tamadun melayu.pptx

38
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS) BAB 3 KONSEP TAMADUN MELAYU MPW 3113 – TITAS

Upload: noor-hidayatul-aminah-mahadi

Post on 10-Dec-2015

254 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Melayu.pptx

TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

BAB 3KONSEP TAMADUN

MELAYU

MPW 3113 – TITAS

Page 2: Tamadun Melayu.pptx
Page 3: Tamadun Melayu.pptx
Page 4: Tamadun Melayu.pptx
Page 5: Tamadun Melayu.pptx

PengenalanKonsep Melayu

Sejarah Pembentukan

Tamadun Melayu

Teori Kedatangan

Islam Di Alam Melayu

Asas-asas Tamadun Melayu

Pandangan Semesta Tamadun Melayu

Pencapaian Dalam

Pelbagai Bidang

KANDUNGAN

Page 6: Tamadun Melayu.pptx

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar dapat :Menerangkan asas-asas pembentukan

Tamadun MelayuMenjelaskan kesinambungan antara tamadun

Melayu dan MalaysiaMengenal unsur-unsur Tamadun Melayu

sebagai dasar kebangsaan Malaysia

Page 7: Tamadun Melayu.pptx

7

Page 8: Tamadun Melayu.pptx

Pengenalan•Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi.

•Dua perkara penting yang mewarnai tamadun Melayu : 1) Bahasa Melayu (lingua franca di wilayahnya), 2) Agama Islam (acuan pembentukan jati diri bangsa)

8

Page 9: Tamadun Melayu.pptx

ISTILAH MELAYU

- kependekan ‘hima alaya’-‘alaya’ bermaksud tempat-‘hima alaya’ bermaksud tempat bersalji

- kota Melayu / kerajaan Melayu

bahasa Jawa kuno (mengembara)

menyeberang, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang / menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam

berasal dari nama Sungai Melayu

Page 10: Tamadun Melayu.pptx

KONSEP MELAYU

MELAYU

Ras- Genetik / biologi

Kebudayaan- amalan

Bahasa-Bahasa Melayu yg

dituturkan di kepulauan Melayu

Page 11: Tamadun Melayu.pptx

Melayu Dalam Perlembagaan Malaysia

Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

1. secara lazimnya berbahasa Melayu,2. secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu, dan

beragama Islam.

Takrif tersebut berkaitan kaedah menentukan warganegara Persekutuan Tanah Melayu semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kemerdekaan. Manakala Kaum Bumiputera pula merangkumi kumpulan pelbagai etnik asal yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

11

Page 12: Tamadun Melayu.pptx

Istilah Alam Melayu• Alam Melayu merangkumi kawasan kepulauan

yang merentasi Asia Tenggara sehingga sempadan Australia.

• Mereka yang merantau keluar digelar Melayu Diaspora.Induk : Semenanjung Malaysia, Borneo, Indonesia,

Filipina, Wilayah Sempadan Thai, KembojaNusantara : Kepulauan Easter (Lautan Pasifik) hingga

Madagascar (Lautan Hindi), Formosa hingga New Zealand

Diaspora : Melayu pinggiran di Afrika Selatan, Sri Lanka, Timur Tengah, Australia Barat, Britain.

Page 13: Tamadun Melayu.pptx

SEJARAH PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

1. TEORI MIGRASI- rumpun Melayu berasal dari wilayah Yunnan / selatan China berhijrah ke Alam Melayu seawal 3500 S.M. Pandangan lain sekitar 5000 S.M.

- Teori ini ditolak oleh para sarjana tempatan; Nik Hassan Suhaimi: orang Melayu adalah penduduk asal kawasan

Asia Tenggara; kerana sebelum 10000 tahun dahulu, kawasan ini adalah 1 dataran besar merangkumi pulau Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa & Borneo (bukti arkeologi tapak paleolitik Kota Tampan)

Pandangan ini disokong oleh penemuan ahli arkeologi yang merumuskan bahawa Alam Melayu telah diduduki manusia moden sejak kira-kira tahun 35000S.M

Page 14: Tamadun Melayu.pptx

SEJARAH PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

• Orang-orang Melayu menghasilkan tamadun-tamadun awal di kawasan Asia Tenggara, kemudian kebudayaan mereka digabungkan dengan ajaran Islam untuk membentuk tamadun-tamadun Melayu Islam yang dianggap zaman kegemilangan tamadun Melayu.

• Di Malaysia, Inggeris telah mengesahkan kedaulatan kerajaan-kerajaan ini dengan membuat perjanjian-perjanjian dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini.

• Sistem penyusunan kerajaan persekutuan Malaysia kini adalah hasil daripada kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang telah diubahsuai oleh Inggeris. Jika perkara ini diambilkira, perkembangan kerajaan Melayu dari dahulu sehingga ke hari ini telah mengambil masa sekurang-kurangnya 2000 tahun.

Page 15: Tamadun Melayu.pptx

ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

Kemunculan Pusat-pusat Kerajaan

Melayu

Penguasaan Teknologi Pertanian

Penguasaan Laluan

Perdagangan

Page 16: Tamadun Melayu.pptx

Asas-asas Tamadun Melayu

• Penstrukturan organisasi kemasyarakatan dengan raja sebagai pemimpin, golongan ulama, pembesar, pedagang & petani mempunyai kaitan dalam asas pembentukan Tamadun Melayu.

1) Kemunculan Pusat-pusat Kerajaan Melayu• Komuniti masyarakat kompleks: 1. golongan pemerintah (raja), & 2.

golongan yang diperintah (rakyat)• Antara kerajaan Melayu awal:

-Javadvipa (Kepulauan Melayu) -Champa & Funan (Semenanjung Indo-China) - Langkasuka (Segenting Kra) -Angkor & Kedah Tua ( Lembah Bujang) -Srivijaya & Majapahit

• Sistem ekonomi mampan amat penting dalam proses pembinaan kerajaan-kerajaan Melayu awal; terutamanya penghasilan makanan.

• Kemuncak pertumbuhan tamadun Melayu awal ialah perkembangan Empayar Sri Wijaya (abad ke7 hingga ke 14) & Empayar Melayu Melaka (abad ke15)

Page 17: Tamadun Melayu.pptx

Empayar Melaka

Page 18: Tamadun Melayu.pptx

Asas-asas Tamadun Melayu

2) Penguasaan Teknologi Pertanian• Kemampuan menghasilkan makanan yang mampu

menampung keperluan masyarakat tanpa bergantung kepada pengumpulan sumber makanan mengikut musim-musim tertentu adalah teknologi yang penting dalam pembentukan masyarakat, seterusnya kerajaan.

• Masyarakat agrarian: masyarakat yang menjalankan aktiviti pertanian dan menjadikannya sebagai kegiatan ekonomi. (Angkor, Majapahit)

• Kegiatan asas pertanian diperluas kepada pengeluaran hasil dagangan hingga lahir kerajaan besar seperti Sri Wijaya & Melaka.

Page 19: Tamadun Melayu.pptx

3) Penguasaan Laluan Perdagangan• Kerajaan maritim biasanya memiliki sebuah / lebih pelabuhan entrepot yang

menguasai laluan perdagangan laut• Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat persinggahan pedagang-

pedagang serta pengumpulan dan pengagihan barangan dari Barat ke Timur / sebaliknya. (contohnya pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka seperti di Lembah Bujang & Kuala Selinsing)

• Ciri-ciri orang Melayu: - menjalankan aktiviti ekonomi berteraskan perdagangan- kemahiran berinteraksi dengan masyarakat luar- sifat terbuka- menghormati undang-undang tempatan- mengambil kira pandangan pihak lain

• Pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung Malaysia berperanan sebagai tempat rehat yang penting untuk kapal-kapal layar meneruskan perjalanan ke Barat atau ke Timur mengikut musim yang bersesuaian.

Asas-asas Tamadun Melayu

Page 20: Tamadun Melayu.pptx

2 BENTUK KERAJAANKerajaan Agraria

1. Kerajaan berasaskan ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Terbentuk berhampiran lembah sungai yg subur spt kerajaan Dvaravati – Sungai Menam, Thailanddan Sg Irrawady, Kerajaan Sungai Merah, Vietnam, Kerajaan Sg Mekong ( Kemboja, Loas, dan Vietnam)

2. Tdapat juga di pedalaman – kaw. Berbukit dan lereng gunung berapi spt kerajaan taruma di Tanah Tinggi Dieng, Indonesia.

3. Kerajaan awal yg terkenal: Sailendra ( Jawa tengah ), Angkor ( Kemboja ), dan Sukhotai ( Thailand ). Funan dari agraria ke maritim

4. Terbentuk secara evolusi – jadi petempatan kekal kemudian bandar dan kerajaan.5. Tanaman utama : Padi sawah, padi huma, jagung , pisang, keledek, dan sayur-sayuran. Rempah

ratus spt – cengkih, dan lada hitam hasil hutan spt gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan pelbagai buahan.

6. Lain-lain : Sarang burung utk perdagangan, Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, kulit kura-kura. Ternakan haiwan spt lembu, kerbau, kambing, dan ayam.

7. Tahap awal pertanian utk sara diri kemudian komersil – ia dipengaruhi pembinaan sistem pengairan.

8. Kerajaan Angkor kuat sebab kedudukannya dekat dengan Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong. Cuaca yang sesuai dan tanah yang subur.- utk padi, ikan air tawar, punca air minum – upaya tampung penduduk yg ramai.

Page 21: Tamadun Melayu.pptx

Kerajaan Maritim1. Kerajaan yg menjalankan ekonomi perdagangan dan kelautan serta pelabuhan. Terletak pesisiran pantai, lembah sungai, dan kepulauan spt Srivijaya di Sungai Musi,

Kedah Tua – Sg Merbok dan Sg.Muda, Tiumah di Pulau Tioman.2. Kerajaan utama : Langkasuka ( Sungai Yarang ), Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua ( Sungai Merbok

dan Sg.Muda ), Chih Tu ( Sungai Kelantan ), Srivijaya ( Sungai Musi ), Mo-lo-yu ( Sungai Batang Hari ), Kalah ( Sungai Takuapa), Fo-lo-an ( Sungai Trengganu ), Peng-keng ( Sungai Pekan )dan Tiumah di Pulau Tioman.

3. Bermula dengan tangkap ikan dan hasil laut – jadi kampung nelayan – ada juga berkembang jadi kaw. Emas dan timah. Wujud lebihan pengeluaran – didagang – jadi pusat dagang – pelabuhan pembekal spt Klang dan Kuala Selingsing ( Perak ). – Disinggahi – dapatkan barang spt. Damar, rotan, emas, timah, dan hasil laut.

4. Maju – jadi pelabuhan kerajaan spt. Kedah Tua, Langkasuka, dan Srivijaya. – Mula perdagangan yg berhampiran kemudian berkembang jauh.

5. Kedudukan di tengah perjalanan Timur Barat jadikan Kedah Tua dan Srivijaya maju. Dekat dengan Selat Melaka dan Selat Sunda – laluan dagang antarabangsa. – jadi pelabuhan entrepot – pembekal emas, timah, hasil hutan, dan hasil kerajaan persekitarannya.

6. Emas banyak – T Melayu dikenali sbg. Semenanjung Emas, Sumatera – Bumi Emas. Tarikan org India dan Yunani.

7. Bahasa melayu – bahasa lingua franca – penduduknya: orang tempatan, orang laut dan pedagang luar. Org Melayu – terkenal pelaut, pedagang, peneroka – punyai pelabuhan yang lengkap spt di Champa, dan Srivijaya. – Mampu belayar dan berkemahiran buat perahu dan kapal layar. Tahu juga kaedah bintang di langit.

Page 22: Tamadun Melayu.pptx

Hubungan Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria

1. Agraria hasilkan beras , makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim. Kerajaan maritim bekalkan barangan mewah spt tembikar, tekstil, gelas, dan manik. – Berlaku perdagangan – cara tukar barang @ sistem barter.

2. Kerajaan maritim juga perlukan kayu dari kerajaan agraria untuk buat kapal – guna tukang kayu kerajaan agraria.

3. Kerajaan maritim juga perlukan gajah – diperoleh dari kerajaan agraria.

4. Berlaku hubungan dan saling perlu memerlukan antara kerajaan – hubungan diplomatik

Page 23: Tamadun Melayu.pptx

Pembentukan Empayar Melayu Sebelum Islam

• Masyarakat Melayu membentuk sebuah tamadun melalui penguasaan teknologi maritim.

• Adanya pengaruh Hindu Buddha pd monumen keagamaan spt Candi Lembah Bujang , Candi Borobudor di Jogjakarta dan Angkor Wat di Kemboja ( asas kesenian dari tamadun India).

• Kerajaan-kerajaan Melayu awal spt di Langkasuka dan Beruas di Malaysia, serta Sri Vijaya dicatat dlm tulisan sarjana India dan China.

Page 24: Tamadun Melayu.pptx

TEORI KEDATANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU

TANAH ARAB

ISLAM DI ALAM MELAYU

INDIA

CHINA

Page 25: Tamadun Melayu.pptx
Page 26: Tamadun Melayu.pptx

Tamadun Melayu Selepas Kedatangan Islam• Teori kedatangan Islam:

Asas-asas Tamadun Melayu

DARI INDIA DARI CHINA DARI TANAH ARAB• Snouck Hurgronje, Arnold : Adanya hubungan perniagaan dan kebudayaan antara m/kat Nusantara dgn pedagang India sekitar abad ke-13. • Moquette : Islam dtg dr Gujerat. Bukti: penemuan batu nisan Sultan Malik Al-Saleh bertarikh 1927 yg mmpunyai persamaan dgn batu nisan di Gujerat•Thomas Arnold : Islam dibawa pedagang dari Banggala kerana sama pegangan mazhab Shafie.

Teori mengatakan Islam tiba ke Nusantara dr India pd abad ke-13 tidak kukuh, kerana ia tlh bertapak sejak abad ke-7 lg.

•Zaman Dinasti Tang (sekitar 650 M)•Emanuel Godinho ; Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 M•Pada tahun 878 M pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100k orang asing terbunuh•Ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang.-Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China.-Bukti- Batu nisan bertulis khat kufi di Champa (1039M) dan tugu2 yg mencatat hukum2 Islam, Batu Bersurat di T’ganu (1303) dll. Disokong oleh S.Q. Fatimi & R.O. Winstedt.

•John Crawford, Niemann & De Hollander, disokong oleh: Syed Naquib Al-Attas & Prof. Dr. Hamka dengan hujah :o Kandungan persuratan Melayu Islam yg mnggunakan konsep, istilah & sistem tulisan jawio bacaan al-Qurano Pengislaman raja-raja di Alam Melayu o Pengaruh Arab dalam Bahasa Melayuo Pengaruh tatabahasa Arabo hubungan perdagangan ; rempah ratus & kapur baruso Kajian Muzaffar (2001); salasilah kebanyakan raja-raja Melayu spt Brunei, Acheh, Patani adalah dari keturunan Ahl al-Bayt.

Page 27: Tamadun Melayu.pptx

3 tahap masa akidah dalam kalangan masyarakat melayu

Sebelum Kedatangan Hindu-Buddha

Selepas Kedatangan Hindu-Buddha

Selepas Kedatangan Islam

Page 28: Tamadun Melayu.pptx

Sebelum kedatangan Hindu – Buddha : Masyarakat mempunyai kepercayaan sendiri ; animisme,dinamisme dan pemujaan Hyang (nenek moyang)

Selepas kedatangan Hindu – Buddha : Terdapat masyarakat yang menganut agaam Hindu atau

Buddha. Terdapat juga sinkretisme atau persenyawaan yang mana

agama Hindu-Buddha dianuti bersama dengan kepercayaan nenek moyang.

Upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun

Selepas kedatangan Islam : - Selewat-lewatnya pada abad ke 15 - Islam telah mengubah cara hidup, kepercayaan dan

pandangan semesta - Seluruh hidup merek berfokuskan kepada Allah - Masih ada pengaruh agama animisme, Hindu-Buddha.

Page 29: Tamadun Melayu.pptx

Kesultanan Melayu Melaka menjadi pusat persuratan Melayu (pelbagai hikayat dan tokoh ulama lahir)

Istana dan masjid sbg pusat pengembangan ilmu Empayar Melaka dianggap sbg kemuncak kepada pencapaian

tamadun Melayu pada waktu itu penerimaan agama Islam secara meluas penggunaan bahasa Melayu sbg lingua franca, bahasa agama dan bahasa ilmu. Sistem perundangan ‘Hukum Kanun Melaka’ dan ‘Undang-undang Laut Melaka’ (berlandaskan perundangan Islam dan adat resam Melayu) : Batu Bersurat Terengganu 1303 M Cara hidup budaya Islam diterapkan dalam budaya masyarakat

Asia Tenggara

Kedatangan Agama Islam Membentuk Satu Tamadun Melayu Yang Baru

Page 30: Tamadun Melayu.pptx

Nilai Asas Pandangan Semesta Tamadun Melayu

Akidah Islam

Ketaatan kepada Sultan dan menghormati pemimpin

Berpegang teguh kepada adat resam

Memuliakan ibubapa dan orang-orang yang lebih tua

Mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim

Saling menghormati

Meraikan tetamu

Bertimbang rasa

Bersopan santun dan berbudi bahasa

Bermesyuarah atau bermaufakat

Bergotong-royong

Page 31: Tamadun Melayu.pptx

1 • Kerajaan dan Sistem Pemerintahan

2 • Ekonomi

3 • Pendidikan

4 • Komunikasi

5 • Sastera

6 • Kemahiran Pembuatan

PENCAPAIAN PELBAGAI BIDANG

Page 32: Tamadun Melayu.pptx

Kerajaan Dan Sistem Pemerintahan

- Sesetengah kerajaan Melayu mengisytiharkan kerajaan dan pemerintahan mereka sebagai kesultanan ; Kerajaan Melayu Melaka.

- Gelaran bagi pemerintah ; sultan (kekuasaan)- Menunjukkan kerajaan ini berteraskan ajaran

Islam- Kerajaan ini berasaskan undang-undang Islam,

setiap kerajaan mempunyai sistem pemerintahan masing-masing.

- Sistem pemerintahan yang dilaksanakan ditulis pada naskhah-naskhah Melayu dan batu bersurat (prasasti).

Page 33: Tamadun Melayu.pptx

Ekonomi • Walaupun kegiatan perindustrian pada awalnya

tidak begitu pesat namun, kegiatan perekonomian yang berpusat di pelabuhan-pelabuhan alam Melayu telah berjaya menjadi pusat import-eksport yang maju di rantau Asia.

• Memberi kesan kepada pembangunan kota dan bandar yang lengkap dengan prasarana.

• Menyemarakkan pertumbuhan seni-budaya, intelektual, reka cipta dan pemerintahan.

• Penggunaan mata wang ; mata wang Kesultanan melayu melaka dan Kesultanan Acheh Darussalam

Page 34: Tamadun Melayu.pptx

Pendidikan • Formal (asas bidang pengajian Islam) dan tidak

formal• Pencapaian tamadun Melayu :- Institusi pendidikan agama Islam. Istana (raja

dan kaum kerabat) ulama membuka kelas pengajian di rumah mereka (orang awam)

- Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam. (sultan suruh ulama terjemah dan menulis kitab)

- Kemunculan golongan intelektual Melayu. Bidang falsafah dan agama.

- Kelahiran naskhah-naskhah Melayu atau manuskrip.

Page 35: Tamadun Melayu.pptx

Komunikasi

• Terjalin melalui hubungan perdagangan diplomatik dan budaya.

• Pemerintah Melayu telah berjaya menjalin interaksi antara rumpun Melayu di seluruh wilayah.

• Interaksi juga berlangsung dengan kuasa Eropah. Buktinya ; surat-surat sultan Melayu kepada pegawai-pegawai British.

Page 36: Tamadun Melayu.pptx

Sastera

• Berbentuk prosa (esei/karangan) dan puisi (kemahiran/keindahan bahasa).

• Penulisan meliputi pelbagai bidang, kenegaraan, perubatan, agama, undang-undang dll.

Kemahiran pembuatan• Pelbagai kemahiran pembuatan barang-barang

keperluan.• Mempunyai nilai estetika yang tinggi ; peralatan

kelengkapan rumah,pakaian,pembuatan rumah, dan lain-lain.

Page 37: Tamadun Melayu.pptx

KESIMPULAN

•Dengan kepelbagaian kaum dan etnik yang ada, Malaysia diharapkan terus gagah melangkah ke hadapan untuk mencapai status negara maju dalam acuan sendiri menjelang tahun 2020. •Kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh negara hari ini merupakan proses pengukuhan dan pemantapan kepada pekembangan sejarah yang berkesinambungan daripada peradaban bangsa Melayu yang mampu berasimilasi dengan kepelbagaian unsur dipersekitarannya. •Namun tidak dapat dinafikan, usaha yang berterusan untuk memupuk dan mengekalkan persefahaman dan perpaduan melalui sikap positif dan terbuka dalam kalangan seluruh warga Malaysia perlu menjadi misi kebangsaan. Adalah menjadi keutamaan setiap rakyat Malaysia untuk mengenali budaya bangsa dan sejarah ketamadunan mereka.

Page 38: Tamadun Melayu.pptx

SOALAN

1. Bincangkan pembentukan tamadun Melayu awal sebelum kedatangan agama Islam.

2. Huraikan aspek-aspek sains dan teknologi Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam.

3. Nyatakan 4 pengaruh Islam di Alam Melayu