pembentukan keluarga

23
Cabaran pembentukan keluarga abad milenium – Syed Ariffin Abu Thahir Published: 14 November 2014 11:47 AM Halatuju pembentukan keluarga masa kini dan masa depan bergantung sepenuhnya kepada rukun hidup yang ditetapkan ibubapa dan dasar negara. Sebagai unit asas dalam masyarakat, maka keluarga adalah tenaga yang sentiasa bergerak melingkari masyarakat dan negara. Semakin kuat pergerakan ahli keluarga, maka semakin bertenaga masyarakat dan negara. Persoalan besar timbul ialah ke arah mana hala tuju gerakan keluarga itu?. Berdasarkan pemerhatian dan kajian-kajian yang dibuat ternyata pengaruh globalisasi masa kini mengubah corak dan nilai pegangan kehidupan keluarga. Antara perubahan nilai yang ketara ialah keasingan dalam hidup kekeluargaan, ibu bapa semakin sibuk bekerja, masa ibu bapa bersama anak-anak semakin berkurangan, ruang masa yang berkualiti dihabiskan dengan melayari dunia komunikasi tanpa sempadan seperti internet, facebook, whatapps dan sebagainya sehingga mengabaikan hubungan kemesraan sesama keluarga. Begitu juga dengan peningkatan jumlah anak-anak dijaga pembantu rumah atau pusat-pusat asuhan dan jangka hayat semakin menurun kerana kualiti kesihatan. Pembangunan sosio-ekonomi yang pesat dan pengaruh budaya asing menjadi punca perubahan pegangan nilai hidup yang membawa kepincangan dalam kehidupan keluarga.

Upload: sharvienraaj-velukumaran

Post on 12-Nov-2015

63 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

UYBIKNKJIUIUNOKINIUUYGUN

TRANSCRIPT

Cabaran pembentukan keluarga abad milenium Syed Ariffin Abu ThahirPublished: 14 November 2014 11:47 AMHalatuju pembentukan keluarga masa kini dan masa depan bergantung sepenuhnya kepada rukun hidup yang ditetapkan ibubapa dan dasar negara.Sebagai unit asas dalam masyarakat, maka keluarga adalah tenaga yang sentiasa bergerak melingkari masyarakat dan negara. Semakin kuat pergerakan ahli keluarga, maka semakin bertenaga masyarakat dan negara.Persoalan besar timbul ialah ke arah mana hala tuju gerakan keluarga itu?.Berdasarkan pemerhatian dan kajian-kajian yang dibuat ternyata pengaruh globalisasi masa kini mengubah corak dan nilai pegangan kehidupan keluarga.Antara perubahan nilai yang ketara ialah keasingan dalam hidup kekeluargaan, ibu bapa semakin sibuk bekerja, masa ibu bapa bersama anak-anak semakin berkurangan, ruang masa yang berkualiti dihabiskan dengan melayari dunia komunikasi tanpa sempadan seperti internet, facebook, whatapps dan sebagainya sehingga mengabaikan hubungan kemesraan sesama keluarga.Begitu juga dengan peningkatan jumlah anak-anak dijaga pembantu rumah atau pusat-pusat asuhan dan jangka hayat semakin menurun kerana kualiti kesihatan.Pembangunan sosio-ekonomi yang pesat dan pengaruh budaya asing menjadi punca perubahan pegangan nilai hidup yang membawa kepincangan dalam kehidupan keluarga.Kepincangan yang berlaku dalam keluarga antaranya berpunca daripada sebab seperti kekurangan kasih sayang dalam keluarga, keganasan rumah tangga, peningkatan kadar perceraian, penderaan kanak-kanak, pengabaian kepada warga emas, sumbang mahram, kejahilan, bersekudukan tanpa nikah, peningkatan kelahiran anak luar nikah dan peningkatan kadar perceraian.Manakala isu-isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini adalah sebahagian daripada perubahan pegangan nilai-nilai dalam kehidupan.Begitu juga kita dapati usaha-usaha terancang pihak-pihak tertentu bertujuan untuk mencabar dan menggugat nilai etika keluarga Islam semakin giat dan menular dengan hebat.Ketika ini kita dikejutkan dengan isu kecelaruan identiti gender yang sebenarnya boleh membawa kepada perkembangan amalan LGBT.Gerakan seumpama ini pada dasarnya merupakan manifestasi ideologi humanisme sekular yang sekarang ini bergerak pantas didokong arus pemikiran liberalisme atau budaya kebebasan secara melampau tanpa menghiraukan kepentingan umum dan ketetapan syariat Allah SWT.Wahai ibubapa sekalian..tariklah nafas kesedaran dan bertanyalah kepada diri sendiri saat ini. Berapa ramaikah antara kita yang mendidik anaknya untuk mengenal Allah swt dan mentaati hukum hukumNya?Berapa ramaikah antara kita yang mendidik anaknya erti tanggungawab untuk menjaga, memelihara dan mempertahankan kesucian agama islam?Adakah kita laksanakan tanggungjawab ini?Bagi membentuk anak-anak menjadi insan cemerlang, ibu bapa hendaklah juga terdiri daripada manusia yang cemerlang.Bagaimana mungkin ibubapa yang derhaka, rumahtangga yang porak peranda, dapat membentuk keluarga yang sejahtera.Pendidikan dan asuhan yang diberikan ibu bapa adalah asas untuk anak-anak bertapak apabila mereka dewasa kelak.Ibubapa diibaratkan sebagai cerminan yang mudah dijadikan tontonan anak-anaknya. Kerana itu dalam mendidik anak-anak supaya beriman kepada Allah dan berakhlak mulia, ibubapa juga hendaklah terlebih dahulu memiliki sifat yang mulia ini.Contoh yang baik dari ibubapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak begitu jugalah sebaliknya.Ingatlah kejahilan kita dalam beragama boleh membawa kita kepada kefasadan dan kehancuran hidup dunia dan akhirat.Pembentukan keluarga Islam pada abad ini, abad mendatang atau abad milenium amat mencabar bagi setiap ibu-bapa.Apakah keluarga Islam yang ada pada hari ini boleh bertahan atau terus hanyut diserang badai globalisasi yang berterusan menyerang merosakkan nilai-nilai kehidupan keluarga.Kerukunan rumah tangga yang lemah dan kepimpinan keluarga yang longgar sudah pasti akan tumpas dalam menghadapi cabaran perubahan nilai global yang mengubah kehidupan keluarga.Sesungguhnya institusi keluarga adalah satu institusi penting dalam keseluruhan kerangka pembinaan dan kelangsungan ummah.Umat Islam akan berdepan dengan satu masalah besar seandainya institusi penting ini tidak dikawal dan dijaga dengan baik. Kehancuran institusi ini bermakna kehancuran ummah itu sendiri kerana daripada institusi inilah munculnya kalangan ummah di tengah masyarakat.Dalam usaha mengukuhkan institusi keluarga, marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik di masa hadapan.Korbankanlah sedikit masa sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu mengadakan majlis-majlis ilmu di rumah, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar dan kembali ke rumah dan sebagainya.Ini semua membuktikan kita melaksanakan amanah Allah SWT terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna. 14 November, 2014.* Penulis adalah Presiden Malaysian Indian Muslim Think Tank Association (MIMTA)* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/cabaran-pembentukan-keluarga-abad-milenium-syed-ariffin-abu-thahir#sthash.s8ygjzGn.dpuf

Kerjaya dan Kesejahteraan Keluarga

Kerjaya dan Cabaran kepada Kesejahteraan KeluargaDalam era yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran, tuntutan ekonomi telah berjaya menarik pasangan-pasangan untuk keluar berkerjaya. Kenaikan kos sara hidup, saiz rumah mampu milik yang makin mengecil, bersesak-sesak di dalam kenderaan awam, kualiti pengajaran dan pembelajaran yang merosot, tahap kecergasan yang menurun akibat kualiti pemakanan dan penjagaan kesihatan yang mampu beli kurang bermutu serta pendapatan sang suami yang tidak berbaki menjelang akhir bulan, semuanya menjadi dorongan yang mendesak untuk menambah kuasa membeli dan memiliki. Justeru, ramai pasangan bersepakat untuk kedua-duanya berkerjaya sebagai menampung kekurangan dari segi pendapatan yang sedia ada.

Hari ini ramai yang berpandangan kekukuhan ekonomi keluarga masing-masing dapat menyumbang kepada kesejahteraan agama-sosio-budaya masyarakat. Malang sekali keluarnya pasangan-pasangan berkerjaya telah mengundang permasalahan dari sudut yang lain. Di antaranya ialah terabainya pendidikan anak-anak, renggangnya hubungan kekeluargaan, terbatasnya masa untuk menziarahi ibubapa, timbulnya masalah psikologi akibat tekanan kerja, terbiasanya pergaulan bebas di tempat kerja yang mengundang kepada berlakunya perhubungan jantina luar batasan yang pasti akan mengesani keharmonian rumahtangga, pekerja workaholic yang menghabiskan masanya dalam dunia kerjaya dan yang paling parah ialah lunturnya rasa hormat isteri yang berkerjaya terhadap suami terutama bagi yang berjawatan lebih tinggi dan merasa boleh berdikari. Jadi, dalam situasi yang sebegini bagaimanakah penyelesaiannya?

Bolehkah pasangan mencari dan mengumpul kekayaan? Bolehkah wanita khususnya sang isteri keluar bekerja? Jika pasangan berkerjaya, siapakah yang bertanggung jawab terhadap perbelanjaan rumahtangga? Adakah isteri secara mutlak memiliki gaji atau upah yang diperolehinya? Apakah jenis kerjaya yang bersesuaian dengan wanita? Bagaimanakah prasarana kerja yang kondusif bagi kedua-dua lelaki dan wanita? Dalam situasi isteri tidak bekerja dan perlu membantu perbelanjaan ibubapa, apakah peranan suami? Juga, bagi wanita yang rata-rata berpendidikan tinggi, tidakkah dorongan untuk menyumbang kepada masyarakat menjadi lampu hijau untuk berkerjaya?

Islam telah mengariskan prinsip-prinsip asas yang perlu dihayati dalam kehidupan di dunia. Kedudukan material di sisi manusia perlu diimbangi dengan tuntutan etika dan spiritual. Malah, kita sepatutnya memastikan bahawa semua yang dilakukan di dunia adalah untuk akhirah iaitu melakukan sebaiknya atau yang terbaik dari kehidupan dunia untuk mendapatkan Jannah. Hiduplah dengan hebat di dunia tetapi pastikan perlakuan kita menjamin untuk dirahmati dengan Jannah. Begitulah keseimbangan yang harus ada. Dalam al-Quran ada dinyatakan bahawa penciptaan segala sesuatu di langit dan di bumi adalah bagi manusia untuk dinikmati. Walau bagaimana pun manusia di peringatkan juga akan batas-batas dan amanah yang perlu ditunaikan. Di samping mencari kesenangan hidup, di sana ada amanah terhadap diri, keluarga dan masyarakat yang perlu ditunaikan. Keluarnya pasangan berkerjaya adalah untuk menyelesai masalah dan bukan membawa masalah.

Dalam era langit terbuka dan maklumat dihujung jari, terdapat beberapa alternatif khususnya bagi wanita untuk mempunyai kerjaya yang bersesuaian tanpa menggadaikan prinsip-prinsip asas Islam khususnya dalam pergaulan di samping masih mempunyai masa untuk pendidikan anak-anak. Dengan yang demikian tugas asasi untuk membentuk keluarga sejahtera tidak terabai. Pendidikan anak-anak generasi Y dan Alpha hari ini tidak semudah zaman sebelumnya. Pasangan bekerjaya perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk benar-benar mengenali kecenderungan, sikap serta cabaran terhadap generasi ini. Ia berupaya membantu mereka mengurus dan meningkatkan kemampuan untuk memimpin diri dan orang lain, bukan sebaliknya. Dengan kata lain, mereka tidak harus menjadi beban kepada ibubapa sendiri atau masyarakat. Peranan dan tanggungjawab pasangan berkerjaya juga penting dalam melaksanakan pengislahan, membina dan menggerakkan semangat keinsafan dan kesedaran, semangat unggul ke arah ketinggian akal budi dan kegagahan peribadi yang akan menggerakkan, mencelikkan dan membangun kehidupan dan peradaban zamannya pada era yang sangat mencabar ini.

Selain daripada itu, pasangan berkerjaya juga perlu mengambil peduli serta mempunyai kepekaan terhadap masyarakat setempat khususnya dan masyarakat global amnya. Kita tidak boleh menjadi pulau yang terasing (an island by itself) dengan menutup mata dan memekakkan telinga kepada hiruk pikuk kegawatan di luar sana. Penyakit-penyakit sosial seperti kecurian, rompakan, samun, rasuah yang terang-terangan atau tersembunyi, penipuan hatta menjual diri sebagai jalan terakhir untuk menambah pendapatan menggambarkan bukan sahaja ekonomi masyarakat itu berpenyakit malah kesihatan agama-sosio-budaya juga bermasalah. Pasangan berkerjaya yang terbeban dengan tekanan dan segala macam permasalahan di tempat kerja akan kembali ke rumah dalam keadaan yang tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan ibubapa yang mampu membina keluarga sejahtera. Pergolakan di atas jika tidak ditangani dengan bijak dan berhikmah, keluarnya pasangan untuk berkerjaya bukan membawa kesejahteraan keluarga tetapi sebaliknya. Mungkin dengan mempunyai sifat qanaah, rida serta pengurusan mudah, ekonomi keluarga boleh menjadi titik mula penyelesaian kepada belenggu kekusutan tidak kecukupan ini.

Keluarga yang SejahteraBagaimanakah gambaran sesebuah keluarga yang sejahtera? Kehidupan keluarga yang dipenuhi sakinah yang akan mengundang mawaddah wa rahmah, pasangan dan zuriat menjadi qurrata a'yun, penyejuk mata yang mana dari mereka kita akan mendapat keselesaan dan kegembiraan, ketua keluarga yang mempunyai sifat cemburu dengan sentiasa menjaga diri dan ahli keluarga daripada menjadi bahan bakar di dalam neraka serta anak-anak yang merendahkan atau menundukkan diri dengan penuh kasih sayang terhadap kedua ibubapa. Melihat kepada kecanggihan bentuk ancaman moden terhadap kesejahteraan keluarga melalui pelbagai media (cetak, elektronik, maya dan sebagainya) dari yang berbentuk fizikal sehingga pemikiran, menuntut usaha pencegahan yang lebih terancang dan berkesan bagi mengimbanginya dari terus bermaharajalela. Unsur-unsur tersebut jika dibiarkan berkembang boleh mengundang kepada kerosakan demi kerosakan kepada agama, jati diri hatta keluarga dan peradaban.

10 PRINSIP UTAMAKAN KELUARGAKASIH SAYANGMenzahirkan kasih sayang dan memahami keperluan emosi yang tidak berbelah bahagi.CERIA BERSAMA KELUARGAMeluangkan masa indah bersama dan bijak menyemarakkan kemesraan.KOMUNIKASI EFEKTIFBerinteraksi dan berkomunikasi dengan aktif dan efektif.NILAI KEKELUARGAANMemupuk dan membudayakan nilai-nilai murni keluargaKEIBUBAPAAN CEMERLANGMemikul tanggungjawab bersama dan menjadi contoh teladan yang baik.IMBANGI KERJAYA DAN KELUARGAMengimbangi perhatian dan tumpuan terhadap kerjaya dan keluarga.KESELAMATAN DAN KESIHATANMenyediakan kediaman dan persekitaran selesa, selamat serta mengamalkan cara gaya hidup sihat.EKONOMI KELUARGAMerancang dan mengurus sumber dengan bijak bagi memenuhi keperluan sepanjang hayat.PENDIDIKAN DAN KEMAHIRANMendapatkan pendidikan dan meningkatkan kemahiran sepanjang hayat.DASAR MESRA KELUARGAMengutamakan keluarga dalam perancangan program dan perkhidmatan untuk keluarga.Seringkali berlaku perkongsian yang adil dan saksama mengakibatkan ketegangan dan pergeseran yang berlanjutan. Dalam fasa awal kehidupan keluarga, ketikasama-sama mengumpulkan harta sepencarian, banyak pertimbangan dibuat atas dasar kasih sayang, kepercayaan dan harapan. Namun apabilahutang piutangsemakin banyak mengelilingi pinggang dan keperluan semakin meningkat, tekanan hidup juga bertambah. Wanita yang kiniterbebandengan tanggungan ekonomi mulamerasai tekanan yang hebatdanseringkali kehilangan punca. Ditambah pula dengansikap kurang tanggungjawabdankualiti amanahsegolongan suami, hari ini kita menyaksikan begitu ramai wanita yang terperangkap dalam kemelut materialistik.

Kajian INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA menunjukkan institusi keluarga di negara ini semakin renggang dan longgar

Institusi kekeluargaan adalah unit paling asas dan penting dalam proses pembentukan landskap masyarakat yang harmoni. Fungsi institusi keluarga tidak hanya terbatas sebagai kesinambungan keturunan saja sebaliknya meliputi skop yang begitu luas. Sekiranya institusi keluarga berpecah-belah ia memberi impak terhadap pembangunan sosial dan ekonomi secara secara keseluruhan.

Justeru, banyak perkara perlu diperhalusi termasuk membentuk sikap dan nilai murni yang menjadi tonggak ke arah memantapkan integriti masyarakat.

Tumpuan pembentukan nilai murni seharusnya bermula daripada peringkat awal dan ibu bapa adalah pembimbing yang terbaik bagi menentukan hala tuju sesebuah keluarga.

Cabaran membina keluarga sudah jauh berubah sejajar dengan pemodenan negara. Berjaya atau gagal terletak kepada peneraju dalam rumah tangga.

Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN) oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) yang dijalankan sejak tiga tahun lalu ke atas 16,000 responden di seluruh negara memperlihatkan institusi kekeluargaan semakin longgar disebabkan pelbagai faktor.

Hasil kajian, mendapati 29 peratus responden menjelaskan mereka jarang dapat makan malam bersama keluarga, manakala 27 peratus tidak mengambil tahu aktiviti dilakukan anak yang keluar pada waktu malam.

Menerusi indeks kajian itu juga mendapati, hubungan antara ibu bapa dengan anak semakin renggang, tidak kisah anak balik lewat dan mengamalkan makan malam bersama keluarga.

Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh, berkata hasil kajian menunjukkan masalah dalam institusi keluarga semakin kritikal.

Katanya, kajian itu seharusnya dijadikan penanda aras untuk merangka strategi lebih komprehensif agar masalah dalam institusi keluarga dibina tidak bertambah parah.

Berdasarkan senario sekarang, rata-rata terutama ibu bapa yang berkerjaya tidak mempunyai masa terluang dan berkualiti bersama anak.

Sepatutnya ibu bapa menggunakan meja makan sebaik mungkin untuk berkomunikasi, mendengar, berbincang pelbagai masalah dan menerapkan nilai murni dalam suasana yang harmoni.

Kajian jelas menunjukkan komunikasi terbina ketika seisi keluarga berkumpul bersama ketika waktu makan yang dianggap masa begitu efektif, katanya kepada FAMILI, baru-baru ini.

Jangan abai anak

Beliau berkata, statistik menunjukkan setiap tiga daripada 10 keluarga mengalami kepincangan dalam pelbagai aspek.

Katanya, walaupun kebanyakan masyarakat di negara ini sibuk dengan kerja sepatutnya mereka tidak mengabaikan keluarga sebaliknya menyeimbangkan antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Antara cara untuk merapatkan hubungan, beliau mencadangkan semua majikan sewajarnya menyediakan pusat jagaan di tempat kerja untuk menempatkan anak bagi membolehkan mereka menjenguk atau menyusukan pada waktu rehat.

Apabila ada pusat jagaan di tempat kerja kebajikan anak lebih terjamin. Ibu juga dapat menjadi pekerja yang baik. Pada masa sama, ia dapat membantu meningkatkan kualiti kerja, katanya.

Mohd Tap berkata, tenaga wanita diperlukan dalam semua sektor.

Wanita mempunyai peranan besar. Selain membantu bebanan dan kewangan keluarga mereka juga menyumbang dalam pembangunan negara. Cuma bagi saya kesibukan tugas di pejabat janganlah sampai pula mereka semakin kurang meluangkan masa dengan keluarga, katanya.

Sebagai ibu bapa, perlu tahu apa anak buat, apa aktiviti luar anak. Jika anak keluar malam, perlu tahu apa tujuannya, dengan siapa dia bergaul atau berjumpa. Ia adalah proses integriti dalam institusi kekeluargaan yang perlu diterapkan sejak usia kecil, katanya.

IIM bincang kepincangan institusi keluarga

Institut Integriti Malaysia (IIM), antara institusi yang berperanan mengukuhkan pembangunan insan. Menerusi Pelan Integriti Nasional (PIN) pihaknya menetapkan lima sasaran utama termasuk untuk memantapkan institusi kekeluargaan di negara ini.

Walaupun tidak memfokuskan terus kepada golongan wanita, dalam PIN turut menyediakan program berhubung kait fungsi wanita dalam pembentukan keluarga bahagia.

Ibu bapa atau penjaga memainkan peranan penting untuk menerapkan nilai murni. Bagai mencapai matlamat itu, ia juga bermula daripada kestabilan dan kebahagiaan dalam rumah tangga termasuk memastikan dari segi emosi dan kewangan.Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh, beliau berkata pihaknya memasukkan program bagi meningkatkan peranan wanita sebagai ibu dan penjaga keluarga.

Peranan wanita sebagai ibu dianggap penting dalam membantu proses integriti. Wanita mempunyai peranan untuk memantapkan institusi kekeluargaan dan melahirkan masyarakat sejahtera, katanya.

Pelbagai seminar kewanitaan

Sejajar itu, IIM menganjurkan pelbagai seminar, bengkel, kursus dan poster secara berkala dengan memfokus isu tertentu termasuk berkaitan pembangunan, kepimpinan wanita dan keluarga.

Seminar berbentuk itu kerap diadakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat serta Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kita menjalankan program kewanitaan berintegriti dengan persatuan lain seperti dengan isteri penjawat awam termasuk Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT). Di sini, kita menjadikan wanita sebagai pemangkin integriti dalam keluarga.

Sejak penubuhan IIM, setiap tahun pelbagai program meningkatkan sistem keluarga dan peranan wanita diadakan. Antara program yang mendapat sambutan ialah membabitkan program pembangunan, kepimpinan dan kekeluargaan. Malah banyak program yang dijalankan penyertaan wanita lebih ramai berbanding lelaki, katanya.

Setiap lima tahun sekali, IIM akan menjalankan kajian dinamakan Indeks Persepsi Integrasi Nasional (IPIN) untuk menilai TEKAD yang disasarkan.

Indeks nombor antara sifar hingga 10 akan menentukan tahap sasaran tercapai atau tidak.

Berdasarkan kajian, kemantapan institusi kekeluargaan berada pada tahap 7.3 daripada indeks 10. Institusi keluarga patut mencapai indeks lebih tinggi. Bagaimanapun banyak masalah sosial seperti isu perceraian dan pembuangan bayi menjadikan indeks gagal mencapai tahap tertinggi, katanya.

Kepincangan institusi kekeluargaan boleh di atasi dengan menekankan kepada sistem kekeluargaan yang bersistematik dan meningkatkan kemahiran keibubapaan.

Dulu pasangan yang mahu bernikah tidak perlu menghadiri kursus kahwin seperti sekarang. Masalah perceraian juga tidak terlalu ketara seperti hari ini yang berlaku kepada golongan muda. Dulu anggota keluarga bertindak dalam mengukuhkan institusi keluarga berbanding kini yang tidak menerima sokongan moral daripada keluarga, katanya

INFO: Integriti* Didefinisikan sebagai peribadi mulia yang ada pada diri individu membabitkan nilai murni seperti amanah, jujur, ikhlas, sabar, telus dan bertanggungjawab.* PIN diadakan sejak 2004 dan dinilai setiap lima tahun sekali.* Tetapkan lima sasaran dikenali sebagai TEKAD

Agenda Integriti untuk keluarga:* Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia.* Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani.* Pemantapan nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.* Pembabitan keluarga dan komuniti setempat untuk memperkasakan integriti budaya masyarakat dalam jangka panjang.* Masyarakat berorientasikan keluarga dan komuniti.* Nilai keluarga dan komuniti kukuh bagi menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran.

Peranan IIM:* Mengendalikan penyelidikan berkaitan dengan integriti institusi dan masyarakat.* Menganjurkan persidangan, seminar dan forum.* Menghimpunkan pendapat pelbagai sektor mengenai kemajuan atau halangan kepada pelaksanaan integriti.* Menerbitkan dan mengedarkan bahan bercetak, menggubal dan melaksanakan program latihan dan pendidikan.* Mengemukakan perakuan dasar bagi peningkatan integriti dan etika.* Memberikan khidmat nasihat kepada kerajaan mengenai program dan strategi bagi meningkatkan integriti* Mewujudkan jaringan dengan organisasi antarabangsa bagi membolehkan peranan dan sumbangan IIM diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Oleh Dr Aminudin Mansor

Setiap pasangan yang baru berkahwin pasti mengimpikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga. Kebahagiaan di sini adalah kebahagiaan seperti pasangan lain yang bahagia berkahwin. Matlamat dan falsafah perkahwinan sangat jelas untuk meramaikan umat dan mengeratkan hubungan keluarga yang baru dibentuk.

Permasalahan dan musuh kepada keluarga bahagia adalah berselisih faham hingga membawa kepada perceraian. Setiap pasangan baru berkahwin sudah tentu tidak inginkan perceraian. Apa lagi jika perkahwinan diasaskan atas dasar cinta, tetapi tidak dapat mengelakkan perceraian berlaku apabila masalah melanda rumah tangga.

Mengikut statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009, kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh 15 minit. Pada 2009, sebanyak 27,116 kes perceraian dicatatkan daripada sejumlah 135,136 perkahwinan yang didaftarkan pada tahun yang sama. Soal institusi keluarga dijadikan perkara main-main dalam kehidupan golongan tertentu.

Jika ditinjau mengikut catatan kes perceraian yang berlaku pada 2002, sekitar 13,937 kes dicatatkan. Sepanjang 2007 dan 2008 sebanyak 75,299 kes perceraian rumah tangga direkodkan. Ini jumlah skala besar yang harus diberi perhatian serius oleh masyarakat untuk ditangani segera.

Banyak perkara dikatakan menjadi pencetus perceraian. Antara alasan sering diberikan pasangan terbabit ialah tidak wujud persefahaman, kurang interaksi, masalah dalaman yang menemui jalan buntu, masalah kewangan dan kehadiran orang ketiga.

Di samping itu, jika ditinjau terdapat juga perkara asas yang menjadikan punca keruntuhan rumah tangga. Antaranya kehidupan mengutamakan harta benda, mengutamakan kerja, keseronokan hawa nafsu dan masih mementingkan hidup bebas dan bersosial walaupun sudah berkahwin. Kesolehan setiap ahli keluarga menjadi penentu bagi menegakkan bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Ini menyumbang kepada kesejahteraan negara. Mendidik ahli keluarga beramal soleh adalah tanggungjawab ibu bapa. Bagi ibu bapa yang ingin mengubah keadaan keluarganya ke arah lebih baik mereka mesti mengubah keadaan dirinya sendiri terlebih dulu ke arah kebaikan.

Sebahagian daripada kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah milik keluarga bahagia. Membentuk keluarga bahagia mesti bermula dengan ilmu, iman dan amal. Kehidupan berkeluarga dan pembangunan keluarga adalah sebahagian aktiviti ibadat kepada Allah.

Ciri-ciri seseorang mencintai keluarganya adalah selalu bersabar dalam mendidik anak dan menjamin keimanan keluarganya. Kesabaran ini sangat penting bagi kesinambungan kepada keluarga bahagia. Kesabaran ini juga mesti ditunjukkan pada saat kesusahan dan ketika menghadapi masalah.

Seseorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah bukti kasih kepada keluarga. Oleh sebab itu, peranan bapa dan ibu yang bekerja sangat penting. Anak harus memikirkan betapa susahnya ibu bapa mendidik dan membesarkan mereka untuk menjadi insan sempurna.

Tingginya darjat suami ditentukan perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya. Begitu juga darjat seorang isteri yang mempunyai akhlak dan kesopanan yang dapat mendidik dan menjadi teladan kepada anak.

Lantaran itu Nabi s.a.w. mengingatkan: Sesiapa berkahwin (beristeri) maka dia sudah melindungi (menguasai) separuh agamanya, oleh itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh lagi. (Al Hakim dan Ath Thahawi).

Sesungguhnya, keluarga ialah tempat yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka dalam rumah tangga. Fenomena perpecahan dalam keluarga kini yang membabitkan perceraian semakin membimbangkan. Perpecahan dan perceraian menyumbang kepada perpecahan dalam ahli keluarga.

Kasih sayang yang terjalin di antara anak dan ibu bapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka. Anak yang dididik dengan penuh kasih sayang akan melahirkan anak bertanggungjawab dan mampu membalas jasa ibu bapa di kemudian hari.

Justeru, Nabi mengingatkan: Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan wanita adalah orang mulia dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi. (Riwayat Abu Asaakir).

Sikap baik dan sentiasa berkasih sayang mesti diwujudkan dalam keluarga. Sikap ini mesti dijadikan amalan dalam kehidupan berkeluarga. Sikap baik ini bukan saja melalui perbuatan malah melalui tutur kata. Ibu juga harus menunjukkan teladan dan contoh terbaik sebagai ikutan kepada anak.

Konsep kebahagiaan dalam rumah tangga mesti difahami dan diwujudkan. Rumah tangga hendaklah menjadi tempat yang penuh dengan suasana kedamaian, kasih sayang, ketenangan, keselamatan dan kesejahteraan diri (jasad dan roh) hasil daripada keserasian dan permuafakatan ahli keluarga. Tanggungjawab suami dan isteri mesti ditunaikan dengan sebaik-baiknya.

Pembangunan keluarga mesti membawa dan menjurus kepada keseimbangan kehidupan mulia sama ada dari segi kebendaan dan rohani untuk ahli keluarga. Selain itu, pembangunan keluarga juga turut membabitkan penghayatan budaya ilmu dan keikhlasan.

Apabila semua ahli keluarga dididik dengan ilmu dunia dan akhirat secara seimbang serta setiap mereka mempunyai niat yang baik untuk membahagiakan keluarga, pastinya kebahagiaan hidup dalam keluarga akan dapat dicapai. Sentiasa mewujudkan kebahagiaan dan suasana harmoni juga menjadi penyumbang kepada keluarga bahagia.

IMPAK SOSIOEKONOMI KE ATAS DINAMIK PERKAHWINAN DAN KUALITI KEIBUBAPAAN WANITA MELAYU (50510-ECONOMY IMPACTS ON MALAY WOMEN DYNAMIC MARRIAGE AND PARENTAGE) Noralina Omartugas keibubapaan penting dalam menentukan kualiti modal insan yang terhasil. Namun demikian, kesejahteraan perkahwinan turut penting kerana is bertindak sebagai pemangkin kepada kualiti modal insan yang dihasilkan. Perkahwinan yang sejahtera memberi suasana keibubapaan yang kondusif manakala aktiviti pengasuhan yang berkualiti penting dalam menentukan penghasilan modal insan yang berkualiti. Oleh kerana fokus kepada pencarian sumber rezeki lebih diutamakan, maka mereka yang berada dalam golongan ini juga tidak begitu menitikberatkan soal kualiti dalam hubungan perkahwinan mahupun keibubapaan. Kesannya, kualiti perkahwinan dan kualiti keibubapaan bagi keluarga dalam golongan ini berada pada tahap yang tidak memuaskan. Namun, apakah pula implikasinya kepada perkembangan generasi muda yang diasuh dalam keluarga tersebut? Bagaimanakah pula implikasinya ke atas keharmonian rumah tangga dan kesejahteraan keluarga tersebut? Kajian-kajian terdahulu berhubung kesan ketidakharmonian rumah tangga dan kepincangan dalam hal keibubapaan terhadap pasangan, keluarga dan perkembangan anak telah dijelaskan dengan panjang lebar pada awal penulisan iniMemberikan perhatian dan kasih sayang/meluangkan masa-Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.-Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka.Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.- Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan

Seterusnya, kerap melakukan aktiviti bersama dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi. Keluarga digalakkan melakukan ibadah dan beriadah bersama, mengingati dan meraikan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir, berkongsi melakukan tugas dirumah serta meluangkan masa bercuti bersama.

Salah satu faktor yang sering diberikan sebagai penyebab masalah moral remaja alah kesibukan ibu bapa. Ibu-ibu yang bekerja di luar rumah tidak dapat memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak. Tetapi jika kita renungkan sejenak maka kita dapati bahawa kesibukan ibu bapa bukanlah suatu perkara yang baru di dalam masyarakat kita. Pada masa dahulu pun ibu-ibu keluar membanting tulang di sawah-sawah dan di ladang-ladang. Namun begitu pada masa dahulu cara hidup masyarakat adalah berbeza dari masa sekarang. Bila ibu bapa tidak ada di rumah, jiran-jiran mengambil alih peranan mereka sepenuhnya. Mereka mengawasi anak-anak orang-orang lain seperti mana mereka mengawasi anak-anak mereka sendiri. Mereka menjaga kebajikan dan menegur ajar anak-anak jiran dan begitulah juga mereka mengharapkan jiran-jiran menegur ajar anak-anak mereka semasa mereka tidak ada di rumah. Ibu bapa juga mengajar anak-anak mereka supaya menghormati jiran seperti mana mereka mahu anak-anak menghormati mereka. Dengan cara ini anak-anak tidak berani berbuat perkara-perkara yang tidak baik kerana takut dilihat oleh jiran-jiran.