pembentukan perlembagaan

21
SENARAI KANDUNGAN Muka surat A) Peta Minda Perlembagaan Konsep Perlembagaan Unsur-unsur Perlembagaan B) Carta garis masa sejarah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia C) Laporan lengkap berkaitan ciri-ciri utama dalam setiap peringkat ke arah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia D) Kepentingan perlembagaan dalam konteks pembinaan sesebuah negara bangsa Integrasi Nasionaliti Nasionalisme Partiotisme Demokrasi Pelaksanaannya melalui Wawasan 2020 Islam Hadhari Konsep 1 Malaysia E) Bibliografi

Upload: datin2be

Post on 13-Jun-2015

14.989 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

UNSUR-UNSUR KE ARAH PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

SENARAI KANDUNGAN Muka surat

A) Peta Minda

Perlembagaan Konsep Perlembagaan Unsur-unsur Perlembagaan

B) Carta garis masa sejarah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia

C) Laporan lengkap berkaitan ciri-ciri utama dalam setiap peringkat ke arah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia

D) Kepentingan perlembagaan dalam konteks pembinaan sesebuah negara bangsa

Integrasi Nasionaliti Nasionalisme Partiotisme Demokrasi

Pelaksanaannya melalui

Wawasan 2020 Islam Hadhari Konsep 1 Malaysia

E) Bibliografi

Page 2: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

(*) diterangkan pada muka surat seterusnya

PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN

DEFINISI

Kamus dewan - undang-undang atau peraturan

negeri, dasar pemerintah negeri

KONSEP PERLEMBAGAAN

KONSEP (*)

JENIS-JENIS

Bertulis Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan

disusun dalam satu dokumen.

Contoh: Perlembagaan Malaysia

Tidak Bertulis

Semua prinsip perlembagaanyang tidak terkumpul dalam satu dokumen

seperti undang-undang adat.

Contoh: Adat temenggung

UNSUR –UNSUR (*)

Page 3: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

Catatan yang penting dalam menyatakan kedaulatan dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan

kemasyarakatan. Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin

keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan Perlembagaan juga

berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat

antarabangsa.

Catatan yang penting dalam menyatakan kedaulatan dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan

kemasyarakatan. Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin

keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan Perlembagaan juga

berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat

antarabangsa.

SHAMSUL AMRI

Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis. Menentukan

organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum dalam melaksanakan kuasa tersebut.

Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis. Menentukan

organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum dalam melaksanakan kuasa tersebut.

TUN SALLEH ABAS

Surat catatan atau surat cara yangmengandungi semua undang-undangtertinggi yang difikirkan mustahak bagi

mewujudkan sebuah negara yang moden.

Surat catatan atau surat cara yangmengandungi semua undang-undangtertinggi yang difikirkan mustahak bagi

mewujudkan sebuah negara yang moden.

RUSLAN ZAINUDD

UIN

SALMAH HUSSAIN

Satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan

pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa

pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaaan dan hak-hak rakyat.

Satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan

pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa

pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaaan dan hak-hak rakyat.

BAHASA MELAYU

• Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi• Tiada larangan menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain.

BAHASA MELAYU

• Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi• Tiada larangan menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain.

AGAMA ISLAM

• Perkara 3(1), agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan.• Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.• Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama.

AGAMA ISLAM

• Perkara 3(1), agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan.• Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.• Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama.

Page 4: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

UNSUR – UNSUR

PERLEMBAGAAN

UNSUR – UNSUR

PERLEMBAGAAN

INSTITUSI BERAJA

• Raja berkuasa mutlak•Dibantu oleh pembesar- pembesar yang dilantik sebelum penjajahan British.

INSTITUSI BERAJA

• Raja berkuasa mutlak•Dibantu oleh pembesar- pembesar yang dilantik sebelum penjajahan British.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA SABAH &

SARAWAK

• Jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan, kemudahan khas.• Tanah rizab orang Melayu dilindungi daripada diselenggara oleh orang bukan Melayu.• Kemasukan perkhidmatan orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA SABAH &

SARAWAK

• Jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan, kemudahan khas.• Tanah rizab orang Melayu dilindungi daripada diselenggara oleh orang bukan Melayu.• Kemasukan perkhidmatan orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu.

Malayan Union (1946)

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA

Persekutuan Tanah Melayu (1948)

Page 5: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

LAPORAN LENGKAP BERKAITAN CIRI-CIRI UTAMA DALAM SETIAP PERINGKAT KE ARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA

PENGENALAN

Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Laungan keramat itulah yang kerap kita dengari

bila menjelangnya tanggal 31 Ogos pada setiap tahun. Pada tarikh bersejarah ini,

setiap lapisan masyarakat dari pelbagai kaum tidak melepaskan peluang untuk

meraikan sambutan yang gilang gemilang ini dengan gembira dan meriahnya. Semua

Sistem Ahli (1951)

Pilihanraya Umum Pertama (1955)

Perlembagaan Malaysia (1962)

Penubuhan Malaysia (1963)

Laporan Perlembagaan (1954)

Suruhanjaya Reid (1956)

Kemerdekaan Tanah Melayu (1957)

Suruhanjaya Cobbold (1962)

Penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka (1957)

Page 6: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

kemeriahan sambutan ini diharap bukan hanya tinggal sebagai sambutan perayaan

sahaja. Sebagai warga Malaysia yang merdeka, kesedaran mengenai sejarah dan

kepentingan mengekalkan kemerdekaan negara amatlah penting dan perlu dipupuk

serta ditanam dalam seluruh jiwa generasi Malaysia. Lantaran itu marilah sama-sama

mengimbas kembali sejarah yang telah menjadikan perjalanan kehidupan kita aman

dan damai sehingga hari ini serta setiap perjuangan anak bangsa yang tidak pernah

kenal erti jemu dan mengalah.

Sejarah awal pentadbiran di Tanah Melayu telah dikuasai oleh pihak Kerajaan

British yang telah banyak memainkan peranan sekaligus memonopoli Tanah Melayu.

Para pentadbir British ini amat cekap dan berkesan dari segi tindakan dan perancangan

dalam merencanakan pelbagai dasar dan corak pentadbiran untuk mengekalkan kuasa

mereka. Pelbagai cubaan dan rancangan telah dilaksanakan untuk melumpuhkan

pucuk pimpinan yang diterajui oleh orang Melayu. Dengan usaha yang gigih akhirnya

mereka berjaya menguasai Tanah Melayu yang diserah secara rela oleh raja-raja

Melayu melalui umpanan dan ganjaran. Faktor campuran tangan pihak British adalah

disebabkan beberapa perkara antaranya faktor ekonomi, kebimbangan British terhadap

campur tangan pihak lain, ketidakstabilan politik dan keselamatan di Tanah Melayu.

Selain itu, terdapat juga permintaan daripada pembesar Melayu agar British dapat

membantu dalam menamatkan pertempuran dan pertumpahan darah seterusnya

mewujudkan ketenteraman dan kedamaian. Campur tangan pihak British ini telah

meninggalkan beberapa kesan antaranya kesan sosio – ekonomi dan politik di Tanah

Melayu.

Kejayaan British dalam menakluki Asia telah mendorong Jepun untuk membina

kemajuan mereka. Persaingan sengit berlaku selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua

di mana tentera Jepun telah meluaskan serangannya dan menguasai beberapa

bahagian termasuklah Tanah Melayu. Kesannya, pemerintahan tertinggi Tanah Melayu

telah diambil alih oleh Ketua Gabenor Jepun. Raja Melayu sekadar lambang, dan kuasa

mereka hanya terhad ke atas agama Islam sahaja. Pendudukan Jepun ini telah

menimbulkan kesedaran nasionalisme yang lebih mendalam di kalangan orang Melayu.

Kemenangan mereka ini menaikkan semangat pejuang Melayu untuk membebaskan

tanah air dari jajahan. Dengan semangat ini lalu tertubuhlah beberapa persatuan seperti

Page 7: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

Kesatuan Melayu Muda (KMM), PETA, KRIS dan sebagainya. Kesedaran dan

keinsafan pemimpin dan rakyat Melayu semakin memuncak dengan kezaliman yang

dilakukan oleh pihak Jepun. Pada Ogos 1945 bandar Hiroshima dan Nagasaki telah

hancur akibat bom atom daripada tentera Amerika Syarikat. Seterusnya pada 13 Ogos

1945, bandar Tokyo pula telah diserang dengan hebat oleh tentera yang sama. Ini

menyebabkan tentera Jepun secara rasminya menyerah kalah pada tanggal 2

September 1945.

Kesannya, pada 1 April 1946, British telah mengisytiharkan Malayan Union yang

diketuai oleh Sir Edward Gent sebagai gabenor yang pertama. Namun pengisytiharan

tersebut ditentang hebat oleh orang Melayu. Antara sebab-sebab penentangannya ialah

kerana MacMicheal menggunakan paksaan terhadap Raja-raja Melayu dan raja-raja

hanya dijadikan ‘boneka’ setelah kehilangan daulat dan kuasa. Soal kerakyatan pula

telah disamatarafkan dan menyebabkan orang Melayu kehilangan pelbagai hak sebagai

bumiputera. Lantaran itu, satu perancangan yang lebih kemas dan tersusun yang tidak

pernah terlihat sebelum ini telah berlaku. Pada tahun 1946, merupakan titik permulaan

perjuangan yang menampakkan semangat perpaduan yang lebih jitu di kalangan orang

Melayu. Ini terbukti pada Kongres Melayu yang pertama dimana, kongres tersebut telah

menghimpunkan 41 buah pertubuhan bangsa Melayu dengan kata sepakat telah

dicapai iaitu untuk menentang habis-habisan gagasan Malayan Union. Selain itu,

kongres tersebut bertujuan untuk menetapkan satu penubuhan politik yang terdiri

daripada orang Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).

Dalam Kongres Melayu ketiga pula yang telah diadakan di Istana Besar, Johor Bharu

pada 11 – 12 Mei 1946, maka secara rasminya tertubuhlah PEKEMBAR atau lebih

dikenali sebagai UMNO (United Malays National Organisation) yang dipimpin oleh Dato’

Onn bin Jaafar sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama. Antara rentetan-rentetan

gerakan yang dianjurkan oleh UMNO ialah pemulauan majlis perlantikan Gabenor

Malayan Union sehingga akhirnya berjaya membawa kepada pemansuhan Malayan

Union pada tahun tersebut. Pada 24 dan 25 Mac 1951, dalam Mesyuarat Perwakilan

UMNO, UMNO telah mengubah dasar perjuangannya yang bercogankan ‘Hidup

Melayu’ kepada ‘Merdeka’. Seterusnya, satu persidangan agung tergempar UMNO

telah diadakan di Melaka pada 18 April 1954 bagi merangka strategi untuk proses

Page 8: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

rundingan kemerdekaan di London. Dengan sokongan dan semangat yang menjulang

tinggi, Tunku Abdul Rahman bersama rombongan UMNO – MCA berlepas ke London

pada 21 April 1954 untuk menuntut kemerdekaan daripada British.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM USAHA PENUBUHAN PERSEKUTUAN

MALAYSIA

Melihatkan kesungguhan orang Melayu dalam menentang habis-habisan

Kerajaan British akhirnya pada Julai 1946, British mula bertolak ansur melalui

penubuhan satu jawatankuasa kerja yang terdiri dari wakil-wakil UMNO, wakil raja-raja

negeri Melayu dan wakil kerajaan British. Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut

adalah untuk menggubal satu perlembagaan yang baharu dan ianya telah dipersetujui

melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian ini telah dimeterai di

King House pada 21 Januari 1948. Mengikut perjanjian ini, negeri-negeri Melayu Pulau

Pinang dan Melaka menjadi Tanah Perlindungan British manakala Singapura tetap

menjadi tanah jajahan mereka. Manakala Kuasa Tertinggi British adalah di bawah

Pesuruhjaya Tinggi yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Dewan

Perundangan. Melalui perjanjian ini syarat-syarat kewarganegaraan diperketatkan dan

hak istimewa orang Melayu dipelihara. Akibatnya wujud ketidakpuashatian di antara

kaum yang menyebabkan satu perjumpaan telah diadakan di rumah Dato’ Onn dengan

dihadiri Tan Cheng Lock, Thivai Singam (mewakili MIC), Malcolm McDonald, Ronald

Braddel dan pemimpin-pemimpin lain. Perjumpaan ini bersetuju menubuhkan satu

jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum pada

Januari 1948.

Pada 1951 pula, satu sistem baru telah diperkenalkan yang dinamakan sebagai

Sistem Ahli. Beberapa perubahan telah diwujudkan dan 7 jabatan diserahkan oleh

pihak British kepada pemimpin tempatan manakala tiga portfolio yang lain dikekalkan.

Jabatan – jabatan tersebut ialah Hal-ehwal Ekonomi, Hal-ehwal Dalam Negeri,

Kesihatan, Pelajaran, Pertanian dan Perhutanan, Tanah, Galian dan Perhubungan,

Industri dan Hubungan Sosial, Kerja Raya dan Perumahan, Keretapi dan Pos. Antara

Page 9: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

yang dilantik ialah Dato’ Onn bin Jaafar bagi mengetuai Jabatan Hal-ehwal Dalam

Negeri, Hau Sek Lee mengetuai Jabatan Kesihatan manakala Thuraisingam mengetuai

Jabatan Pelajaran. Kesemua jabatan ini diletakkan di bawah kawalan Ahli Majlis

Undangan Persekutuan. Penubuhan sistem ini bertujuan untuk memberi latihan kepada

pemimpin tempatan memerintah negara sendiri secara demokrasi. Dalam usaha ini,

satu Pilihanraya Majlis Tempatan yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada

Februari 1952. Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan iaitu gabungan UMNO dan MCA

berjaya memenangi sembilan daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan. Parti

IMP (Independent Malayan Party) pimpinan Dato’ Onn menang sebuah kerusi dan

calon bebas menang dua kerusi. Ketika itu Pesuruhjaya Tinggi Templer telah menerima

cadangan Parti Perikatan untuk melantik beberapa ahli UMNO dan MCA supaya

menganggotai Majlis Perundangan Persekutuan. Melalui cadangan tersebut, satu rang

undang-undang berkenaan Laporan Perlembagaan 1954 mengenai Persekutuan

Tanah Melayu untuk mengadakan pilihanraya telah diluluskan dan Pilihanraya Umum

ini telah dilaksanakan pada 27 Julai 1955. Dalam pilihanraya ini, Parti Perikatan telah

memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Parti PAS memenangi sebuah

kerusi manakala Parti Negara mengalami kekalahan teruk. Hasil daripada kemenangan

besar Parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, Tunku Abdul Rahman telah

dilantik menjadi Ketua Menteri bagi Tanah Melayu.

Dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan, satu suruhanjaya telah ditubuhkan

dengan tujuan untuk menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu. Suruhanjaya

ini telah dinamakan sebagai Suruhanjaya Reid sempena nama pengerusinya iaitu Lord

William Reid. Suruhanjaya ini dianggotai oleh pakar-pakar perlembagaan dari negara-

negara Komanwel. Hasilnya, beberapa pendapat, pandangan dan memorandum telah

diterima daripada semua lapisan rakyat sehingga terbentuknya sebuah perlembagaan

Tanah Melayu yang merdeka. Syor-syor dalam suruhanjaya ini menyentuh lima perkara

iaitu kedudukan Sultan, parlimen, bahasa, agama dan hak orang Melayu. Kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai oleh seorang Sultan. Di

samping itu, sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan diteruskan dengan adanya

kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Raja-Raja Melayu pula akan terus kekal sebagai

ketua bagi negeri masing-masing manakala Melaka dan Pulau Pinang akan terus

Page 10: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

bergabung di dalam Persekutuan dan diketuai oleh seorang Yang Di Pertua (Gabenor).

Sistem pentadbiran kerajaan adalah bercorak demokrasi dan Ahli Parlimen akan dipilih

melalui pilihanraya umum untuk mewakili rakyat serta mengawal pentadbiran kerajaan.

Selain daripada itu, Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina dan bahasa

Tamil digunakan dalam Parlimen dan Dewan Negeri. Cadangan ini telah ditolak, tetapi

membenarkan orang Cina dan orang India menggunakan bahasa masing-masing

sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah manakala agama Islam tetap

diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Terdapat juga beberapa cadangan yang

dipinda antaranya mengenai hak istimewa orang Melayu di mana hak keistimewaan ini

mesti dipertimbangkan semula dari semasa ke semasa di atas arahan Yang Di Pertuan

Agong. Persetujuan menerima pindaan tersebut membuktikan bahawa masyarakat di

Tanah Melayu mempunyai semangat bertolak ansur yang kuat dan utuh di kalangan

rakyat pelbagai kaum.

Rentetan daripada itu, pada Januari 1956 Tunku Abdul Rahman telah mengetuai

satu rombongan ke London untuk berunding dengan Kerajaan British bagi

Penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka. Rundingan ini dipengerusikan

oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British dan satu persetujuan telah

dicapai mengenai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Namun orang Melayu terpaksa

berkorban memberi taraf kewarganegaraan secara longgar kepada bukan Melayu. Hasil

daripada perundingan tersebut, pada 5 Ogos 1957 wakil kerajaan British dan Sultan-

sultan menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang mengisytiharkan

Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Di mana Tanah Melayu telah

menjadi sebuah negara yang berdaulat, mengamalkan konsep demokrasi berparlimen

dan raja berperlembagaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana

Menteri yang pertama. Upacara sambutannya telah diadakan di Stadium Merdeka

dengan laungan ‘merdeka’ sebanyak tujuh kali.

Selepas beberapa tahun mencapai kemerdekaan, pada 27 Mei 1961 Tunku

Abdul Rahman telah menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada

Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Ia bertujuan untuk

menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan

Page 11: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak

dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan

menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan

tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan

sendiri. Kesannya, pada 17 Januari 1962 satu suruhanjaya dikenali sebagai

Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-

negeri tersebut. Suruhanjaya itu dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh

dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara

wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan

Encik Mohamed Ghazali Shafie manakala Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Pada 18 April 1962, laporan lengkap mengenainya telah disiapkan dan diserahkan

kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Keputusannya, 1/3 rakyat

Sabah dan Sarawak menyokong kuat Malaysia, 1/3 menyokong dengan syarat dan 1/3

ingin mencapai kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.

Kesannya, wujud sebuah Perlembagaan Malaysia untuk memberi jaminan hak

keistimewaan terhadap Sabah dan Sarawak setelah memasuki Malaysia. Syor-syor

Perlembagaan tersebut meliputi nama persekutuan baru ialah Malaysia, perlembagaan

Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia, kedudukan istimewa kaum

pribumi Sabah dan Sarawak akan dijamin, Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua

Negeri sendiri dan penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat

dalam perkhidmatan awam secepat mungkin. Selain daripada pemberian hak-hak

istimewa tersebut, dasar pendidikan, agama, imigresan, perwakilan Parlimen,

kedudukan Bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di

Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing. Bahasa

Melayu juga dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi Sabah dan Sarawak

dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN

masing-masing membuat keputusan. Pada 1 Ogos 1962, hampir kesemua syor-syor

tersebut diterima oleh British di mana Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963.

Oleh itu, Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka

Perlembagaan Malaysia.

Page 12: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

Tunku Abdul Rahman merupakan tokoh yang terpenting di dalam penubuhan

negara Malaysia kerana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab

mengusulkan cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas

merangkumi Persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei pada

langkah pertama yang bermula pada 1961. Pada tahun 1962, pilihanraya telah

diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan Sabah. Walaubagaimanapun, tentangan

yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963 yang turut

melaporkan bahawa pandangan awam di mana rata-rata menyokong penubuhan

Malaysia. Selepas melalui segala cabaran akhirnya Malaysia secara rasmi telah

dibentuk pada 16 September 1963 di mana terdiri daripada Persekutuan Malaya,

Sabah, Sarawak dan Singapura, manakala Brunei pula telah menolak. Pengisytiharan

tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi

penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja

Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta

dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di dalam

Persekutuan Malaysia iaitu En. Lee Kuan Yew, En. Donald Stephens dan En. Stephen

Kalong Ningkan. Namun pada tahun 1965, Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia

dan membentuk sebuah kerajaan sendiri yang merdeka.

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS PEMBINAAN SESEBUAH

NEGARA BANGSA

Pembinaan negara bangsa sering kali menjadi matlamat utama yang hendak

dicapai oleh sesebuah negara terutamanya negara yang didiami oleh masyarakat

pelbagai kaum. Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat sebagi kemuncak

kejayaan sebuah Negara, pentadbiran dan penduduknya. Aspek-aspek yang boleh

mempengaruhi pembinaan negara bangsa ini telah dipersetujui melalui perbincangan

Page 13: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

dimana terdapat lima perkara yang perlu diambil kira dalam pembinaan sesebuah

negara bangsa iaitu integrasi, nasionaliti, nasionalisme, patriotisme dan demokrasi.

Integrasi menurut kamus dewan membawa maksud penggabungan atau

pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain) menjadi satu

kesatuan; penyatuan, manakala berintegrasi pula membawa maksud bergabung,

berpadu. Integrasi nasional merupakan satu titik yang penting dalam proses pembinaan

satu negara bangsa bagi negara majmuk seperti Malaysia. Semenjak penubuhan

Malaysia lebih 45 tahun yang lalu sehinggalah kini, pelbagai isu yang berkaitan dengan

integrasi nasional masih lagi hangat diperkatakan antaranya ialah bagaimana untuk

menyatupadukan rakyat jelata dari segi psikologi, wilayah-wilayah yang terpisah oleh

faktor geografi dan mempunyai latar belakang kebudayaan dan sosio-ekonomi yang

berbeza. Melalui integrasi, masyarakat dapat mengelakkan timbulnya perasaan

perkauman atau kenegerian atau apa jua fahaman kebangsaan yang sempit.

Nasionaliti pula secara mudahnya boleh diertikan sebagai kewarganegaraan,

contohnya kita merupakan warganegara Malaysia. Ia juga merupakan elemen yang

penting dalam mempamerkan identiti sesebuah negara bangsa seperti kad pengenalan

yang sama pada semua warganegara. Melaluinya, akan wujud sifat setia, sayang dan

sanggup berkorban untuk negara. Oleh itu, melalui nasionaliti faktor kebersamaan dan

perasaan berkongsi milik dalam hal seperti budaya kebangsaan, sistem politik dan

bahasa boleh menjadi faktor penyatuan rakyat.

Nasionalisme membawa ideologi yang menegaskan penemuan semula dan

pengekalan identiti kebudayaan sendiri iaitu satu proses kesedaran yang dialami oleh

sesuatu bangsa terhadap entiti kebangsaannya yang berasingan dari entiti lain.

Nasionalisme juga secara mudahnya boleh dimaksudkan sebagai perasaan cinta

kepada tanah leluhur. Perasaan ini boleh dilahirkan menerusi tindakan seperti

penentangan terhadap penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentimen

kebangsaan seperti menyanyikan lagu kebangsaan iaitu “Negaraku” atau menaikkan

bendera negara. Pada zaman dahulu lagi semangat ini telah tertanam dalam diri rakyat

iaitu semasa zaman pemerintahan British. Manakala patriotisme pula adalah kesetiaan

teragung yang terdapat di dalam diri rakyat yang bersedia berkorban nyawa untuk

tanah air yang dicintai. Sebagai generasi hari ini kita harus tahu tentang kepentingan

Page 14: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

nilai patriotisme. Menerusi faktor patriotisme, bangsa akan menjadi kuat dan mampu

berjuang membangunkan bangsa daripada mengalami kemunduran dan penindasan.

Ini kerana hanya bangsa yang kuat sahaja yang akan berjaya dalam menghadapi

cabaran abad ke- 21. Demokrasi pula ialah satu bentuk kerajaan di mana kuasa

menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat.

Malaysia merupakan negara bersistem pemerintahan demokrasi kerana rakyat bebas

dalam meluahkan pendapat dan mempunyai hak dalam memilih. Ini kerana peranan

demokrasi juga adalah untuk mewujudkan keutuhan pentadbiran yang direstui rakyat

secara keseluruhannya. Negara bangsa hanya wujud apabila adanya kefahaman

mendalam berkenaan demokrasi. Penerimaan setiap hakikat yang dilahirkan oleh

proses demokrasi ialah keyakinan terhadap suatu ideologi yang akan memastikan

terhindarnya sebarang kegawatan politik. Ini akan mewujudkan keamanan dengan

tiadanya proses politik lain yang negatif seperti demonstrasi atau kudeta.

PELAKSANAANNYA MELALUI WAWASAN 2020, ISLAM HADHARI DAN KONSEP

1 MALAYSIA

Wawasan 2020 adalah rangka tindakan konkrit gagasan Tun Dr. Mahathir

Mohamad untuk Malaysia melangkah ke hadapan bagi mencapai matlamat sebagai

sebuah negara maju dari segala segi seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan

kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang

bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi

oleh nilai-nilai moral dan etika yang kukuh, menikmati kehidupan dalam sebuah

masyarakat yang demokrasi, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama

ekonominya, progresif, makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu

bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. Dalam membentuk

Wawasan 2020, terdapat 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Cabaran

ini perlu ditangani bersama agar ia lebih mudah diselesaikan.

Semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi pula, beliau telah

memperkenalkan satu konsep iaitu konsep Islam Hadhari. Islam Hadhari telah

Page 15: PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan

peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus

kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu,

pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Selain

daripada itu, konsep Islam Hadhari juga adalah untuk mempertingkatkan mutu

kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem

kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat

yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta

bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari menegaskan

beberapa prinsip dalam memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama iaitu keimanan

dan ketakwaan kepada ILAHI, kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka,

penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif,

kehidupan berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya

dan moral, pemeliharaan alam semula jadi dan kekuatan pertahanan.

Sesuai dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, Perdana Menteri kita YAB

Dato Seri Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan satu konsep iaitu konsep 1

Malaysia. Rakyat di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan

etnik dan kaum. Konsep ini bertetapan dengan suasana dan cita rasa rakyat dan juga

selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prisip-Prinsip

Rukun Negara. 1 Malaysia ini juga sangat selari dipraktikkan kerana rakyat

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan mereka perlu menganggap diri

mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu

matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini

perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju,

selamat dan makmur serta membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi

memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Dengan slogan

‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’, konsep ini telah membawa lapan nilai-

nilai murni iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan,

kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti yang boleh membantu dalam membina

sesuatu negara bangsa.