pembinaan dan penilaian kesesuaian modul … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian...

22
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER LEE WAN KI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhkhanh

Post on 30-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN

REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

LEE WAN KI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL

PENGAJARAN KEDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya LEE WAN KI______________________________ mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: DR MUHAMMAD SUKRI B.SAUD 1,JLN MAKMUR 29, Nama Penyelia TMN DAMAI JAYA, 81300 SKUDAI, JOHOR. Tarikh : 30 APRIL 2009 Tarikh : 30 APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan : ……………………………………….

Nama Penyelia : DR MUHAMMAD SUKRI B. SAUD

Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

i

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN

REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

LEE WAN KI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2009

Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

ii

″Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………...........

Nama Penyelia : LEE WAN KI

Tarikh : APRIL 2009

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

iii

DEDIKASI

Diabadikan buat insan-insan yang tersayang ,

Teristimewa Buat ,

Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar

Dr Muhammad Sukri b. Saud

Khas buat,

Ayah yang dikasihi…..

(Lee Joo Hock)

Yang sentiasa mendoakan kejayaanku…..

menjagaku dan mendidikku sehingga ku tahu mengenal erti kejayaan

sehingga aku megah berdiri di kalangan bijak pandai….

Jua buat,

Ibu yang tersayang…..

(Lim Kwi Boon)

Terima kasih di atas dorongan dan penghargaan yang diberikan selama ini….

Yang memjadikan ku terus mengapai cita-cita….

Seterusnya,

Buat teman-teman yang mengenali diri ini....

menjaga diri ini ketika disambar keresahan...

Menunjukkan ku jalan kecermerlangan....

Terima kasih Yang Tidak Terhingga.......

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

iv

PENGHARGAAN

Salam sejahtera, syukur yang tidak terhingga dengan izin dan berkat Tuhan sehingga dapat saya menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.

Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan terima kasih yang

tidak terhingga kepada penyelia pembimbing Projek Sarjana Muda, Dr Muhammad Sukri B. Saud atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penulisan projek ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada para

pensyarah yang rela meluangkan masa untuk menyemak dan memberi nasihat yang berguna untuk menambahbaik modul yang dihasilkan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta

semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang banyak memberi sokongan dan dorongan dalam merealisasikan projek ini dengan sempurna.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian

kedua-dua Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Permodelan Objek Padu yang bertajuk:

MPK 1 Pengenalan Tentang Binaan Asas, MPK 2 Pengenalan dan Penghasilan

Objek Padu Primitif (Solid Primitive) yang dibina menggunakan Model Teras-

Cabang (Shaharom, 1994). Status kesesuaian MPK yang dibina dinilai melalui

penilaian formatif. Tiga fasa penilaan formatif telah dijalankan iaitu Penilaian

Formatif Satu dengan Satu (PFSS), Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) dan

Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL). Seorang pensyarah terlibat dalam PFSS.

Seramai dua orang pakar iaitu seorang pensyarah dan eorang pengajar yang

berpengalaman terlibat dalam PFKK manakala PFPL melibatkan seramai 20 orang

pelajar UTM tahun dua yang mengambil program Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup). Satu set soal selidik iaitu Soal Selidik Kesesuaian

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) yang dibina oleh Shaharom Noordin (1994),

digunakan sebagai alat kajian dan data yang diperolehi dianalisis secara statistik

deskriptif dalam bentuk min. Hasil kajian mengesahkan MPK Permodelan Objek

Padu yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai proses pengajaran dan

pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan kurikulum. Kedua-dua MPK masing-

masing menunjukkan status amat sesuai dan sesuai dengan nilai min keseluruhan

102.0 dalam PFKK dan 96.5 dalam PFPL.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

vi

ABSTRACT

The aim of this study is to design and evaluate the suitability status of Self

Instruction Module (SIM) Solid Modeling entitled: MPK1 Pengenalan Tentang

Binaan Asas, MPK 2 Pengenalan dan Penghasilan Objek Padu Primitif (Solid

Primitive) using the Teras-Cabang Model (Shaharom, 1994). The SIM suitability

status designed was evaluated formatively. There are three phase of evaluation.

That is One-To-One Formative Evaluation, Small Group-Group Formative

Evaluation and Field Trial. A lecturer was involved in One-To-One Trials. For

Small Group-Group Formative Evaluation, a lecturer and a tutor were involved. The

Field Trial involved 20 undergraduate students UTM who is taking programme of

Bachelor of Technology with Education (Living Skill). The instrument used in this

study was taken from Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

developed by Shaharom Noordin (1994) and the data obtained was analysed using

the descriptive statistics method in the form of mean. The results of this study found

that the SIM Solid Modelling was suitable for process of teaching and learning

which accordance with the curriculum. Both Small Group-Group Formative

Evaluation and Field Trial for SIM was at very suitable and suitable status which

indicated average mean of 102.0 and 96.5.

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL KAJIAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan 6

1.6.1 Pengajar / Pensysarah 6

1.6.2 Pelajar 7

1.6.3 Kementerian Pengajian Tinggi 7

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

viii

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Definisi Operasi 8

1.8.1 Lukisan Berbantu Komputer 8

1.8.2 Rekabentuk Berbantu Komputer 8

1.8.3 Objek Padu 9

1.8.4 Modul Pengajaran Kendiri 9

1.8.5 Kesesuaian 9

1.9 Ringkasan 10

2 SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pengajaran Bermodul 12

2.2.1 Ciri-ciri Pengajaran Bermodul 13

2.2.2 Modul Pengajaran Kendiri ( MPK ) 14

2.3 Model Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 15

2.3.1 Model Burn 15

2.3.2 Model Meyer 17

2.3.3 Model Teras-Cabang Shaharom (1993) 20

2.4 Rasional Penggunaan Model 26

2.5 Penilaian Formatif 27

2.5.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu 27

2.5.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 28

2.5.3 Penilaian Formatif Percubaan Luar 28

2.6 Kajian-kajian Lepas tentang Pengajaran Bermodul 29

2.7 Ringkasan 31

3 METODOLOGI KAJIAN 32

3. l Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Subjek Kajian 34

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

ix

3.4 Instrumen Kajian 34

3.5 Analisis Data 36

3.6 Tatacara Kajian 38

3.7 Andaian 41

3.8 Batasan Kajian 41

3.9 Ringkasan 42

4 ANALISIS DATA 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Dapatan Berdasarkan Persoalan Kajian 44

4.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 44

4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 46

4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 50

4.3 Ringkasan 53

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN 54

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Kesimpulan Hasil Dapatan 55

5.3 Perbincangan 57

5.4 Cadangan 60

5.5 Ringkasan 61

RUJUKAN 62

LAMPIRAN A - H 65 - 76

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pembahagian Item Berdasarkan Aspek Yang Dikaji 35

3.2 Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK Berdasarkan 36

Julat

4.1 Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK 47

4.2 Keputusan Penilaian Formatif Kelompok Kecil 48

4.3 Keputusan Penilaian Formatif Percubaan Luar 51

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model Teras Cabang Shaharom 19

2.2 Carta Aliran Model Teras Cabang Shaharom 23

3.1 Rangka Kerja Kajian Secara Keseluruhan 39

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

xii

SENARAI SINGKATAN

Bil - Bilangan

CAD - Lukisan Berbantu Komputer (Computer-aided drafting)

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

JERI - Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFPL - Penilaian Formatif Percubaan Luar

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

UCS - User Coordinate System

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

3D - Tiga Dimensi

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Pengesahan Modul 65

B Borang Soal Selidik 66 - 70

C Pengesahan MPK Permodelan Objek Padu (1) 71

MPK 1

D Pengesahan MPK Permodelan Objek Padu (1) 72

MPK 2

E Pengesahan MPK Permodelan Objek Padu (2) 73

MPK 1

F Pengesahan MPK Permodelan Objek Padu (2) 74

MPK 2

G Pengesahan MPK Permodelan Objek Padu 3) 75

MPK 1

H Pengesahan MPK Permodelan Objek Padu (3) 76

MPK 2

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah sesuai digunakan dalam pelbagai

mata pelajaran di peringkat rendah, menengah dan peringkat institut pengajian tinggi

(Shaharom, 1994). Menurut Shaharom (1994), pembelajaran menggunakan

pendekatan Modul Pengajaran Kendiri merupakan satu kaedah pengajaran yang

dapat membantu para pengajar atau guru menangani masalah perbezaan individu

yang wujud di kalangan para pelajar.

Pada kebelakangan ini, dalam keghairahan negara menongkah arus kemajuan

beserta usaha untuk mencapai Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diumumkan

pada tahun 1991 telah menyarankan agar Malaysia dapat mencapai taraf negara maju

yang berasaskan perindustrian menjelang abad ke-21 dan hasrat ini telah diterang

dengan lebih lanjut dalam sembilan cabaran yang disenaraikan dalam Wawasan 2020

(Shahril Marzuki dan Habib Mat Som, 1999). Menurut Shahril Marzuki dan Habib

Mat Som (1999), negara kita perlu membentuk sesebuah masyarakat saintifik yang

progresif, inovatif dan berpandangan jauh berdasarkan cabaran Wawasan 2020 yang

keenam. Dengan wujudnya masyarakat saintifik, masyarakat setempat baru dapat

bergerak kearah masyarakat yang berasaskan teknologi tinggi.

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

2

 

Sistem pendidikan di negara turut mendapat kesannya dan terus berkembang

seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menurut Tajul Ariffin

Noordin (1993), FPK yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Maka dengan ini adalah sepatutnya

sistem pendidikan negara diperbaharui dari semasa ke semasa berpadanan dengan

perkembangan teknologi. Oleh itu, untuk mencapai hasrat yang dicita, teknologi

komputer banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut Voisinet (1985), bahawa CAD adalah singkatan bagi Computer-

aided drafting dan Computer-aided drafting and design. Ia membawa makna

melukis dengan berbantu komputer. Lukisan secara tangan telah diganti dengan

lukisan berbantu komputer. Perubahan ini berlaku sebab lukisan berbantu komputer

membawa banyak aspek yang positif. Aspek-aspek ini termasuklah penggunaan

komputer membolehkan lukisan lebih jitu dan tepat, mengubahsuai lukisan dengan

banyak kali dan menjimatkan masa. Berdasarkan Iskandar dan Zaitun (2002),

AutoCAD telah digunakan dalam beberapa bidang kejuruteraan mekanikal, elektrikal,

awam, kimia dan kejuruteraan industri di dalam negara kita. Selain itu, bidang

senibina juga menggunakan CAD secara meluas.

Berdasarkan Sharifah Alwiah (1986), modul boleh dibina dalam berbagai-

bagai bentuk dan dalam berbagai media. Kedua-dua MPK yang direka ini adalah

berbentuk dalam bahan bercetak. Bahan bercetak masih merupakan bahan yang

penting dan luas digunakan oleh para pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Modul pengajaran kendiri (MPK) yang mengambil kira

perbezaan individu di kalangan para pelajar di mana mereka boleh belajar mengikut

tahap kebolehan masing-masing pelajar yang tersendiri serta memilih cara

pembelajaran yang paling sesuai untuk diri mereka (Shaharom dan Yap, 1991).

MPK ini dibina untuk membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar

untuk memahir dengan ilmu dan operasi tentang Lukisan Berbantu Komputer

(AutoCAD) bagi Permodelan Objek Padu (solid). Objektif MPK ini adalah untuk

membina modul Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD) bagi Permodelan Objek

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

3

 

Padu (solid) yang selaras dengan pengajaran dan pembelajaran pelajar UTM. Di

samping itu, MPK ini adalah sejajar dengan perkembangan teknologi serta

mengemaskini kandungan modul yang lama.

1.2 Latar Belakang Masalah

Perbezaan individu wujud pada setiap individu. Para pendidik sepatutunya

sedar akan perbezaan ini. Perbezaan individu ini wujud dari segi intelek, minat,

kecekapan, daya cipta dan sebagainya antara pelajar (Sharifah Alwiah, 1986).

Berdasarkan Habibah (1983), perbezaan ini adalah disebabkan oleh pelajar

mempunyai tahap kematangan yang berlainan dan perbezaan dari segi latar belakang

pembelajaran lalu. Maka, para pendidik seharusnya peka dengan masalah ini dan

membantu menangani keadaan yang dihadapi oleh para pelajar akibat dari perbezaan

tersebut.

Salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini adalah

dengan mengindividukan pengajaran iaitu meyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran

sesuai mengikut kebolehan para pelajar. Berdasrkan Shaharom (1995), pelaksanaan

konsep pengajaran individu akan dapat meningkat jika sesuatu mata pelajaran atau

sesuatu tajuk mata pelajaran tertentu dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil supaya

ianya mudah difaham atau digunakan sebagai kaedah yang sistematik untuk

diuruskan. Cara yang paling sesuai adalah membina bahan pengajaran dan

pembelajaran yang berturutan dalam bentuk modul pengajaran kendiri (MPK).

Bagaimanapun, pengguna program Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD)

tetap dikehendaki mempelajari operasi asas sistem komputer dan arahan-arahan

untuk mengendalikannya. Bagi meningkat mutu pendidikan ini, bahan pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai perlu dihasilkan. Sesebuah bahan pengajaran dan

pembelajaran yang berisi kandung dengan maklumat yang terbaru iaitu berasaskan

dengan Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD) 2009 amat diperlukan.

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

4

 

Manakala berdasarkan Iskandar dan Zaitun (2002), Lukisan Berbantu

Komputer (AutoCAD) digunakan dalam beberapa bidang kejuruteraan mekanikal,

elektrikal, awam, kimia dan kejuruteraan industri. Maka, dapat disimpul bahawa

Lukisan Berbantu Komputer (AutoCAD) adalah mata pelajaran yang penting dan

asas bagi pengajaran dan pembelajaran pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan.

Di sini, memberi penekanan lagi kepentingan Lukisan Berbantu Komputer

(AutoCAD) dalam pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu , bahan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di pasaran

sekarang kebanyakan dalam Bahasa Inggeris. Jadi, pelajar yang tidak berupaya

untuk menguasai Bahasa Inggeris akan menghadapi masalah untuk menggunakan

bahan-bahan berkenaan. Tambahan pula, bahan-bahan rujukan yang ada di pasaran

juga tidak mencukupi dan tidak begitu menarik dari segi cara penyampaiannya.

Kebanyakan buku itu berbentuk penyampaian isi fakta penting sahaja. Pelajar tidak

dapat mempraktikkan isi-isi tersebut.

Lantaran itu, modul yang direka akan memberikan penimbangan kepada

tahap kognitif pelajar. Modul yang sesuai dan sempurna adalah modul yang tidak

menimbulkan perasaan beban kepada pelajar. Menurut Shaharom dan Yap (1992),

Modul Pengajaran Kendiri mempunyai kebaikan dan kekuatan. Pelajar dapat belajar

mengikut kadar kebolehan mereka. Bahan yang terdapat di dalamnya adalah bahan

yang lengkap kendiri. Ia juga dibuat untuk keperluan serta menyenangkan pelajar.

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

5

 

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian yang dijalankan adalah untuk menilai sejauh manakah Modul

Pengajaran Kendiri (MPK) yang dibina bagi tajuk Permodelan Objek Padu diterima

sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam mata pelajaran Rekabentuk

Berbantu Komputer. Sasaran penggunaan MPK adalah kepada pelajar di institusi

pengajian tinggi, pengajar dan pensyarah yang mengajar mata pelajaran Rekabentuk

Berbantu Komputer di Universiti Teknologi Malaysia.

1.4 Objektif

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut :

1.4.1 Membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK) mata pelajaran Rekabentuk

Berbantu Komputer bagi tajuk Permodelan Objek Padu berdasarkan Model

Teras-Cabang Shaharom 1994.

1.4.2 Menilai kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) mata pelajaran

Rekabentuk Berbantu Komputer bagi tajuk Permodelan Objek Padu untuk

tujuan pengajaran melalui Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS).

1.4.3 Menilai kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) mata pelajaran

Rekabentuk Berbantu Komputer bagi tajuk Permodelan Objek Padu untuk

tujuan pengajaran melalui Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK).

1.4.4 Menilai kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) mata pelajaran

Rekabentuk Berbantu Komputer bagi tajuk Permodelan Objek Padu untuk

tujuan pengajaran melalui Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL).

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … filesecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

6

 

1.5 Persoalan Kajian

Kajian penghasilan dan kesesuaian MPK direkabentuk adalah untuk

menjawab beberapa persoalan berikut :

a. Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) terhadap kedua-dua

MPK Permodelan Objek Padu sesuai digunakan sebagai bahan P&P di

dalam mata pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer?

b. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) terhadap kedua-dua

MPK Permodelan Objek Padu sesuai digunakan sebagai bahan P&P di

dalam mata pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer?

c. Adakah Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL) terhadap kedua-dua

MPK Permodelan Objek Padu sesuai digunakan sebagai bahan P&P di

dalam mata pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer?