pembinaan dan penilaian kesesuaian modul … · bahagian perancangan dan penyelidikan dasar...

29
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) ENJIN BAGI MATA PELAJARAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF MUHAMMAD BIN SAARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI (MPK) ENJIN BAGI MATA PELAJARAN TEKNOLOGI

AUTOMOTIF

MUHAMMAD BIN SAARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI MATA PELAJARAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF.

SESI PENGAJIAN: 2005/2006.

Saya MUHAMMAD BIN SAARI

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA).

Alamat tetap: 963, PERMATANG JANGGUS, 13100 PENAGA, ENCIK ADNAN BIN AHMAD. SEBERANG PERAI UTARA, ...................................................... PULAU PINANG Nama Penyelia.

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

Tandatangan : …………………………………….

Nama Penyelia : Encik Adnan bin Ahmad

Tarikh : …………………………………….

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI (MPK) ENJIN BAGI MATA PELAJARAN TEKNOLOGI

AUTOMOTIF

MUHAMMAD BIN SAARI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2006

Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ............................................................

Nama Penulis : Muhammad bin Saari

Tarikh : ............................................................

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

iii

DEDIKASI

Khas buat ayahanda (Saari bin Darus) dan bonda (Rahimah bt Ya) terima kasih

terhadap segala pengorbanan kalian selama ini.

Abang-abangku (Mohd Hafiz dan Mohd Farid) dan adik-adikku yang tersayang (Mohd

Firdaus, Siti Noor Asiah, Siti Noor Aisyah dan Siti Noor Hafizah) yang banyak

memberikan semangat dan dorongan serta mendoakan kecemerlanganku.

Buat rakan-rakan seperjuangan terutamanya pelajar tahun 5 SPJ 2005/06 terima kasih

diucakan kepada kalian semua kerana telah banyak berkongsi suka dan duka sepanjang

berada di Universiti Teknologi Malaysia. Moga ukhuwah yang terjalin di sini akan

kekal hingga ke akhir hayat.

Buat yang terlibat, kejayaan yang diperoleh ini adalah kejayaan kita bersama. Terima

kasih di atas segala bantuan dan doa yang diberikan selama ini.

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

iv

PENGHARGAAN Dalam usaha membina dan menilai MPK Enjin ini, pelbagai pihak telah

menghulurkan bantuan dan tunjuk akar. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar ini, tidak

mungkin penyelidikan ini dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang ditetapkan

dengan sempurnanya.

Jutaan terima kasih ingin diucapkan kepada Encik Adnan bin Ahmad selaku

penyelia Projek Sarjana Muda ini. Beliau tidak jemu-jemu dalam mendidik dan

membetulkan kesalahan yang saya lakukan sepanjang projek ini dijalankan. Ketegasan

dan keikhlasan beliau tidak akan saya lupakan sehingga ke akhir hayat.

Pada masa yang sama juga, jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti Pendidikan di atas kebenaran

dan kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menjalankan penyelidikan ini.

Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan ingin disampaikan kepada semua

pengetua dan guru Teknologi Automotif di atas kerjasama yang telah diberikan,

khasnya sekolah-sekolah menengah teknik di Negeri Johor yang telah terlibat dalam

proses menilai status kesesuaian MPK yang telah saya bina ini.

Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan

seperjuangan dan keluarga yang tersayang yang telah banyak memberi dorongan serta

rangsangan untuk saya menjayakan penyelidikan ini.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

v

ABSTRAK

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah pakej pembelajaran kendiri yang

direka bentuk dengan teratur dan sistematik. Dalam kajian ini, sebanyak empat buah

MPK Enjin dibina iaitu MPK 1: Enjin, MPK 2: Sistem Penyejukan Enjin, MPK 3:

Sistem Pelinciran Enjin dan MPK 4 : Sistem Bahan Api. Kesemua MPK yang dibina

dinilai status kesesuaiannya supaya memenuhi keperluan Huraian Sukatan Pelajaran

Teknologi Automotif. Kesemua MPK yang dibina berpandukan Model Teras-Cabang

(Shaharom, 1994). Alat kajian yang digunakan ialah Soal Selidik Modul Pengajaran

Kendiri (Guru) (Shaharom, 1994). Pemboleh ubah bebas yang digunakan ialah merentas

pengalaman mengajar. Kesesuaian MPK dinilai menerusi dua peringkat iaitu Penilaian

Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

yang masing-masing melibatkan empat dan 10 orang guru Teknologi Automotif.

Responden kajian dipilih daripada guru Teknologi Automotif di enam buah sekolah

menengah teknik di Negeri Johor. Data yang diperoleh dianalisis secara statistik

deskriptif. Hasil kajian yang diperoleh mengesahkan bahawa MPK Enjin yang dibina

adalah amat sesuai digunakan sebagai bahan P&P untuk pelajar yang mengambil mata

pelajaran Teknologi Automotif

.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

vi

ABSTRACT

The Self-Instructional Module (SIM) is a well-organized and systematically

designed self-learning package. In this research, four types of Engine SIMs were

developed that is MPK 1: Engine, MPK 2: Engine Cooling System, MPK 3: Engine

Lubrication System and MPK 4: Fuel System. All the MPKs developed were assessed

on their status of adaptability so as to meet the requirement of Huraian Sukatan

Pelajaran Teknologi Automotif. All the SIMs developed were guided by the Teras-

Cabang Model (Shaharom, 1994). The research tool used was a set of questionnaires,

that is Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Guru) (Shaharom, 1994).

Teaching experiences was used as independent variable. The suitability of SIM was

assessed via two stages, that is One-to-One Formative Evaluation (OOFE) Assessment

and Small-Group Formative Evaluation (SGFE) Assessment which involved four and

10 Automotive Technology teachers respectively. The respondents of the research were

selected from Automotive Technology teachers from technical secondary school in

Johor. The data obtained were analyzed in descriptive statistics. The result of the

research obtained, confirmed that Engine MPK which was developed is very suitable to

be used as T&L material for Teknologi Automotif students. Its implication, MPK which

was developed is suitable to be used and meets of Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi

Automotif.

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.1.1 Perbezaan Individu 4

1.1.2 Istilah Teknikal 5

1.1.3 Objektif Pembelajaran 6

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

viii

1.1.4 Pasaran dan Penerbitan 7

1.2 Pernyataan Masalah 8

1.3 Objektif Kajian 9

1.4 Persoalan Kajian 10

1.5 Kepentingan Kajian 11

1.5.1 Kepentingan Kepada Pelajar 11

1.5.2 Kepentingan Kepada Guru 11

1.5.3 Kepentingan Kepada Sekolah 12

1.6 Skop Kajian 12

1.7 Definisi Istilah 13

1.7.1 Modul Pengajaran Kendiri 13

1.7.2 Penilaian Formatif 13

1.7.3 Teknologi Automotif 14

1.7.4 Kesesuaian 14

1.7.5 Guru 15

1.7.6 Bahan Pembelajaran 15

1.8 Rumusan 15

2 SOROTAN PENULIS 16

2.0 Pendahuluan 16

2.1 Pengenalan Pengajaran Bermodul (PB) 16

2.2 Kebaikan Pengajaran Bermodul (PB) 18

2.2.1 Kebaikan Pengajaran Bermodul (PB)

Kepada Pelajar 18

2.2.2 Kebaikan Pengajaran Bermodul (PB)

Kepada Para Guru/Pensyarah 20

2.3 Apa Itu Modul Pengajaran Kendiri (MPK) ? 22

2.4 Ciri-ciri Sesebuah Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 24

2.5 Penilaian Formatif 25

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

ix

2.4.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu 26

2.4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 26

2.4.3 Penilaian Formatif Percubaan Luar 27

2.6 Model-model Modul Pengajaran Kendiri 28

2.6.1 Modul Burn. (1972) 28

2.6.2 Model Klingstedt. (1972) 29

2.6.3 Model Eijl. (1976) 31

2.6.4 Model Meyer. (1988) 31

2.6.5 Model Teras-Cabang-Shaharom. (1994) 33

2.7 Rasional Penggunaan 38

2.8 Kajian Tentang Pembinaan Dan Penilaian

Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

Dalam Mata Pelajaran Teknologi Automotif 40

2.8 Rumusan 41

3 PENGKAEDAHAN 42

3.0 Pendahuluan 42

3.1 Reka Bentuk Kajian 42

3.2 Subjek Kajian 44

3.3 Alat Kajian 45

3.4 Tatacara Kajian 46

3.4.1 Kajian Tahap Satu: Pembinaan Modul

Pengajaran Kendiri (MPK) 48

3.4.2 Kajian Tahap Dua: Kajian Rintis 50

3.4.3 Kajian Tahap Tiga: Penilaian Formatif 51

3.4.3.1 Penilaian Formatif Satu

Dengan Satu (PFSS) 51

3.4.3.2 Penilaian Formatif

Kelompok Kecil (PFKK) 51

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

x

3.4.4 Kajian Tahap Empat: Analisis Data

Dan Maklumat 52

3.5 Andaian Kajian 53

3.6 Batasan Kajian 54

3.7 Rumusan 55

4 KEPUTUSAN KAJIAN 56

4.0 Pendahuluan 56

4.1 Kajian Rintis 57

4.2 Penilaian Formatif Terhadap

Kesesuaian MPK 58

4.2.1 Persoalan Kajian 1 58

4.2.2 Persoalan Kajian 2 60

4.3 Penilaian Formatif Merentas Pengalaman

Mengajar 62

4.3.1 Persoalan Kajian 3 63

4.3.2 Persoalan Kajian 4 66

4.4 Rumusan 69

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 71

5.0 Pendahuluan 71

5.1 Perbincangan 71

5.2 Kesimpulan 74

5.3 Implikasi 76

5.4 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 77

5.5 Rumusan 78

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

xi

BIBLIOGRAFI 79

LAMPIRAN 83

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Pemeringkatan Skala Likert 45

4.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)

Oleh Guru Teknologi Automotif Terhadap

Kesesuaian MPK 59

4.2 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif Satu

Dengan Satu (PFSS) Oleh Guru Teknologi Automotif

Terhadap Kesesuaian MPK 59

4.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

Oleh Guru Teknologi Automotif Terhadap

Kesesuaian MPK 61

4.4 Kesimpulan Hasil Formatif Kelompok

Kecil (PFKK) Oleh Guru Teknologi Automotif

Terhadap Kesesuaian MPK 61

4.5 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)

Oleh Guru Teknologi Automotif Merentas

Pengalaman Mengajar 64

4.6 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif Satu

dengan Satu (PFSS) Oleh Guru Teknologi Automotif

Merentas Pengalaman Mengajar 64

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

xii

4.7 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

Oleh Guru Teknologi Automotif Merentas

Pengalaman Mengajar 67

4.8 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif

Kelompok Kecil (PFKK) Oleh Guru Teknologi

Automotif Merentas Pengalaman Mengajar 67

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Teras-Cabang 38

3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 47

3.2 Rangka Kerja Pembinaan MPK 49

3.5 Rangka Kerja Kajian Rintis 50

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

xiv

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN

= - Sama Dengan

∑ - Jumlah

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

HSP - Huraian Sukatan Pelajaran

IM - Instructional Module

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

n - Bilangan Responden

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PB - Pengajaran Bermodul

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

SIM - Self- Instructional Module

SMT - Sekolah Menengah Teknik

X - Min

X1 - Setiap Markah

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Kesesuaian Modul

Pengajaran Kendiri (Guru) 84

B Jadual Skala Pemeringkatan Untuk Soal Selidik

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Guru 89

C Borang Pengesahan Modul Pembelajaran

Kendiri (MPK) 90

D Borang Pengesahan Pakar Bidang 92

E Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan 93

F Surat Kebenaran Daripada Pejabat Pelajaran Johor 94

G Surat Kebenaran Daripada Kementerian

Pelajaran Malaysia 95

H Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Automotif 97

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Negara kita sedang menuju ke arah negara maju. Oleh sebab itu peluang

pekerjaan yang melibatkan bidang teknikal dan vokasional semakin diperlukan pada

masa kini. Selari dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi (Saufi dan Mohd Anwar dalam Berita Harian) bidang teknikal mempunyai

potensi tinggi untuk berkembang dan menawarkan banyak peluang pekerjaan bermutu

bagi belia Malaysia. Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia melalui Kementerian

Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang memperbanyakkan sekolah-

sekolah dan institusi pengajian tinggi yang berkaitan dengan bidang teknikal dan

vokasional.

Segala usaha-usaha kerajaan di atas adalah untuk melahirkan tenaga-tenaga

mahir dan pakar-pakar teknologi bagi menampung keperluan dalam industri negara.

Pembangunan dan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada rakyatnya yang

mempunyai kemahiran dan kepakaran di dalam sesuatu bidang. Kemahiran dan

kepakaran yang dimiliki adalah aset yang amat bernilai untuk memudahkan sesebuah

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

2

negara mencapai taraf negara maju.

Kini negara sedang memberi perhatian yang serius terhadap bidang automatif.

Ini dapat dilihat dengan terbinanya beberapa buah kilang automotif. Contohnya ialah

kilang Proton yang terletak di Shah Alam dan kilang Produa di Rawang. Ini

menunjukkan bidang automotif ini menyediakan peluang pekerjaan yang besar. Selain

itu negara kita juga telah membina Litar Formula Satu Sepang. Dengan terbinanya litar

ini rakyat Malaysia dapat melihat dengan lebih dekat teknologi-teknologi automotif

yang terbaru. Secara tidak langsung ia dapat menarik minat golongan-golongan muda

untuk menceburkan diri dalam bidang automotif. Seterusnya menjadi pakar dalam

bidang automotif.

Bagi melahirkan pakar-pakar dalam bidang automotif, sistem pendidikan

haruslah memainkan peranan. Jika dilihat pengajaran dan pembelajaran automotif

sekarang banyak melibatkan kerja-kerja amali di dalam bengkel. Namun bahan

pengajaran dan pembelajaran khususnya bahan bercetak seperti buku teks dan buku

rujukan juga diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran automotif. Bahan bercetak

ini diperlukan supaya pelajar-pelajar dapat membuat rujukan dengan mudah sekiranya

terdapat sebarang masalah yang dihadapi tanpa merujuk kepada guru mereka. Buku

rujukan seperti ini amat diperlukan sekiranya terdapat pelajar yang tidak mengalami

proses pembelajaran semasa di dalam kelas. Seperti yang kita maklum bahawa wujud

perbezaan individu yang ketara di kalangan pelajar. Sesuai dengan pendapat beberapa

penyelidik iaitu:

“Para pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu di kalangan

para pelajar seperi dari segi minat terhadap pelajaran, latar belakang,

gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain.”

(Shaharom & Yap, 1993)

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

3

“Perkembangan adalah suatu keadaan yang bersifat kualitatif dan abstrak

iaitu tidak dapat dilihat. Contohnya pemikiran, emosi, sosial, moral dan

personaliti”

(Abdul Rahim dan Elias, 2001)

Selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan

potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, satu kaedah yang terbaik

ialah dengan menggunakan Modul Pengajaran Kendiri (MPK). Dengan penggunaan

MPK membolehkan pelajar belajar mengikut kecepatan dan kesesuaian sendiri

mengikut kemampuan masing-masing.

Terdapat banyak kelebihan menggunakan MPK kepada pelajar-pelajar sekolah.

Menurut Noran Fauziah (1981) pengajaran modul mempunyai potensi untuk memenuhi

keperluan pelajar yang berbeza. ini bermakna, MPK amat sesuai untuk dijadikan

sebagai satu langkah mengembangkan potensi individu yang terdapat dalam FPN.

Shaharom dan Yap (1991a) juga menyebut pengajaran bermodul ialah untuk

membolehkan para pelajar meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut

kecepatan sendiri

Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin cuba menghasilkan sebuah bahan

bercetak yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar automotif

di sekolah-sekolah menengah teknik di Malaysia. Bahan bercetak yang dimaksudkan

ialah Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Enjin.

1.1 Latar Belakang Masalah

Menurut Morohaini (1989):

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

4

“Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan

bahan-bahan bercetak. Di antaranya ialah perbendaharaan kata,

pembentukan ayat atau jenis ayat dan panjang pendek ayat serta

perkataan. Penggunaan konsep-konsep, saiz dan stail cetakan,

penggunaan dan penyusunan idea-idea atau isi-isi, minat pembaca dan

pengetahuan latar pembaca menjadi faktor terpenting”.

Merujuk kepada petikan di atas, bahan bercetak atau buku-buku ilmiah tidak

boleh dihasilkan dengan sewenang-wenangnya terutama yang melibatkan pendidikan

pelajar-pelajar sekolah. Jika dilihat pada buku-buku rujukan yang terdapat di pasaran,

kebanyakannya tidak mempunyai faktor-faktor kebolehbacaan seperti yang tersebut

dalam petikan di atas. Selaras dengan pendapat Salohi (1999) yang menyatakan tujuan

utama bahan P&P yang diedarkan di pasaran adalah untuk maksud perniagaan,

manakala ciri-ciri penting yang sepatutnya diabaikan.

Masalah ini menjadi punca kepada pelajar terhadap pencapaian akademik

mereka terutamanya dalam mata pelajaran Teknologi Automotif. Dalam kajian ini,

antara faktor yang dikaji ialah perbezaan individu, istilah teknikal, objektif

pembelajaran dan pasaran dan penerbitan.

1.1.1. Perbezaan Individu

Menurut pendapat Shaharom & Yap (1993) wujud perbezaan individu di

kalangan para pelajar seperti dari segi minat terhadap pelajaran, latar belakang, gaya

belajar, nilai, motivasi dan lain-lain. Namun, jika dilihat kepada buku-buku yang

terdapat di pasaran, kebanyakan tidak menitik beratkan kepada perbezaan individu.

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

5

Oleh kerana pelajar mempunyai pelbagai kebolehan iaitu ada cepat, sederhana dan

lambat, ini telah mendatangkan masalah kepada guru untuk menentukan bahan

pengajaran dan pembelajaran yang paling baik di dalam kelas.

Buku teks adalah pengukur kepada perkembangan sistem pendidikan sesebuah

negara, namun mutu buku teks dan buku rujukan masih boleh dipersoalkan. Ini dapat

dilihat dari segi pengolahan kandungan kurang sesuai untuk semua peringkat (Noor

Rahimah, 2003). Isi kandungan yang sukar difahami kerana penerangan di dalamnya

terlalu umum disusuli dengan langkah-langkah penyelesaian yang sepatutnya

ditunjukkan tetapi berlaku sebaliknya (Saripah,1999).

Menurut Abdul Rahim pula (2001) walaupun susunan perkembangan sama,

tetapi corak perkembangan adalah berbeza. Oleh sebab itu tidak semua pelajar akan

mencapai peringkat yang sama. Sehubungan dengan itu guru perlulah menyediakan

bahan pembelajaran sejajar dengan perkembangan minda pelajar. Langkah ini penting

supaya objektif pengajaran guru tercapai untuk semua pelajar. Sesuai dengan

pernyataan Ee Ah Meng (1998)

“Guru hendaklah memahami implikasi aspek-aspek perkembangan dengan

tujuan guru dapat menyediakan bahan pelajaran yang berbeza serta mengikut

kadar perkembangan pelajar yang berlainan”

1.1.2. Istilah Teknikal

Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai istilah teknikal yang wujud dalam

bidang automotif. Jika dilihat kepada buku rujukan automotif berbahasa Melayu yang

terdapat di pasaran. Istilah-istilah teknikal yang digunakan adalah berbeza-beza.

Page 25: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

6

Sebagai contoh istilah penyinar (radiator) dalam sistem penyejukan enjin.

Dalam buku Teknologi Automotif keluaran International Book Service telah

menggunakan perkataan radiator, manakala dalam buku Enjin Kereta terbitan Dewan

Bahasa dan Pustaka dan Universiti Teknologi Malaysia telah menggunakan perkataan

penyinar. Ini menunjukkan ketidakseragaman dalam penggunaan sesuatu istilah.

Jika buku-buku tersebut dibuat rujukan oleh pelajar, sudah tentu

ketidakseragaman istilah ini boleh menyebabkan kekeliruan dan kesukaran kepada

pelajar untuk memahami sesuatu konsep. Oleh sebab itu penulis atau penerbit perlulah

merujuk kepada satu piawaian yang telah ditetapkan contohnya buku Istilah

Kejuruteraan yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka supaya istilah-istilah

teknikal yang sukar difahami dapat diseragamkan.

Selain itu, istilah-istilah teknikal di dalam bahasa Melayu kurang digunakan

dalam kebanyakan buku yang terdapat di pasaran. Kebanyakannya lebih menggunakan

istilah bahasa Inggeris. Hal sedemikian boleh menyebabkan pelajar sukar untuk

memahami kandungan yang terdapat di dalam sesebuah buku rujukan.

1.1.3. Objektif Pembelajaran

Objektif pembelajaran adalah sesuatu yang amat penting dalam sesebuah

pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana objektif menjadi pengukur sesuatu tahap

proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran juga boleh menjadi panduan

kepada guru-guru untuk memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi proses

pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.

Daripada tinjauan penyelidik ke atas buku Teknologi Automotif keluaran

Page 26: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

7

International Service mendapati bahawa kebanyakan objektif yang dinyatakan adalah

hanya satu aras tingkat pembelajaran. Ini menunjukkan buku berkenaan tidak sesuai

digunakan oleh semua lapisan pelajar. Seperti yang telah diterangkan dalam bab 1.1.1,

setiap pelajar mengalami perkembangan yang berbeza-beza.

Selain itu, tinjauan juga dilakukan ke atas buku Enjin Kereta terbitan Dewan

Bahasa dan Pustaka dan Universiti Teknologi Malaysia. Didapati bahawa buku ini tidak

menyediakan objektif pembelajaran. Hal sedemikian akan menimbulkan kesukaran

kepada pelajar yang menggunakannya dalam pembelajaran kerana mereka tidak

mengetahui sejauh mana mereka telah menguasai isi yang telah disampaikan. Selain itu,

pelajar juga sukar untuk meneruskan pembelajaran yang seterusnya.

1.1.4. Pasaran dan Penerbitan

Menurut Noor Rahimah (2003):

“Persembahan teks dalam bahan rujukan di pasaran kurang melibatkan

pelajar untuk berfikir, kurang mencabar dan tidak menggalakkan pelajar

membina sendiri skema sedia ada yang disesuaikan dengan konsep baru.

Pelajar hanya menerima sahaja maklumat atau data baru daripada teks

untuk dihafal dan diingat.”

Ini menunjukkan penulis atau penerbit tidak mementingkan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Jika dilihat terhadap pasaran buku di Malaysia pula didapati bahawa terlalu

Page 27: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

8

sedikit bahan-bahan bercetak mengenai automotif dalam bahasa Melayu. Kebanyakan

bahan-bahan rujukan ini adalah berbahasa Inggeris. Tidak dinafikan bahawa bahasa

Inggeris begitu penting pada sekarang, sehinggakan Kementerian Pendidikan pada

tahun 2002 telah menukarkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

kepada bahasa Inggeris tetapi buku-buku dalam bahasa Melayu juga masih diperlukan

untuk memantapkan lagi pemahaman. Selaras dengan pandang Amir Yazid bin Ali dan

Zaimi bin Mat Isa (2004):

“Walaupun pembelajaran dalam bahasa Inggeris bagi subjek berasaskan

Sains dan Matematik kini digalakkan, masih terdapat keperluan bagi

buku-buku bersifat teknikal dalam bahasa Melayu. Pembacaan buku

dalam bahasa Melayu mampu memantapkan lagi pemahaman selepas

buku berbahasa Inggeris dibaca”

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa modul pengajaran kendiri

(MPK) adalah pakej pembelajaran yang terancang dan menyediakan peluang belajar

mengikut keupayaan masing-masing. Dengan itu diharapkan agar MPK dapat dijadikan

bahan pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan pelajar di dalam kelas.

1.2 Pernyataan Masalah

Penyelidikan ini merupakan satu usaha untuk membina modul pengajaran

kendiri (MPK) Enjin dengan tujuan menangani masalah kekurangan bahan pengajaran

dan pembelajaran yang berkualiti. Daripada huraian yang telah dibuat di atas, jelas

menunjukkan bahawa Kaedah Pengajaran Bermodul menyumbangkan banyak faedah

dari segi minat serta dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Di sini dapat

dinyatakan bahawa masalah utama adalah seperti berikut.

Page 28: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

9

Adakah MPK Enjin bagi mata pelajaran Teknologi Automotif untuk pelajar

Aliran Vokasional di sekolah menengah teknik yang telah melalui penilaian formatif

sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini adalah untuk pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran

kendiri automotif. Justeru itu , kajian ini menjurus secara spesifik bagi :-

1. Membina MPK Enjin bagi mata pelajaran Teknologi Automotif berpandukan

model Teras-Cabang (Shaharom, 1994) mengikut Huraian Sukatan Pelajaran

Teknologi Automotif.

MPK 1 - Enjin

MPK 2 - Sistem Penyejukan Enjin

MPK 3 - Sistem Pelinciran Enjin

MPK 4 - Sistem Bahan Api Petrol

2. Menilai kesesuaian keempat-empat MPK Enjin yang telah dibina supaya dapat

digunakan oleh para pelajar aliran vokasional yang mengambil mata pelajaran

Teknologi Automotif.

3. Membandingkan kesesuaian keempat-empat MPK Enjin yang dibina untuk

pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi Automotif merentas

pengalaman mengajar.

Page 29: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Fakulti

10

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah berhubung kait dengan penilaian formatif yang

dilakukan ke atas MPK oleh responden. Di dalam kajian ini para responden adalah

terdiri daripada guru yang pernah mengajar mata pelajaran Teknologi Automotif.

Persoalan kajian yang diambil kira ialah seperti berikut:

1. Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh para guru ke atas

MPK Enjin (MPK 1: Enjin, MPK 2 Sistem Penyejukan Enjin, MPK 3: Sistem

Pelinciran Enjin dan MPK 4: Sistem Bahan Api) menunjukkan bahawa ianya

sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata

pelajaran Teknologi Automotif untuk para pelajar aliran vokasional?

2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh para guru ke atas

MPK Enjin (MPK 1: Enjin, MPK 2 Sistem Penyejukan Enjin, MPK 3: Sistem

Pelinciran Enjin dan MPK 4: Sistem Bahan Api) menunjukkan bahawa ianya

sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata

pelajaran Teknologi Automotif untuk para pelajar aliran vokasional?

3. Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)

oleh para guru terhadap status kesesuaian MPK Enjin (MPK 1: Enjin, MPK 2

Sistem Penyejukan Enjin, MPK 3: Sistem Pelinciran Enjin dan MPK 4: Sistem

Bahan Api) yang dibina merentas pengalaman mengajar?

4. Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

oleh para guru terhadap status kesesuaian MPK Enjin (MPK 1: Enjin, MPK 2

Sistem Penyejukan Enjin, MPK 3: Sistem Pelinciran Enjin dan MPK 4: Sistem

Bahan Api) yang dibina merentas pengalaman mengajar?