pembinaan dan penilaian kesesuaian modul … filepembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran...

25
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER LOURA LIND UNIVERSITI TENOLOGI MALAYSIA

Upload: lamhuong

Post on 13-Mar-2019

258 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN

REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

LOURA LIND

UNIVERSITI TENOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL

PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya LOURA LIND__________________________________ mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD PERUMAHAN KALLANG LOT 45, Nama Penyelia FASA II, PETI SURAT 203, 89908, TENOM, SABAH. Tarikh : 30 APRIL 2009 Tarikh : 30 APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan : ……………………………………….

Nama Penyelia : DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD

Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN

REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

LOURA LIND

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2009

Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

ii

″Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………...........

Nama Penulis : LOURA LIND

Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

iii

DEDIKASI

Ditujukan khas buat insan-insan yang tersayang ,

Teristimewa buat ,

Kedua ibu bapa dan ahli keluarga

Yang sentiasa mendoakan kejayaanku…..

Doa kalian sentiasa mengiringi setiap langkah ku

Khas buat,

Insan tersayang…..kehadiran mu bererti dalam kehidupan ku

Terima kasih di atas dorongan dan penghargaan yang diberikan selama ini….

Yang menjadikan ku terus teguh berada di sini….

Juga buat,

Teman-teman yang mengenali diri ini....

yang sentiasa ada semasa suka duka ku...

(Colista, Nani, Conelia, Ella, Bilhorn, Joelymund, Johnny, dan Welferd)

Serta buat teman-teman seperjuangan yang lain

Percayalah bahawa setiap usaha yang ditabur akan dituai hasilnya....

Tidak ada yang sia-sia dalam mengejar cita-cita

Seterusnya,

Penyelia Pembimbing yang telah Mendidik Dengan Penuh Sabar

Dr. Muhammad Sukri Bin Saud

Terima kasih Yang Tidak Terhingga.........

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

iv  

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya dapat

menyelesaikan Projek Sarjana Muda I dan Projek Sarjana Muda II mengikut waktu

yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya rakamkan kepada

penyelia Projek Sarjana Muda saya iaitu Dr. Muhammad Sukri Bin Saud, kerana

tidak pernah jemu untuk memberi bimbingan, dorongan, dan sokongan sepanjang

tempoh penyeliaannya bagi PSM I dan PSM II. Penghargaan yang tidak terhingga

kepada warga Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia juga kerana telah

memberikan kerjasama kepada saya sepanjang menjalankan kajian ini. Ucapan

terima kasih turut saya tujukan kepada keluarga yang banyak memberi dorongan bagi

menyelesaikan PSM I dan PSM II dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan

seperjuangan yang banyak memberi perangsang dan berkongsi maklumat di

sepanjang proses penulisan kajian ini. Semoga jasa baik kalian dirahmati Tuhan.

 

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

v  

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk membina dan menilai

kesesuaian dua Modul Pengajaran Kendiri (MPK) yang dibina di bawah tajuk

Wireframe Model, iaitu MPK 1: Pengenalan Kepada Binaan Asas AutoCAD 3D

(Wireframe), dan MPK 2: Pengenalan dan Pembinaan Model Kerangka Dawai

(Wireframe Model). Pembinaan kedua-dua MPK ini adalah berteraskan kepada

Model Teras-Cabang Shaharom (1994). Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang

menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan borang soal

selidik, serta kaedah temubual sebagai instrumen kajian. MPK ini dinilai melalui tiga

peringkat penilaian, iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) melibatkan

seorang pakar, Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) melibatkan dua orang

pakar, dan Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL) melibatkan seramai 16 orang

pelajar Tahun 2 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

(SPH). Penilaian dilakukan untuk menilai kesesuaian MPK yang dibina untuk

kegunaan pelajar Tahun 2 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup) - SPH bagi subjek Rekabentuk Berbantu Komputer (SPL 2402) di Universiti

Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor. Hasil analisis mendapati bahawa kedua-

dua MPK ini adalah sesuai untuk kegunaan pelajar tahun 2 SPH bagi mata pelajaran

Rekabentuk Berbantu Komputer.

 

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

vi

ABSTRACT

The main purpose of this study is to develop and evaluate the suitability of

two Self Instructional Module (SIM) which were develop based on the Wireframe

Model topic, the modules were SIM 1:Introduction to AutoCAD 3D Basic

Development (Wireframe), and SIM 2: Introduction and Development of Wireframe

Model. The development of these modules was based on Shaharom Core-Branch

Model (1994). This is a descriptive study that used quantitative and qualitative

approached by using questionnaire form and interview method as study instrument.

The SIMs were evaluated through three stages of evaluations, were One-to-One

Formative Evaluation (OOFE) involved one expert, Small Group Formative

Evaluation (SGFE) involved two experts, and Outside-Trial Formative Evaluation

(OTFE) involved 16 students. This evaluations were done in order to find out

whether the SIMs are suitable for the use of second year student of Bachelor of

Technology with Education (Living Skills)-SPH for AutoCAD subject (SPL 2402) at

University Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor. Analyzed result found that

both of the SIMs is suitable for the use of second year students of SPH for AutoCAD

subject.

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

vii 

 

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

viii 

 

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Pengajaran Bermodul (PB)

1.8.2 Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

1.8.3 Penilaian Formatif

1.8.4 CAD

1.8.5 AutoCAD

1.8.6 Wireframe

1.8.7 Kesesuaian

1.8.8 Pelajar Atau Murid

1.8.9 Guru Atau Pensyarah

1.9 Ringkasan 13

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kajian Terhadap Pengindividuan Pengajaran dan 14

Pembelajaran Menerusi Pengajaran Bermodul

2.2.1 Definisi Modul Pengajaran Kendiri (MPK), dan 15

Pengajaran Bermodul (PB)

2.2.2 Tujuan Pengajaran Bermodul 15

2.2.3 Kebaikan Pengajaran Bermodul 16

2.3 Model Teras-Cabang Shaharom, 1994 16

2.3.1 Komponen Teras 17

2.3.2 Komponen Cabang 18

2.4 Model-model yang berkaitan dengan Pembinaan MPK 20

2.4.1 Model Burns (1972) 20

2.4.2 Model Kligstedt (1972) 22

2.4.3 Model Eijl (1976) 23

2.4.4 Model De vito (1976) 24

2.4.5 Model Meyer (1988) 25

2.5 Rasional penggunaan Model Teras-Cabang 25

Shaharom (1994)

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

ix 

 

2.6 Kajian terhadap keberkesanan kaedah Pengajaran 26

Bermodul (PB) untuk mata pelajaran Fizik dalam

sukatan pelajaran Tingkatan Empat.

2.7 Kajian terhadap pembinaan dan penilaian kesesuaian 28

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) dalam bidang

Pendidikan Teknik dan Vokasional : Kemahiran Hidup

(KH)

2.8 Ringkasan 30

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Tajuk-tajuk Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 32

3.3.1 MPK 1: Pengenalan Kepada Binaan Asas 32

Lukisan 3D (Wireframe)

3.3.2 MPK 2: Pengenalan dan Pembinaan Model 33

Kerangka Dawai (Wireframe Model)

3.4 Responden 33

3.5 Instrumen Kajian 34

3.6 Tatacara Kajian 35

3.6.1 Kajian Tahap 1: Pembinaan MPK 37

3.6.2 Kajian Tahap 2: Penilaian Formatif Satu dengan 38

Satu (PFSS)

3.6.3 Kajian Tahap 3: Penilaian Formatif Kelompok 38

Kecil (PFKK) dan Penilaian Formatif Percubaan

Luar (PFPL)

3.6.4 Kajian Tahap 4: Analisis data dan maklumat 40

3.7 Andaian Kajian 41

3.8 Batasan Kajian 42

3.9 Ringkasan 43

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

 

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 45

4.2 Bahagian A: Pembinaan Modul Pengajaran kendiri 45

(MPK)

4.2.1 MPK 1: Pengenalan kepada Binaan Asas Lukisan 46

3D (wireframe)

4.2.2 MPK 2: Pengenalan dan Pembinaan Model 47

Kerangka Dawai (Wireframe Model)

4.3 Bahagian B: Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 49

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 49

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 51

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 3 53

4.4 Ringkasan 54

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Rumusan 57

5.2.1 Bahagian A: Pembinaan Modul Pengajaran 57

Kendiri (MPK)

5.2.2 Bahagian B: Penilaian Modul Pengajaran Kendiri 58

(MPK)

5.3 Perbincangan 61

5.3.1 Perbincangan Bahagian A: Pembinaan MPK 1: 61

Pengenalan Kepada Binaan Asas Lukisan 3D

(Wireframe), dan MPK 2: Pengenalan dan

Pembinaan Model Kerangka Dawai (Wireframe

Model).

5.3.2 Perbincangan Bahagian B: Penilaian MPK oleh 63

pensyarah dan pelajar ke atas kesesuaian MPK 1:

Pengenalan Kepada Binaan Asas Lukisan 3D

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

xi 

 

(Wireframe), dan MPK 2: Pengenalan dan

Pembinaan Model Kerangka Dawai (Wireframe

Model) yang dibina.

5.4 Cadangan 67

5.5 Ringkasan 68

RUJUKAN 69

LAMPIRAN 73

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

xii  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Jadual Skala Pemeringkatan Kesesuaian MPK

41

4.1 Jadual Persetujuan Responden Terhadap

Format MPK 1 dan MPK 2 Berdasarkan

Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)

50

4.2 Jadual Persetujuan Responden Terhadap

Kesesuaian MPK 1 dan MPK 2 Berdasarkan

Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

52

4.3 Jadual Persetujuan Responden Terhadap

Kesesuaian MPK 1 dan MPK 2 Berdasarkan

Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL)

53

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

2.1 Model Teras-Cabang 20

3.1 Tatacara Kajian 36

3.2 Rangka Kerja Kajian Pembinaan MPK 37

3.3 Rangka Kerja Penilaian Formatif Satu dengan

Satu (PFSS)

38

3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif Kelompok

Kecil (PFKK), dan Penilaian Formatif

Percubaan Luar (PFPL)

39

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

xiv 

 

SENARAI SINGKATAN

PB - Pengajaran Bermodul

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFPL - Penilaian Formatif Percubaan Luar

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

 

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam

membangunkan sesebuah negara. Kecekapan suatu sistem pendidikan secara khusus

boleh dilihat dari segi sejauh mana sistem persekolahan itu dapat menjalankan

fungsinya untuk memenuhi keperluan semasa bagi masyarakat yang berkenaan (Koh,

1994). Sistem pendidikan yang dijalankan haruslah bersesuaian dengan era

pembangunan sesebuah negara, agar ianya seiringan dengan keperluan semasa dan

dapat menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada pelbagai aspek.

Penggunaan teknologi komputer merupakan salah satu ciri bahawa sesebuah

negara telah menuju ke era pembangunan. Penggunaan komputer dalam bidang

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) telah diperkenalkan di Amerika Syarikat sejak

tahun 1960-an. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia juga tidak

ketinggalan menggunakan komputer dalam bidang pendidikan dengan menambahkan

satu mata pelajaran yang menggunakan komputer, iaitu Rekabentuk Berbantu

Komputer atau AutoCAD. Rekabentuk Berbantu Komputer telah membuka era baru

dalam bidang rekabentuk dan Lukisan Kejuruteraan dengan penggunaan komputer.

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

2

Menurut Bryan (2003), AutoCAD adalah program yang direka oleh Autodesk,

yang digunakan secara meluas di dalam bidang kejuruteraan dan arkitek. Dictionary

of IT Terms (2002) turut memberikan definisi AutoCAD sebagai pakej perisian CAD

untuk Kejuruteraan Mekanikal yang dipasarkan di Autodesk Inc. Berdasarkan

takrifan-takrifan ini, bolehlah disimpulkan bahawa AutoCAD merupakan satu

kaedah atau teknik di mana manusia dan mesin saling bergandingan untuk

menyelesaikan masalah di dalam aspek kejuruteraan.

Melalui penggunaan AutoCAD, masa penyediaan, penambahbaikan, dan

penyuntingan lukisan kejuruteraan dapat dijimatkan, di samping mengurangkan

pembaziran bahan lukisan seperti kertas lukisan dan alat melukis yang lain. Perisian

CAD yang digunakan telah memudahkan para pelukis kerana, membolehkan pelukis

tidak perlu membuat penyuntingan atau penambahbaikan secara keseluruhan pada

lukisan yang terdahulu.

Terdapat dua elemen dalam pembelajaran, iaitu pengajar serta pelajar. Dalam

sistem pendidikan pengajar bermaksud guru, manakala pelajar adalah pelajar sekolah.

Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang hanya menggunakan buku teks

atau satu sumber sahaja dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran kurang

memberikan kesan dalam pembelajaran pelajar. Pada kebiasaannya, maklumat yang

terkandung di dalam buku teks hanya menyentuh sedikit tentang sesuatu topik dalam

pembelajaran, di mana ianya hanya menyumbangkan pengetahuan asas sahaja.

Manakala maklumat lain terpaksa dirujuk pada buku rujukan. Selain itu, soalan-

soalan yang terkandung dalam buku teks juga terhad, serta kebiasaannya hanya

menguji pengetahuan asas pelajar (Sazila, 2002).

Hal ini dapat dilihat dalam proses P&P bagi mata pelajaran Rekabentuk

Berbantu Komputer pada peringkat Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor

(UTM), di mana para pelajar tidak dapat menguasai sesuatu topik dengan baik dalam

suatu masa P&P di dalam kelas. Menurut Rudin (1992), dari pemerhatian di bilik

darjah adalah jelas bahawa ramai guru tidak mengambil peluang untuk memberi

penerangan yang berkesan yang boleh memudahkan kefahaman muri-murid

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

3

mengenai sesuatu yang mereka ingin sampaikan. Sebaliknya, pendekatan-pendekatan

yang digunakan sering kali membosankan pelajar dan mempengaruhi mereka secara

negatif. Lazimnya masalah-masalah ini boleh diatasi dengan penggunaan alat bantu

mengajar yang ringkas, senang direkabentuk dan murah tetapi berkesan.

Oleh itu, bagi meningkatkan keberkesanan sistem P&P, para pelajar perlu

dibantu dengan menggunakan Modul Pengajaran yang terdiri daripada pelbagai

bentuk atau media. Semua media boleh dikelaskan kpada lima kategori iaitu bahan

bercetak, bahan visual, bahan audio, bahan sebenar serta interaksi sesama manusia

(Russel, 1974). Dengan penggunaan Modul Pengajaran Kendiri, pengembangan dan

kekuatan minda pelajar adalah bergantung kepada bahan yang dihasilkan khas atau

sekurang-kurangnya telah diubahsuai mengikut objektif yang dikehendaki. Menurut

Rowntree (1986), bahan pengajaran kendiri yang dibina seharusnya meliputi atau

menyerupai fungsi guru dalam situasi pembelajaran konvensional. Iaitu membantu,

memotivasi, menghuraikan, mengingatkan, bertanyakan soalan, serta memberikan

pemulihan dan sebagainya.

Pengajaran Bermodul (PB), dengan menggunakan Modul Pengajaran Kendiri

(MPK) amat diperlukan semasa proses P&P kerana ianya bercirikan mudah lentur.

Hal ini menunjukkan bahawa Pembelajaran Bermodul dalam MPK dapat

meningkatkan prestasi pelajar. Menurut Shaharom (1995), Modul Pengajaran

Kendiri (MPK) biasanya disesuaikan dengan perbezaan individu di kalangan para

pelajar dengan menyediakan kemudahlenturan dari segi kecepatan diri (self-pasing),

format, dan juga kandungan bahan pembelajaran. Oleh itu, adalah tidak mustahil jika

MPK turut sesuai digunakan oleh para pelajar dalam mempelajari mata pelajaran

Rekabentuk Berbantu Komputer di peringkat UTM. Menurut Creager dan Murray

(1971), perlu diingatkan bahawa Pengajaran Bermodul (PB) ini bukanlah untuk mata

pelajaran tertentu sahaja, malahan ia boleh digunakan pada semua mata pelajaran dan

di semua peringkat; dari sekolah menengah hinggalah ke peringkat universiti.

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada hari ini bilangan organisasi yang menggunakan teknologi CAD telah

meningkat, malahan mata pelajaran AutoCAD turut diperkenalkan di kebanyakan

sekolah menengah, politeknik, dan pusat pengajian tinggi. Hal ini adalah disebabkan

keberkesanan penggunaan peralatan CAD yang penting bagi kebanyakan syarikat

untuk bersaing dengan jayanya dalam bidang pemasaran (Robert, 1984).

Pengenalan teknologi CAD dalam bidang pendidikan adalah memerlukan

penguasaan yang tinggi oleh para pelajar. Proses Pengajaran dan Pembelajaran

semasa kuliah belum cukup bagi para pelajar 2 SPH - Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai untuk

menguasai sesuatu tajuk yang dipelajari bagi mata pelajaran Rekabentuk Berbantu

Komputer (AutoCAD) (SPL 2402). Pengajar dan pelajar tidak dapat menilai

kemajuan P&P dengan hanya pembelajaran semasa kuliah tanpa penilaian. Justeru

itu para pelajar perlu dibantu dengan MPK yang dapat memberikan pengukuhan

kepada pelajar selepas mempelajari sesuatu bahagian atau tajuk dalam mata pelajaran

ini. Modul Pengajaran Kendiri (MPK) biasanya mempunyai unsur-unsur penilaian di

tempat-tempat yang strategik dan juga di akhir sesuatu modul berkenaan. Ini

membolehkan para pelajar mencuba ujian-ujian yang disediakan, dan pada masa

yang sama mereka akan mendapat maklum balas yang segera dan berterusan

mengenai tahap pencapaian dan kefahaman mereka (Shaharom, 1994). Pengajar juga

dapat menggunakan bahagian aktiviti pelajar, iaitu bahagian pengayaan dan

pemulihan yang terdapat dalam MPK untuk memenuhi keperluan pelajar yang

berdasarkan kecekapan serta kelemahan mereka.

Penyampaian isi pengajaran untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran

dengan menggunakan satu kaedah sahaja akan menyebabkan pelajar mudah berasa

bosan. Sebagai contoh, pada hari ini kaedah kuliah masih lagi digunakan di mana

hubungan guru dan pelajar adalah sehala. Guru mengajar serta menyoal pelajar,

sementara pelajar pula hanya mendengar dan menjawab soalan guru. Kaedah

pembelajaran ini biasanya dianggap membosankan pelajar (Esah, 2003).

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

5

Pencapaian, kefahaman dan minat murid boleh ditingkatkan dalam

pengajaran jika alat bantu mengajar digunakan dalam penjelasan guru dan sebagai

pendorong (Rudin, 1992). Menurut Shaharom (1995), Pengajaran Bermodul (PB)

menyediakan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari sesuatu bahan

pelajaran dengan pelbagai cara dan membenarkan setiap pelajar memilih media yang

paling sesuai serta berkesan bagi mereka untuk memahami bahan tersebut.

AutoCAD merupakan satu mata pelajaran yang agak sukar difahami, oleh itu

ianya memerlukan banyak latihan dan tumpuan yang lebih bagi mempelajari sesuatu

topik. Para pelajar memerlukan satu Modul Pembelajaran yang membolehkan proses

Pengajaran dan Pembelajaran dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai, serta

pelajar dapat memahami sesuatu tajuk dengan mudah kerana ianya telah dipecahkan

kepada unit-unit yang kecil.

Sering juga berlaku masalah kelas terpaksa dibatalkan atau ditiadakan

sekiranya pengajar tidak dapat hadir kerana ada tugasan luar. Selain itu, para pelajar

juga boleh tidak hadir kuliah jika kehadiran tidak menjadi syarat untuk memenuhi

komponen kerja kursus. Hal ini menyebabkan para pelajar tertinggal satu topik yang

seharusya dipelajari pada hari berkenaan. Ciri mudah lentur yang terdapat pada

sesuatu MPK dapat digunakan sebagai pengganti pengajar ketika tidak dapat hadir

mengajar dan juga membolehkan para pelajar mempelajari sesuatu topik secara

sendiri sekiranya tidak menghadiri kuliah. Menurut Shaharom (1995), MPK adalah

pakej pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar sendiri.

Selain itu, masih kurang modul bagi mata pelajaran AutoCAD yang hanya

menjurus kepada pemahaman sesuatu bab atau topik yang memasukkan bahagian

teras, pengayaan, serta pemulihan. Oleh itu, penyelidik merasakan perlunya

penghasilan MPK ini untuk membantu pelajar memahami sesuatu bab dengan mudah.

Antara contoh MPK yang hanya menjurus kepada sesuatu bab adalah MPK yang

telah dihasilkan oleh Shaharom Noordin bagi tajuk Sifat Bahan dalam mata pelajaran

Fizik Tingkatan Empat, 1994.

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

6

1.3 Pernyataan Masalah

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) merupakan suatu isi pelajaran yang dapat

membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman mereka bagi sesuatu mata

pelajaran.

Satu kajian perlu dijalankan untuk menghasilkan satu MPK yang lengkap

bagi kegunaan para pelajar 2 SPH di peringkat Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai Johor. Modul Pengajaran Kendiri yang dihasilkan adalah khusus bagi tajuk

Wireframe Model yang bersesuaian dengan sukatan pelajaran dan kegunaan para

pelajar 2 SPH, dengan mengadaptasikan Model Teras-Cabang Shaharom Noordin,

1994.

Dalam konteks kajian yang dijalankan pengkaji ingin menilai adakah

Penilaian Formatif ke atas dua MPK yang dibina di bawah tajuk Wireframe Model

memenuhi keperluan sukatan pelajaran, dan menekankan ke atas penglibatan para

pelajar dalam mata pelajaran serta sesuai digunakan bagi mata pelajaran Rekabentuk

Berbantu Komputer di peringkat UTM.

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

1.4.1 Menilai kesesuaian format bagi dua MPK Rekabentuk Berbantu Komputer

bagi bab Wireframe Model yang dibina untuk tujuan pengajaran melalui

Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS).

1.4.2 Menilai kesesuaian bagi dua MPK Rekabentuk Berbantu Komputer bagi bab

Wireframe Model yang dibina kepada pengajar yang mengajar mata pelajaran

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

7

Rekabentuk Berbantu Komputer melalui Penilaian Formatif Kelompok Kecil

(PFKK).

1.4.3 Menilai kesesuaian bagi dua MPK Rekabentuk Berbantu Komputer bagi bab

Wireframe Model yang dibina kepada pelajar yang mempelajari mata

pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer melalui Penilaian Formatif

Percubaan Luar (PFPL).

1.5 Persoalan Kajian

Secara keseluruhannya, persoalan kajian adalah berdasarkan Penilaian

Formatif yang akan dijalankan oleh penyelidik ke atas responden yang telah dipilih.

Di samping itu, responden akan membuat penilaian terhadap MPK yang mana

responden adalah terdiri daripada para pengajar atau pensyarah Rekabentuk Berbantu

Komputer di peringkat UTM, serta pelajar yang mengambil mata pelajaran

Rekabentuk Berbantu Komputer. Terdapat beberapa perkara yang hendak ditentukan

oleh penyelidik, iaitu:

1.5.1 Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) terhadap format dua

MPK Rekabentuk Berbantu Komputer bagi bab Wireframe Model mendapati

ianya sesuai digunakan sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran bagi

mata pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer di peringkat pelajar 2 SPH di

UTM, Skudai?

1.5.2 Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) terhadap dua MPK

Rekabentuk Berbantu Komputer bagi bab Wireframe Model mendapati ianya

sesuai digunakan sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata

pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer di peringkat pelajar 2 SPH di

UTM, Skudai?

Page 25: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filePEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

8

1.5.3 Adakah Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL) terhadap dua MPK

Rekabentuk Berbantu Komputer bagi bab Wireframe Model mendapati ianya

sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan Pembelajaran bagi mata

Pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer di peringkat pelajar 2 SPH di

UTM, Skudai?