pembangunan modul pembelajaran kendiri · pdf fileapril, 2011 . iv dedikasi ... 2.4 model...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI KELIM DAN BELAH
PAKAIAN UNTUK KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK (SPL1122)
NURUL HIDAYAH BT HAJI SAID
Universiti Teknologi Malaysia

)


ii
PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI KELIM DAN BELAH
PAKAIAN UNTUK KURSUS PAKAIAN DAN FABRIK (SPL1122)
NURUL HIDAYAH BT HAJI SAID
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2011

iv
DEDIKASI TERISTIMEWA BUAT
Pensyarah
Jutaan Terima kasih diatas bimbingan yang telah diberikan.
Pn, Nur Qistina Andin BT Abdullah (Penyelia)
serta Pensyarah-pensyarah yang memberi sumbangan idea dan rujukan
dan siapa juga yang terlibat dalam menjayakan kajian yang dilakukan ini.
Suami
Azam B. Shaharuddin
Terima kasih atas doa, dorongan dan sokongan yang diberikan .
Ayah dan ibu
Terima kasih atas doa dan sokongan mu.
Adik-adik
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada adik-adik ku
di masa hadapan.
Buat Rakan-Rakan
Terima Kasih atas bantuan sokongan yang diberi.

v
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian pembangunan MPK Kelim dan Belah Pakaian ini dapat disiapkan.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Pn Nur Qistina Andin
Bt Abdullah yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa
rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah yang telah banyak
memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan. Kepada rakan-rakan yang banyak
membantu serta memberikan idea malah sama-sama mengharungi cabaran dalan
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Akhir sekali, tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-
individu yang terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini. Semoga
segala bantuan yang dihulurkan dirahmati Allah S.W.T.

vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Kelim
dan Belah Pakaian bagi kursus Pakaian dan Fabrik (SPL1122) untuk kegunaan pelajar
tahun satu program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup). Pembangunan MPK ini merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah
kekurangan bahan rujukan berbahasa melayu, bahan rujukan yang sukar difahami,
kekangan masa amali dan juga perbezaan individu yang wujud diantara pelajar dalam
menguasai isi pelajaran bagi tajuk Kelim dan Belah Pakaian. Model Teras Cabang
Shaharom (1994) digunakan sebagai panduan pembangunan MPK ini. Terdapat dua
penilaian yang dijalankan ke atas MPK yang dibangunkan iaitu Penilaian Formatif Satu
dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Penilaian PFSS
adalah bagi membuat kesahan kandungan dan kesesuaian terhadap MPK, manakala
PFKK pula bagi mengukur kesesuaian MPK yang di bina berdasarkan teks, gambarajah,
soalan, ringkasan bab, aktiviti dan objektif pembelajaran. PFSS melibatkan dua orang
pakar dalam bidang jahitan dan seramai 20 orang pelajar tahun empat semester akhir
telah terlibat dalam PFKK. Kesahan Kandungan MPK dijalankan terlebih dahulu
sebelum kajian kesesuaian MPK dilaksanakan. Instrumen kajian yang digunakan bagi
kajian kesesuaian MPK adalah soal selidik tiga skala likert. Data yang diperolehi
daripada soal selidik tiga skala likert dianalisis secara diskriptif dengan menggunakan
perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 15.0 untuk
mendapatkan nilai frekuensi, peratus dan juga min. Hasil dapatan daripada analisis
kesesuaian MPK menunjukkan 90.8% responden bersetuju bahawa MPK ini sesuai
dengan min skor keseluruhannya adalah 2.87 dan hasil dapatan kajian daripada analisis
kesahan kandungan juga menunjukkan bahawa kandungan MPK yang dihasilkan sesuai
digunakan sebagai bahan pembelajaran untuk kegunaan Pelajar tahun satu program
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) bagi kursus
SPL1122 Pakaian dan Fabrik.

vii
ABSTRAK
The purpose of this research is to develop Seams and Opening Self-Learning
Module (SLM) for Clothing and Fabric (SPL1122) course and used by the first year
students in the program Bachelor of Technology with Education (Living
Skills). Development of this module is intended to overcome the problems realated to
the lack of Malay-language reference material, reference material that difficult to
understand, practical time constraints and individual differences that exist between
students. The Teras Cabang Model by Shaharom (1994) was used as model for
developing this SLM. There are two type of assessment involved in evaluating the
MPK, Formative Assessment One to One (PFSS) and Formative Evaluation of Small
Group (PFKK). PFSS was used to assess the content validity and suitability of the
SLM. PFKK was used to assess the suitability of the SLM in terms of text, diagrams,
questions, chapter summaries, learning objectives and activities. PFSS involved two
experts in the Clothing and Fabric. A total of 20 final year students had been involved
in the PFKK. The Content validity of the SLM was assess before the suitability
assessment. The three likert scale questionnaire was used to assess the suitability. The
three likert scale questionnaires were analyzed descriptively using computer software
Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 15.0 to obtain the frequency,
percentage and mean. The finding suitability showed that 90.8% of respondents agreed
the SLM is suitable with the mean score of 2.87. The overall findings of content validity
analysis showed that the SLM can be used as a learning material for Clothing and
Fabric students.

viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN i
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL xii
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN 1-14
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Istilah dan Operasi 10
1.9.1 Modul Pembelajaran Kendiri
1.9.2 Kelim

ix
1.9.3 Belah-Belah Pakaian
1.9.4 Aktiviti Pengayaan
1.9.5 Teks
1.9.6 Aktiviti
1.9.7 Soalan-soalan
1.9.8 Ringkasan
1.9.9 Objektif Pembelajaran
1.10 Kesimpulan 14
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 15-41
2.1 Pengenalan 15
2.2 Modul Pembelajaran Kendiri 15
2.2.1 Tujuan Penggunaan MPK 16
2.2.2 Kelebihan dan Kebaikan MPK 18
2.2.3 Ciri-ciri MPK 18
2.3 Kriteria Penilaian MPK 21
2.3.1 Teks 21
2.3.2 Gambarajah 23
2.3.3 Soalan 26
2.3.4 Ringkasan 27
2.3.5 Aktiviti 27
2.3.6 Objektif Pembelajaran 28
2.4 Model Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri 29

x
2.4.1 Model Burn 29
2.4.2 Model Klingstedt 30
2.4.3 Model G.Rex Meyer 32
2.4.4 Model Teras Cabang Shahrom (1994) 32
2.4.5 Model Pembinaan Modul Russel 38
2.4.6 Model Sharifah Alwiah Alsagoff (1981) 38
2.5 Perbandingan model-model pembangunan MPK 40
2.6 Kesimpulan 41
BAB 3 METODOLOGI 42-52
3.1 Pengenalan 42
3.2 Prosedur Kajian 42
3.2.1 Tahap 1: Pembinaan Modul 43
3.2.1.1 Peringkat 1 :Pemilihan Model Pembinaan Modul 44 3.2.1.2 peringkat 2 :Prosedur Pembinaan Modul 46 3.2.1.3 Kesahan Kandungan MPK 47
3.2.2 Tahap 2 47
3.2.2.1 Peringkat 1: Pemilihan Elemen Kajian 47
i. Rekabentuk Kajian ii. Tempat kajian
iii. Populasi kajian iv. Sampel Kajian v. Instrument Kajian
3.2.2.2 Peringkat 2 : Penilaian MPK 49
3.2.3 Tahap 3: Analisis Data 51
3.2.3.1 Analisis data kajian kesesuaian MPK

xi
3.3 Kesimpulan 52
BAB 4 ANALISIS DATA 53-65
4.1 Pengenalan 53
4.2 Analisis kesesuaian MPK 53
4.2.1 Analisis data penilaian formatif satu dengan satu
(PFSS) 54
4.2.2 Analisis data penilaian formatif kelompok kecil
(PFKK) 56
4.3 Kesimpulan 65
BAB 5 HASIL MPK KELIM DAN BELAH PAKAIAN 66-78
5.1 Pengenalan 66
5.2 Komponen-komponen dalam MPK 66
5.2.1 Bab 1 : Pengenalan 68
5.2.2 Bab 2: Kandungan Pembelajaran Teras 70
5.2.3 Bab 3: Penilaian Kendiri 75
5.2.4 Bab 4: Pengukuhan 76
5.2.5 Maklum Balas 77
5.2.6 Rujukan 78
5.3 Kesimpulan 78

xii
BAB 6 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 79-88
6.1 Pengenalan 82
6.2 Perbincangan 82
6.2.1 Membangunkan MPK berlandarkan Model Teras
Cabang Shaharom (1994) 83
6.2.2 Penggunaan aspek yang sesuai dalam MPK 84
6.3 Rumusan 89
6.4 Cadangan 90
6.5 Kesimpulan 91
BIBILIOGRAFI 92
LAMPIRAN

xiii
SENARAI JADUAL
BAB TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbandingan Model Pembangunan MPK 41
3.1 Skala Likert (Ubah Suai Mohd Najib,1999) 49
3.2 Kaedah pengiraan julat tahap kesesuaian MPK 51
3.3 Purata min dan tahap kesesuaian MPK 52
4.2 Purata min dan tahap kesesuaian MPK 54
4.3 Jantina 56
4.4 Peringkat Umur 57
4.5 Bangsa 57
4.6 Pencapaian akademik terdahulu 58
4.7 Kesesuaian Penggunaan Teks 59
4.8 Kesesuaian Gambarajah 60
4.9 Kesesuaian Soalan-soalan 61
4.10 Kesesuaian Ringkasan 62
4.11 Kesesuaian Aktiviti 63
4.12 Kesesuaian Objektif Pembelajaran 64
4.13 Keseluruhan 65
5.1 Kandungan MPK Kelim dan Belah Pakaian 65

xiv
SENARAI RAJAH
NO TAJUK MUKA SURAT
1.1 Contoh Bahan Rujukan Kelim dan Belah Pakaian 4
2.1 Contoh Prinsip Mudah 23
2.2 Contoh Prinsip Penyatuan 24
2.3 Contoh Prinsip Penegasan 25
2.4 Contoh Prinsip Seimbang 25
2.5 Model Teras Cabang Shaharom (1994) 34
2.6 Carta Aliran Model Teras Cabang Shaharom (1994) 37
2.7 Model Pembinaan Modul Russel 38
2.8 Model Pembinaaan Modul Sharifah Alwiah Alsagoff 40
3.1 Kerangka keseluruhan bagi prosedur kajian 43
3.2 Rangka kerja Tahap 1 44
3.3 Rangka kerja pembinaan Modul 46
3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif PFSS dan PFKK 50
5.1 Proses pembelajaran MPK kelim dan belah pakaian 69
5.2 Objektif Pembelajaran 71
5.3 Isi Kandungan Pembelajaran Teras 72
5.4 Kulit MPK 73
5.5 Penambah baikan pada penggunaan teks 74
5.6 Contoh Aktiviti MPK Kelim dan Belah Pakaian 75

xv
5.7 Bahagian Penilaian Kendiri 76
5.8 Bahagian Pengukuhan 78

xvi
SENARAI SIMBOL
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
IPTA - Institut Pendidikan Tinggi Awam
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Contoh Soal Selidik Kesesuaian MPK
B Contoh soal selidik tinjauan awal
C Pengesahan Kandungan MPK

1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan secara asasnya adalah bermula daripada sebuah sistem yang
mudah difahami dimana ia melibatkan dua komponen iaitu pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku. Tingkah
laku ini hasil daripada pembelajaran iaitu perubahan yang lebih maju, lebih tinggi
dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran
berlangsung.
Disamping itu juga, setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza dan tersendiri. Tahap dan kebolehan individu juga adalah berbeza
berbanding dengan individu yang lain. Selain itu juga terdapat individu yang
memerlukan panduan yang jelas dalam memahami ilmu dalam proses pembelajaran
manakala terdapat juga individu yang mampu memahami sesuatu ilmu tanpa
memerlukan penerangan yang terperinci. Ini kerana ia bergantung kepada kebolehan
dan gaya pembelajaran bagi setiap individu itu sendiri. Ini selaras dengan pendapat
Shaharom (1994).
Oleh itu bagi mengatasi masalah ini sistem P&P bercorakkan modul telah
diperkenalkan bagi memudahkan proses P&P berjalan dengan lancar serta mencapai
objektif pengajaran. Modul merupakan sumber pembelajaran yang terperinci (G.Rex
Meyer,1988) serta ia dapat membimbing pelajar supaya boleh bekerja mengikut
kebolehan dan kepantasan masing-masing untuk membuat berbagai tugasan

2
misalnya membaca dan lain-lain aktiviti seperti yang dinyatakan dalam modul
berkenaan. Dengan ini, secara tidak langsung modul dapat membantu mengatasi
masalah individu.
Menurut Shahrom (1993), salah satu cara bagi menangani masalah
perbezaaan individu di dalam pengajaran adalah dengan mengindividukan
pengajaran menerusi pengubahsuaian terhadap bahan dan aktiviti-aktiviti
pembelajaran agar sesuai mengikut kebolehan para pelajar. ini selaras dengan
saranan Kamdi (1990) yang menyatakan bahawa dengan menggunakan MPK, satu-
satu aktiviti itu sebenarnya telah dirangka dan diprogramkan selaras dengan
keupayaan dan kebolehan pelajar serta dapat menarik minat, memberikan motivasi
dan cabaran dalam sesuatu pembelajaran.
Sehubungan dengan itu, Modul akademik Pengajian Pakaian - Belah dan
Kelim-kelim Pakaian dibina bagi memenuhi keperluan ini bagi membantu
meningkatkan kefahaman serta prestasi pelajar yang mengikuti subjek Pakaian dan
Fabrik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Isi kandungan
modul ini dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil yang terperinci dan
berurutan. Soalan dikemukan pada bahagian awal modul ini bagi mengenalpasti
tahap pengetahuan pelajar. Ia bertujuan bagi membolehkan pelajar yang sudah
mempunyai pengetahuan mengenai bahagian awal bab modul ini meneruskan ke
bahagian yang berikutnya tanpa perlu menghabiskan bahagian awal bab tersebut.
Kesimpulannya, modul-modul akademik seperti ini perlu dibangunkan
dengan lebih meluas lagi bagi membantu sistem P&P di Malaysia bagi melahirkan
ganerasi yang berkemahiran serta berilmu.
1.2 Latarbelakang Masalah
Matapelajaran Pengajian Pakaian merupakan salah satu cabang ilmu yang
telah lama wujud di dalam institusi pendidikan di Malaysia samada diperingkat yang

3
rendah seperti sekolah-sekolah harian biasa, sekolah-sekolah vokasional sehinggalah
diperingkat yang lebih tinggi seperti Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan juga kolej.
Pengajian dalam bidang ini merangkumi 3 komponen iaitu Kajian Fabrik, Seni Reka
Pakaian dan Teknik Membuat Pakaian. Ianya membekalkan pengetahuan dan
kemahiran dalam pembuatan pakaian untuk meningkatkan potensi diri bagi
mencapai kehidupan individu, keluarga dan masyarakat yang berkualiti.
Tajuk kelim dan belah pakaian merupakan asas kepada teknik membuat
pakaian. Ini menunjukkan bahawa mengetahui cara menjahit kelim dan belah-belah
pakaian dengan betul merupakan merupakan aspek penting dalam menghasilkan
sesuatu pakaian. Sekiranya tanpa menggunakan kelim, sesuatu pakaian itu tidak
akan bercantum manakala sekiranya pakaian itu dijahit tanpa mempunyai belah,
pakaian tersebut tidak dapat dipakai ataupun tidak selesa apabila dipakai. Oleh itu
secara tidak langsung ini membuktikan bahawa pengetahuan asas tentang jahitan
kelim dan belah-belah pakaian adalah sangat penting. Terdapat banyak faktor telah
dikenalpasti oleh pengkaji yang menyumbang kepada keperluannya pembinaan
Modul Jahitan Kelim dan Belah-belah Pakaian.
Hasil tinjauan awal telah dilaksanakan dengan melibatkan 40 orang pelajar
4SPH Fakulti Pendidikan bagi meninjau keperluan wujudnya MPK Kelim dan Belah
Pakaian dan hasil tinjauan tersebut didapati bahawa lebih daripada 90% pelajar
4SPH berpendapat bahawa MPK adalah penting dan diperlukan bagi membantu
mereka memahami dan menguasai tajuk ini. Ini adalah kerana mereka memerlukan
bahan rujukan tambahan yang baik dan lengkap bagi membolehkan mereka
mengulangi serta mempraktikkan langkah kerja yang di ajar dalam kelas amali tanpa
bantuan pensyarah. Menurut Brondenburg dan Carrol (1995), pengurusan pengetahuan
yang baik akan dapat membantu organisasi terus belajar, pengetahuan dapat dipraktikkan
dan ia boleh digunakan pada bila-bila masa ia diperlukan. Jelaslah bahawa ia dapat
dilaksanakan dengan mewujudkan satu MPK.
Buku rujukan dipasaran kebanyakannya terdapat dalam bahasa Inggeris
merupakan faktor kedua bagi keperluan pembinaan MPK ini. Walaupun
matapelajaran ini telah diperkenalkan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, buku-

4
buku rujukan jahitan yang membanjiri pasaran kebanyakannya adalah diterbitkan
dalan Bahasa Inggeris. Oleh itu ia menjadi batasan yang menyekat perkembangan
kemahiran pelajar. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pelajar tidak memahami
maklumat yang terkandung dalam buku-buku ini dan ini adalah melalui pengalaman
pengkaji sendiri. Hanya sebilangan kecil buku rujukan berbahasa Melayu boleh
didapati di perpustakaan-perpustakaan serta pasaran dan ianya adalah terhad.
Faktor yang kedua adalah bahan rujukan yang sukar di fahami. Tidak
dinafikan bahawa terdapat nota kuliah yang disediakan di IPT, namun demikian
bahan rujukan lain tetap diperlukan bagi melengkapi nota kuliah tersebut.
Disamping itu bahan rujukan bagi menjahit kelim dan belah-belah pakaian adalah
sangat kurang. Kebiasaannya terdapat satu bahan rujukan yang sering digunakan
oleh pelajar-pelajar yang mengikuti subjek Pakaian dan Fabrik (SPL1122), namun
berdasarkan daripada pengamatan penulis, bahan rujukan ini amat membosankan
kerana ia kurang menarik kerana tulisannya terlalu padat dan tidak mempunyai
banyak gambar. Oleh itu langkah kerjanya sukar diikuti dan difahami. Ini boleh
dilihat dalam Rajah 1.1.
Rajah 1.1 : Bahan Rujukan Kelim dan Belah Pakaian

5
Pelajar terlalu bergantung dengan pensyarah dalam melakukan sesuatu amali
merupakan faktor yang ketiga yang menjadikannya sebagai masalah. Setiap langkah
jahitan dibuat satu persatu mengikut arahan pensyarah dan pembantu makmal. Ini
menyebabkan mereka menjadi kurang berfikir bagaimana untuk menyelesaikan
sesuatu tugasan jika tertinggal satu arahan tambahan pula, sekiranya mereka lambat
memahami arahan dalam menjahit kelim dan belah pakaian, mereka akan
ketinggalan dan ini akan menyukarkan mereka kerana tiada bahan rujukan yang
mudah difahami yang boleh dirujuk. Kaedah pembelajaran ini banyak menggunakan
teknik hafalan bagi mengingati setiap arahan yang diberikan sehingga menyebabkan
pelajar menjadi kurang kreatif. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua
dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi
tidak bermakna (Ibrahim 1994) . Pelajar lebih banyak menghafal langkah kerja
tanpa mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi 1999; Omar 1994; Amin 1993).
Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengingat tetapi
jahil tentang kaedah menjahit Kelim dan Belah-belah Pakaian.
Oleh itu, untuk membantu golongan ini, telah banyak modul pembelajaran
dibangunkan dan kebanyakan modul yang dibangunkan ternyata berjaya membantu
meningkatkan kemahiran kemahiran disamping dapat meningkatkan kefahaman
pelajar. Sebagai contoh, berdasarkan kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh
beberapa orang pengkaji seperti Okey (1974), Kamdi (1990), Hunt dan Lamkin
(1975), Brewer (1977) dan banyak beberapa orang pengkaji lain dan telah terbukti
bahawa penggunaan MPK adalah efektif dalam sistem pengajaran dan pembelajaran
serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.
Faktor yang keempat adalah pelajar kurang berkemahiran dan kurang minat.
Selain daripada itu, berdasarkan daripada pengalaman penulis, terdapat sebilangan
pelajar yang akan ketinggalan dalam setiap kelas amali jahitan. Ini kerana mereka
kurang berkemahiran serta kurang minat berbanding dengan yang lain dan hal ini
menyebabkan mereka agak sukar dalam melakukan kerja-kerja amali kerana mereka
agak sukar dalam memahami arahan dalam kertas langkah kerja yang disediakan
oleh pensyarah ataupun pembantu makmal. Golongan ini memerlukan bimbingan
100% dalam menyiapkan kerja-kerja amali mereka.

6
Faktor yang kelima adalah kekangan masa amali. Ia juga merupakan salah
satu masalah yang timbul. Menurut pengalaman pengkaji sendiri, masa yang
diperuntukkan untuk kerja- kerja amali adalah tidak mencukupi dan masa yang telah
diperuntukan tersebut apabila diteliti, tidak sampai separuh daripada masa yang
diperuntukkan tersebut adalah untuk pelajar menjahit. Ini kerana masa yang
diperuntukkan tersebut perlu dibahagi dengan demontrasi, pengambilan bahan,
mengemas dan juga selenggaraan mesin. Oleh itu masa untuk pelajar mempelajari
amali jahitan tersebut adalah sangat terhad dan tidak banyak yang boleh dipelajari
pada satu sesi amali tambahan pula mereka tidak mempunyai bahan untuk
pembelajaran kendiri.
Terdapat juga sebilangan IPT yang menyediakan modul bagi matapelajaran
Pengajian pakaian ini namun terdapat pihak yang mempersoalkan kaedah
interpretasi kandungan sesuatu modul yang sedia ada sebagai contoh tentang
persembahan serta isi kandungan modul tersebut. Hal yang sama berlaku kepada
buku-buku jahitan yang terdapat dipasaran. Penyusunan bahan yang tidak sempurna,
terlalu banyak perkataan yang digunakan tanpa di selitkan dengan gambarajah,
informasi yang terlalu ringkas serta banyak lagi kekurangan. Cara persembahan
keseluruhan kandungan sesuatu modul ataupun buku rujukan akan mempengaruhi
tahap kefahaman pembacanya serta kadar kecepatan ataupun kelambatan individu
tersebut untuk memahami kandungan modul serta buku rujukan tersebut. Oleh hal
yang demikian, interpetasi kandungan modul perlulah berpandukan kepada
kesesuaian gaya ataupun kaedah pembelajaran individu.
Secara kesimpulannya, pembangunan serta penghasilan modul akademik
untuk kegunaan pelajar khususnya dalam bidang Pengajian Pakaian adalah sangat
signifikan. Penggunaan modul akademik dijangka dapat membantu memenuhi
kehendak mereka terhadap sumber bahan P&P yang berkualiti bagi membantu
meningkatkan kefahaman mereka dengan lebih mendalam terhadap subjek
Pengajian Pakaian serta bagi menangani masalah yang timbul seperti kekurangan
bahan rujukan berbahasa Melayu, bahan rujukan yang kurang menarik, terlalu
bergantung dengan pensyarah, pelajar yang kurang kemahiran dan juga kekangan
masa amali.

7
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan isu-isu yang dibincangkan, MPK Kelim dan Belah Pakaian
harus diwujudkan bagi menangani masalah-masalah yang timbul seperti kekurangan
bahan rujukan berbahasa Melayu, bahan rujukan yang kurang menarik, terlalu
bergantung dengan pensyarah, pelajar yang kurang kemahiran dan kekangan masa
amali. Oleh itu wujudnya keperluan dalam menghasilkan MPK Kelim dan Belah
Pakaian yang lengkap dari segi teks, gambarajah, aktiviti, ringkasan, soalan-soalan,
objektif pembelajaran serta pemulihan dan pengayaan.
1.4 Objektif Kajian
MPK yang akan dibangunkan adalah berkonsepkan memberi kemudahan
kepada penggunanya khususnya pelajar universiti bagi subjek Pengajian Pakaian
dalam memahami kandungan ilmu yang hendak disampaikan. Objektif kajian telah
dikenalpasti dalam memenuhi konsep ini. Diantara objektif kajian yang telah
dikenalpasti adalah seperti:
i. Membangunkan MPK Kelim dan Belah Pakaian berlandaskan Model Teras
Cabang Shaharom (1994).
ii. Menilai kesesuaian MPK Kelim dan Belah Pakaian yang dibina dari segi
aspek
a. teks.
b. gambarajah.
c. ringkasan.
d. soalan.
e. aktiviti.
f. objektif pembelajaran

8
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan diatas, maka persoalan
kajian adalah seperti berikut:
i. Adakah MPK Kelim dan Belah pakaian dapat dibangunkan berlandaskan
Model Teras Cabang Shaharom (1994)?
ii. Adakah persepsi pengguna terhadap MPK Kelim dan Belah Pakaian
menunjukkan bahawa ia sesuai digunakan sebagai bahan P&P bagi subjek
Pakaian dan Fabrik (SPL1122) dari segi aspek:
a) teks.
b) gambarajah.
c) ringkasan.
d) soalan.
e) aktiviti.
f) objektif pembelajaran