pembinaan dan penilaian kesesuaian modul · pdf fileevaluation includes two evaluation phases...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT



PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI (MPK) HABA DAN TENAGA BAGI MATA PELAJARAN
FIZIK KBSM TINGKATAN EMPAT
CHONG YEE LING
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer
Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004

ii

iii
Untuk ayah, ibu dan adik-adik tersayang

iv
PENGHARGAAN
Dalam usaha untuk membina dan menilai MPK Haba dan Tenaga,
pelbagai pihak telah bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan dan tunjuk ajar.
Dengan adanya bantuan pihak yang berkenaan, dapatlah penyelidikan ini
diselesaikan dengan sempurnanya.
Jutaan terima kasih ingin dirakamkan kepada P.M. Dr. Hj Shaharom
Noordin selaku penyelia Projek Sarjana Mudaku. Beliau tidak jemu-jemu
mendidik dan membetulkan kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang projek
ini dijalankan. Ketegasan dan keikhlasan beliau tidak akan ku lupakan buat
selama-lamanya.
Ribuan terima kasih juga ingin ditujukan kepada Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti Pendidikan atas kebenaran menjalankan
penyelidikan.
Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan ingin disampaikan kepada semua
pengetua dan guru Fizik atas kerjasama yang dihulurkan, khasnya sekolah-
sekolah menengah di sekitar daerah Segamat dan Gemas yang terlibat dalam
proses menilai status kesesuaian MPK yang telah dibina ini.
Akhirnya tidak lupa juga merakamkan sekian terima kasih kepada rakan
seperjuangan dan keluarga tersayang yang banyak memberi dorongan serta
perangsang untuk menjayakan projek penyelidikan ini.

v
ABSTRAK
Demi melahirkan generasi pelapis yang berilmu pengetahuan dan
berakhlak mulia, penggunaan bahan yang bermutu amat memainkan peranannya.
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah satu alternatif yang dapat dimanfaatkan
oleh pelajar dan guru kerana MPK dibina secara sistematik, teratur dan terancang
supaya memenuhi keperluan setiap pelajar dengan mengambil kira perbezaan
individu. Dalam konteks kajian yang telah dijalankan, tiga MPK Haba dan
Tenaga telah dibina dan dinilai status kesesuaiannya. MPK yang dibina termasuk
MPK 1: Sifat Termometri, MPK 2: Muatan Haba dan MPK 3: Haba Pendam.
MPK ini dibina berdasarkan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Alat kajian
yang digunakan ialah set soal selidik iaitu Soal Selidik Kesesuaian Modul
Pengajaran Kendiri (MPK)(Guru)(Shaharom, 1994). Pemboleh ubah bebas yang
digunakan ialah kedudukan sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah Bandar
(B) dan sekolah Luar Bandar (LB). Kesesuaian MPK dinilai menerusi dua
peringkat penilaian iaitu kajian rintis dan penilaian formatif. Penilaian formatif
pula melibatkan dua fasa penilaian iaitu seramai empat orang guru Fizik yang
terlibat dalam PFSS manakala 10 orang guru Fizik terlibat dalam PFKK. Kajian
rintis pula melibatkan enam orang guru Fizik. Responden kajian dipilih daripada
guru Fizik yang mengajar di sekolah menengah sekitar daerah Segamat dan
Gemas. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk
min, sisihan min, maksimum dan minimum. Hasil kajian menunjukkan bahawa
status kesesuaian MPK yang dibina ialah “Amat Sesuai”. Di samping itu,
terdapat perbezaan status kesesuaian MPK Haba dan Tenaga merentas kedudukan
sekolah dalam kedua-dua fasa penilaian formatif yang dijalankan. Implikasinya,
MPK yang dibina adalah sesuai digunakan dan memenuhi Huraian Sukatan
Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat.

vi
Abstract
The use of quality materials plays a very important role in producing the
next generations equipped with knowledge and high morality. Self Instructional
Module (SIM) is an alternative that can be benefited by students and teachers for
SIM is developed systematically, organized and planned to fulfill the needs of
each students while taking into considerations of individual differences. In the
context of the research that was carried out, three SIMs Haba dan Tenaga have
been developed and evaluated of its suitability status. SIMs that were developed
include SIM1: Sifat termometri, SIM2: Muatan Haba and SIM3: Haba Pendam.
These SIMs were developed based on the Teras-Cabang Model (Shaharom,
1994). Instrument of study that was used is questionnaire set which is Soal Selidik
Kesesuaian Modul Penajaran Kendiri (MPK)(Guru)(Shaharom,1994). The school
location was used as independent variable which was categorized as Urban
School (B) and Rural School (LB). The suitability of the SIM is evaluated in two
evaluation phase which are pilot study and formative evaluation. Formative
evaluation includes two evaluation phases which are four Physics teachers
involved in PFSS and 10 Physics teachers involved in PFKK. On the other hand,
pilot study involves six Physics teachers. Study respondents were chosen from
Physics teachers who are teaching in secondary schools around Segamat and
Gemas district. The collected data was analyzed statistically in descriptive form
such as mean, mean differences, minimum and maximum. The result of this study
shows that the suitability status of the developed SIM was “Very Suitable”.
Besides that, there are differences of suitability status in SIM Haba dan Tenaga in
different school locations in both phases of formative evaluations. As an
implication, the developed SIM is suitable to be used and fulfills the Huraian
Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat.

vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN/ SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.1.1 Penterjemahan Bahasa
Asing 4
1.1.2 Kurang Bahan Bacaan
Dalam Bahasa Melayu 6
1.1.3 Teks Yang Kurang
Menekankan Penglibatan
Pelajar 7

viii
1.1.3 Ketiadaan Objektif Bagi
Buku Teks Dan Buku
Rujukan 9
1.1.5 Gambarajah Yang Kurang
Menekankan Penglibatan
Pelajar 10
1.1.6 Soalan Di Akhir Bab Yang
Kurang Menekankan
Penglibatan Pelajar 11
1.1.7 Ringkasan Bab Yang
Kurang Menekankan
Penglibatan Pelajar 13
1.1.8 Aktiviti Yang Kurang
Menekankan Penglibatan
Pelajar 14
1.2 Pernyataan Masalah 15
1.3 Objektif Kajian 15
1.4 Persoalan Kajian 16
1.5 Rangka Kerja Konsep 16
1.6 Kepentingan Kajian Kepada 17
1.6.1 Pelajar 18
1.6.2 Guru 19
1.6.3 Institusi Pendidikan Guru 20
1.6.4 Institusi Pengajian Tinggi 21
1.6.5 Pusat Perkembangan
Kurikulum 22
1.7 Skop Kajian 22
1.8 Takrifan Istilah 23
1.9 Ringkasan 25

ix
BAB II SOROTAN PENULISAN 27
2.0 Pendahuluan 27
2.1 Model-model Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) 28
2.1.1 Model Burns (1972) 28
2.1.2 Model Klingstedt (1972) 30
2.1.3 Model Eijl (1976) 32
2.1.4 Model De Vito (1976) 32
2.1.5 Model Meyer (1984) 34
2.1.6 Model Teras-Cabang
(Shaharom, 1994) 36
2.1.6.1 Bahagian Teras 38
2.1.6.2 Bahagian Cabang 40
2.2 Rasional Penggunaan Model
Teras-Cabang (Shaharom, 1994) 42
2.3 Penilaian Formatif 45
2.3.1 Penilaian Formatif Satu
Dengan Satu
(On-to-one Evaluation) 46
2.3.2 Penilaian Formatif
Kelompok Kecil
(Small Group Evaluation) 47
2.3.3 Ujian Lapangan (Field Trial) 48
2.4 Strategi Pembelajaran Penguasaan
(Mastery Learning – ML) 48
2.5 Kajian-kajian Yang Berkaitan
Dengan Pembinaan Dan Penilaian
MPK Dalam Bidang Fizik 51
2.5.1 Di Dalam Negara 52
2.5.2 Di Luar Negara 58
2.6 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan
Pembinaan Dan Penilaian MPK Dalam
Bidang-bidang Lain Di Dalam Negara 61

x
2.7 Ringkasan 64
BAB III PENGKAEDAHAN KAJIAN 65
3.0 Pendahuluan 65
3.1 Reka Bentuk Kajian 65
3.2 Tajuk-tajuk Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) 66
3.3 Responden Kajian 67
3.4 Alat Kajian 67
3.5 Tatacara Kajian 68
3.5.1 Kajian Tahap Satu:
Pembinaan MPK 70
3.5.2 Kajian Tahap Dua: Kajian
Rintis Dan Penilaian
Formatif 72
3.5.2.1 Kajian Rintis 72
2.5.2.2 PFSS 73
3.5.2.3 PFKK 73
3.5.3 Kajian Tahap Tiga: Analisis
Data Dan Maklumat 75
3.6 Andaian Kajian 77
3.7 Batasan kajian 78
3.8 Ringkasan 79
BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN 80
4.0 Pendahuluan 80
4.1 Kajian Rintis 81
4.2 Penilaian Formatif Terhadap
Kesesuaian MPK Oleh Guru Fizik 82
4.2.1 Persoalan Kajian Satu 82

xi
4.2.2 Persoalan Kajian Dua 84
4.3 Penilaian Formatif Merentas
Kedudukan Sekolah 85
4.3.1 Persoalan Kajian Tiga 86
4.3.2 Persoalan Kajian Empat 88
4.4 Ringkasan 90
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN 92
5.0 Pendahuluan 92
5.1 Ringkasan Dan Perbincangan 93
5.2 Kesimpulan 98
5.3 Implikasi 99
5.3.1 Pelajar 99
5.3.2 Guru 101
5.3.3 Institusi Pendidikan 103
5.3.4 Penggubal Kurikulum 104
5.4 Cadangan 105
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa
Hadapan 106
5.6 Ringkasan 108
RUJUKAN 109
LAMPIRAN
Lampiran A – H 118-135

xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbandingan Model-model MPK 44
4.1 PFSS Oleh Guru Fizik Terhadap Kesesuaian
MPK 83
4.2 Kesimpulan Hasil PFSS Terhadap Kesesuaian
MPK 83
4.3 PFKK Oleh Guru Fizik Terhadap Kesesuian MPK 84
4.4 Kesimpulan Hasil PFKK Terhadap Kesesuaian
MPK 84
4.5 PFSS Oleh Guru Fizik Merentas Kedudukan
Sekolah 87
4.6 Kesimpulan Hasil PFSS Oleh Guru Fizik Merentas
Kedudukan Sekolah 87
4.7 PFKK Oleh Guru Merentas Kedudukan Sekolah 89
4.8 Kesimpulan Hasil PFKK Oleh Guru Fizik
Merentas Kedudukan Sekolah 89
5.1 Analisis PFSS dan PFKK Merentas Pemboleh
Ubah Bebas Bagi Mata Pelajaran Fizik 95

xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep Kajian 17
2.1 Model Teras-Cabang
(Sumber: Shaharom, 1994) 37
2.2 Model Pembelajaran Penguasaan
(Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) 49
3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan
(Ubahsuai: Abdul Razak, 1999) 69
3.2 Rangka Kerja Tahap Satu
(Ubahsuai: Salohi, 1999) 70
3.3 Rangka Kerja Kajian Pembinaan MPK
(Ubahsuai: Shaharom, 1994) 71
3.4 Rangka Kerja Kajian Rintis
(Ubahsuai: Abdul Razak, 1999) 72
3.5 Rangka Kerja Penilaian Formatif
(Ubahsuai: Abdul Razak, 1999) 74

xiv
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
n - Bilangan markat
& - Dan
∑ - Jumlah
x - Min atau purata
xi - Setiap markat subjek
+ - Tambah atau campur
= - Bersamaan
ALP - Agensi Latihan Perguruan
AS - Amat Sesuai
B - Bandar
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
HSP - Huraian Sukatan Pelajaran
IM - Instructional Module
JPK - Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK (Guru)
KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif Dan Kritis
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
LB - Luar Bandar
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
PB - Pengajaran Bermodul
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
S - Sesuai

xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Pengesahan Pakar Bidang 118
B Borang Pengesahan Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) 119
C Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran
Kendiri (MPK)(Guru) 121
D Jadual Pemeringkatan Kesesuaian (JPK)
MPK Untuk Guru 127
E Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan 128
F Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan
Negeri Johor 129
G Surat Kebenaran Daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia 130
H Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan
Empat KBSM 2001 132

1
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Sejajar dengan era modenisasi dan ledakan teknologi maklumat, negara
kita Malaysia juga bergiat mengorak langkah untuk memajukan diri agar tidak
ketinggalan dalam arus globalisasi. Negara kita ingin berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara maju yang lain serta ingin memartabatkan
nama negara Malaysia di arena antarabangsa. Dalam pada itu, Y.A.B. Dato Seri
Dr. Mahathir bin Mohamad selaku Perdana Menteri telah menggariskan Wawasan
2020 yang mengandungi sembilan cabaran sebagai asas bagi negara kita untuk
mencapai status sebagai negara yang maju.
Dalam cabaran keenam bagi Wawasan 2020, iaitu mewujudkan masyarakat
yang saintifik dan progresif serta menyumbang kepada pembentukan peradaban
sains dan teknologi pada masa hadapan, jadi setiap warganegara Malaysia harus
berganding bahu untuk menyahut cabaran tersebut supaya melahirkan masyarakat
yang inovatif dan memandang jauh ke hadapan. Kita ingin mewujudkan
masyarakat yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga memberi
sumbangan kepada kemajuan teknologi masa depan. Lantaran itu sistem
pendidikan di Malaysia sekarang ini tidak harus hanya menekankan kepada 3M

2
(membaca, menulis, mengira) sahaja tetapi juga menekankan kemahiran berfikir,
kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi (Som & Mohd Dahalan, 2002).
Guru adalah agen kepada keberkesanan pendidikan. Sebaik manapun suatu
sistem pendidikan tetapi tanpa agen yang melaksanakan dengan berkesan akan
membantutkan matlamat yang hendak dicapai. Selain ada tenaga pengajar yang
berkesan, juga perlu bahan yang bersesuaian dan bermanfaat supaya dapat
menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Bahan yang dikategorikan sebagai
baik terdiri daripada persepaduan yang berlandaskan teori pengajaran,
pembelajaran dan penilaian yang kukuh dan dinamik (Adnan, 1993).
Bahan pengajaran yang berkesan seharusnya melibatkan pelajar secara aktif
supaya dapat merangsang pemikiran pelajar supaya berfikir secara kreatif dan kritis
serta bukan sekadar baca dan hafal sahaja yang tanpa melibatkan perkembangan
minda. Bahan pengajaran yang berkesan juga harus memenuhi faktor perbezaan
individu seperti kemampuan intelek, latar belakang akademik dan perbezaan dari
segi gaya dan cara pembelajaran (Meyer, 1988). Pelajar berbeza dari segi kognitif,
afektif, sosial dan psikomotor. Bagi memenuhi keperluan semua pelajar supaya
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P), Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) merupakan satu alternatif yang baik kerana faktor
perbezaan individu merupakan salah satu faktor yang dipertimbangkan semasa
pembinaan sesuatu MPK.
Disebabkan terdapat perbezaan aras kognitif bagi setiap pelajar, maka MPK
turut menyediakan kemudahan supaya setiap pelajar boleh belajar sendiri mengikut
kemampuan dan kebolehan sendiri serta boleh mengulangi bahagian-bahagian yang
ingin diperkukuhkan.
Menurut Meyer (1988:23);
“Self-instructional modules allow the rate of learning to be adjusted to suit
the needs of each individual student. The slow learner is able to repeat any part
of the package which was found difficult. Fast learners can move more quickly
provided they can demonstrate achievement of the objectives set for that module.

3
In many cases students using modules can work alone and this frees them from
keeping to the average pace of a group.”
Dalam pengajaran bermodul (PB), pelajar juga berpeluang memilih media
yang sesuai untuk memudahkan dan mempercepatkan pemahaman. Media boleh
berupa bahan bercetak, bahan bukan bercetak atau gabungan kedua-duanya
(Shaharom, 1994). Biasanya gabungan beberapa media adalah lebih
menyeronokkan dan dapat menarik perhatian pelajar untuk mempelajari sesuatu
topik itu. Media-media tersebut membolehkan pelajar belajar dengan gabungan
pelbagai deria seperti mata, telinga, hidung, sentuhan dan sebagainya. Ini dapat
mengukuhkan ingatan pelajar serta mewujudkan suasana P&P yang lebih ceria
dan merangsang penggunaan pelbagai deria. Ini adalah berbeza dengan cara P&P
tradisional yang kurang menyeronokkan dan membosankan.
Dalam MPK juga menyediakan soalan-soalan pengukuhan dan pengayaan
yang mencabar minda serta daya pemikiran pelajar. Pelajar boleh mencuba soalan
tersebut dan menguji tahap penguasaan terhadap tajuk tersebut. Dari situ, pelajar
dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan sendiri serta dapat membuat
pengukuhan yang sewajarnya. Menurut Adnan (1993), pembelajaran yang sebenar
hanya berlaku sekiranya pelajar bergiat mencari jawapan soalan dengan sendiri dan
mengusulkan bagaimana mencari jawapan itu. Jadi selain soalan pemulihan dan
pengayaan, juga terdapat soalan-soalan yang mencabar minda pelajar untuk mencari
dan mengumpul maklumat untuk mendapatkan jawapan. Medan pencarian ilmu
bagi pelajar sekarang bukan lagi hanya terhad dalam bilik darjah malah melibatkan
aktiviti luar bilik darjah. Dengan cara sedemikian, pelajar akan terdedah kepada
perkembangan dunia luar. Ini bukan sahaja dapat meluaskan ilmu pengetahuan
pelajar malahan dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif.
Jadi, sebagai generasi wawasan, pelajar seharusnya mempunyai motivasi
untuk mencari jawapan dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan
seharian agar dapat meningkatkan mutu pendidikan dan membawakan manfaat
kepada diri, bangsa dan negara. Ini akan membimbing negara kita melangkah satu
langkah ke arah mencapai Wawasan 2020.

4
1.1 Latar Belakang Masalah
Terdapat pelbagai jenis buku rujukan Fizik yang terdapat di pasaran untuk
pilihan pelajar. Namun begitu, adakah buku-buku rujukan tersebut memenuhi
keperluan pelajar? Menurut kajian, kebanyakan penerbit hanyalah mengutamakan
keuntungan komersial sehingga lalai terhadap mutu bahan bacaan yang diterbitkan.
Berikut dipaparkan beberapa isu tentang bahan-bahan bacaan tersebut serta
implikasinya terhadap proses P&P pelajar. Masalah-masalah tersebut telah
menimbulkan reformasi kepada pendidikan sehingga munculnya MPK yang dibina
secara sistematik, teratur dan terancang supaya dapat memenuhi keperluan setiap
pelajar dengan mengambil kira faktor perbezaan antara individu (Shaharom, 1994).
Antara masalah-masalah yang diutarakan adalah seperti berikut:
1.1.1 Penterjemahan Bahasa Asing
Bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia ialah Bahasa
Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negara Malaysia.
Bahasa Melayu sedang mengalami perkembangan pesat sebagai bahasa pengantar
pengajaran, bahasa untuk berkomunikasi dalam bidang sosial dan iktisas.
Negara kita dipengaruhi oleh sistem pendidikan British, jadi kebanyakan
buku-buku teks dan bahan-bahan bacaan dalam bidang sains dan teknologi perlu
diterjemah daripada bahasa Inggeris (Siow, 1976). Namun begitu, Bahasa Melayu
merupakan bahasa tradisional dan mengalami masalah kekurangan istilah dalam
bidang sains. Lantaran usaha untuk mengumpul dan mencipta istilah-istilah dalam
bidang sains perlu dipergiatkan sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi.

5
Dalam usaha untuk memperbanyakkan istilah dalam bidang sains, kaedah
penterjemahan bahasa asing digunakan. Menurut Molly (1982: 60);
“…many of such terms are coined using European root-words, some of
which have resulted in confusion among both teachers and pupils for the concepts
which the word represent may not easily understood.”
Terdapat keadaan ketidakselanjaran dalam penterjemahan bagi sesetengah
perkataan sains dan matematik. Contohnya perkataan “oksida” dan “oksid” untuk
“oxide”, perkataan “saitoplasma” dan “sitoplasma” untuk “cytoplasm”, perkataan
“kosinus” dan “kosine” untuk “cosine”, perkataan “purata” dan “hitung panjang”
untuk “average” ( Molly, 1982). Ini telah membantutkan perkembangan pemikiran
saintifik pelajar dan telah mengelirukan cara pemikiran pelajar.
Penterjemahan bahan bacaan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa
Melayu memerlukan penguasaan kedua-dua bahasa yang baik dan juga mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang maksud isi kandungan perenggan atau ayat
tersebut. Sekiranya syarat ini tidak dipenuhi, penterjemah hanyalah membuat
penterjemahan secara perkataan-demi-perkataan yang tidak memberi sebarang
makna. Ayat tersebut mungkin mempunyai bahasa yang baik tetapi mengandungi
konsep yang salah. Masalah ini timbul kerana susah untuk mendapatkan seorang
yang cekap dalam Bahasa Melayu serta mempunyai pengetahuan yang mendalam
dalam bidang sains (Siow, 1976).
Dalam konteks ini, usaha untuk meningkatkan mutu penterjemahan harus
dipertingkatkan dan harus mempunyai keseragaman dalam penggunaan istilah agar
tidak menimbulkan kekeliruan dan keraguan. Pihak-pihak yang berkaitan harus
memastikan penggunaan sesuatu istilah itu adalah sesuai dan melingkupi maksud
yang ingin disampaikan. Bahasa merupakan bahan pengantaraan yang digunakan
untuk menyampaikan sesuatu maklumat serta menyalurkan sesuatu konsep supaya
pembaca dapat memahami dan menghayati ilmu pengetahuan tersebut. Sekiranya
terdapat kesangsian dalam penggunaan istilah untuk menyampaikan sesuatu
maklumat, bagaimanakah pelajar dapat menghayati maksud sebenar ilmu tersebut
serta mempraktikkannya? Secara langsung, fenomena ini akan merupakan batu

6
penghalang untuk melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berfikiran
kreatif dan kritis.
1.1.2 Kurang Bahan Bacaan Dalam Bahasa Melayu
Di pasaran kurang terdapat bahan bacaan bagi bidang sains dalam bentuk
Bahasa Melayu. Sumber asal kebanyakan bahan ilmiah, jurnal, kajian dan
sebagainya adalah dalam bentuk Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan pelajar
menghadapai masalah untuk mendapatkan bahan bacaan tambahan bagi bidang
sains dalam bentuk Bahasa Melayu. Lantas, tabiat membaca di kalangan pelajar
menjadi rendah.
Gaya pembelajaran pelajar yang sedang berada di bangku sekolah lebih
berorientasikan pembacaan buku teks dan buku rujukan yang diterbit berdasarkan
sukatan pelajaran. Lantas ini tidak menggalakkan perkembangan minda pelajar
kerana pelajar tidak mengikuti perkembangan semasa dalam bidang sains dan
teknologi. Pelajar hanyalah seperti katak di bawah tempurung yang lambat laun
akan ketinggalan dalam arus modenisasi. Ini adalah bercanggah dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Di Malaysia, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu.
Jadi, bahan bacaan dalam Bahasa Melayu harus diperbanyakkan menerusi usaha
penterjemahan. Pihak kerajaan turut perlu menggalakkan dan merangsang
penghasilan bahan bacaan dalam Bahasa Melayu menerusi usaha penyelidikan,
kajian dan sebagainya. Cara ini bukan sahaja dapat memperkayakan bahan bacaan
dalam Bahasa Melayu malah dapat menggalakkan perkembangan ilmu
pengetahuan serta kemahiran berfikir di kalangan rakyat Malaysia bagi
menghasilkan bahan bacaan yang bermutu.

7
1.1.3 Teks Yang Kurang Menekankan Penglibatan Pelajar
Sesuatu teks boleh dikategorikan sebagai baik sekiranya ia menekankan
penglibatan pelajar secara aktif serta melibatkan penggunaan kemahiran saintifik
pelajar. Teks yang bermutu bukan hanya berperanan sebagai kenyataan yang
menyampaikan atau mempersembahkan data malahan harus melibatkan pelajar
untuk mengumpul data, menganalisis data dan seterusnya membuat kesimpulan
daripadanya (Romey, 1968).
Menurut Hanafi (2002: 1);
“Kebanyakan bahan bacaan pelajar di pasaran lebih mementingkan aspek
fakta pengetahuan dan isinya kurang dikaitkan dengan aspek-aspek kognitif yang
perlu dihubungkaitkan dengan apklikasinya, nilai dan norma kehidupan masyarakat
persekitaran tempatan dan negara.”
Cara pembelajaran sedemikian adalah secara pasif kerana pelajar hanya
menghafal sesuatu konsep tersebut dan mengeluarkannya semula dari ingatan
semasa menduduki peperiksaan. Secara tidak langsung, fenomena ini akan
menghasilkan “ulat buku” yang hanya tahu teori dan tidak tahu secara praktikalnya.
Dalam proses P&P, pelajar harus mengambil bahagian secara aktif untuk
mengaitkan sesuatu ilmu yang dipelajari dengan kehidupan seharian. Ini dapat
memperkembangkan minda pelajar dan menekankan kemahiran berfikir dan
kemahiran saintifik pelajar. Namun begitu, masalah yang dipersoalkan ialah,
adakah buku-buku teks yang terdapat di pasaran menekankan kemahiran tersebut?
Bagi menghasilkan buku yang bermutu dan menggalakkan kemahiran
berfikir, para penerbit seharusnya menerbitkan buku berdasarkan buku Penghayatan
Kurikulum Sains KBSM yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
(PPK) iaitu bahagian Penekanan Dalam Kurikulum Sains Yang Disemak Semula.
Kurikulum sains yang disemak semula mementingkan pembelajaran berfikir
melalui pendekatan inkuiri iaitu integrasi pemerolehan pengetahuan dan
penguasaan serta penerapan sikap saintifik dan nilai murni dalam proses
pembelajaran (PPK, 2001).

8
Daripada kajian yang dilakukan oleh Noor Zalina (2001) dan Fikriah (1995),
didapati indeks penglibatan pelajar untuk teks (It) dalam buku Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah Fizik Tingkatan 5 (Lim dan Chia,1992) ialah 0.10.
Ini menunjukkan bahawa buku ini adalah bersifat autoritarian (Romey, 1968).
Menurut kajian oleh Wong (2000) terhadap buku Sukses Lengkap Terkini SPM
Fizik Tingkatan 4 dan 5 (Yap, 1997), It bernilai 0.16. Menurut laporan yang dibuat
oleh Mat Kamil (2000), It ialah 0.06 bagi buku Nota Komprehensif SPM Fizik
(Christine Chen, 1999). Menurut Ahmad (2000), It bernilai sifar bagi kajian yang
dilakukan ke atas buku Siri Peneguhan Cekap KBSM Fizik Tingkatan 4
(Chew,1992).
Daripada data-data yang dipamerkan di atas, didapati indeks penglibatan
pelajar untuk teks dalam semua kes adalah kurang daripada 1.00 dan ini
menunjukkan bahawa cara pembelajaran pelajar lebih cenderung kepada hafalan
dan takrifan sahaja tanpa melibatkan kemahiran berfikir (Romey, 1968). Ini
merupakan satu fenomena yang membimbangkan kerana pelajar tidak dapat
mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan. Pelajar juga tidak berupaya
untuk memilih pengetahuan yang sesuai untuk dipadankan dengan situasi untuk
mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian. Minda pelajar tidak diterokai.
Fenomena ini akan menyebabkan hasrat negara kita untuk mencapai Wawasan
2020 tergendala.
Implikasinya, terlalu banyak kepentingan atau tumpuan diberi kepada isi
pelajaran dan peperiksaan serta tidak memberi perhatian kepada pembelajaran
yang memberi tumpuan kepada penggunaan pengetahuan secara semulajadi (Lim,
1976).

9
1.1.4 Ketiadaan Objektif Bagi Buku Teks dan Buku Rujukan
Objektif adalah penting dalam proses P&P kerana pada akhir P&P kita akan
bertanya kepada diri kita, apa yang telah kita perolehi? Adakah matlamat kita
tercapai? Semua ini terangkum dalam objektif. Objektif memainkan peranan yang
penting dalam membuat perancangan dan merupakan garis panduan bagi kita untuk
menilai keberkesanan proses P&P. Objektif akan memberikan arah dan fokus yang
perlu diberi perhatian. Jadi penghasilan bahan P&P harus tahu arah yang hendak
dituju sebelum aktiviti mereka bentuk dimulakan supaya setiap media dan aktiviti
yang disediakan memenuhi keperluan objektif pembelajaran (Shaharom, 1994).
Namun begitu daripada kajian yang dijalankan, didapati kebanyakan buku
teks dan buku rujukan tidak memuatkan objektif. Menurut kajian yang dilakukan
oleh Rosliza (2001) terhadap buku Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik
Tingkatan 5 (Chong dan Loh, 2000), didapati objektif pembelajaran tidak
disediakan. Menurut kajian oleh Wong (2000) terhadap buku Sukses Lengkap
Terkini SPM Fizik Tingkatan 4 dan 5 (Yap, 1997), objektif juga tidak disenaraikan.
Selain itu, menurut laporan yang dibuat oleh Ahmad (2000), buku Siri Pengukuhan
Cekap KBSM Fizik Tingkatan 4 (Chew,1992) juga tidak disediakan objektif.
Keadaan yang sama dijumpai oleh Norhafiza (2002) dalam buku Fokus Indigo
SPM Fizik (Lim, Chia dan Poh, 2001).
Objektif dapat membimbing proses pembelajaran pelajar kerana pelajar
dapat mengetahui apa yang perlu dipelajari lantas mereka akan menumpukan
perhatian terhadap pengajaran guru. Pelajar boleh menggunakan objektif untuk
menghasilkan pembelajaran yang lebih cepat dan efisien (Yelon, 1992). Tanpa
objektif, ternyatalah bahan bacaan tersebut ada kelemahan dan kurang sesuai
digunakan untuk menghasilkan P&P yang berkesan.

10
1.1.5 Gambarajah Yang Kurang Melibatkan Pelajar
Biasanya gambarajah yang dimuatkan dalam bahan bacaan adalah bertujuan
untuk memberikan maklumat dan mengukuhkan ingatan pelajar terhadap tajuk
tersebut. Namun begitu, sesuatu gambarajah itu boleh dikategorikan sebagai
bermutu sekiranya ia memerlukan pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau
menggunakan data (Romey, 1968). Gambarajah juga bertujuan untuk memberi
gambaran yang lebih menyeluruh dan konkrit agar pelajar boleh membayangkan
sesuatu keadaan yang sebenar.
Kajian yang dilakukan oleh Norhafiza (2002) terhadap buku Fokus Indigo
SPM Fizik (Lim, Chia dan Poh, 2001) didapati bahawa indeks penglibatan pelajar
dalam gambarajah (Ig) ialah 0.50 iaitu bersifat autoritarian dan kurang mencabar
(Romey, 1968). Menurut kajian Wong (2000) terhadap buku Sukses Lengkap
Terkini SPM Fizik Tingkatan 4 dan 5 (Yap, 1997), Ig ialah 0.25. Nilai ini adalah
sama dengan keputusan kajian yang dilakukan oleh Ahmad (2000) terhadap buku
Siri Pengukuhan Cekap KBSM Fizik Tingkatan 4 (Chew, 1992). Menurut Phang
(2002), Ig adalah bernilai 0.49 bagi buku Siri Sumber Dan Rujukan KBSM Fizik
Tingkatan 4 (Poh, 2002).
Nilai-nilai yang dipaparkan ini menunjukkan bahawa gambarajah yang
dimuatkan dalam buku-buku tersebut kurang memberi rangsangan kepada pelajar
untuk berfikir dan menganalisis data daripada gambarajah. Gambarajah tersebut
lebih berperanan untuk tujuan penerangan (Romey, 1968).
Menurut Jamalludin & Zaidatun (2000: 38);
“Grafik seperti lukisan, gambar foto atau carta amat membantu dalam
menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Visualisasi merupakan
antara proses yang penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh
digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu
maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan
sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.”

11
Gambarajah yang melibatkan aktiviti pelajar akan meningkatkan
keberkesanan proses P&P kerana pelajar dapat menggunakan minda untuk berfikir
dan mengaitkan situasi dengan konsep untuk mencari jalan penyelesaian yang
terbaik. Selain itu, pelajar juga perlu mengumpul maklumat dan pengalaman
daripada gambarajah yang diberikan untuk mendapatkan jawapannya. Pelajar akan
berasa puas hati dan seronok apabila berjaya mencari jalan penyelesaiannya.
Secara tidak langsung, ini merupakan satu motivasi kepada pelajar untuk terus
berusaha untuk mencuba soalan yang seterusnya.
1.1.6 Soalan Di Akhir Bab Yang Kurang Menekankan Penglibatan Pelajar
Soalan boleh dikelompokkan kepada salah satu kategori berikut (Romey,
1968):
(a) jawapannya boleh diperolehi terus daripada teks
(b) takrifan
(c) soalan yang memerlukan pelajar mengaplikasi pembelajarannya
daripada bab berkenaan ke situasi baharu
(d) soalan yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah
Menurut kajian yang dilakukan oleh Hanafi (2003) terhadap buku Fizik
Tingkatan 4 (Poh dan Sabtu, 2001), indeks penglibatan pelajar untuk soalan (Is)
ialah 5.48. Nilai ini adalah lebih besar daripada 1.50 dan ini menunjukkan bahawa
soalan-soalan yang dikemukakan pada keseluruhannya tanpa isi kandungan, tidak
mempunyai maklumat atau data yang mencukupi untuk membolehkan pelajar
bekerja dengan lebih berkesan (Romey, 1968).
Menurut kajian oleh Phang (2002) terhadap buku Siri Sumber Dan Rujukan
KBSM Fizik Tingkatan 4 (Poh, 2002), Is bernilai 2.41. Ini bermaksud soalan yang
disediakan terlalu banyak dan memerlukan pelajar mengaplikasikan pembelajaran
kepada situasi baru dan penyelesaian masalah mungkin boleh melemahkan

12
semangat pelajar. Buku-buku seperti Siri Pengukuhan Cekap KBSM Fizik
Tingkatan 4 (Chew,1992) dan buku Nota Komprehensif SPM Fizik (Christine
Chen, 1999) juga mengalami masalah yang sama iaitu Is adalah masing-masing
bernilai 2.27 dan 1.59. Kajian ini masing-masing dilakukan oleh Ahmad (2000)
dan Mat Kamil (2000).
Menurut kajian yang dilakukan oleh Norhafiza (2002) terhadap buku Fokus
Indigo SPM Fizik (Lim, Chia dan Poh, 2001), Is bernilai 2.10. Nilai ini lebih besar
daripada 1.50 dan ini menunjukkan soalan yang diberikan tidak membolehkan
pelajar bekerja dengan berkesan. Soalan berbentuk objektif dalam buku tersebut
lebih cenderung kepada pengiraan penyelesaian masalah tetapi maklumat yang
diberikan tidak mencukupi untuk membolehkan pelajar menyelesaikan masalah
dengan lebih berkesan. Manakala bagi soalan berbentuk esei pula lebih kepada
jenis takrifan dan jawapannya boleh diperolehi terus daripada buku (Romey, 1968).
Soalan-soalan yang bermutu seharusnya dibina berdasarkan Taksonomi
Bloom iaitu meliputi aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian yang disusun dengan aras yang semakin meningkat (Bloom, Hastings
dan Madaus, 1971). Soalan-soalan yang melibatkan analisis, sintesis dan penilaian
merupakan soalan aras tinggi yang dapat merangsang pemikiran pelajar. Pelajar
harus diberi latihan, tugasan dan ujian yang mencerminkan bukan sahaja
kebolehan kefahaman, tetapi juga aplikasi, analisis dan penilaian. Kebolehan-
kebolehan di peringkat kognitif yang lebih tinggi adalah lebih kekal, lebih
bermakna dan lebih bermanfaat (Sharifah, 1986).

13
1.1.7 Ringkasan Bab Yang Kurang Menekankan Penglibatan Pelajar
Ringkasan bab boleh dikelompokkan kepada kategori berikut (Romey,
1968):
(a) mengulangi kesimpulan bab
(b) mengemukakan soalan-soalan baru di mana jawapannya tidak terdapat
dalam teks atau tertakluk pada kajian semasa
Menurut kajian yang dijalankan oleh Wong (2000) terhadap buku Sukses
Lengkap Terkini SPM FizikTingkatan 4 dan 5 (Yap, 1997), didapati tidak terdapat
bahagian ringkasan bab. Keadaan yang sama dijumpai oleh Ahmat (2000) dalam
kajian terhadap buku Siri Pengukuhan Cekap KBSM Fizik Tingkatan 4 (Chew,
1992).
Daripada kajian Aznira (2000) terhadap buku Siri Pelangi Fizik Fokus
Jingga SPM (Lim, Chia dan Poh, 1999), didapati indeks penglibatan pelajar dalam
ringkasan bab (IR) adalah sifar. Keadaan yang serupa juga dijumpai oleh Phang
(2002) dalam kajiannya terhadap buku Siri Sumber dan Rujukan KBSM Fizik
Tingkatan 4 (Poh, 2002). Manakala dalam kajian yang dilakukan oleh Mat Kamil
(2000) terhadap buku Nota Komprehensif SPM Fizik (Christine Chen, 1999),
didapati IR bernilai infiniti. Ini bermakna ringkasan bab yang dipaparkan tidak
mempunyai isi kandungan. Ringkasan bab hanya mengemukakan maklumat-
maklumat baru sahaja.
Ringkasan bab memainkan peranan yang penting dalam mengulangi isi
penting yang terkandung dalam bab tersebut serta mengemukakan soalan-soalan
yang berkaitan dengan alam kehidupan atau isu semasa supaya dapat merangsang
pemikiran pelajar serta menggalakkan pelajar mengikuti perkembangan semasa.
Selain itu, ringkasan bab juga membolehkan pelajar mengingat kembali isi penting
yang pernah dipelajari dan boleh membuat ulang kaji secara sepintas lalu terhadap
konsep-konsep yang perlu dititikberatkan.

14
1.1.8 Aktiviti Yang Kurang Menekankan Penglibatan Pelajar
Menurut kajian yang dilakukan oleh Phang (2002) terhadap buku Siri
Sumber Dan Rujukan KBSM Fizik Tingkatan 4 (Poh, 2002), didapati indeks
penglibatan pelajar dalam aktiviti (Ia) bernilai 0.11. Menurut Mat (2000), Ia
bernilai 0.17 bagi buku Nota Komprehensif SPM Fizik (Christine Chen, 1999).
Manakala menurut Ahmad (2000), Ia bernilai 0.60 bagi buku Siri Pengukuhan
Cekap KBSM Fizik Tingkatan 4 (Chew, 1992). Buku Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah Fizik Tingktan 5 (Lim & Chia, 1992) yang dikaji oleh Noor
Zalina (2001) juga menunjukkan nilai yang sama.
Nilai-nilai tersebut menunjukkan aktiviti yang terkandung dalam buku-
buku tersebut berada pada tahap di bawah keseimbangan (Romey, 1968). Aktiviti-
aktiviti tersebut kurang dari segi pembelajaran secara praktikal yang boleh
membantu pelajar belajar secara dua hala.
Menurut Hazil & Zainal (2001: 192);
“Setiap aktiviti sekurang-kurangnya mempunyai 3 dimensi. Pertama
dimensi aktiviti itu sendiri. Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar di dalam
aktiviti yang telah ditentukan. Kedua, dimensi struktur sosial tugasan itu. Ini
bermakna apakah hubungan yang perlu ada di antara murid atau di antara murid
dengan guru di dalam aktiviti ini. Aspek yang ketiga ialah dimensi struktur
kognitif tugasan itu, pengetahuan atau maklumat yang akan disampaikan melalui
aktiviti.”
Dengan berlandaskan garis ganduan yang dikemukakan, soalan yang
dibina akan memenuhi keperluan pelajar dengan merangsang pemikiran pelajar
dan menggalakkan cetusan idea. Ini sekaligus akan melahirkan pelajar yang
berfikir secara kreatif dan kritis.

15
1.2 Pernyataan Masalah
Tiga MPK dibina dan digunakan sebagai bahan P&P bagi peringkat
tingkatan empat di sekolah. Kajian dijalankan untuk mengetahui sama ada MPK
Haba dan Tenaga (Sifat Termometri, Muatan Haba dan Haba Pendam) yang
dibina sesuai digunakan sebagai bahan P&P bagi peringkat tingkatan empat aliran
sains berdasarkan penilaian formatif yang dijalankan.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk:
1. Membina tiga MPK bagi tajuk Haba Dan Tenaga dengan menggunakan
Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994) iaitu:
MPK 1 : Sifat Termometri
MPK 2 : Muatan Haba
MPK 3 : Haba Pendam
bagi mata pelajaran Fizik tingkatan empat yang memenuhi keperluan
Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM (PPK, 2001).
2. Menilai kesesuaian MPK Haba dan Tenaga yang dibina untuk pelajar
tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Fizik.
3. Menilai kesesuaian MPK Haba dan Tenaga yang dibina untuk pelajar
tingkatan empat oleh guru merentas kedudukan sekolah.

16
1.4 Persoalan Kajian
Dalam kajian yang dijalankan, perkara-perkara berikut dipertimbangkan:
1. Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu oleh guru mata pelajaran
Fizik ke atas MPK Haba dan Tenaga yang dibina menunjukkan ia sesuai
digunakan sebagai bahan P&P dalam mata pelajaran Fizik untuk pelajar
tingkatan empat?
2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh guru mata pelajaran
Fizik ke atas MPK Haba dan Tenaga yang dibina menunjukkan ia sesuai
digunakan sebagai bahan P&P dalam mata pelajaran Fizik untuk pelajar
tingkatan empat?
3. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian ke atas MPK Haba dan
Tenaga yang dibina di peringkat Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
bagi guru merentas kedudukan sekolah?
4. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian ke atas MPK Haba dan
Tenaga yang dibina di peringkat Penilaian Formatif Kelompok Kecil
bagi guru merentas kedudukan sekolah?