pembinaan dan penilaian kesesuaian modul · pdf filesims for form four kbsm physics subject...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI SIFAT JIRIM BAGI MATA PELAJARAN FIZIK
TINGKATAN EMPAT
NORLIANA BINTI HASHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA



PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI (MPK) SIFAT JIRIM BAGI MATA PELAJARAN
FIZIK TINGKATAN EMPAT
NORLIANA BINTI HASHIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2004


iii
Buat dua insan yang amat ku sayangi..
Ayah dan Emak
Hashim Bin Mohamad dan Fatimah Binti Yusoh
Terima kasih di atas kasih sayang dan pengorbanan kalian selama ini…

iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya maka projek
pembinaan dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri Sifat Jirim bagi Projek Sarjana
Muda ini telah disempurnakan dengan jayanya.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia Projek Sarjana
Muda, iaitu P.M Dr. Hj Shaharom Bin Noordin yang tidak pernah mengenal erti
jemu dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga tesis ini dapat
disempurnakan.
Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada semua pengetua dan guru Fizik
yang berkhidmat di kawasan Alor Gajah, Kluang, Pontian dan Johor Bahru di atas
kerjasama yang telah diberikan semasa proses menilai status kesesuaian Modul
Pengajaran Kendiri dijalankan.
Akhir kata terima kasih buat ahli keluarga tersayang dan teman-teman setia
yang tidak pernah mengenal erti jemu memberikan perangsang untuk menjayakan
penyelidikan ini.

v
ABSTRAK
MPK merupakan salah satu alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan
bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bermutu serta sesuai untuk
digunakan oleh para pelajar dan guru. Kajian ini dijalankan merangkumi pembinaan
serta penilaian kesesuaian tiga MPK Sifat Jirim bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan
Empat. MPK Sifat Jirim yang dibina ialah MPK 1: Kekuatan dan Ketegaran Bahan,
MPK 2: Tegangan Permukaan, Daya Lekitan dan Daya Lekatan dan MPK 3:
Tekanan. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang
(Shaharom, 1994). Alat kajian yang digunakan adalah set borang Soal-selidik
Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) (Shaharom, 1994). Pemboleh
ubah bebas yang digunakan ialah kedudukan sekolah yang dikategorikan sebagai
sekolah bandar dan sekolah luar bandar. MPK Sifat Jirim yang dibina dinilai
kesesuaiannya oleh guru Fizik yang berkhidmat di sekolah daerah Alor Gajah
(Melaka), Johor Bahru, Kluang dan Pontian (Johor) menerusi dua peringkat
Penilaian Formatif iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian
Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Seramai empat orang guru terlibat dalam PFSS
dan 10 orang dalam PFKK. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif
dalam bentuk min, sisihan min, maksimum dan minimum. Hasil kajian mendapati
status ketiga-tiga MPK yang dibina adalah sesuai dan amat sesuai pada kedua-dua
peringkat PFSS dan PFKK. Namun begitu terdapat perbezaan status kesesuaian MPK
yang dibina merentas kedudukan sekolah. Penggunaan MPK banyak membawa
implikasi positif kepada pelajar, guru, penggubal kurikulum, institusi pendidikan dan
Bahagian Buku Teks KPM.

vi
ABSTRACT
Self Instructional Module (SIM) is an alternative to fulfill the lack of a
quality of teaching and learning materials and suitable for students and teacher’s
usage. This research study incorporated the design and evaluation of three Sifat Jirim
SIMs for Form Four KBSM Physics subject that includes SIM 1: Kekuatan dan
Ketegaran Bahan, SIM 2: Tegangan Permukaan, Daya Lekitan dan Daya Lekatan
and SIM 3: Tekanan. Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994) had been used as a
model in developing those SIMs and the set of Soal Selidik Kesesuaian Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) (Shaharom, 1994) had been selected as the
research study task. The location of school, which had been categorized into two
category; Urban School and Rural School, was used as the independent variable. The
Physics teachers from selected school around Alor Gajah, Johor Bahru, Kluang and
Pontian assessed those three Sifat Jirim SIMs. These SIMs were assessed at two
phases, which are One-to-One Formative Evaluation (OOFE) and Small Group
Formative Evaluation (SGFE). Four teachers were involved in OOFE and another 10
teachers participated in SGFE. Statistics descriptive in terms of mean, mean
deviation, minimum and maximum were used to analyze the data collected. The
study indicated that SIM design was suitable and very suitable at both levels of
evaluation, OOFE and SGFE. But, there ware differences of suitability status in Sifat
Jirim SIMs in different schools location. The usage of those SIMs had offered
positive implications to the pupils, teachers, curriculum legislators, education
institution and Textbook Department (Ministry of Education).

vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.1.1 Teks Yang Kurang Penglibatan
Pelajar 3
1.1.2 Gambarajah Yang Kurang
Penglibatan
Pelajar 6
1.1.3 Soalan Di Akhir Bab Yang Kurang
Penglibatan Pelajar 7
1.1.4 Ringkasan Bab Yang Kurang
Penglibatan Pelajar 9

viii1.1.5 Aktiviti Yang Kurang Penglibatan
Pelajar 10
1.1.6 Objektif Pembelajaran Yang
Kurang Penglibatan Pelajar 11
1.2 Pernyataan Masalah 12
1.3 Objektif Kajian 12
1.4 Persoalan Kajian 13
1.5 Rangka Kerja Konsep 14
1.6 Kepentingan Kajian 15
1.6.1 Pelajar 15
1.6.2 Guru 16
1.6.3 Penggubal Kurikulum 17
1.6.4 Institusi Pendidikan 17
1.6.5 Bahagian Buku Teks KPM 18
1.7 Skop Kajian 19
1.8 Takrifan Istilah 19
1.8.1 Kesesuaian 19
1.8.2 Pembinaan 19
1.8.3 Modul Pembelajaran Kendiri 20
1.8.4 Kedudukan Sekolah 20
1.8.5 Guru 20
1.8.6 Penilaian Formatif 20
1.9 Rumusan 21
II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 22
2.1 Teori Yang Berkaitan Dengan Pembinaan
MPK 23
2.1.1 Penilaian Formatif 23
1.9.1.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu 24
2.1.1.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 26

ix2.1.1.3 Penilaian Lapangan 27
2.1.2 Pembelajaran Penguasaan 28
2.2 Model-Model MPK 32
2.2.1 Model Burns 33
2.2.2 Model Klingstedt 35
2.2.3 Model Eijl 36
2.2.4 Model De Vito 37
2.2.5 Model Meyer 39
2.2.6 Model Teras-Cabang Shaharom 41
2.2.6.1 Bahagian Teras 43
2.2.6.2 Bahagian Cabang 44
2.3 Rasional Penggunaan Model Teras-Cabang 45
2.4 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan
Pembinaan Dan Penilaian MPK 47
2.4.1 Kajian Tentang Pembinaan dan
Penilaian MPK Dalam Bidang Fizik
Di Dalam Negara 47
2.4.2 Kajian Tentang Pembinaan dan
Penilaian MPK Dalam Bidang Fizik
Di Luar Negara 52
2.4.3 Kajian Tentang Pembinaan dan
Penilaian MPK Dalam Bidang Fizik
Merentas Kedudukan Sekolah 59
2.5 Rumusan 62
III PENGKAEDAHAN
3.0 Pendahuluan 63
3.1 Kandungan MPK 63
3.1.1 MPK 1: Kekuatan Dan Ketegaran Bahan 64
3.1.2 MPK 2: Tegangan Permukaan, Daya
Lekitan Dan Daya Lekatan 64

x 3.1.3 MPK 3: Tekanan 64
3.2 Subjek Kajian 65
3.3 Alat Kajian 65
3.4 Tatacara Kajian 65
3.4.1 Kajian Tahap 1: Pembinaan MPK 69
3.4.2 Kajian Tahap 2 72
3.4.2.1 Kajian Rintis 72
3.4.2.2 Penilaian Formatif 73
3.5 Analisis Data 75
3.6 Andaian 77
3.7 Batasan Kajian 77
3.8 Rumusan 78
IV KEPUTUSAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 79
4.1 Kajian Rintis 80
4.2 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian
MPK Oleh Guru Fizik 81
4.2.1 Persoalan Kajian 1 82
4.2.2 Persoalan Kajian 2 83
4.3 Penilaian Formatif Merentas Kedudukan
Sekolah 84
4.3.1 Persoalan Kajian 3 84
4.3.2 Persoalan Kajian 4 86
4.4 Rumusan 87
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.0 Pendahuluan 89

xi5.1 Ringkasan Dan Perbincangan 90
5.2 Kesimpulan 97
5.3 Implikasi 98
5.3.1 Pelajar 99
5.3.2 Guru 100
5.3.3 Institusi Pendidikan 101
5.3.4 Penggubal Kurikulum 101
5.3.5 Bahagian Buku Teks KPM 102
5.4 Cadangan 102
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 107
5.6 Rumusan 109
RUJUKAN 107
LAMPIRAN
Lampiran A- I 115-127

xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Tafsiran Indeks Bagi Penglibatan Pelajar 4
4.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Oleh Guru
Fizik 82
4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh Guru
Fizik 83
4.3 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Merentas
Kedudukan Sekolah 85
4.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Merentas
Kedudukan Sekolah 86
5.1 Analisis PFSS dan PFKK Penyelidik Merentas
Kedudukan Sekolah 95

xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka kerja konsep 14
2.1 Model Pembelajaran Penguasaan
(Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) 29
2.2 Model Teras-Cabang
(Sumber: Shaharom, 1994) 41
3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan
(Ubahsuai: Abdul Razak, 1999) 68
3.2 Rangka Kerja Tahap Satu
(Ubahsuai: Salohi, 1999) 70
3.3 Rangka Kerja Kajian Pembinaan MPK
(Ubahsuai: Shaharom, 1994) 71
3.4 Rangka Kerja Kajian Rintis
(Ubahsuai: Nor Rahimah, 2002) 73
3.5 Rangka Kerja Penilaian Formatif
(Ubahsuai: Nor Rahimah, 2002) 74

xiv
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
n - Bilangan Markat
& - Dan
Σ - Jumlah
x - Min atau purata
xi - Setiap markat subjek
+ - Tambah atau campur
= - Bersamaan
AS - Amat Sesuai
BBT - Bahagian Buku Teks
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
JPK - Jadual Pemeringkatan Kesesuaian
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
LM - Learning Module
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
PL - Penilaian Lapangan
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
S - Sesuai
URK - Ujian Rujukan Kriteria

xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Pengesahan Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) 115
B Borang Pengesahan Pakar Bidang 117
C Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) (Guru) 118
D Jadual Pemeringkatan Kesesuaian (JPK)
MPK Untuk Guru 122
E Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan 123
F Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan
Negeri Melaka 124
G Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan
Negeri Johor 125
H Surat Kebenaran Daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia 126
I Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan
Empat KBSM 2001 127

BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Dewasa ini dalam keghairahan negara menongkah arus kemajuan beserta
usaha untuk mencapai Wawasan 2020, sistem pendidikan negara turut mendapat
kesannya dan terus berkembang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek (JERI). Maka dengan ini adalah sepatutnya sistem
pendidikan negara diperbaharui dari semasa ke semasa.
Oleh yang demikian, untuk mencapai hasrat yang dicitakan, terdapat pelbagai
aspek di dalam bidang pendidikan yang perlu dirombak secara perlahan-lahan dan di
antaranya ialah pembaharuan di dalam bidang kurikulum. Ini memberi kesan
terhadap mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat dan seterusnya turut mendatangkan
kesan terhadap penulisan buku teks.

2
Menurut Abdul Shukor dan Yunus (1982: 12):
“Walaupun peranan buku teks dari segi proses pengajaran dan pembelajaran
pada masa kini menghadapi saingan dari alat atau media elektronik seperti
komputer, radio, televisyen dan video, namun ia masih merupakan bahan
yang penting dan luas digunakan oleh murid dan guru.”
Walaupun buku teks masih lagi merupakan bahan penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran (P&P) di dalam bilik darjah, fungsi buku teks masih
lagi menimbulkan banyak persoalan terutamanya mengenai keberkesanannya
terhadap proses P&P pelajar.
Menurut Abdul Shukor dan Yunus (1982: 12):
“Walaupun respon sample murid menyatakan bahawa buku teks ada
mempunyai pengaruh terhadap prestasi akademik mereka, tetapi mereka
merasai banyak faktor-faktor selain dari buku teks yang lebih memberi
sumbangan terhadap prestasi mereka.”
Oleh yang demikian, persoalannya, sejauh manakah keberkesanan bahan-
bahan P&P yang digunakan oleh guru dan pelajar itu bersesuaian dengan sukatan
pelajaran dan menekankan penglibatan serta membina pemikiran pelajar?
Walaupun tidak dapat dinafikan buku teks adalah penting selain daripada
buku rujukan dari segi proses P&P, namun kesan serta sumbangannya terhadap
pencapaian akademik masih dipersoalkan. Maka langkah bijak haruslah diambil
untuk menangai masalah ini. Antara langkah penyelesaian yang sesuai untuk
dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan modul
pengajaran kendiri (MPK) yang bersesuaian dengan perbezaan tahap pencapaian di
kalangan pelajar dimana pelajar boleh belajar mengikut tahap kebolehan pelajar yang
tersendiri serta memilih cara pembelajaran yang paling sesuai untuk diri pelajar
(Shaharom dan Yap, 1991).

3
1.1 Latar Belakang Masalah
Menurut Lim (1979:18):
“Many textbooks on general physics usually introduce fundamental physics
concepts based on certain philosophical viewpoints, either explicitly or
implicitly. Very often the authors of these textbooks do not explain clearly
their philosophical assumption and their implications.”
Inilah yang menjadi masalah terhadap pencapaian akademik pelajar secara
amnya dan terhadap pencapaian mata pelajaran Fizik pelajar khususnya. Selain itu,
menerusi kajian yang dijalankan, teks, gambarajah, objektif pembelajaran, ringkasan
bab, soalan di akhir bab serta aktiviti adalah merupakan pemboleh ubah-pemboleh
ubah yang terdapat di dalam bahan P&P yang mempengaruhi penglibatan pelajar
dalam proses pembelajaran (Romey, 1968).
1.1.1 Teks Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Teks di dalam bahan P&P yang terdapat di pasaran pada masa kini kurang
mencabar minda pelajar untuk berfikir serta membina pemikiran mereka. Teks
sesebuah bahan bacaan seharusnya boleh membuat pelajar berfikir secara kritis dan
kreatif dan bukan hanya menyediakan fakta-fakta untuk dihafal oleh pelajar semata-
mata.
Teks di dalam sesebuah bahan P&P haruslah mempunyai kenyataan fakta,
kesimpulan, takrifan serta soalan yang jawapannya boleh didapati segera di dalam
teks tersebut dan kategori ini tidak memerlukan penglibatan pelajar atau
menggunakan kemahiran saintifik. Selain daripada itu, terdapat juga teks yang
mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menganalisis data, merumuskan

4
kesimpulan sendiri, arahan yang memberitahu pelajar supaya melakukan dan
menganalisis sesuatu aktiviti atau kenyataan serta soalan yang menaikkan minat
pelajar tetapi tidak terdapat jawapan segera di dalam teks tersebut dan kategori ini
adalah bersesuaian untuk proses P&P yang berorientasikan penyiasatan.
Jadual 1.1: Tafsiran Indeks Bagi Penglibatan Pelajar
NILAI INDEKS TAFSIRAN
0.00 Tiada penglibatan pelajar
<0.40 Autoritarian dan kurang mencabar (Hafalan dan Takrifan)
1.00 Buku yang seimbang (ideal) diantara kenyataan-kenyataan yang
tiada penglibatan pelajar dengan kenyataan-kenyataan yang
memerlukan pemikiran pelajar
>1.50 Tanpa isi kandungan. Hanya cukup data atau maklumat untuk
pelajar bekerja dengan berkesan.
Infiniti Setiap kenyataan dan setiap gambarajah memerlukan pelajar
membuat analisis. Tanpa isi kandungan.
Sumber: Ubahsuai Romey (1968)
Analisis yang dilakukan oleh Normalah (2001) dan Ch’ng (2000) ke atas
buku Revisi Komprehensif Fizik SPM (Tan, 1996) dan buku Pintas Cekap SPM
Fizik Tingkatan 4 dan 5 (Zakaria, 2000) mendapati indeks penglibatan pelajar bagi
teks untuk kedua-dua buku ialah 0.00. Berdasarkan Jadual 1.1 didapati teks yang
terdapat pada kedua-dua buku tersebut langsung tiada penglibatan pelajar dan ini
bermakna teks ini kurang sesuai digunakan dalam bahan P&P kerana tidak
melibatkan pelajar untuk berfikir.
Analisis Noor Zalina (2001), Chin (2001) dan Phang (2002) ke atas buku
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik Tingkatan 5 (Lim dan Chia, 1992),
buku Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik tingkatan 4 (Chan dan Lock,
1999) dan buku Siri Sumber & Rujukan KBSM Fizik Tingkatan 4 (Poh, 2002)
mendapati indeks penglibatan pelajar bagi teks ialah 0.07, 0.10 dan 0.20.

5
Berdasarkan Jadual 1.1, nilai ini berada diantara julat 0.00 dan 0. 40 dan ini
bermakna teks di dalam buku-buku tersebut tidak menglibatkan penglibatan pelajar
atau menggunakan kemahiran saintifik, bersifat autoritarian dan kurang mencabar. Ia
juga lebih ke arah hafalan dan takrifan semata-mata serta kurang menglibatkan
proses P&P yang berasaskan penyiasatan.
Teks di dalam sesebuah bahan bacaan seharusnya boleh mencapai objektif
pembelajaran apabila digunakan oleh pelajar. Teks yang baik haruslah seimbang
diantara kenyataan-kenyataan yang yang tiada menglibatkan pelajar dengan
kenyataan yang memerlukan pemikiran pelajar. Ini bermakna teks harus seimbang
dalam pelbagai segi seperti fakta, kesimpulan, takrifan, soalan, arahan serta
kenyataan penerangan agar dapat membentuk sikap mahu berfikir di kalangan pelajar
sewaktu membacanya (Romey, 1968).
Teks seharusnya mempunyai kenyataan yang memerlukan pelajar membuat
kesimpulan sendiri dengan ini secara tidak langsung pelajar dapat mengasah
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dari semasa ke semasa. Kenyataan ini
disokong oleh Mok (2001a: 44):
“Aktiviti-aktiviti bercorak kemahiran berfikir bukan sahaja dapat
mengelakkan kesilapan berfikir tetapi juga meningkatkan kualiti berfikirnya.”
Selain daripada itu, teks yang baik tidak mengongkong pemikiran pelajar
sebaliknya membolehkan pelajar mengembangkan lagi pemikiran mereka menerusi
teks yang mempunyai soalan yang boleh menarik minat dan menimbulkan lagi rasa
ingin tahu pelajar yang membacanya.

6
1.1.2 Gambarajah Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Gambarajah merupakan antara cara-cara untuk menyampaikan maklumat di
dalam bahan bacaan pelajar. Menerusi gambarajah, pelajar dapat menghasilkan
pendapat yang tersendiri berdasarkan penilaian mereka ke atas sesuatu maklumat dan
dapat membuat tafsiran secara kritis dan kreatif. Selain dari itu, menerusi gambarajah
juga pelajar boleh mendapat penerangan serta dapat melakukan aktiviti atau
mengunakan data.
Analisis yang dilakukan oleh Ch’ng (2000) ke atas buku Pintas Cekap SPM
Fizik Tingkatan 4 dan 5 (Zakaria, 2000) mendapati indeks penglibatan pelajar bagi
gambarajah ialah 0.00. Menerusi Jadual 1.1, ini bermakna tiada penglibatan pelajar
dan gambarajah hanya digunakan untuk tujuan penerangan maklumat dan pelajar
akan menghafal sahaja maklumat yang diberikan. Ini membuatkan pelajar seolah-
olah menerima pengetahuan baru tanpa adanya kesinambungan dengan pengetahuan
sedia ada mereka.
Hasil analisis yang dilakukan oleh Azlina (2000) ke atas buku Aset
Peperiksaan Fizik SPM (Loo, 2000) telah mendapati indeks penglibatan pelajar bagi
gambarajah ialah 0.28 dan menerusi Jadual 1.1 didapati nilai ini berada di antara julat
0.00 dengan 0.40. Ini bermakna gambarajah ini kurang penglibatan pelajar serta
bersifat autoritarian dan kurang mencabar. Gambarajah yang ada masih kurang
memerlukan pelajar melakukan aktiviti atau menggunakan data.
Seterusnya, menerusi analisis Mohd Shahnizan (2001), Nor Rahimah (2002)
dan Phang (2002) ke atas buku Revisi Komprehensif Fizik SPM (Tan, 1996), buku
Siri Pelangi Fokus Fizik SPM (Lim, et al., 1997) dan Siri Sumber & Rujukan KBSM
Fizik Tingkatan 4 (Poh, 2002) telah mendapati indeks penglibatan pelajar terhadap
gambarajah ialah 0.42,0.44 dan 0.49. Menerusi Jadual 1.1 didapati nilai ini berada di
antara julat 0.40 hingga 1.00. Walaupun begitu, gambarajah yang ada masih lagi
bersifat autoritarian dan masih belum lagi sampai ke tahap yang seimbang.

7
Kebanyakan gambarajah yang terdapat di dalam bahan P&P hanya
menekankan kepada penerangan dan mengabaikan kepentingan aktiviti dan
penggunaan data, sedangkan gambarajah haruslah seimbang diantara keduanya.
Penekanan kepada bahagian penerangan sahaja membuatkan pelajar lebih bersifat
menerima tanpa perlu berfikir dengan lebih mendalam lagi dan ini menyebabkan
proses pembelajaran berasaskan penyiasatan tidak berlaku (Ch’ng, 2000).
1.1.3 Soalan Di Akhir Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Menurut Lilia et,al. (2002:102):
“ Penyoalan merupakan ciri utama dalam pengajaran inkuiri dimana pelajar
terlibat secara aktif secara mental dalam proses P&P.”
Menerusi kenyataan di atas, tidak dapat dinafikan lagi peranan soalan di
dalam proses P&P dimana menerusi soalan guru dapat menggalakkan pemikiran
pelajar disamping mencungkil idea pelajar. Malah, melalui soalan di akhir bab, dapat
diketahui sejauh mana pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang telah
dipelajarinya.
Soalan yang terdapat di akhir bab dalam sesebuah bahan P&P juga boleh
dikelompokkan kepada empat kategori iaitu kategori soalan yang jawapannya boleh
diperolehi terus daripada teks, soalan takrifan, soalan yang memerlukan pelajar
mengaplikasikan pembelajarannya daripada bab berkenaan kepada situasi yang baru
serta soalan yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah (Romey, 1968). Ciri-
ciri soalan di akhir bab yang baik ialah soalan yang disediakan adalah seimbang di
antara keempat-keempat kategori yang telah dinyatakan di atas.
Menerusi analisis yang dilakukan oleh Normalah (2001), Nor Zalina (2001)
dan Ch’ng (2000) ke atas buku Revisi Komprehensif Fizik SPM (Tan, 1996), buku

8
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik Tingkatan 5 (Lim dan Chia, 1992)
dan buku Pintas Cekap SPM Fizik Tingkatan 4 dan 5 (Zakaria, 2000) didapati indeks
penglibatan pelajar bagi soalan diakhir bab masing-masing ialah 0.41, 0.62 dan 0.83.
Berdasarkan Jadual 1.1 didapati nilai tersebut berada di dalam julat 0.40 hingga 1.00.
Dengan ini, boleh dikatakan bahawa soalan yang terdapat di akhir bab di dalam
buku-buku ini masih bersifat autoritarian dan kurang mencabar serta masih kurang
seimbang diantara soalan yang tiada penglibatan pelajar dengan soalan yang
memerlukan pemikiran pelajar kerana ia hanya melibatkan soalan yang jawapannya
boleh diperolehi terus daripada teks ataupun soalan yang melibatkan takrifan sahaja.
Selain itu, analisis yang dilakukan oleh Phang (2002) dan Chin (2001) ke atas
buku Siri Sumber & Rujukan KBSM Fizik Tingkatan 4 (Poh, 2002) dan buku
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik tingkatan 4 (Chan dan Lock, 1999)
didapati indeks penglibatan pelajar bagi soalan di akhir bab masing-masing ialah
2.41 dan 4.06. Menerusi Jadual 1.1, didapati nilai indeks tersebut berada di dalam
julat 1.50 ke infiniti. Ini bererti soalan yang disediakan tidak mempunyai isi
kandungan di mana maklumat yang disediakan tidak mencukupi untuk pelajar
bekerja dengan berkesan serta memerlukan pelajar membuat analisis. Seharusnya
soalan di akhir bab yang terdapat di dalam bahan P&P berada di dalam keadaan
keseimbangan dan terdiri dari aras –aras dalam Taksonomi Bloom yang pelbagai.

9
1.1.4 Ringkasan Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Ringkasan bab yang baik akan menyorot semula semua isi penting yang telah
dipelajari di dalam bab sebelum itu serta mengemukakan soalan-soalan baru dimana
jawapannya tidak terdapat dalam teks ataupun tertakluk pada kajian semasa (Romey,
1968). Ini dapat memupuk pelajar untuk mencari jawapan menerusi pelbagai sumber
serta menimbulkan semangat ingin tahu.
Analisis ringkasan bab telah dilakukan oleh Normalah (2001), Chin (2001),
Ch’ng (2000) dan Siti Suhaila (2002) ke atas buku Revisi Komprehensif Fizik SPM
(Tan, 1996), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik tingkatan 4 (Chan dan
Lock, 1999), Pintas Cekap SPM Fizik Tingkatan 4 dan 5 (Zakaria,2000) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik Tingkatan 4 (Poh dan Sabtu, 2001)
mendapati indeks penglibatan pelajar ialah 0.00.
Analisis yang dilakukan oleh Nor Zalina (2001) dan Nor Rahimah (2002) ke
atas buku Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah fizik Tingkatan 5 (Lin dan Chia,
1992) dan Siri Pelangi Fokus Fizik SPM (Lim, et al., 1997) turut mendapat nilai
indeks yang sama iaitu 0.00. Berdasarkan Jadual 1.1, dapat disimpulkan bahawa
buku-buku tersebut langsung tidak melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran
serta tidak memberi pelajar peluang untuk berfikir dan mengembangkan konsep yang
telah mereka pelajari. Ini juga bermakna ringkasan bab hanya sekadar mengulang
kesimpulan semata-mata (Nor Zalina, 2001).
Ringkasan yang baik seharusnya menimbulkan persoalan baru yang
menyuntik rasa ingin tahu dan menggalakkan pelajar mengkaji dengan lebih
mendalam. Selain itu ringkasan bab seharusnya mencabar minda pelajar agar mereka
dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.

10
1.1.5 Aktiviti Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Aktiviti yang terdapat di dalam sesebuah bahan P&P seharusnya merangsang
pemikiran dan kemahiran saintifik pelajar serta menggalakkan pelajar untuk berfikir
menerusi kaedah penemuan (Siti Suhaila, 2002). Aktiviti yang baik juga seharusnya
dapat membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap konsep yang telah
dipelajarinya.
Analisis yang telah dilakukan oleh Ch’ng (2000) ke atas buku Pintas Cekap
SPM Fizik Tingkatan 4 dan 5 (Zakaria, 2000) mendapati indeks penglibatan pelajar
terhadap aktiviti ialah 0.00. Melalui Jadual 1.1, ini bermakna tiada penglibatan
pelajar di dalam aktiviti yang disediakan.
Analisis yang seterusnya dilakukan oleh Phang (2002) dan Tan (2000) ke atas
buku Siri Sumber & Rujukan KBSM Fizik Tingkatan 4 (Poh, 2002) dan Impresif
SPM KBSM Fizik Tingkatan 4 (Yap dan Chua, 1994) mendapati indeks penglibatan
pelajar terhadap aktiviti masing-masing ialah 0.11 dan 0.15. Menerusi Jadual 1.1
didapati nilai indeks tersebut berada dalam julat di antara 0.00 hingga 0.40. Ini
bermakna masih terdapat aktiviti yang tidak menglibatkan pelajar dan terdapat juga
aktiviti yang bersifat autoritarian serta kurang mencabar.
Analisis yang dilakukan oleh Normalah (2001) dan Nor Zalina (2001) ke atas
buku buku Revisi Komprehensif Fizik SPM (Tan, 1996) dan Kurikulum Bersepadu
sekolah Menengah fizik Tingkatan 5 (Lin dan Chia, 1992) mendapati indeks
penglibatan pelajar ke atas aktiviti masing-masing ialah 0.56 dan 0.60. Menerusi
Jadual 1.1, indeks tersebut terletak di dalam julat antara 0.40 hingga 1.00. Ini
bermakna aktiviti tersebut juga bersifat autoritarian dan kurang mencabar. Aktiviti
yang baik seharusnya memerlukan pemikiran pelajar serta menglibatkan aplikasi di
dalam kehidupan seharian berkaitan sesebuah tajuk yang telah dipelajari (Nor
Rahimah, 2002).

11
1.1.6 Objektif Pembelajaran Yang Tiada Penglibatan Pelajar
Objektif pembelajaran penting untuk memudahkan pelajar untuk memahami
konsep yang perlu mereka kuasai. Ia juga dapat membantu pelajar membuat
persediaan untuk mencapai objektif yang dinyatakan (Normalah, 2001). Selain itu
juga, objektif pembelajaran harus disediakan sebagai panduan kepada proses P&P itu
sendiri.
Analisis yang dilakukan oleh Tan (2000), Chin (2001), Ch’ng (2000), ke atas
buku Impresif SPM KBSM Fizik Tingkatan 4 (Yap dan Chua, 1994), Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah Fizik tingkatan 4 (Chan dan Lock, 1999) dan Pintas
Cekap SPM Fizik Tingkatan 4 dan 5 (Zakaria, 2000) mendapati bahawa buku-buku
tersebut tiada menyediakan objektif pembelajaran maka ini bermakna tiada langsung
penglibatan pelajar dengan objektif pembelajaran.
Keadaan yang sama juga terjadi pada hasil analisis Siti Suhaila (2002), Mohd
Shahnizan (2001) dan Nor Rahimah (2002) di mana buku yang dianalisis oleh
mereka juga tidak menyediakan objektif pengajaran. Buku-buku tersebut ialah buku
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik Tingkatan 4 (Poh dan Sabtu, 2001),
Revisi Komprehensif Fizik SPM (Tan, 1996) dan Siri Pelangi Fokus Fizik SPM
(Lim, et al., 1997).

12
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian yang dijalankan adalah untuk menilai sejauh manakah MPK yang
dibina bagi tajuk Kekuatan dan Ketegaran Bahan, Tegangan Permukaan, Daya
Lekitan dan Daya Lekatan serta Tekanan sesuai digunakan sebagai bahan P&P dalam
mata pelajaran Fizik bagi pelajar Tingkatan Empat.
1.3 Objektif Kajian
Di antara objektif kajian ini ialah:
1. Membina tiga Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Fizik
Tingkatan Empat bagi tajuk Sifat Jirim mengikut Huraian Sukatan Pelajaran
KBSM Tingkatan Empat (PPK, 2001) iaitu:
MPK 1: Kekuatan dan Ketegaran Bahan
MPK 2: Tegangan Permukaan, Daya Lekitan dan Daya Lekatan
MPK 3: Tekanan
2. Menilai kesesuaian ketiga-tiga MPK yang telah dibina bagi pelajar Tingkatan
Empat yang mengambil mata pelajaran Fizik.
3. Membandingkan kesesuaian ketiga-tiga MPK yang telah dibina untuk pelajar
Tingkatan Empat merentas kedudukan sekolah.

13
1.4 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, perkara-perkara berikut telah dipertimbangkan:
1. Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (FPSS) oleh guru ke atas MPK
Sifat Jirim (MPK 1: Kekuatan dan Ketegaran Bahan, MPK 2: Tegangan
Permukaan, Daya Lekitan dan Daya Lekatan, MPK 3: Tekanan)
menunjukkan bahawa ia sesuai untuk digunakan sebagai bahan P&P dalam
mata pelajaran Fizik untuk Tingkatan Empat?
2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru ke atas MPK
Sifat Jirim (MPK 1: Kekuatan dan Ketegaran Bahan, MPK 2: Tegangan
Permukaan, Daya Lekitan dan Daya Lekatan, MPK 3: Tekanan)
menunjukkan bahawa ia sesuai untuk digunakan sebagai bahan P&P dalam
mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat?
3. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif Satu
Dengan Satu (PFSS) oleh guru terhadap MPK Sifat Jirim (MPK 1: Kekuatan
dan Ketegaran Bahan, MPK 2: Tegangan Permukaan, Daya Lekitan dan Daya
Lekatan, MPK 3: Tekanan) yang dibina merentas kedudukan sekolah?
4. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif
Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru terhadap MPK Sifat Jirim (MPK 1:
Kekuatan dan Ketegaran Bahan, MPK 2: Tegangan Permukaan, Daya Lekitan
dan Daya Lekatan, MPK 3: Tekanan) yang dibina merentas kedudukan
sekolah?