pembinaan dan penilaian kesesuaian modul … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran...

28
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI POLYLINES DAN BLOCKS DAN ATTRIBUTE BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER NOR FARHANA BINTI MOHD ARIFFIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI POLYLINES DAN BLOCKS DAN ATTRIBUTE BAGI MATA

PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER

NOR FARHANA BINTI MOHD ARIFFIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2008/2009-II

Saya NOR FARHANA BINTI MOHD ARIFFIN

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pen

sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara in

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dala AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan ol

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS)

DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SA

Tarikh: 17 APRIL 2009 Tarikh: 24 APRIL 2009____

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis in dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan ProjeMuda (PSM)

versiti

gajian

stitusi

m

eh

UD

Alamat Tetap : LOT 493, KAMPUNG PULAU TUKANG DOLLAH, PENGKALAN CHEPA, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN.

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI POLYLINES DAN BLOCKS DAN ATTRIBUTE BAGI MATA

PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER

_

i perlu

idikan k Sarjana

Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia : Dr. Muhammad Sukri bin Saud

Tarikh : ……24 APRIL 2009……………

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI POLYLINES DAN BLOCKS DAN ATTRIBUTE BAGI MATA

PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER

NOR FARHANA BINTI MOHD ARIFFIN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : NOR FARHANA BINTI MOHD ARIFFIN

Tarikh : 17 APRIL 2009

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

iii

DEDIKASI

Teristimewa Buat:

Ma dan Pa

Wan Jah Binti Wan Abdullah

Mohd Ariffin Bin Yusuff

Terimalah Kejayaan Anakmu Ini.

Berkat Doamu, Didikan & Pengorbananmu Serta Hasil Keringatmu,

Membuahkan Hasil Yang Tidak Ternilai Dunia & Akhirat.

Buat Keluarga tercinta ;

(Saudara kandung)

Junaidi, Nor Farmida, Nurul Akma, Hafsham, Izwan, Hafiz dan

Shahmin Semoga Kejayaan Kakakmu Hari Ini

Menjadi Contoh & Dorongan Untuk Kalian Berjaya Sebagai Bekalan Di Kemudian Hari...

(Ipar-duai)

Mohd Noor Safawi dan Nur Shanina Terima kasih kerana sentiasa membantu

Azam tak putus hasil dorongan semua

Buat Anak-anak Saudaraku :

Nur Shamimi, Nur Shamini dan Husnina Munirah Semoga kalian Menjadi Insan Yang Berilmu, Berakhlak &

Ikuti Jejak Langkah Cik Na Ke Menara Gading.

Tidak Lupa Kepada Sahabat-Sahabatku :

Noor, Zu, Chah, Laa, Qilah, Tun, Asma, Ela dan Semma, K’kema Susah & Senang Diharungi Bersama…..

Kejayaan Kita Kejayaan Bersama….

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.

Segala puji Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta

keluarga dan sahabatnya. Dengan Taufik Dan HidayahNya dapatlah penyelidik

menyempurnakan kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Dr. Muhammad Sukri

bin Saud selaku penyelia projek ini di atas komitmen, kesabaran, bimbingan

dan nasihat yang dihulurkan kepada saya tanpa kenal erti jemu dalam

melaksanakan projek ini. Beliau adalah seorang yang profesional terhadap

tugasnya.

Tidak lupa untuk keluarga tercinta yang sepanjang masa mengambil

berat tentang pengajian saya di sini. Walaupun berjauhan tetapi dorongan yang

diberikan membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk berusaha dengan

sebaik mungkin.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada remaja-remaja tulang

belakang negara kerana telah memberikan kerjasama dalam membantu

menyempurnakan Modul Pengajaran Kendiri bagi menjayakan projek ini.

Seterusnya kepada rakan-rakan di atas bantuan, dorongan dan tunjuk ajar,

sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan projek ini.

Semoga kita semua sentiasa diberkati olehNya.

Sekian, Terima kasih.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai status kesesuaian dua

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bertajuk Polylines dan Blocks dan

Attribute. MPK tersebut dibina dengan menggunakan Model Teras Cabang

(Shaharom, 1994). Alat kajian yang digunakan adalah satu set Borang Soal

Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Pensyarah) (Shaharom, 1994).

Subjek kajian yang digunakan adalah tiga orang pensyarah. Seorang responden

terlibat di dalam Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) yang dilakukan

oleh seorang pensyarah sementara Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

dijalankan oleh dua orang pensyarah. Penilaian Formatif Kajian Percubaan

(PFKP) melibatkan tiga puluh orang pelajar. Data mentah yang diperolehi

dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min, nilai maksimum dan

minimum. Hasil kajian menunjukkan MPK yang dibina adalah sesuai

digunakan oleh pelajar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

vi

ABSTRACT

The aim of this study is to construct and evaluates the suitability status

of two Self-Instructional Modules (SIM) entitled Polylines and Blocks and

Attribute. This SIM is constructed by using Model Teras Cabang (Shaharom,

1994). The research instrument used is a set of Borang Soal Selidik Kesesuaian

Modul Pengajaran Kendiri (Pensyarah) (Shaharom, 1994). Subject of the

research consists of three lectures. One of them involved in One-to-One

Formative Evaluation (OOFE) and the other two lectures involved in Small

Group Formative Evaluation (SGFE). Field Trial Formative Evaluation

involved thirty of students. Raw data obtained was analyzed using descriptive

statistics in term of mean, maximum and minimum. Analysis of the result

gained indicated that the SIMs constructed suitable as a teaching and learning

material for students.

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Rangka Kerja Konsep 11

1.7 Kepentingan Kajian 12

1.8 Skop Kajian 14

1.9 Definisi 14

1.10 Rumusan 17

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

viii

II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Kajian tentang Penilaian dan Kesesuaian Modul 19

Pengajaran Kendiri Dalam Bidang Pendidikan

2.3 Kajian tentang Penilaian dan Kesesuaian Modul 20

Pengajaran Kendiri Dalam Pendidikan Teknik dan

Vokasional

2.4 Kajian tentang Penilaian dan Kesesuaian Modul 21

Pengajaran Kendiri Dalam Autocad

2.5 Pengajaran Bermodul 22

2.6 Tujuan Pengajaran Bermodul 23

2.7 Model Teras-Cabang Shaharom 24

2.7.1 Rasional Penggunaan Model Teras-Cabang 29

Shaharom (1994)

2.8 Status MPK di Maalaysia 29

2.9 Model-model lain dalam Modul Pengajaran Kendiri 30

2.10 Penilaian MPK 41

2.10.1 Penilaian Formatif

2.10.2 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)

2.10.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

2.10.4 Penilaian Formatif Kajian Percubaan (PFKP)

2.11 Kekangan Menggunakan MPK 44

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

ix

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka bentuk Kajian 35

3.3 Kandungan Modul Pengajaran Kendiri 46

3.1.1 Modul Pengajaran Kendiri Polylines

3.1.2 Modul Pengajaran Kendiri Blocks dan

Attributes

3.4 Subjek Kajian 50

3.5 Tempat Kajian 51

3.6 Instrumen Kajian 51

3.7 Tatacara Kajian 54

3.8 Andaian 67

3.9 Kekangan Kajian 67

3.10 Rumusan 68

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 70

4.2 Kajian rintis 71

4.3 Analisis Data Responden Berdasarkan Pengalaman 72

Mengajar

4.4 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian MPK Oleh 72

Pensyarah yang mengajar AutoCAD 2-D

4.4.1 Persoalan Kajian Satu 73

4.4.2 Persoalan Kajian Dua 74

4.5 Penilaian Formatif Kajian Percubaan Terhadap MPK 75

oleh Pelajar

4.5.1 Persoalan Kajian Tiga 75

4.6 Rumusan 91

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

x

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 92

5.2 Perbincangan dan Rumusan 92

5.3 Kesimpulan 93

5.4 Implikasi 94

5.5 Cadangan 95

5.6 Cadangan Kajian Masa Depan 96

5.7 Penutup 98

RUJUKAN 99

LAMPIRAN 102

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Buku Rujukan AutoCAD 2D 4

1.2 Senarai Modul Pengajaran Kendiri (MPKdalam 5

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

2.1 Perbandingan Model-Model Modul Pengajaran 40

Kendiri (MPK)(Shaharom, 2000)

3.1 Bilangan Penilai MPK 50

3.2 Skala Likert Lima Mata 51

3.3 Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK untuk 52

pensyarah

3.4 Skala Likert Lima Mata 53

3.5 Nilai Penskoran Item 54

3.6 Nilai Penskoran Min 66

4.1 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 71

4.2 Dapatan bagi Penilaian Formatif Satu Dengan Satu 73

oleh Pensyarah Autocad

4.3 Dapatan bagi Penilaian Formatif Kelompok Kecil 74

oleh Pensyarah Autocad

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

xii

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 75

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Taraf Pendidikan 76

4.6 Dapatan bagi Penilaian Formatif Kajian Percubaan 77

Oleh Pelajar bagi MPK Polylines

4.7 Dapatan bagi Penilaian Formatif Kajian Percubaan 84

Oleh Pelajar bagi MPK Polylines

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

xiii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 11

2.1 Model Teras-Cabang 24

2.2 Carta Aliran Model Teras-Cabang Shaharom 28

2.3 Perbandingan Model-model Modul Pengajaran 39

Kendiri

3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 55

3.2 Rangka Kerja Pembinaan MPK 58

3.3 Rangka Kerja Kajian Rintis 60

3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif Satu dengan Satu 62

Dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil

3.5 Rangka Kerja Penilaian Formatif Kajian Percubaan 64

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

xiv

SENARAI SINGKATAN

AutoCAD - Computer Aided Drafting (CAD)

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PB - Pengajaran Bermodul

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFKP - Penilaian Formatif Kajian Percubaan

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

SPSS - Statistical Package for Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

2D - 2 Dimensi

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

A Pengesahan format MPK 107

B Borang pengesahan isi kandungan MPK 108

C Borang Soal Selidik (Pensyarah) 109

D Borang Soal Selidik (Pensyarah) 109

E Pengesahan Format MPK (Shaharom) 114

Pengesahan MPK (Pensyarah)

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

1

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pada masa kini, perkembangan teknologi di Malaysia yang amat pesat telah

menjadikan penggunaan komputer menjadi satu perkara yang penting dan amat meluas.

Setelah menyedari kepentingan penggunaan komputer ini di dalam semua bidang seperti

pengurusan dan memperoleh pelbagai maklumat termasuk dalam bidang pendidikan yang

menggunakan komputer untuk proses pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, banyak

program yang berkaitan dengan komputer seperti Projek Pengenalan Komputer yang

diperkenalkan pada tahun 1986, Projek Literasi Komputer (1992), Projek Pengajaran

Berbantu Komputer (1994) dan Projek Jaringan Pendidikan pada tahun berikutnya iaitu

pada 1995 (Mat Jizat et al., 2006). Salah satu mata pelajaran yang menggunakan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah Lukisan Berbantu Komputer atau

Computer Aided Drafting (CAD). Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer atau

Computer Aided Drafting (CAD) merupakan satu perisian komputer yang digunakan

untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan. Perisian CAD akan mengikut arahan-arahan

yang diberi, manakala perkakasan komputer menjalankan perisian komputer.

Kebanyakan produk yang dihasilkan pada masa sekarang direka bentuk dan

dilukis menggunakan sistem AutoCAD. Sistem ini mampu menghasilkan sesuatu kerja

pada tahap kecekapan dan ketepatan yang tinggi di samping menjimatkan masa (Kharul

Anwar Hanafiah, 1999). Penggunaan sistem AutoCAD dapat menyumbang kepada

pembangunan pesat dalam pelbagai bidang kerja terutama sekali bidang-bidang yang

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

2

memerlukan kepakaran seperti kejuruteraan mekanikal, awam, seni bina dan reka bentuk

grafik. Oleh itu, AutoCAD menjadi pilihan utama kepada jurutera dan pereka bentuk.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan ini diharapkan dapat mencetuskan minat

pelajar dengan menggunakan MPK sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan MPK sebagai bahan untuk mengulangkaji pelajaran dapat meningkatkan

motivasi dan usaha untuk belajar. Oleh itu, MPK merupakan satu bahan yang

mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan pelajar. Tujuan mengindividukan

pengajaran ini kerana terdapatnya perbezaan antara individu dengan individu yang lain

dari segi pemikiran, minat, gaya belajar, motivasi dan sebagainya (Shaharom dan Yap,

1991).

Selain itu, penggunaan MPK ini dapat melatih pelajar untuk berdikari dan guru

dapat memberikan perhatian yang lebih kepada pelajar lain yang lebih memerlukan

perhatian guru. Pelajar juga diberi kebebasan untuk mempelajari proses pembelajaran

mengikut kebolehan serta dengan cara tersendiri (Shaharom, 1990). Dengan ini, proses

pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat humanistik selaras dengan hasrat kerajaan

untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani

dan rohani (Falsafah Pendidikan Negara, 1990).

Di samping itu, MPK ini juga menggalakkan pelajar mengambil bahagian secara

aktif dalam pembelajaran serta menekankan pembelajaran kendiri. Pembelajaran kendiri

merupakan cara pembelajaran untuk memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan dan

kemahiran dalam teknologi maklumat secara berdikari. Menurut Rogers (1994),

pembelajaran kendiri adalah sama dengan perubahan dan pembesaran seseorang, secara

semula jadi semua manusia mempunyai keinginan untuk belajar. Oleh itu, melalui

Pembelajaran Kendiri ini guru hanyalah berperanan sebagai fasilitator kepada pelajar.

Seterusnya, pembinaan MPK ini menggalakkan pelajar mengusai ilmu dengan

cepat berbanding dengan teknik kuliah (Shaharom Noordin, 1993). Pelajar mempunyai

masa yang amat terhad untuk bersama guru semasa kuliah. Keadaan ini akan memberi

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

3

batasan kepada pelajar untuk menguasai sesuatu tajuk. Dengan pembinaan modul ini,

dapat membantu pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran secara individu dengan

mengikut langkah demi langkah yang ditunjukkan dalam MPK.

Kesimpulannya, penggunaan MPK ini mampu membantu para guru serta pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan penggunaan MPK dengan betul

dapat meningkatkan prestasi guru serta pelajar. Sekiranya bahan modul yang dibina

dengan teliti dan digunakan dengan cara yang betul dapat membantu pelajar-pelajar

menguasai aspek-aspek tertentu dalam sesuatu aktiviti pembelajaran (Mohd Faudzi Abd

Hamid, 1989). Oleh itu, pendidik yang ingin membina MPK diharapkan dapat memilih

tajuk yang sebaik-baiknya dan berguna serta mempunyai faedah kepada pendidik dan

juga para pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kaedah MPK dapat memberikan kesan dalam pembelajaran. Modul ini juga

berpontensi dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Oleh itu, modul digunakan

sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran berbentuk modul adalah

satu konsep baru dalam teknologi pendidikan di Malaysia (Mohd Faudzi,1999).

Buku-buku rujukan AutoCAD atau Computer Aided Drafting (CAD)

kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pembinaan MPK Polylines dan Blocks

dan Attribute dalam versi Melayu dapat membantu pelajar dalam membuat rujukan serta

dapat memahami dengan mudah. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan buku-buku rujukan

telah dikenal pasti oleh penyelidik yang terdapat di Perpustakaan Sultanah Zanariah

(PSZ) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Di dapati hanya dua jenis buku rujukan

Bahasa Melayu yang terdapat di perpustakaan ini. Hal ini akan menyukarkan pelajar

untuk membuat rujukan buku Bahasa Melayu. Oleh itu, penyelidik membina MPK bagi

menambahkan lagi rujukan dalam AutoCAD 2D dalam versi Melayu serta membantu

pelajar mendapat bahan bacaan dan rujukan dengan mudah.

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

4

Jadual 1.1 : Buku Rujukan AutoCAD 2D

Bil. Nama Buku Pengarang

1. AutoCAD 2004: 2D drawing and dimensioning Thomas P. Zurflied (2005) 2. An introduction to AutoCAD 2004: 2D and

3D design Alf Yarwood (2004)

3. An introduction to AutoCAD 2005: 2D and 3D design

Alf Yarwood (2005)

4. An introduction to AutoCAD 2004: 2D and 3D design

Alf Yarwood (2007)

5. AutoCAD Khairul Anuar Hanafiah(1996) 6. Easy AutoCAD : a tutorial approach Hood, John D.(1990) 7. Computer-aided design for AutoCAD users Ryan, Daniel L. (1989) 8. Using autoCAD Fuller, James E. (1991) 9. The best book of autoCAD Wright, Victor (1991) 10. Easy autoCAD Hood, John D. (1988) 11. AutoCAD LT : the complete guide Cohn, David S. (1995) 12. AutoCAD 2000 : the complete reference Cohn, David S.(2000) 13. AutoCAD LT 2000 one step at a time : advanced Sykes, Timothy Sean (2001) 14. Using autoCAD Fuller, James E. (1988) 15. Learning AutoCAD by example Lin, Grier C. (1989) 16. Introduction to autocad 2000 Yarwood, A. (Alfred), 1917-

(1999) 17. Discovering AutoCAD 2002 Dix, Mark (1948) 18. Mastering AutoCAD 2002 Omura, George (2001) 19. Autocad 2002 : step by step Iskandar Ab. Rashid (2002) 20. Autocad 2002 : langkah demi langkah Iskandar Ab. Rashid (2002) 21. AutoCAD 2002 : complete Burchard, Bill (200) 22. Using AutoCAD 2002 Albany. N.Y: Thomson

Learning (2002) 23. A tutorial guide to autocad 2002 Lockhart, Shawna D (2003) 24. Beginning AutoCAD 2005 McFarlane, Robert (2005) 25. Introduction to AutoCAD 2005 : 2D and 3D design Yarwood, A. (Alfred) (2005) 26. Introducing AutoCAD 2006 Krishnan, G. V. (2006) 27. Using AutoCAD 2006 : advanced Grabowski, Ralph (2006) 28. Using AutoCAD 2006 : basics Grabowski, Ralph (2006) 29. Using AutoCAD 2007 : basics Grabowski, Ralph (2007) 30. Introduction to AutoCAD 2008 : 2D and 3D design Yarwood, A. (Alfred), (2007) 31. Exercise workbook for advanced AutoCAD 2007 Shrock, Cheryl R. (2006) 32. Just enough AutoCAD 2007 Omura, George (2002) 33. AutoCAD 2008 essentials Hamad, Munir M (2008)

(Sumber: Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM)

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

5

Selain itu, pembinaan MPK Polylines dan Blocks dan Attribute dapat membantu

pelajar mempelajari sesuatu tajuk-tajuk tertentu yang masih belum dikuasai oleh pelajar.

Di dapati MPK yang mengkhususkan kepada sub topik tertentu dalam AutoCAD 2D

masih belum ada yang membinanya. Jadual 1.2 di bawah menunjukkan MPK dalam

Pendidikan Teknik dan Vokasional yang telah dikenalpasti oleh penyelidik yang terdapat

di Perpustakaan Fakulti Pendidikan, UTM.

Jadual 1.2 : Senarai Modul Pengajaran Kendiri (MPK) dalam Pendidikan Teknik

dan Vokasional (PTV) Bil. Tajuk MPK Nama Penulis Tahun

1 Pembinaan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4 Bagi Tajuk Kayu Dan Keluli

Norita Binti Jamian 2000

2 Penghasilan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri Garisan Dan Sudut Serta Pembinaan Segi Tiga Untuk Pelajar Aliran Kejuruteraan

Rusli Bin Mat Piah 2000

3 Penghasilan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri Penghurufan Dan Garisan Panduan Dan Segi Empat Sama Untuk Pelajar Tingkatan Empat Aliran Kejuruteraan

Rosman Bin Din 2000

4 Penilaian Keberkesanan Modul Pembelajaran Kendiri (lukisan Hamparan) Sebagai Bahan Pengajaran-pembelajaran. Satu Tinjauan

Mohd Yusof Bin Seramaet

2000

5 Pembinaan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Mata Pelajaran Lukisan Bertajuk Alat-alat Lukisan Dan Poligon Sekata

Musthafa Bin Ismail 2000

6 Penilaian Dan Pembinaan Modul Enjin Kitaran Empat Lejang

Kamarul Zaman Bin Ahmad Bokhari & Zaleha Bt. Ismail, Dr.

2002

7

Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Bab Elektrik Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (kbsm Tingkatan Satu)

Sazila Bt Ghazali & Shaharom Bin Noordin, Pm. Dr. Hj.

2002

8 Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Daya Dan Momen Bagi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera Pada Peringkat Tingkatan Empat

Noor Shahumi Binti A Shahar & Shaharom Bin Noordin, Pm. Dr. Hj.

2002

9 Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Pengajian Kejuruteraan Awam Bertajuk Struktur Pada Peringkat Tingkatan Empat

Rosdi Bin Haron & Shaharom Bin Noordin, Pm. Dr. Hj.

2002

10 Modul Pembelajaran Kendiri Bertajuk Struktur Asas Bagi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik

Azrina Binti Baharim & Esah Bt.sulaiman, Pn.

2000

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

6

11 Kesesuaian Modul Teras Perdagangan Dan Keusahawanan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua

Tumiah Binti Simin & Meor Ibrahim B. Kamaruddin, Tn. Hj.

2001

12 Pembinaan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Bertajuk Alat-alat Lukisan Dan Poligon Sekata Bagi Mata Pelajaran Tingkatan Empat.

Mustafa Bin Ismail & Esah Bt.sulaiman, Pn

2000

13 Pembangunan Modul Perisian Bahan Bantu mengajar Lukisan Isometri Tingkatan Empat

Nurazreen Binti Mohd Tahir

2004

14 Membangunkan Perisian Modul Pembelajaran Berbantukan komputer ( Pbk ) Tajuk Kecil Sistem Enjin Dalam Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Tiga

Abd. Aziz Bin Hj. Ahmad & Kamalularifin B. Subari, En

2006

15 Modul Pembelajaran Kendiri (mpk) Bagi Perisian Adobe photoshop Cs.

Siti Solehah Binti Rosli & Rosni Zamuddin Shah Bin Sidek

2007

16 Modul Pembelajaran Interaktif Bagi Pembelajaran grafik Digital Adobe Photoshop Cs berdasarkan Pendekatan Projek

Aidil Akbar Bin Ridzuan & Zaidatun Bt. Tasir, Pn.

2007

17 Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran kendiri Reka Bentuk Dan Penghasilan Produk Bagi Mata pelajaran Reka Cipta Kbsm Tingkatan Empat

Muhammad Sukri B. Saud, En

2007

18 Pembentukan Dan Penilaian Kesesuaian Modul pengajaran Kendiri Bertajuk Autocad 2005 Pada peringkat Tingkatan 4

Aizatul Husna Binti Mohd Sabri & Muhammad Sukri B. Saud, En.

2007

19 Pembinaan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Mata Pelajaran Operasi Perkhidmatan Makanan

Suzella Binti Sung & Sarimah Bt. Ismail, Cik

2008

20 Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4 Bagi Tajuk Pandangan Tambahan

Tumirah Binti Sean & Muhammad Sukri B. Saud, En.

2008

(Sumber: Perpustakaan Fakulti Pendidikan, UTM)

Pembinaan MPK Polylines dan Blocks dan Attribute merupakan satu alternatif

baru dalam pendidikan. Kaedah modul yang menarik, mudah dan senang difahami dan

pembelajaran jenis ini menyeronokkan bagi murid kerana mereka dapat belajar mengikut

tahap kebolehan masing-masing (Mohd Faudzi, 1999). MPK Polylines dan Blocks dan

Attribute ini merupakan satu pendekatan yang dapat memberi kebebasan kepada pelajar

untuk meneruskan pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan gaya masing-masing

(Shaharom dan Yap, 1993).

Page 25: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

7

Menurut cadangan Norliana Hashim (2004) supaya MPK dibina bagi

memperkayakan bilangan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu

dalam Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan negara kita serta menyumbangkan kearah

memperkasakan kedudukannya sebagai bahasa ilmu khususnya dalam bidang Sains dan

Teknologi (S&T).

Di samping itu, Tarmizi (2003) mengkaji tahap penguasaan Bahasa Inggeris

pelajar-pelajar Tahun Empat kursus Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Jentera. Autocad

merupakan salah satu mata pelajaran yang diambil oleh pelajar-pelajar dalam kursus

Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Jentera (Buku Panduan Akademik, Fakulti Pendidikan,

UTM SESI 2007/08). Kajian ini mendapati seramai 64% pelajar mempunyai tahap

penguasaan yang sederhana dan 18.6% pula mempunyai tahap penguasaan lemah. Hanya

17.4% mempunyai tahap penguasaan yang baik. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris bagi

pelajar-pelajar yang lemah didapati tidak berkemampuan untuk mengulangkaji, mendapat

markah yang rendah di dalam ujian dan peperiksaan, tidak mampu untuk membuat

rumusan dalam Bahasa Inggeris dengan baik, tidak boleh menterjemah dan secara

keseluruhan tidak fasih berbahasa Inggeris. Kelemahan mereka teramat sangat adalah

ketidakmampuan berinteraksi dan tidak mampu memahmi bahan bacaan yang dibaca

seperti akhbar. Oleh itu, MPK dalam versi Melayu ini mampu membantu pelajar yang

lemah dalam Bahasa Inggeris menguasai sesuatu tajuk dalam AutoCAD 2D.

Setiap pelajar di dalam kelas adalah berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan

sosial di antara satu sama lain. Oleh itu, kadar keupayaan mereka adalah berbeza.

Sesetengah kelas mengandungi bilangan pelajar yang ramai serta mempunyai tahap

kebolehan yang berbeza. Dalam situasi ini, guru tidak dapat memberi tumpuan yang

sepenuhnya kepada setiap pelajar. Tambahan pula, sukatan pelajaran yang agak berat,

guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka.

Selain itu, pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah semestinya

tidak dapat menerima sepenuhnya apa yang di ajar oleh guru. Kesannya, pelajar-pelajar

ini akan ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran

asas yang ditentukan (Mok Soon Sang, 2004).

Page 26: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

8

Oleh itu, pembinaan MPK Polylines dan Blocks dan Attribute dapat membantu

pelajar yang mempunyai kebolehan yang berbeza. MPK merupakan satu bahan yang

mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan pelajar. Tujuan mengindividukan

pengajaran ini kerana terdapatnya perbezaan antara individu dengan individu yang lain

dari segi pemikiran, minat, gaya belajar, motivasi dan sebagainya (Shaharom dan Yap,

1991).

Kesimpulannya, pembinaan MPK ini diharapkan dapat membantu menyelesaikan

semua masalah yang berkaitan AutoCAD 2D.

1.3 Pernyataan Masalah Kajian ini dilakukan oleh penyelidik bagi membina dan menilai kesesuaian MPK

AutoCAD 2D yang hanya menfokuskan kepada sub topik iaitu Polylines dan Blocks dan

Attribute yang menggunakan Model Teras-Cabang. MPK ini sesuai dalam pelaksanaan

sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar yang mengambil mata

pelajaran AutoCAD 2D. Kedua-dua MPK ini dinilai oleh pensyarah pakar dalam mata

pelajaran AutoCAD melalui Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian

Formatif Kelompok Kecil (PFKK).

Dengan modul ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar dalam

menghasilkan Polylines dan Blocks dan Attribute dengan mengikut langkah demi langkah

yang ditunjukkan dalam modul ini. Modul ini amat berguna kepada pelajar yang

mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer atau Computer

Aided Drafting (CAD) di UTM. Di samping itu, pensyarah juga boleh menggunakan

modul ini sebagai bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Berbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD).

Page 27: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

9

Persoalannya, adakah PFSS, PFKK dan PFKP ke atas MPK Polylines dan Blocks

dan Attribute sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata

pelajaran Lukisan Berbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD)?

1.4 Objektif Kajian

Secara khusus, modul ini ingin mencapai objektif-objektif seperti berikut:

1.4.1 Membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK) berasaskan Model Teras-Cabang

Shaharom.

1.4.2 Menilai tahap kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) melalui Penilaian

Formatif Satu dengan Satu (PFSS).

1.4.3 Menilai tahap kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) melalui Penilaian

Formatif Kelompok Kecil (PFKK).

1.4.4 Menilai tahap kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) melalui Penilaian

Formatif Kajian Percubaan (PFKP).

Page 28: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri polylines dan blocks dan attribute bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan

10

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat menjawab persoalan-persoalan berikut:

1.5.1 Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) ke atas MPK Polylines dan

Blocks dan Attribute sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer

atau Computer Aided Drafting (CAD)?

1.5.2 Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) ke atas MPK Polylines dan

Blocks dan Attribute sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer

atau Computer Aided Drafting (CAD)?

1.5.3 Adakah Penilaian Formatif Kajian Percubaan (PFKP) ke atas MPK Polylines dan

Blocks dan Attribute sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer

atau Computer Aided Drafting (CAD)?