pembinaan dan penilaian kesesuaian modul …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan...

31

Upload: others

Post on 18-Jan-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI SIFAT JIRIM BAGI MATA PELAJARAN

FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT

NORLIZAYATI BINTI OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

Untuk emak dan keluarga tersayang….. Terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan

Untuk teman-teman yang banyak membantu terutamanya… Hairilasri, Liza, kak Zool, Rini, Dayah, Liana, Sham, Razima,

dan semua teman-teman yang sama-sama melalui suka dan duka sepanjang di UTM..

Terima kasih atas bantuan kalian…

Kepada PM Dr. Shaharom Noordin.. Terima kasih atas bimbinganmu

Segala teguran dan curahan ilmu yang diberikan akan dijadikan panduan di masa hadapan

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurniaNya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini bagi memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik).

Jutaan terima kasih saya tujukan kepada penyelia saya, Prof. Madya Dr. Hj.

Shaharom Bin Noordin yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar

kepada saya. Segala teguran dan ilmu yang dicurahkan akan dijadikan panduan di

masa hadapan.

Buat ibu dan keluarga yang banyak memberikan sokongan terutama dari segi

kewangan, sesungguhnya ia amat membantu dalam menyiapkan projek ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada penilai yang terlibat dalam

menilai MPK iaitu guru-guru di Sek. Men.Keb. Derma, Kangar Perlis, Sek.

Men.Keb.Marang, Terengganu, Sek Men.Teknik Perdagangan, Sek. Men. Teknik JB,

Sek. Men. Keb. Aminudin Baki, Sek. Men. Keb. St. Joseph, JB, serta Sek. Men. Keb.

Paduka Tuan Segamat, Johor. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan dan semua pihak

yang terlibat dalam menyiapkan projek ini sama ada secara langsung atau tidak

dalam kajian ini.

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

v

ABSTRAK

Pemilihan bahan P&P yang bermutu merupakan salah satu aspek yang

menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru,

pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) ini merupakan satu

inovasi oleh pengkaji dalam menyumbang kepada peningkatan mutu bahan P&P di

negara ini. Kajian ini adalah untuk membina tiga Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

iaitu MPK 1: Teori Kinetik Jirim, MPK 2: Ketumpatan Bahan dan MPK 3:

Kekenyalan Bahan yang memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) (PPK, 2003)

untuk digunakan dalam mata pelajaran Fizik tingkatan empat. Ketiga-tiga MPK ini

dibina menggunakan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Ia dinilai

kesesuaiannya melalui dua peringkat penilaian formatif iaitu oleh empat orang guru

Fizik di peringkat Penilaian Formatif Satu dengan Satu dan 12 orang guru Fizik

dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil merentas pembolah ubah bebas tempoh

mengajar. Satu set borang Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Guru)

(Shaharom, 1994) dijadikan sebagai alat kajian. Hasil dapatan kajian ditafsir

menggunakan analisis statistik deskriptif berbentuk min, sisihan min, maksimum dan

minimum. Keputusan kajian menunjukkan bahawa MPK yang dihasilkan sesuai

digunakan sebagai bahan P&P bagi mata pelajaran Fizik pada peringkat PFSS dan

PFKK. Malah, tiada perbezaan status kesesuaian merentas tempoh mengajar pada

kedua-dua peringkat penilaian formatif. Pembinaan MPK telah disokong oleh kajian-

kajian terdahulu dan penggunaannya telah diakui membawa implikasi positif dalam

usaha memartabatkan mutu bahan dalam proses P&P di negara ini.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

vi

ABSTRACT

Selecting a good teaching and learning materials is one of the factors that

contribute to the improvement of students and teachers’ education level. Therefore,

the development and evaluation of this Self Instructional Module (SIM) is an

innovation by the researcher in order to improve the quality of teaching and learning

materials in this country. This study is dedicated in developing three Self

Instructional Module (SIM), that were MPK 1: Teori Kinetik Jirim, MPK 2:

Ketumpatan Bahan and MPK 3: Kekenyalan Bahan that fill the syllabus (PPK, 2003)

to be used in the Form Four Physics subject. All three of these SIM were developed

by using Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Its’ suitability was tested through

two stages of Formative Evaluation; that were by four Physics teachers in the One-

to-One Formative Evaluation stage and twelve Physics teachers involved in the

Small Group Formative Evaluation across the free variable teaching period. A set of

Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Guru) (Shaharom, 1994) was

used as an evaluation instrument. The study findings were analysed by using

Descriptive Statistical analysis in the form of mean, mean deviation, maximum and

minimum. The result of the study show that SIM that had been produced were

suitable to be used as a teaching and learning materials for the subject of Physics for

both of Formative Evaluation. Even more, there were no difference between the

sutability status across the teaching period for both of the Formative Evaluation

stages. This SIM had been supported by the earlier study and its’ usage had been

approved as to have yields a positive result in the effort to glorify the materials’

quality in the teaching and learning process for this country.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

I PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.1.1 Mutu Bahan 3

1.1.1.1 Teks 4

1.1.1.2 Menilai Aktiviti 6

1.1.1.3 Gambar Rajah 7

1.1.1.4 Menilai Objektif Pembelajaran 9

1.1.1.5 Menilai Ringkasan Bab 10

1.1.6 Menilai Soalan Akhir Bab 11

1.1.2 Kekurangan Pakar MPK 12

1.2 Pernyataan Masalah 13

1.3 Objektif Kajian 14

1.4 Persoalan Kajian 14

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

viii

1.5 Rangka Kerja Konsep 15

1.6 Kepentingan Kajian 16

1.6.1 Pelajar 17

1.6.3 Guru 18

1.6.4 Penggubal kurikulum 19

1.7 Skop Kajian 20

1.8 Takrifan 20

1.8.1 Guru Fizik 20

1.8.2 Kesesuaian 20

1.8.3 Modul Pengajaran Kendiri 21

1.8.4 Pembinaan 21

1.8.5 Penilaian Formatif 21

1.8.6 Tempoh Mengajar 22

1.9 Rumusan 22

II SOROTAN PENULISAN 24

2.0 Pendahuluan 24

2.1 Teori Berkaitan Dengan Pembinaan

dan Penilaian MPK 24

2.1.1 Model-model MPK 25

2.1.1.1 Model Burns 25

2.1.1.2 Model Klingstedt 26

2.1.1.3 Model Eijl 28

2.1.1.4 Model Meyer 28

2.1.1.5 Model de Vito 30

2.1.2 Model Teras-Cabang 31

2.1.3 Rasional Penggunaan Model

Teras-Cabang 37

2.1.4 Penilaian Formatif 38

2.1.4.1 PFSS 38

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

ix

2.1.4.2 PFKK 39

2.1.4.3 PL 40

2.1.5 Pembelajaran Pengguasaan 40

2.2 Kajian-kajian Berkaitan Pembinaan Dan

Penilaian MPK 44

2.3 Rumusan 50

III PENGKAEDAHAN 52

3.0 Pendahuluan 52

3.1 Kandungan MPK 52

3.1.1 MPK 1: Teori Kinetik Jirim 53

3.1.2 MPK 2: Ketumpatan Bahan 53

3.1.3 MPK 3: Kekenyalan Bahan 54

3.2 Subjek Kajian 54

3.3 Alat Kajian 55

3.4 Tatacara Kajian 56

3.4.1 Kajian Tahap Satu: 58

3.4.2 Kajian Tahap Dua 58

3.5 Kajian Tahap Tiga: Analisis Data 58

3.6 Andaian 60

3.7 Batasan Kajian 61

3.8 Rumusan 62

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

x

IV KEPUTUSAN KAJIAN 63

4.0 Pendahuluan 63

4.1 Kajian Rintis 63

4.2 Kajian Sebenar 64

4.2.1 Persoalan Kajian 1 65

4.2.2 Persoalan Kajian 2 66

4.2.3 Persoalan Kajian 3 67

4.2.4 Persoalan Kajian 4 69

4.3 Rumusan 71

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan 72

5.1 Ringkasan dan Perbincangan 73

5.2 Kesimpulan 79

5.3 Implikasi 80

5.3.1 Pelajar 80

5.3.2 Guru 83

5.3.3 PPK 84

5.3.4 Penerbit Buku 85

5.4 Cadangan 85

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 87

5.6 Rumusan 88

BIBLIOGRAFI 89

LAMPIRAN A – I 95

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Tafsiran Indeks 6

4.1 Analisis Data PFSS oleh Guru Fizik

Bagi Ketiga-tiga MPK 65

4.2 Analisis Data Secara Keseluruhan dalam

PFSS 66

4.3 Analisis Data PFKK oleh Guru Fizik

Bagi Ketiga-tiga MPK 66

4.4 Analisis Data Secara Keseluruhan dalam

PFKK 67

4.5 Analisis Data PFSS oleh Guru Fizik bagi

Ketiga-tiga MPK Merentas Tempoh Mengajar 68

4.6 Analisis Data Secara Keseluruhan dalam

PFSS Merentas Tempoh Mengajar 69

4.7 Analisis Data Secara Keseluruhan dalam

PFKK Merentas Tempoh Mengajar 70

4.8 Analisis Data Secara Keseluruhan dalam

PFKK Merentas Tempoh Mengajar 71

5.1 Perbandingan Analisis PFSS dan PFKK

Pengkaji Merentas Pemboleh Ubah 74

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 15

2.1 Komponen Dalam Model Teras-Cabang

(Shaharom, 1994) 32

2.2 Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994) 33

2.3 Model Pembelajaran Pengguasaan 41

3.1 Rangka Kerja Keseluruhan

(Shaharom, 1994) 57

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

xiii

SENARAI SINGKATAN

MPK Modul Pengajaran Kendiri

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PFKK - Penilaian Format Kelompok Kecil

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

PL - Penilaian Lapangan

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

JPK - Jadual Pemeringkatan Kesesuaian

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

(Guru)

B Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK Untuk Guru

C Tajuk Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)

D Pengesahan Pakar Bidang

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah-Sekolah,

Maktab-Maktab Perguruan, Jabatan-Jabatan Pendidikan Dan

Bahagian-Bahagian Di Bawah Kementerian Pendidikan

Malaysia

F Surat Pengenalan Diri Daripada Fakulti

G Syarat-syarat Perkhidmatan untuk Perlantikan Jawatan Guru

H Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah-Sekolah,

Maktab-Maktab Perguruan, Jabatan-Jabatan Pendidikan Dan

Bahagian-Bahagian Di Bawah Kementerian Pendidikan

Malaysia

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

xv

I Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat bagi

Bab Sifat Jirim (Teori Kinetik Jirim, Ketumpatan dan

Kekenyalan Bahan).

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia adalah berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan (Falsafah Pendidikan Negara : 1.)

Justeru pelbagai pihak harus mengambil inisiatif bagi merealisasikan

kehendak negara termasuklah guru. Guru dapat menjalankan pelbagai inisiatif seperti

menyediakan program kepimpinan, aktiviti kemasyarakatan termasuklah

menyediakan bahan pembelajaran yang bermutu. Menjenguk ke halaman jurnal,

ditulis :

“Teachers sit down to formulate curriculum objectives, go on devise

methodologies that puts them into practice and which in due course lead to

appropriate achievement by pupils (Educational Studies, 1975 : 3).”

Di samping menyediakan fakta-fakta penting Fizik, guru berperanan

menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sarat dengan maklumat dan aktiviti

yang mampu menggalakkan pembelajaran pelajar, seterusnya membuka minda

mereka.

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

2

“Aktiviti di kalangan pelajar dikira sebagai satu cara untuk menggerakkan

mereka berfikir dan membolehkan mereka memahami (Wan Zah, 1992: 5).

Buku teks dan rujukan merupakan bahan penting pelajar dalam memahami

sesuatu mata pelajaran. Namun, adakah buku-buku tersebut memenuhi sukatan mata

pelajaran? Pihak yang terlibat seolah-olah lebih mementingkan wang ringgit daripada

mutu dan kualiti bahan. Guru pula diharapkan agar mampu meningkatkan prestasi

para pelajar dengan adanya bahan-bahan tersebut. Jadi, guru seharusnya sedar

tentang kekangan yang wujud dalam bahan-bahan tersebut dan mengambil langkah

yang lebih berkesan seperti menjalankan penyelidikan terhadap buku-buku teks dan

rujukan yang berada di pasaran, menyarankan buku-buku terbaik untuk pelajar rujuk

dan salah satu cara lagi ialah dengan pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri. Usaha

ke arah mencapai matlamat ini boleh dilakukan menerusi kaedah pembelajaran

bermodul (PB) dengan mnggunakan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Dengan

adanya MPK, guru dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P)

dengan lebih berkesan kerana terdapat kepelbagaian media dan aktiviti yang

disepadukan dalam sesebuah MPK (Shaharom, 1992).

Dengan adanya bahan-bahan pengajaran yang bermutu, guru dapat

menjalankan proses P & P dengan lebih lancar. Seterusnya menyahut kehendak

negara untuk menjadikan pendidikan di negara ini di tahap yang lebih tinggi.

1.1.1 Latar Belakang Masalah

Bahan pembelajaran merupakan asas penting dalam proses P & P. Ia

merupakan alat yang mampu membantu pemahaman pelajar dalam memahami

sesuatu konsep Fizik. Di sini, peranan guru amat penting di mana guru harus

menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang ada untuk menggunakan

bahan-bahan tersebut supaya pelajar dapat membayangkan konsep yang sukar atau

bersifat seni.

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

3

Menurut Abd Hamid (1990:9);

“Guru harus percaya bahawa bahan yang akan disampaikan kepada pelajar itu

membawa manfaat kepada pelajar”.

Jadi, sebelum proses P & P dilakukan, guru haruslah memastikan bahan-

bahan pembelajaran adalah bermutu dan bahan pengajaran yang disediakan

memenuhi keperluan kurikulum (Shaharom, 2003). Timbul beberapa persoalan di

sini. Wujudkah bahan pembelajaran yang bermutu di Malaysia? Di manakah bahan

bermutu ini boleh diperolehi? Persoalan ini sering timbul di fikiran kerana

kebiasaannya apabila berkunjung ke kedai buku, hanya buku-buku yang diketahui

kurang bermutu dipasarkan. Situasi ini menunjukkan bahawa kurangnya buku-buku

yang bermutu di pasaran. Justeru, pelajar banyak didedahkan dengan buku-buku teks

dan rujukan yang ‘sekadar ada’ di pasaran. Keadaan ini pastinya membimbangkan

sekiranya bahan-bahan P & P yang bermutu ini terus berkurangan.

1.1.2 Mutu Bahan

Buku teks dan rujukan sememangnya banyak di pasaran. Ini kerana,

penggunaan buku teks dan juga bahan-bahan terbitan lain yang bersesuaian

merupakan salah satu cara untuk memperoleh organisasi tajuk dan isi kandungan

pelajaran yang boleh membantu guru melakukan satu pengajaran yang berkesan.

(Shaharom & Mohd Tajudin, 2001) Bahan-bahan ini begitu senang diperolehi oleh

pelajar mahupun guru. Namun, adakah isi kandungan bahan tersebut memenuhi

sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM)? Kewujudan buku-buku teks dan rujukan di pasaran sekadar memenuhi

kehendak penerbit. Kebanyakannya terdiri daripada buku-buku kecil atau nota padat

yang memuatkan fakta semata-mata dan tidak menitik beratkan penglibatan pelajar.

Pelajar hanya disogokkan dengan apa yang benar atau salah dari awal lagi. Jadi,

mereka tidak nampak perkaitan di antara hasil pemerhatian dan kesimpulan yang

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

4

dicadangkan oleh buku teks atau rujukan tersebut. Kewujudan bahan-bahan seperti

ini telah membunuh aktiviti pelajar kerana dengan kegagalan mencari makna dalam

apa yang dilakukan, mereka tidak dapat mengembangkan hasil dapatan mereka untuk

mengubahsuai sesuatu atau mereka cipta sesuatu yang baru. Oleh itu, lahirlah pelajar

yang hanya bijak menghafal fakta-fakta namun tidak mampu mengaitkan masalah

Fizik dalam kehidupan seharian dengan apa yang dipelajarinya.

Berdasarkan kepada beberapa masalah yang timbul, ahli akademik mula

mengambil langkah menangani dengan menjalankan penyelidikan terhadap bahan-

bahan yang berada di pasaran. Malah, pelajar-pelajar universiti juga telah disedarkan

tentang permasalahan ini. Hal ini telah mendorong pelajar menjalankan beberapa

analisis kuantitatif terhadap buku-buku teks dan rujukan di pasaran. Berdasarkan

kepada analisis kuantitatif tersebut, didapati kebanyakan bahan-bahan tersebut

bermasalah dan perlu dibaiki. Buku-buku teks dan rujukan tersebut telah dibahagikan

kepada beberapa bahagian dalam menjelaskan masalah-masalah yang wujud.

1.1.2.1 Teks Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Teks memainkan peranan penting dalam proses pemahaman pelajar tentang

sesuatu konsep Fizik. Teks yang menarik dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk

lebih mengetahui tentang sesuatu topik pembelajaran.

Menurut Baharuddin et al.(2001:19);

“Teks merupakan tulang belakang dalam penyampaian maklumat dalam

sesebuah sistem”.

Walau bagaimanapun, kebanyakan teks yang digunakan dalam bahan

pembelajaran seperti buku teks dan rujukan berbentuk sehala dan tidak menitik

beratkan penglibatan pelajar.

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

5

Merujuk daripada analisis kuantitatif yang dilakukan oleh Wong (2001) ke

atas buku Rujukan Lengkap Era 2000 SPM Fizik (Yip & Yee, 2001), mendapati

bahawa nilai indeks bagi teks ialah 0.02, manakala analisis yang dilakukan oleh

Wong (1999) ke atas buku bertajuk Nota Peperiksaan SPM-KBSM Fizik

(Yeap,1999) memperoleh nilai indeks sebanyak 0.08. Selain daripada itu, Hwang

(1999) memperoleh nilai indeks sebanyak 0.26 ke atas buku bertajuk Kuasai

Peperiksaan Fizik KBSM (Yee, 1999). Merujuk kepada Jadual 1 di bawah, nilai

indeks yang diperoleh ini menunjukkan teks yang terkandung dalam buku-buku

tersebut bersifat autoritarian dan kurang mencabar. Teks yang terkandung

kebanyakannya tidak memerlukan penglibatan pelajar atau menggunakan kemahiran

saintifik .

Analisis yang dilakukan oleh Abu Ani (2000) ke atas buku bertajuk Bantuan

Studi Lengkap Formula Bestari SPM (Tho, 2000), nilai indeks yang diperoleh ialah

0.30, manakala analisis yang dijalankan oleh Tan (2000) memeperoleh nilai indeks

sebanyak 0.34 ke atas buku bertajuk Impresif SPM KBSM Fizik Tingkatan 4 & 5

(Yap & Chua, 1994). Indeks yang diperoleh kurang daripada 1 iaitu nilai yang

seimbang. Namun, telah ada usaha untuk memperbaikinya di mana terdapat teks

yang memerlukan penglibatan pelajar. Walau bagaimanapun, teks yang

berorientasikan penyiasatan masih kurang.

Merujuk kepada Jadual 1, nilai indeks yang sepatutnya ialah menghampiri 1

iaitu kenyataan fakta, kesimpulan dan generalisasi, takrifan dan soalan yang

dikemukakan tetapi terdapat jawapan segera dalam teks haruslah diseimbangkan

dengan soalan yang memerlukan pelajar menganalisis data, kenyataan yang

memerlukan pelajar merumus kesimpulan sendiri, arahan yang memberitahu pelajar

supaya melakukan dan menganalisis sesuatu aktiviti atau kenyataan yang berbentuk

masalah yang akan diselesaikan oleh pelajar dan soalan yang dikemukakan untuk

menarik minat pelajar tetapi tidak terdapat jawapan segera dalam teks.

Keadaan ini bertentangan dengan nilai-nilai indeks yang telah diperoleh

daripada analisis yang dijalankan. Nilai indeks yang diperolehi menunjukkan buku-

buku tersebut adalah bersifat autoritarian. Ia kurang melibatkan pelajar untuk berfikir

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

6

iaitu teks yang digunakan berbentuk hafalan dan takrifan. Jadi, ia kurang mencabar

kepada para pelajar untuk berfikir.

Jadual 1.1 : Tafsiran Indeks

Bil Indeks Huraian

1. 0 Tiada penglibatan pelajar

2. < 0.4 Autoritatian dan kurang mencabar (Hafalan dan Takrifan)

3. 1.0 Buku yang seimbang (ideal) di antara kenyataan-kenyataan yang

tiada penglibatan pelajar dengan kenyataan-kenyataan yang

memerlukan pemikiran pelajar.

4. > 1.5 Tanpa isi kandungan. Hanya soalan. Tiada cukup data/maklumat

untuk pelajar bekerja dengan berkesan.

5. Infiniti Setiap kenyataan dan setiap gambarajah memerlukan pelajar

membuat analisis. Tanpa isi kandungan

Sumber : Diubahsuai daripada Romey (1968)

1.1.2.2 Aktiviti Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Kita tidak dapat menafikan bahawa hari ini kebanyakan pelajar terlalu terikat

dengan arahan buku teks atau arahan daripada guru. Pelajar jarang dibimbing untuk

berfikir dan memahami rasional secara kaedah sesuatu aktiviti yang dijalankan

Bahan-bahan pembelajaran lebih berorientasikan peperiksaan dan kurang

menyediakan aktiviti pelajar yang dapat merangsang pemikiran mereka.

Walaupun terdapat buku yang menitik beratkan tentang penglibatan pelajar

dalam pembinaan bahan rujukan, tetapi ia masih terlalu kurang. Contohnya, analisis

yang telah dijalankan oleh Phang (2002) ke atas buku KBSM Fizik Tingkatan 5

(Poh, 2002) memeperolehi nilai indeks sebanyak 0.11, manakala Tan (2000) juga

memperolehi nilai indeks yang rendah iaitu 0.25 ke atas buku Impresif SPM KBSM

Fizik Tingkatan 4 & 5. Wong (1999) juga telah menjalankan analisis ke atas buku

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

7

Nota Peperiksaan SPM-KBSM Fizik (Yap,1999) mendapati nilai indeks yang

diperolehinya ialah 0.32. Analisis yang dijalankan oleh Muhamad Sam (2001) ke

atas buku Bantuan Studi Lengkap Fizik Tingkatan 4 & 5 memperolehi nilai indeks

sebanyak 0.35 manakala Norhafiza (2002) mendapati nilai indeks yang diperoleh

ialah 0.40 ke atas buku Fokus Indigo SPM Fizik Tingkatan 4 & 5 (Lim, Chia & Poh,

2001).

Merujuk kepada Jadual 1, nilai indeks yang diperoleh menunjukkan aktiviti

yang disediakan adalah kurang mencukupi. Ia bersifat autoritarian dan kurang

mencabar. Walaupun nilai indeks yang ditunjukkan menampakkan kemajuan, namun

aktiviti yang memerlukan pelajar berfikir perlu diperbanyakkan.

Merujuk kepada Jadual 1, aktiviti yang disediakan lebih berbentuk

pembacaan dan hafalan. Aktiviti hands-on dan minds-on juga kurang disediakan.

Jadi, pelajar sukar menggambarkan sesuatu konsep Fizik yang abstrak. Sebolehnya

penyediaan bahan P & P adalah daripada sumber yang boleh menggalakkan

pelajar berfikir (Shaharom, 2003).

1.1.2.3 Gambar Rajah Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Menurut Romey (1968), gambar rajah boleh dibahagikan kepada 2 kategori

iaitu gambar rajah yang digunakan untuk tujuan penerangan dan gambar rajah yang

memerlukan pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau menggunakan data. Gambar

rajah yang baik adalah gambar rajah yang seimbang dengan kedua-dua kategori

tersebut. Walaupun gambar rajah banyak disediakan dalam bahan pembelajaran,

kebanyakannya sekadar penerangan kepada fakta semata-mata.

Merujuk kepada analisis yang dijalankan oleh Salfarina (2002) memperolehi

nilai indeks sebanyak 0.00 ke atas buku bertajuk Nota Komprehensif SPM Fizik

Tingkatan 4 & 5 (Christine, 1999). Berdasarkan Jadual 1, nilai indeks yang diperoleh

Page 25: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

8

ke atas buku-buku tersebut menunjukkan bahawa aktiviti yang disediakan tidak

melibatkan pelajar. Gambar rajah yang disediakan sekadar penerangan. Justeru,

pelajar menjadi kurang aktif.

Merujuk kepada analisis yang dijalankan oleh Wong (2001) ke atas buku

Rujukan Lengkap Era 200 Fizik SPM (Yip & Yee, 2001) mendapati bahawa nilai

indeks yang diperolehi adalah 0.40. Nilai ini menunjukkan bahawa buku yang

dianalisis tersebut bersifat autoritarian dan kurang mencabar di mana pastinya

gambar rajah yang disediakan tidak mencukupi. Walaupun nilai ini masih mampu

melibatkan pelajar dalam proses P & P, gambar rajah yang disediakan bersifat

autoritarian dan kurang mencabar bagi pelajar.

Berlainan halnya dengan Rosliza (2001) yang telah menjalankan analisis ke

atas buku KBSM Fizik Tingkatan 5 (Chong & Loh,2000), mendapati nlai indeks

yang diperolehinya ialah 1.50. Begitu juga dengan analisis yang dilakukan oleh Soo

(2000) yang telah menjalankan analisis ke atas buku Bantu Studi Lengkap SPM

Ceria Fizik 4 & 5 (Tho,1999) mendapati nilai indeks yang diperoleh ialah 2.31.

Daripada nilai indeks yang diperolehi, buku-buku tersebut mempunyai banyak

gambar rajah yang memerlukan pelajar melakukan aktiviti atau menggunakan data.

Walau bagaimanapun, buku-buku tersebut tidak mempunyai maklumat yang

mencukupi iaitu penerangan gambar rajah mungkin tidak jelas atau ayat yang

digunakan untuk menerangkan situasi gambar rajah tidak mencukupi. Menurut Dick

& Robert, (1989:57);

“We can look at such things as illustrations to determine if they are directly

related to, or reinforcing, what is said in the text” .

Gambar rajah yang baik adalah gambar rajah yang mempunyai penerangan

yang jelas dan mencukupi dan gambar rajah tersebut juga memerlukan pelajar

melakukan aktiviti tertentu. Justeru, kita diharapkan agar dapat menilai sama ada

gambar rajah dalam bahan pembelajaran tersebut dapat menerangkan atau

mengaitkan penerangan pada teks, seterusnya meningkatkan kefahaman pelajar.

Page 26: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

9

1.1.2.4 Objektif Pembelajaran Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Objektif pembelajaran menyatakan tingkah laku yang perlu dilakukan oleh

pelajar (Shaharom, 2000). Justeru, ia sangat penting supaya pelajar mengetahui apa

yang diharapkan oleh bahan tersebut di akhir topik yang dipelajari.

“Demi memastikan para pelajar mempunyai penguasaan yang baik terhadap

mata pelajaran yang mereka pelajari, adalah menjadi satu keperluan untuk

memurnikan lagi hasil pembelajaran yang objektif sifatnya yang terdapat

pada sukatan pelajaran (Shaharom, 2003:8)”.

Namun, kebanyakan buku teks dan rujukan yang berada di pasaran tidak

begitu fokus kepada hasil pembelajaran yang dikehendaki. Malah terdapat beberapa

buah buku yang langsung tidak menyatakan objektif pembelajaran.

Merujuk kepada analisis oleh Abu Ani (2000) ke atas buku bertajuk Bantuan

Studi Lengkap Formula Bestari SPM,(Tho, 2000) memperolehi nilai indeks 0.00 di

mana di dalam buku ini langsung tidak menitik beratkan penglibatan pelajar. Begitu

juga analisis yang telah dijalankan oleh Nor Rahimah (2002) ke atas buku Siri

Pelangi Fokus Fizik SPM (4 & 5) dan Norhafizah (2000) ke atas buku bertajuk Teks

Visi Cemerlang SPM Fizik KBSM (4 & 5) (Yee,1995), mendapati bahawa nilai

indeks yang sama iaitu 0.00. Malah terdapat juga buku yang langsung tidak

menyediakan objektif pembelajaran. Hal ini terbukti dengan adanya analisis yang

telah dijalankan oleh Tan (2000) ke atas buku Impresif SPM KBSM Fizik 4 & 5

(Yap & Chua, 1994) dan Muhamad Sam (2001) ke atas buku Bantuan Studi Lengkap

Fizik 4 & 5 mendapati buku-buku tersebut tidak menyediakan objektif pembelajaran.

Ketiadaan objektif pembelajaran menyukarkan pelajar mendapat gambaran

awal tentang sesuatu tajuk. Pelajar masih terawang-awang dengan isi kandungan

topik dan akibatnya mereka tidak dapat membezakan keperluan-keperluan utama

untuk ditambah atau diubahsuai dalam pemikiran mereka.

Page 27: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

10

“Objective should communicate, in specific terms, behavioral language,

exactly what the learner is to be able to do upon completion of the module”

(Dick & Robert, 1989: 57).

Justeru, objektif pembelajaran sangat penting bagi pelajar untuk memudahkan

mereka mengaitkan di antara topik-topik kecil dalam setiap tajuk.

1.1.2.5 Ringkasan Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Ringkasan setiap bab bukan sekadar meringkaskan isi kandungan, malah

lebih daripada itu. Ia sepatutnya menyelitkan pengetahuan-pegetahuan semasa atau

kajian terkini berkaitan sesuatu topik (Romey,1968). Jadi, pelajar akan berfikir dan

dapat merangsangkan minat mereka terhadap topik yang dipersembahkan.

Namun, sekiranya diperhatikan, ringkasan bab disediakan ‘ala kadar’ malah

terdapat buku yang tidak menyediakannya. Analisis yang dijalankan oleh Tan (1999)

ke atas buku bertajuk Revisi Diagramatik SPM Fizik (Lim, 1999), mendapati buku

tersebut tidak menyediakan ringkasan bab. Walhal, ringkasan bab mampu

memberikan pengetahuan baru kepada pelajar setiap kali pelajar melangkah ke tajuk

yang baru.

Beberapa analisis kuantitatif yang dijalankan jelas membuktikan bahawa

ringkasan bab diabaikan dalam pembinaan sesebuah bahan. Analisis yang dijalankan

oleh Abu Ani (2000) ke atas buku Bantuan Lengkap Formula Bestari SPM (Tho,

2000), mendapati nilai indeks yang diperoleh ialah 0.00. Begitu juga dengan analisis

yang dijalankan oleh Wong (2001) ke atas buku bertajuk Rujukan Lengkap Era 2000

Fizik SPM (Yip & Yee, 2001), dan Salfarina (2002) ke atas buku Nota Komprehensif

SPM Fizik 4/5 (Christine, 1999) memperoleh nilai indeks yang sama iaitu 0.00.

Page 28: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

11

Merujuk kepada Jadual 1, nilai 0.00 menunjukkan tiada penglibatan pelajar.

Jadi, ringkasan bab yang disediakan tidak melibatkan aktiviti pelajar. Ia lebih

berbentuk kepada penyampaian maklumat yang hanya memerlukan kemahiran

mengingat dan menghafal tanpa merangsang pemikiran pelajar berfikir.

1.1.1.6 Soalan Di Akhir Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Soalan di akhir bab disediakan untuk mengukur sejauh manakah pelajar

memahami isi-isi penting yang terkandung dalam sesuatu bahan itu (Sharifah

Alwiah,1984). Soalan ini juga menguji setakat manakah objektif yang dinyatakan di

permulaan bahan telah dicapai oleh pelajar.

Soalan-soalan yang disediakan hendaklah membuka pemikiran pelajar untuk

mengaplikasikan konsep dengan kehidupan seharian, bukannya soalan yang hanya

berorientasikan peperiksaan. Soalan takrifan harus dikurangkan sebaliknya soalan

berbentuk aktiviti pelajar haruslah diperbanyakkan. Sekiranya objektif pembelajaran

itu adalah untuk membina neraca mikro ringkas, jadi soalan di akhir bab akan

memerlukan satu neraca mikro ringkas dibina oleh pelajar (Sharifah Alwiyah,1984).

Walau bagaimanapun, hanya sedikit usaha dilakukan dalam membina bahan-bahan

pembelajaran yang melibatkan pelajar di bahagian soalan di akhir bab. Soalan lebih

kepada penggunaan rumus dan berbentuk hafalan.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Rosliza (2001) ke atas buku KBSM Fizik

Tingkatan 4 & 5 (Chong & Loh, 1994), mendapati nilai indeks yang diperolehi ialah

0.52, manakala nilai indeks yang diperolehi oleh Muhamad Sam (2001) ke atas buku

Bantuan Studi Lengkap Fizik (4 & 5) (Tho, 2000) ialah 0.61. Walaupun nilai indeks

yang diperolehi dikatakan agak seimbang namun, ia lebih mementingkan isi

kandungan daripada aktiviti pelajar.

Page 29: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

12

Selain daripada itu, analisis Norhafiza (2002) ke atas buku Fokus Indigo SPM

Fizik (4 & 5) (Lim, Chia & Poh,2001), mendapati nilai indeks ialah 2.10. Nilai

indeks yang hampir sama diperolehi Phang (1999) ke atas buku Siri Pelangi Fizik

Fokus Jingga SPM, 1999) (Poh, 2002) dan Rosliza (2001) ke atas buku KBSM Fizik

Tingkatan 5 (Chong & Loh, 2000) dengan nilai indeks masing-masing ialah 2.41 dan

2.64. Berdasarkan Jadual 1, nilai ini menunjukkan bahawa buku tesebut tidak

mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membantu pelajar menjawab soalan

dengan berkesan. Pelajar akan cuba mengaplikasikan pembelajaran kepada situasi

baru. Bagi pelajar yang lemah, mereka akan merasa lemah semangat kerana tidak

dapat menjawab soalan dan akhirnya berputus asa untuk mencuba soalan-soalan lain.

Menurut Romey (1968:41);

“Textbook, of course have their uses, but they must be used intelligently. The

teacher must analyze exactly what the role of the text book will be in his

course, and he must re-evaluate periodically just how well the textbook is

serving him”.

Justeru, soalan yang memerlukan pelajar mengaplikasikan pembelajarannya

daripada bab berkenaan kepada sitasi baru dan soalan yang memerlukan pelajar

menyelesaikan masalah harus diperbanyakkan.Segala kekangan yang wujud di dalam

bahan pembelajaran ini harus dinilai agar pengajaran guru dapat dijalankan dengan

lancar dan dapat memberikan kefahaman yang tinggi kepada pelajar.

1.1.3 Kekurangan Pakar MPK

MPK merupakan satu bahan P&P yang dibina secara sistematik bertujuan

untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar kerana

ia terdiri daripada unit-unit kecil isi kandungan dalan satu mata pelajaran (Sharifah

Alwiyah, 1984). Justeru, pelajar dapat mempelajari mengikut kemampuan masing-

masing.

Page 30: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

13

“Bagi kurikulum di peringkat menengah atas pula sepatutnya bercorak

modular supaya Kurikulum Sains dapat dikemaskinikan dari semasa ke semasa

mengikut perkembangan teknologi pesat (Syuhada;1995:24)”.

Walaupun pembinaan MPK disarankan demi memastikan pelajar mencapai

kecemerlangan dalam pendidikan, kita kekurangan pakar-pakar yang mampu

membina MPK. Ini mungkin kerana MPK merupakan satu bahan pembelajaran baru

dalam konteks di Malaysia. Malah, individu-individu yang terdedah secara optimum

masih kurang. Justeru, pembinaan MPK ini harus dipertingkatkan dan dilakukan

secara berperingkat-peringkat dan berterusan.

Bukti yang jelas sudah dibentangkan. Kelemahan isi-isi kandungan dalam

bahan-bahan pembelajaran sedia ada boleh membantutkan proses P & P. Bahan-

bahan yang lebih bermutu diharapkan agar mampu diterbitkan oleh guru bagi

melahirkan pelajar yang lebih matang dan mempunyai skop pemikiran yang luas.

Justeru, pelbagai langkah harus diambil seperti mengadakan lebih banyak

penyelidikan dan buku-buku yang bermutu sahaja dibenarkan berada di pasaran.

Dalam memastikan buku-buku di pasaran bermutu, pembinaan MPK dapat

membantu pelajar dalam proses P & P dan melibatkan pelajar secara aktif dalam

setiap aktiviti yang disediakan di dalam MPK.

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada masalah-masalah yang diketengahkan, kajian ini

dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana MPK Teori Kinetik Jirim, Ketumpatan

Bahan dan Kekenyalan Bahan bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat aliran

Sains sesuai digunakan sebagai bahan P & P.

Page 31: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL …€¦ · menyumbang kepada peningkatan taraf pendidikan pelajar dan guru. Justeru, pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

14

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai objektif iaitu :

1. Membina tiga MPK iaitu :

MPK 1 : Teori Kinetik Jirim

MPK 2 : Ketumpatan Bahan

MPK 3 : Kekenyalan Bahan

Ketiga-tiga MPK ini dibina berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran FIZIK

KBSM Tingkatan Empat (PPK, 2001) menggunakan Model Teras Cabang

(Shaharom, 1994)

2. Menilai kesesuaian MPK yang dibina memenuhi keperluan Huraian Sukatan

Pelajaran FIZIK KBSM Tingkatan Empat (PPK,2001)

3. Membandingkan kesesuaian MPK Teori Kinetik Jirim, Ketumpatan Bahan

dan Kekenyalan Bahan yang dibina untuk pelajar Tingkatan Empat merentas

tempoh mengajar.

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian di atas, terdapat persoalan kajian yang

dipertimbangkan :

1. Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu oleh guru Fizik ke atas MPK

Teori Kinetik Jirim, Ketumpatan Bahan dan Kekenyalan Bahan yang dibina

menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam mata

pelajaran Fizik Tingkatan Empat?

2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh guru Fizik ke atas

pembinaan MPK Teori Kinetik Jirim, Ketumpatan Bahan dan Kekenyalan