pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran...

27
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK AIR REBUSAN DAN PENYEDIAAN SUP BAGI KURSUS ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN SITI HAIDA BINTI SUKRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongquynh

Post on 03-Mar-2019

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK AIR REBUSAN DAN PENYEDIAAN SUP BAGI KURSUS ASAS

PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN

SITI HAIDA BINTI SUKRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦JUDUL :

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) TAJUK AIR REBUSAN DAN PENYEDIAAN SUP BAGI KURSUS ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya SITI HAIDA BINTI SUKRI

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

Alamat Tetap : CIK SARIMAH ISMAIL

Nama Penyelia Tarikh: Tarikh:

LOT 945, KG BUKIT BATOR, 16370 JELAWAT, KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM.

24 APRIL 2009 24 APRIL 2009

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan

menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan

saya/kami* tesis ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

*Potong yang tidak berkenaan

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK)

TAJUK AIR REBUSAN DAN PENYEDIAAN SUP BAGI KURSUS ASAS

PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN

SITI HAIDA BINTI SUKRI

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

ii

Saya akui tesis ini yang bertajuk Pembinaan dan Penilaian Modul Pengajaran Kendiri

(MPK) Tajuk Air Rebusan dan Penyediaan Sup bagi Kursus Asas Penyediaan Makanan

dan Pemakanan adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tesis ini tidak akan diterima dan tidak

dipersetujui penyerahannya untuk mana-mana Ijazah lain.

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

iii

DEDIKASI

Diabadikan khas buat insan-insan yang sentiasa mendorong setiap langkah perjuanganku dalam berkat dan redha-Nya...insya’Allah

Buat Abah dan Ummi yang tersayang,

Sukri Abd. Ghani & Hasnah Seman

Tiada apa yang dapat dibicarakan hanya doa kalian mengiringi setiap detik perjalanan hidup ini. Harapan kalian lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua. Pengorbanan dan jasa kalian tidak akan termampu ku balas.

Buat adik beradik yang dikasihi,

Siti Hanini & Mohd Roslan, Siti Hasnira & Mohd Izuan, Siti Rogayah, Abdul Wafiy, Abdul Mu’az,

Auni Tasnim dan Ainul Mardhiah

Dimana jua ku berada, kalian tetap dihati...

Buat insan yang amat ku hargai,

Cik Sarimah Ismail

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui

dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan dan jadikanlah kenangan kita bersama sebagai salah satu kenangan yang terindah.

Buat insan teristimewa dan rakan-rakan seperjuangan,

Semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat redha dari-Nya dan ketahuilah, hidup ini tidak akan indah tanpa ujian dan pengorbanan...

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat

saya sempurnakan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Saya mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan teima kasih

kepada penyelia saya iaitu Cik Sarimah binti Ismail yang tidak pernah kenal erti penat

dan jemu dalam memberi dorongan, bimbingan, pandangan yang membina dan tunjuk

ajar sehinggalah kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pertolongan dan dorongan

yang diberikan hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya. Sumbangan itu

akan saya abadikan dalam hidup saya.

Terima kasih juga dirakamkan kepada pensyarah penilai Prof Dr. Yahaya Buntat

dan Pn. Nor Fadila Amin, para pensyarah Fakulti Pendidikan, rakan-rakan seperjuangan

khususnya kepada pelajar tahun empat, Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam memberikan kerjasama bagi menyiapkan projek penulisan ini.

Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan yang

dapat dimanfaatkan oleh pengkaji, para pendidik dan penyelidik yang berminat serta

cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

v

ABSTRAK

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kurang sesuai boleh

mengganggu tahap keberkesanan proses P&P di kalangan pelajar-pelajar. Penggunaan

MPK merupakan satu kaedah pembelajaran yang telah terbukti dapat meningkatkan

pencapaian akademik mereka. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membina dan

menilai kesesuaian dua buah MPK iaitu Air Rebusan dan Penyediaan Sup bagi kursus

Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan untuk pelajar-pelajar tahun satu program

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH). Kesesuaian

MPK ini sebagai bahan P&P dinilai secara formatif oleh empat orang pensyarah dan

tiga puluh orang pelajar tahun akhir program SPH terlibat dalam Penilaian Formatif

iaitu Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS), Penilaian Formatif Kelompok Kecil

(PFKK) dan Penilaian Lapangan (PL). Satu set soal selidik penilaian MPK digunakan

sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi di analisis secara statistik deskriptif

menggunakan Statistical Package for Science (SPSS) versi 11.5. Hasil dapatan kajian

menunjukkan kedua-dua MPK yang dihasilkan adalah sesuai digunakan sebagai bahan

P&P di kalangan pelajar-pelajar tahun satu program Ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) bagi kursus Asas Penyediaan Makanan dan

Pemakanan.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

vi

ABSTRACT

Teaching and learning materials which are not applicable can affect the

effectiveness of teaching and learning process among the students. The use of Self

Instructional Modules (SIM) is one of the learning materials which has been proven can

improve the student’s academic achievement. The purpose of this research is to

establish and assess the suitability of two SIMs which are Stock and Soup Preparation

for Basic of Food Preparation and Nutrition course as material of teaching and learning

for first year students of the Degree of Bachelor of Technology and Education (Living

Skill) (SPH) programme. The suitability of SIM for teaching and learning process was

evaluated formatively. Four lecturers which are One to One Assessment and Small

Group Assessment and thirty final year students from SPH programme were involved in

the Field-trial Assessment. One set of SIM evaluation questionnaires were used as

research instrument. The data analyzed through descriptive statistic using Statistical

Package for Science (SPSS) version 11.5. The result shows that both of SIMs

established are applicable as teaching and learning materials among first year students

of the Degree of Bachelor of Technology and Education (Living Skill) for Basic of

Food Preparation and Nutrition course.

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Soalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda 7

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

viii

1.6.2 Pensyarah kursus Asas Penyediaan Makanan

dan Pemakanan 7

1.6.3 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia 8

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Terminologi 8

1.8.1 Modul Pengajaran Kendiri 9

1.8.2 Penilaian Formatif 9

1.8.3 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu 9

1.8.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 10

1.8.5 Penilaian Lapangan 10

1.8.6 Modul 10

1.8.7 Pengajaran Bermodul 11

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Konsep-konsep Penguasaan MPK 13

2.2.1 Konsep Pengajaran Secara Individu 13

2.2.2 Konsep Pembelajaran Masteri 14

2.2.3 Konsep Pengajaran Bermodul 14

2.3 Modul Pengajaran Kendiri 15

2.4 Model-model Pembinaan MPK 16

2.4.1 Model Burns (1972) 16

2.4.2 Model Klingstedt (1972) 17

2.4.3 Model Eijl (1976) 17

2.4.4 Model De Vito Krockorer (1976) 18

2.4.5 Model Meyer (1988) 18

2.4.6 Model Cece-Djadja (1992) 19

2.4.7 Model Shaharom (1994) 20

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

ix

2.5 Pengenalan kepada Model Shaharom 22

2.5.1 Pengenalan 22

2.5.1.1 Rasional 23

2.5.1.2 Aktiviti Utama 23

2.4.1.3 Pra ujian 23

2.5.2 Isi Kandungan 24

2.5.2.1 Objektif Pembelajaran 24

2.5.2.2 Isi kandungan dan aktiviti

pembelajaran teras 24

2.5.3 Penilaian Kendiri 25

2.4.3.1 Ujian Diagnostik 25

2.5.4 Pengukuhan 25

2.5.4.1 Pemulihan 25

2.5.4.2 Pengayaan 26

2.5.5 Maklum balas 26

2.5.6 Rujukan 27

2.6 Penilaian terhadap MPK 27

2.7 Penilaian Formatif 27

2.7.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu 28

2.7.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 29

2.7.3 Penilaian Percubaan Lapangan 29

2.8 Kajian Berkaitan Modul Pengajaran Kendiri 30

2.9 Penutup 34

3 PENGKAEDAHAN KAJIAN

3.1 Pendahuluan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Subjek Kajian 36

3.4 Instrumen Kajian 37

3.5 Tatacara Kajian 40

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

x

3.5.1 Tahap Pertama 42

3.5.2 Tahap Kedua 44

3.5.3 Tahap Ketiga 44

3.5.4 Tahap Keempat 46

3.5.4.1 Analisis Temubual

Berstruktur 47

3.6.4.2 Analisis Soal Selidik 47

3.6 Andaian Kajian 49

3.7 Batasan Kajian 49

3.8 Penutup 50

4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 51

4.2 Pembinaan MPK 53

4.2.1 MPK 1 : Air Rebusan 54

4.2.2 MPK 2 : Penyediaan Sup 56

4.3 Kajian Rintis (Penilaian Formatis Satu dengan Satu) 57

4.4 Ujian Koefisien Alpha Cronbach 58

4.5 Kajian Sebenar (Penilaian Formatif Kelompok Kecil) 59

4.5.1 Dapatan : Bahagian Maklumat Diri 59

4.5.1.1 Jantina 60

4.5.1.2 Taraf Pendidikan 60

4.5.1.3 Pengalaman mengajar dalam bidang

masakan 61

4.5.1.4 Pengalaman mengajar dalam bidang

masakan (Air Rebusan dan Penyediaan

Sup) 61

4.5.2 Dapatan : Bahagian A 62

4.4.2.1 Dapatan Soalan Kajian 1 63

4.4.2.2 Dapatan Soalan Kajian 2 64

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

xi

4.4.2.3 Dapatan Soalan Kajian 3 66

4.4.2.4 Dapatan Soalan Kajian 4 68

4.4.2.5 Dapatan Soalan Kajian 5 69

4.4.2.6 Dapatan Soalan Kajian 6 71

4.5.3 Proses Membaiki dan Penambahbaikan 73

4.6 Penilaian Lapangan 75

4.6.1 Dapatan : Bahagian Maklumat Diri 75

4.6.1.1 Jantina 75

4.6.1.2 Keputusan peperiksaan

bagi kursus SPL 1112

Asas Penyediaan Makanan 76

4.6.1.3 Keputusan peperiksaan

bagi kursus SPL 2122

Penyediaan Makanan 77

4.6.1.4 Bahagian elektif pilihan bagi mata

pelajaran Kemahiran Hidup yang

diajar semasa latihan mengajar 78

4.6.2 Dapatan : Bahagian A 78

4.5.2.1 Dapatan Soalan Kajian 1 79

4.5.2.2 Dapatan Soalan Kajian 2 81

4.5.2.3 Dapatan Soalan Kajian 3 83

4.5.2.4 Dapatan Soalan Kajian 4 85

4.5.2.5 Dapatan Soalan Kajian 5 87

4.5.2.6 Dapatan Soalan Kajian 6 89

4.7 Penutup 91

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

xii

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, CADANGAN DAN MASALAH

5.1 Pendahuluan 92

5.2 Ringkasan dan perbincangan 93

5.3 Rumusan 94

5.4 Cadangan 96

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 97

5.6 Masalah 98

5.7 Penutup 98

RUJUKAN 99

Lampiran A-F 103-120

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Dapatan peperiksaan bagi kursus Asas Penyediaan

Makanan dan Pemakanan untuk lima sesi

Pembelajaran 4

3.1 Instrumen yang digunakan bagi setiap Penilaian Formatif 37

3.2 Elemen dan item penilaian untuk temubual berstruktur 38

3.3 Tahap persetujuan responden 39

3.4 Item bagi soal selidik 39

3.5 Pekali Alpha Cronbach 45

3.6 Rumus mendapatkan nilai julat yang seimbang 48

3.7 Pengkelasan maklum balas responden berdasarkan skor min 49

4.1 Dapatan kesesuaian isi kandungan bagi MPK1 dan MPK 2 57

4.2 Dapatan kesesuaian persembahan bagi MPK1 dan MPK 2 58

4.3 Taburan responden berdasarkan jantina 60

4.4 Taburan responden berdasarkan taraf pendidikan 60

4.5 Taburan responden berdasarkan pengalaman dalam bidang 61

masakan

4.6 Taburan subjek berdasarkan pengalaman mengajar dalam

bidang masakan (Air Rebusan dan Penyediaan Sup) 61

4.7 Dapatan penilaian kesesuaian aspek teks bagi MPK 1 63

4.8 Dapatan penilaian kesesuaian aspek teks bagi MPK 2 63

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

xiv

4.9 Dapatan penilaian kesesuaian aspek gambarajah bagi MPK 1 64

4.10 Dapatan penilaian kesesuaian aspek gambarajah bagi MPK 2 65

4.11 Dapatan penilaian kesesuaian aspek soalan bagi MPK 1 66

4.12 Dapatan penilaian kesesuaian aspek soalan bagi MPK 2 67

4.13 Dapatan penilaian kesesuaian aspek ringkasan bagi MPK 1 68

4.14 Dapatan penilaian kesesuaian aspek ringkasan bagi MPK 2 68

4.15 Dapatan penilaian kesesuaian aspek aktiviti bagi MPK 1 69

4.16 Dapatan penilaian kesesuaian aspek aktiviti bagi MPK 2 70

4.17 Dapatan penilaian kesesuaian aspek objektif pembelajaran

bagi MPK 1 71

4.18 Dapatan penilaian kesesuaian aspek objektif pembelajaran

bagi MPK 2 71

4.19 Purata min bagi Dapatan data PFKK mengikut soalan kajian 72

4.20 Aspek-aspek yang berada pada tahap kritikal bagi MPK 2 73

4.21 Item-item yang berada pada tahap kritikal 74

4.22 Taburan responden berdasarkan jantina 75

4.23 Taburan responden berdasarkan keputusan peperiksaan

bagi kursus SPL 1112 Asas Penyediaan Makanan 76

4.24 Taburan responden berdasarkan keputusan peperiksaan

bagi kursus SPL 2122 Penyediaan Makanan 77

4.25 Taburan responden berdasarkan bahagian elektif pilihan bagi

mata pelajaran Kemahiran Hidup yang diajar semasa latihan

mengajar 78

4.26 Dapatan penilaian kesesuaian aspek teks bagi MPK 1 80

4.27 Dapatan penilaian kesesuaian aspek teks bagi MPK 2 80

4.28 Dapatan penilaian kesesuaian aspek gambarajah bagi MPK 1 81

4.29 Dapatan penilaian kesesuaian aspek gambarajah bagi MPK 2 82

4.30 Dapatan penilaian kesesuaian aspek soalan bagi MPK 1 83

4.31 Dapatan penilaian kesesuaian aspek soalan bagi MPK 2 84

4.32 Dapatan penilaian kesesuaian aspek ringkasan bagi MPK 1 85

4.33 Dapatan penilaian kesesuaian aspek ringkasan bagi MPK 2 86

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

xv

4.34 Dapatan penilaian kesesuaian aspek aktiviti bagi MPK 1 87

4.35 Dapatan penilaian kesesuaian aspek aktiviti bagi MPK 2 88

4.36 Dapatan penilaian kesesuaian aspek objektif pembelajaran

bagi MPK 1 89

4.37 Dapatan penilaian kesesuaian aspek objektif pembelajaran

bagi MPK 2 90

4.38 Purata Min bagi Dapatan data PL mengikut soalan kajian 91

5.1 Dapatan keseluruhan PFKK dan PL 94

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

xvi

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Teras Cabang Shaharom 21

3.1 Rangka kerja kajian keseluruhan 41

3.2 Rangka kerja kajian pembentukan MPK 43

3.3 Rangka kerja Penilaian Formatif 46

4.1 Isi Kandungan MPK 1 bertajuk Air Rebusan 55

4.2 Isi Kandungan MPK 2 bertajuk Penyediaan Sup 56

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

xvii

SENARAI SINGKATAN

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

MPK 1 - Air Rebusan

MPK 2 - Penyediaan Sup

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PL - Penilaian Lapangan

PPL - Penilaian Percubaan Lapangan

SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

KH - Kemahiran Hidup

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

SPL 1112 - Kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan

SPL 2122 - Kursus Penyediaan Makanan

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PI - Pengajaran secara Individu

PM - Pembelajaran Masteri

PB - Pengajaran Bermodul

SPSS - Statistical Package For Social Science

PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Pengesahan Isi kandungan dan Persembahan

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 103

B Borang Pengesahan Modul Pengajaran Kendiri

(MPK) 104

C Borang Pengesahan Soal Selidik untuk pembinaan dan

Penilaian Modul Pengajaran Kendiri Air Rebusan

dan Penyediaan Sup 107

D Borang Temubual Berstruktur bagi Responden 109

E Borang Pengesahan Format MPK 112

F Borang Soal Selidik Penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 113

G Analisis Keesahan (alpha) 120

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sistem dan teknologi dalam pendidikan hari ini sentiasa mengalami pelbagai

perubahan dari semasa ke semasa. Para pendidik dan pengkaji sentiasa memikirkan

pelbagai kaedah yang terbaik bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberikan kesan yang positif kepada para

pelajar. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran, kaedah pengajaran yang

sesuai, cekap dan berkesan yang menekan ke atas penglibatan pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting dalam mengembangkan potensi

individu pelajar dan ia merupakan hasrat murni yang seharusnya diberikan perhatian

sewajarnya (Shaharom Noordin, 2000).

Salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran adalah berdasarkan kepada pemilihan bahan pengajaran yang menepati

kehendak sukatan pelajaran dan memenuhi keperluan setiap pelajar (Zailawati Othman,

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

2

1998). Walaupun terdapat banyak bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah

dihasilkan meliputi bahan bercetak dan bahan tidak bercetak masih ada pelajar yang

ketinggalan dan gagal untuk mengikuti perkembangan sesuatu mata pelajaran. Sesuatu

konsep yang disampaikan tidak dapat difahami oleh para pelajar, ini menimbulkan

gangguan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Shaharom Noordin, 1994).

Fenomena ini menimbulkan rasa bosan dan jemu untuk pelajar terus belajar dan

akhirnya membiarkan diri mereka gagal.

Antara faktor yang mendorong kegagalan pelajar ialah penggunaan bahan

pembelajaran yang kurang sesuai dan hanya menyumbangkan isi kandungan semata-

mata. Terdapat banyak sebab mengapa pembelajaran dikalangan pelajar kurang

berkesan, ia termasuklah jenis bahan yang digunakan mungkin kurang berkesan,

organisasi bahan kandungan yang dipelajari kurang terancang (Shaharom Noordin,

2000). Keadaan ini menyebabkan para pelajar hanya akan lebih bergantung kepada guru

untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan tidak dapat berfikir secara kritis dan

kreatif bagi mengatasinya. Kaedah pembelajaran yang berpusatkan guru telah menjadi

penghalang kepada perkembangan pemikiran pelajar kepada maklumat luar selain

daripada sumber bahan-bahan pelajaran yang ada.

Oleh kerana, pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai dalam proses

pengajaran dan pengajaran telah menjadi salah satu aspek penting bagi melahirkan

pelajar yang cemerlang, satu inisiatif telah diambil bagi merealisasikan matlamat ini

iaitu dengan menggunakan MPK sebagai bahan pengajaran. Penggunaan MPK sebagai

bahan pengajaran telah terbukti dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar

(Shaharom Noordin, 1995). MPK yang dibina juga sangat sesuai digunakan dalam

pengajaran bermodul yang menekankan konsep pengajaran kendiri (Meyer, 1988,

Shaharom Noordin dan Yap Kueh Chin, 1993). Penggunaan MPK juga merupakan

salah satu kaedah yang dianggap sesuai bagi mengatasi masalah perbezaan individu

yang secara tidak langsung menggalakkan proses pembelajaran berpusatkan pelajar

yang mana guru sekadar pembimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

MPK yang dibina untuk kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan

adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak Fakulti

Pendidikan. Dalam kajian ini tajuk Air Rebusan dan Penyediaan Sup telah dipilih untuk

dijadikan bahan kajian terhadap kesesuaian MPK bagi kursus Asas Penyediaan

Makanan dan Pemakanan untuk pelajar tahun satu program Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) (SPH).

MPK Air Rebusan memberikan pelajar pendedahan terhadap konsep penyediaan

air rebusan dan kaedah yang digunakan untuk menyediakan air rebusan. Konsep

penyediaan air rebusan meliputi jenis-jenis air rebusan yang boleh dihasilkan, bahan-

bahan asas yang digunakan untuk penyediaan air rebusan dan fungsi air rebusan dalam

penyediaan makanan. MPK ini juga menerangkan secara terperinci tentang kaedah-

kaedah yang digunakan untuk menyediakan air rebusan yang baik dan berkualiti.

Manakala bagi MPK Penyediaan Sup pula, pelajar diberikan pendedahan

terhadap konsep penyediaan sup yang meliputi klasifikasi sup yang telah dipecahkan

kepada tiga kategori iaitu sup jernih, sup pekat dan sup istimewa. Daripada kategori

tersebut, penyelidik menghuraikan secara terperinci mengenai ciri-ciri, proses

penyediaan, kelebihan dan kekurangan serta contoh-contoh hidangan sup dan cara

hidangan dan kaedah hiasan yang sesuai untuk sup.

Pembinaan kedua-dua MPK ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar-

pelajar tahun satu program SPH yang mengambil kursus Asas Penyediaan Makanan dan

Pemakanan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Hal demikian kerana hasil

daripada maklumat yang diperolehi mendapati bahawa keputusan peperiksaan bagi

kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan tidak berada pada tahap yang

memberangsangkan. Jadual 1.1 menunjukkan keputusan peperiksaan yang diselia oleh

Page 25: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

4

salah seorang pensyarah bagi kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan yang

diperolehi bagi sesi 2003/2004, 2004/2005, 2005/2006,2006/2007 dan 2007/2008

Jadual 1.1 : Keputusan peperiksaan bagi kursus Asas Penyediaan Makanan dan

Pemakanan untuk lima sesi pembelajaran

Gred Sesi Pembelajaran Jumlah 2003/2004 2004/2005 2005/2006 2006/2007 2007/2008 A - - 5 13 - 18 A- 2 3 48 41 2 96 B+ 13 26 125 57 13 243 B 10 55 62 4 3 134 B- 6 21 9 - 2 38 C+ 1 6 4 - 1 12

Jumlah 32 111 253 115 21 523 Sumber Fakulti Pendidikan, 2008

Berdasarkan Jadual 1.1 didapati bahawa jumlah pelajar mendapat keputusan

cemerlang iaitu gred A bagi kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan adalah

sangat rendah berbanding keputusan sederhana pada gred B+ dan B. Hasil pemerhatian

yang dijalankan juga mendapati bahawa kursus Asas Penyediaan Makanan dan

Pemakanan tidak mempunyai buku yang khusus untuk kegunaan para pelajar membuat

rujukan berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh fakulti. Lantaran itu

pembinaan MPK Air Rebusan dan Penyediaan Sup bagi kursus Asas Penyediaan

Makanan dan Pemakanan dilaksana bagi mengetahui tahap kesesuaiannya untuk

kegunaan pelajar tahun satu program SPH yang mengambil kursus ini.

Berdasarkan kepada tinjauan dan pemerhatian yang telah dijalankan di

Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) UTM menunjukkan kekurangan bahan rujukan

pembelajaran bagi tajuk Air Rebusan dan Penyediaan Sup bagi kursus Asas Penyediaan

Makanan dan Pemakanan khususnya untuk mengulangkaji pelajaran. Selain itu juga,

tinjuan turut dilakukan di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan. Hasil daripada tinjauan

tersebut penyelidik mendapati bahawa MPK Air Rebusan dan Penyediaan Sup yang

dibina masih belum pernah dibina dan diterbitkan.

Page 26: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

5

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan kepada masalah yang dinyatakan di atas, penyelidik melihat tahap

pencapaian yang kurang memberangsangkan di kalangan pelajar-pelajar tahun satu SPH

adalah berpunca daripada penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang tidak

terancang. Ketiadaan bahan P&P yang sistematik dan buku rujukan yang khusus bagi

kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan secara tidak langsung telah

menggangu proses P&P menjadi kurang efektif. Sehubungan dengan itu kajian ini

dijalankan bertujuan untuk membina dan menilai tahap kesesuaian MPK Air Rebusan

dan Penyediaan Sup untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di

kalangan pelajar tahun satu SPH yang mengambil kursus Asas Penyediaan Makanan

dan Pemakanan.

1.4 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk:

1. Membina dan menghasilkan dua siri Modul Pembelajaran Kendiri (MPK)

mengikut Model Teras Cabang Shaharom (1994) bagi tajuk Air Rebusan dan

Penyediaan Sup dalam kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan iaitu:

i. MPK 1 : Air Rebusan

ii. MPK 2 : Penyediaan Sup

2. Menilai kesesuaian kedua-dua MPK yang dibina dari aspek Teks, Gambarajah,

Soalan, Ringkasan, Aktiviti dan Objektif Pembelajaran sebagai bahan

pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Page 27: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri (mpk) tajuk air rebusan dan penyediaan sup bagi kursus asas penyediaan makanan

6

1.5 Soalan Kajian

Soalan utama yang menjadi asas kepada kajian ini adalah seperti berikut:

1. Apakah teks yang digunakan dalam MPK Air Rebusan dan Penyediaan Sup

sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran?

2. Apakah gambarajah yang digunakan dalam MPK Air Rebusan dan Penyediaan

Sup sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran?

3. Apakah soalan yang digunakan dalam MPK Air Rebusan dan Penyediaan Sup

sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran?

4. Apakah ringkasan yang digunakan dalam MPK Air Rebusan dan Penyediaan

Sup sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran?

5. Apakah aktiviti yang digunakan dalam MPK Air Rebusan dan Penyediaan Sup

sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran?

6. Apakah objektif pembelajaran yang digunakan dalam MPK Air Rebusan dan

Penyediaan Sup sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran?

1.6 Kepentingan Kajian

Daripada beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Kamdi Kamil (1990)

mendapati bahawa pengajaran bermodul yang menggunakan MPK telah berjaya

meningkatkan mutu pengajaran (Sazila Ghazali, 2002). MPK biasanya dibina lebih

nipis dan boleh meningkatkan motivasi dan usaha pelajar untuk terus belajar (Shaharom

Noordin dan Yap Kueh Chin, 1993). MPK membolehkan pelajar meneruskan proses

pembelajaran mereka mengikut kecepatan sendiri kerana kemudahlenturan yang

disesuaikan dengan perbezaan di kalangan pelajar aspek kecepatan, format dan juga

kandungan.