pembinaan dan penilaian modul …...pembinaan dan penilaian modul pembelajaran kendiri (mpk) tajuk...

31
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 19-Jul-2020

41 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI

(MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK

DAN PENGAJIAN PAKAIAN

NOR AZIAN BT KARIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

 

Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST

JUDUL : PEMBINAAIT{ DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN

KEIYDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS

PAKAIAI\ DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN

Saya

SESI PENGAJIAN : 20l0l20ll

NOR AZIAN BT KARIA(r{URUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSlWSarjana,{Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.Z. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

arfiara institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( ./ )

t_] sul,rr

D TERHAD

G] TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanatau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub didalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972\.

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)"

PN.IIIIR QISTINA BT ABDULLAII

(NAMA PENYELIA)

Tarikh: ie ii4€l Jatl

Alamat Tetap :

No.8 LorongPKl4Taman Palma 4,34600Kamunting, Perak

Tarikh: in rtlFl +Oti

(TANDATANGAN PEN{'LIS) AN PENYELIA)

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

CATATAN * Potongyangtidakberkenaan** Jenis tesis ini STILIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa./organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

<) Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.

Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

"Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya katya ini adalah

memadai skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ljazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)."

Tandatanean :

Nama Penyelia : PN.NUR QISTINA BT ABDULLAH

rarikh '

..............1.4.4.?...*9fJ........

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

ii  

    

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI

(MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK

DAN PENGAJIAN PAKAIAN

NOR AZIAN BT KARIA

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

 

Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

ill

'o Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."

Tandatangan : MNama Penulis NOR AZIAN BT KARIA

'r^-:r-L l0 MEI2OI fI aan tl\ll

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

iv  

DEDIKASI

Buat Ayahanda yang sentiasa di sayangi dan abadi di hati Almarhummi Hj Karia Bin Mahmud

Segala amanat dan tunjuk ajar mu akan sentiasa aku ingati Kata-kata semangat dari mu akan terus tersemat di hati

Doaku untukmu tiada bertepi Semoga tempatmu bersama insan-insan sufi yang sejati

Buat wanita yang amat aku kasihi

Bonda tercinta yang banyak memberi motivasi dan kekuatan kepada diri ini

Hajjah Halimaton Binti Karim Dengan doa dan restumu jua aku di sini

Pengorbanan dan ketabahanmu amat aku hargai

Abang dan Kakak yang sering memberi semangat Kesabaran kalian dalam membantuku amat aku kagumi Kasih dan sayang kalian membuatkan aku terus berdiri

Sesungguhnya

Dengan kata-kata semangat kalian berikan membuatku terus terbang tinggi

Tiada kata yang mampu diungkapkan selain dari ucapan terima kasih. Kerana dengan doa dan sokongan dari kalian,

akhirnya aku mampu mengakhiri episod yang aku mulakan di sini

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

v  

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur saya panjatkan kehadrat Illahi

kerana dengan segala limpah kurnia dan restu yang dihadiahkan-Nya agar saya terus

kuat dan tabah dalam menghadapi segala dugaan di sini sehingga mampu

menyempurnakan tugasan yang penuh bermakna ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan buat Pn. Nur Qistina Abdullah

selaku penyelia bagi Projek Sarjana Muda ini di atas segala bimbingan, tunjuk ajar

dan kerjasama yang diberikan sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini. Jasamu

akan sentiasa dikenang.

Tidak lupa, jutaan terima kasih juga saya tujukan buat Puan Suhana, Dr

Hajjah Noraini dan Dr Rohana yang tidak pernah jemu memberi penerangan dan

kerjasama yang baik sepanjang saya menjalankan penyelidikan berkaitan Pembinaan

dan Penilaian MPK Pola Pakaian.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga saya tujukan buat mereka yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menyempurnakan

penyelidikan ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.

Terima kasih

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

vi  

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)

Pola Pakaian bagi kursus Pakaian dan Fabrik dan Pengajian Pakaian. Pembinaan

MPK ini dilakukan bagi membantu pelajar mengatasi masalah perbezaan individu,

kekangan masa dan kelemahan bahan rujukan sedia ada. Isi kandungan

pembelajaran MPK dibina berdasarkan sukatan kursus Pakaian dan Fabrik dan

Pengajian Pakaian bagi pelajar tahun satu dan pelajar tahun dua Program Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi

Malaysia (UTM). Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah berdasarkan

Model Teras Cabang Shaharom (1994). Terdapat dua fasa penilaian MPK iaitu,

Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok

Kecil (PFKK). Seorang pensyarah dan seorang pengajar terlibat dalam PFSS,

manakala seramai 20 orang pelajar terlibat dalam PFKK. PFSS dan PFKK

dijalankan bagi menilai kesesuaian MPK yang dibina dari segi teks, gambarajah,

soalan, ringkasan bab, aktiviti dan objektif pembelajaran dengan menggunakan soal

selidik. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian

Komputer Statistical Packages for Social Sciences Versi 15.0 untuk mendapat nilai

frekuensi, peratus, min dan juga min. Melalui min keseluruhan yang diperolehi,

menunjukkan majoriti responden berpuas hati dengan kesesuaian teks, gambarajah,

soalan, ringkasan bab, aktiviti dan objektif yang terdapat dalam MPK.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

vii  

ABSTRACT

The purpose of this study is to develop Self Learning Module (SLM) of

Pattern Making topic. The construction of this SLM for helping student to overcome

the problems due to individual differences, practical time constraints and weak of

references. The content of this MPK is based on Clothing and Fabric and Clothing

study syllabuses for first year’s and second year’s students of Bachelor Technology

with Education (Living Skill), University Technology Malaysia (UTM). Model that

has been used for construct SLM is based on Teras Cabang Model by Shaharom

(1994). The assessments of the SLM involved two main phases, Formative

Evaluation One to One (PFSS) and Small Group Formative Evaluation (PFKK).

The purpose of PFSS and PFKK assessed the suitability of the SLM in terms of

texts, diagrams, questions, chapter summaries, activities and learning objectives

using questionnaires. Data were analyses descriptively using computer software

Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 15.0 to obtain the frequency,

mean, percentage and average mean. Finding from average mean showed majority

of the respondents satisfied with suitability of the texts, diagrams, questions, chapter

summaries, activities and learning objectives that applied in the SLM.

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

viii  

KANDUNGAN

BAB

TAJUK

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

MUKA SURAT

iv

v

vi

viii

xiv

xvi

xviii

1.0

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Pelajar

1.6.2 Pensyarah

1.6.3 Pelajar Sekolah

1.7 Skop Kajian

1.8 Batasan Kajian

1.9 Definisi istilah dan operasi

1.9.1 Modul Pengajaran Kendiri

1.9.2 Penilaian

1.9.3 Penilaian Formatif Satu dengan Satu

1.9.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil

1

5

11

11

12

12

13

13

13

14

14

15

15

16

16

16

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

ix  

2.0

1.9.5 Pembinaan

1.9.6 Kesesuaian

1.9.7 Pengajaran

1.9.8 Pembelajaran

1.10 Rumusan

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Modul

2.2.1 Ciri-ciri Modul

2.2.2 Kegunaan Modul

2.2.3 Kebaikan Modul kepada pelajar

2.2.4 Kebaikan Modul kepada pendidik

2.3 Modul Pembelajaran Kendiri

2.4 Model Modul Pengajaran Kendiri

2.4.1 Model Burn

2.4.2 Model Klingstedt

2.4.3 Model Eijl

2.4.4 Model De Vito-Krockover

2.4.5 Model Meyer

2.4.6 Model Cece-Djadja

2.4.7 Model Teras-Cabang Shaharom

2.5 Elemen penilaian kesesuaian MPK

2.5.1 Teks

2.5.2 Gambarajah

2.5.3 Soalan

2.5.4 Ringkasan bab

2.5.5 Aktiviti

2.5.6 Objektif pembelajaran

2.6 Kelemahan menggunakan MPK

2.7 Kesimpulan

17

17

17

17

18

19

19

20

21

22

22

23

24

24

26

27

28

29

31

31

37

37

38

39

39

40

41

41

41

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

x  

3.0

4.0

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Prosedur kajian

3.3 Fasa 1: Proses pembinaan MPK

3.3.1 Peringkat 1-Rasional pemilihan

model MPK

3.3.2 Peringkat 2-Kandungan MPK

3.3.3 Peringkat 3-Sipnosis

3.3.4 Peringkat 4-Kesahan isi kandungan

MPK

3.4 Fasa 2: Penilaian MPK

3.4.1 Peringkat 1-Rekabentuk kajian

3.4.1.1 Tempat kajian

3.4.1.2 Sampel kajian

3.4.1.3 Instrumen kajian

3.4.2 Peringkat 2-Penilaian Formatif

3.4.2.1 Penilaian Formatif Satu dengan

Satu (PFSS)

3.4.2.2 Penilaian Formatif Kelompok

Kecil (PFKK)

3.5 Fasa 3: Analisis data

3.6 Batasan kajian

3.7 Kesimpulan

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Penilaian MPK Asas Pola Pakaian

4.2.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu

4.2.1.1 Kesesuaian teks

4.2.1.2 Kesesuaian gambarajah

4.2.1.3 Kesesuaian soalan

4.2.1.4 Kesesuaian ringkasan bab

4.2.1.5 Kesesuaian aktiviti

43

43

45

45

47

48

48

49

49

49

49

50

51

53

53

54

56

57

58

58

58

59

60

61

62

63

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

xi  

5.0

6.0

4.2.1.6 Kesesuaian objektif

4.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil

(PFKK)

4.3.1 Bahagian A-Maklumat diri responden

4.3.1.1 Jantina

4.3.1.2 Umur

4.3.1.3 Bangsa

4.3.1.4 Kelayakan akedamik

4.3.2 Bahagian B-Item-item persoalan kajian

4.3.2.1 Kesesuaian teks

4.3.2.2 Kesesuaian gambarajah

4.3.2.3 Kesesuaian soalan

4.3.2.4 Kesesuaian ringkasan bab

4.3.2.5 Kesesuaian aktiviti

4.3.2.6 Kesesuaian objektif pembelajaran

4.4 Kesimpulan

HASIL PEMBINAAN MPK

5.1 Pengenalan

5.2 Hasil pembinaan MPK Pola Pakaian

5.2.1 Bahagian pengenalan

5.2.2 Bahagian isi kandungan

5.2.3 Bahagian penilaian kendiri

5.2.4 Bahagian pengukuhan

5.2.5 Bahagian maklumbalas

5.2.6 Bahagian rujukan

5.3 Pengubahsuaian MPK selepas PFSS dijalankan

5.4 Pengubahsuaian MPK selepas PFKK dijalankan

5.5 Kesimpulan

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

6.1 Pengenalan

64

65

65

65

66

66

67

67

67

68

69

70

71

71

72

74

75

77

81

84

85

87

87

87

91

92

93

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

xii  

6.2 Perbincangan dan kesimpulan

6.2.1 Kesesuaian teks yang digunakan dalam

MPK Pola Pakaian sebagai bahan

pengajaran dan pembelajaran

6.2.2 Kesesuaian gambarajah yang

ditunjukkan dalam MPK Pola Pakaian

sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran

6.2.3 Kesesuaian soalan yang dibina dalam

MPK Pola Pakaian sebagai bahan

pengajaran dan pembelajaran

6.2.4 Kesesuaian ringkasan bab yang dibuat

dalam MPK Pola Pakaian untuk

digunakan sebagai bahan pengajaran

dan pembelajaran

6.2.5 Kesesuaian aktiviti yang dijalankan

dalam MPK Pola Pakaian sebagai bahan

pengajaran dan pembelajaran

6.2.6 Kesesuaian objektif yang dibina dalam

MPK Pola Pakaian sebagai bahan

pengajaran dan pembelajaran

6.3 Kesimpulan

6.4 Cadangan penambahbaikan

6.4.1 Pengubahsuaian carta alir pembelajaran

MPK

6.4.2 Memasukkan nilai-nilai murni melalui

pembelajaran menggunakan MPK

6.5 Cadangan kajian masa hadapan

6.5.1 MPK dijadikan dalam bentuk perisian

multimedia

6.5.2 Menambah bilangan sampel kajian

6.5.3 Menjalankan ujian lapangan (Field

Trial)

93

93

94

95

96

96

97

97

98

98

101

101

101

102

102

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

xiii  

6.6 Kesimpulan

RUJUKAN

LAMPIRAN

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran C

Lampiran D

Lampiran E

103

104

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

xiv  

SENARAI JADUAL

JADUAL

1.1

1.2

1.3

3.2

3.3

3.5

3.6

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

TAJUK

Sukatan kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian

Tugasan amali

Bilangan pelajar mengikut pengkhususan

Komponen yang ada dalam model-model MPK

Skala likert

Kaedah pengiraan nilai tahap kesesuaian

Pengkelasan tahap kesesuaian terhadap MPK

berdasarkan analisis min keseluruhan

Item kesesuaian teks

Item kesesuaian gambarajah

Item kesesuaian soalan

Item kesesuaian ringkasan bab

Item Kesesuaian aktiviti

Item Kesesuaian objektif

Peratus responden mengikut jantina

Peratus responden mengikut peringkat umur

Peratus responden mengikut bangsa

Peratus kelayakan akademik responden

Kesesuaian teks yang digunakan dalam MPK

Kesesuaian gambarajah yang digunakan dalam

MPK

Kesesuaian soalan yang dibina dalam MPK

Kesesuaian ringkasan bab yang terdapat dalam

MPK

Kesesuaian aktiviti yang digunakan dalam MPK

MUKA SURAT

2

3

6

46

51

55

55

59

60

61

62

63

64

65

66

66

67

68

68

69

70

71

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

xv  

4.16

5.2

Kesesuaian objektif pembelajaran dalam MPK

Komponen yang terdapat dalam MPK Pola

Pakaian berdasarkan komponen yang terdapat

dalam MPK Model Teras-Cabang (Shaharom,

1994)

72

76

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

xvi  

SENARAI RAJAH

RAJAH

1.1

2.1

2.2

3.1

3.4

5.1

5.2

5.2(a)

5.2(b)

5.2(c)

5.2(d)

5.2(e)

5.2(f)

5.2(g)

5.2(h)

5.2(i)

5.3(a)

5.3(b)

5.3(c)

TAJUK

Bahan rujukan

Sumber Model Teras Cabang (Shaharom, 1994)

Carta alir Model Teras Cabang Shaharom, 1994

Prosedur kajian pembinaan MPK Pola Pakaian

Menunjukkan rangka kerja Penilai Formatif yang

digunakan

Carta peringkat penghasilan MPK

Komponen yang terdapat dalam MPK Pola

Pakaian berdasarkan komponen yang terdapat

dalam Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994)

Rasional pembelajaran

Proses Pembelajaran MPK (ubahsuai daripada

Shaharom)

Praujian

Objektif Pembelajaran

Unit-unit pembelajaran bahagian teras

Aktiviti pembelajaran

Ujian diagnostik

Objektif pembelajaran bahagian pemulihan

Objektif pembelajaran bahagian pengayaan

Penukaran saiz tulisan 12 kepada 14

Pengubahsuaian jenis tulisan Calibri kepada

Times New Roman saiz 10

Pengubahsuaian gambarajah dari kecil kepada

besar

MUKA SURAT

10

32

36

44

52

74

76

78

79

80

82

83

84

85

86

86

88

88

89

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

xvii  

5.3(d)

5.3(e)

5.3(f)

5.4(a)

5.4(b)

6.1

6.2

Penambahan soalan untuk Penilaian Kendiri

Aktiviti amali

Pengubahsuaian objektif pembelajaran

Jarak antara baris tulisan

Gambarajah dilabelkan

Carta alir proses perlaksanaan kaedah

pembelajaran bermodul Shaharom(1994)

Carta alir pengubahsuaian proses perlaksanaan

kaedah pembelajaran Shaharom

90

90

90

91

91

99

100

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

xviii  

SENARAI SINGKATAN

MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

Pb - Pembelajaran Bermodul

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

SPH - Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

1

 

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kursus Jahitan Pakaian merupakan salah satu kursus yang terdapat dalam

Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH)

yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (CD Panduan Akademik

Fakulti Pendidikan Siri Kemasukan, 2007/2008). Program ini di bawah Jabatan

Teknik dan Kejuruteraan (PTK) Fakulti Pendidikan. Tujuan kursus ini diadakan bagi

mengenalkan pelajar kepada pengetahuan mengenai jenis, klasifikasi dan pembinaan

fabrik. Ia juga mendedahkan kepada pelajar kemahiran asas dalam membuat

pakaian. Ia memberi penekanan kepada proses menjahit seperti asas melakar pola,

jenis garis leher, lubang lengan, belah dan kancing. Pada akhir kursus ini pelajar

seharusnya boleh membincang proses menjahit, prinsip memilih stail pakaian, bahan

keperluan menjahit pakaian, menilai hasil kerja dan mengenal pasti masalah semasa

menjalankan kerja amali (Sipnosis Mata Pelajaran Kursus Teknik dan Kejuruteraan,

2007/2008).

Dalam program SPH ini, pelajar perlu mengikuti dua kali kursus jahitan

pakaian iaitu pada semester kedua dan semester ketiga. Antara sukatan kursus SPL

2112 Pengajian Pakaian yang perlu diikuti oleh pelajar semester ketiga adalah

seperti jadual 1.1.

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

2

 Jadual 1.1 : Sukatan kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian

No.

Sukatan

1. Elemen Rekabentuk Pakaian

2 Prinsip Rekabentuk Pakaian

3 Fabrik Buatan Manusia

4 Pembuatan fabrik Sintetik

5 Fabrik Campuran

6 Ciri-ciri Fabrik

7 Fabrik Tenun

8 Pembinaan Fabrik

9 Fabrik Kait

10 Tekstil

11 Penjagaan Tekstil dan Pakaian

Secara umumnya kursus SPL 2112 Pengajian Pakaian ini terbahagi kepada

dua iaitu amali dan teori. Oleh itu, pelajar perlu mengikuti kelas amali dan kelas

teori yang telah ditetapkan. Kelas amali ini bertujuan bagi membolehkan pelajar

mengaplikasikan konsep dan prinsip berdasarkan teori yang telah dipelajari di dalam

kelas. Berikut adalah tugasan amali yang perlu dijalankan oleh pelajar dalam kursus

jahitan ini. Sila rujuk jadual 1.2.

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

3

 Jadual 1.2 : Tugasan amali

Melalui kelas amali yang dijalankan, tumpuan diberi kepada pelbagai

kemahiran dalam proses jahitan. Bagi kelas amali, untuk kursus SPL 2112 Pengajian

Pakaian pelajar telah diberi tugas untuk menyiapkan seluar dan T-Shirt. Proses

menghasilkan seluar bermula daripada mengambil ukuran, melakar pola, susun atur

pola di atas fabrik, pembinaan kocek, pembinaan zip fly opening, pembinaan kocek

sembunyi pembinaan ikatan pinggang dan memasang kancing. Selepas seluar siap

dijahit aktiviti diteruskan dengan menghasilkan T-shirt.

Melalui kemahiran-kemahiran yang diterapkan ini, Industri Tekstil dan

Pakaian merupakan salah satu penyumbang kepada sumber pendapatan negara.

Ianya merupakan industri kedua terpenting sebagai pendapatan dari eksport negara

dengan tenaga pekerja lebih dari 120 000 orang iaitu 10% dari sektor pembuatan.

Tekstil dan pakaian akan terus diperlukan oleh pengguna serata dunia. Dengan itu,

industri ini mempunyai potensi luas untuk berkembang dengan adanya pekerja yang

mencukupi (sinopsis rekaan fesyen Politeknik Johor Bahru, 2003).

Kod Subjek Subjek

Tugasan

SPL 2112

Pengajian Pakaian

• Melakar pola seluar lelaki

atau perempuan

• Susun atur pola di atas

fabrik

• Menggunting fabrik

• Pembinaan kocek

• Pembinaan zip fly opening

• Pembinaan kocek sembunyi

• Pembinaan ikatan

pinggang

• memasang kancing

• Pembinaan of T-shirt

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

4

 

Berdasarkan pernyataan di atas dapat dilihat betapa pentingnya kemahiran

dalam bidang jahitan perlu dipelajari dan diikuti dengan baik. Salah satu kemahiran

penting yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah membuat pola pakaian. Seperti yang

kita ketahui, mendraf pola merupakan perkara penting dalam pembuatan pakaian.

Pola digunakan untuk membuat pakaian yang mudah seperti seluar, skirt, baju dan

lengan. Selain itu, pola digunakan untuk membuat stail pakaian dan juga

pengubahsuaian. Tanpa pola proses merekabentuk dan pengubahsuaian sukar

dilakukan.

Terdapat pelbagai teknik yang boleh kita pelajari dalam membuat dan

mengubahsuaian pola pakaian. Namun begitu, disebabkan oleh kekangan yang

berlaku sepanjang proses pembelajaran pelajar sukar untuk memahami cara mendraf

pola pakaian. Bagi memahami dan memantapkan lagi pengetahuan yang ada, pelajar

memerlukan buku sebagai sumber rujukan. Menurut Sulaiman (2002), biasanya bagi

satu kursus yang ditawarkan pelajar memerlukan 5 hingga 10 buah buku rujukan.

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) merupakan pakej pengajaran dan

pembelajaran kandungan kendiri yang mempunyai beberapa komponen pendidikan

yang berketrampilan. MPK menggunakan strategi pembelajaran penguasaan yang

bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar dengan sendiri berdasarkan kecepatan

diri yang berasaskan teknologi pendidikan dan boleh dalam bentuk bercetak dan

bukan bercetak atau gabungan kedua-duanya (Shaharom, 1994). Menurut Burns

(1971) pembelajaran bermodul ini juga membantu pelajar meneruskan pembelajaran

mereka mengikut kemampuan diri masing-masing.

Objektif utama pembinaan sesuatu MPK adalah untuk meningkatkan

pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu dari segi

sikap, minat terhadap matapelajaran, latar belakang, gaya belajar, motivasi dan lain-

lain (Shaharom, 1993). MPK ini juga dapat membantu pelajar-pelajar untuk

menguasai sesuatu tajuk berdasarkan tahap kemampuan mereka dan melakukan

Page 25: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

5

 proses pembelajaran tanpa ada batasan dari segi masa serta kawalan daripada

pensyarah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan ke atas 40 orang pelajar tahun

empat semester akhir bagi program SPH menunjukkan 90% bersetuju MPK Pola

Pakaian dibina. Faktor ini disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang

bersesuaian untuk dijadikan rujukan oleh para pelajar dalam menguasi sesuatu tajuk

atau topik. Kebanyakan bahan rujukan yang terdapat dipasaran tidak bersesuaian

dengan sukatan pelajaran kursus. Oleh yang demikian, pelajar memerlukan MPK

Pola Pakaian bagi mengatasi masalah ini dalam menimbulkan minat mereka

terhadap jahitan kerana kebanyakan pelajar yang mengikuti program ini tidak

mempunyai asas dalam bidang jahitan.

Ini dapat dilihat berdasarkan jadual 1.3 menunjukkan bilangan pelajar

mengikut pengkhususan latar belakang akademik, di mana terdiri daripada lulusan

Diploma Kejuruteraan, Diploma Pengurusan, Diploma Hospitaliti, Matrikulasi dan

STPM. Data ini diperolehi melalui tinjauan awal yang dijalankan ke atas pelajar

tahun empat program SPH ambilan kemasukan Julai 2007/2008 dan ambilan

kemasukan Disember 2007/2008 iaitu seramai 115 orang pelajar. Bilangan pelajar

tahun empat semester akhir merupakan ambilan kemasukan Julai 2007/2008 adalah

seramai 40 orang, manakala pelajar tahun empat merupakan ambilan kemasukan

Disember 2007/200 adalah seramai 75 orang menjadikan jumlah pelajar tahun empat

seramai 115 orang. Berdasarkan jadual 1.3 tersebut, majoriti pelajar yang mengikuti

program SPH terdiri daripada pelajar yang pernah mengikuti kursus diploma

kejuruteraan. Bagi mereka yang berada dalam bidang teknikal biasanya

menggunakan otak kiri untuk belajar. Menurut Danial (1998), otak kiri lebih fokus

kepada fakta, logik, nombor, tulisan, bahasa, pertuturan dan perincian mengenai

sesuatu perkara. Ini berbeza dengan otak kanan yang lebih memfokus kepada emosi,

kreativiti, warna, nada, penglihatan, bentuk, corak dan konsep. Di samping itu,

Page 26: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

6

 mereka tidak pernah mengikuti kelas jahitan secara formal dimana kursus ini

memerlukan lebih otak kanan untuk berfikir. Perbezaan latar belakang akademik ini

menjadikan setiap pelajar tidak sama dari segi minat dan kebolehan individu.

Tambahan pula, proses mendraf pola memerlukan proses yang berulang-ulang bagi

mendapatkan ukuran yang tepat. Oleh itu, ia memerlukan kesabaran dan minat yang

tinggi kerana proses mendraf pola mengambil masa yang panjang untuk

menyiapkannya.

Jadual 1.3: Bilangan pelajar mengikut pengkhususan.

Bil kelulusan Bil Pelajar Kejuruteraan Elektrik/Elektronik 21 Kejuruteraan Awam 12 Kejuruteraan Mekanikal 9 Fizik 1 Ukur Bahan 5 Ukur tanah 1 Teknologi Makanan 2 Seni Bina 1 Rekabentuk Industri 1 Teknologi Pengurusan 4 Pengurusan Hotel dan Katering 1 Rekaan Fesyen 1 Pengurusan Sumber Manusia 2 Pengurusan Perniagaan 6 Pengurusan Teknologi Perakaunan 17 Matrikulasi 4 STPM 27

Jumlah 115

Bagi kelas amali yang dijalankan, pensyarah menggunakan kaedah

demontrasi atau tunjuk cara bagi menunjukkan langkah untuk mendraf pola. Kaedah

tunjuk cara ataupun demonstrasi adalah salah satu kaedah yang paling sesuai kerana

membawa pelajar kepada keadaan yang sebenar. Kaedah tunjuk cara ialah satu

kaedah yang memerlukan penglibatan antara pensyarah dan pelajar melalui

pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama

terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza

(Tengku Sarina & Yusmini 2006).

Page 27: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

7

 Semasa kelas amali jahit, pelajar tidak dapat memberi tumpuan terhadap

demostrasi yang diberikan kerana dilakukan dalam kumpulan yang besar. Pelajar

terpaksa berhimpit-himpit dengan rakan-rakan yang lain untuk melihat demostrasi

yang dilakukan oleh pensyarah. Keadaan ini menyebabkan pelajar mengambil

kesempatan untuk membuat kerja lain semasa demostrasi dilakukan oleh pensyarah.

Oleh itu, pelajar lebih suka bertanya kepada pelajar yang memberi tumpuan semasa

demontrasi dijalankan. Keadaan ini mendorong kepada kesilapan yang akan

dilakukan oleh pelajar tersebut ketika mendraf pola hasil daripada tunjuk ajar oleh

rakan. Kesan daripada itu, mereka akan terus ketinggalan dalam menguasai sesuatu

tajuk amali. Dengan adanya MPK pembelajaran pelajar akan lebih terarah di mana

pelajar akan lebih bersedia setiap kali sesi pembelajaran dimulakan. Menurut

Shahabudin, Rohizani dan Zohir (2007), modul merupakan bahan pengajaran dan

pembelajaran terancang yang disediakan oleh guru atau pensyarah berdasarkan

sukatan pelajaran. Modul juga digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

memandangkan setiap individu mempunyai kesediaan dan keperluan yang berbeza.

Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kurang interaktif dimana hanya

berpusatkan kepada pensyarah sahaja menyebabkan mereka kurang memahami

bagaimana untuk menghasilkan pola dengan baik. Pelajar hanya bergantung kepada

arahan yang diberikan oleh pensyarah menyebabkan mereka kurang berfikir

bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu tugasan jika tertinggal satu arahan.

Menurut Shahabuddin (2007), pembelajaran berpusatkan guru bertindak secara

autokratik dan memberi arahan kepada pelajar supaya melaksanakan aktiviti

pembelajaran. Kaedah ini banyak menggunakan teknik hafalan bagi mengingati

setiap arahan yang diberikan hingga menyebabkan pelajar menjadi kurang kreatif.

Sebagai contohnya penggunaan arahan yang banyak semasa demontrasi dijalankan

menyukarkan pelajar untuk mengingati langkah kerja yang perlu dilakukan bagi

menyiapkan pola. Pelajar biasanya hanya mampu peroleh sebanyak 30% sahaja apa

yang disampaikan oleh pensyarah dan 70% lagi biasanya diperoleh daripada bahan

lain atas usaha mereka sendiri (Sulaiman, 2002).

Faktor masa juga memainkan peranan yang penting dalam memahami

pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Peruntukan masa amali bagi subjek

Page 28: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

8

 jahitan oleh pihak universiti hanya tiga jam seminggu. Tiga jam masa amali tidak

mencukupi bagi pelajar menguasai kemahiran-kemahiran mendraf pola kerana masa

tersebut tidak digunakan sepenuhnya untuk kerja amali yang akan dilakukan. Hal ini

disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan sepanjang kelas amali

seperti 10 hingga 15 minit masa digunakan untuk kaedah tunjuk cara dilakukan oleh

pensyarah. Manakala 15 minit lagi digunakan untuk mengambil bahan-bahan dan

bagi pelajar yang menggunakan mesin jahit, mereka juga mengambil masa untuk

memasang benang pada mesin jahit tersebut. Kadang kala pelajar akan berhadapan

dengan masalah mesin jahit seperti jarum jahitan patah, gegendung benang habis

dan mesin tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh yang demikian, tidak semua

kemahiran dapat dikuasai oleh pelajar dalam masa yang singkat dan pelajar

memerlukan daya usaha mereka sendiri untuk mengusai kemahiran-kemahiran

dalam mendraf pola. Dengan adanya MPK pelajar dapat mengatasi masalah

kekangan masa dan mereka dapat belajar dengan sendiri.

Berdasarkan faktor-faktor di atas, mendorong pelajar untuk mencari bahan

rujukan. Bahan rujukan ini digunakan dengan harapan dapat membantu mereka

mengukuhkan lagi isi pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Daripada

pemerhatian yang dilakukan, buku rujukan jahitan pakaian khusus pola pakaian

yang ada dipasaran tidak membantu pelajar dalam pembelajaran kendiri. Bahan

yang digunakan untuk pembelajaran kendiri merupakan pembelajaran yang

terancang iaitu bahan yang akan dipelajari telah disusun secara secara berturutan

(Esah, 2005:10). Kebanyakan buku rujukan yang ada dipasaran tidak meletakkan

sasaran yang jelas dalam aktiviti penyampaiannya menyebabkan persembahannya

tidak terancang dan sistematik dari segi persembahan gambar rajah, aktiviti dan

bahasa.

Dari segi gambarajah sesebuah buku rujukan perlulah mempunyai

persembahan yang menarik bagi menarik perhatian pelajar menggunakannya. Jika

kita lihat, buku rujukan jahitan yang terdapat dipasaran, persembahannya kurang

menarik dari segi gambar rajah. Peranan gambarajah amat penting dan tidak boleh

dipandang remah sewaktu meletakkannya kerana mempengaruhi kefahaman pelajar.

Page 29: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

9

 Menurut Abdul Ghani, Abdul Rahman dan Abdul Rasyid (2007) gambarajah

penting dalam membantu pelajar memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Bahagian aktiviti merupakan perkara penting kerana ia menjadi kayu

pengukur kepada tahap kefahaman pelajar. Buku rujukan mengenai Pola Pakaian

yang terdapat dipasaran tidak mempunyai ruang aktiviti bagi membolehkan pelajar

menguji kefahaman mereka. Selain itu, buku rujukan tersebut cenderung kepada

penerangan dan tidak memasukkan ruang aktiviti bagi meningkatkan kefahaman

pelajar apabila menggunakan buku tersebut. Menurut (Sukri,1998) kebanyakan

bahan-bahan pembelajaran yang menjadi rujukan pelajar lebih tertumpu kepada

maklumat tetapi kurang menekankan kepada aktiviti melibatkan pelajar. Kenyataan

ini disokong oleh (Abu Ani, 2001) yang menyatakan bahawa buku rujukan yang

terdapat dipasaran kurang menekankan kepada aktiviti yang melibatkan pelajar

secara aktif. Ini menyebabkan pelajar tersasar akan maksud serta isi sebenar yang

ada dalam bahan rujukan tersebut.

Penggunaan bahasa merupakan perkara penting kerana ia boleh

mengelirukan pembaca jika penggunaannya tidak betul. Jika kita lihat buku rujukan

mengenai Pola Pakaian yang terdapat dipasaran kebanyakannya di dalam bahasa

inggeris. Tambahan pula buku tersebut hasil terbitan penerbit luar negara, ini

menimbulkan sedikit kesukaran kerana penggunaan bahasanya yang agak rumit.

Penggunaan bahasa inggeris yang tinggi menyukarkan pelajar terutamanya bagi

mereka yang kurang menguasai bahasa tersebut. Dari pengalaman penyelidik sendiri

penggunaan bahasa yang terlalu sukar difahami akan menimbulkan perasaan bosan

dan hilang minat. Sila rujuk rajah 1.1.

Page 30: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

10

  Rajah 1.1: Bahan rujukan

Walaubagaimana pun, terdapat juga buku rujukan mengenai Asas Pola Pakaian

dalam bahasa melayu. Walaupun buku ini menggunakan bahasa melayu, ayat yang

digunakan terlalu panjang dan terlalu padat hingga menyukarkan pembaca untuk

memahaminya. Bagi membantu pelajar memahami sesuatu arahan atau isi

pembelajaran ayat yang digunakan mestilah ringkas tetapi mempunyai maksud yang

jelas dan terang.

Hal ini menunjukkan pelajar memerlukan bahan rujukan tambahan yang

sesuai untuk proses pembelajaran mereka. Lantas, pembinaan MPK Asas Pola

Pakaian ini diharap dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan buku rujukan yang

sedia ada. Di samping menyediakan MPK Asas Pola Pakaian bagi Kursus Pengajian

Pakaian yang belum ada lagi di UTM. MPK ini juga dibina bagi membantu pelajar

mendapat bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan bagi mendalami pengetahuan

mereka (Shaharom, 1994).

Page 31: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL …...PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK POLA PAKAIAN BAGI KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK DAN PENGAJIAN PAKAIAN NOR AZIAN BT KARIAUNTVERSITI

11

 1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelajar kursus Pakaian dan Fabrik

dan Pengajian Pakaian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam memahami

cara mendraf pola pakaian adalah disebabkan oleh latar belakang pencapaian

akedamik terdahulu mereka yang berbeza serta kaedah pengajaran yang berpusatkan

pensyarah telah memberi kesan terhadap pembelajaran mereka. Selain itu, kekangan

masa dan ketidaksesuaian bahan rujukan dari segi gambarajah, aktiviti dan bahasa

yang terdapat dipasaran turut mengganggu pelajar dalam menguasai isi

pembelajaran. Oleh itu, MPK Pola Pakaian dibina sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran (P&P) bagi kursus Pakaian dan Fabrik dan Pengajian Pakaian di

UTM. MPK Pola Pakaian turut dinilai kesesuaiannya supaya pelajar dapat belajar

dengan lebih efektif melalui penggunaan MPK.

1.4 Objektif Kajian

Objektif dalam kajian ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

1.4.1 Membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Asas Pola Pakaian berdasarkan

Model Teras-Cabang (Shaharom Noordin, 1994).

1.4.2 Menilai kesesuaian MPK Asas Pola Pakaian sebagai bahan pembelajaran

dari aspek:

1.4.2.1 Teks yang digunakan dalam MPK Asas Pola Pakaian.

1.4.2.2 Gambarajah yang ditunjukkan dalam MPK Asas Pola Pakaian. 1.4.2.3 Soalan-soalan yang dibina di dalam MPK Asas Pola Pakaian.

1.4.2.4 Ringkasan bab yang dibuat dalam MPK Asas Pola Pakaian. 1.4.2.5 Aktiviti yang dibina dalam MPK Asas Pola Pakaian.

1.4.2.6 Objektif pembelajaran yang dibina dalam MPK Asas Pola Pakaian.