pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran...

30
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT YAP HUN SEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duonghanh

Post on 20-May-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK)

BERTAJUK TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA

BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT

YAP HUN SEK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

PSZ 19:16 (Pin. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIR (MPK) BERTAJUK TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT

SESI PENGJIAN : 2003/2004 Saya : _____________________YAP HUN SEK_________________________________________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselematan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHADyang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan.

TIDAK TERHAD Disahkan Oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 105 jalan Pegawai DR. SHAHAROM BIN NOORDIN17000 Pasir Mas, (Nama Penyelia) Kelantan.

Tarikh: 10 MARCH 2004 Tarikh : 10 MARCH 2004

/

Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda.”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PM Dr. Shaharom Bin Noordin

Tarikh : 10 March 2004

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK)

BERTAJUK TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA

BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT

YAP HUN SEK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

February, 2004

Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : YAP HUN SEK

Tarikh : 10 March 2004

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

iii

DEDIKASI

Kepada yang dikasihi,

Ayah, ibu dan ahli keluarga yang

berada di kampung,

Saudara Dii Yong Heng

Dan

seisi keluarga

Setinggi-tingginya ribuan terima kasih atas sokongan, dorongan dan bantuan

anda semua ……

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tingginya

terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda, PM Dr. Shaharom Bin Noordin, atas

bimbingan, dorongan dan galakan serta bantuan yang beliau berikan sepanjang

penyelidikan ini dijalankan.

Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan

Pendidikan Negeri Johor (JPJNJ), atas kebenaran bertulis bagi menjalankan penyelidikan

di sekolah-sekolah.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua Pengetua,

Penolong Kanan Kurikulum, Ketua Jabatan Sains, guru-guru Sains dan semua kakitangan

sekolah-sekolah menengah di daerah-daerah Johor yang dipilih sebagai subjek kajian,

atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.

Akhirnya, penulis ingin juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penulis

menyempurnakan projek penyelidikan ini.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

v

ABSTRAK

Sumber bahan Bantu mengajar yang bermutu merupakan satu aset yang penting

untuk meningkatkan keberkesanan proses P&P. Tujuan kajian ini adalah untuk membina

dan menilai status kesesuaian 3 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Sains KBSM

Tingkatan Empat yang bertajuk Tenaga dan Perubahan Kimia (MPK 1: Perubahan Kimia

dan Perubahan Fizik; MPK 2: Perubahan Haba Dalam Tindak Balas Kimia; MPK 3:

Kereaktifan Logam) dengan menggunakan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994).

Status kesesuaian MPK yang dibina secara penilaian formatif. Seramai empat orang guru

terlibat dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu dan lapan orang guru terlibat dalam

Penilaian Formatif Kelompok Kecil. Penilaian formatif yang dijalankan turut merentas

pemboleh ubah bebas iaitu tempoh mengajar guru. Satu set soal selidik yang dikenali

sebagai Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) oleh

Shaharom (1994) digunakan sebagai alat kajian dalam penyelidikan ini. Data yang

diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan min, maksimum

dan minimum. Hasil kajian ini mengesahkan bahawa MPK Tenaga dan Perubahan Kimia

yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dalam bilik darjah dan

diharapkan implikasi bagi MPK yang dibina ini dapat dimanfaatkan oleh guru, pelajar,

penggubal kurikulum dan Institusi Perguruan.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

vi

ABSTRACT

Sources of quality instructional material are of important method that will

improve the teaching and learning process toward higher efficiency. The aim of this study

is to design and evaluate the suitability status of three Self-Instructional Modules (SIM)

for Form Four students under KBSM Science subject entitled Tenaga dan Perubahan

Kimia (MPK 1: Perubahan Kimia dan Perubahan Fizik; MPK 2: Perubahan Haba Dalam

Tindak Balas Kimia; MPK 3: Kereaktifan Logam) by using the “Teras-Cabang” Model

by Shaharom, 1994. The SIM suitability status designed was evaluated formatively.

There are four teachers involved in formative evaluation – the One To One Formative

Evaluation (PFSS) and eight involved in the Smal Group Formative Evaluation (PFKK).

The formative evaluation was based on one independent variable – teaching duration. A

set of questionnaires which was designed by Shaharom (1994) called as “Soal Selidik

Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru)” was used as the instrument of this

study. Data obtained was analysed using descriptive statistic in the form of mean, mean

deviation, maximum and minimum. Results of the study showed that the SIMs Tenaga

dan Perubahan Kimia designed was suitable as a teaching materials in the classroom. The

research will definitely add value to teachers, students, curriculum developer and training

teacher Institute.

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRAC vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.1.1 Teks 3

1.1.2 Gambarajah 5

1.1.3 Menilai Soalan Di Akhir Bab/MPK 6

1.1.4 Menilai Ringkasan Bab 8

1.1.5 Menilai Aktiviti 9

1.1.6 Menilai Objektif Pembelajaran 10

1.2 Pernyataan Masalah 10

1.3 Objektif Kajian 11

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

viii

1.4 Persoalan Kajian 12

1.5 Rangka Kerja Konsep Penyelidikan 13

1.6 Kepentingan Kajian 14

1.6.1 Kepentingan Kajian Kepada 14

Para Pelajar

1.6.2 Kepentingan Kajian Kepada 16

Para Guru

1.6.3 Kepentingan Kajian Kepada 18

Pengubal Kurikulum

1.6.4 Kepentingan Kajian Kepada 19

Institusi

1.7 Skop Kajian 20

1.8 Takrifan Istilah 21

1.8.1 Guru 21

1.8.2 Tempoh Mengajar 21

1.8.3 Kesesuaian 21

1.8.4 Modul Pengajaran Kendiri 22

(MPK)

1.8.5 Penilaian Formatif 22

1.8.6 Pembinaan 23

1.8.7 Bahan Pengajaran 23

1.8.8 Guru Pakar 24

1.9 Batasan Kajian 24

1.10 Ringkasan 24

II SOROTAN PENULISAN 26

2.0 Pengnalan 26

2.1 Teori Berkaitan Dengan Pembinaan Dan 27

Penilaian MPK

2.1.1 Penilaian Formatif 27

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

ix

2..1.1.1 Penilaian Formatif Satu 28

Dengan Satu

2.1.1.2 Penilaian Formatif Kelompok 29

Kecil

2.1.1.3 Ujian Lapangan (Field Trial) 30

2.1.2 Modul Pengajaran Kendiri 31

(MPK)

2.1.2.1 Model Burns 33

2.1.2.2 Model Klingstedt 34

2.1.2.3 Model Eijl 36

2.1.2.4 Model Meyer 37

2.1.2.5 Model Teras-Cabang 40

Shaharom

2.2 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan 48

Pembinaan Dan Penialain MPK

2.2.1 Kajian Tentang Pembinaan Dan 48

Penilaian MPK Dalam Negara

2.2.1.1 Dalam Bidang Fizik 48

2.2.1.2 Dalam Bidang Matematik 53

2.2.1.3 Dalam Bidang Pendidikan 57

Teknik Dan Vokasional (PTV)

2.2.2 Kajian Tentang Pembinaan Dan 60

Penilaian Kesesuaian MPK

Di Luar Negara

2.2.2.1 Dalam Bidang Sains 60

2.2.2.2 Dalam Bidang Kimia 61

2.2.2.3 Dalam Bidang Biologi 62

2.2.2.4 Dalam Bidang Fizik 63

2.3 Ringkasan 65

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

x

III PENGKAEDAHAN 66

3.0 Pengenalan 66

3.1 Reka Bentuk Kajian 66

3.1.1 MPK1: Perubahan Kimia 67

Dan Perubahan Fizik

3.1.2 MPK2: Perubahan Haba 67

Dalam Tindak Balas Kimia

3.1.3 MPK3: Kereaktifan Logam 67

3.2 Subjek Kajian 68

3.3 Alat Kajian 68

3.4 Tatacara Kajian 69

3.4.1 Kajian tahap satu 71

3.4.2 Kajian Tahap Dua 73

3.4.3 Kajian Tahap Tiga 75

3.4.4 Kajian Tahap Keempat 75

3.5 Andaian 76

3.7 Batasan Kajian 77

3.8 Ringkasan 78

IV KEPUTUSAN KAJIAN 79

4.0 Pengenalan 79

4.1 Hasil Kajian Rintis 80

4.2 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian MPK 82

Oleh Guru-guru Sains

4.2.1 Persoalan Kajian 1 82

4.2.2 Persoalan Kajian 2 84

4.3 Penilaian Formatif Merentas Tempoh Masa 85

4.3.1 Persoalan Kajian 3 85

4.3.2 Persoalan Kajian 4 87

4.4 Rumusan 89

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

xi

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 91

5.0 Pengenalan 91

5.1 Ringkasan 92

5.2 Kesimpulan 96

5.3 Perbincangan 97

5.4 Implikasi 99

5.4.1 Pelajar 100

5.4.2 Guru 101

5.4.3 Institusi Pendidikan 103

5.4.4 Penggubal Kurikulum 104

5.5 Cadangan 105

5.6 Cadangan Penyelidik Masa Depan 106

5.7 Rumusan 108

RUJUKAN 109

LAMPIRAN 116

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Hasil Analisis Bagi Teks 4

1.2 Hasil Analisis Bagi Gambarajah 6

1.3 Hasil Analisis Bagi Soalan Di Akhir Bab 7

1.4 Hasil Analisis Bagi Aktiviti 9

3.1 Jadual Skala Pemeringkatan Status MPK 69

4.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Oleh Guru- 83

guru Sains Terhadap Kesesuaian MPK

4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh Guru- 84

guru Sains Terhadap Kesesuaian MPK

4.3 Penilaian Formatif Satu Denga Satu Merentas 86

Tempoh Mengajar Oleh Guru-guru Sains

4.4 Penilaian Formatif Satu Denga Satu Merentas 88

Tempoh Mengajar Oleh Guru-guru Sains

5.1 Analisis PFSS dan PFKK Dengan Pemboleh Ubah 93

Bebas

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 13

2.1 Model Teras-Cabang Shaharom 46

3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 70

3.2 Rangka Kerja Kajian Pembinaan 72

Modul Pengajaran Kendiri

3.3 Rangka Kerja kajian Rintis 74

Dan Penilaian Formatif

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

xiv

SENARAI SINGKATAN

AS - Amat Sesuai

KBKK - Kemahiran berfikir Kreatif Dan Kritis

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

P & P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFSS - Penilaian Formatif satu Dengan Satu

PB - Pengajaran Bermodul

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Pengesahan Pakar Bidang 116

B Borang Pengesahan Modul pengajaran Kendiri 117

C Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) 119

D Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK Untuk Guru 124

E Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pendidikan Malaysia 125

F Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Johor 127

G Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan UTM 128

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

“Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” (Abu Hassan, 1997:57). Untuk

menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah digubalkan ini, para pendidik

dan para pelajar perlu memainkan peranan yang amat penting.

Selain memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) dijalankan

dengan betul dan mendapat maklum balas yang baik dari para pelajar oleh para

pendidik, mereka juga perlu memastikan bahan rujukan dan bahan bacaan yang

digunakan adalah bermutu supaya proses P & P tersebut dapat dijalankan dengan lebih

menarik, produktif dan cekap, serta mendapat pencapaian akademik yang baik oleh para

pelajar (Tengku Mohd Azman, 1991). Para pendidik juga perlu memastikan ilmu-ilmu

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

2

ajaran yang disampaikan adalah betul dan tepat supaya para pelajar tidak mendapat

konsep-konsep yang salah, lama-kelamaan mereka mungkin akan menjadi kurang

berminat terhadap mata pelajaran itu, terutamanya mata pelajaran Sains (Okey, 1978)

Bahan pengajaran yang digunakan dalam P & P mestilah berhubungkait dan

mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat menggerakkan pelajar untuk terlibat secara

aktif dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran yang telah ditentukan seperti mengkaitkan

pengajaran dengan aktiviti-aktiviti harian yang dilakukan oleh pelajar dan

menggalakkan mereka mencari atau berfikir sendiri jalan penyelesaian sesuatu masalah.

Oleh kerana terdapat kekangan-kekangan yang tertentu, sesetengah guru tidak

menggunakan bahan pengajaran yang sesuai dan mengabaikan aspek-aspek yang

penting yang seharusnya dititikberatkan seperti latar belakang pelajar, minat pelajar,

gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain serta membuat perancangan sesuatu

pengajaran.

Untuk mengatasi masalah yang telah disebutkan di atas, para pendidik

digalakkan menghasilkan Modul Pengajaran Kendiri (MPK), iaitu satu bahan

pengajaran yang menitikberatkan pembelajaran secara individu dengan mengambil kira

aspek-aspek yang telah diabaikan seperti perbezaan latar belakang pelajar, minat

pelajar, gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain. Ia merupakan pakej pembelajaran

kendiri yang direkabentuk dengan terancang, teratur dan sistematik yang

menggabungkan pendekatan sistem dan humanistik (shaharom dan Yap, 1993).

Jadi jelaslah MPK amat diperlukan oleh para pendidik dalam membantu mereka

untuk menyampaikan sesuatu tajuk dengan lebih jelas. MPK juga dapat membantu para

pelajar untuk menguasai sesuatu tajuk berdasarkan tahap atau aras kepandaian masing-

masing. Dengan menggunakan MPK ini, bukan sahaja dapat meringankan beban para

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

3

pendidik dalam pengajaran, malah boleh menambahkan minat para pelajar terutamanya

dalam mata pelajaran Sains. (Shaharom, 1998)

1.1 Latar Belakang Masalah

Masalah yang sering dialami oleh para pelajar ialah kekurangan buku-buku atau

bahan rujukan yang bermutu untuk dijadikan bahan bacaan atau untuk dirujuk. Buku-

buku dan bahan rujukan yang ada di pasaran pada masa kini kurang melibatkan para

pelajar dalam P & P kerana kebanyakan para pelajar ‘disuap’ ilmu pengetahuan oleh

para pendidik tanpa melibatkan para pelajar dengan kemahiran saintifik seperti

mengenal pasti masalah, membuat hipotesis, merancang penyiasatan, mengawal

pemboleh ubah, mengumpul data, menganalisis data, mentafsir data, membuat

kesimpulan dan membuat laporan. Ini adalah tidak selaras dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara. Masalah-masalah yang terdapat pada buku-buku masa kini

adalah seperti berikut :

1.1.1 Teks

Teks dianalisis dari segi,

a. Kenyataan fakta

b. Kesimpulan atau generalisasi

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

4

c. Takrifan

d. Soalan yang dikemukakan tetapi terdapat jawapan segera dalam teks

e. Soalan yang memerlukan pelajar menganalisis data

f. Kenyataan yang memerlukan pelajar merumuskan kesimpulan sendiri.

g. Arahan yang memberitahu pelajar supaya melakukan dan menganalisis

sesuatu aktiviti atau kenyataan yang berbentuk masalah yang akan

diselesaikan oleh pelajar.

h. Soalan yang dikemukakan untuk menaikkan minat pelajar tetapi tidak

terdapat jawapan segera dalam teks.

(Romey, 1968)

Dengan berpandukan nota di atas, analisis telah dilakukan ke atas tiga buah

buku rujukan, iaitu buku Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains (Mohd.

Razazu Hatta ,2000), buku Fokus Sains SPM (Lim dll,1997) dan buku Fokus Indigo

SPM Sains (Lim dll, 2001).

Hasil daripada analisis ke atas buku-buku ini adalah seperti dalam Jadual 1.1

Jadual 1.1 Hasil Analisis Bagi Teks

Nama Buku Indeks

Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains 0.08

Fokus Indigo SPM Sains 0.03

Fokus Sains SPM 0.20

Hasil daripada analisis ini, didapati buku Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari

SPM Sains (Mohd. Razazu Hatta, 2000) dan buku Fokus Indigo SPM Sains (Lim dll,

2001) mempunyai nilai indeks yang hampir sifar, ini bermakna tiada penglibatan pelajar

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

5

dalam buku-buku ini. Manakala indeks bagi buku Fokus Sains SPM (Lim dll, 1997)

pula ialah < 0.4 yang bermaksud autoritarian dan kurang mencabar (hafalan dan

takrifan) (Romey, 1968).

Kesimpulannya, buku-buku yang telah dianalisis ini menunjukkan bahawa teks

yang terdapat dalam buku-buku ini berbentuk kenyataan fakta, kesimpulan dan

generalisasi dan takrifan. Ia kurang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses P & P.

1.1.2 Gambarajah

Dalam bahagian gambarajah pula, analisis yang dibuat adalah untuk melihat

sama ada ia dikelompokkan di dalam kategori,

a. Digunakan hanya untuk tujuan penerangan [illustrative purposes]

b. Memerlukan pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau menggunakan data.

(Romey, 1968)

Analisis telah dilakukan ke atas empat buah buku rujukan, iaitu buku Target ++

(Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains (Mohd. Razazu Hatta, 2000), buku Fokus Sains

SPM (Lim dll, 1997), buku Fokus Indigo SPM Sains (Lim dll, 2001), dan buku Revisi

Lanjutan Sains Tingkatan 4 (Mohd. Razazu Hatta dan Lim, 2002).

Hasil daripada analisis ke atas buku-buku ini adalah seperti dalam Jadual 1.2

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

6

Jadual 1.2 Hasil Analisis Bagi Gambarajah

Nama Buku Indeks

Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains 0.4

Fokus Indigo SPM Sains 0.4

Fokus Sains SPM 0.7

Revisi Lanjutan Sains Tingkatan 4 1.0

Kesimpulannya, bagi buku Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains

(Mohd. Razazu Hatta, 2000) dan buku Fokus Indigo SPM Sains (Lim dll, 2001) yang

berindeks 0.4, iaitu menghampiri < 0.4 yang bermaksud autoritarian dan kurang

mencabar (hafalan dan takrifan), manakala bagi buku Fokus Sains SPM (Lim dll, 1997)

yang berindek 0.7 iaitu menghampiri 1.0 dan buku Revisi Lanjutan Sains Tingkatan 4

(Mohd. Razazu Hatta dan Lim, 2002) yang berindek 1.0 bermakna buku ini seimbang

(ideal) di antara kenyataan-kenyataan yang tiada penglibatan pelajar dengan kenyataan-

kenyataan yang memerlukan pemikiran pelajar (Romey, 1968).

Oleh itu, gambarajah yang terdapat dalam buku-buku ini banyak yang

digunakan untuk tujuan penerangan sahaja tanpa melibatkan pelajar secara aktif.

1.1.3 Menilai Soalan Di Akhir Bab/MPK

Dalam bahagian ini, soalan dikelompokkan kepada salah satu kategori berikut,

a. Jawapannya boleh diperolehi terus daripada teks

b. Takrifan

Page 25: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

7

c. Soalan yang memerlukan pelajar mengaplikasi pembelajarannya daripada

bab berkenaan ke situasi baharu.

d. Soalan yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah.

(Romey, 1968)

Analisis berdasarkan panduan di atas telah dijalankan ke atas tiga buah buku

rujukan, iaitu buku Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains (Mohd. Razazu

Hatta, 2000), buku Fokus Sains SPM (Lim dll, 1997) dan buku Fokus Indigo SPM

Sains (Lim dll, 2001)

Hasil daripada analisis ke atas buku-buku ini adalah seperti dalam Jadual 1.3

Jadual 1.3 Hasil Analisis Bagi Soalan Di Akhir Bab

Nama Buku Indeks

Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains 0.3

Fokus Indigo SPM Sains 0.4

Fokus Sains SPM 0.4

Mengikut tafsiran indeks, indeks yang terhasil bagi buku Target ++ (Plus-Plus)

Formula Bestari SPM Sains (Mohd. Razazu Hatta, 2000) ialah 0.3, manakala indek bagi

buku Fokus Sains SPM (Lim dll, 1997) dan buku Fokus Indigo SPM Sains (Lim dll,

2001) ialah 0.4, iaitu menghampiri kategori <0.4 yang bermaksud autoritarian dan

kurang mencabar (hafalan dan takrifan) (Romey, 1968).

Kebanyakan soalan di dalam buku tersebut mempunyai jawapan terus daripada

teks, asalkan para pelajar membaca teks dan menghafal teks, mereka tentu dapat

Page 26: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

8

menjawab soalan dengan baik, jadi ini kurang melibatkan para pelajar untuk berfikir

dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi.

1.1.4 Menilai Ringkasan Bab

Setiap ringkasan bab dikelompokkan kepada kategori berikut,

a. Mengulangi kesimpulan bab

b. Mengemukakan soalan-soalan baru di mana jawapannya tidak terdapat

dalam teks atau tertakluk pada kajian semasa

(Romey, 1968)

Dalam analisis ke atas ringkasan bab, didapati buku Target ++ (Plus-Plus)

Formula Bestari SPM Sains (Mohd. Razazu Hatta, 2000), buku Fokus Sains SPM (Lim

dll, 1997), buku Fokus Indigo SPM Sains (Lim, 2001), buku KBSM Sains Tingkatan 4

(Chai dan Kueh, 2002), buku Eksplorasi Sains, Tingkatan 4 (Ling dll, 2002) dan buku

Fokus Ungu SPM Sains (Chong dll, 2002) tiada ringkasan bab, manakala buku Revisi

Lanjutan Sains, Tingkatan 4 (Mohd. Razazu Hatta dan Lim, 2002) ada ringkasan bab

tetapi ringkasannya mengulangi kesimpulan bab atau nota-nota penting yang terdapat

dalam bab itu (Romey, 1968).

Oleh itu, tiada soalan-soalan baru yang memerlukan pelajar mencari jawapan

sendiri, jadi kurang penglibatan pelajar dalam proses P & P.

Page 27: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

9

1.1.5 Menilai Aktiviti

Dalam menilai aktiviti, bilangan aktiviti yang dicadangkan untuk pelajar dikira

(Romey, 1968). Analisis telah dijalankan ke atas tiga buah buku rujukan, iaitu buku

Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains (Mohd. Razazu Hatta, 2000), buku

Fokus Sains SPM (Lim dll, 1997) dan buku Fokus Ungu SPM Sains (Lim dll, 2001).

Hasil daripada analisis ke atas buku-buku ini adalah seperti dalam Jadual 1.3

Jadual 1.4 Hasil Analisis Bagi Aktiviti

Nama Buku Indeks

Target ++ (Plus-Plus) Formula Bestari SPM Sains 0.3

Fokus Ungu SPM Sains 0.4

Fokus Sains SPM 0.3

Manurut takrifan indeks, indeks yang terhasil bagi buku-buku ini adalah

menghampiri kategori <0.4 iaitu autoritarian dan kurang mencabar (hafalan dan

takrifan) (Romey, 1968).

Kesimpulannya didapati buku-buku ini kurang mempunyai aktiviti yang

melibatkan para pelajar secara aktif dalam proses P & P, kecuali aktiviti ujikaji.

Page 28: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

10

1.1.6 Menilai Objektif Pembelajaran

Bagi penilaian ke atas objektif pula, didapati buku Target ++ (Plus-Plus)

Formula Bestari SPM Sains (Mohd. Razazu Hatta, 2000), buku Fokus Sains SPM (Lim

dll, 1997) dan buku Fokus Ungu SPM Sains (Lim dll, 2001), tiada objektif

pembelajaran, tetapi bagi buku Revisi Lanjutan Sains, Tingkatan 4 (Mohd. Razazu

Hatta dan Lim, 2002), buku Eksplorasi Sains, Tingkatan 4 (Ling dll, 2002) dan buku

KBSM Sains Tingkatan 4 (Chai dan Kueh, 2002) terdapat objektif pembelajaran bagi

setiap babnya (Romey, 1968).

Jadi dengan hanya mengharapkan pengajaran para pendidik yang hanya

berpandukan buku-buku rujukan dan buku teks yang terdapat di pasaran masa kini

adalah tidak mencukupi, malah mungkin boleh mengakibatkan kesan-kesan sampingan

seperti para pelajar menjadi keliru dan bosan yang akhirnya boleh mengakibatkan

mereka tidak berminat ke atas mata pelajaran Sains. Para pendidik dan para pelajar

memerlukan bahan bacaan dan bahan rujukan yang bermutu seperti Modul Pengajaran

Kendiri (MPK) untuk dijadikan rujukan dan panduan.

1.2 Pernyataan Masalah

Menurut matlamat Pendidikan Sains, salah satunya ialah untuk meningkatkan

keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal, menaakul secara logik dan

berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah (Lovoie, 1993).

Page 29: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

11

Jadi, tujuan kajian adalah fokus kepada bahan yang bermutu yang diperlukan

oleh para pelajar dan para pendidik dalam proses P & P. Sesuatu proses pengajaran

dalam kelas juga dapat dipertingkatkan dengan penggunaan bahan P & P yang bermutu

seperti MPK. Para pelajar juga dapat memantapkan diri dengan berpandukan MPK.

1.3 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini ialah untuk :

1. Membina 3 modul pembelajaran kendiri

Modul 1 : Perubahan Kimia Dan Perubahan Fizik

Modul 2 : Perubahan Haba Dalam Tindak Balas Kimia

Modul 3 : Siri Kereaktifan Logam

2. Menilai kesesuaian MPK yang dibina adalah sama dengan keperluan sukatan

pelajaran Sains KBSM memberi penekanan ke atas penglibatan pelajar

secara aktif, kreatif dan inovatif di dalam pembelajaran seperti yang telah

dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

3. Mengenalpasti tahap penilaian kesesuaian MPK merentasi tempoh mengajar

di kalangan guru supaya guru tidak memberi penekanan dalam

menghabiskan sukatan pengajaran.

4. Menentukan hubungan antara penggunaan MPK dengan tahap keupayaan

mereka menguasai pelajaran Sains KBSM.

Page 30: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … filepembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) bertajuk tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran sains tingkatan

12

1.4 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian ialah

1. Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu guru-guru Sains terhadap MPK

Tenaga Dan Perubahan Kimia menunjukkan ia sesuai untuk digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Tingkatan Empat?

2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh guru-guru Sains terhadap

MPK Tenaga Dan Perubahan Kimia menunjukkan ia sesuai untuk digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Tingkatan

Empat?

3. Adakah terdapat perbezaan terhadap status kesesuaian MPK Tenaga Dan

Perubahan Kimia dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu oleh guru-guru

Sains merentasi tempoh mengajar?

4. Adakah terdapat perbezaan terhadap status kesesuaian MPK Tenaga Dan

Perubahan Kimia dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh guru-guru

Sains merentasi tempoh mengajar?

1.5 Rangka Kerja Konsep Penyelidikan

MPK yang dibina ini adalah untuk menilai mutu bahan pengajaran dalam proses

P & P. Tujuannya adalah untuk menguji kesesuaian tiga MPK yang dibina ini

untuk dijadikan bahan bantu mengajar dalam bilik darjah.

Alat kajian yang digunakan untuk menguji kesesuaian MPK adalah dengan

menggunakan satu set Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

(Guru) Shaharom (1994). Set soal selidik ini menggunakan penilaian formatif yang