pembinaan dan penilaian modul pengajaran kendiri … · pihak yang terlibat secara langsung atau...

22
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA BAGI MATA PELAJARAN KIMIA, TINGKATAN EMPAT KBSM SUBULETCHUMY A/P SEENIVASAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hamien

Post on 30-Apr-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK)

BERTAJUK FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA BAGI MATA PELAJARAN

KIMIA, TINGKATAN EMPAT KBSM

SUBULETCHUMY A/P SEENIVASAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI

(MPK) BERTAJUK FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA BAGI MATA PELAJARAN KIMIA, TINGKATAN EMPAT KBSM

SESI PENGAJIAN : 2003/2004

Saya SUBULETCHUMY A/P SEENIVASAN

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falfasah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila Tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organsasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh :

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : Lot 224, Kampung Serampang

Indah, 72120 B. Baru Serting, PM. AZIZ BIN NORDIN

Negeri Sembilan. Nama Penyelia

Tarikh : 3 MARCH 2003 Tarikh : 3 MARCH 2003

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda.”

Tandatangan : …… ………………………………..

Nma Penyelia: PM. Aziz Bin Nordin

Tarikh : 12 FEBRUARI 2004

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

ii

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK)

BERTAJUK FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA BAGI MATA

PELAJARAN KIMIA, TINGKATAN EMPAT KBSM

SUBULETCHUMY A/P SEENIVASAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagaian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Februari 2004

Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

iii

“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : SUBULETCHUMY A/P SEENIAVSAN

Tarikh : 12 FEBRUARI 2004

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

iv

DEDIKASI

Kepada yang Dikasihi,

Ayah, Ibu dan ahli keluarga yang berada di Negeri Sembilan.

Terutamanya Ayah (Seenivasan) dan Ibu (Sarojah) dan adik-beradik.

Serta

Mr. Thirumalai chelvam A/L Palaniappan

Rakan-rakan

Dan

PM. Aziz Bin Nordin

Setinggi-tinggi ribuan terima kasih atas sokongan, dorongan dan bantuan anda

semua……………………

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

v

PENGHARGAAN

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-

tingginya terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda, PM. Aziz Bin Nordin,

atas bimbingan, dorongan dan galakkan serta bantuan yang beliau sepanjang

penyelidikan ini dijalankan.

Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan

Pendidikan Negeri Johor (JPJNJ), atas kebenaran bertulis bagi menjalankan

penyelidikan di sekolah-sekolah.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada dalam Pengetua,

Penolong Kanan Kurikulum, Ketua Jabatan Sains, guru-guru Kimia dan semua

kakitangan sekolah-sekolah menengah di daerah Johor Bahru yang dipilih sebagai

subjek kajian, atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.

Akhirnya, penulis ingin juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis

menyempurnakan projek penyelidikan ini.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

vi

ABSTRAK

Sumber bahan bantu mengajar yang bermutu merupakan satu aset

yang penting untuk meningkatkan proses Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan

kajian ini adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian 3 Modul Pengajaran

Kendiri (MPK) Kimia Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Tingakatan Empat yang bertajuk Formula dan Persamaan Kimia (MPK 1:

Pengenalan Kepada Konsep Mol, MPK 2: Formula Kimia dan MPK 3: Persamaan

Kimia) dengan menggunakan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Status

kesesuaian MPK yang dibina secara penilaian formatif. Seramai empat orang guru

terlibat dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu dan lapan orang guru terlibat

dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil. Penilaian formatif yang dijalankan turut

merentas pemboleh ubah bebas iaitu tempoh mengajar guru. Satu set soal selidik

yang dikenali sebagai Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

(Guru) oleh (Shaharom,1994) digunakan sebagai alat kajian dalam penyelidikan ini.

Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan

min, maksimum dan minimum. Hasil kajian ini mengesahkan bahawa MPK

Formula dan Persamaan Kimia yang dibina adalah sesuai dan amat sesuai

digunakan sebagai bahan pengajaran dalam bilik darjah dengan min keseluruhan

bagi PFSS dan PFKK adalah 96.75 dan 97.04 masing-masing. Di samping itu,

terdapat perbezaan terhadap status kesesuaian MPK Formula dan Persamaan Kimia

merentas tempoh mengajar dalam kedua-dua Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

(PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) yang dijalankan. Ketiga-

tiga MPK yang dibina diberikan sesuai dan amat sesuai dan diharapkan implikasi

bagi MPK yang dibina ini dapat dimanfaatkan oleh guru, pelajar, Penggubal

Kurikulum dan Institusi Perguruan.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

vii

ABSTRACT

Source of quality instructional materials are of important method that

will improve the teaching and learning process toward higher efficiency. The aim of

this study is to design and evaluate the suitability status of three Self- Instructional

Module (SIM)s for Form Four Student Under KBSM Chemistry subject entitled

Formula dan Persamaan Kimia (MPK 1: Pengenalan Kepada Konsep Mol, MPK 2:

Formula Kimia and MPK 3: Persamaan Kimia) by using the “Teras- Cabang”

Model by Shaharom, 1994. The SIM suitability status designed was evaluated

formatively. There were four teachers involved in formative evaluation- the One To

One Formative Evaluation (PFSS) and eight teachers involved in the in the Small

Group Formative Evaluation (PFKK). The formative evaluation was based on one

independent variable-teaching duration. A set of questionnaires which was designed

by Saharom (1994) called as “Soal Selidik Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

(Guru)” was used as the instrument of this study. Data obtained was analyses using

descriptive statistic in the form of mean, mean deviation, maximum and minimum.

Result of the study found that the SIMs Formula dan Persamaan Kimia designed

was suitable and very suitable as a teaching materials in the classroom which the

overall means were 96.75 and 97.04 each for the PFSS and PFKK. In addition,

there are differences in the SIMs suitability status of MPK Formula dan Persamaan

Kimia based on teaching duration. The status of the three SIMs was suitable and

very suitable in all cases of study. Thus, the research will definitely add value to

teachers, students, curriculum developer and training teacher Institute.

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN PENYELIA i

JADUAL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Mutu Bahan 4

1.2.1.1.Ketidakseragaman Istilah 5

1.2.1.2.Pencemaran Bahasa Melayu 6

1.2.1.3.Skop Tidak Menenuhi Sukatan 7

Pelajaran

1.2.2 Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum 8

1.3 Penyataan Masalah 10

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

ix

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) pada tahun 1989, reformasi pendidikan telah berlaku pada peringkat

Sekolah Menengah. Penggubalan KBSM adalah berhasrat untuk melahirkan pelajar

yang berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan

jasmani.

Kimia adalah satu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara

makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara bahan dan penghasilan serta

penggunaan bahan. Mata Pelajaran Kimia merupakan satu program yang

dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk pelajar tingkatan empat dan lima

dengan bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran

berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.

Pemerolehan pengetahuan berkaitan dengan Kimia ini banyak bergantung

kepada sumber maklumat atau bahan pengajaran yang digunakan sumber maklumat

ini pula boleh diperolehi dalam bentuk bahan bercetak dan bahan bukan bercetak. Ia

boleh terdiri daripada buku teks dan juga bahan rujukan yang lain,

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

2

Seperti menurut Anderson (1992) pula:

“Curriculum reform has several components, such as changes in teaching

materials and teaching approaches taking place in a social context.”(m/s: 84)

Walau baginamapun, pelbagai jenis sumber bahan pembelajaran dapat

diperolehi dengan mudah di pasaran sama ada dalam berbentuk naskah buku atau

dengan teknologi tinggi seperti cakera padat (CD) yang sebagainya diterbitkan oleh

kumpulan pakar dan sebahagiannya kurang pakar dalam bidang Kimia ini, oleh itu,

mutu bahan pembelajaran yang ada dipasaran hari ini menimbulkan kemusykilan.

Penerbit bahan-bahan ini memfokuskan kepada peperiksaan, mempunyai

analisi soalan peperiksaan lepas dan latihan intensif yang menjanjikan keputusan

cemerlang pelajar. Selain daripada itu, buku teks yang digunakan pada hari ini juga

mempunyai kekurangannya. Corak persembahan teks dalam buku teks yang panjang

lebar dan ilustrasi grafik yang kurang menarik atau kecil juga akan menimbulkan

kebosanan di kalangan pelajar semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Sehubungan dengan itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dengan

kerjasama pelbagai pihak telah menyediakan (Pukal Latihan Kursus Orientasi Sains

KBSM, 2001) untuk program sains dan matematik yang terdiri daripda bahan

seperti modul dan nota penerangan berhubung pengajaran dan pembelajaran (P&P)

serta bagaimana kemahiran berfikir, kemahiran proses sains, serta teknologi

meklumat dan komunikasi dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan keberkesanan

P&P dalam bilik darjah. Maka dengan itu, pembinaan Modul Pengajaran Kendiri

(MPK) adalah perlu untuk menyediakan sumber bahan pengajaran yang bermutu

untuk pelajar. Pemanfaatan MPK dalam proses P&P adalah diharapkan dapat

meningkatan keberkesanan pendidikan KBSM dan sebagai langkah memenuhi

aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Huraikan Sukatan Pelajaran Kimia

Tingkatan Empat, 2001).

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Kimia Tingkatan Empat, Kurikulum

Kimia mempunyai 10 objektif pembelajaran. Objektif-objektif ini bertujuan untuk

melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang

Kimia dan mampu mengaplikasikannya berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni

untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.

Dengan ini, tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang berhasrat

untuk menghasilkan pelajar yang berdaya menguasai ilmu sains mungkin tidak akan

tercapai jika mereka hilang minat dalam pembelajaran.

Dewey menegaskan bahawa (1965):

“Children’s interests in communication, inquiry, construction, and artistic

expression are the ‘natural resources’ on which their active growth depends. These

interests are the basis of the curriculum, not because they lead to more effective

learning, but because we have no choice; all learning being with the child’s

interests and experiences rather than abstract formulations.”

Jika dikaji dengan lebih mendalam lagi, kita dapat mengetahui bahawa

faktor yang mendorong masalah ini adalah mutu bahan pengajaran yang digunakan

dalam P&P dan Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum (BMMK).

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

4

1.2.1 Mutu Bahan

Pada era globalisasi serta teknologi maklumat yang ini, penekanan kepada

aspek-aspek mutu serta menyeluruh adalah penting. Aspek ini penting kerana mutu

pendidikan menjamin kejayaan atau kegagalan dalam sesuatu organisasi. Begitu

juga dengan mutu bahan yang ditekankan dalam konteks pendidikan.

Buku teks merupakan bahan utama yang digunakan untuk proses P&P di

sekolah. Mutu buku teks digunakan dalam bilik darjah menjadi punca utama

menjamin keberkesanan sesuatu pengajaran guru. Akan tetapi, kebelakangan ini

mutu buku teks menimbulkan persoalan di kalangan penyelidik kerana mempunyai

kekurangan yang boleh menjejaskan keberkesanan proses P&P. Di sini, terdapat

beberapa dapatan kajian yang mengesahkan kenyataan ini.

Menurut Klaassen dan Lijnse (1996: 115),

“Numerous studies have pointed to the conclusion that student’ ideas are

often insufficiently taken into account by teachers and textbooks.”(m/s: 115)

Oleh itu, penggunaan bahan pengajaran yang bermutu adalah penting untuk

menentukan keberkesanan proses P&P. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) juga

menerbitkan beberapa bahan pengajaran seperti Buku Panduan Pengurusan Makmal

dan Sistem Maklumat dalam P&P demi meningkatkan mutu pengajaran sains yang

bersama yang disertakan bersama dengan dokumen Sukatan Pelajaran dan Huraian

Sukatan Pelajaran Kimia Tingkatan Empat (2001).

Menurut Dow (1991) juga menyatakan bahawa,

“Children were introduced to a variety of course materials, including

booklets, films, games, records, maps, photos and charts.”(m/s: 48)

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

5

Antara masalah yang timbul akibat mutu bahan pengajaran yang dinyatakan

di atas termasuklah ketidakseragaman istilah, pencemaran bahasa dan juga skop

yang tidak mengikut sukatan pelajaran.

1.2.1.1 Ketidakseragaman Istilah

Mutu bahan rujukan atau bahan pembelajaran yang diterbitkan oleh pelbagai

pihak menimbulkan persoalan sama ada bahan-bahan tersebut memenuhi sukatan

pelajaran yang diterapkan oleh KPM atau sebaliknya. Salah satu kesan yang paling

ketara daripada masalah ini adalah ketidakseragaman istilah saintifik yang

digunakan untuk sesetengah topik Kimia atau mata pelajaran sains lain sehingga

menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar.

Penggunaan istilah yang tidak seragam ini banyak berlaku dalam bahan

pengajaran. Salah satu contoh masalah ini adalah berkaitan dengan takrifan proses

pendidihan ialah proses perubahan keadaan cecair kepada keadaan gas pada suhu

dan tekanan tertentu. Akan tetapi sesetengah buku rujukan telah memberikan

perubahan kepada cecair kepada keadaan gas sebagai pengewapan. Ini akan

menyebabkan pelajar mengalami kesulitan untuk menentukan takrifan bagi proses

pendidihan yang sebenar dan seterusnya boleh menyebabkan salah faham terhadap

topik tersebut.

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

6

1.2.1.2 Pencemaran Bahasa Melayu

Penggunaan Bahasa Melayu yang bermutu dan berkesan adalah penting

memandangkan banyak istilah yang di ‘Melayu’ kan pada masa kini, terutamanya

dalam mata pelajaran sains yang melibatkan istilah saintifik berasal daripada Bahasa

Inggeris. Penggunaan istilah yang berasal daripada asing ini kadang kala membawa

maksud yang tidak jelas dan samar. Di samping itu, istilah ini turut mengelirukan

pelajar dari segi maksud dan penggunaannya dalam mata pelajaran yang berbeza.

Sebagai contoh, perkataan “degradasi” yang berasal daripada perkataan

Inggeris “degradation”yang bermaksud penguraian sesuatu sebatian atau bahan

rumit kepada sebatian yang ringkas. Sebenarnya perkataan degradasi boleh

digantikan dengan perkataan penguraian atau pemecahan supaya pelajar dapat

memahami isi pelajaran tersebut dengan lebih mudah.

Contoh-contoh lain termasuk juga perkataan “heliks” yang berasal daripada

perkataan “helix” dan “kanser” yang berasal daripada “cancer”. Kedua-dua

perkataan ini tidak di dalam Kamus Dewan (1994). Ia merupakan perkataan Bahasa

Inggeris yang di ‘Melayu’ kan sedangkan perkataan tersebut boleh digantikan

dengan perkataan lain iaitu terpintal dan barah masing-masing.

Penggunaan istilah yang tidak baku di ‘Melayu’ kan akan menggalakkan

pelajar menggunakan istilah yang salah. Ini akan menimbulkan keraguan di

kalangan pelajar sama ada penggunaan istilah tersebut betul atau salah ketika

menemuinya dalam konteks yang berbeza. Oleh itu, penggunaan istilah yang baku

adalah penting untuk keberkesanan P&P.

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

7

1.2.1.3 Skop Yang Tidak Mengikut Sukatan Pelajaran (SP)

Selain itu, sesetengah bahan rujukan menerbitkan skop pembelajaran yang

berbeza daripada SP yang diterapkan dan ini boleh menyebabkan pelajar berada

dalam dilema sama ada isi tersebut memenuhi keperluan SP atau sebaliknya.

Masalah seperti ini sering berlaku kerana terdapat pelbagai jenis bahan

pembelajaran utama pelajar masa kini.

Salah satu skop pelajaran Kimia yang menjadi masalah kepada pelajar ialah

tajuk yang berkaitan dengan perubahan keadaan sesuatu jirim. Skop yang perlu

dikuasai adalah keadaan jirim dapat saling ditukar akibat perubahan suhu.

Contohnya, proses perubahan keadaan pepejal terus kepada keadaan gas atau

sebaliknya tanpa melalui keadaan cecair pada suhu dan tekanan tertentu.

Walau bagaimanapun terdapat sesetengah bahan pengajaran memberikan

maklumat yang tidak tepat sehingga menimbulkan salah konsep di kalangan pelajar.

Bahan itu memberikan proses keadaan gas kepada pepejal adalah kondensasi,

sebenarnya adalah proses pemejalwapan. Jelaslah, skop pelajaran yang tidak jelas

ini mengelirukan dan merugikan pelajar.

Merujuk kepada perkara-perkara yang di atas, dapat diperlihatkan bahawa

mutu bahan pengajaran yang digunakan dapat mempengaruhi keberkesanan proses

P&P. Antara masalah di atas, ketidakseragaman istilah dan skop pelajaran yang

samar perlu dipandang berat kerana ini akan menyebabkan salah konsep dan

kekeliruan yang ketara di kalangan pelajar.

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

8

1.2.2 Bahan Melayu Merentasi Kurikulum

Isu kedua yang berkaitan rapat dengan reformasi pendidikan ialah bahasa

kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di semua peringkat

pendidikan. Ini adalah kerana KBSM memberikan penekanan khas dalam

meningkatkan penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu dalam semua bidang

kajiannya.

Menurut Ee (2002):

“Bahasa Malaysia Merentasi Kurikulum merupakan satu lagi penekanan

dalam KBSR dan KBSM. Ini bermakna penguasaan bahasa bukan sahaja diperolehi

melalui pengajaran Bahasa Malaysia samata-mata tetapi dikuasai semua mata

pelajaran. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang lain mempunyai peranan

yang sama penting dengan guru-guru yang mengajar Bahasa Malaysia dalam usaha

meningkatkan penguasaan pelajar terhadap Bahasa Malaysia”. (m/s:102)

Penggunaan bahasa yang betul dari segi laras bahasa, tatabahasa, istilah dan

sebutan yang baku adalah selaras dengan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa

perhubungan dan bahasa ilmu di rantau ini. Ia adalah penting dan perlu dalam

proses P&P. penggunaan bahasa dalam pengajaran guru adalah alat penting untuk

menyampaikan ilmu pengetahuan dan merupakan alat komunikasi yang berkesan di

antara guru dan pelajar. Segala maklum balas dan penyoalan yang berlaku dalam

bilik darjah hanya akan difahami melalui penggunaan bahasa yang berkesan dan

saling difahami oleh guru dan pelajar.

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

9

Jadi, menurut Gunstone & Watts (1985),

“The issue of language is difficult and complex. Student use language, which

is meaningful to student; teachers use language, which is meaningful to the

teachers. There are a range of importance teaching implications to be derived from

an understanding of language and its role in learning”. (m/s:91)

Selain itu, pemilihan isi kandungan buku teks KBSM adalah berasaskan

kepada kemahiran menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan. Dengan itu,

bahan pengajaran yang digunakan untuk tujuan pengajaran perlu mempunyai mutu

dari segi penggunaan bahasa bagi memenuhi Sukatan Pelajaran KBSM. Jika

penggunaan bahasa yang tidak betul diaplikasikan dalam kurikulum pendidikan

akan menimbulkan kekeliruan atau pengkonsepsian di kalangan pelajar.

Sehubungan dengan penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks pendidikan

bahasa yang digunakan dalam proses P&P mesti mempunyai nilai perpaduan yang

tinggi. Ini memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan nilai

perpaduan adalah penting untuk mengeratkan perhubungan sesama rakyat Malaysia.

Oleh itu, guru perlu peka terhadap penggunaan bahasa semasa mengajar supaya

setiap pelajar dapat memahaminya melalui penggunaan bahasa penghantar yang

sesuai.

Gunstone & Watts nenekankan bahawa (1985),

“Language which is meaningful to teachers may, because of students’ views

of the world, have quite different (even conflicting) meaning for students. If we are

not sensitive to this, we can unwittingly reinforce the very views we want to

change”. (m/s:93)

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

10

Menurut Osborne & Wittrock (1983) juga,

“Children naturally attempt to make sense of the world in which they live

through their previous experiences, their current knowledge, and their use of

language. Their conceptions influence the way they observe events, the

interpretations they offer for observations, and the strategies they use to acquire

new information, including reading from the texts and experimenting”. (m/s:497)

Kesimpulannya, kebakuan Bahasa Melayu yang dijadikan bahasa penghantar

dalam sistem pendidikan perlu diambil kira dalam konteks pendidikan. Bahasa

Melayu yang digunakan perlu betul dari segi penggunaan istilah, sebutan yang betul

dan juga tatabahasa supaya dapat difahami oleh semua pelajar semasa proses P&P

dijalankan.

1.3 Pernyataan Masalah

Penyelidikan yang dijalankan adalah untuk membina dan menilai kesesuaian

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Formula dan Persamaan Kimia dibina bagi mata

pelajaran Kimia sebagai pengajaran kepada pelajar Tingkatan Empat aliran Sains.

1.4 Objektif kajian

Di antara objektif kajian ini termasuk:

1. Membina tiga MPK Formula dan Persamaan Kimia bagi mata pelajaran

Kimia Tingkatan Empat mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Kimia KBSM

Tingkatan Empat (2001), iaitu:

MPK 1. Konsep Mol.

MPK 2. Formula Kimia.

MPK 3. Persamaan Kimia yang Seimbang.

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI … · pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis ... (PFKK) yang dijalankan. ... Mata Pelajaran

11

2. Menilai kesesuaian MPK Formula Kimia yang dibina sama ada MPK

tersebut memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran KBSM (2001) dan

menekankan penglibatan minda pelajar secara aktif dan berkesan.

3 Menilai tahap kesesuaian MPK Formula Kimia yang dibina merentasi

tempoh mengajar di kalangan guru Kimia.

1.5 Persoalan Kajian

Perkara-perkara yang dikenal pasti melalui kajian yang dilakukan termasuk:

1. Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) oleh guru ke atas MPK

Formula Kimia yang dibina memperlihatkan kesesuaian MPK ini sebagai

bahan pengajaran yang sesuai untuk P&P mata pelajaran Kimia Tingkatan

Empat?

2. Adalah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru ke atas MPK

Formula Kimia yang dibina memperlihatkan kesesuaian MPK ini sebagai

bahan pengajaran yang sesuai untuk P&P mata pelajaran Kimia Tingkatan

Empat?

3. Adakah terdapat perbezaan terhadap status kesesuaian MPK Formula Kimia

dalam Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) oleh guru Kimia

Tingkatan Empat merentasi tempoh mengajar?

4. Adakah terdapat perbezaan terhadap status kesesuaian MPK Formula Kimia

dalam Penilaian Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru Kimia Tingkatan Empat

merentasi tempoh mengajar?