adat resam orang melayu.pptx

16
SEWAKTU MENGANDUNG Melenggang Perut Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

Upload: pei9318

Post on 14-Dec-2015

443 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

SEWAKTU MENGANDUNGMelenggang Perut

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian

utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali

sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang

mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan

tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk

membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita

hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di

dalam perut.

Page 2: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

SEWAKTU BERSALIN

Bersalin

Persediaan ini akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus.

Page 3: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

Azan/Qamat

Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua

belah telinganya manakala bayi perempuan akan

diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan

melakukan upacara ini.

BERSALIN

Page 4: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

Tanggal Pusat/Cuci Lantai

Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di

sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana

selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh

dibuaikan dan akan tidur di samping ibunya. Adat ini seelok-

eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

SELEPAS LAHIR

Page 5: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

SELEPAS LAHIR

Bersunat / Berkhatan

Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih

kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan

kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika

berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-

kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil

berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat

berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim.

Page 6: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

Merisik

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini

dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh

seorang lelaki itu. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk

menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga,

adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.

PERKHAWINAN

Page 7: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

Meminang

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak

keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu

rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh

kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi

menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-

mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan

tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula.

PERKHAWINAN

Page 8: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

Bertunang

Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak

lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk

upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena

pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada

tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin berserta

hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-

lain.

PERKHAWINAN

Page 9: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

PERKHAWINAN

Akad Nikah

Dijalankan oleh Tok Imam

Page 10: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

Majlis Perkahwinan

Persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan, khemah

tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta

menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga dikenali

sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan

kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin

digelar raja sehari.

PERKHAWINAN

Page 11: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

KEMATIAN

Semasa Kematian

Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si

mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan

kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-

kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam.

Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta

ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke

arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan

atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-

ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah

tempat bara dan kemenyan akan dibakar.

Page 12: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

KEMATIAN Semasa Kematian

Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.

Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis berserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan sama ada di rumah atau di masjid.

Page 13: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

Semasa Kematian

Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda, seorang wakil atau waris

si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf

bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa

terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-

mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan

ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati.

KEMATIAN

Page 14: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

KEMATIAN

Semasa Pengebumian

Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke

tanah perkuburan.

Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya

kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian

tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah

perkuburan tidak digalakkan dalam Islam.

Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam

kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan menggerengkan mayat

serta membukakan ikatan di kepala.

Page 15: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

Semasa Pengebumian

Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan

selepas diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus.

Dua batang batu nisan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan

dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin akan

dijalankan oleh tok imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan

disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki

sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur

KEMATIAN

Page 16: ADAT RESAM ORANG MELAYU.pptx

Selepas Kematian

Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati

selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama,

ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya

adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam

barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu

iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar

kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu

meninggal dunia.

KEMATIAN