tertekan(stress). Mengapa?

Murid A : Ibu bapa saya tak pernah bergaduh.

22

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Deskripsi Temu Bual:

Jantina :

Bangsa :

Umur :

Berikut adalah beberapa soalan yang dikemukakan kepada 3 orang murid untuk mengenal

pasti tekanan emosi atau stress mereka.

Cikgu : Berapa tahun umur kamu?

Murid B : 12 tahun.

Cikgu : Adakah kamu akan menghadapi UPSR pada tahun ini?

Murid B : Ya.

Cikgu : Kamu tahu apa itu ‘stress’ atau tekanan emosi?

Murid B : Eeee…rasa macam nak marah.

Cikgu : Pernahkah kamu menghadapi stress?

Murid B : Ya.

Cikgu : Apakah punca kamu menghadapi stress?

Murid B : Saya stress bila ibu bapa saya bergaduh. Mama atau papa marah pada saya dan adik-adik.

Cikgu : Pernahkah kawan-kawan kamu membuatkan kamu berasa stress? Mengapa?

Murid B : Tidak. Kawan baik saya selalu cakap saya mesti dapat 5A…lepas saya boleh masuk asrama.

Cikgu : Adakah kelas kamu cantik? Kamu selesa belajar di dalam kelas kamu?Mengapa?

Murid B : Tak begitu, tahun satu lebih cantik. Selesa jugak lah….Kami sibuk kena belajar untuk UPSR.

23

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Cikgu : Kamu akan menduduki UPSR, pernahkah kamu merasakan bahawa jadual

harian atau belajar kamu sangat padat sehingga kamu tiada ruang untuk

melakukan aktiviti kegemaran kamu?

Murid B : Ya. Saya tidak boleh pergi bermain di taman permainan lagi.

Cikgu : Bagaimana pula dengan pengharapan guru-guru dan ibu bapa kamu?

Murid B : Cikgu selalu cakap saya mesti dapat 5A. Mama pun nak saya dapat

5A.

Cikgu : Adakah pengharapan yang terlalu tinggi mereka ini memberikan tekanan emosi

kepada kamu? Mengapa?

Murid B : Ya. Saya takut kena marah kalau tak dapat 5A.

Cikgu : Berapakah bilangan adik beradik kamu?

Murid B : Tiga orang.

Cikgu : Adakah ibu bapa kamu selalu bergaduh?

Bila ibu bapa kamu bergaduh, adakah kamu berasa tertekan(stress). Mengapa?

Murid B : Ya. Saya sedih sebab takut papa dan mama bercerai. Kenapa orang dewasa suka bergaduh.

24

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Deskripsi Temu Bual:

Jantina :

Bangsa :

Umur :

Berikut adalah beberapa soalan yang dikemukakan kepada 3 orang murid untuk mengenal

pasti tekanan emosi atau stress mereka.

Cikgu : Berapa tahun umur kamu?

Murid C : 12 tahun, cikgu….

Cikgu : Adakah kamu akan menghadapi UPSR pada tahun ini?

Murid C : Ya.

Cikgu : Kamu tahu apa itu ‘stress’ atau tekanan emosi?

Murid C : Perasaan yang tertekan.

Cikgu : Pernahkah kamu menghadapi stress?

Murid C : Ya.

Cikgu : Apakah punca kamu menghadapi stress?

Murid C : Saya takut bila cikgu ‘Z’ mengajar. Cikgu suka cubit kalau salah jawab. Kalau tak lulus ujian pun cikgu cubit/rotan….sakit sangattt.

Cikgu : Pernahkah kawan-kawan kamu membuatkan kamu berasa stress? Mengapa?

Murid C : Tidak. Mereka selalu beri kata-kata semangat untuk saya lulus periksa.

Cikgu : Adakah kelas kamu cantik? Kamu selesa belajar di dalam kelas kamu?Mengapa?

Murid C : Cantik sikit…tahun satu lebih cantik. Selesa. Ada kipas, meja, kerusi dan lain- lain.

25

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Cikgu : Kamu akan menduduki UPSR, pernahkah kamu merasakan bahawa jadual

harian atau belajar kamu sangat padat sehingga kamu tiada ruang untuk

melakukan aktiviti kegemaran kamu?

Murid C : Ya. Saya kena pergi tuisyen dan buat ulangkaji di rumah. Saya tidak dapat

pergi bersiar-siar dan tengok wayang bersama kawan-kawan.

Cikgu : Bagaimana pula dengan pengharapan guru-guru dan ibu bapa kamu?

Murid C : Cikgu selalu cakap saya mesti dapat 5A, sebab itu cikgu denda kalau tak lulus.

Ibu bapa saya pun nak saya dapat 5A.

Cikgu : Adakah pengharapan yang terlalu tinggi mereka ini memberikan tekanan emosi

kepada kamu? Mengapa?

Murid C : Ya. Saya takut kena cubit/rotan dengan cikgu ‘Z’.

Cikgu : Berapakah bilangan adik beradik kamu?

Murid C : Enam orang.

Cikgu : Adakah ibu bapa kamu selalu bergaduh?

Bila ibu bapa kamu bergaduh, adakah kamu berasa tertekan(stress). Mengapa?

Murid C : Kadang-kadang. Ibu bapa saya bergaduh bila tak cukup duit. Saya sedih sebab saya orang miskin.

26

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Deskripsi Temu Bual:

Tarikh :

Masa :

Tempat :

Berikut adalah beberapa soalan yang dikemukakan kepada 3 orang murid untuk mengenal

pasti tekanan emosi atau stress mereka.

Cikgu : Berapa tahun umur kamu?

Murid C : 12 tahun, cikgu….

Cikgu : Adakah kamu akan menghadapi UPSR pada tahun ini?

Murid C : Ya.

Cikgu : Kamu tahu apa itu ‘stress’ atau tekanan emosi?

Murid C : Perasaan yang tertekan.

Cikgu : Pernahkah kamu menghadapi stress?

Murid C : Ya.

Cikgu : Apakah punca kamu menghadapi stress?

Murid C : Saya takut bila cikgu ‘Z’ mengajar. Cikgu suka cubit kalau salah jawab. Kalau tak lulus ujian pun cikgu cubit/rotan….sakit sangattt.

Cikgu : Pernahkah kawan-kawan kamu membuatkan kamu berasa stress? Mengapa?

Murid C : Tidak. Mereka selalu beri kata-kata semangat untuk saya lulus periksa.

Cikgu : Adakah kelas kamu cantik? Kamu selesa belajar di dalam kelas kamu?Mengapa?

Murid C : Cantik sikit…tahun satu lebih cantik. Selesa. Ada kipas, meja, kerusi dan lain- lain.

27

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Cikgu : Kamu akan menduduki UPSR, pernahkah kamu merasakan bahawa jadual

harian atau belajar kamu sangat padat sehingga kamu tiada ruang untuk

melakukan aktiviti kegemaran kamu?

Murid C : Ya. Saya kena pergi tuisyen dan buat ulangkaji di rumah. Saya tidak dapat

pergi bersiar-siar dan tengok wayang bersama kawan-kawan.

Cikgu : Bagaimana pula dengan pengharapan guru-guru dan ibu bapa kamu?

Murid C : Cikgu selalu cakap saya mesti dapat 5A, sebab itu cikgu denda kalau tak lulus.

Ibu bapa saya pun nak saya dapat 5A.

Cikgu : Adakah pengharapan yang terlalu tinggi mereka ini memberikan tekanan emosi

kepada kamu? Mengapa?

Murid C : Ya. Saya takut kena cubit/rotan dengan cikgu ‘Z’. Saya pun takut ibu bapa akan

marah.

Cikgu : Berapakah bilangan adik beradik kamu?

Murid C : Enam orang.

Cikgu : Adakah ibu bapa kamu selalu bergaduh?

Bila ibu bapa kamu bergaduh, adakah kamu berasa tertekan(stress). Mengapa?

Murid C : Kadang-kadang. Ibu bapa saya bergaduh bila tak cukup duit. Saya sedih sebab saya orang miskin.

LAMPIRAN BBORANG SOAL SELIDIK

Nama: _____________________________ Tahun:___________

28

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Sila tandakan (/) pada ruangan yang disediakan mengikut skala pilihan anda.

1= Sangat tidak setuju

2= Tidak setuju

3= Kurang setuju

4= Setuju

5= Sangat setuju

Bil Item 1 2 3 4 5

1. Saya berasa stress untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

/

2. Saya sangat bertuah kerana mempunyai ramai kawan yang membantu semasa saya sedih.

/ /

3. Saya berasa kelas saya cantik dan ceria./

4. Saya berasa jadual waktu persekolahan dan belajar sangat padat.

/

5. Saya rasa terbeban dengan kerja-kerja sekolah yang banyak pada setiap hari.

/

6. Saya menghadiri lebih daripada 1 kelas tuisyen bagi persediaan UPSR.

/

7. Saya berasa ibu bapa/guru kecewa jika saya gagal dapat 5A.

/

8. Saya tidak pernah melihat ibu bapa saya bergaduh./

9. Saya sangat suka berada di rumah daripada berada di luar.

/

10. Saya berasa penat dan kadang kala badan saya terasa sakit, sakit perut, pening dan sebagainya.

/

LAMPIRAN C

(5- sangat setuju; 4- setuju; 3- tidak pasti; 2- tidak setuju; 1-sangat tidak setuju)

29

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

Bil Item

Penilaian Murid ke atas item ( /3)

1 2 3 4 5

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Saya berasa stress untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

Saya sangat bertuah kerana mempunyai ramai kawan yang membantu semasa saya sedih.

Saya berasa kelas saya cantik dan ceria.

Saya berasa jadual waktu persekolahan dan belajar sangat padat.

Saya rasa terbeban dengan kerja-kerja sekolah yang banyak pada setiap hari.

Saya menghadiri lebih daripada 1 kelas tuisyen bagi persediaan UPSR.

Saya berasa ibu bapa/guru tidak kecewa jika saya gagal dapat 5A.

Saya tidak pernah melihat ibu bapa saya bergaduh.

Saya sangat suka berada di rumah daripada berada di luar.

Saya berasa penat dan kadang kala badan saya terasa sakit, sakit perut, pening dan sebagainya.

1

1

3

2

2

3

3

3

3

3

3

3

Jumlah ( /30) 0 0 1 1 28

Peratus ( %) 0 0 3.3 3.3 93.0

Penilaian Peserta dalam Borang Soal Selidik

30

EDU GURU DAN CABARAN SEMASA 2015

31

LAMPIRAN