pembentukan malaysia

25
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan- wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan. Sebab pembentukan Malaysia 1. Senario politik di Singapura - Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli

Upload: faridil-fikri

Post on 25-Jun-2015

1.891 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan Malaysia

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.

Sebab pembentukan Malaysia

1. Senario politik di Singapura - Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka.

2. Senario politik di Sarawak- Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.

Page 2: Pembentukan Malaysia

3. Mengimbangi penduduk- Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.

4. Kemajuan ekonomi bersama- Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.

5. Mempercepatkan proses kemerdekaan- Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.

Reaksi Negeri-Negeri Terlibat

1. Singapura - Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.

2. Sabah dan Sarawak - Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan Malaysia. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato' Mustapha bin Dato' Harun dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kesua-dua negeri

Page 3: Pembentukan Malaysia

menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen dan Dato' Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman.

3. Brunei - Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.

Proses Pembentukan Malaysia

1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:

a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31

Page 4: Pembentukan Malaysia

Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:

a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.c. Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.d. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

2. Suruhanjaya Cobbold - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah:

a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.b. Membuat syor-syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.

Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:

a. 1/3 menyokong kuat Malaysiab. 1/3 menyokong dengan syaratc. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

a. Nama persekutuan baru – Malaysia.b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin.f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing.g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.

Page 5: Pembentukan Malaysia

3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)- JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.

Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.

27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.

Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.

Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.

c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.4. Pengisytiharaan Malaysia

Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963

Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

Penentangan gagasan Malaysia

Page 6: Pembentukan Malaysia

1. Filipina - Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

2. Indonesia- Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:

a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.

Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:

a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan mengenai serangan Indonesia.b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.c. Britain memberi bantuan tentera.d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.

Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.

Page 7: Pembentukan Malaysia

Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia

Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia

1.Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kauma.Ditubuhkan di Singapura pada Julai 1961b.Dipengerusikan oleh Donald Stephens.c.FUNGSI : i. Berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.ii.Mengumpulkan pandangan pendudukd.Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysiae.Februari 1962 – ahlinya bersepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.

2. Suruhanjaya CobboldTerdiri daripada 3 orang pegawai British iaitui.Lord Cobboldii.Sir Anthony Abellii.Sir David Watherston

2 orang rakyat tempatan:i.Dato’ Wong Pow Neeii.Tan Sri Ghazali Shafie

Page 8: Pembentukan Malaysia

Meninjau pendapat penduduk Sabah / SarawakLaporan Suruhanjaya Cobbold1/3 penduduk Sabah & Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat1/3 menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi1/3 menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia

Cadangan Suruhanjaya Cobboldi.Perlembagaan Malaysia yang baru berasaskan PTM1957.ii.Sabah Dan Sarawak diber kuasa menentukan dasar imigresennya.iii.B.Melayu sebagai bahasa kebangsaan.iv.Jaminan hak kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.v.Pemberian nama “Malaysia”vi.Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

3.Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)a. mula Ogos 1962b. Terdiri daripada wakil T,Melayu, Sabah, Sarawak dan Britain.c. Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Tun Abdul Razak.d. Hasil kerjasama kerajaan PTM dan Parti Perikatan, Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963

Page 9: Pembentukan Malaysia

Halangan Terhadap Penubuhan Malaysia

Halangan Terhadap Penubuhan MalaysiaTindakan Parti BruneiPada awal tahun 1962, Sultan Omar melantik sebuah suruhanjaya bagi meninjau pandangan rakyat Brunei tentang gagasan Malaysia, namun laporan ini tidak pernah diterbitkan. Ini terjadi kerana pemimpin Parti Rakyat Brunei, A.M. Azahari menentang dan menyatakan bahawa Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Sarawak. Beliau mencadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Brunei, Sabah dan Sarawak namun usul ini ditolak oleh Majlis Undangan Negeri Brunei. A.M. Azahari membuat keputusan memberontak dan mengisytiharkan kemerdekaan Kalimantan Utara pada 8 Disember 1962. Namun pemberontakan tersebut berjaya ditumpaskan oleh British. Rundingan diteruskan namun kata sepakat masih gagal dicapai. Akhirnya Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia pada Julai 1963.

Tuntutan Filipina ke atas SabahPada Jun 1962, Kerajaan Filipina membuat tuntutan ke atas negeri Sabah bagi pihak waris Sultan Sulu. Filipina mendakwa bahawa Sabah hanya dipajak dan bukannya dijual oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan itu juga didakwa telah dibatalkan pada tahun 1958. kerajaan British tidak melayan tuntutan tersebut

Setelah gagasan Malaysia dikemukakan, kerajaan Tanah Melayu juga tidak berhasrat untuk mengembalikan semula Sabah kepada Filipina atau menjadikan isu tuntutan itu sebagai halangan kepada penubuhan Malaysia. Pada bulan Februari 1963, kedua –dua pihak setuju berunding di London tetapi rundingan itu gagal kerana kerajaan British enggan mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Oleh kerana tuntutan itu tidak dilayan, hubungan antara kedua-dua negara itu menjadi renggang.Konfrontasi IndonesiaPada peringkat awal, Indonesia menyokong gagasan Malaysia. Kerajaan Indonesia juga menyampaikan ucapan selamat atas usaha kerajaan Tanah Melayu itu dan mengharapkan pembentukan Malaysia akan berjaya. Dalam surat Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia yang disiarkan oleh akhbar New York Times bertarikh 13 November 1961, beliau berkata:

Walau bagimanapun, tidak lama kemudian, sikap kerajaan Indonesia mula berubah dan mengecam gagasan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru di Asia Tenggara. Perubahan sikap ini disebabkan hasutan daripada Parti Komunis Indonesia (PKI) sehingga mendorong Presiden Sukarno mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia dari segi ekonomi dan sosial dengan melancarkan kempen “Ganyang Malaysia”. Indonesia menuduh gagasan Malaysia mewakili kuasa-kuasa neokolonialisme. Tindakan Indonesia menjadi lebih agresif sehingga membawa kepada pencerobohan tentera di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak

Selepas pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963, hubungan diplomatik dengan Indonesia diputuskan. Malaysia juga mengambil langkah mengadakan perjanjian pertahanan dengan negara Britain, New Zealand dan Australia.

Page 10: Pembentukan Malaysia

Konfrontasi mula reda selepas peristiwa Gestapo 30 September iaitu perebutan kuasa antara Parti Komunis Indonesia dan Tentera Nasional Indonesia. Presiden Sukarno sendiri tidak mengetahui bahawa pegawai-pegawai kanan tentera telah berunding dengan wakil Malaysia di Bangkok dan Hong Kong. Tentera Indonesia telah menumpaskan PKI pada bulan September 1965. Peralihan kuasa ini membuka perdamainan antara Indonesia dan Malaysia. Pada Jun 1966, Tun Abdul Razak dan Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia) telah berunding dan menandatangani satu perjanjian di Bangkok bagi memulihkan hubungan antara kedua-dua negara.

Gagasan MAPHILINDOBerikutan dengan perbalahan di antara tanah Melayu dengan Indonesia dan Filipina, satu sidang kemuncak diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 antara Presiden Sukarno, Presiden Macapagal dan Tunku Abdul Rahman. Mereka bersetuju untuk mengadakan kerjasama antara ketiga-tiga negara melalui satu pertubuhan kerjasama serantau. Gabungan ini dikenali sebagai MAPHILINDO iaitu singkatan bagi Malaysia, Philippines dan Indonesia.

Pemimpin Indonesia dan Filipina bersetuju untuk menerima penubuhan Malaysia dengan syarat sebuah suruhanjaya khas di bawah penyeliaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk meninjau pandangan rakyat di Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. PBB telah menghantar satu suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak serta meneliti kerja-kerja yang ditugaskan oleh Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya Khas PBB telah menjalankan tugas dari 16 Ogos hingga 5 September 1963.

Tinjauan yang dibuat PBB menghasilkan satu keadaan yang positif iaitu rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Persekutuan Malaysia. Namun begitu, Kerajaan Indonesia dan Filipina tetap menolak akan keputusan itu. Penubuhan Malaysia yang dirangcangkan pada 31 Ogos 1963 telah ditangguh kerana PBB tidak dapat menyiapkan laporannya pada tarikh tersebut tetapi berjanji akan menyiapkan laporannya pada 14 September 1963. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menetapkan tarikh baru iaitu 16 September 1963 untuk mengisytiharkan kelahiran Malaysia. Keputusan ini telah mendapat bantahan dan bangkangan hebat dari Indonesia. Apabila Setiausaha Agung PBB mengemukakan laporannya, dan Filipina tetap menolak keputusan laporan PBB itu.

Proses Pembentukan malaysia

Proses Pembentukan MalaysiaJawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC),1961Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(MSCC) ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Jawatankuasa ini berperanan untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada orang ramai terutamanya di Borneo dan mengumpul pelbagai pandangan tentang Malaysia di Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari

Page 11: Pembentukan Malaysia

Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

MSCC ingin melihat gagasan Malaysia menjadi kenyataan dan kerana itu mereka berusaha mencapai permuafakatan. Mesyuarat dan rundingan telah diadakan sebanyak empat kali dia. Jesselton(21 Ogos 1961)b. Kuching (18 Disember 1961)c. Kuala Lumpur (6 Januari 1962)d. Singapura (1 Februari 1962)

MSCC juga telah menyediakan memorandum yang berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu dan menyatakana. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan Islam dijadikan agama rasmib. Setiap rakyat diberi kebebasan agamac. Sabah dan Sarawak diperuntukkan beberapa keistimewaan seperti dalam bidang imigresen untuk mengawal kemasukan orang ramai ke wilayah itud. Kedudukan istimewa kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dikekalkane. Perwakilan dalam parlimen adalah berdasarkan jumlah penduduk serta keluasan sesebuah kawasan

Suruhanjaya CobboldSatu suruhanjaya dibentuk untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya ini dinamakan Suruhanjaya Cobbold sempena nama mengerusinya, Lord Cobbold.

Ahli suruhanjayao Lord Cobboldo Sir Anthony Abello Sir David Watherstono Mohd. Ghazali bin Shafieo Wong Pow Nee

Bidang Tugaso Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang rancangan penubuhan Malaysiao Menilai kesemua pandangan yang diberio Membuat syor-syor yang bersesuaian

Suruhanjaya ini menjalankan penyiasatan selama 2 bulan iaitu dari 19 Februari hingga 18 April 1962 . Laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British pada bulan Jun 1962. Laporan ini mengesahkan bahawa 80 % penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia iaitua. ⅓ menyokong pembentukan Malaysia tanpa mengambil kira syarat-syarat percantumanb. ⅓ lagi setuju dengan pembentukan Malaysia dengan pelbagai syarat dan jaminan yang mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.c. Baki ⅓ pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pihak yang mahukan supaya kedua-dua negeri

Page 12: Pembentukan Malaysia

merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia dan mereka yang mahu British terus memerintah untuk beberapa tahun lagi.

Penduduk yang menentang pembentukan Malaysia dengan apa jua syarat adalah hanya 20% daripada keseluruhan penduduk di Sabah dan Sarawak. Antara syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold adalah:a. Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan “Malaysia”b. Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri mereka sendiric. Majlis perundangan Sabah dan Sarawak diberi kuasa menentukan dasar agama dan imigresend. Peraturan-peraturan kewangan akan diadakan bagi tujuan pembangunan ekonomi di Sabah dan Sarawake. Kedudukan bumiputera dikekalkan.f. Sabah dan Sarawak diberi bantuan kewangan bagi pembangunan ekonomi untuk tempoh lima tahun pertama selepas menyertai Malaysia

Pada 1 Ogos 1962, kerajaan British dan Tanah Melayu mengumumkan bahawa kedua-dua kerajaan menerima dengan sebulat suara hampir semua cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan menetapkan Malaysia ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 kerana hari kemerdekaan Tanah Melayu jatuh pada tarikh yang sama. Sabah dan Sarawak juga setuju dengan tarikh tersebut. Seiring dengan itu, satu Jawatankuasa Antara Kerajan (JAK) dibentuk.

Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK)JAK dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia di samping melindungi hak serta kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak. JAK diketuai oleh Lord Landsdowne sebagai pengerusi, Dato’ Abdul Razak sebagai timbalan pengerusi serta wakil-wakil daripada kerajaan British, Singapura, Sabah dan Sarawak.

JAK menerima pandangan daripada pelbagai pihak, khususnya dari Sabah dan Sarawak tentang kedudukan kedua-dua negeri tersebut dalam Persekutuan Malaysia. Wakil-wakil dari Sabah menghantar satu memorandum yang mengandungi 20 Perkara untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah. Walaupun para pemimpin Sarawak tidak menghantar sebarang tuntutan, tetapi mereka bersetuju dengan perkara ynag terkandung dalam Tuntutan 20 Perkara.

JAK mengeluarkan laporannya pada bulan Februari 1963. Laporan itu dibincangkan dalam Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan diikuti oleh Sabah pada 13 Mac 1963 sebelum dibentangkan dalam Persidangan Parlimen Tanah Melayu dan diluluskan sebagai Akta Malaysia, 1963

Laporan JAK menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 8 Julai 1963. Menerusi perjanjian itu, kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang akan bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu melalui pembentukan Malaysia.

Pungutan Suara Di SingapuraPungutan suara atau referendum yang diadakan pada 1 September 1962 bertujuan untuk

Page 13: Pembentukan Malaysia

menentukan syarat-syarat yang dipersetujui oleh penduduk Singapura untuk bercantum dengan persekutuan Tanah Melayu dan bukannya bermakna penduduk Singapura berpeluang menolak rancangan Malaysia. Pengundi diberi tiga pilihan iaitua. Pilihan A – percantuman yang memberikan Singapura kuasa autonomi dalam buruh, pelajaran dan perkara-perkara lain dan dengan sendirinya rakyat Singapura menjadi rakyat Malaysiab. Pilihan B – percantuman penuh tanpa syarat bagi Singapura sebagai negeri yang sama taraf dengan 11 buah negeri-negeri Melayu yang lainc. Pilihan C – percantuman dengan syarat-syarat yang sama seperti yang diberikan kepada wilayah-wilayah Borneo.

Semasa pungutan suara dijalankan, Barisan Sosiolis (Socialist Front) meneruskan tentangan dengan meminta penduduk Singapura untuk memulangkan kertas undi kosong sebagai tanda bantahan. Kerajaan Singapura menegaskan bahawa sesiapa yang memulangkan kertas undi kosong dianggap sebagai orang yang belum membuat keputusan. Oleh itu, undi mereka ditakrifkan mengikut Artikel 29, Ordinan Pungutan Suara yang menyebut bahawa sesiapa yang memulangkan kertas undi kosong tanpa ditanda dianggap sebagai bersetuju dengan sebarang keputusan Majlis Undangan Singapura.

hasil referendum ini mendapati- 397626 penduduk menyokong pilihan A - 7911 penduduk penyokong pilihan C- 9422 penduduk menyokong pilihan B - Sebanyak 144077 undi rosak

Sumber: Department of Information Malaysia 1963. Malaysia in Brief. Kuala Lumpur: Department of Information Malaysia

Pengisytiharan Malaysia

Pengisytiharaan MalaysiaSelepas rundingan terakhir antara semua pihak yang terlibat, perjanjian Malaysia ditandatangani pada 8 Julai 1963 di Marlborough House, London antara kerajaan Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Perisytiharan ini mengesahkan peralihan kedaulatan Britain ke atas Singapura, Sabah dan Sarawak.

Perisytiharan Malaysia16 September 1963Perisytiharan Malaysia secara rasminya dibuat pada 16 September 1963 secara serentak di Kuala Lumpur, Singapura, Jesselton dan Kuching

Pemisahan Singapura Pemisahan SingapuraSebab-sebab PemisahanTerdapat beberapa punca pertikaian antara Malaysia dengan Singapura iaitu:

Page 14: Pembentukan Malaysia

a. Masalah politikPada bulan November 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa kegiatan politik PAP akan hanya terbatas di Singapura dan parti itu tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas penyatuan. PAP kemudiannya mengubah keputusan dan bergiat aktif di Tanah Melayu dengan bertanding dalam Pilihan Raya 1964.

Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu kerana penglibatan PAP yang terlalu awal di Tanah Melayu akan menjejaskan perpaduan kaum dan hubungan UMNO dengan MCA. Malah, PAP juga berminat untuk menggantikan MCA bagi mewakili Kaum Cina dalam kerajaan.

b. Masalah perkaumanHubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu masih merasakan diri mereka ‘diabaikan’ dan kerajaan Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka, keadaan ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu di Singapura. Beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu kemudiannya menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin serius selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.c. Konsep Malaysian MalaysiaSikap pemimpin Singapura yang memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ tidak disenangi pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah menafikan institusi Kesultanan Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysia Solidarity Convention dengan slogan ‘a democratic Malaysian Malaysia’ sebagai satu pakatan di kalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan. Beliau ingin mewujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua’ melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.

d. Masalah ekonomiMengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai. Hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan kadar 60% untuk Singapura dan 40% untuk kerajaan persekutuan. Memandangkan beban cukai Singapura adalah paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan akibat konfrontasi dengan Indonesia, kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semula agihan hasil itu yang menetapkan Singapura menyerahkan 60 % dan bukan lagi 40% hasilnya. Cadangan ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pemimpin Singapura

Pada bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan pengusaha di Singapura untuk berunding dahulu dengan kerajaan persekutuan tentang perlindungan tarif sebelum membuka kilang. Arahan ini telah menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan luas media.

Penyingkiran SingapuraMenjelang bulan Mei 1965, hubungan antara Singapura dan Kuala Lumpur terus tegang hingga membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Akhirnya beliau memaklumkan keputusan beliau untuk

Page 15: Pembentukan Malaysia

menyingkirkan Singapura kepada Tun Abdul Razak dan Dato’ Dr Ismail Abdul Rahman. Pada 9 Ogos 1965, Tunku membuat pengumuman rasmi di Dewan Rakyat mengenai perpisahan Singapura daripada Malaysia.

Page 16: Pembentukan Malaysia

Idea Pembentukan Malaysia

Idea Pembentukan MalaysiaRancangan Pembentukan Awal MalaysiaCadangan awal untuk menyatukan Tanah Melayu dan Wilayah Borneo telah mula difikirkan sejak akhir abad ke-19. Pada tahun 1883, Lord Brassey, salah seorang pengarah Syarikat Borneo Utara British (British North Borneo Company) mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan British. Perkara ini pernah dibincangkan oleh kabinet British pada tahun 1888 dan sekali lagi pada 1932. Namun begitu, cadangan ini lenyap begitu sahaja kerana tiada tindakan susulan yang diambil.

Selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1947, sekali lagi cadangan yang sama disuarakan oleh Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara. Di Singapura pula, syor untuk mencantumkan Tanah Melayu, Brunei, Sarawak dan Sabah (Boneo Utara) mula dicetuskan oleh Thio Chan Bee. Beliau yang merupakan seorang ahli Majlis Perundangan Singapura merangkap Naib Presiden Parti Progresif mengemukakan pandangan ini pada tahun 1948 dan diulangi semula tiga tahun berikutnya. Cadangan ini disokong oleh Sir Robert Boothy seorang ahli parlimen Komanwel yang berpendapat penyatuan ini akan memberi keuntungan dari segi ekonomi dan strategi. Namun sambutan dari kerajaan British nampaknya terus dingin.

Pada tahun 1955, Menteri Singapura, David Marshall dan Tan Sri Ghazali Shafie juga pernah menyuarakan cadangan ini. Pada 1959, pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Kuan Yew membuat cadangan untuk mencantumkan Singapura dengan persekutuan Tanah Melayu namun ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang masalah sosial akan timbul akibat ketidakseimbangan di antara kaum Melayu dan CinaCadangan Tunku Abdul Rahman“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai, namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari Ini DalamSejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

Cadangan penubuhan Malaysia hanya mendapat perhatian serius setelah perkara ini dicetuskan oleh perdana menteri Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa percantuman antara persekutuan Tanah Melayu dan Singapura wajar sekali jika dimasukkan sekali dengan wilayah Sabah, Sarawak dan Brunei. Beliau berpendapat bahawa negeri-negeri ini mempunyai banyak ciri persamaan dari segi latar belakang sejarah, politik dan struktur kerajaan. Tunku Abdul Rahman mengusulkan cadangan ini dalam ucapannya pada 27 Mei 1961 kepada Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi Singapura. Antara tokoh yang memberi sambutan baik termasuklah Lee Kuan Yew (Ketua Menteri Singapura) dan Harold MacMillan (Perdana Menteri Britain).Antara kandungan ucapan beliau dalam majlis tersebut adalah:

Page 17: Pembentukan Malaysia

“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai, namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari Ini DalamSejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

Sebab-Sebab Penubuhan Malaysia

Sebab-sebab Penubuhan MalaysiaAncaman komunisPengaruh komunis ketara semakin merebak apabila anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) menubuhkan Barisan Sosialis yang berhaluan kiri di bawah pimpinan Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis yang semakin merebak di Singapura.

Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura mungkin akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya menggugat keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, jika Singapura bergabung dengan Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat. Kebimbangan Tunku Abdul Rahman dapat dibayangkan dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961. Tunku menyatakan:

“While Singapore is under the British, we feel that there is no treat of open action by the Communists, which might endanger the peace, and security of the Federation, but an independent Singapore, anything could happen…”

Sumber: Mohd Noor Abdullah, 1979.

PerkaumanWalaupun penyertaan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu dapat menyekat pengaruh komunis, namun isu berkenaan keseimbangan kaum pula timbul. Ini disebabkan jumlah orang Cina akan melebihi orang Melayu kerana lebih kurang 75% penduduk Singapura terdiri daripada orang Cina.

Sekiranya Singapura bersatu dengan Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak, penduduk Cina akan menjadi 55.925% berbanding dengan kaum bumiputera yang berjumlah 32.135% daripada kepada jumlah keseluruhan penduduk. Jika Sabah dan Sarawak bersatu dengan Tanah Melayu dan Singapura, masalah ini sedikit sebanyak dapat diatasi. Jumlah penduduk bumiputera akan menjadi 49.65% manakala orang Cina pula 41.72%

Page 18: Pembentukan Malaysia

Latar Belakang Yang Hampir SamaNegeri-negeri yang dicadangkan menyertai Malaysia dianggap mempunyai latar belakang yang sama dari segi ekonomi, pentadbiran dan sejarah yang sama. Penubuhan Malaysia membolehkan negeri-negeri ini berkongsi faedah terutamanya dari segi perdagangan, pasaran, pelaburan asing dan kestabilan politik.

Mempercepatkan KemerdekaanPembentukan Malaysia merupakan jalan pintas bagi Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaan tanpa berusaha bersendirian. Kerajaan British tidak yakin untuk memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini kerana ancaman komunis. Melalui penubuhan Malaysia, penjajahan British di Asia Tenggara dapat dihapuskan. Usaha ini seiring dengan ketetapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang meminta supaya penjajahan di seluruh dunia ditamatkan melalui Resolusi 1514(XV). Antara lain, resolusi itu menegaskan:

“Convinced that all peoples have as inalienable right to complete freedom, the exercise of their sovereignty and the integrity of the national territory”

“Declares that all peoples have the right to self-determination, by virtue of that right, they freely determine their political status and freely pursue their economic, social and cultural development””

Sumber: Mohd. Noor Abdullah, 1979. Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .