pembinaan dan penilaian kesesuaian modul …€¦ · penilaian formatif satu dengan satu (pfss) dan...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL
PENGAJARAN KENDIRI (MPK) CAHAYA BAGI MATA
PELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT
KAMEL BIN HAJI BAKRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA



PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL
PENGAJARAN KENDIRI (MPK) CAHAYA BAGI MATA
PELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT
KAMEL BIN HAJI BAKRI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004


iv
PENGHARGAAN
Dalam usaha untuk membina dan menilai MPK Cahaya ini, pelbagai pihak
telah bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan dan tunjuk ajar. Dengan adanya
bantuan dan tunjuk ajar ini, maka dapatlah penyelidikan ini dijalankan dan
diselesaikan dalam jangka waktu yang ditetapkan dengan sempurnanya.
Jutaan terima kasih ingin dirakamkan kepada P. M. Dr. Hj. Shaharom
Noordin yang juga selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini. Beliau tidak jemu-jemu
dalam mendidik dan membetulkan kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang
projek ini dijalankan. Ketegasan dan keikhlasan beliau tidak akan saya lupakan
sehingga ke akhir hayat.
Pada masa yang sama, ribuan terima kasih ini juga saya tujukan kepada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti Pendidikan atas kebenaran
dan kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menjalankan penyelidikan
ini.
Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan ingin disampaikan kepada semua
pengetua dan guru Fizik atas kejasama yang telah diberikan, khasnya sekolah-
sekolah menengah di sekitar daerah Johor Bharu yang telah terlibat dalam proses
menilai status kesesuaian MPK yang telah saya bina ini.
Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan
seperjuangan dan keluarga tersayang yang telah banyak memberi dorongan serta
rangsangan untuk saya menjayakan projek penyelidikan ini.

iii
DEDIKASI
Khas buat arwah ayah (Haji Bakri bin Mahidi) dan bonda
(Jemah Binti Nonong) terima kasih di atas segala pengorbanan.
Abang-abangku (Aris, Darwis dan Malek), kakak (Nizam) serta
adik (Mayang) yang banyak memberikan semangat dan dorongan.
Kakak-Kakak iparku (Mida, Masnah dan Hamdiah) yang sentiasa
mendoakan kecemerlangan dan kejayaan untuk adik iparmu.
Teristimewa buat Farayini Khaidir semoga hubungan yang telah terjalin ini akan
membawa kita ke mahligai kebahagiaan dan semoga yang kita rancang akan
menjadi kenyataan suatu hari kelak.
Anak-anak saudaraku (Cemon, Pidaus, Radzi, Aina, Ainul, Fatin
dan Asyraf) kerana dengan kehadiran kalian akan menjadi penyambung perjuangan
ini.
Buat yang terlibat, kejayaan yang diperolehi ini adalah kejayaan
kita bersama. Terima kasih di atas segala bantuan dan doa yang
diberikan selama ini.
Al-Fatihah untuk Alrwah ayah-ku (Allahyarham Haji Bakri Bin Mahidi)
di atas segala pengorbanan dan semoga arwahnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

v
ABSTRAK
Bagi memastikan pelajar mendapat ilmu terkini, bahan P&P yang bermutu
amat memainkan peranan. Dengan adanya bahan P&P ini, ia akan memberikan kesan
positif kepada pelajar dari segi kefahaman dan penguasaan ilmu pengetahuan yang
disampaikan. Untuk itu, Modul Pengajaran Kendiri (MPK) merupakan satu alternatif
yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dan guru kerana ianya dibina secara sistematik,
teratur dan terancang dengan mengambil kira perbezaan individu. Dalam konteks
kajian ini, sebanyak tiga buah MPK Cahaya telah dibina dan seterusnya dinilai status
kesesuaiannya supaya memenuhi keperluan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Fizik
KBSM tingkatan empat (PPK, 2001). Ketiga-tiga MPK yang dibina ialah MPK 1:
Kanta Nipis, MPK 2: Kanta Dalam Peralatan Optik dan MPK 3: Menyedari Nikmat
Kewujudan Cahaya Dan Sifatnya. Kesemua MPK ini dibina berpandukan Model
Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal
selidik iaitu Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)(Guru)
(Shaharom, 1994). Dalam kajian ini, pemboleh ubah bebas yang digunakan ialah
kedudukan sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah Bandar (B) dan Luar Bandar
(LB). Kesesuaian MPK dinilai menerusi dua peringkat penilaian formatif iaitu
Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok
Kecil (PFKK) yang masing-masing melibatkan respondem seramai empat dan 10
orang guru Fizik. Responden kajian dipilih daripada guru Fizik yang mengajar di
sekolah menengah sekitar daerah Johor Bharu. Data yang diperolehi dianalisis secara
statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan min, maksimum dan minimum. Hasil
kajian mengesahkan MPK Cahaya yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai
bahan P&P untuk pelajar tingkatan empat. Implikasinya, MPK yang dibina adalah
sesuai digunakan dan memenuhi HSP Fizik KBSM tingkatan empat.

vi
ABSTRACT
In order to make sure that students can gain the latest information and
knowledge, quality teaching and learning (T&L) materials are crucial. These T&L
materials were produced in order to give positive impact toward students in terms of
knowledge understanding and mastery. Therefore, a module called Self-Instructional
Modules (SIM) will be one of the alternatives that can be used by students and
teachers for they have been developed and planned in an organized and systematic
way taking into consideration individual differences. In this research context, three
modules of SIMs on Light had been produced and evaluated in order to make sure
that they fulfill the requirements of Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Fizik KBSM
Form Four (PPK, 2001). Those three SIM are SIM 1: Thin Lens, SIM 2: Lens In
Optical Equipment and MPK 3: Acknowledging the Existence of Light and It’s
Nature. A tool that had been used was a set of questionnaires called Soal Selidik
Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)(Guru)(Shaharom, 1994). The school
location was used as the independent variable and categorized as Sekolah Bandar (B)
and Luar Bandar (LB). The SIM’s suitability was evaluated through two stages of
formative evaluation namely One-to-One Formative Evaluation (OFE) and Small
Group Formative Evaluation (SGFE) involving only four and 10 Physics teachers
respectively. 14 teachers who were teaching in secondary schools around Johor
Bharu district were chosen as respondents. The collected data were analyzed using
descriptive statistics and displayed in the form of mean, mean deviation, maximum
and minimum. Implications of research finding showed that SIM Light was suitable
to be used as T&L materials for students of Form Four. Therefore, the SIMs were
adaptable and fulfill the requirements of the HSP Fizik KBSM for Form Four.

vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SINGKATAN/ SIMBOL/ ISTILAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
I PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.1.1 Aktiviti 5
1.1.2 Gambarajah 6
1.1.3 Objektif Pembelajaran 8
1.1.4 Ringkasan Bab 9
1.1.5 Soalan Di Akhir Bab 10
1.1.6 Teks 11
1.2 Pernyataan Masalah 13
1.3 Objektif Kajian 13

ix 2.2.5 Model Meyer 37
2.3 Model Teras-Cabang 39
2.3.2 Model Teras-Cabang 39
2.3.2 Rasional Penggunaan 45
2.4 Strategi Pembelajaran Penguasaan 48
2.5 Kajian-Kajian Tentang Pembinaan 51
Dan Penilaian Kesesuaian Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) Dalam
Bidang Fizik
2.5.1 Di Dalam Negara 51
2.5.2 Di Luar Negara 55
2.6 Kajian-Kajian Yang Berkaitan Dengan 60
Pembinaan Dan Penilaian MPK Dalam
Bidang-Bidang Lain Di Dalam Negara
2.7 Kajian-Kajian Berkaitan Pembinaan Dan 63
Penilaian MPK Merentas Pemboleh Ubah
Bebas Kedudukan Sekolah
2.8 Rumusan 66
III PENGKAEDAHAN 68
3.0 Pendahuluan 68
3.1 Kandungan Modul Pengajaran Kendiri 68
3.2 Subjek Kajian 70
3.3 Alat Kajian 71
3.4 Tatacara Kajian 72
3.4.1 Kajian Tahap 1: Pembinaan Modul 74
Pengajaran Kendiri
3.4.2 Kajian Tahap 2: Kajian Rintis Dan 77
Penilaian Formatif
3.4.2.1 Kajian Rintis 77
3.4.2.2 Penilaian Formatif Satu 78
Dengan Satu (PFSS)

x 3.4.2.3 Penilaian Formatif 78
Kelompok Kecil (PFKK)
3.5 Analisis Data 79
3.6 Andaian Kajian 80
3.7 Batasan Kajian 80
3.8 Rumusan 81
IV KEPUTUSAN KAJIAN 83
4.0 Pendahuluan 83
4.1 Kajian Rintis 84
4.2 Penilaian Formatif Terhadap 85
Kesesuaian MPK
4.2.1 Persoalan Kajian 1 86
4.2.2 Persoalan Kajian 2 87
4.3 Penilaian Formatif Merentas
Kedudukan Sekolah
4.3.1 Persoalan Kajian 3 90
4.3.2 Persoalan Kajian 4 92
4.4 Rumusan 95
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 97
CADANGAN
5.0 Pendahuluan 97
5.1 Ringkasan dan Perbincangan 97
5.2 Kesimpulan 101
5.3 Implikasi 102
5.4 Cadangan 104
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 105
5.6 Rumusan 106

viii 1.4 Persoalan Kajian 14
1.5 Rangka Kerja Konsep Kajian 15
1.6 Kepentingan Kajian 16
1.6.1 Pelajar 16
1.6.2 Guru 18
1.6.3 Penggubal Kurikulum 19
1.6.4 Institusi Pendidikan 20
1.7 Skop Kajian 20
1.8 Takrifan Istilah 21
1.8.1 Modul Pengajaran Kendiri 21
1.8.2 Penilaian Formatif 22
1.8.3 Guru 22
1.8.4 Kedudukan Sekolah 22
1.9 Rumusan 23
II SOROTAN PENULISAN 24
2.0 Pendahuluan 24
2.1 Teori-Teori Berkaitan 24
2.1.1 Ciri-ciri sesbuah Modul Pengajaran 25
Kendiri (MPK)
2.1.2 Penilaian Formatif 26
2.12.1 Penilaian Formatif 27
Satu Dengan Satu
2.1.2.2 Penilaian Formatif 27
Kelompok Kecil
2.1.2.3 Penilaian Formatif Ujian 28
Lapangan
2.2 Model- Model Modul Pengajaran Kendiri 28
2.2.1 Model Burns 28
2.2.2 Model Eijl 31
2.2.3 Model Klingstedt 33
2.2.4 Model De Vito 35

xi BIBLIOGRAFI 108
LAMPIRAN
Lampiran A-H 115-130

xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Tafsiran Indeks Bagi Penglibatan 6
Pelajar
2.1 Perbandingan Model-Model MPK 47
3.1 Jadual Pemeringkatan Skala Likert 71
4.1 PFSS Oleh Guru Fizik Terhadap Kesesuaian 86
MPK
4.2 Kesimpulan Hasil PFSS Terhadap Kesesuaian 87
MPK
4.3 PFKK Oleh Guru Fizik Terhadap Kesesuaian 88
MPK
4.4 Kesimpulan Hasil PFKK Terhadap Kesesuaian 88
MPK
4.5 PFSS Oleh Guru Fizik Merentas Kedudukan 90
Sekolah
4.6 Kesimpulan Hasil PFSS Oleh Guru Fizik 91
Merentas Kedudukan Sekolah
4.7 PFKK Oleh Guru Fizik Merentas Kedudukan 93
Sekolah
4.8 Kesimpulan Hasil PFKK Oleh Guru Fizik 94
Merentas Kedudukan Sekolah
5.1 Analisis PFSS Dan PFKK Merentas Pemboleh 99
Ubah Bebas Bagi MPK Mata Pelajaran Fizik

-
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Carta Untuk Latar Belakang Masalah 5
1.2 Rangka Kerja Konsep 15
(Sumber: Ubahsuai Shaharom, 1995)
2.1 Model Teras-Cabang 43
(Sumber: Shaharom, 1994)
2.2 Pelaksanaan Proses Pembelajaran Modul 44
Pengajaran Kendiri (MPK)
(Sumber: Shaharom: 1994)
2.3 Model Pembelajaran Masteri 49
(Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)
3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 73
3.2 Rangka Kerja Tahap Satu 75
(Ubahsuai: Lim, 2002)
3.3 Rangka Kerja Pembinaan MPK 76
(Sumber: Shaharom, 1994)
3.4 Rangka Kerja Kajian Rintis 77
3.5 Rangka Kerja Penilaian Formatif 78
(Ubahsuai: Lim, 2002)

xiv
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN
∑ - Jumlah
x1 - Markah responden pertama
n - Bilangan markah
x - Min
xi - Setiap markah
= - Bersamaan
BMMK - Bahasa Melayu Merentas Kurikulum
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPS - Falsafah Pendidikan Sains
FSN - Falsafah Sains Negara
HSP - Huraian Sukatan Pelajaran
IM - Instructional Module
KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KP - Kementerian Pendidikan
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
PB - Pengajaran Bermodul
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
PFUL - Penilaian Formatif Ujian Lapangan
PFUL - Penilaian Formatif Ujian Lapangan
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Kesesuaian Modul 115
Pengajaran Kendiri (Guru)
B Borang Pengesahan Modul Pengajaran Kendiri 120
(MPK)
C Borang Pengesahan Pakar Bidang 122
D Jadual Skala Pemeringkatan Untuk Soal Selidik 123
Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Guru)
E Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan 124
F Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan 125
Negeri Johor
G Surat Kebenaran Daripada Kementerian 126
Pendidikan Malaysia
H Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan 128
Empat KBSM 2001

BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Secara sedar mahupun tidak sudah hampir dua dekad Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan di negara kita. Di mana dalam
tempoh ini sudah banyak perubahan yang telah dilakukan ke atasnya. Selama tempoh
ini jugalah buku teks telah kita gunakan di dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Akan tetapi, persoalan yang harus kita jawab sebagai seorang
pendidik ialah sejauh manakah keberkesanannya dalam mengembangkan potensi
individu yang ada pada diri pelajar. Ini kerana, sepertimana yang kita maklum
bahawa wujud perbezaan individu yang ketara dikalangan pelajar. Hal ini turut
disokong oleh beberapa penyelidik iaitu:
“……..pengajaran yang menekankan keperluan dan kebolehan murid yang
berbeza-beza. …….” (Koh, 1986: 3).
“Para pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu di kalangan para
pelajar seperti dari segi minat terhadap pelajaran, latar belakang, gaya belajar,
nilai, motivasi dan lain-lain” (Shaharom & Yap,1993: 325).

2
Sejajar dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu untuk mengembangkan potensi individu pelajar secara
menyeluruh dan bersepadu dan juga ke arah untuk mengindividukan pengajaran, satu
alternatif yang terbaik sekali ialah dengan menggunakan Modul Pengajaran Kendiri
(MPK). Ini kerana penggunaannya bukan sahaja membolehkan pelajar meneruskan
proses P&P mengikut kecepatan sendiri malahan juga akan membolehkan mereka
memilih cara pembelajaran yang paling sesuai mengikut kadar kemampuannya.
Sekiranya ini yang berlaku ianya sudah tentu akan dapat memenuhi FPK tadi iaitu
untuk mengembangkan potensi individu setiap pelajar. Hal ini turut disokong oleh
pernyataan berikut:
“……selari dengan konsep pengajaran individu ini iaitu ke arah
mengembangkan potensi individu para pelajar secara menyeluruh dan ke
tahap yang maksimum untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan”
(Shaharom & Yap,1991: 58).
Sepertimana yang telah dinyatakan di atas bahawa MPK merupakan satu
langkah yang baik ke arah mengatasi perbezaan individu yang ada pada setiap pelajar
dan juga ke arah mengindividukan pengajaran. Hal ini terjadi kerana dengan
menggunakan MPK, ia memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka sendiri
tajuk pembelajaran berdasarkan kepada aras yang mampu dilakukannya. Ini kerana
MPK mempunyai ciri-ciri tersendiri yang dapat memenuhi keperluan setiap pelajar
di dalam bilik darjah.
Dengan mengambil kira faktor tahap kesediaan pelajar dan tahap
penguasaannya, adalah diharapkan prestasi mereka dalam menguasai sesuatu mata
pelajaran akan meningkat ekoran daripada penggunaan MPK dalam P&P. Sekiranya
ini dapat kita laksanakan, tidak mustahil palajar dapat dengan mudah menguasai
sesuatu mata pelajaran kerana dalam Pengajaran Bermodul (PB) menggunakan MPK
ini, pelajar boleh memilih cara pembelajaran yang paling sesuai untuk diri mereka
supaya pembelajaran akan lebih berkesan dan produktif. Ini kerana dalam PB, ia
biasanya mengandungi berbagai-bagai aktiviti pembelajaran. Hal ini turut disokong
oleh Shaharom dan Yap (1991:62) iaitu:

3
“Pengajaran Bermodul (PB), biasanya mengandungi berbagai-bagai aktiviti
pembelajaran, seperti membaca buku teks dan artikel, meneliti gambar dan
rajah, menonton filem, video dan slaid, mendengar pita rakaman, meneliti
bahan-bahan demontrasi, mengambil bahagian dalam projek dan percubaan
dan berkemungkinan juga akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum”
Jadi secara tidak langsung aktiviti-aktiviti ini boleh merangsang pelajar dalam
pembelajaran mereka. Justeru, penggunaan MPK wajar diperluaskan demi
meningkatkan mutu bahan yang kita gunakan dalam P&P. Dengan itu, secara tidak
langsung ia akan meningkatkan tahap pencapaian pelajar sekolah. Adalah diharapkan
langkah ini dapat mengatasi masalah pencapaian yang masih lemah di kalangan
pelajar kita terutamanya dalam Bidang Sains dan matematik. Ini kerana kedua-dua
mata pelajaran ini telah diajar di negara kita sejak sekian lama. Jika kita tidak mampu
untuk meningkatkan pencapaian dalam dua bidang disiplin ilmu ini, maka hasrat
yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Sains (FPS) sepertimana yang
telah digariskan olek Kementerian Pendidikan (KP) tidak akan tercapai sepertimana
yang diimpikan. Di mana, dalam Falsafah Sains Negara (FSN) telah dinyatakan
matlamat sebagai berikut:
“Pendidikan sains di Malaysia bertujuan memupuk budaya sains dan
teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang
kompetetif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu
sains dan berketrampilan teknologi” (Abu Hassan,1999: 75).
Daripada matlamat yang telah dinyatakan ini jelaslah bahawa kepentingan
mutu bahan yang digunakan oleh pelajar akan memberikan kesan jangka panjang
kepada matlamat negara untuk membentuk masyarakat yang menguasai ilmu sains
dengan baik. Justeru, penyelidik-penyelidik perlu menjalankan kajian berkaitan
dengan mutu bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kita digunakan, agar
matlamat yang kita impikan akan menjadi kenyataan.

4
1.1 Latar Belakang Masalah
Bahan rujukan yang kurang bermutu atau tidak bersesuaian bukan sahaja
akan menyebabkan pelajar mengalami masalah dalam mengaplikasikan pembelajaran
mereka. Malahan ia juga akan menyebabkan mereka tidak dapat melihat hala tuju
proses P&P yang dilalui. Sekiranya hal ini berlaku ia sudah tentunya menyebabkan
minat mereka untuk terus meneroka sesuatu mata pelajaran itu akan terganggu.
Sekaligus ia akan menghalang niat kita untuk melahirkan generasi yang mampu
berfikir secara kreatif dan kritis. Dengan itu hasrat kita untuk melahirkan generasi
yang mencipta teknologi akan terbantut dan sekaligus Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Sains Negara (FSN) tidak dapat kita capai.
Untuk memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Sains Negara (FSN) tercapai, maka kita perlulah menyemak kembali bahan yang
digunakan dalam proses P&P khususnya penggunaan buku teks dan buku rujukan.
Ini kerana rata-rata dalam sistem pendidikan kita proses P&P dilakukan dengan
menggunakan dua bahan ini.Di samping itu juga, analisis kuantitatif ke atas buku-
buku teks dan buku-buku rujukan yang telah dilakukan oleh Hanafi (2001), Wong
(2000), Malina (2000), Lu (2000) dan lain-lainnya menunjukkan bahawa buku-buku
ini memang mengalami kekurangan sama ada dari segi aktiviti, teks, gambarajah dan
sebagainya. Untuk tujuan itu, dalam bahagian ini penyelidik akan memfokuskan
perbincangan kepada faktor–faktor yang mempengaruhi mutu sesuatu bahan rujukan.
Antara faktor-faktor yang akan disentuh dalam bahagian ini ialah aktiviti pelajar,
gambarajah, objektif pembelajaran, ringkasan bab, soalan di akhir bab dan juga teks
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

5
MUTU BAHAN
SOALAN DI AKHIR BAB
RINGKASAN BAB
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
AKTIVITI GAMBARAJAH TEKS
Rajah 1.1 Carta untuk Latar Belakang Masalah
1.1.1 Aktiviti
Keputusan daripada Analisis Kuantitatif Buku Teks Fizik oleh Pariman
(1999) dan Rashidah (2000) ke atas buku Fizik Tingkatan 4 (Chang, 1996) dan
Bantuan Studi Lengkap SPM Formula Bestari Fizik Tingkatan 4 dan 5 (Tho, 2000)
mendapati indeks penglibatan pelajar pada bahagian aktiviti adalah (0.00) dan 0.08.
Dengan merujuk Jadual 1.1, angka ini berada di antara 0.00 dan 0.40. Ini bermakna
ke semua aktiviti yang terdapat di dalamnya tidak memerlukan penglibatan dari
pelajar. Dengan kata lain buku ini adalah autoritarian dan kurang mencabar. Di mana
aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah bersifat hafalan, ulangan dan penggunaan
konsep secara teori semata-mata.

6
Jadual 1.1 Tafsiran Indeks Bagi Penglibatan Pelajar
NILAI
INDEKS, I
TAFSIRAN
0 Tiada penglibatan pelajar
< 0.4 Autoritarian dan kurang mencabar (hafalan dan takrifan)
1.0 Buku yang seimbang (ideal) di antara kenyataan-kenyataan
yang tiada penglibatan pelajar dengan kenyataan-kenyataan
yang memerlukan pemikiran pelajar.
>1.5 Tanpa isi kendungan. Hanya soalan. Tidak cukup
data/maklumat untuk pelajar bekerja dengan beerkesan.
Infiniti Setiap kenyataan dan setiap gambarajah memerlukan pelajar
membuat analisis. Tanpa isi kandungan.
(Ubahsuai Romey,1968)
Selain itu, analisis yang dilakukan oleh Liaw (2001), Wong (2000) dan
Malina (2000) ke atas buku Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik
Tingkatan 4 (Chang & Lock, 1999),mendapati indeks penglibatan pelajar bagi
bahagian aktiviti ialah 0.47. Sementara hasil analisis oleh Wong (2000) dan Malina
(2000) ke atas Sukses Lengkap Terkini SPM Fizik Tingkatan 4 dan 5 (Yap, 1997)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik Tingkatan 4 (Chang & Lock,
1991) pula mendapati nilai indeks bagi penglibatan pelajar dalam bahagian aktiviti
yang terdapat di dalamnya hanyalah 0.50. Sekiranya merujuk kepada Jadual 1.1 di
atas, angka-angka ini menggambarkan bahawa aktiviti-aktiviti yang telah disediakan
di dalamnya adalah kurang autoritarian. Namun, buku ini belum lagi mencapai tahap
seimbang yang memuaskan.
1.1.2 Gambarajah
Biasanya gambarajah yang terdapat dalam bahan P&P hanya untuk memberi
penerangan sahaja. Sebenarnya, bagi bahan P&P yang bermutu ia akan

7
mengaplikasikan gambarajah untuk tujuan memerlukan pelajar melakukan sesuatu
aktiviti atau menggunakan data.
Hasil analisis yang telah dibuat terhadap buku Fizik Tingkatan 4 (KBSM),
(Chang & Lock, 1999) dan Buku Teks Nota Komprehensif Fizik SPM, Christine
(2000) oleh Sylvia (2001) dan Noraini (2000) mendapati indeks penglibatan pelajar
untuk gambarajah ialah 0.43 dan 0.50. Mereka telah menganalisis setiap gambarajah
dan mengelompokkannya kepada salah satu daripada dua kategori iaitu gambarajah
hanya digunakan untuk tujuan penerangan atau memerlukan pelajar melakukan
sesuatu aktiviti atau menggunakan data. Dengan merujuk kepada Jadual 1.1, angka
ini berada dalam julat 0.40 dan 1.00.Ini menunjukkan bahawa kebanyakan
gambarajah yang terdapat di dalamnya hanya digunakan untuk tujuan penerangan
(illustrative purposes) sahaja. Di mana gambarajah yang digunakan untuk
menyokong aktiviti pelajar adalah sangat sedikit dan perlu dipertingkatkan lagi
jumlahnya. Berdasarkan nilai indeks ini juga, ia menunjukkan tahap penggunaan
gambarajah masih kurang merangsang pelajar untuk berdaya fikir lebih tinggi.
Selain itu, analisis seterusnya telah dilakukan dilakukan oleh Wong (2000)
dan Lu (2000). Mereka telah melakukan analisis masing-masing ke atas Buku Teks
Sukses Lengkap Terkini SPM Fizik Tingkatan 4 & 5 (Yap, 1997) dan buku Revisi
Komprehensif Fizik SPM 4531 KBSM Edisi Ketiga, Anthony (1994). Di mana hasil
analisis mereka mendapati indeks penglibatan pelajar untuk bahagian gambarajah
hanyalah pada nilai 0.25 dan 0.43. Sekiranya merujuk Jadual 1.1, angka ini berada
dalam julat 0.00 hingga 0.40. Ini menunjukkan bahawa gambarajah-gambarajah yang
disediakan di dalamnya adalah lebih kepada tujuan memberi penerangan sahaja dan
kurang usaha untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Oleh itu,
kita katakan buku ini lebih bersifat autoritarian dan kurang mencabar dari segi
penglibatan pelajar untuk gambarajah.
Dan analisis yang seterusnya telah dilakukan oleh Mohd Hatta (2000) ke atas
buku Siri Pelangai Fizik Fokus SPM (Lim, Chia & Poh; 1995). Hasil analisisnya
mendapati indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti ialah 0.11. Dengan merujuk
Jadual 1.1, angka ini menggambarkan bahawa kebanyakan gambarajah yang terdapat
di dalamnya hanyalah untuk tujuan memberi penerangan sahaja. Iaitu ia lebih

8
bersifat autoritarian. Ini menjadikan ia kurang mencabar sebab pelajar tidak diberi
peluang untuk melakukan sesuatu aktiviti atau menyelesaikan sesuatu masalah
dengan menggunakan data dalam gambarajah.
1.1.3 Objektif Pembelajaran
Sepertimana kita sedia maklum bahawa setiap pengajaran yang kita lakukan
adalah untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah kita rancang. Begitu juga
dalam penghasilan sesebuah bahan P&P khususnya buku, di mana objektif
pembelajaran adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi bagi bahan P&P yang akan
digunakan oleh pelajar. Ini kerana penyediaan objektif pembelajaran akan
memudahkan mereka mengetahui sejauh mana mereka telah memahami isi
pelajaraan yang telah disampaikan. Untuk tujuan itu, beberapa pihak telah
menggemblengkan tenaga untuk menganalisis bahan P&P (buku) yang ada di
pasaran kita. Antaranya ialah Hanafi (2001), Liaw (2001), Mohd Hatta (2000) dan
lain-lain lagi.
Analisis kuantitatif buku teks yang telah dilakukan Hanafi (2001), Liaw
(2001) dan Ezanita (2001) ke atas buku-buku Fizik Tingkatan 4 (Poh & Sabtu, 2001),
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik Tingkatan 4 (Chang & Lock, 1999)
dan Fokus Fizik SPM (Lim, Poh & Chia; 1997) mendapati bahawa indeks
penglibatan pelajar pada bahagaian objektif pembelajaran adalah 0.00. Sekiranya kita
merujuk Jadual 1.1, angka ini menggambarkan bahawa buku-buku ini tidak
menyatakan sebarang objektif yang perlu dicapai oleh pelajar dalam setiap bab. Ini
bermakna kesemua buku ini tidak memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan
diri dalam objektif yang sepatutnya mereka capai selepas mempelajari sesuatu bab.
Selain itu,ada juga bahan-bahan P&P kita (buku) yang ada di pasaran tidak
menyediakan objektif pembelajaran di akhir sesuatu bab. Hal ini terbukti melalui
analisis yang telah dilakukan oleh Marlina (2001) dan Hazman (1999) ke atas buku
Fizik Tingkatan 4 (Tho & Abdul Kariem, 1991) dan Siri Fizik Pelangi Fokus Jingga

9
SPM (Lim, Chia & Poh; 1999). Keadaan sebegini akan menimbulkan kesukaran
kepada pelajar yang menggunakannya dalam pembelajaran kerana mereka tidak
mengetahui sejauh mana mereka telah mengusai isi yang telah disampaikan.
Fenomena-fenomena sebegini akan menjadikan bahan yang kita sediakan tidak
bermutu dan sekaligus akan menyebabkan kesukaran dan mematikan motivasi
pelajar untuk belajar.
1.1.4 Ringkasan Bab
Hanafi (2002) telah menilai ringkasan bab dalam buku Fizik Tingkatan 4
(Poh & Sabtu, 2001). Analsis kuantitatif ini dilakukan dengan mengelaskan
ringkasan babnya kepada dua bahagian iaitu (Romey, 1968):
a) Mengulang kesimpulan bab
b) Mengemukakan soalan-soalan baru yang tidak terdapat dalam teks.
Keputusan analisisnya mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar adalah
0.44. Merujuk pada Jadual 1.1, angka ini menunjukkan bahawa aspek ini kurang
memberangsangkan pelajar untuk berfikir dan mengembangkan konsep baru bagi
mereka. Ringkasan bab yang disediakan keseluruhannya lebih kepada mengulang isi-
isi penting setiap bab di mana pelajar lebih didorong untuk menghafal fakta-fakta
penting tanpa aktiviti yang melibatkan mereka dapat menggunakan fakta dan konsep
yang telah dikuasai dalam situasi yang lebih mencabar.
Selain itu, analisis kuantitatif yang sama telah dilakukan oleh Malina (2000),
Lu (2000) dan Sylvia (2001) ke atas Buku Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Fizik Tingkatan Empat (Chang & Lock, 1991), Revisi Komprehensif Fizik SPM
4531 KBSM Edisi Ketiga (Anthony, 1994) dan Fizik Tingkatan 4 (KBSM) (Chang &
Lock, 1999). Hasil analisis mereka mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar
untuk bahagian ringkasan bab ialah sifar (0.00). Merujuk pada Jadual 1.1, angka
menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pada bahagian ringkasan bab, buku-

10
buku ini langsung tidak melibatkan pelajar. Ini bermakna ringkasan babnya hanya
sekadar mengulang kesimpulan bab tanpa mengemukakan soalan-soalan baru di
mana jawapannya tidak terdapat dalam buku teks atau tertakluk kepada kajian-kajian
semasa dalam fizik. Maka setelah pelajar selesai sesuatu bab, mereka tidak diberi
peluang untuk menyusun semula konsep-konsep baru dipelajari dalam sesuatu bab
mengikut kefahaman sendiri. Sebaliknnya, cara pembentukan konsep mereka telah
diatur atau dicorak oleh pengarang buku. Mereka juga tidak didedahkan kepada
perkembangan kajian terkini tentang fizik.
Terdapat juga keadaan di mana kabanyakan bahan P&P yang ada di pasaran
sekarang tidak menyediakan objektif pembelajaran di dalamnya. Hal ini terbukti
melalui hasil analisis kuantitatif yang dilakukan oleh Liaw (2001) ke atas buku teks
Fizik Tingkatan 4 (Chang, 1996) juga mendapati nilai indeks bagi penglibatan
pelajar bagi bahagian ringkasan bab ialah infiniti (∞). Dengan merujuk pada Jadual
1.1, angka ini mengimplimentsikan bahawa buku ini tidak mengulang fakta-fakta
penting yang sepatutnya ada dan juga tidak membangkitkan soalan-soalan baru di
mana jawapan tidak terdapat di dalam buku teks atau tertakluk kepada kajian semasa
fizik. Dengan kata lain, buku ini tidak mempunyai ringkasan di akhir bab.
1.1.5 Soalan Di Akhir Bab
Soalan di akhir bab adalah penting dalam menyediakan sesuatu bahan P&P
khususnya bahan dalam bentuk buku. Ini kerana penyediaannya di akhir sesuatu bab
bukan sahaja bertujuan untuk menguji pamahaman seseorang pelajar, bahkan
penyediaannya juga adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana seseorang
pelajar itu telah menguasai isi yang telah disampaikan. Dan sekaligus memberikan
gambaran sama ada bahan yang kita telah hasilkan itu bermutu ataupun sebaliknya.
Untuk tujuan itu, analisis kuantitatif terhadap buku teks/ rujukan fizik telah
dilakukan oleh Hazman (1999), Rosliza (2000) dan lain-lain untuk mengetahui sama
ada bahan P&P yang telah kita sediakan memenuhi citarasa pelajar mahupun tidak.

11
Hasil analisis kuantitatif yang telah dilakukan oleh Hazman (1999) dan
Marlina (2001) ke atas masing-masing buku Siri Pelangi Fizik Fokus Jingga SPM
(Lim, Chia & Poh; 1999) dan Fizik Tingkatan 4 (Tho & Abdul Kariem,1991)
mendapati indeks penglibatan pelajar untuk soalan pada akhir bab ialah 0.19 dan
0.40. Sekiranya merujuk Jadual 1.1, nilai-nilai ini terletak dalam julat di antara 0.00
dan 0.40. Ini menggambarkan bahawa kedua-dua buku yang telah dihasilkan ini
adalah bersifat autoritarian dan kurang mencabar. Ia juga membawa maksud bahawa
buku ini adalah berbentuk hafalan dan takrifan sahaja tanpa mengajak pelajar
menggunakan pemikiran mereka secara kritis dan kreatif.
Selain mereka, hasil analisis yang telah dilakukan oleh Rosliza (2000) dan
Rashidah (2000) ke atas buku Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan 5
(Chong & Loh, 2000) dan Bantuan Studi Lengkap SPM Formula Bestari Fizik
Tingkatan 4 & 5 (Tho, 2000) mendapati indeks penglibatan pelajar untuk bahagian
soalan di akhir bab adalah masing-masing 0.52 dan 0.59. Sekiranya merujuk Jadual
1.1, angka-angka ini menghampiri 0.40. Ini menggambarkan bahawa kedua-dua
bahan P&P yang telah dihasilkan adalah bersifat autoritarian dan kurang mencabar,
di mana bahan-bahan ini hanya menggalakkan pelajar menghafal dan menyampaikan
isinya dalam bentuk takrifan sahaja.
1.1.6 Teks
Hampir keseluruhan bahan P&P menggunakan teks untuk beberapa tujuan
sahaja seperti hanya memberi kenyataan fakta,kesimpulan atau generalisasi dan
takrifan yang tidak memerlukan penglibatan pelajar atau menggunakan kemahiran
saintifik. Kenyataan fakta ditakrifkan sebagai kenyataan yang mudah iaitu untuk
menyampaikan atau mempersembahkan data atau pemerhatian yang dibuat oleh
orang lain (Romey, 1968).
Sebenarnya, bahan yang bermutu menggunakan teks untuk kegunaan dalam
P&P yang berorientasikan penyiasatan. Contohnya teks digunakan untuk kenyataan

12
yang memerlukan pelajar merumuskan kesimpulan sendiri, arahan yang
memberitahu pelajar supaya melakukan dan menganalisis sesuatu aktiviti atau
kenyataan yang berbentuk masalah yang akan diselesaikan oleh pelajar, soalan
dikemukakan untuk menaikkan minat pelajar untuk mencari jawapan sendiri dan
terus belajar (Romey, 1968).
Hanafi (2002) dan Noraini (2000) telah membuat Laporan Analisis
Kuantitatif Buku Teks/Rujukan Fizik ke atas buku Fizik Tingkatan 4 (Poh & Sabtu,
2001) dan buku teks Nota Komprehensif Fizik SPM (Christine, 2000). Mereka
mendapati indeks penglibatan pelajar untuk teks adalah bernilai 0.31 dan 0.26.
Dengan merujuk pada Jadual 1.1, nilai ini menunjukkan bahawa buku ini adalah
bersifat autotarian dan kurang mencabar, di mana kebanyakan teks yang disediakan
hanya untuk dihafal sahaja dan kurang menggalakkan pelajar untuk berfikir.
Selain itu, analisis yang sama juga telah dilakukan oleh Wong (2000) dan
Malina (2000) masing-masing ke atas buku Sukses Lengkap Terkini SPM Fizik
Tingkatan 4 & 5 (Yap, 1997) dan Buku Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Fizik Tingkatan 4 (Chang & Lock,1991). Hasil analisis mereka mendapati indeks
penglibatan pelajar untuk teks hanyalah 0.16 dan 0.12. Daripada tafsiran indeks
dalam Jadual 1.1, angka-angka ini berada di antara 0.00 dan 0.40. Nilai ini
membuktikan bahawa teks yang terdapat di dalamnya adalah autoritarian ataupun
kurang melibatkan pelajar. Teks-teks yang terkandung dalam buku-buku ini sekali
lagi menunjukkan bahawa ianya lebih bersifat hafalan dan takrifan. Ini membuktikan
penglibatan pelajar untuk teks adalah terlalu kurang dan boleh dikatakan hampir
tiada. Sekiranya hal seperti ini dipandang enteng, maka ia ditakuti akan memberikan
implikasi jangka panjang kepada pelajar terutmanya dari segi pemikiran.
Seterusnya analisis yang telah dilakukan oleh Lu (2000) ke atas buku Revisi
Komprehensif Fizik SPM 4531 KBSM Edisi Ketiga (Anthony, 1996) mendapati
indeks penglibatan pelajar untuk teks adalah pada nilai 0.02. Di mana dengan
merujuk Jadual 1.1, nilai ini jauh lebih kecil daripada nilai 0.40. Ini menunjukkan
bahawa buku ini bersifat sangat autoritarian dan kurang mencabar. Hal ini juga
menunjukkan bahawa kebanyakan teks yang terdapt dalam buku ini berbentuk

13
hafalan dan takrifan. Ia kurang melatih pelajar untuk mencari ilmu pengetahuan
secara penerokaan iaitu konsep yang ditekankan dalam teori kontruktivisme.
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah diutarakan, dapat
dinyatakan bahawa masalah utama yang ingin dinyatakan di sini adalah seperti
berikut.
Adakah MPK Cahaya bagi mata pelajaran Fizik untuk pelajar Tingkatan
Empat Aliran Sains yang telah melalui penilaian formatif sesuai digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
1.3 Objektif Kajian
Objektif-objektif yang ingin dicapai oleh penyelidik dalam kajian ini adalah
merangkumi:
1. Membina tiga MPK Cahaya bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat
berpandukan model Teras-Cabang (Shaharom, 1994) mengikut Huraian
Sukatan Mata Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat (PPK, 2001) iaitu:
MPK 1: Menganalisiskan kanta nipis
MPK 2: Mensintesis kanta dalam peralatan optik
MPK 3: Menyedari nikmat kewujudan cahaya dan sifatnya.
2. Menilai kesesuaian ketiga-tiga MPK Cahaya yang telah dibina supaya dapat
digunakan oleh para pelajar Tingkatan Empat aliran sains yang mengambil
matapelajaran fizik.

14
3. Membandingkan kesesuaian ketiga-tiga MPK Cahaya yang telah dibina untuk
pelajar Tingkatan Empat merentas kedudukan sekolah.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah berkait rapat dengan penilaian formatif yang
dilakukan ke atas MPK oleh para responden. Di mana dalam kajian ini para
responden adalah terdiri daripada para guru yang pernah mengajar mata pelajaran
fizik bagi tingkatan empat. Persoalan kajian yang dilihat dan diambil kira adalah
seperti yang berikut:
1. Adakah penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) oleh para guru ke atas
MPK Cahaya (MPK 1: Menganalisiskan kanta nipis, MPK 2: Mensintesis
kanta dalam peralatan optik dan MPK 3: Menyedari nikmat kewujudan
cahaya dan sifatnya) menunjukkan bahawa ianya sesuai digunakan sebagai
bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Fizik untuk para
pelajar Tingkatan Empat aliran sains di sekolah?
2. Adakah penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh para guru ke atas
MPK Cahaya (MPK 1: Menganalisiskan kanta nipis, MPK 2: Mensintesis
kanta dalam peralatan optik dan MPK 3: Menyedari nikmat kewujudan
cahaya dan sifatnya) menunjukkan bahawa ianya sesuai digunakan sebagai
bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Fizik untuk para
pelajar Tingkatan Empat aliran sains di sekolah?
3. Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Satu dengan Satu
(PFSS) oleh para guru terhadap status kesesuaian MPK Cahaya (MPK 1:
Menganalisiskan kanta nipis, MPK 2: Mensintesis kanta dalam peralatan
optik dan MPK 3: Menyedari nikmat kewujudan cahaya dan sifatnya) yang
dibina merentas kedudukan sekolah?

15
4. Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil
(PFKK) oleh para guru terhadap status kesesuaian MPK Cahaya (MPK 1:
Menganalisiskan kanta nipis, MPK 2: Mensintesis kanta dalam peralatan
optik dan MPK 3: Menyedari nikmat kewujudan cahaya dan sifatnya) yang
dibina merentas kedudukan sekolah?