modul diploma pemerhatian dan penilaian kanak-kanak

108
Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17 JADUAL PENGAJARAN Minggu Jam Tarikh Tajuk Kuliah Bahan Rujuka n 1 3 Konsep mengenai pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian. 2 3 Pengenalan Penilaian Prasekolah 3 3 Kaedah penilaian perkembangan kanak-kanak 4 3 Senarai semak 5. 3 Rekod anekdot 6 3 Rekod berterusan 7. 3 Penilaian dalam perkembangan kognitif Hakcipta © UPSI 2007 1

Upload: shaqinuraisya

Post on 18-Jul-2016

536 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

JADUAL PENGAJARAN

Minggu Jam Tarikh Tajuk Kuliah Bahan

Rujukan

1 3 Konsep mengenai pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian.

2 3 Pengenalan Penilaian Prasekolah

3 3 Kaedah penilaian perkembangan kanak-kanak

4 3 Senarai semak

5. 3 Rekod anekdot

6 3 Rekod berterusan

7. 3 Penilaian dalam perkembangan kognitif

8 3 Penilaian dalam perkembangan kognitif

9 3 Penilaian dalam perkembangan pendidikan

Hakcipta © UPSI 20071

Page 2: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

kerohanian dan moral

10 3

Penilaian dalam perkembangan sosial

11 3 Penilaian dalam perkembangan emosi

12 3 Penilain dalam perkembangan fizikal

13

3Penilaian dalam perkembangan kreativiti dan estetika

14 3 Penilaian perkembangankanak-kanak berkeperluan khas

42

TOPIK 1: Konsep mengenai pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian.

Hakcipta © UPSI 20072

Page 3: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

A. PENGENALAN

Pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian adalah salah satu bahagian dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Matlamat utama adalah untuk membekalkan

maklumat. Pengguna maklumat pula terdiri daripada murid, guru, ibu bapa dan

pentadbir. Biasanya, murid ingin mengetahui prestasinya sendiri melalui ujian dan

guru pula boleh mengenal pasti kelemahan murid, dan menilai keberkesanan

pengajarannya. Di pihak ibu bapa pula, mereka boleh menilai prestasi anaknya

melalui laporan kemajuan murid. Bagi pentadbir pula, berbagai-bagai keputusan

boleh dibuat berdasarkan maklumat ujian tersebut.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran pelajar akan dapat;

1. Menerangkan konsep mengenai pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian.

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Penyampaian berbentuk perbincangan

D. PENYAMPAIAN ISI

1. PENGUJIAN Ujian merupakan satu kaedah, tugas atau prosedur untuk memperoleh pemerhatian yang

sistematik tentang sifat seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi.

Tujuan ujian pencapaian adalah untuk mengukur prestasi murid dalam berbagai-bagai

mata pelajaran di sekolah. Manakala ujian psikologi adalah untuk mengukur sikap,

minat, personaliti dan ciri-ciri psikologi yang lain. Kebiasaanya ujian memerlukan murid

bergerak balas terhadap soalan atau butiran. Ujian boleh dibuat secara bertulis dalam

bentuk soalan pelbagai pilihan atau esei dan juga dalam bentuk pemerhatian yang

Hakcipta © UPSI 20073

Page 4: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

memerlukan pemerhati membuat pemeringkatan atau catatan rekod. Oleh itu, murid

tidak semestinya sedar bahawa ia sedang diuji.

Cronbach (1970) telah mendefinisikan ujian sebagai satu prosedur sistematik untuk

memerhati tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan skala

bernombor atau satu sistem berkategori. Contoh skala bernombor adalah seperti angka

20/100 untuk ujian penglihatan, 120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 75/100 untuk

ujian pencapaian bagi mata pelajaran Geografi. Bagi sistem berkategori ialah ’ekstrovert’

atau ’introvert’ bagi ujian personaliti dan buta warna hijau –merah bagi ujian penglihatan.

Dari segi perlaksanaannya, ujian terbahagi dua kumpulan:

1. ujian berbahasa

2. ujian bukan berbahasa

Ujian berbahasa adalah seperti ujian pensel dan kertas (ujian bertulis) dan ujian lisan.

Ujian bukan berbahasa adalah ujian prestasi yang lebih menumpukan kepada kemahiran

psikomotor daripada kemahiran kognitif. Contohnya ujian membaiki radas elektronik.

Bilangan calon yang mengambil ujian terbahagi kepada ujian perseorangan dan ujian

berkumpulan. Ujian berkumpulan seperti ujian pencapaian di sekolah, manakala ujian

perseorangan seperti ujian kecerdasan The Stanford Biner Intelligence Scale dan The

Weschsler Intelligence Scale. Kedua-dua ujian kecerdasan itu ditadbir kepada seorang

murid pada satu-satu masa.

2. Pengukuran

Ujian berupaya mengukur pencapaian murid. Bagi seseorang guru di bilik darjah, aspek

pengukuran pendidikan itu selalu dikaitkan dengan ujian di bilik darjah. Bagi ahli

psikologi klinikal, pengukuran pendidikan melibatkan ujian-ujian psikologi yang lebih

bertumpu kepada pengukuran nilai-nilai afektif individu.

Pengukuran dalam pendidikan sebenarnya adalah langkah untuk menentukan tahap

sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu. Biasanya suatu indeks berangka kepada

Hakcipta © UPSI 20074

Page 5: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

prestasi seseorang diberikan supaya status individu tersebut secara lebih tepat dapat

mewakili sifat tertentu. Misalnya, Azman dapat markah 75 peratus dalam ujian Bahasa

Melayu, atau prestasi purata sekumpulan murid dalam mata pelajaran Matematik ialah 60

peratus. Kita hanya mengukur dan tidak menentukan nilai. Sebab itu, contoh tersebut

tidak dinyatakan sama ada prestasi tersebut baik atau sebaliknya. Pengukuran ialah

penentuan status dan penilaian ialah penentuan nilai.

Seseorang murid mungkin mengukur panjang sebuah meja, jarak masa larian satu

kilometer, rintangan satu litar arus elektrik atau pencapaian seseorang murid. Setiap

pengukuran ini melibatkan sifat atau pemboleh ubah yang berbeza-beza bagi satu objek

atau perlakuan tertentu. Pengukuran memberi maklumat tentang sifat atau aktiviti yang

diukur. Biasanya maklumat yang diperoleh ada kaitan dengan telahan ke atas fenomena

tertentu. Contohnya panjang meja diperlukan untuk mengetahui sama ada meja itu boleh

ataupun tidak untuk diletakkan di ruang tamu. Sebenarnya, apa yang diukur bukanlah

objek tetapi sifat objek. Begitu juga kita tidak mengukur pelajar tetapi mengukur tinggi,

berat atau pencapaian pelajar. Atribut-atribut yang boleh diukur mempunyai sifat-sifat

kuantitatif, iaitu nilainya adalah dalam bentuk nombor.

3. P enaksiran

Umumnya penaksiran melibatkan membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan atau piawaian. Penaksiran pada umumnya mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Merupakan satu proses mengumpul data bertujuan membuat keputusan tentang individu atau kumpulan

b) Ujian merupakan sebahagian daripada penaksiran

c) Apabila penaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat diwujudkan.

Hakcipta © UPSI 20075

Page 6: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Airasian (1991) mengatakan bahawa ramai orang membuat tanggapan tentang perkataan penaksiran bilik darjah membawa imej pelajar mengambil uijan kertas dan pensil, guru menskor jawapan dan memberikan gred sepadan dengan prestasi yang ditunjukkan. Penaksiran dimulakan dengan yang tak formal di bilik darjah dan diakhiri dengan keputusan tentang penggredan dan ulangan bagi seseorang murid.

Bagi Principles for Fair Students Assessment Practices Education in Canada (1993), penaksiran adalah satu proses mengumpul dan menginterpretasi maklumat yang boleh digunakan untuk :

a. memaklumkan pelajar atau ibu bapa mereka tentang kemajuan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan perlakuan yang sepatutnya telah dipelajari atau dikuasai

b. memaklumkan kepada mereka yang terlibat dalam membuat keputusan pendidikan ( pengajaran, perancangan kurikulum, dasar dan pembentangan program) tentang pelajar.

Sekolah-sekolah di Malaysia biasanya menggunakan kertas dan pensil untuk menaksir dan menilai pelajar mereka. Guru akan mengajar dan membuat ujian terhadap apa yang diajar. Guru membina satu ujian, mentadbirkan ujian berkenaan, menskor ujian, merekod markah yang didapati ke dalam buku rekod pelajar, memulangkan kertas ujian kepada pelajar untuk semakan dan guru akan mencampurkan semua skor dari pelbagai mata pelajaran secara keseluruhan. Masalah yang dihadapi ialah ujian bilik darjah, umumnya, menguji kemahiran aras rendah dalam domain kognitif. Kebanyakan soalan yang dibina oleh guru kurang menekankan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ini menyebabkan pengujian hanya dibuat pada aras pengetahuan dan kefahaman sahaja.

Oleh yang demikian, penaksiran dalam pendidikan prasekolah memberi maklumat yang mempengaruhi keputusan pendidikan. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, guru tadika meneroka dan mengkaji kekuatan dan kelemahan proses pembelajaran kanak-kanak, contohnya cara merancang dan membimbing kemajuan kanak-kanak serta cara mengkomunikasikan status dan kemajuan kanak-kanak pada ibu bapa.

4. Penilaian

Penilaian adalah satu pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang nilai sesuatu perkara atau benda. Gay (1985), mengatakan bahawa penilaian merupakan satu proses yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tercapai yang membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat. Pengukuran melibatkan pemberian nombor atau peringkat maklumat yang diperlukan dan lebih kepada kuantitatif. Penilaian boleh menggunakan maklumat kualitatif yang mengandungi pernyataan deskriptif bertujuan untuk menghuraikan dengan

Hakcipta © UPSI 20076

Page 7: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

lebih lanjut, jelas atau membuat analisis terhadap sesuatu isu. Jika sesuatu objektif itu telah tercapai, maka perlu juga diketahui tahap pencapaian objektif berkenaan. Ini bermakna setakat mana pencapaian objektif itu boleh diterima. Keadaan ini boelh memudahkan guru untuk membuat keputusan. Dalam proses penilaian komponen pentingnya ialah untuk membuat keputusan.

Penilaian bertujuan menentukan status sesuatu objek yang dinilai dengan membanding status berkenaan dengan satu set standard atau kriteria uantuk dibuat keputusan.

Proses yang terlibat dalam membuat penilaian ialah:

a) menentukan jenis data yang harus dikumpulkan

b) menentukan jenis responden

c) pengumpulan data

d) analisis data

e) interpretasi data

f) membuat keputusan

E. RUMUSAN

Peranan penaksiran dan penilaian menentukan sama ada keperluan kanak-kanak boleh dipenuhi, dapat diperbaiki kandungan kurikulum serta amalan pengajaran atau menentukan kualiti tadika. Oleh kerana terdapat tadika yang menjalankan penaksiran dan penilaian secara formal, iaitu kanak-kanak prasekolah perlu menduduki ujian dan diberi gred markah dan kedudukan selepas dinilai. Kesan dari kemasukan gred dan markah adalah penglabelan ke atas kanak-kanak secara langsung. Melabelkan kanak-kanak hasil satu atau dua ujian adalah tidak sesuai. Sewajarnya, guru harus memahami bagaimana untuk membuat pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian ke atas kanak-kanak supaya tidak melakukan kesilapan dalam membuat keputusan tentang pendidikan.

F. AKTIVITI

1. Apakah risiko yang berkait dengan keputusan guru tadika dalam menentukan sama ada pengajarannya berkesan atau tidak berkesan?

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Lampiran 1.

Hakcipta © UPSI 20077

Page 8: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

TOPIK 2: PENGENALAN PENILAIAN PRASEKOLAH

A. PENGENALAN

Kanak-kanak yang berada dalam tadika biasanya sentiasa dalam pengawasan guru.

Setiap pengalaman yang diberikan oleh guru kepada kanak-kanak merupakan satu

perubahan kepada mereka dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap. Guru perlu

mendapat maklum balas yang sah supaya setiap perubahan itu dapat dikawal dan

dirancang bagi mencapai matlamat dengan lebih baik lagi. Penilaian boleh berlaku

apabila ada usaha yang dirancang bagi mendapat sesuatu maklumat khusus dengan

menggunakan cara yang tertentu, bagaimana maklumat itu hendak dicerakin, direkod dan

digunakan bagi sesuatu tujuan tertentu.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran pelajar akan dapat:

1. memahami konsep penilaian di prasekolah

2. mengenalpasti penilaian prasekolah secara tidak formal

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Penyampaian berbentuk perbincangan dalam kumpulan yang kecil.

D. KANDUNGAN TOPIK

1. Konsep penilaian di prasekolah

Penilaian merupakan satu proses yang berterusan tetapi dengan satu tujuan iaitu mendapatkan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan sesuatu keputusan itu dibuat. Guru perlu menentukan tujuan penilaian itu dijalankan, jenis maklumat yang diperlukan, bagaimana untuk mendapatkan maklumat, apa alat yang digunakan, bagaimana maklumat yang diperolehi dianalisis dan dirumuskan dan akhirnya maklumat direkod supaya dapat digunakan sebaik yang mungkin. Proses penilaian prasekolah melibatkan beberapa tahap. Tahap pertama ialah menentukan apakah tujuan penilaian itu dijalankan. Dalam menentukan tujuan penilaian,

Hakcipta © UPSI 20078

Page 9: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

seseorang guru boleh menekankan tentang dua perkara penting iaitu: menentukan tahap penguasaan kanak-kanak dalam sesuatu aspek pelajaran dan menentukan kelemahan dan kekuatan kanak-kanak untuk aspek yang dipelajari. Maklumat ini boleh menolong guru untuk memperbaiki lagi pengajarannya.

Tahap kedua ialah jenis maklumat yang diperlukan itu mungkin khusus atau lebih luas. Maklumat yang diperolehi hendaklah mudah difahami dan menyeluruh. Ini adalah kerana setiap maklumat yang digunakan secara berterusan adalah untuk membuat keputusan tentang kanak-kanak. Sewajarnyalah maklumat itu tidak terlalu rumit dan sukar difahami sehingga susah bagi guru untuk menggunakannya.

Tahap ketiga ialah bagaimana maklumat itu diperolehi. Pemerhatian merupakan kaedah yang dianggap sebagai kaedah paling mudah dan senang digunakan. Kaedah pemerhatian meliputi berbagai teknik seperti perbualan, berinteraksi dengan kanak-kanak mendengar perbualan kanak-kanak, mengenali perbuatan bersahaja kanak-kanak atau perbuatan yang ditimbulkan oleh guru sendiri. Selain itu terdapat juga kaedah seperti pengujian dengan menggunakan ujian piawai. Semuanya boleh digunakan asalkan guru memahami bagaimana menggunakannya dan apakah implikasi penggunaan kaedah tersebut. Kaedah terbaik ialah dengan cara kanak-kanak itu sendiri tidak terasa yang mereka diperhatikan atau diuji.

Bagi mendapatkan maklumat yang sesuai dan berkaitan, alat-alat yang mampu mengesan tingkah laku yang berkenaan seharusnya digunakan oleh guru. Jika pemerhatian itu bertujuan mendapatkan maklumat, maka alat-alatnya mungkin dalam bentuk senarai semak, catatan diari, jadual pemerhatian dan lain-lain lagi. Tetapi jika tujuan yang lebih formal seperti ujian, alat-alat terdiri daripada ujian-ujian yang telah dipiawai seperti untuk ujian kecerdasan digunakan ’Weschler Intelligence Test for Children’. Objektif pemilihan alat-alat ini ialah agar maklumat yang diperoleh itu sah. Ini bermakna maklumat yang diperolehi berkaitan dengan apa yang dikehendaki. Maklumat itu juga boleh dipercayai iaitu tidak berubah. Kaedah ini juga menyenangkan guru dalam penggunaannya.

Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian, ujian dan kaedah-kaedah lain adalah maklumat mentah. Ia perlu dianalisis untuk menyampaikan maksud yang berkait dengan sesuatu gagasan yang dinilai itu. Penganalisisan itu mungkin bersifat kuantitatif atau kualitatif. Apa yang penting ialah penganalisisan dan rumusannya hendaklah dilakukan dengan segera dan boleh digunakan sepenuhnya seperti yang dikehendaki.

Kemudian maklumat yang telah dianalisis dan dirumuskan itu perlu direkod dan disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan. Kebanyakan maklumat penting tidak disimpan secara teratur dan apabila dikehendaki tidak dapat digunakan. Oleh yang demikian, guru perlu mencari dan mengamalkan satu sistem yang benar-benar dapat menolong membuat keputusan apabila dikehendaki.

2. Penilaian prasekolah secara tidak formal.

Hakcipta © UPSI 20079

Page 10: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Perancangan di peringkat prasekolah tidak mempunyai nilai apabila guru prasekolah tidak dapat menentukan objektif program, pengajaran dan pembelajaran. Penilaian yang dijalankan di peringkat prasekolah adalah secara tidak formal dan berterusan. Formatif dan memberi maklum balas kemajuan program prasekolah dan sumatif serta dapat merumuskan keberkesanan program.

Dalam membuat penilaian, guru prasekolah perlu memikirkan atau menimbangkan aktiviti dan pengalaman yang telah dijalankan semalam, minggu lepas atau sebulan yang lepas. Maklum balas yang diberikan kepada kanak-kanak semasa mereka membuat aktiviti adalah secara tidak formal. Kanak-kanak sebenarnya perlu mengetahui kejayaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran ataupun pengetahuan. Melalui maklum balas spontan, mereka mengetahui kemajuan yang dicapai dan mereka boleh meneruskan aktiviti seterusnya. Maklum balas yang diberikan kepada kanak-kanak biasanya dalam bentuk pujian. Namun begitu, maklumat tentang kerja dan kemajuan kanak-kanak adalah sangat penting untuk diberitahu kepada kanak-kanak ataupun ibu bapa. Contohnya, ”awak telah dapat mewarna dengan empat warna hari ini”. Maklum balas juga dapat membantu menjelaskan tugas yang diberikan kepada kanak-kanak. Contohnya, ’ letak begini bagus, kemudian cuba begini”. Di samping itu, maklum balas juga membolehkan kanak-kanak meneliti dan menilai kerja mereka sendiri. Contohnya, ” apa akan terjadi sekiranya jika awak buat begini?”. Melalui maklum balas kemajuan dan kerja individu, kanak-kanak akan berasa dirinya dihargai dan dihormati. Dengan adanya penilaian dalam program prasekolah, ibu bapa, guru-guru lain ataupun sesiapa sahaja boleh memberi komen berkenaan dengan kejayaan program prasekolah berkenaan.

Penilaian sumatif boleh dijalankan pada akhir pelajaran, selesai sesuatu unit pelajaran ataupun pada akhir tahun persekolahan. Ujian yang standard perlu diadakan selalu supaya tahap pencapaian kanak-kanak sebaya dapat ditentukan. Keberkesanan pengajaran, kurikulum, perkembangan dan pembelajaran kanaka-kanak dapat dijuga dittentukan.

Penilaian formatif yang digunakan dalam prasekolah adalah bagi menilai program, seterusnya memperbaiki kurikulum, pengajaran dan pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Di samping itu, penilaian formatif juga dapat membantu membentuk matlamat dan objektif program dan pemeblajaran kanak-kanak secara berterusan. Bukti-bukti dikumpulkan secara sistematik bagi menilai keberkesanan dan memperbaiki program, kurikulum, matlamat, objektif, kandungan serta pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini dapat memperbaiki kualiti pengalaman kanak-kanak.

Bagi membolehkan penilaian formatif dijalankan secara berterusan, guru hendaklah mempunyai satu rancangan tentang sesuatu perkara yang hendak dinilai, bagaimana dan bila menilainya, jenis rekod yang perlu dibuat dan tindakan yang patut diambil setelah mendapat maklum balas daripada penilaian itu. Rancangan bermula dengan penyediaan objektif. Satu jadual penentuan yang lengkap disediakan dan daripada jadual inilah dapat dilihat perkaitan di antara objektif-objektif yang membolehkan perkembangan berlaku.

Hakcipta © UPSI 200710

Page 11: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Contoh bagaimana jadual penentuan disediakan dan jenis-jenis item yang digunakan bagi menilai kanak-kanak prasekolah ialah tentang nombor dalam konteks pemikiran Piaget dan tradisional. Matlamat utama pengajaran nombor dalam konteks pemikiran Piaget pada peringkat prasekolah ialah pengekalan (conservation) melalui perkaitan yang ditonjolkan. Senarai objektif yang terdapat dalam jadual hendaklah dapat memenuhi beberapa konsep penting yang digunakan oleh Piaget. Ada empat konsep yang penting dalam pelajaran tentang nombor. Di antaranya ialah perkaitan yang ditonjolkan (provoked correspondence) berbanding dengan perkaitan spontan (spontaneous correspondence), dan perkaitan masa (temporal correspondence).

Perkaitan yang ditonjolkan itu bermaksud perkaitan satu dengan satu (one to one) secara kualitatif yang dapat memberi kefahaman tentang perkaitan satu dengan satu secara kuantitatif kepada kanak-kanak. Contohnya, apabila kanak-kanak diberikan beberapa biji cawan dan piring, selepas itu kanak-kanak diminta mencari pasangan benda-benda itu. Melalui media yang dapat dikenal secara kualitatif, kanak-kanak dapat mengenal konsep nombor dan bilangan yang berkait dengan pasangan benda-benda. Perkaitan spontan pula ialah situasi apabila lawan pasangan sesuatu benda itu tidak mencukupi. Dengan itu perbezaan kualitatif tidak jelas bagi menimbulkan perbezaan kuantitatif dan kefahaman tentang konsep nombor. Contoh perkaitan spontan ialah apabila terdapat dua set cawan dan hanya satu set piring.

Perkaitan masa pula ialah apabila unsur serentak wujud. Contohnya, apabila sebiji guli dimasukkan ke dalam satu bekas dan pada masa yang sama sebiji guli lagi dimasukkan ke dalam bekas yang lain. Peringkat ini ialah peringkat perantaraan bagi mencapai perkaitan yang ditonjolkan tentang objek-objek yang mengandungi unsur-unsur perkaitan kuantitatif. Perkaitan ruang pula ialah perkaitan yang dapat dilihat di antara dua objek yang mempunyai kualiti yang sama.

Beberapa contoh ujian yang menilai perkara-perkara yang melibatkan perkaitan yang ditonjolkan. Peringkat operasi ini adalah peringkat yang dapat dicapai oleh kanak-kanak.

Perkaitan ruang yang ditonjolkan

Kemahiran ini ada beberapa peringkat kecil seperti kemahiran menentukan banyak dan sedikit, menentukan persamaan, mengenal perbezaan 1 dan 2 , kebalikan dan pengekalan.

Menguji kemahiran tentang banyak dan sedikit

Guru menyediakan satu kumpulan yang mengandungi tiga biji botol dan satu kumpulan lagi mengandungi enam keping penutup botol. Kanak-kanak ditunjukkan kepada kumpulan benda yang disediakan oleh guru tadi. Kemudian guru mengemukakan soalan kepada kanak-kanak tentang kumpulan benda yang mana lebih banyak, botol atau

Hakcipta © UPSI 200711

Page 12: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

penutup botol. Guru boleh menambah bilangan botol kepada empat biji dan penutup botol kepada lapan atau mengurangkan bilangan botol atau penutupnya. Tujuan ujian ini adalah untuk emngetahui sejauhmana kanak-kanak boleh memahami konsep banyak dan sedikit apabila perbandingan dibuat. Guru boleh menggunakan benda-benda lain yang terdapat di persekitaran kanak-kanak seperti sudu dan garfu, pensel dan kertas, dan sebagainya.

Persamaan

Guru menyusun empat biji cawan dalam satu barisan. Kemudian meminta kanak-kanak mengambil piring secukupnya untuk setiap cawan. Proses ini boleh diulang dengan menggunakan bilangan yang berlainan atau benda-benda maujud lain untuk emnguatkan konsep persamaan kepada kanak-kanak.

Perbezaan satu dan dua

Guru menyusun satu barisan lima batang pensel dan lima getah pemadam dalam satu barisan selari. Kanak-kanak diminta untuk melihatnya baik-baik. Guru menambah sebatang pensel lagi ke alam barisan pensel itu. Kemudian guru bertanya kanak-kanak sama ada getah pemadam cukup untuk semua pensel itu. Proses ini diulangi beberapa kali dengan menambah dua batang pensel atau digantikan dengan benda-benda lain.

Pengekalan

Dua baris duit syiling telah disusun lurus pada jarak yang sama. Kedua-dua baris mempunyai enam keping duit syiling. Kanak-kanak ditanya tentang bilangan duit syiling pada setiap baris. Setelah kanak-kanak memberi jawapan iaitu sama banyak, duit syiling pada satu barisan disusun secara berjauhan sehingga kelihatan lebih panjang daripada baris yang satu lagi tapi bilangan duit syiling masih kekal sama. Kemudian kanak-kanak akan disoal lagi sama ada kedua-dua baris tersebut adalah sama atau lebih banyak. Bagi kanak-kanak yang mencapai konsep pengekalan, mereka akan mengatakan tetap sama banyak. Apa yang harus dicapai pada peringkat perkaitan ruang yang ditonjolkan ialah kanak-kanak dapat memberi jawapan yang betul melalui pemikiran dan tidak dengan mengira benda-benda yang dilihatnya. Kanak-kanak boleh mengingat semula jumlah duit syiling yang asal dalam pemikirannya.

Kebalikan

Kanak-kanak ditunjukkan dua bekas air yang sama tinggi dan diisi air yang sama banyak. Labelkan bekas air yang pertama sebagai A dan bekas air kedua sebagai B. Kemudian air dari bekas A dituang pada bekas yang lebih rendah dan lebar iaitu C. Kanak-kanak ditanya bekas mana yang mengandungi air lebih banyak B atau C. Biasanya kanak-kanak yang sudah menguasai konsep kebalikan akan menjawab bahawa air B dan C adalah sama banyak. Sekiranya kanak-kanak belum menguasainya, latihkan berulang kali proses kebalikan tadi supaya ia faham.

Hakcipta © UPSI 200712

Page 13: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

E. RUMUSAN

Penilaian bagi tujuan pembelajaran atau mengetahui prestasi pada akhir sesuatu aktiviti sangat sukar dijalankan di peringkat prasekolah. Guru prasekolah harus dapat menggunakan setiap masa yang sesuai bagi mendapat maklumat yang diperlukan dari semasa ke semasa.

F. AKTIVITI

Pilih seorang kanak-kanak yang berumur lima atau enam tahun. Jalankan ujian secara tidak formal. Berdasarkan ujian tersebut, adakah anda dapat membuat penilaian terhadap kanak-kanak tersebut?

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Lampiran 2

TOPIK 3: KAEDAH PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Hakcipta © UPSI 200713

Page 14: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

PENGENALAN

Perkembangan kanak-kanak merupakan satu pengajian yang merangkumi segala aspek pertumbuhan dan perubahan manusia dari persenyawaan hingga remaja. Penilaian perkembangan yang terancang dan disokong oleh bukti saintifik akan lebih memberi ketepatan untuk membantu guru, ibu bapa atau pakar dalam menjangka tingkah laku kanak-kanak.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran pelajar akan dapat :

1. mengetahui kaedah pemerhatian

2. menyatakan tujuan pemerhatian

3. mengenalpasti jenis-jenis pemerhatian.

5. menjelaskan dokumentasi pemerhatian

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Syarahan dan perbincangan dalam kelas.

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Pemerhatian

Kaedah pemerhatian sistematik biasanya digunakan untuk mengesan kelakuan sebenar kanak-kanak. Pemerhatian terdiri daripada pemerhatian semulajadi dan pemerhatian berstruktur. Pemerhatian semulajadi merupakan satu kaedah memerhati kelakuan kanak-kanak secara tidak ketara dalam alam semula jadi, tanpa mengubah sebarang persekitaran kanak-kanak. Setiap kelakuan kanak-kanak akan dicatat mengikut masa kejadian kelakuan tersebut berlaku. Pemerhatian berstruktur pula adalah dengan cara memerhati kelakuan kanak-kanak secara teratur dan mengikut prosedur-prosedur tertentu dalam satu keadaan yang telah disediakan dengan sengaja untuk membangkitkan kelakuan tertentu yang ingin diperhatikan. Pemerhatian ini boleh dijalankan di dalam makmal atau dalam persekitaran semulajadi kanak-kanak seperti di rumah atau di sekolah.

Kekuatan kaedah pemerhatian semula jadi ialah pemerhatian menggambarkan tingkah laku seharian kanak-kanak. Manakala kelemahannya ialah keadaan pemerhatian tidak boleh dikawal; ketepatan pemerhatian bergantung kepada kcenderungan pengkaji. Bagi pemerhatian berstruktur pula, kekuatannya ialah keadaan pemerhatian sama untuk semua kanak-kanak; pengkaji boleh memerhati tingkah laku yang jarang berlaku dalam kehidupan seharian. Kelemahannya pula ialah pemerhatian mungkin tidak menggambarkan tingkah laku biasa kanak-kanak; ketepatan pemerhatian bergantung kepada pengaruh dan kecenderungan pengkaji.

Hakcipta © UPSI 200714

Page 15: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Pemerhatian boleh dilaksanakan :

Secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang Menggunakan instrumen iaitu senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang

merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran. Secara global mengikut objektif pemerhatian Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan keadaan dan keperluan

Melalui pemerhatian , kita boleh mengetahui minat, tahap perkembangan, tahap kesihatan dan keunikan mereka sebagai individu. Oleh itu, pemerhatian terhadap perkembangan kanak-kanak perlu menjadi teras pogram prasekolah.

2. Tujuan pemerhatian

Guru prasekolah perlu mengumpul maklumat tentang kanak-kanak prasekolah dibawah jagaan mereka. Dengan membuat pemerhatian dan merekod tingkah laku kanak-kanak, guru boleh memperolehi bagaimana kanak-kanak bergerak, berfikir dan apa yang mereka rasa. Melalui permerhatian dan penerokaan tentang kebolehan dan minat kanak-kanak, guru boleh merancang aktiviti pendidikan untuk setiap individu atau kumpulaa kanak-kanak. Maklumat yang diperolehi dari pemerhatian boleh digunakan untuk melihat sama ada kanak-kanak telah mencapai matlamat pendidikan yang telah ditetapkan atau telah ada kemajuan dalam pendidikan. Guru memerhati kanak-kanak semasa mereka bermain dan berinteraksi dengan persekitaran fizikal dan dengan kanak-kanak lain untuk belajar tentang minat, kebolehan dan kemajuan perkembangan kanak-kanak. Melalui maklumat tersebut, guru boleh merancang pengalaman untuk pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

Dalam memantau kemajuan kanak-kanak, guru juga perlu membuat pemantauan terhadap tugasnya sebagai seorang guru. Contohnya, jika ada kanak-kanak yang salah faham tentang sesuatu konsep, guru perlu menyedari dan mengenalpasti cara untuk menyelesaikan maslah tersebut. Jika guru dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan berkesan, maka guru tersebut boleh menggunakan cara tersebut pada masa hadapan untuk mengajar konsep tersebut.

Guru juga perlu ada gambaran secara keseluruhan tentang bagaimana kanak-kanak bergerak balas. Penilaian secara menyeluruh tentang kebolehan kumpulan murid dalam kelas boleh menolong guru mengubahsuai rancangan kurikulum. Contohnya, satu kumpulan kelas tadika memerlukan pengalaman berjalan secara berpasangan dalam lawatan singkat ke taman sekolah sebelum mereka bersedia untuk lawatan ke muzium. Ada juga kumpulan kanak-kanak yang bersedia untuk lawatan ke mana sahaja tanpa latihan tersebut.

Tujuan pemerhatian dibuat ialah supaya :

1. Guru perlu mengenalpasti minat kanak-kanak.

Hakcipta © UPSI 200715

Page 16: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Guru perlu tahu tentang apa yang setiap kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak suka dan memberi tindak balas dalam sesuatu aktiviti. Ini boleh menolong guru dan kanak-kanak merancang pengalaman pembelajaran dan dalam membuat pilihan pengalaman.

Contohnya, jika ada sekumpulan kanak-kanak yang berminat dengan lebah, guru boleh merancang lawatan ke Taman Lebah, memilih buku dan lagu-lagu tentang lebah, mengundang pengusaha lebah ke tadika untuk menunjukkan bagaimana dia berpakaian untuk mengeluarkan madu dari sarang lebah atau merancang membuat makanan ringan yang menggunakan madu sebagai bahan pemanis.

2. Guru perlu membuat carta tentang tahap perkembangan kanak-kanak.

Kanak-kanak perlu dilihat dari sudut yang berbeza. Pemerhatian ialah satu cara membuat penilaian secara tidak formal untuk setiap kanak-kanak dalam domain perkembangan yang berbeza.

Dengan carta tentang tahap perkembangan kanak-kanak, guru akan mengetahui tentang perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi setiap kanak-kanak dan sama ada kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan normal mengikut kanak-kanak seusia dengannya.

Contohnya, kanak-kanak dari segi perkembangan motor halus pada umur 5 hingga 6 tahun dapat memegang pensil. Jika ada kanak-kanak pada usia tersebut tidak boleh memegang pensil, maka guru boleh mengambil langkah yang sewajarnya untuk membantu kanak-kanak tersebut.

3. Pengetahuan tentang perkembangan setiap kanak-kanak dapat membantu guru merancang kurikulum yang sesuai berdasarkan keperluan individu.

Ada kanak-kanak yang berkembang dengan baik dalam kognitif tetapi tiada kemahiran dalam bersosial. Tugas guru ialah menolong kanak-kanak ini untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan kanak-kanak. Terdapat juga kana-kanak yang mahir dalam fizikal tetapi menghadapi masalah emosi. Guru boleh menyusun aktiviti fizikal yang membolehkan kanak-kanak tersebut belajar meluahkan perasaan melalui pergerakan atau tarian. Kanak-kanak mungkin berbeza-beza tahap perkembangannya. Dengan mengetahui perkembangan kanak-kanak, guru boleh memberi arahan dan mengasuh kanak-kanak secara individu.

4. Guru perlu membuat pemerhatian dari semasa ke semasa untuk mengetahui kemajuan kanak-kanak.

Pemerhatian secara sistematik mengikut jadual adalah perlu untuk mendokumentasikan perubahan tingkah laku kanak-kanak. Contohnya, guru hendak mengurangkan bilangan kanak-kanak yang dikenal pasti suka memukul kawan. Dengan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu kanak-kanak tersebut daripada memukul kawan, guru perlu membuat pemerhatian yang berterusan mengikut jadual yang ditetapkan. Secara tidak langsung, guru dapat menentukan sama ada kanak-kanak semakin kurang memukul atau tiada perubahan atau bertambah aktiviti memukul kawan.

5. Membantu guru menilai keberkesanan pengajaran dan membuat

Hakcipta © UPSI 200716

Page 17: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

perancangan yang sesuai untuk pembangunan kakitangan lain yang terlibat dengan kanak-kanak.

Guru perlu berhati-hati dengan apa yang ia lakukan. Mereka perlu tahu kekerapan berinteraksi dengan murid, bagaimana bekerja dengan kanak-kanak yang mempunyai perbezaan individu dan berapa lama penumpuan kanak-kanak apabila guru membuat aktiviti seperti bercerita. Guru perlu juga menilai bagaimana ekspresi muka dan pergerakan badan semasa berhadapan dengan kanak-kanak. Di samping itu, guru perlu mengimbas kembali, berapa banyak peneguhan positif atau negatif digunakan dalam pengajaran. Penggunaan video untuk merakam dan menonton kembali rakaman video boleh membantu memberi pendedahan tentang kelemahan atau kekuatan seseorang guru terutama bagi guru-guru yang baru mengajar kanak-kanak. Guru atau pengurus tadika boleh menggunakan analisa kekuatan dan kelemahan kakitangannya untuk merancang pembangunan profesional bagi memenuhi keperluan mereka yang bekerja dengan kanak-kanak.

6. Guru dapat gambaran keseluruhan tentang program tadika dan membantu membuat analisa yang spesifik tentang masalah pengurusan kelas.

Persepakatan yang erat antara semua pihak yang terlibat dengan tadika seperti guru, pembantu guru dan kanak-kanak dapat mewujudkan sebuah tadika yang berkualiti. Bagaimana kerjasama antara ahli dalam tadika saling membantu untuk mencapai matlamat adalah penting bagi sesebuah tadika. Tahap perkembangan kanak-kanak mencapai matlamat yang diharapkan begantung kepada kurikulum dan iklim sosioemosi sesuatu tadika.

7. Pendokumentasian pemerhatian tentang kanak-kanak secara individu dan lain-lain informasi boleh dikongsi dengan ibu bapa, pengurus tadika atau mereka yang terlibat dengan kanak-kanak secara langsung.

Banyak contoh pemerhatian yang dibuat dan dalam masa yang berbeza, situasi yang berbeza dan menggunakan kaedah yang berbeza dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kanak-kanak.

3. Jenis pemerhatian

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai atau diperhatikan iaitu:

i) memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapanii) memerhati apa yang telah dirancang secara ”open ended”iii) memerhati untuk jangka pendek dan panjang

4. Dokumentasi pemerhatian

Maklumat yang didapati daripada pemerhatian perlu dimasukkan ke dalam rekod perkembangan individu kanak-kanak. Format yang digunakan untuk merekod

Hakcipta © UPSI 200717

Page 18: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

maklumat terpulang kepada pilihan guru. Apa yang perlu ialah catatan dibuat dalam bentuk yang mudah digunakan dalam pelbagai situasi kerja.

Setiap guru perlu membuat perancangan. Bagi tujuan tersebut, sebuah buku program atau folder yang terkandung di dalamnya maklumat latar belakang dan rekod perkembangan individu kanak-kanak boleh juga dimasukkan perancangan dan penilaian mingguan. Ia boleh dibuat secara berasingan.

Pemerhatian juga merupakan sebahagian daripada interaksi harian guru dengan kanak-kanak. Melalui pemerhatian secara berstruktur, guru-guru boleh mempertimbangkan kehendak, keperluan dan boleh mentafsir perkara yang sedang berlaku kepada kanak-kanak.

Fokus guru ialah kepada perkembangan kanak-kanak yang membimbangkan atau ingin mengetahui kelakuan seseorang kanak-kanak, justeru itu perlu ada catatan. Ini penting untuk tujuan perancangan masa depan. Kaedah pemerhatian bergantung kepada kegunaan maklumat yang dikumpulkan.

Kaedah merekod maklumat pemerhatian adalah berbeza antara individu. Beberapa faktor akan menentukan kuantiti, kualiti dan format yang akan digunakan.

Tentukan sistem yang akan digunakan untuk mendokumentasikan perkembangan kemampuan, kemahiran dan minat setiap individu kanak-kanak. Ia akan menjadi asas kepada perancangan yang berterusan. Maklumat daripada keluarga amat berguna. Reaksi awal kanak-kanak terhadap persekitaran baru dan terhadap guru merupakan maklumat awal yang penting.

Merekod pemerhatian ialah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik daripada apa yang diperhatikan berkaitan dengan perkembangan kebolehan, kemajuan, pengetahuan dan pencapaian murid yang ingin dinilai. Cara mengumpul dan merekodkan maklumat seperti yang dicadangkan dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003 ialah melalui:

senarai semak anekdot rekod berterusan

E. RUMUSAN

Tugas guru tadika ialah untuk merancang program pendidikan awal kanak-kanak yang sesuai berdasarkan penilaian perkembangan kanak-kanak. Keberkesanan sesuatu

Hakcipta © UPSI 200718

Page 19: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

program tadika ke atas kanak-kanak bukan hanya oleh persekitaran pembelajaran yang disediakan, kecekapan guru atau interaksi dengan ibu bapa dan komuniti, tetapi yang lebih penting ialah tahap perkembangan individu dan gaya pembelajaran mereka diberi perhatian. Dengan penilaian yang berterusan secara tidak formal dapat membantu guru menyediakan program tadika yang berkualiti.

F. AKTIVITI

1. Mengapa guru perlu memerhati kanak-kanak?

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Lampiran 3

TOPIK 4: SENARAI SEMAK

Hakcipta © UPSI 200719

Page 20: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

A. PENGENALAN

Senarai semak merupakan senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti

perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item

yang digunakan adalah untuk menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku, tingkah

laku dapat diperhatikan dan kekerapan tingkah laku dengan menandakan ( / ) pada

ruangan yang disediakan atau cara lain mengikut arahan dalam senarai semak tersebut.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran pelajar akan dapat;

1. menentukan kegunaan senarai semak

2. menyatakan penyediaan senarai semak.

3. menjelaskan tentang kelebihan dan kelemahan senarai semak

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Syarahan dan perbincangan dalam kelas.

D. KANDUNGAN TOPIK

1. Kegunaan senarai semak

Senarai semak mempunyai banyak kegunaannya dan senang untuk digunakan. Ia merupakan rekod yang menandakan tentang kehadiran atau ketiadaan sesuatu perkara.Senarai barangan perbelanjaan dan senarai kehadiran murid dalam kelas adalah senarai semak yang paling mudah. Bila membuat pemerhatian dengan kanak-kanak, senarai semak digunakan untuk merekod kejadian tentang tingkah laku dalam konteks yang ditentukan. Ini bermakna senarai semak perlu disediakan sebelum membuat pemerhatian. Begitu juga dengan pemilihan tempat dan situasi perlu dirancang awal untuk menambahkan kecekapan dalam membuat pemerhatian. Walau bagaimanapun, senarai semak boleh digunakan dimana-mana sahaja, contohnya, aktiviti fizikal boleh diperhatikan semasa kanak-kanak makan dimeja makan atau semasa kanak-kanak bermain gelongsor. Perbezaan yang boleh diperhatikan ialah antar kemahiran motor halus dengan kemahiran motor kasar yag boleh dicatatkan dalam senarai semak.

Hakcipta © UPSI 200720

Page 21: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Senarai semak digunakan apabila:

1. Guru ingin mengetahui sama ada kanak-kanak dapat menyiapkan atau tidak sesuatu tugasan atau telah menguasai sesuatu kemahiran. Senarai semak adalah satu cara untuk menilai kanak-kanak dalam jangka masa yang singkat.

2. Guru ingin mengenal pasti kanak-kanak yang memerlukan pertolongan dalam menguasai sesuatu tugas atau kemahiran yang tertentu.

3. Guru hendak menentukan sama ada kanak-kanak itu mempunyai atau tidak tingkah laku tertentu.

4. Guru hendak merancang keperluan untuk kanak-kanak secara individu.

5. Guru ingin melihat kemajuan atau perkembangan kanak-kanak secara keseluruhannya.

2. Penyediaan senarai semak

Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak.

Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.

Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.

Digunakan untuk melihat atau menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.

Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.

Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang ingin diperhatikan.

Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada satu atau dua pemerhatian.

Boleh ditanda semasa atau selepas membuat pemerhatian.

Pemerhatian hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali untuk mendapat maklumat yang lebih tepat dan tekal.

Hakcipta © UPSI 200721

Page 22: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

3. Kelebihan dan kelemahan senarai semak

3.1 Kelebihan senarai semak

Senarai semak mempunyai kelebihan. Di antaranya ialah:

1. Senang digunakan. Selalunya tingkah laku atau keadaannya ditulis sama ada ada atau tiada.

2. Berguna dalam merancang untuk perancangan individu. Guru secara sepintas lalu boleh memberitahu kanak-kanak mana yang boleh atau tidak boleh menguasai sesuatu kemahiran atau pengalaman tertentu.

3. Guru boleh merekod lebih dari seorang dalam satu masa.

4. Boleh dibuat kepada kanak-kanak tanpa mereka sedari yang mereka diperhatikan.

5. Selalunya lebih khusus kepada butiran tingkah laku yang ingin diperhatikan.

6. Guru boleh membuat senarai semak sendiri untuk disesuaikan dengan kurikulum. 7. Tidak perlu dilengkapkan dalam sehari.

3.2 Kelemahan senarai semak

1. Guru mungkin mengunakan senarai semak yang tidak sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak.

2. Guru akan mengikut senarai semak secara rigid.

3. Senarai semak mungkin terlalu mengikut sebagaimana yang ditetapkan dalam kurikulum. Bagi guru yang inginkan kanak-kanak berjaya akan mengajar berdasarkan senarai semak, tetapi setengah kanak-kanak belum lagi bersedia dengan sesuatu kemahiran itu.

4. Contoh senarai semak

Contoh senarai semak individu:

Hakcipta © UPSI 200722

Page 23: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

KOMPONEN BAHASA DAN KOMUNIKASI

Nama murid : ____________________________ Kelas : ____________________

ARAHAN : Sila tandakan ( / ) dalam petak yang disediakan apabila murid sudah menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai kemahiran itu.

HASIL PEMBELAJARAN ULASAN /TARIKH

ULASAN /TARIKH

ULASAN /TARIKH

2. Kemahiran bertutur

2.1 berinteraksi dengan mesra

2.1.1 berbual menggunakan bahasa yang mudah dan sebutan yang betul

2.1.2 berinteraksi secara sopan dan bertatasusila

a. mengikut giliranb. mengikut situasic. mengikut peringkat

umur

15.1.2007

- apabila disoal, ia menjawab dengan satu dua patah perkataan

- boleh menunggu giliran untuk bercakap

15.5.2007

- sudah boleh berbual semasa membuat aktiviti kumpulan

- sudah mula menggunakan ucapan terima kasih dan ”tolong”

-boleh menyebut panggilan bersopan dalam keluarga seperti abang, kakak

15.10.2002

- sudah ramai kawan

- yakin apabila bercakap

- sebutan jelas

Jika pemerhatian dibuat untuk sekumpulan kanak-kanak, nama-nama mereka boleh dimasukkan dalam senarai semak tersebut. Tingkahlaku tertentu boleh diberikan kod nombor atau huruf.

Hakcipta © UPSI 200723

Page 24: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Contoh senarai semak untuk sekumpulan murid:

Arahan: Tandakan ( / ) pada tingkah laku main yang ditunjukkan oleh kanak-kanak pada ruangan yang disediakan

Jenis-jenis tingkah laku main yang ditunjukkan:P = parallelA = associativeC = cooperative

Nama kanak-kanak

9.00 pagi 9.05 pagi 9.10 pagi 9.15 pagi

P A C P A C P A C P A C1. Ali2. Abu3. Busu4. Daud5. Eman6. Faiz7. Iman

. E. RUMUSAN

Senarai semak ialah kaedah yang banyak kegunaannya dan senang digunakan. Guru boleh menggunakan satu senarai semak untuk seorang murid atau menyediakan satu borang induk yang mengandungi semua nama murid yang hendak diperhatikan. Oleh kerana kemahiran disusun mengikut urutan penguasaan, senarai semak ini boleh dianggap sebagai satu alat diagnostik Berdasarkan kepada pemerhatian dengan senarai semak ini, guru dapat menganalisa hasilnya dan menentukan kanak-kanak yang memerlukan peneguhan, pemulihan atau pengayaan.

F. AKTIVITI

Pilih satu perkembangan kanak-kanak dan buatkan satu senarai semak tentang perkembangan kanak-kanak yang dipilih.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN

Lampiran 4

TOPIK 5: REKOD ANEKDOT

A. PENGENALAN

Hakcipta © UPSI 200724

Page 25: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Rekod anekdot merupakan catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku

murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Catatan yang ditulis

hendaklah secara objektif menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.

Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami kanak-kanak yang diperhatikan.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran pelajar akan dapat ;

1. menyatakan kandungan rekod anekdot

2. menghuraikan kandungan rekod anekdot

3. mengetahui pertimbangan dan panduan dalam membuat rekod anekdot

2. menjelaskan kelebihan dan kelemahan rekod anekdot.

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Penyampaian berbentuk perbincangan dalam kumpulan yang kecil dan seterusnya

membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Kegunaan rekod anekdot

1. Rekod anekdot boleh digunakan bila-bila masa bagi guru membuat pemerhatian

dengan kanak-kanak. Guru hanya menerangkan cerita tentang apa yang dilihat pada

ketika itu.

2. Adalah amat berguna dalam merekod situasi di mana kanak-kanak melakukan sesuatu

yang berbeza dari apa yang selalu dilakukan olehnya semasa melakukan aktiviti kelas

atau semasa berinteraksi dengan guru, rakan atau bahan.

2. Kandungan rekod anekdot

Hakcipta © UPSI 200725

Page 26: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Rekod anekdot harus mengandungi:

nama murid

kelas

tarikh pemerhatian dibuat

nama pemerhati

peristiwa yang diperhatikan

cadangan dan komen daripada pemerhati mengenai peristiwa itu

3. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot

1. Pemerhatian dibuat terhadap peristiwa yang berlaku adalah tidak dirancang.

2. Tidak perlu ditentukan kanak-kanak yang hendak diperhatikan.

3. Apa yang dilihat hendaklah ditulis secara objektif.

4. Dalam rekod anekdot, perkara-perkara yang boleh ditulis ialah yang menggambarkan

tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran

menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan.

4. Panduan merekod secara anekdot

1. Buat catatan bagi memastikan insiden yang direkod tidak tercicir.

2. Pastikan nama, tarikh, masa dan suasana dicatat dalam buku nota.

3. Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian.

4. Catatkan tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh kanak-kanak.

5. Masukkan respon orang lain sekiranya berkaitan.

5. Kelebihan dan kelemahan rekod anekdot

Hakcipta © UPSI 200726

Page 27: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

4.1 Kelebihan rekod anekdot

Latihan khas tidak diperlukan kerana tiada kemahiran istimewa.

Pemerhatian bersifat terbuka iaitu boleh menceritakan apa sahaja yang

diperhatikan.

Pemerhati boleh membuat laporan tentang tingkah laku yang tidak

diharapkan atau dirancang.

Pemerhati boleh memilih dan melaporkan aspek yang penting

4.2 Kelemahan rekod anekdot

Catatan ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana apa yang menarik pada pemerhati sahaja yang akan direkodkan.

Catatan ditulis berdasarkan ingatan pemerhati kerana ianya direkod selepas kejadian berlaku.

Isi kejadian yang berlaku banyak ditinggalkan dan memberi penerangan berlainan atau pilih kasih.

6. Contoh rekod anekdot

Hakcipta © UPSI 200727

Page 28: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Nama kanak-kanak : Malik bin Naim

Umur : 6 tahun

Tarikh : 15 Mac 2007

Masa : 10.00 pagi

Nama Guru : Puan Aini binti Muhammad

Catatan Ulasan

Selepas rehat, Malik mengajak Zainal, Fuad dan Hadi ke Pusat Bahasa untuk membaca buku. Malik mengambil buku yang telah dibaca oleh Cikgu Aini sebentar tadi. ”Saya nak baca buku ni. Nak dengar tak?” Malik membuka sehelai demi sehelai sambil membaca seperti Cikgu Aini. Kawannya, Zainal, Fuad dan Hadi mendengar cerita yang ibaca oleh Malik. Setelah selesai membaca buku itu, Malik bertanya kepada Fuad dan Hadi, ”sedap tak cerita tadi?”. Hadi bertanya, ”kau dah boleh baca, Malik?”. Malik tersenyum. Cikgu Aini yang kebetulan lalu disitu mendengar perbualan mereka. ”Bagus, Malik”, Cikgu Aini memuji Malik.

Malik adalah anak sulung.

Rakan baiknya ialah Zainal, Fuad dan Hadi.

Mereka ini sentiasa mengikut apa sahaja yang diminta oleh Malik.

Malik sudah menunjukkan minat untuk membaca buku walaupun sebenarnya, ia masih belum mengenal semua huruf.

E. RUMUSAN

Rekod anekdot merupakan alat untuk membina kefahaman tentang kanak-kanak secara keseluruhannya. Ia merupakan jalan untuk mengumpul dan menganalisa tentang

Hakcipta © UPSI 200728

Page 29: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

kejadian yang penting sahaja. Rekod anekdot bukan sahaja untuk individu tetapi boleh dibuat untuk sekumpulan kanak-kanak. Sungguhpun rekod anekdot merupakan catatan ringkas, menerangkan satu peristiwa dalam satu masa, namun ia banyak faedahnya. Pengumpulan beberapa catatan rekod anekdot dalam jangka masa tertentu boleh membantu guru mengetahui tentang kanak-kanak yang diperhatikan secara lebih terperinci.

F. AKTIVITI

Buat satu rekod anekdot ke atas seorang kanak-kanak mengikut situasi yang sesuai.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Lampiran 5

TOPIK 6: REKOD BERTERUSAN

Hakcipta © UPSI 200729

Page 30: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

A. PENGENALAN

Rekod berterusan adalah catatan dalam bentuk cerita yang dibuat pada individu atau

sekumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap tingkah laku dan

apa yang dikatakan oleh kanak-kanak akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian.

Pemerhatian secara terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran pelajar dapat :

1. mengetahui kegunaan rekod berterusan.

2. konsep kendiri yang positif.

3. kemahiran sosial dalam kehidupan bermasyarakat.

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Kuliah dan perbincangan

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Kegunaan rekod berterusan

Rekod berterusan adalah untuk guru belajar lebih tentang semua aspek perkembangan kanak-kanak daripada objektif hinggalah merekod tingkah laku dan bahasa kanak-kanak dengan hati-hati.

Rekod berterusan boleh menolong guru yang sedang belajar memahami masalah kanak-kanak secara individu atau untuk mengenali kanak-kanak yang baru masuk belajar di dalam tadika tersebut.

2. Panduan menulis rekod berterusan

Hakcipta © UPSI 200730

Page 31: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Pastikan nama kanak-kanak dan nama pemerhati, tarikh dan masa dicatat.

Rekodkan cerita secara objektif dan jangan buat kesimpulan tentang kanak-kanak.

Catat apa yang berlaku pada ketika membuat pemerhatian sahaja

Rekod hendaklah dicatat mengikut urutan peristiwa

Fokus pada kanak-kanak yang ingin diperhatikan. Perbualan, kebisingan atau aktiviti secara spontan dalam kelas merupakan gangguan dan mesti dielakkan.

Gunakan ayat yang pendek dan ringkas tetapi mudah difahami.

Catatkan perbualan kanak-kanak yang diperhatikan (jika ada) dengan orang lain misalnya guru atau rakan ketika pemerhatian dijalankan.

3. Kelebihan dan kelemahan rekod berterusan

3.1 Kelebihan rekod berterusan

Ia merupakan rekod yang lengkap dan tidak terhad pada satu kejadian sahaja.

Guru boleh mencatatkan apa sahaja yang ia lihat semasa pemerhatian dibuat

Guru tidak perlu kemahiran pemerhatian yang khusus

3.2 Kelemahan rekod berterusan

Memerlukan masa yang banyak

Susah merekod semua kejadian secara terperinci

Sukar untuk merekod pemerhatian secara berkumpulan

Perbualan, kebisingan atau aktiviti secara spontan dalam kelas merupakan gangguan yang boleh menghalang guru untuk mencatat tingkah laku atau perbualan yang dituturkan oleh kanak-kanak yang diperhatikan

4. Contoh Rekod Berterusan

Hakcipta © UPSI 200731

Page 32: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Nama : Badrul bin Karim

Umur : 6 tahun

Tarikh : 15 September 2007

Masa : 10.00 – 10.10 pagi

Nama Guru : Puan Atikah binti Akib

Pemerhatian Ulasan

Badrul sedang bermain pasir dengan beberapa orang rakan. Dia kemudian mengajak kawannya bermain jongkang jongkit. Beberapa orang murid berebut-rebut menaiki jongkang jongkit.

Hisyam : Saya nak naik juga.

Badrul : Jangan berebut-rebut. Gilir- gilirlah. Mula-mula Kasim, dan Razib di sini, Hasan dan Hisyam di sebelah sana.

Hasan : Saya tak boleh duduk dengan Hisyam, sebab dua-dua gemuk, nanti berat sebelah.

Badrul : Betullah, cuba tukar dengan Razib, baru sama berat.

Razib : Aaah! Sama berat , baru terangkat.

Menunjukkan ciri kepimpinan

Ada sifat toleransi

Ada konsep matematik

Ada konsep keseimbangan

E. RUMUSAN

Hakcipta © UPSI 200732

Page 33: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Rekod berterusan membolehkan guru meneroka perkembangan kanak-kanak secara individu terutama sekali bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah. Walau bagaimanapun, guru hendaklah menjadi pemerhati dan pencatat yang menjelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku ketika itu. Bukan mudah untuk mencatat semua tingkah laku dan perbualan kanak-kanak. Melalui latihan dan pengalaman, seseorang guru akan lebih bersedia untuk menjalankan rekod berterusan.

F. AKTIVITI

Buatkan satu rekod berterusan terhadap sekumpulan murid dalam kelas tadika.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Lampiran 6

TOPIK 7: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN BAHASA

A. PENGENALAN

Hakcipta © UPSI 200733

Page 34: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Kemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan ialah

melalui bahasa. Bahasa penting dalam perkembangan kanak-kanak. Seseorang yang

menguasai bahasa bermula apabila ia memahami percakapan yang didengar dan boleh

bertutur. Kebolehan menggunakan bahasa boleh merapatkan perhubungan kanak-kanak

dengan orang lain dan membina konsep tentang persekitarannya.

B. OBJEKTIF

Diakhir pengajaran pelajar akan dapat mengetahui tentang;

1 perkembangan bahasa kanak-kanak secara lisan

2. perkembangan bahasa kanak-kanak secara tulisan

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Penyampaian berbentuk perbincangan dan syarahan.

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Perkembangan bahasa kanak-kanak - bahasa lisan

Kemampuan kanak-kanak untuk menerima, memahami dan melahirkan semula apa yang didengar dapat menunjukkan perkembangan bahasa mereka. Dalam perbualan contohnya, perkembangan bahasa mereka dapat ditonjolkan apabila mereka boleh bercakap menggunakan ayat yang lebih panjang untuk menghuraikan sesuatu.

Kemampuan kanak-kanak dalam berbahasa merujuk kepada empat komponen, iaitu:

1. Perkembangan fonologi

Hakcipta © UPSI 200734

Page 35: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

2. perkembangan semantik

3. perkembangan tatabahasa

4. perkembangan pragmatik

Perkembangan fonologi

Perkembangan fonologi merupakan kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Pada frasa awal , bayi akan menghasilkan bunyi yang dikawal dan terhad. Bunyi yang paling mudah adalah bermula dengan konsonan dan berakhir dengan vokal. Bunyi tersebut juga mempunyai sukukata yang berulang seperti dadada dan mamama, yang akhirnya bunyi-bunyian tersebut menyerupai perkataan yang pernah didengari dan menjadi perkataan pertama seperti mama. Kanak-kanak yang berusi pertengahan dua tahun, akan menggunakan strategi kreatif dan melanggar peraturan. Masalah sebutan boleh diatasi dengan kematangan peralatan vokal serta usaha kanak-kanak untuk menyebut perkataan-perkataan. Kanak-kanak mempelajari perkataan baru dengan cara membezakan perkataan yang sudah mereka ketahui dengan perkataan yang baru mereka dengar.

Perkembangan fonologi kanak-kanak seperti dalam jadual di bawah:

Umur Perkembangan fonologi

Lahir hingga 2 bulan

- Menangis dan senyum - Suka kepada suara manusia

2 hingga 4 bulan

- bermain dengan bunyi vokal seperti aaaa-aaaa-aaaa

6 hingga 9 bulan

- mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk menghasilkan sukukata seperti ma-ma-ma-ma

9 hingga 12 bulan

- mencantum sukukata dan menghasilkan perkataan pertama seperti papa

1 hingga 1 ½ tahun

- menyebut perkataan yang berkaitan dengan nama benda atau orang disekeliling mereka

1 ½ hingga 2 tahun

- menyebut gabungan 2 perkataan atau ayat mudah melalui bahasa telegrafi iaitu perkataan dan fonem seperti ” ma su ” untuk ”mak nak susu”

Hakcipta © UPSI 200735

Page 36: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

2 hingga 4 tahun

- menyebut gabungan 3 perkataan-menggunakan strategi sebutan untuk perkataan rumit seperti ”lan” untuk ”jalan”

4 hingga 6 tahun

- menggabungkan 4 hingga 5 perkataan- mengulang dan mengubahsuai senikata lagu atau puisi mudah

Semasa menilai kanak-kanak dari segi fonologi, perhatian harus diberikan ketika kanak-kanak menyebut sesuatu perkataan. Selain itu, perhatian pada kanak-kanak dalam menyebut singkatan perkataan, seperti lan untuk jalan iaitu membuang dua huruf didepan perkataan tersebut. Kanak-kanak juga perlu diperhatikan ketika mereka menggantikan sesuatu perkataan mengikut sebutan mereka sendiri seperti susu jadi fufu.

Perkembangan semantik

Perkembangan semantik adalah perkembangan bahasa berkaitan dengan makna penggunaan perkataan. Bayi menyerap bunyi bahasa yang pernah didengari ketika mereka dalam kandungan sehingga mereka berusia kira-kira 10 bulan lepas kelahiran. Pada usia dua tahun, ia dapat memahami maksud perkataan. Contohnya, perkataan ”emak” dengan ”ayah” merupakan dua orang yang berbeza.. Usia tiga tahun, ia boleh memahami maksud daripada soalan. Contohnya, ”mana baju cantik?” Ia akan menjawab atau menunjukkan baju kepada orang yang bertanya soalan tersebut. Dengan meningkatnya kefahaman kanak-kanak mengenai fleksibiliti maksud yang terdapat dalam sesuatu perkataan, kebolehan mengingat dan menggunakan perkataan juga meningkat. Mereka boleh faham cerita atau lagu yang diperdengarkan. Setelah mereka faham, barulah mereka boleh menceritakan atau menjawab soalan yang dikemukakan atau menyanyi semula lagu yang telah mereka dengar.

Perkembangan semantik kanak-kanak seperti dalam jadual di bawah:

Umur Perkembangan semantik

6 hingga 12 bulan Boleh memahami perkataan dan menamakan objek yang ditunjukkan kepadanya

Usia setahun, perbendaharaan kata bertambah 1

Hakcipta © UPSI 200736

Page 37: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

1 hingga 1 ½ tahun hingga 3 perkataan sebulan iaitu terdiri dari orang yang hampir dengannya (emak, ayah) dan benda-benda maujud dipersekitarannya (baju, bola).

Memahami arahan mudah seperti cium pipi

1 ½ hingga 2 tahun Perbendaharaan kata bertambah 10 hingga 20 perkataan seminggu iaitu termasuk perbuatan (lari), tempat (dapur, mana, sana) dan keadaan (panas)

2 hingga 3 tahun Boleh memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan seseorang iaitu sedih atau sifat nama seperti cantik

Lebih banyak perbendaharaan kata iaitu 1000 perkataan

Boleh menamakan objek, kejadian dan mengkategorikannya

4 hingga 6 tahun Cetusan perbendaharaan kata (10,000 patah perkataan)

Memahami lawak jenaka

Memahami cerita dan senikata lagu serta boleh bercerita dan menyanyikan lagu atau puisi

Ketika memerhatikan kanak-kanak dalam perkembangan semantik, perhatian harus diberikan tentang kefahaman dan penggunaan perkataan dan ayat juga lawak jenaka.

Perkembangan tatabahasa

Hakcipta © UPSI 200737

Page 38: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Perkembangan tatabahasa merujuk kepada penggunaan lebih dari satu perkataan dalam satu ungkapan. Dua fasa yang terlibat dalam perkembangan tatabahasa kanak-kanak iaitu:

1. Pembentukan ayat mudah melalui kombinasi perkataan pertama.

Bayi yang berumur 12 hingga 20 bulan, ia mula mencantum perkataan pertama bagi membentuk ayat mudah. Perkataan tersebut adalah yang berkaitan dengan makanan( susu), pakaian(baju), permainan(bola), bahagian tubuh badan (mata) dan binatang(meow-meow untuk kucing) dan orang yang penting (mama atau emak). Kanak-kanak juga sudah pandai mengaplikasikan peraturan tatabahasa dalam penggunaan ayat telegrafik kombinasi dua perkataan seperti ”nak kan” (bermaksud saya hendak makan).

2. Perkembangan daripada ayat mudah kepada perbualan kompleks.

Kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun boleh menggunakan kata sambung ketika membentuk ayat.. Ibu bapa boleh meningkatkan penguasaan tatabahasa kanak-kanak dengan memberi penambahan kepada perkataan yang dilafazkan oleh kanak-kanak supaya lebih kompleks dan lengkap. Contohnya, ”kaki saya sakit” boleh ditambah ”kaki saya sakit sebab jatuh dalam parit”. Adakalanya, ibu bapa juga boleh membuat pembentukan semula ayat supaya menjadi lebih betul dan lengkap. Contoh, ”jatuh susu” boleh dibentuk semula ayat menjadi ” air susu saya tumpah sebab terlangggar meja”.

Perkembangan tatabahasa kanak-kanak seperti dalam jadual di bawah:

Umur Perkembangan tatabahasa

1 hingga 2 tahun Menyebut ayat mudah hasil gabungan 2 perkataan (”pakai kasut” untuk ”saya hendak pakai kasut”)

2 hingga 3 tahun Membentuk ayat hasil gabungan 3 perkataan (”nak yang coklat” untuk ” saya hendak makan aiskrim warna coklat”)

Boleh menggunakan sifatnama (cantik), kata bilangan (satu, dua), dan kata tempat (sana) dalam membentuk ayat

Hakcipta © UPSI 200738

Page 39: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

4 hingga 6 tahun Membentuk ayat hasil gabungan 3 hingga 6 perkataan

Boleh menggunakan kata sambung (sebab, dan), ayat berlapis (saya ada dua batang pensil, satu merah dan satu biru), soalan bertag (ini awak punya, betul tak?) dan ayat pasif (Pensil dipinjam oleh Nini)

Menghasilkan cerita pendek

Ketika memerhatikan kanak-kanak dalam perkembangan tatabahasa, perhatian harus diberikan tentang jumlah perkataan, susunan dalam ayat, ragam ayat dan jenis-jenis ayat yang digunakan oleh kanak-kanak semasa mereka bercakap secara lisan.

Perkembangan pragmatik

Perkembangan pragmatik adalah penggunaan bahasa secara berkesan dalam konteks sosial. Ianya bergantung dimana kebudayaan kanak-kanak itu dibesarkan. Kefahaman tentang pragmatik hanya boleh diperolehi melalui pengalaman kanak-kanak bergaul dengan orang lain dan memahami konteks sosial yang berubah-ubah. Dalam berinteraksi dengan orang lain, kanak-kanak perlu belajar mengambil giliran untuk bercakap, memahami bahasa badan, memberi respon dalam perbualan dan tahu topik perbincangan yang diperbualkan.

Perkembangan pragmatik kanak-kanak seperti dalam jadual di bawah:

Umur Perkembangan pragmatik

1 hingga 2 tahun Mula mengambil giliran dalam perbualan

Boleh menggunakan daftar bahasa yang mudah seperti ”terima kasih”

3 hingga 4 tahun Boleh mengambil bahagian dalam perbualan dengan kumpulan kecil atau rakan sebaya

Boleh menggunakan daftar bahasa seperti ”tolong”

Hakcipta © UPSI 200739

Page 40: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

5 hingga 6 tahun boleh mengambil bahagian dalam perbualan dengan kumpulan besar

boleh menggunakan daftar bahasa secara berkesan mengikut kesesuaian keperluan sosial seperti ucapan salam, selamat pagi, selamat petang

boleh memberi komen dan meminta tindak balas

boleh bertanya balik soalan bila soalan diajukan kepadanya

Ketika memerhatikan kanak-kanak dalam perkembangan pragmatik, perhatian harus diberikan tentang kekerapan mengambil giliran bercakap, mengambil giliran bercakap dengan sopan, sensitif pada keperluan pendengar, penyesuaian dengan peringkat usia orang yang bercakap, dan adab dalam memperkenalkan topik perbincangan yang baru.

2. Perkembangan bahasa kanak-kanak - bahasa tulisan

Kanak-kanak pada usia 2 tahun dan ke atas boleh memegang buku dengan betul iaitu

menghala ke atas. Mereka juga boleh mengenal bahagian permulaan buku dan penamat

buku, membuka halaman dalam buku dari kanan ke kiri, membaca buku secara melihat

gambar dan bercerita mengikut ayat sendiri serta mengajak orang lain membaca

bersama. Apabila mereka meningkat usia 3 tahun hingga 8 tahun, kanak-kanak boleh

mengenal dan membaca kulit buku, menceritakan tentang siapa yang menulis buku

tersebut dan cuba membaca buku secara kuat.

Oleh itu, kemahiran memegang buku boleh dilihat dengan cara kanak-kanak

menggunakan buku dengan cara yang sesuai. Perhatian harus diberikan terutama ketika

kanak-kanak memegang buku. Buku tersebut adakah dipegang menghala ke atas dengan

muka hadapan menghadap pembaca. Mereka juga boleh diperhatikan mengenal bahagian

hadapan atau belakang buku, membuka halaman dalam buku tanpa renyok atau koyak

dan juga adakah ia meminta untuk dibacakan buku.

Kanak-kanak juga boleh dilihat perkembangan bahasanya melalui kefahaman mereka

tentang fungsi bahan bercetak. Mereka dapat memahami bahawa setiap yang bercetak

Hakcipta © UPSI 200740

Page 41: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

ada maksudnya. Kanak-kanak tiga hingga empat tahun biasanya boleh mengenal pasti

simbol bercetak dalam keadaan tertentu, contohnya, KFC untuk Kentucky Fried Chicken.

Mereka juga boleh bercerita dengan urutan yang betul walaupun kadang kala ada butiran

dalam cerita tertinggal kerana kanak-kanak fikirkan orang dewasa juga melihat gambar

dan bukannya huruf yang bercetak. Bagi kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas telah

faham konsep membaca dengan lebih mendalam iaitu membaca tulisan dan bukannya

gambar. Ini adalah kerana ada buku yang tidak ada gambar. Kanak-kanak juga sudah

boleh menceritakan semula apa yang dibaca dengan terperinci dan tepat seperti watak-

watak dalam buku cerita yang dibaca, penggunaan nada suara dan boleh membaca buku-

buku kanak-kanak yang biasa didengar dan dilihat seperti ”Kura-kura dengan arnab”.

Kanak-kanak boleh diperhatikan cara mereka mengenal pasti simbol yang bercetak, dapat

membezakan di antara gambar dan perkataan dalam buku, memahami perkataan yang

dibaca bukannya gambar dan boleh menjelaskan kegunaan membaca serta boleh bercerita

semula menggunakan buku sebagai bahan bacaan.

Perkembangan bahasa boleh dilihat dengan pengetahuan kanak-kanak tentang huruf dan

perkataan. Ini boleh dilihat apabila kanak-kanak dapat mengenal nama-nama huruf dan

membaca perkataan yang mudah. Kanak-kanak prasekolah biasanya boleh mengecam

huruf-huruf yang adala dalam perkataan nama mereka sendiri., nama kawan-kawan atau

simbol yang bercetak seperti logo pada anak patung Barbie dan ada juga yang keliru

dengan huruf-huruf tertentu seperti b/d, m/n, p/q. Kanak-kanak juga boleh menyebut

perkataan yang berirama seperti puisi. Mereka juga tahu bahawa setiap huruf ada

bunyinya dan boleh menenal pasti bunyi huruf. Disamping itu, kanak-kanak boleh

mengenalpasti persamaan dan perbezaan perkataan, persamaan bunyi suku kata

dihadapan atau di belakang perkataaan dan boleh memadankan perkataan lisan dengan

perkataan yang ditulis. Kanak-kanak yang berumur 7 tahun, boleh membaca secara

senyap, mempunyai perbendaharaan kata yang tinggi dan kelancaran dalam berbahasa.

Hakcipta © UPSI 200741

Page 42: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Oleh itu, pemerhatian boleh dibuat dengan mengenal pasti sama ada kanak-kanak sudah

mengenal huruf-huruf dalam perkataan namanya sendiri, nama-nama huruf, huruf besar

atau huruf kecil dan juga membaca perkataan dan puisi mudah.

Kanak-kanak umur 3 hingga 4 tahun boleh bercerita dan menceritakan semula tentang

sesuatu idea atau gambar yang dilihat. Biasanya kanak-kanak yang bercerita semula akan

menggunakan perkataan yang lebih tepat dan kepada cerita yang sebenar. Pengertian

cerita bagi kanak-kanak yang ingin dilihat ialah kebolehan mereka memberitahu,

bercerita semula dan melengkapkan cerita. Perhatian harus diberikan terhadap struktur

cerita (permulaaan cerita, bilangan watak dalam cerita dan masalah yang diselesaikan)

atau kemuncak cerita atau ketepatan cerita (mengikut cerita sebenar keseluruhannya atau

sebahagian sahaja).

Bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun pula tidak dapat membezakan antara

contengan untuk menulis atau melukis. Kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun

boleh menulis huruf dalam namanya sendiri. Kadang-kadang menulis huruf secara

terbalik Manakala kanak-kanak yang berumur 4 hingga 7 tahun pula sudah boleh

mengeja tiap-tiap huruf dalam satu perkataan. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 9

tahun pula sudah boleh menulis dengan menjarakkan antara satu perkataan dengan satu

perkataan yang lain, tahu penggunaan huruf besar dan huruf kecil, dapat menggunakan

tanda baca dan boleh menulis ayat yang panjang dalam satu perenggan.

Perkembangan bahasa juga boleh dilihat apabila kanak-kanak boleh membaca tulisannya

sendiri atau tulisan orang lain. Kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun tidak mahu

menceritakan apa yang mereka tulis atau lukis. Bagi kanak-kanak yang berumur 5

hingga 6 tahun ke atas boleh menjelaskan tentang sesuatu gambar, boleh berdialog

berdasarkan gambar, boleh bercerita berdasarkan hafalan dan boleh menyebut perkataan

yang ditulis.

Perhatian harus diberikan kepada kanak-kanak tentang jumlah penggunaan bahasa yang

digunakan bila membaca huruf, perkataan, frasa atau ayat yang bertulis. Kebolehan

Hakcipta © UPSI 200742

Page 43: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

kanak-kanak berdialog berdasarkan gambar, bercerita semula tentang sesuatu cerita yang

dibaca dan kebolehan membaca perkataan yang ditulis patut ditekankan.

E. RUMUSAN

Pengalaman menggunakan bahasa secara lisan dan tulisan, amat penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Ini adalah kerana kemahiran berkomunikasi adalah berkait rapat dengan penggunaan bahasa dan kemahiran berinterksi. Menerusi penerokaan dan interaksi menggunakan bahasa, kanak-kanak dapat membina dan mengaplikasikan bahasa mereka ke tahap yang maksima.

F. AKTIVITI

Hasilkan satu buku cerita kanak-kanak yang mudah dan pilih seorang kanak-kanak berusia 6 tahun untuk membacanya. Buatkan pemerhatian dan berikan penilaian yang sewajarnya tentang perkembangan bahasanya dari aspek lisan dan tulisan.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Lampiran 7

Hakcipta © UPSI 200743

Page 44: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

TOPIK 8: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN KOGNITIF

A. PENGENALAN

Kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah tidak boleh mengolah pemikirannya

sebagaimana kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke atas. Begitu juga dalam

perkembangan bahasa di mana kanak-kanak boleh menggunakan bahasa dan simbol-

simbol yang berkaitan bagi membuat pengakuan dan arahan. Bahasa tidak dapat

digunakan untuk mengolah pemikirannya. Oleh itu, adalah penting bagi guru dan ibu

bapa untuk mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran pelajar akan dapat mengetahui ;

1. cara minda memproses maklumat

2. permainan dan perkembangan kognitif

3. langkah-langkah positif dalam perkembangan kognitif kanak-kanak

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Penyampaian berbentuk perbincangan dalam kumpulan yang kecil dan seterusnya

membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Cara minda memproses maklumat

Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh otak dari segi pemikiran dan boleh dilihat dari tingkah laku dan percakapan seseorang. Aspek perkembangan kognitif merupakan tumpuan utama dalam kajian ahli psikologi pendidikan seperti Jean Piaget. Ia menggunakan metodologi kajian klinikal semasa mengkaji proses kognitif anak-anaknya.

Beliau berpendapat kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks seperti menghisap, berkembang kepada tingkah laku bermatlamat dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak bina struktur kognitif dalam usahanya memahami persekitaran atau pengalamannya yang stiap hari bertambah melalui data yang ditafsir dan disimpan oleh kanak-kanak tersebut.

Hakcipta © UPSI 200744

Page 45: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Mengikut Piaget, perkembangan kognitif ada empat tahap: peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan peringkat operasi formal (12 tahun ke atas).

Pada peringkat deria motor, pemikiran bayi dipengaruhi oleh kebolehan deria mereka seperti kebolehan memerhati dengan menggunakan mata. Aktiviti-aktiviti bayi juga bertumpu kepada kemahiran pergerakan dalam persekitaran, seperti berdiri atau merasa. Bayi akan mengulang-ulang kejadian pengalaman baru yang ditemui daripada pergerakan dan penerimaan maklumat melalui deria bayi tersebut.

Perkembangan kognitif pada peringkat praoperasi pula, bersifat simbolik melalui permainan olok-olok, animisme dan egosentrik. Kanak-kanak dalam peringkat ini dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan perkataan atau simbol yang mewakili objek dan peristiwa di sekeliling mereka. Contohnya kanak-kanak menggunakan pembaris sebagai telefon.

Apabila kanak-kanak mencapai peringkat operasi konkrit, pemikiran mereka menjadi semakin fleksibel, logik dan tersusun. Pemikiran mereka masih terhad kepada sesuatu yang maujud. Mereka boleh memahami konsep pengekalan objek dan menerima pendapat orang lain.

Pada peringkat operasi formal pula, remaja sudah dapat berfikir secara abstrak, saintifk dan logik serta boleh menggunakan prinsip tertentu untuk penyelesaian masalah seperti pengekalan, pemikiran gabungan dan konsep kebalikan.

1. Permainan dan perkembangan kognitif

Bermain adalah naluri semulajadi kanak-kanak. Dalam aktiviti bermain, kanak-kanak dapat dilatih mengembangkan kesuburan diri secara menyeluruh dan seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Semasa bermain, kanak-kanak menggunakan seluruh anggota deria mereka seperti mata untuk meneroka dan menyiasat benda-benda di persekitarannya sambil mencipta, menjelajah dan membina sesuatu. Aktiviti bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengasah daya tumpuan dan mengembangkan sifat tekun dan gigih dalam jiwa mereka. Melalui bermain, kanak-kanak sebenarnya belajar seperti dalam aktiviti bermain air, pasir bongkah ataupun buaian. Kanak-kanak dapat memupuk sikap positif seperti boleh berkongsi alat permainan. Mereka boleh memperbaiki perbendaharaan kata semasa berbual dalam aktiviti main. Orang dewasa hendaklah mengawasi keselamatan kanak-kanak kecil dalam aktiviti penerokaan atau permainan untuk memastikan aktiviti tersebut tidak menjejaskan keselamatan mereka.

Perhatian ibu bapa dan persekitaran kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Ibu bapa yang rajin melayan kerenah anak mereka semasa bermain akan meningkatkan proses pembelajaran anak mereka. Contohnya, setiap soalan

Hakcipta © UPSI 200745

Page 46: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

yang ditanya oleh anak mereka diberi jawapan dan tidak memarahi mereka bertanyakan soalan akan merangsang otak mereka untuk berfikir secara lebih kreatif.

2. Langkah-langkah positif dalam perkembangan kognitif kanak-kanak

Kanak-kanak seharusnya disediakan situasi dan pengalaman yang sesuai dengan mereka. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan aktivti secara individu dan kumpulan serta perbincangan dengan guru dan ibu bapa supaya perkaitan, penjalinan, penyusunan dan buah fikiran pada satu objektif dapat dibuat. Contohnya, jika kanak-kanak belukm menguasai konsep banyak dan sedikit, maka aktiviti yang disediakan untuk mereka adalah lebih kepada untuk memahami konsep tersebut. Apa yang penting ialah kanak-kanak tersebut melakukan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan mereka.

Seelok-eloknya aktiviti di peringkat permulaan adalah berbentuk bebas. Ini bermaksud, apabila kanak-kanak dibekalkan dengan banyak bahan, maka ia dengan sendirinya akan meneroka dan memahami bahan tersebut. Melalui interaksi dengan bahan, kanak-kanak akan mempelajari membuat pemerhatian yang tersendiri terhadap benda-benda dan persekitarannya. Pemerhatian yang berulang-ulang boleh menajamkan ingatan kanak-kanak. Ini akan menolong perkembangan kognitif kerana pengingatan yang berkesan timbul apabila tiap-tiap pengalaman di gabungjalin. Interaksi kanak-kanak dengan berbagai-bagai bahan di persekitaran dapat menambahkan perbendaharaan kata dan meninggikan penggunaan bahasa.

Setelah kanak-kanak mengenal sifat benda-benda di persekitarannya, maka aktiviti yang sepatutnya disediakan untuk mereka dirancang mempunyai matlamat tertentu. Misalnya, kanak-kanak diberikan permainan yang berbagai bentuk, warna dan saiz. Melalui permainan tersebut, guru atau ibu bapa hendaklah memberi bimbingan supaya interaksi dengan permainan tersbut dapat menolong kanak-kanak mengenali benda-benda ini ada mempunyai persamaan atau perbezaan. Benda-benda boleh diasingkan mengikut saiz, bentuk atau warna. Ini dapat menunjukkan bahawa tiap-tiap benda mempunyai perkaitan dengan yang lain dan atas dasar inilah perbandingan boleh dibuat.

Ibu bapa dan guru lebih suka melihat kanak-kanak belajar membaca, menulis dan mengira daripada bermain dengan menjalankan aktiviti bebas atau yang tidak berkait secara langsung dengan kemahiran akademik. Ini boleh merosakkan perkembangan kognitif kanak-kanak kerana segala yang dipelajari dengan cara peniruan dan pengingatan tetapi bukan kefahaman. Adalah penting bagi guru dan ibu bapa menyediakan pengalaman yang luas supaya sesuatu yang diajar dapat difahami oleh kanak-kanak.

Hakcipta © UPSI 200746

Page 47: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Contoh senarai semak perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah

Tandakan (/) dalam petak apabila kanak-kanak sudah menunjukkan kebolehannya

Hasil pembelajaran Peristiwa/tarikh Peristiwa/tarikh Perisitiwa/tarikh

1. Pengkelasan Mengkelaskan objek mengikut 1 ciri:

a. warna ( )

b. saiz ( )

c. bentuk ( )

2. Seriasi

Menyusun objek mengikut seriasi:

a. saiz ( )

b. panjang ( )

c. tinggi ( )

d. nilai mata wang ( )

3. Padanan satu dengan satu

Memadankan objek mengikut pasangan

a. cukup ( )

b. tidak cukup ( )

Hakcipta © UPSI 200747

Page 48: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

E. RUMUSAN

Guru seharusnya merancang dan menyediakan objektif dan isi kandungan yang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah. Selain itu, aktiviti yang disediakan hendaklah mengandungi kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Di samping itu, penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti secara aktif dalam bentuk penerokaan perlu ditekankan dalam kelas.

F. AKTIVITI

Rancangkan satu aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak

prasekolah dan berikan penilaian ke atas tahap perkembangan kognitif kanak-kanak

tersebut.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Lampiran 8

Hakcipta © UPSI 200748

Page 49: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

TOPIK 9: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN MORAL

A. PENGENALAN

Rakyat Malaysia adalah berbilang kaum. Amat penting komponen kerohanian dan moral

diberi perhatian dalam penilaian bagi memupuk nilai Islam dan nilai murni untuk

melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadi mulia dan

bertanggungjawab dalam mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran pelajar akan dapat mengetahui;

1. komponen kerohanian dan moral2. kurikulum pendidikan Islam3. kurikulum pendidikan moral4. penilaian pendidikan kerohanian dan moral

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Penyampaian berbentuk perbincangan dalam kumpulan yang kecil dan seterusnya

membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas.

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Komponen Kerohanian dan Moral

Komponen kerohanian dan moral mengandungi pendidikan Islam untuk kanak-kanak Islam dan pendidikan moral untuk kanak-kanak bukan Islam. Namun begitu, pengajaran pendidikan moral juga diajar kepada kanak-kanak Islam dalam menerapkan nilai-nilai murni.

Inilah masa yang sesuai bagi guru untuk menyediakan rangsangan yang bercorak Islam supaya kanak-kanak dapat belajar perkara-perkara berkenaan Islam dan seterusnya menjiwai setiap pengalaman yang berunsurkan Islam. Fokus pengajaran pendidikan Islam adalah berdasarkan penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan sunah.

Pendidikan moral pula, menekankan aspek-aspek emosi supaya kanak-kanak dapat memupuk, menghayati dan mengamalkan nilai murni. Kanak-kanak di peringkat prasekolah perlu diberi penekanan dalam pendidikan kerohanian dan moral supaya

Hakcipta © UPSI 200749

Page 50: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

mereka dapat berkembang dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Matlamat ini boleh dicapai dengan adanya pendedahan dan pengasuhan yang sempurna berasaskan nilai-nilai yang diterima umum berlandaskan kepada prinsip Rukunegara.

2. Kurikulum Pendidikan Islam

Menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan Islam yang dirancang oleh guru, penilaian dapat dibuat ke atas kanak-kanak sama ada mereka mengenali dan menghayati kehidupan secara Islam sesuai dengan peringkat perkembangan mereka. Selain itu, kanak-kanak boleh dinilai dari segi pembentukan akidah di dalam diri mereka, mengetahui cara-cara beribadat, mengetahui dan mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia, mengetahui dan mencontohi cerita-cerita dan sirah Rasulullah, mengenal huruf-huruf al-Quran dan mengetahui, melafaz serta mengamalkan doa-doa yang mudah.

Melalui aktiviti seperti bercerita, berbual, tunjuk cara, latihan amali, nyanyian, nasyid, permainan, lakonan, penjelajahan, pemerhatian alam semulajadi dan meninjau kegiatan harian, guru boleh membuat penilaian ke atas kanak-kanak tanpa mereka sedari. Penyampaian pengajaran melalui aktiviti luar seperti lawatan dapat membantu kanak-kanak untuk mempelajari dan menikamati keindahan alam sambil mengenali tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah. Melalui penyampaian yang berkesan, seseorang guru mampu menilai kanak-kanak dengan mudah di samping membentuk asas-asas keimanan, bercita-cita tinggi, semangat juang yang kuat, sabar, reda akan ketentuan Allah, berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Justeru itu, penilaian dalam pendidikan Islam haruslah ditekankan dalam pembentukan insan yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan berketrampilan ke arah memakmurkan alam ciptaan Allah.

3. Kurikulum Pendidikan Moral

Nilai-nilai moral boleh disemai di kalangan kanak-kanak secara langsung atau tidak langsung melalui aktiviti-aktiviti harian di peringkat prasekolah. Pendidikan moral menekankan aspek pemupukan dan perkembangan nilai serta asas ketatanegaraan supaya kanak-kanak dapat mengamal dan menghayati nilai-nilai murni yang terdapat dalam masyarakat Malaysia secara bersepadu.

Kanak-kanak dapat dipupuk nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, diri dengan keluarga, diri dengan masyarakat, diri dengan alam sekitar dan diri dengan negara. Pendidikan moral perlu disepadukan dengan semua komponen dan diterapkan dalam pelbagai aktiviti pembelajaran seperti aktiviti bercerita, main peranan dan permainan mahupun latihan amali.

Hakcipta © UPSI 200750

Page 51: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

4. Penilaian pendidikan kerohanian dan moral

1. Gabungkan penilaian dengan pengajaran secara berterusan

Pendidikan kerohanian dan moral adalah untuk membentuk peribadi kanak-kanak. Biasanya hasil yang akan diperolehi adalah lama. Guru boleh membuat pemerhatian dan penilaian secara berterusan. Rekod anekdot merupakan catatan tentang perkembangan sikap atau tingkahlaku positif atau negatif kanak-kanak. Catatan ringkas atau terperinci serta merta perlu dilakukan berkaitan perkara-perkara penting tentang tingkah laku dan perbualan kanak-kanak dari semasa ke semasa. Pemerhatian bagi seseoang kanak-kanak boleh dijalankan untuk jangka masa singkat atau lama bergantung pada peristiwa dan tujuan pemerhatian. Kemudian guru boleh membuat interpretasi terhadap tingkah laku kanak-kanak.

Contoh rekod anekdot:

Nama: Salmi Tarikh: 20.5.2007Masa : 10.00 pagi Tempat: Waktu rehat di luar kelas

Pemerhatian:

Salmi dan Azlina duduk di tepi parit sambil menyanyi. Zariah datang menghampiri mereka dan menunjukkan beberapa helai daun yang dipetiknya di kawasan prasekolah. Dia melambung-lambungkan dan memijak-mijak daun tersebut. Salmi menegur, “ janganlah pijak daun-daun tu!,“. “Suka hati sayalah“ jawab Zariah. “Kesian daun-daun tu!“ kata Salmi sambil mengajak Azlina beredar dari situ.

Intrepretasi:

Salmi mempunyai perasaan untuk menjaga dan menyayangi alam sekitar.

Hakcipta © UPSI 200751

Page 52: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

2. Gunakan pelbagai teknik dalam penilaian

Tidak ada satu teknik penilaian yang boleh dikatakan ideal. Selain dari rekod anekdot, senarai semak, temubual atau gambar foto boleh digunakan dalam membuat penilaian.

Contoh: senarai semak dan skala pemeringkatan individu

Nama : Murni binti Hakim Tempat: dalam kelasTarikh: 12.6.2007 Masa : 9.30 pagi

Perkara-perkara yang diperhatikan / dinilai Ya Tidak Catatan

1. Aqidah

1.1.1 menyebut enam Rukun Iman

- percaya kepada Allah

- percaya kepada Malaikat

- percaya kepada Kitab

- percaya kepada Rasul

- percaya kepada Hari Kiamat

- percaya kepada Qada’ dan Qadar

Senarai semak dan skala pemeringkatan individu untuk beberapa pengetahuan, kemahiran dan amalan di dalam Pendidikan Islam boleh disediakan dalam jangka masa tertentu. Guru hanya perlu menandakan / (ya) apabila kanak-kanak berjaya mencapai objektif yang dirancang dan tandakan X (tidak) jika sebaliknya. Catatan ringkas berkaitan kemajuan kanak-kanak perlu dicatatkan kerana tanda “ ya“ atau “tidak“, belum memberi maklumat terperinci tentang sesuatu perlakuan berlaku.

Hakcipta © UPSI 200752

Page 53: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Contoh temubual individu secara tidak formal

Nama : Siti Norhaliza binti Tarudin Tempat: bilik makanTarikh: 15.8.2007 Masa 10.10 pagi

Guru : Siti, bunga ni siapa yang buat?Siti : AllahGuru : kerusi pula siapa yang buat?Siti : OrangGuru : Boleh tak Siti beritau cikgu, apa lagi benda ciptaan Allah?Siti : Boleh, orang, pokok.Guru : Ciptaan manusia pula?Siti : baju, kipas, makanan.

Interpretasi: Siti boleh membezakan ciptaan Tuhan dan rekaan manusia.

Temubual adalah salah satu cara yang berguna kerana dapat memberi banyak maklumat tentang kanak-kanak. Perbualan tidak perlu terlalu formal dan boleh juga melibatkan perbualan antara kanak-kanak. Untuk tujuan analisis, perbualan boleh dirakam.

E. RUMUSAN

Penilaian dalam pendidikan kerohanian dan moral adalah pemerhatian dan merupakan

proses berterusan. Perkara-perkara yang dinilai bukan sahaja menekankan pada

pengetahuan, tetapi juga memerhati serta merekod tentang tingkah laku atau amalan

kanak-kanak. Cara membuat penilaian perlu pelbagai kerana tidak ada satu cara yang

ideal untuk setiap kanak-kanak.

F. PERBINCANGAN/LATIHAN/AKTIVITI

Buatkan penilaian dalam pendidikan kerohanian dan moral dengan cara yang berbeza-

beza.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Lampiran 9

Hakcipta © UPSI 200753

Page 54: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

TOPIK 10: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN SOSIAL A. PENGENALAN

Perkembangan sosial merupakan proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Melalui proses sosialisasi yang bermula sejak bayi lagi, diharapkan kanak-kanak dapat membuat penyesuaian social mengikut masyarakat di mana mereka dibesarkan.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran pelajar akan dapat mengetahui tentang;

1. kemahiran berinteraksi2. perkembangan konsep kendiri3. membina kemahiran sosial4. keperluan asas kanak-kanak dari aspek sosial

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Penyampaian berbentuk perbincangan dan syarahan.

E. PENYAMPAIAN ISI

1. Kemahiran Berinteraksi

Kemahiran kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dapat dilihat dengan jelas pada tingkah laku mereka semasa bermain bersama-sama kawan-kawan. Pada umur satu hingga dua tahun, interaksi sosial berlaku secara minimum. Disebabkan mereka berada pada peringkat egosentrik, mereka masih menumpu kepada penerokaan yang terdekat dengan diri mereka sendiri. Pada peringkat umur yang lebih tua, kanak-kanak akan mahir berinteraksi sosial, bantu membantu dan mengambil giliran.apabila mereka bermain dengan rakan sebayanya.

Sekiranya mereka terlibat dalam rebutan alat permainan, kanak-kanak pada usia dua tahun akan mengatakan bahawa sesuatu benda itu adalah hak mereka. Berebut barang permainan dan bermain tanpa berinteraksi dengan orang lain semasa bermain dalam kumpulan merupakan satu perkara biasa dilalui oleh kanak-kanak pada peringkat awal. Orang dewasa hendaklah bertegas dalam menggalakkan kerjasama antara kanak-kanak bagi menyelesaikan masalah perebutan barang permainan dan menyelesaikan masalah pergaulan. Ini penting untuk membantu pembentukan kemahiran sosial kanak-kanak pada peringkat awal.

Hakcipta © UPSI 200754

Page 55: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

2. Perkembangan konsep kendiri

Konsep kendiri merupakan anggapan menyeluruh tentang diri sendiri, sama ada positif atau negatif. Seseorang itu tahu akan jantina, keluarga dan ciri-ciri fizikalnya sendiri. Kanak-kanak yang berusia 3 ½ tahun hingga 5 tahun, kanak-kanak menggambarkan diri berdasarkan sifat fizikalnya seperti ”rambut saya hitam”, kebolehannya seperti ” saya pandai tulis”.

Pandangan kendiri yang positif ialah asas kejayaan kepada kanak-kanak. Dengan adanya pandangan positif terhadap diri dan dengan mengaku dirinya setaraf dan sama-sama berkemampuan untuk melakukan sesuatu, kanak-kanak akan terus berusaha menunjukkan kemampuannya.

Pembentukan konsep kendiri bukan sahaja boleh membawa kebaikan secara langsung kepada diri sendiri bahkan kepada ahli sesuatu kumpulan. Kanak-kanak perlu ditanamkan dengan kesedaran tentang tanggungjawab sosial dan moral kepada kumpulan. Tanggungjawab sosial dapat dihasilkan apabila kanak-kanak disemaikan dengan perasaan sensitif terhadap kumpulan.

3. Membina kemahiran sosial

Kanak-kanak boleh dinilai dengan cara memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain melalui aktiviti yang dijalankan di kelas prasekolah. Kanak-kanak dapat menyatakan batas hubungan antara diri dengan orang lain, menyatakan keperluan orang lain, menyatakan perasaan orang lain melalui bahasa badan yang ditunjukkan dan menghormati pandangan orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan seperti :

a. Bercakap dengan kanak-kanak

Guru : ” apa yang menyedihkan awak? Ceritalah, cikgu sedia mendengarnya”.

b. Menggalakkan kanak-kanak tolong menolong

Guru : ”Cuba Hani minta tolong Normah ambilkan pemadam yang jatuh di bawah kerusinya.

4. Membina hubungan baik dengan orang lain

Kanak-kanak yang mempunyai kawan selalunya suka ke sekolah. Mereka pandai berkawan, berbincang, menghargai orang lain dan bertolak ansur. Mereka juga suka melihat kanak-kanak lain bermain. Kanak-kanak yang boleh membina hubungan baik dengan orang lain mempunyai kemahiran komunikasi dan berkebolehan bertukar-tukar

Hakcipta © UPSI 200755

Page 56: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

fikiran, perasaan dan tanggapan. Mereka juga boleh bekerjasama dan boleh mengimbangkan kehendak diri di dalam kumpulan.

5. Keperluan asas kanak-kanak dari aspek sosial

Kanak-kanak memerlukan sosial dan personaliti iaitu mempunyai peribadi mulia, kemahiran bergaul, membentuk persahabatan dan menyesuaikan diri dalam kumpulan sosial, kesedaran perbezaan antara jantina dan penampilan tingkah laku positif seperti bertolak ansur, saling membantu dan empati.

5. Penilaian kemahiran sosial

Penilaian kemahiran sosial menggunakan skala pemeringkatan. Skala pemeringkatan sesuai digunakan apabila tingkah laku yang diperhatikan mempunyai komponen-komponen yang berlainan. Contoh skala pemeringkatan untuk kemahiran sosial:

Tarikh : 19.7.2007 Nama Guru : Puan Ainon binti Baba

Arahan : Tandakan mengikut skala yang diberikan

1 : kemahiran telah dikembangkan2 : kerap dilakukan3 : sedang diusahakan4 : jarang diperhatikan

KEMAHIRAN AZIAH NORA HASHIM SALIM HAZIQ

Memperkembangkan kemahiran persahabatan

3 1 1 3 2

Memulakan permainan

1 2 2 3 1

Memberi cadangan 4 1 2 3 2

Hakcipta © UPSI 200756

Page 57: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Bertolak ansur 2 2 3 1 4

Bekerjasama dan suka menolong

3 3 3 2 2

E. RUMUSAN

Guru perlu memerhati, mencatat, mengenal pasti dan membuat kesimpulan tingkah laku sosial kanak-kanak . Ini penting untuk proses mengenal pasti tahap perkembangan sosial kanak-kanak. Setelah perkembangan sosial dikenalpasti, satu perbandingan tingkah laku kanak-kanak dengan teori-teori berkaitan boleh dibuat.

F. AKTIVITI

Bincangkan tentang perkembangan sosial kanak berusia 6 tahun. Buatkan satu penilaian

sosial yang sesuai.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Lampiran 10

Hakcipta © UPSI 200757

Page 58: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

TOPIK 11: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN EMOSI

A. PENGENALAN

Perkembangan emosi yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kerana ia menjadi

asas kepada pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak yang akan mempengaruhi

kejayaan dalam kehidupan mereka. Kebolehan menguruskan emosi boleh membantu

kanak-kanak membina keyakinan diri, semangat berdikari dan positif terhadap

pembelajaran.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran pelajar-pelajar akan mengetahui;

1. tentang emosi

2. emosi kanak-kanak prasekolah

3. bagaimana penilaian emosi dijalankan

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Penyampaian berbentuk syarahan dan juga perbincangan.

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Emosi

Emosi merupakan keadaan yang dirasai oleh seseorang sebagai reaksi kepada sesuatu yang dialaminya. Perkembangan emosi biasanya banyak bergantung kepada faktor kematangan dan pengalaman hidup masyarakat.

Kanak-kanak telah menunjukkan tanda-tanda wujudnya emosi sejak dilahirkan dengan menangis bila tidak berasa selesa. Bertambahnya kematangan seseorang akan menyebabkan proses emosi menjadi lebih kompleks khususnya apabila kematangan mental bertambah. Pernyataan emosi kanak-kanak yang berumur setahun nenpunyai persamaan yang ketara dengan orang dewasa di mana sejumlah besar bentuk emosi seperti benci,suka, takut dan sedih telah terbentuk. Pembezaan dalam pernyataan emosi juga semakin ketara. Pada peringkat umur yang rendah, biasanya perasaan marah

Hakcipta © UPSI 200758

Page 59: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

dinyatakan dalam bentuk tingkah laku seperti menjerit-jerit tetapi di peringkat umur yang lebih tinggi tingkah laku berbeza mengikut keamatan perasaan marah dan jenis sasaran. Inilah yangt selalunya, kanak-kanak bukan sahaja menjerit-jerit tetapi ada yang membaling benda-benda di sekeliling, mendiamkan diri dengan tidak menghiraukan pujukan orang dan melarikan diri ke tempat yang tersembunyi.

Masyarakat banyak mempengaruhi perkembangan emosi seseorang. Oleh itu, dari kanak-kanaklah, mereka perlu diajar untuk mempelajari dan menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat. Emosi yang ditunjukkan secara keterlaluan adalah tidak dipandang baik oleh masyarakat. Justeru itu, kanak-kanak seharusnya mempelajari bagaimana menyesuaikan keadaan emosi dengan kehendak masyarakat. Kematangan emosi akan tercapai apabila kanak-kanak mampu menguasai perasaan dan menunjukkannnya dalam bentuk yang boleh diterima oleh masyarakat. Penyesuaian diri dalam masyarakat adalah dalam berbagai-bagai keadaan seperti bermain, makan, berbual dengan ahli keluarga dan masyarakat yang mungkin terdiri dari ahli keluarga mereka sendiri seperti adik atau kakak dan jiran tetangga.

Walaupun dikatakan sebahagian besar bentuk emosi kanak-kanak telah wujud pada peringkat awal namun perbezaan di antara emosi kanak-kanak dengan remaja atau dewasa adalah ketara. Kebangkitan emosi kanak-kanak mungkin disebabkan oleh kehendak-kehendak yang agak mudah tetapi berasas dan pernyataannya juga adalah tidak berselindung. Inilah yang menyebabkan bentuk pernyataan emosinya keras dan kuat tetapi tidak berlarutan. Keadaan ini berlaku kerana sesuatu penggerak tidak ditapis terlebih dahulu oleh pemikiran yang wajar sebelum dinyatakan dalam sesuatu bentuk tindak balas emosi. Pernyataan emosi kanak-kanak tidak ada langusng sekatan-sekatan sehingga semuanya ditunjukkan sekaligus.

Emosi kanak-kanak sentiasa berubah-ubah. Semasa bermain, pernyataan berbagai-bagai emosi seperti marah, cemburu, gembira ditunjukkan sama ada kepada rakan sebaya atau guru. Keamatan pernyataan dan bentuk pernyataan emosi tidak sama di antara seseorang kanak-kanak. Ada kanak-kanak yang terlalu sensitif hinggakan sebarang perubahan keadaan boleh menimbulkan satu bentuk emosi. Perbezaan di antara kanak-kanak mungkin timbul daripada kematangan yang berlainan mengikut latar belakang kanak-kanak seperti aras kecerdasan, keadaan kesihatan dan proses pembelajaran yang dilaluinya.

3. Emosi kanak-kanak prasekolah (5 – 6 tahun)

a) Mempunyai kesedaran diri yang baik

b) Menunjukkan megah dalam kerja mereka

c) Mahu memberi dan menerima kasih sayang

d) Menjadi marah jika tidak dapat membuat sesuatu.

Hakcipta © UPSI 200759

Page 60: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

4. Penilaian perkembangan emosi

Penilaian perkembangan emosi harus sah dimana ia membekalkan maklumat berkaitan matlamat dan objektif sesuatu program yang dijalankan di prasekolah berkenaan. Penilaian perkembangan sosioemosi juga perlu dilakukan berulang-ulang. Melalui pemerhatian yang banyak, boleh membantu guru menemui pola-pola tingkah laku dan mengelakkan keputusan tergesa-gesa yang mungkin berasaskan tingkah laku luar biasa. Penilain hendaklah dilakukan secara berterusan dan dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak dibandingkan dengan kadar perkembangan dirinya sepanjang tempoh yang tertentu dan tidak dibandingkan dengan pencapaian purata sesuatu kumpulan kanak-kanak. Penilaian yang dijalankan harus mempunyai pelbagi kaedah. Keputusan yang profesional dapat diambil dengan data yang diperoleh daripada pelbagi sumber dan bahan maklumat.

5. Contoh rekod anekdot bagi menilai perkembangan emosi kanak-kanak

Nama kanak-kanak : Hazmi bin AzimTarikh : 20.2.2007Masa : 10.10 pagiPemerhati : Puan Watie binti AbuTempat : Bilik makan

Kanak-kanak berada dibilik makan. Mereka maka mee goreng dan air milo. Mereka makan sambil bercakap sesama mereka. Tiba-tiba Aisyah menangis. Bila Puan Fauziah (pembantu pengurusan murid) bertanya mengapa ia menangis, ia diam dan kemudian menangis semula. Kemudian Sarah (kanak-kanak yang duduk disebelahnya) memberitahu Puan Fauziah Aisyah menangis sebab ia tidak boleh menghabiskan mee yang diberikan kepadanya. Puan Fauziah menegur Aisyah kerana membazirkan makanan.

Interpretasi:

Aisyah belum dapat menaksir sejauh mana keupayaannya untuk makan. Dia boleh minta dikurangkan mee goreng daripada Puan Fauziah. Semalam Puan Fauziah pernah memarahi Aisyah kerana tidak menghabiskan nasi goreng. Aisyah kurang yakin dan terlalu takut untuk menyatakan kemampuannya. Di samping itu, Puan Fauziah seharusnya boleh menanyakan Aisyah sama ada makanan yang dihidangkan kepadanya mencukupi atau terlalu banyak.

Hakcipta © UPSI 200760

Page 61: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

E. RUMUSAN

Emosi penting dalam kehidupan kanak-kanak. Cara yang terbaik bagi ibu bapa dan guru

dalam membantu perkembangan emosi kanak-kanak ialah dengan memberi kasih sayang,

bimbingan yang berbentuk peribadi dan menyediakan satu keadaan yang boleh

memberikan kanak-kanak pengalaman hidup berkeluarga dan bermasyarakat sama ada di

rumah atau di prasekolah. Melalui interaksi dalam keluarga dan rakan sebaya, kanak-

kanak bukan sahaja dapat menemui objek-objek yang menimbulkan pelbagai emosi tetapi

bertindak secara yang pelbagai juga. Oleh itu, tiap-tiap pernyataan emosi yang dibuat

oleh kanak-kanak yang dinilai sepatutnya diawasi oleh guru mahupun ibu bapa.

F. PERBINCANGAN/LATIHAN/AKTIVITI

Bagaimana aktiviti lukisan dapat membantu perkembangan emosi kanak-kanak?

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Lampiran 11

Hakcipta © UPSI 200761

Page 62: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

TOPIK 12: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN FIZIKAL

A. PENGENALAN

Kanak-kanak suka bergerak. Mereka secara semulajadi ingin belajar dan mempunyai

naluri ingin tahu sesuatu. Apabila mereka dilibatkan dalam aktiviti fizikal, mereka akan

melakukannya dengan sepenuh hati.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran pelajar-pelajar akan mengetahui:

1. Perkembangan fizikal kanak-kanak

2. Penilaian perkembangan fizikal

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Penyampaian berbentuk syarahan dan juga perbincangan.

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Perkembangan fizikal kanak-kanak

Perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting:

a. Perkembangan motor kasar;

b. Perkembangan motor halus;

c. Kesihatan; dan

d. Keselamatan

Penguasaan psikomotor yang baik bagi kanak-kanak dapat membantu mereka dalam

pergerakan asas dan kemahiran menulis. Manakala kesihatan badan yang baik diajar

kepada kanak-kanak membolehkan mereka diasuh dengan memakan makanan seimbang,

mengamalkan tabiat kebersihan diri dan alam sekitar dapat menjauhkan diri dari

penyakit. Bagi aspek keselamatan, kanak-kanak perlu dibantu dengan mengenalkan

Hakcipta © UPSI 200762

Page 63: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

situasi serta objek dan perkara-perkara yang berbahaya disamping melatih kanak-kanak

dengan langkah-langkah yang sesuai apabila berhadapan dengan situasi berbahaya.

Mengikut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, objektif komponen perkembangan

fizikal adalah :

i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu dalam aktiviti pembelajaran;

ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam

aktiviti fizikal;

iii.Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat; dan

iv. Membina minda yang sihat dan cerdas.

Kanak-kanak bergerak aktif secara semulajadi kerana ingin belajar dan mempunyai naluri

ingin tahu tentang sesuatu. Apabila mereka dilibatkan dengan aktiviti fizikal, mereka

akan melakukan dengan sepenuh hati dan mereka akan bergerak dengan menggunakan

seluruh anggota badan.

Kanak-kanak tidak gemar menjadi pemerhati sahaja. Mereka ingin bergerak bebas dan

tidak gemar terikat dengan aktiviti di dalam bilik darjah sahaja. Penggunaan peralatan

dan lain-lain rangsangan akan memberi lebih cabaran kepada mereka semasa melakukan

pergerakan.

Kanak-kanak harus diberi pengalaman pembelajaran pergerakan bermula dari peringkat

prasekolah melalui aktiviti terancang dan bersturktur.

2. Penilaian perkembangan fizikal

Perkembangan motor kasar kanak-kanak perlu diberi perhatian oleh guru. Kanak-kanak

perlu diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif , pantas dan

mencabar. Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat.

Hakcipta © UPSI 200763

Page 64: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Kanak-kanak boleh menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan keupayaan

pergerakannya. Pengalaman kanak-kanak melalui permainan, misalnya, menjadikan

kanak-kanak seronok bila mereka dapat menguasai beberapa kemahiran tertentu. Selain

aktiviti, guru juga boleh menyediakan ruang dan peralatan yang membolehkan kanak-

kanak menjalankan aktiviti tersebut seperti taman permainan yang mengandungi alat

memanjat, bergayut atau mengimbang.

Kanak-kanak boleh dinilai semasa mereka melakukan aktiviti motor kasar seperti:

memanjat gelongsor, melompat tali, merangkak dalam terowong, bergayut pada “monkey

bar”, mengimbang pada papan pengimbang, bermain teng-teng, mengayuh basikal

mahupun berjalan.

Penilaian boleh dilakukan ke atas kemahiran motor halus yang melibatkan kemahiran

menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta kordinasi mata dan tangan. Aktiviti-

aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru membuat penilaian dalam kemahiran

psikomotor halus ialah: merantai manik, menjahit, menconteng kertas, menguli,

menggentel dan mencubit doh, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menggunting,

menjentik dan melukis.

Dalam membuat penilaian pada aspek kesihatan, aktiviti-aktiviti yang boleh dilibatkan

ialah: melukis bentuk badan, menyanyi, berlakon, bercerita, membuat buku skrap,

memasak, mencuci dan lawatan.

Bagi aspek keselamatan pula, aktiviti yang boleh guru membuat penilaian ialah lawatan,

bercerita, main peranan, bersoaljawab dan berlakon.

Segala aktiviti yang dirancang oleh guru jika dimanfaatkan untuk menilai perkembangan

fizikal kanak-kanak akan dapat membantu mereka menjadi sihat, memupuk kendiri yang

positif dan keyakinan diri.

Hakcipta © UPSI 200764

Page 65: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Contoh senarai semak bagi perkembangan fizikal kanak-kanak

Nama : Bahiyah binti Bakri Umur: 6 tahun

Tandakan / apabila kanak-kanak sudah menunjukkan kebolehan. Tinggalkan kosong

apabila murid belum menguasai kemahiran

Hasil pembelajaran Peristiwa /

Tarikh

Peristiwa /

Tarikh

Peristiwa /

Tarikh

1. Psikomotor halus

Menggunakan jari untuk

aktiviti: meramas

: menggentel

: mengoyak

: mencubit

: menguli

: memicit

: merenyuk

: melipat

: menguntai

: menjentik

: merenjis

Menguntai

manik membuat

rantai leher /

14.3.2007

2. Psikomotor kasar

Melompat dengan kedua-

dua belah kaki sejauh dua

meter

Melompat seperti

binatang (arnab,

katak,

kanggaru) /

26.4.2007

Hakcipta © UPSI 200765

Page 66: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

3. Kesihatan

Melabel anggota

badan

Melabel anggota

badan yang

dilukis /

28.5.2007

4. Keselamatan

Menyatakan cara

menghindari objek,

tempat dan situasi

yang membahaya

seperti:

a. alat-alat permainan

Bercerita

berdasarkan

gambar alat-alat

permainan yang

telah rosak /

4.6.2007

E. RUMUSAN

Perkembangan fizikal dapat dipelajari dan dikuasai oleh kanak-kanak melalui aktiviti dan penggunaan alatan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Guru berperanan mengembangkan potensi kanak-kanak ke tahap maksimum dan menilai kanak-kanak mengikut tahap perkembangan mereka.

F. AKTIVITI

Permainan tradisional seperti teng-teng adalah satu aktiviti permainan yang boleh

memabntu perkembangan fizikal kanak-kanak. Sejauh manakah permainan tersebut

boleh membantu ke arah perkembangan fizikal kanak-kanak.

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Lampiran 12

Hakcipta © UPSI 200766

Page 67: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

TOPIK 13: PENILAIAN DALAM PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA

A. PENGENALAN

Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka dalam pelbagai cara. Kanak-kanak sememangnya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran pelajar-pelajar akan mengetahui;

1. tentang kreativiti. 2. bagaimana seni memupuk kreativiti. 3. fungsi seni. 4. persediaan aktiviti seni. 5. kepentingan aktiviti dan kreativiti dalam perkembangan kanak-kanak. 6. menilai hasil seni kanak-kanak

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Penyampaian berbentuk syarahan dan juga perbincangan.

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Kreativiti

Kreativiti ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh seseorang dengan menggunakan

daya imaginasi dan pemikiran bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna kepada

manusia. Guru boleh mewujudkan motivasi dan suasana yang menggalakkan serta

menyuburkan keadaan dalaman. Seni dapat digunakan secara berkesan bagi

menimbulkan dan melatih kreativiti kanak-kanak.

Hakcipta © UPSI 200767

Page 68: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

2. Seni memupuk kreativiti

Cara memupuk kreativiti ialah:

a. Buku yang berwarna, bercorak dan garis titik tidak menggalakkan kreativiti. Ia harus

dielakkan kerana kanak-kanak tidak bebas dan tidak berpeluang menggunakan bahan-

bahan asli.

b. Pandangan positif kepada diri sendiri dapat disemai melalui aktiviti seni.

c. Kanak-kanak hendaklah sentiasa dipuji dan diajak berbual berkenaan hasil kerja seni

mereka.

d. Semasa membuat aktiviti seni, kanak-kanak jangan dibantu sehingga siap kerjanya

atau diberikan model supaya ditiru kerana kanak-kanak tidak akan dapat berfikir untuk

melahirkan aktiviti seninya mengikut kreativitinya sendiri.

e. Jangan terlalu awal menilai atau memberi gred kepada hasil kerja seni kanak-kanak.

Sebaliknya sediakan masa, ruang, tempat, bahan dan benarkan kanak-kanak membuat

apa yang mereka suka tetapi secara terancang dan terkawal.

f. Ibu bapa digalakkan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak. Ini boleh menimbulkan

rasa seronok dan bangga dengan proses dan produk seni yang dihasilkan oleh kanak-

kanak.

g. Dedahkan kanak-kanak dengan aktiviti hasil kerja seni seperti pameran lukisan

supaya mereka dapat mengembangkan kreativitinya.

3. Fungsi seni

Seni boleh menyediakan peluang untuk kanak-kanak melahirkan dan menyatakan fikiran.

Disamping itu, seni dapat memberi peluang untuk menyatakan, memperhalus dan

membentuk emosi kanak-kanak. Kanak-kanak dapat disediakan peluang untuk

membentuk kemahiran-kemahiran sosial dan sensitiviti pada manusia dan persekitaran.

Hakcipta © UPSI 200768

Page 69: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Kreativiti dan imaginasi kanak-kanak dapat dirangsang melalui seni. Perkembangan

bahasa kanak-kanak dapat diperkayakan dan secara tidak langsung asas matematik dapat

didedahkan kepada kanak-kanak. Perkembangan kemahiran manipulatif dapat

digalakkan. Kekuatan otot dan kordinasi kanak-kanak dapat dibina melalui seni.

Pendedahan tentang penggunaan simbol dan corak sebagai persediaan kanak-kanak untuk

menulis dan membaca. Seni juga dapat melatih kanak-kanak memberi tumpuan,

mengaitkn kerja mahupun hasil kerja dengan topik lain.

4. Persediaan aktiviti seni

Peraturan berkaitan penjagaan dan penggunaan bahan-bahan seni perlu dibentuk sejak

prasekolah seperti tidak boleh membazirkan warna atau bahan-bahan untuk aktiviti seni

tidak boleh dimakan. Bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti seni seperti warna air,

berus lukisan dan lain-lain hendaklah disediakan dengan secukupnya sesuai dengan

bilangan kanak-kanak yang hendak menggunakannya. Guru hendaklah tahu

menggunakan bahan sebelum mengajar kanak-kanak menggunakannya. Sediakan surat

khabar, kain mengelap dan bahan-bahan lain untuk membersihkan kelas selepas aktiviti

seni. Ruang yang disediakan untuk aktiviti seni hendaklah mencukupi supaya aktiviti

seni dapat berjalan dengan lancar. Guru perlu merancang dan mengurus masa dengan

betul dalam aktiviti seni kerana kanak-kanak memerlukan masa yang cukup untuk

mencuba dan menggunakan bahan-bahan seni serta untuk mengemas setelah selesai

menjalankan aktiviti seni. Jika menggunakan warna air atau gam, guru perlu

menyediakan tempat yang sesuai untuk mengeringkan hasil kerja seni dan tempat

menyimpan hasil yang siap atau yang perlu dipamerkan.

Hakcipta © UPSI 200769

Page 70: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

5. Kepentingan aktiviti dan kreativiti dalam perkembangan kanak-kanak

Aktiviti estetika dan kreativiti memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Selain itu, aktiviti ini juga menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir. Contohnya, bagaimana untuk membuat lukisan ’rumah saya’ , kanak-kanak akan berfikir di mana kedudukan atas kertas lukisan sesuai hendak dilukiskan rumah, pokok atau jalan raya. Selain itu hasil kerja kanak-kanak yang dipamerkan oleh guru akan menimbulkan rasa dihargai atas usaha yang dilakukan dan meningkatkan keyakinan diri bagi kanak-kanak tersebut.

6. Menilai hasil seni kanak-kanak

Guru hendaklah berbincang dengan kanak-kanak dengan menggunakan bahasa yang mudah berkenaan warna dan bentuk hasil kerja mereka. Kanak-kanak perlu dilibatkan dalam menilai hasil kerja mereka. Disamping itu, ibu bapa perlu diberitahu dengan cara berbincang berkenaan pencapaian anak mereka dalam seni. Selain itu, guru perlu menyediakan rekod kerja seni kanak-kanak untuk rujukan masa depan.

Contoh penilaian seni kanak-kanak

Nama: Tarikh :

Arahan: Tandakan pada ruangan yang sesuai mengikut skala yang diberikan.

1. Lemah2. Sederhana3. Baik

Kemahiran / markah 1 2 31.Proses bekerja

Keupayaan mencipta

Mempunyai idea

Ada inisiatif

Sikap berdikari

Bersungguh-sungguh

Hakcipta © UPSI 200770

Page 71: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

Bekerja dengan baik bersama kanak-kanak lain

2. Mengendalikan bahan

Berupaya membancuh warna dengan baik

Dapat menggunakan gunting

E. RUMUSAN

Terdapat berbagai cara untuk menjadikan aktiviti kreativiti dan estetika menarik. Kanak-

kanak akan seronok melibatkan diri dalam aktiviti yang guru sediakan dengan

perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan

untuk sesuatu aktiviti. Oleh itu penilaian tentang kreativiti dan estetika perlu dirancang

dengan teliti supaya keputusan yang diambil dapat menggambarkan diri seseorang kanak-

kanak yang sebenarnya.

F. AKTIVITI

Mengapa kanak-kanak perlu diberi kebebasan bermain dengan bahan-bahan lukisan?

G. BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Lampiran 13

Hakcipta © UPSI 200771

Page 72: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

TOPIK 14: PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS A. PENGENALAN

Guru-guru banyak terlibat memberi pendidikan kepada kanak-kanak prasekolah yang normal atau biasa sesuai dengan perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi mereka. Namun demikian, wujud keperluan untuk mendidik kanak-kanak yang mempunyai keperluan-keperluan khas. Kanak-kanak tersebut memerlukan strategi dan pendekatan pembelajaran yang berbeza menurut keperluan khas mereka.

B. HASIL PEMBELAJARAN

Diakhir pengajaran pelajar-pelajar akan mengetahui;

1. Mengenali kanak-kanak dengan keperluan khas

2. Kategori kanak-kanak keperluan khas

3. Panduan mengajar kanak-kanak dengan keperluan khas

4. Penilaian kanak-kanak keperluan khas

5. Ciri-ciri Rancangan Pendidikan Individu

C. STRATEGI PENYAMPAIAN

Penyampaian berbentuk syarahan dan juga perbincangan.

D. PENYAMPAIAN ISI

1. Mengenali kanak-kanak dengan keperluan khas

Langkah pertama bagi seorang guru adalah memerhati seseorang kanak-kanak secara

sistematik agar boleh mencari perbezaan tingkah lakunya dengan kanak-kanak lain.

Kedua guru perlu berbincang dengan individu yang sama-sama bertanggungjawab di

prasekolah. Ketiga berbincang dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan tentang tingkah

laku anak mereka dan bagaimana guru boleh membantu mendapatkan pertolongan.

Bantuan dan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas boleh

diperolehi khususnya daripada Kementerian Kesihatan.

Penapisan merupakan penilaian awal untuk mengenal pasti kanak-kanak yang

mempunyai kerencatan. Tujuan utama penapisan adalah untuk mengurangkan masa di

Hakcipta © UPSI 200772

Page 73: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

antara pengenalan sesuatu masalah dan rawatan yang dicadangkan. Semakin awal

penapisan dijalankan semakin cepat rawatan boleh diketengahkan. Hasil penapisan perlu

dianalisis secara rapi dan terperinci sementara tindakan diambil ke atas hasil data

daripada penapisan.

Alat ujian penapisan perlu mengukur prestasi kanak-kanak dalam melaksanakan tugas-

tugas perkembangannya berbanding dengan kanak-kanak sebaya dengannya. Jika

terdapat suatu masalah dalam perkembangan kanak-kanak, langkah seterusnya adalah

mencari nasihat dan kepakaran doktor, ahli psikologi, guru dan pakarterapi yang lain

untuk memastikan diagnosis yang sebenarnya dan kualiti perkhidmatan yang diperlukan

oleh kanak-kanak tersebut. Diagnolis melibatkan penelitian maklumat tentang kanak-

kanak daripada semua pihak. Kadang kala seseorang guru hanya dapat mengesan secara

rasmi bahawa kanak-kanak itu terencat atau mempunyai keperluan khas beberapa lama

berada di tadika.

Situasi yang membataskan perkembangan kanak-kanak yang memiliki keperluan khas

tidak boleh belajar secara normal kerana masalah fizikal, sensori, intelek dan tingkah laku

mereka. Kanak-kanak keperluan khas memerlukan pengalaman, rawatan dan

pembelajaran khusus untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya.

2. Kategori kanak-kanak keperluan khas

a. Murid yang bermasalah pembelajaran b. Murid yang pintar cerdas

a. Murid yang bermasalah pembelajaran

Ciri-cirinya ialah:

- Masalah kelewatan penguasaan bahasa, komunikasi dan literasi seperti sukar memahami percakapan orang, pelat dan gagap.

- Masalah berkaitan dengan visual atau penglihatan seperti sukar melihat persamaan dan perbezaan saiz, bentuk, warna dan kedudukan objek, tidak boleh membentuk huruf atau menulis huruf secara terbalik, sukar

Hakcipta © UPSI 200773

Page 74: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

mengingat sesuatu yang dilihat, mudah terganggu dan menukar tumpuan kerja, hiperaktif .

- Masalah berkaitan dengan pendengaran

b. Murid pintar cerdas

Ciri-cirinya ialah:

- belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi

- mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat dan mengekal / mengingat apa yang dibaca dan didengar dengan mudah

- peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan dan berupaya menyelesaikan masalah

- penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang baik

- berminat dalam pembelajaran dan pencapaian akademik yang tinggi

- melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan, kekuatan dan kesihatan

3. Panduan mengajar kanak-kanak dengan keperluan khas

1. Tegaskan kebolehan dan bakat kanak-kanak keperluan khas serta pupuk potensi mereka.

2. Guru boleh memerhati kanak-kanak, selidiki hasil kerja mereka, berbincang dengan ibu bapa, kaji rekod kanak-kanak dan berbincang dengan rakan sejawat.

3. Tegaskan aspek permainan kerana melalui permainan kanak-kanak memperoleh kecekapan persekitaran untuk membina konsep kendiri yang positif.

4. Guru perlu ubahsuai atau strukturkan persekitaran untuk keperluan kanak-kanak keperluan khas.

5. Dalam merancang aktiviti untuk kanak-kanak dengan keperluan khas perlu ada pendekatan analisis tugas. Ini melibatkan memecahkan sesuatu tugasan kepada

Hakcipta © UPSI 200774

Page 75: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

bahagian-bahagian komponen dan mengajar secara berasingan kemahiran yang lebih kecil. Tempoh di antara dua aktiviti perlulah ringkas.

6. Guru perlu menjadi pendengar yang baik.

7. Pelbagaikan contoh-contoh dan situasi dalam menerangkan sesuatu konsep.

8. Apabila kanak-kanak dengan keperluan khas diajar bersama dengan kanak-kanak biasa, keperluan untuk kerja berpasukan diperlukan. Ibu bapa, guru dan para profesional yang lain perlu bekerjasama untuk berkongsi maklumat dan kepakaran.

9. Ibu bapa kanak-kanak keperluan khas lebih mengenali anak mereka. Mereka boleh membantu memperkayakan pengalaman di sekolah bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran anak-anak mereka.

4. Penilaian kanak-kanak keperluan khas

Dua aspek penting bagi penilaian:

1. Penilaian dan proses ujian adalah untuk memantau kemajuan kanak-kanak

2. Cara bagaimana sekolah dan perkhidmatan lain mengesan kanak-kanak keperluan khas

Guru menilai kanak-kanak dalam empat kategori:

1. Domain major perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.2. Hasil yang diharapkan daripada program bagi setiap individu.3. Corak perkembangan, pengetahuan, sikap dan minat kanak-kanak yang unik.4. Masalah atau isu tentang kanak-kanak dalam satu kumpulan.

Penilaian dapat membantu mengenal pasti bantuan dan khidmat sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak. Program pendidikan bgi murid dengan keperluan khas seiring dengan Rancangan Pendidikan Individu (RPI), iaitu merupakan rancangan program penilaian berterusan. Di negara barat, RPI termaktub dalam Akta Pendidikan Persekutuan di bawah Undang-undang Awam 94-142 yang mana undang-undang ini menetapkan setiap kanak-kanak keperluan khas perlu mempunyai program pendidikan individu yang bertulis, terancang dan teratur, yang merangkumi penilaian murid, matlamat jangka panjang, objektif jangka pendek, strategi yang digunakan dan jangkamasa.

Hakcipta © UPSI 200775

Page 76: Modul Diploma Pemerhatian Dan Penilaian Kanak-kanak

Penilaian dan Pemerhatian Kanak-kanak Prasekolah DPS 17

5. Ciri-ciri Rancangan Pendidikan Individu

a. Komprehensif iaitu merangkumi semua aspek ketidakupayaan kanak-kanak.

b. Spesifik iaitu matlamat dan objektifnya dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat diperhatikan dan diukur.

c. Mengikut urutan iaitu berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.

d. Realistik iaitu matlamat dan objektif hendaklah sesuai dengan tahap fungsi dan kadar perkembangan sedia ada setiap kanak-kanak.

e. Difahami iaitu hendaklah menggunakan bahasa yang difahami oleh para profesional dan juga ibu bapa yang dapat menjelaskan apa yang perlu diketahui.

f. Dipersetujui oleh ibu bapa, guru, kanak-kanak dan profesional lain yang terlibat.

E. RUMUSAN Kanak-kanak dengan keperluan khas perlu diberi rangsangan yang cukup bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian dengan mengetahui ciri-ciri kekuatan yang ada pada kanak-kanak itu. Setiap kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dan pastinya ada program yang dapat memberi manfaat kepada mereka. Ibu bapa dan setiap anggota masyarakat perlu menghapuskan anggapan negatif terhadap kecacatan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak.

F. AKTIVITI

1. Apakah kesannya jika seseorang kanak-kanak itu diberi label sebagai kanak-kanak

keperluan khas? Apakah tanggungjawab guru prasekolah dalam situasi tersebut?

BAHAN BACAAN TAMBAHAN

1. Lampiran 14

Hakcipta © UPSI 200776