kkp kkbi hafazan pim

26
HAFAZAN AL-QURAN (PQE3043E) 2014 1.0 PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Yang Mulia dan paling dikasihi Tuhan, Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya. Dapat kami menyiapkan tugasan Hafazan al-Quran (PQE 3043E) ini. Tugasan yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam penyiapannya dapat kami sempurnakan. Segala usaha kami adalah banyak dibantu oleh banyak pihak lain. Pertama kali kami ingin mengucapkan sekalung ucapan terima kasih kepada pensyarah dan pembimbing kami iaitu Ustaz So’od bin Chik yang banyak membantu kami dalam proses penyiapan tugasan Hafazan al-Quran ini. Bimbingan, nasihat, penerangan dan tunjuk ajar kepada kami sedikit sebanyak membantu kami menyelesaiankan masalah yang dihadapi semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kami kepada rakan-rakan kami yang banyak membantu kami. Perbincangan dan kolaborasi bersama-sama banyak membantu kami. Walaupun jarak memisahkan kami namun kami tetap mengadakan perbincangan untuk membaik pulihkan tugasan kami yang banyak kekurangan ini. Rakan-rakan yang memberi kerjasama yang kuat dan komitmen yang tinggi. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan 1

Upload: muizimba-muhamad

Post on 19-Nov-2015

197 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

KHAS BUAT PISMP PA SEMESTER 6 IPG

TRANSCRIPT

HAFAZAN AL-QURAN (PQE3043E)

HAFAZAN AL-QURAN (PQE3043E)2014

1.0 PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Yang Mulia dan paling dikasihi Tuhan, Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya. Dapat kami menyiapkan tugasan Hafazan al-Quran (PQE 3043E) ini. Tugasan yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam penyiapannya dapat kami sempurnakan. Segala usaha kami adalah banyak dibantu oleh banyak pihak lain.Pertama kali kami ingin mengucapkan sekalung ucapan terima kasih kepada pensyarah dan pembimbing kami iaitu Ustaz Sood bin Chik yang banyak membantu kami dalam proses penyiapan tugasan Hafazan al-Quran ini. Bimbingan, nasihat, penerangan dan tunjuk ajar kepada kami sedikit sebanyak membantu kami menyelesaiankan masalah yang dihadapi semasa menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kami kepada rakan-rakan kami yang banyak membantu kami. Perbincangan dan kolaborasi bersama-sama banyak membantu kami. Walaupun jarak memisahkan kami namun kami tetap mengadakan perbincangan untuk membaik pulihkan tugasan kami yang banyak kekurangan ini. Rakan-rakan yang memberi kerjasama yang kuat dan komitmen yang tinggi. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sedikit sebanyak mereka membantu kami menyiapkan tugasan yang diberikan ini.Akhir kata kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran atas semua pihak yang membantu kami dalam proses penyiapan tugasan sirah ini. Dengan izin Allah, kami berjaya menyiapkannya.Sekian terima kasih.

2.0 PENDAHULUANPendidikan al-Quran bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997:15). Matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah. S.W.T. Dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran al-Quran secara hafazan mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai`e dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-Quran.Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan (Ab. Fatah Hasan:15). Menghafaz memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya. Sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak.Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah dan 30 juzuk merupakan satu-satunya kitab suci yang boleh dihafaz secara keseluruhan. Ini adalah suatu kelebihan kepada umat baginda Rasulullah S.A.W. dan penghafazan al-Quran adalah rahmat daripada Allah S.W.T. Jika dibandingkan dengan buku-buku lain yang sama tebal dan besarnya, menghafaz satu buku, setengah buku atau pun seperempat buku adalah sukar dan hampir-hampir mustahil. Allah S.W.T. menyifatkan penghafaz al-Quran sebagai hamba-hamba pilihannya. Hal ini dinyatakan menerusi firmanNya:

Terjemahannya;Dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu iaitu al-Kitab (al-Quran) itulah yang benar, dengan membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Mengetahui lagi Maha Melihat (keadaan) hamba-hambanya. Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Ynag demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Fatir:31-32)Al-Quran adalah Manhaj al-Hayah atau pedoman hidup bagi seluruh manusia tanpa batasan. Bertepatan dengan sifat Allah S.W.T. yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui, al-Quran yang merupakan perkataannya sarat dengan ilmu pengetahuan. Di dalamnya terkandung pelbagai khazanah ilmu samada ilmu ukhrawi ataupun duniawi. Seseorang yang menghafaz dan menguasai al-Quran bermakna ia telah memiliki pelbagai ilmu baik dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan sebagainya. Sebagai umat Islam, kita tiada alasan untuk meragukan keagungannya. Menghafal ayat-ayat al-Quran memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi untuk mencapai jumlah sasaran ayat-ayat yang perlu dihafal pada satu-satu masa. Pelajar perlu mempersiapkan diri dalam menghadapi segala bentuk permasalahan apabila ia mula menghafal dan mengekalkan hafalan dengan cara melaksanakan pengulangan hafalan secara konsisten. Hafalan Al-Quran terlalu mudah untuk hilang dari ingatan kecuali mereka yang benar-benar memastikan pemeliharaannya (Abdullah & Rahman, 2010). Terdapat pelbagai teknik dan sistem yang digunakan di institusi menghafal Al-Quran untuk memastikan pelaksanaan proses hafazan adalah teratur dan sistematik. Proses pengulangan dalam ayat-ayat al-Quran menghafal dijalankan menggunakan solat lima waktu dan zikir setiap hari untuk memastikan bahawa ayat-ayat Al-Quran yang dihafal terpelihara. 3.0 KAEDAH HAFAZANKaedah Hafazan" bermaksud satu sistem atau cara bersistematik dan berkesan yang digunakan oleh para hafiz dalam proses penghafazan al-Quran. Kaedah tersebut digunakan samaada kaedah semasa menghafaz, kaedah mengulang-ulang hafazan dan kaedah mengekalan hafazan.Hafazan boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu hafazan serta merta, hafazan jangka pendek dan hafazan jangka panjang. Hafazan serta merta boleh kekal dalam dua saat atau kurang daripada itu, hafazan jangka pendek boleh kekal dalam beberapa minit, jam dan hari sementara hafazan jangka panjang boleh menyimpan semua maklumat yang telah dialami semenjak lahir lagi (Ab. Fatah Hasan, 1994:13).Menurut Schunk D.H (1996: 163-166), hafazan mempunyai beberapa jenis iaitu hafazan jangka pendek dan hafazan jangka panjang. Hafazan jangka pendek mempunyai ciri kapasiti terhad, masa yang singkat dan separuh sedar. Hafazan jangka panjang adalah mempunyai kapasiti yang tidak terhad, penyimpanan kekal dan maklumatnya akan teraktif apabila digerakkan dan ianya terdiri daripada empat jenis. Pertamanya, hafazan episodic iaitu mengingat semula sesuatu kejadian yang pertama kali berlaku dan bermakna kepada diri sendiri. Kedua, hafazan semantik melibatkan pengumpulan pengetahuan tentang perkataan, konsep dan makna yang tersimpan secara jangka panjang. Ketiga, hafazan prosedur iaitu mengingat semula urutan perkara yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang dan akhir sekali hafazan visual adalah hafazan terhadap maklumat yang dikodkan dalam bentuk gambar, imej dan pemandangan.Menurut Rahil Mahyuddin, Jamiah Mohamad dan Kasnani Ab. Karim (2000:34) proses hafazan mengandungi tiga peringkat. Pertama peringkat perolehan, kedua ialah peringkat pengekalan dan ketiga peringkat perolehan kembali. Peringkat perolehan melibatkan memberikan perhatian kepada rangsangan dan mengekodkan ke dalam ingatan. Pengekalan merupakan peringkat hafazan di mana maklumat disimpan dan perolehan kembali iaitu proses mengeluar maklumat daripada simpanan apabila diperlukan.Kaedah hafazan ini juga terdiri daripada dua bahagian iaitu kaedah tradisional dan kaedah moden atau semasa. Kaedah tradisional lebih cenderung kepada kaedah-kaedah hafazan yang digunapakai sejak dari dulu lagi oleh para ulama silam. Kaedah ini juga bertepatan dengan sirah penurunan al-Quran kepada Rasulullah S.A.W melalui malaikat Jibril dan diteruskan oleh para sahabat seterusnya diwarisi hingga ke hari ini. Namun, peredaran zaman yang pesat sentiasa menemukan sesuatu yang baru dengan harapan dapat membantu kaedah yang lama dengan lebih berkesan. Para ulama sekarang sentiasa mencipta kaedah yang baru, lebih sistematik dan efektif agar seiring dengan peredaran masa. Dunia Teknologi pada hari ini memperlihatkan kaedah hafazan yang lebih teratur dan sistematik namun kaedah tradisional itu sendiri masih utuh dan relevan untuk digunapakai selagi mana ia mampu memberikan impak yang efektif.3.1 KAEDAH HAFAZAN TRADISIONAL3.1.1 KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAHKaedah Talaqqi Musyafahah ialah kaedah mempelajari bacaaan al-Quran yang tertua iaitu berdepan secara langsung di antara guru dengan murid seperti mana yang dipraktikkan oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. Talaqqi pada bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Manakala menurut istilah, ialah pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Lebih mudah ialah, guru membacakan sepotong ayat kepada sekumpulan murid dan kemudian murid mengikut bacaan guru secara berhadapan dengan guru beramai-ramai.Manakala, musyafahah pula bermaksud sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir dan pada istilah bermaksud murid menerima pengajaran melalui sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya mengikut guru. Sebagai contoh, seorang guru membaca sepotong ayat kepada seorang murid, dan kemudiannya murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya. Hal ini kerana, setiap guru al-Quran atau salasilah guru al-Quran sanadnya adalah bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w. Di sinilah terletaknya kepentingan berguru di dalam membaca al-Quran secara talaqqi musyafahah iaitu langsung dari mulut ke mulut dengan bersemuka secara langsung.Antara kekuatan kaedah ini ialah murid mengetahui secara amali dengan betul bagaimana perlaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid. Selain itu ia memudahkan murid menyebut dan membunyikan huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat. Melalui kaedah ini, murid juga dapat membezakan bacaan panjang atau pendek sebutan huruf dan membaca dengan betul dan fasih sepertimana guru yang bertindak sebagai seorang mursyid. Bahkan kaedah ini juga secara tidak langsung dapat memupuk sifat dalam diri pelajar supaya yakin dan berani mencuba di hadapan guru.Tidak dapat dinafikan juga bahawa kaedah talaqqi musyafahah ini tidak sama sekali diragui akan kesahihan sumbernya. Hal yang demikian kerana murid itu sendiri mendapat ilmu secara langsung daripada guru. Hal yang demikian akan mengelakkan murid-murid mendapat kefahaman dan ilmu yang salah. Para guru juga mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid. Kemudian, sekiranya terdapat kesalahan, guru akan membuat pembetulan dan penerangan dari perkataan dan ayat yang dibaca serta boleh memperdengarkan bacaan contohnya melalui kaset atau bacaan guru. Guru juga boleh merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman dan memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang bagaimana untuk membuat penambah baikkan dalam bacaan.Namun, setiap kaedah punyai kelemahan tersendiri. Berdasarkan dapatan kajian oleh beberapa tokoh,hasilnya menunjukkan bahawa kaedah Talaqqi dan Musyafahah yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz masih tidak mencukupi dan tidak mencapai tahap yang sepatutnya. Hal yang demikian dapat dilihat kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan lebih berpusatkan guru. Guru merupakan watak utama dalam menyampaikan bacaan yang betul dan tepat. Bacaan contoh guru yang salah memberi kesan besar kepada murid. Hal ini kerana, murid akan mengikuti dan mencontohi bacaan guru dalam amalannya.Selain itu, kaedah talaqqi musyafahah juga memerlukan penglibatan murid yang aktif. Ini membuatkan murid yang kurang aktif menjadi pasif seterusnya membuatkan mereka kurang berpeluang dalam menonjolkan diri. Terutamanya murid yang bermasalah dalam pembelajaran tidak akan keluar daripada zon kepincangannya dan akan terus menerus tersadai pada takaknya berbanding murid yang aktif akan terus mempertahankan kedudukannya di zon selesa.3.1.2 KAEDAH TAQRIR ATAU MURAJA'AH Taqrir atau muraja'ah bermakna mengulang-ulang. Maksud keadah Taqrir atau mengulang-ulang ialah pengulangan yang dibuat oleh penghafaz al-Quran untuk mengekal dan mengukuhkannya dalam ingatan. Ini bertujuan bagi mengekalan hafazan tersebut supaya tidak lupa atau hilang dari ingatan. Kaedah Tikrar ini merupakan kaedah yang utama di dalam menghafaz al-Quran dan jumlah takrar merupakan penentu kepada kekuatan hafazan pelajar (Hashim ,2014).Kekuatan hafazan seseorang pelajar berkait rapat dengan sejauh mana jumlah perlaksanaan kaedah Takrar yang dilakukan iaitu cara mengulang hafalan yang masih baru dan hafalan yang telah lama (Mazaayaa, 2006).Dalam satu kajiannya, Prof. W.C.F. Krueger telah menggunakan kaedah mengulang-ulang bacaan sebelum menghafaz ke atas sekumpulan pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa semakin banyak mereka mengulang-ulang bacaan, semakin banyak yang mereka hafaz. Implikasi daripada kajian tersebut, jikalau kita hendak menghafaz sesuatu maklumat, kita mesti terus mengulang-ulangnya. Keadah mengulang-ulang bacaan al-Quran, terdapat dua bahagian iaitu mengulangi hafazan yang masih baru dan mengulangi hafazan yang telah lama diperolehi.Kekerapan mengulang-ulang bacaan bergantung kepada kekuatan daya ingatan mereka masing-masing. Bagi seseorang yang mempunyai ingatan yang kuat, masa yang digunakan untuk mengulang adalah sedikit berbanding dengan mereka yang mempunyai ingatan yang lemah. Walau bagaimanapun, menghafaz (Tahfiz) dan mengulang (Taqrir) perlu seimbang dengan nisbah antara keduanya adalah 1:10, iaitu setiap hafazan baru mesti diulang sekurang-kurangnya sepuluh kali.Kaedah ulangan ini dapat dilaksanakan dengan melakukan pembacaan ataupun mengingati sesuatu perkara secara berulangkali ataupun berterusan. Kaedah ulangan ini dapat menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini berpusatkan kepada guru dan pelajar. Guru akan menggunakan kaedah ini apabila perlu mengulang semula topik yang lepas sebelum memulakan pengajaran baru. Pelajar pula dapat menggunakan kaedah ini dengan cara mengulang kaji pelajaran yang lepas, sama ada bertanya kepada guru ataupun persendirian.Kaedah ulangan ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar supaya bersedia menerima pengajaran dan menguatkan daya ingatan dan kefahaman. Kaedah ulanagan boleh dilakukan oleh guru dalam peringkat pengajaran yang sama ataupun guru membuat pengulangan sesuatu perkara dalam peringkat pengajaran yang berbeza. Contohnya membuat pengulangan pada isi pengajaran pada awal sesi pengajaran, pada peringkat akhir pengajaran atau pun membuat pengulangan sesuatu perkara dalam peringkat yang sama.Taqrir ini sendiri sangat berkesan dalam hafazan kerana murid dapat menyebut huruf ataupun kalimah dengan betul dan fasih. Ia juga memberikan dorongan kepada murid dalam menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal disamping ia juga sesuai untuk kelas pemulihan murid yang lemah dalam hafazan. Murid juga boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris. Dengan erti kata lain kaedah pengulangan yang berterusan ini menjamin sesuatu hafazan itu bukan sahaja dari segi lafaz ayatnya semata tetapi juga menekankan bacaan yang betul dan tepat dalam hukum tajwidnya.Namun, harus juga diingat bahawa kaedah pengulangan ini boleh menimbulkan rasa bosan dan menjemukan sekiranya proses pengulangan dilakukan dengan menggunakan teknik yang tidak sesuai. Jika terlalu banyak ulangan dilakukan mungkin aktiviti ini boleh menjadi satu aktiviti yang hanya membuang masa dan membosankan. Oleh itu, anda harus berwaspada tentang kaedah ini (Salihah Siais, 1993). Waktu pelaksanaannya perlulah diselangi masa rehat agar murid tidak terbeban dengan proses pengulangan yang berterusan yang akan menganggu prestasi minda mereka. Selain itu juga, kaedah pengulangan ini tidak dapat dijalankan dengan baik sekiranya terdapat murid yang tidak fokus dalam istiqomah dalam mengulang. Kebiasaan menunda dan menangguhkan pengulangan hanya akan menambah perasaan malas pada hari yang berikutnya. Hal ini sebenarnya merupakan pembawaan nafsu malas itu sendiri yang mengajak kepada menangguh- nanggukan tugasan dari satu masa ke masa yang berikutnya. Untuk mengelakkan kemalasan ini, usaha pengulangan hendaklah dijadikan kewajipan khas setiap hari pada satu masa yang telah ditentukan sebagaimana ketentuan waktu di dalam solat lima waktu.

3.2 KAEDAH HAFAZAN SEMASA/ MODEN3.2.1 KAEDAH JIBRILKaedah Jibril ini merupakan kaedah semasa yang baru sahaja bertapak di Malaysia. Ia dinamakan bersempena mengikut kaedah Malaikat Jibril mengajar Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran. Kaedah ini dibentuk hasil kajian oleh Ustaz Haji Mohd Asraff Ayob al-Hafiz, seorang Hafiz al-Quran yang berpengalaman selama 16 tahun dalam bidang hafazan dan berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang al-Quran dan Qiraat dari Universiti Al-Azhar, Mesir serta ijazah sarjana dalam bidang Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Kaedah ini diasaskan khusus untuk mereka yang sentiasa sibuk setiap hari tapi ingin menghafaz al-Quran. Melalui kaedah ini, sesiapa sahaja dapat menghafaz al-Quran tanpa mengira usia. Hal yang demikian kerana kaedah ini memperkenalkan kaedah terbaru dan mudah dalam menghafaz. Dalam sehari, seseorang itu hanya memerlukan 3 baris ayat untuk dihafaz. Hal yang demikian kerana 3 baris mampu dihafaz dalam sehari disamping mudah untuk mendisiplinkan setiap hari. Ia juga mengikut baris memudahkan jumlah target dalam sebulan.Kaedah Jibril direka berdasarkan konsep ini: mudah, praktikal, dan tidak membebankan. Ia bukan direka khas atas konsep banyak menghafaz tapi akhirnya lupa. Konsep mudah dan praktikal lebih sesuai untuk golongan awam kerana ia berpijak pada bumi yang nyata, berbanding konsep banyak tapi lupa itu. Selain itu, ia hanya memperutukkan masa hanya 30 minit dalam sehari. Tempohnya tidak terlalu lama dan tidak terlalu singkat dan ianya sangat relevan untuk di amalkan oleh segenap lapisan masyarakat.Selain itu juga, setelah dikuasai hafazannya, kita hanya perlu membuat 3 kali ulangan. Iaitu sebaiknya dalam setiap solat fardhu. Metodenya mudah sahaja iaitu sebelum solat bermula, ambil sedikit masa untuk mengulang 3 baris tersebut. Kemudian, cuba mengujinya ketika solat. Dan yang terakhir cuba mengulanginya ketika selepas solat. Seseorang itu perlu mengambil sedikit masa selepas solat terutamanya seusai wirid.Namun kaedah Jibril ini masih lagi baru bertapak di Malaysia. Rata-rata masyarakat masih tidak terdedah dengan kaedah ini. Antara kelemahan yang ketara ialah sesiapa yang mahu mempraktikkan kaedah ini, mereka perlu menghadiri seminar khas yang dianjurkan Ustaz Asraff sendiri yang secara umumnya tidak pada semua negeri di lawatinya. Seterusnya kaedah ini memerlukan bayaran khusus untuk mendapatkan naskhah bukunya samada buku bercetak atau pun maya iaitu e-book. Hal yang demikian berikutan kaedah ini masih lagi baru dalam promosi pengenalan.3.2.2 KAEDAH MODEN MENGGUNAKAN TEKNOLOGIPelaksanaan proses secara tradisional tidak menyelesaikan masalah yang timbul apabila melibatkan generasi muda masakini yang terdedah dengan penggunaan telefon pintar. Satu kajian lepas telah membuktikan kaedah tradisional gagal untuk menarik minat dan motivasi pelajar untuk belajar membaca surah (Purwanto, 1990). Dengan penciptaan Teknologi Maklumat dan penggunaan teknologi telefon pintar, pelbagai perisian dan aplikasi mudah alih telah dibangunkan untuk menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bidang hafazan Al-Quran mudah dan cepat berbanding secara tradisional. Pelbagai aspek pengetahuan tentang Al-Quran dikaji dan dibangunkan bagi menghasilkan rekaan aplikasi dan sistem yang mampu memberi kesan yang baik kepada pengguna. Kaedah dan teknik hafalan Al-Quran menjadi mudah dengan kemudahan capaian Internet. Terdapat pelbagai sistem dan aplikasi yang dibangunkan dalam membantu proses menghafal Al-Quran. Dengan adanya pembangunan perkakasan dan perisian dalam bentuk pendigitan (Muhammad, 2013), pelbagai aplikasi dan perisian Al-Quran yang berkaitan telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam talian dan luar talian. Ramai pendidik percaya bahawa komputer dapat membantu pelajar belajar membaca dengan betul melalui kaedah interaktif (Ismail dan Zakaria, 2010).Menurut kajian Md Ghalib (2006), kandungan subjek boleh dilaksanakan secara berkesan melalui aplikasi agen pedagogi animasi (APA) kerana ia berjaya meningkatkan penglibatan dalam proses pembelajaran. Kajian oleh Hj, Omar, & Sharif (2013), membuktikan antara sebab utama pelajar mempunyai tahap kecekapan yang rendah dalam membaca surah adalah kerana pelajar tidak mempunyai minat dalam pembelajaran surah. Berdasarkan pemerhatian, proses ajaran surah adalah bukan secara interaktif dan guru agama mengajar secara satu arah dan jelas bahawa pelajar secara membuta tuli mengulangi dan membaca surah selepas guru dan kaedah ini boleh menyebabkan motivasi pelajar semakin merosot. Di samping itu, kajian rintis yang sama, tiga agama guru telah ditemubual dan mereka berpandangan pembelajaran dan motivasi pelajar dapat dipertingkatkan melalui pembangunan reka bentuk pengajaran yang interaktif dan di lengkapi teknologi moden. Melalui pembangunan Quran Voice Memorizer selepas menghafal semua surah, pengguna boleh ke mod semak yang membolehkan aplikasi mendengar dan memperbetulkan hafalan. Ia membantu pengguna menghafal Al-Quran dalam tujuh cara dikenali sebagai kaedah tujuh Al-Chatibiah (Sameh, El-Hazmi, Zarrad, & Noreldean, n.d.).Aplikasi Quran Audio Recitation (QAR) (Muhammad & Qayyum, 2012), membantu dalam mengesan kesalahan bacaan atau hafalan Al-Quran tetapi ia tidak boleh menilai ketepatan dan prestasi pengguna. Menurut Elhadj (2010), E-Halagat direka berasaskan web dengan pendekatan menyerupai situasi halaqah yang dibangunkan secara elektronik terdiri daripada tutor, penyelia dan pelajar berdaftar. Sistem ini mempunyai dua kaedah pengesahan menggantikan kaedah tasmik iaitu pengesahan sendiri dan pengesahan automatik. Pengesahan sendiri dilaksanakan dengan merekod dan mendengar semula suara sendiri bagi mengetahui kesilapan dalam hafalan. Pengesahan automatik pula menggunakan teknik pengecaman pertuturan automatik untuk mengikuti pembaca dan untuk membetulkan bacaan atau hafalan ayat Al-Quran dengan adanya alat pengiraan yang diperlukan untuk membetulkan kesalahan hafalan secara elektronik.Kaedah pembelajaran Tahfiz mempunyai hubungan yang kuat dengan pencapaian pelajar (Hashim, 2014). Oleh itu unsur-unsur pembelajaran tahfiz perlu memberi pertimbangan khas oleh semua pihak dalam reka bentuk pengajaran dan pembelajaran kurikulum tahfiz terutamanya dalam pembangunan sistem dan aplikasi yang menggunakan teknologi maklumat. Beberapa faktor dalam pembelajaran yang menyumbang kepada keberkesanan sesuatu aplikasi atau sistem adalah reka bentuk sistem pembelajaran yang interaktif (Baldwin & Sabry, 2003).Namun teknologi sememangnya memberikan banyak kelemahan terutamanya ia akan menghalang seseorang untuk terus fokus berikutan paparannya yang dibuka melalui computer selalunya akan membuatkan cepat hilang minat untuk terus menghafaz sebaliknya sibuk melayari program lain. Selain itu juga, kos yang diperlukan sangat tinggi dan ia bersifat tidak mampu milik sekali gus tidak memberikan peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah. Selain itu, alatan teknologi juga tidak tahan lama. Ia memerlukan maintanaince yang kerap dan juga mengeluarkan kos. Di samping itu, alatan teknologi ini tidak dapat menilai prestasi sepenuhnya dalam hafazan seseorang itu.

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN HAFAZANPengekalan hafazan (Murajcah/Icadah) merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan. Bagi seorang hafiz al-Quran, adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya ia menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dipraktikan mengekalkan hafazan iaitu yang pertama ialah bergaul dengan mereka yang telah menjadi hafiz. Kebiasaannya pada suatu tahap tertentu akan timbul rasa jemu dan malas untuk mengulangkaji hafazan walaupun pada awalnya semangat tersebut amat berkobar-kobar. Di sinilah fungsinya bergaul dengan orang-orang yang sedang atau sudah menghafaz al-Quran. Ia dapat membantu seseorang itu untuk konsisten dalam mengulang-ulang ayat-ayat al-Quran kerana wujudnya semangat persaingan untuk berlumba-lumba membacanya. Selain itu, mereka turut berperanan sebagai pemberi motivasi kepada seseorang yang mula malas dan lesu untuk mengulang hafazan.Selain itu, mendengar bacaan dari seorang hafiz al-Quran juga dapat memberi semangat kepada seseorang yang ingin mengekalkan hafazannya. Hal ini boleh dilakukan dengan mendengar kaset-kaset rakaman, radio ataupun compact disk al-Quran. Sekiranya ingin memperolehi manfaat yang lebih banyak, seseorang hafiz itu boleh mendengar dengan teliti bacaan-bacaan yang diperdengarkan dengan memerhatikan hukum-hukum tajwidnya, ghunnah-ghunnahnya serta alunan irama bacaannya. Tidak lupa juga untuk mengulang hafazan bersama orang lain. Cara ini merupakan cara popular yang digunakan oleh para ulama zaman dahulu untuk mengingati ilmu yang telah mereka pelajari. Begitu juga bagi seorang hafiz yang melakukannya secara konsisten, hafazan al-Quran lebih mudah dikekalkan. Malah pada masa yang sama, ketika berlaku ketidaklancaran pada bacaan salah seorang di antara mereka, rakannya dapat membetulkan bacaan tersebut. Di samping itu, selalu membaca ayat yang dihafaz di dalam solat. Seringkali membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat sudah tentu akan memudah dan melancarkan lagi hafazan seseorang. Ini kerana suasana solat itu sendiri memerlukan konsentrasi dan keseriusan dalam melaksanakan ibadat tersebut. Maka seorang hafiz perlulah membuat pengulangan bacaan yang intensif dan melapangkan waktu yang agak panjang. Walaupun demikian, ini bukanlah bermakna tidak terdapat langsung kesalahan seperti kesilapan bacaan ataupun terlupa ayat yang hendak dibaca semasa membaca di dalam solat. Namun apabila perbuatan ini menjadi rutin, lama-kelamaan akan terhasil juga satu sistem hafazan ayat-ayat suci al-Quran yang amat lancar. Dan yang terakhir ialah menyertai Musabaqah Hifz al-Quran Dengan mengikuti pertandingan seumpama ini menyebabkan seseorang itu mendapat motivasi untuk mengulang hafazannya secara berulangkali. Ini kerana pertandingan tersebut dianggap satu suasana ujian yang amat genting. Melalui pertandingan yang disertai ini, penghafaz bukan sahaja dapat menguji kemampuannya dalam menghafaz ayat al-Quran malah turut memperolehi pengalaman yang berharga apabila dapat bertukar-tukar ilmu dan buah fikiran dengan peserta daripada daerah dan negeri lain.

5.0 PENUTUPKajian ini berjaya mengenalpasti beberapa kaedah dan teknik hafalan Al-Quran secara tradisional iaitu Talaqqi, Musyafahah dan Takrar Murajaah. Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti kaedah hafalan Al-Quran secara moden menggunakan pengaplikasian teknologi yang dapat membantu proses pengekalan ingatan ayat-ayat hafalan yang dihafaz. Reka bentuk pembangunan sistem dan aplikasi yang interaktif dan bersistematik juga sangat penting dalam memastikan keberkesanannya kepada pengguna. Ini kerana kepelbagaian gaya dan strategi pembelajaran yang dibangunkan akan melahirkan huffaz yang berkualiti dari segi ilmu dan profesional.Natijahnya, menghafal ayat-ayat al-Quran memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi untuk mencapai jumlah sasaran ayat-ayat yang perlu dihafal pada satu-satu masa. Pelajar perlu mempersiapkan diri dalam menghadapi segala bentuk permasalahan apabila ia mula menghafal dan mengekalkan hafalan dengan cara melaksanakan pengulangan hafalan secara konsisten. Hafalan Al-Quran terlalu mudah untuk hilang dari ingatan kecuali mereka yang benar-benar memastikan pemeliharaannya (Abdullah & Rahman, 2010).

6.0 REFLEKSIMUHAMAD MUIZ BIN MUHAMADPISMP PAI 2 SEMESTER 6920709-11-5289124864Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda dan seluruh manusia yang memperjuangkan syariat-Nya sampai hari Kiamat. Alhamdulillah, dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi yang tidak terhingga berkat taufik hidayahNya dan keizinanNya, dapat saya, menyiapkan tugasan kerja kursus bagi subjek Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) yang telah diberikan oleh pensyarah, Ustaz Mohd Sood bin Chik ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bagi subjek Hafazan Al-Quran (PQE 3043E) ini iaitu Ustaz Mohd Sood bin Chik kerana telah memberikan panduan dan dorongan kepada saya untuk menghasilkan kerja kursus ini. Seterusnya ribuan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada kedua Ibu Bapa saya kerana banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada sepanjang menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan terutama seluruh ahli kelas Pai 2, kerana telah memberikan komitmen dan tunjuk ajar yang terbaik sepanjang pembikinan tugasan ini berlangsung.Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini, pelbagai analisis dan juga pemerhatian yang telah saya lakukan. Analisis yang telah saya lakukan ini dapat mengajar saya pelbagai ilmu yang bermanfaat dan juga faedah kepada saya selaku bakal Ustaz pada masa hadapan. Dalam penulisan refleksi ini, saya akan menghuraikan beberapa perkara mengenai hasil pemerhatian dan pengalaman sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Di dalam tugasan tersebut, kami diminta untuk 4 kaedah hafazan yang merangkumi 2 kaedah tradisi dan 2 kaedah semasa yang membincangkan kekuatan dan kelemahannya. Seterusnya kami diminta untuk mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil agar hafazan yang dibbuat kekal dalam ingatan. Dari sudut kekuatan, saya melihat tugasan ini mampu menjentik minda kita semua bahawa pentingnya mengetahui apakah kaedah hafazan yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian sebagai seorang yang bergelar guru. Adab, prosedur dan kaedah seseorang muslim itu mestilah kukuh dalam hafazan dan tidak mudah diganggu oleh anasir-anasir jahat yang sentiasa membelengu diri seseorang agar kekal hafazannya. Selain itu, tugasan ini juga telah banyak memberikan ilmu dan pengalaman baru kepada saya. Melalui tugasan ini, saya dapat memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan berkenaan dengan kaedah hafazan. Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari banyak perkara berkenaan kaedah hafazan dan berjaya mengenalpasti beberapa kaedah dan teknik hafalan Al-Quran secara tradisional iaitu Talaqqi, Musyafahah, Takrar, Tadarus, Semaan, Tasmik, Tashil, Tarkiz, Tarsikh, Tafaqqud dan Murajaah, kefahaman dan penulisan. Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti kaedah hafalan Al-Quran secara moden menggunakan pengaplikasian teknologi yang dapat membantu proses pengekalan ingatan ayat-ayat hafalan yang dihafaz. Reka bentuk pembangunan sistem dan aplikasi yang interaktif dan bersistematik juga sangat penting dalam memastikan keberkesanannya kepada pengguna. Ini kerana kepelbagaian gaya dan strategi pembelajaran yang dibangunkan akan melahirkan huffaz yang berkualiti dari segi ilmu dan profesional.Selain itu, saya juga diminta untuk mencadangkan beberapa langkah dalam mengekalkan hafazan. Ini juga merupakan ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna kepada saya kerana pada mulanya saya tidak begitu pandai untuk melaksanakannya tetapi setelah mempelajarinya dengan rakan-rakan yang lain, Alhamdulillah saya dapat melaksanakan dengan baik. Pengekalan hafazan (Murajcah/Icadah) merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan. Bagi seorang hafiz al-Quran, adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya ia menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dipraktikan mengekalkan hafazan iaitu yang pertama ialah bergaul dengan mereka yang telah menjadi hafiz, mengulang hafazan bersama rakan, membaca ayat didalam solat, mendengar bacaan hafiz dan menyertai pertandingan.

Manakala dari sudut kelemahan, saya mengalami sedikit kesukaran untuk mencari maklumat untuk soalan temubual berkaitan dengan subjek ini. Terutamanya dalam menghadapi beberapa masalah seperti bahan rujukan dan talian internet yang disediakan terlalu mengecewakan. Selain itu, saya juga ingin memohon maaf kepada pihak ustaz kerana terlewat sedikit menghantar hasil tugasan ini kerana ianya bukan disengajakan tetapi kerana banyak halangan yang tidak dapat saya elakkan. Namun saya cuba dengan sedaya upaya saya untuk menyiapkannya dengan hasil yang terbaik.Setelah meneliti beberapa permasalahan yang timbul sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya dan rakan-rakan telah menggunakan beberapa cara yang sesuai untuk mengatasinya. Antaranya ialah merujuk kepada rakan-rakan lain mengenai kaedah hafazan supaya kami boleh saling berkongsi maklumat yang ada supaya lebih berkembang. Selain itu, mengenai proses pencarian maklumat yang susah, beberapa ahli kelas turut bekerjasama bagi memastikan semua perkara dapat diuruskan dengan membahagikan tugas kepada beberapa individu. Selain itu, saya merangka pelan tindakan sendiri atau pun jadual kendiri supaya perkara-perkara kecil tidak terlepas pandang. Dengan adanya pelan ini, saya dapat menyiapkan kerja kursus saya selain melaksanakan tugasan lain yang terdapat disekolah.Kesimpulannya, tugasan kerja kursus pada kali ini memberikan pengalaman yang cukup bermakna kepada saya dan rakan-rakan sebagai persediaan sebelum menempuh suasana sebenar di sekolah suatu hari nanti. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat dan selainnya yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan tugasan kerja kursus pada kali ini. Semoga jasa baik anda semua mendapat keredhaan Allah s.w.t. InsyaAllahSekian, terima kasih.

7.0 RUJUKAN

Al-Quran al-KarimAbdullah al-Qari bin Haji Salleh, Bagaimana dan Mengapa Kita Perlu Menghafal al-Quran?,Kelantan Darul Naim, KenaliAbu Mazaayaa Al-Hafiz, A.-H.A. (2006).Panduan Menghafal Al-Quran, Kuala Lumpur, Darul Numan.Dr. Adel M. Abdulaziz, 2006, Panduan dan Bimbingan Guru Al-Quran,Kuala Lumpur, iBook Publications Sdn Bhd.Mohd Yusof Ahmad, 2005, Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran, Kuala Lumpur, Universiti Malaya

http://www.kaedahjibril.com/ebookkj.html di layari pada 20 September 2014https://www.academia.edu/7370196/Perbandingan_Kaedah_Hafazan_Al-Quran_Tradisional_dan_Moden_-_Satu_Kajian_Awal di layari pada 21 September 2014http://umexpert.um.edu.my/file/publication/00010772_77945.pdf di layari pada 21 September 2014

8.0 LAMPIRAN18