pembelajaran sepanjang hayat

17
1.0 PENGENALAN Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukan lah semudah yang disangka sebagai arkiteksosial guru mempunyai tanggungjwab yang amat besar bukan sekadar memberi pendidikan dan menyempaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan tranformasi pendidikan yang di cita-citakan oleh Negara. Pendidikan guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup, bermula sebelum orang itu menceburi profesion perguruan pra perkhidmatan atau masa percubaan dan terus bersambung sepanjang kerjayanya. Kedua perkembangan guru dan sekolah hendahlah seiringan. Kedua dua ini tidak dapat dipisahkan (Micheal G Fullen. Fullen, Successful School Improvement). Pada tarikh 16 Julai 2007, akhbar Berita Harian terh mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti Akademik . Rumusan dari artikel berkenan menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran tetap menggalakkan guru bukan siswazah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi menyahut seruan kementerian yang berhasrat mencapai sasaran semua guru siswazah di sekolah menengah dan sekurang kurangnya 50% guru bersiswazah di sekolah rendah pada tahun 2010. Datuk Alimuddin Mohd Dom iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan bahawa pihak kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan guru menyambung pelajaran seperti biasiswa dan cuti separuh gaji kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan kualiti akademiknya.Kepentingan mencari ilmu turut digariskan dalam agama. Bagi agama Islam, hal tersebut begitu jelas melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan Jalan yang perlu ditempuhi untuk menuju ke syurgaSabda Rasullullah SAW itu menggambarkan bahawa betapa Islam memberikan ganjaran syurga kepada golongan yang mahu menuntut ilmu, memandangkan ilmu itu sangat penting dalm membina kesejagatan manusia, mendekatkan manusia dengan perkara perkara yang baik. Kualiti dibawah MS ISO 9000 ialah keseluruhan ciri ciri sesuatu entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat. Guru adalah pendidik yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk 1

Upload: nazib-kasim

Post on 25-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pembelajaran Sepanjang Hayat

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.0 PENGENALAN

Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukan lah

semudah yang disangka sebagai arkiteksosial guru mempunyai tanggungjwab yang amat besar

bukan sekadar memberi pendidikan dan menyempaikan ilmu. Gurulah insan yang

dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan tranformasi pendidikan yang di cita-citakan oleh

Negara. Pendidikan guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup, bermula sebelum

orang itu menceburi profesion perguruan pra perkhidmatan atau masa percubaan dan terus

bersambung sepanjang kerjayanya. Kedua perkembangan guru dan sekolah hendahlah

seiringan. Kedua – dua ini tidak dapat dipisahkan (Micheal G Fullen. Fullen, Successful School

Improvement). Pada tarikh 16 Julai 2007, akhbar Berita Harian terh mengeluarkan satu artikel

yang bertajuk “Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti Akademik”. Rumusan dari artikel

berkenan menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran tetap menggalakkan guru bukan

siswazah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi menyahut seruan kementerian

yang berhasrat mencapai sasaran semua guru siswazah di sekolah menengah dan sekurang –

kurangnya 50%  guru bersiswazah di sekolah rendah pada tahun 2010. Datuk Alimuddin Mohd

Dom iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan  bahawa pihak kerajaan  sudah

menyediakan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan guru menyambung pelajaran seperti

biasiswa dan cuti separuh gaji kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan kualiti

akademiknya.Kepentingan mencari ilmu turut digariskan dalam agama. Bagi agama Islam, hal

tersebut begitu jelas melalui sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud :

“ Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan

Jalan yang perlu ditempuhi untuk menuju ke syurga”

Sabda Rasullullah SAW itu menggambarkan bahawa betapa Islam memberikan ganjaran

syurga kepada golongan yang mahu menuntut ilmu, memandangkan ilmu itu sangat penting

dalm membina kesejagatan manusia, mendekatkan manusia dengan perkara – perkara yang

baik. Kualiti dibawah MS ISO 9000 ialah keseluruhan ciri – ciri sesuatu entiti (produk dan

perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat.

Guru adalah pendidik yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk

kemajuan negara pada masa akan datang. Peranan guru dalam bidang pendidikan tidak dapat

dinafikan kepentingannya. Oleh yang demikian guru harus mempunyai kualiti diri yang

baik. Kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah.

1

Page 2: Pembelajaran Sepanjang Hayat

Seorang guru yang memperolehipengetahuan dalam bidang pendidikan adalah guru yang

bertauliah. Guru ini akan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti

ilmu psikologi kanak – kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu mengenai kurikulum dan sebagainya.

Guru yang melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah

memperolehi kualiti profesional dan konteks pendidikan.

2.0 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan yang

disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakkan pegawai yang bertanggungjwab keatas

biro pendidikan dewasa, pertubuhan pendidikan, saintifik dan kebudayaan pertubuhan bangsa-

bangsa bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa

pendidikan tidak sepatunya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi

seseorang itu di sepangjang hayatnya.

Manakala dalam satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk

“Learning To Be” menyatakan bahawa capaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan

kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu

sahaja. Ia sebaliknya perlu disebatikan kedalam keseluhuran anggota masyarakat dan

kehidupan.

Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sapanjang

hayat ini dapat dikanalpasti menerusi tiga sebab utama yang dikenali juga “The Three Es” iaitu

pekerjaan, memberi kuasa dan keseronokan. Di Jepun kesedaran tentang kepentingan

pembelajaran sepanjang hayat ini mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai

“Employability Fever” dimana ahli masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki kelulusan atau

kemahiran tertentu bagi menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang

yang mereka minati

Menyedari hakikat tentang pentingnya pendidikan sepanjang hayat bagi memakmurkan

dan memajukan Negara, kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa tindakan proaktif

antaranya mengubal beberapa dasar dan meletakkan komponen pendidikan sepanjang hayat

sebagai teras utama dalam perancangan pembangunan Negara.

Konsep pendidikan sepanjang hayat merangkumi pengertian yang begitu luas , konsep

ini merangkumi proses pendemokrasian pendidikan yang memberi peluang pendidikan seluas-

luasnya kepada setiap individu tanpa mengira kelas social kaum, umur dan juga jantina.

Peluang pendidikan yang diberikan adalah bagi meningkatkan pengetahuan kemahiran dan

2

Page 3: Pembelajaran Sepanjang Hayat

kompetensi seseorang. Pendidikan sepanjang hayat boleh di lakukan samada secara formal

seperti di sekolah institusi pengajian dan pusat latihan vokasional ataupun secara tidak formal

iaitu berdasarkan pengalaman dan latiahan ditempat kerja masing-masing. Cara pendekatan

pendidikan sepanjang hayat ini boleh di pelbagaikan supaya mudah di akses oleh pelajar

seperti melalui pembelajaran ataupun kursus secara pos. pendidikan sepanjang hayat yang di

laksanakan oleh IPT tempatan menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh, pendikan

flaksibal, pengiktirafan pengalaman bekerja dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan

pengetahuan dan kemahiran diri.

Melalui direktori pembelajaran sepanjang hayat peringkat nasional 2012/2013 ,

pendidikan sepanjang hayat terdiri daripada empat kluster namun begitu hanya 3 kluster sahaja

yang ditawarkan kepada orang awam. Kluster pertama ialah program pengajian separa masa di

peringkat sijil, Diploma, Ijazah dan ijazah lanjutan termasuk e,learning. Manakala kluster ke dua

adalah program pengajian berbentuk teknikal dan kemahiran yang tempohnya tidak melebihi 6

bulan . kluster ke tiga adalah program pengajian untuk peningkatan ilmu dan kemahiran bagi

pembangunan diri.

Sebanyak 15 kementerian serta pelbagai agensi dibawahnya menawarkan pelbagai

program dan bidang yang bersesuai untuk pembelajaran sepanjang hayat. Kementerian yang

paling banyak menawaarkan program ini adalah di bawah kementerian Pengajian Tinggi yang

mana hamper semua IPT tempatan menawarkan program yang bersesuai termasuk politeknik

dan kolej komuniti.

2.1 KEPENTINGAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT.

Menuntut ilmu merupakan satu keperluan asas yang wajib bagi setiap individu tanpa

mengira kaum dan agama. Konsep pendidikan sepanjang hayat bukanlah suatu perkara baharu

sebaliknya konsep ini telah lama diamalkan oelh kebanyakkan masyarakat dunia. Kemajuan

sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri individu

atau modal insannya. Dalam pembangunan modal insan perkara-perkara yang berkaitan

dengan pendidikan dan pembelajaran baik yang bersifat ilmiah professional mahupun

vokasional diberi perhatian yang serius. Pembelajaran sepanjang hayat berperanan besar

3

Page 4: Pembelajaran Sepanjang Hayat

dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat menghasilkan

satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh seseorang individu masyarakat dan juga

Negara. Jika dikaitkan konsep pembelajaran sepanjang hayat ini dengan ajaran agama islam

wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. di dalam sural al-Alaq adalah

berupa satu suruhan supaya baginda membaca walaupun baginda seorang yang buta huruf

dan sudah berusia 40 tahun pada masa tersebut. Intepati wahyu perta itu juga menjelaskan

kepada kita bahawa SWT. mewajibkan umat manusia supaya menuntut ilmu pengetahuan

batas usia mahupun kekangan-kekangan yang ada baik yang berupa halangan kebendaan

kewangan mahupun fizikal tidak seharusnya dijadikan sebagai suatu halangan kepada kita

untuk menuntut ilmu kerana dalam agama Islam ia merupakan satu proses yang berterusan

dan berpanjangan.

Oleh itu setiap guru perlu mempunyai semangat dan cita-cita yang kuat untuk

meneruskan kehidupan dengan menambahkan ilmu di dada. Pembelajaran boleh belaku

secara formal ataupun tidak formal setiap guru perlu mengemaskinikan ilmu dan kemahiran

dalam memastikan perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru yang sejajar dengan

perubahan dan cabaran yang dihadapi dari satu masa ke satu masa.perubahan yang belaku

dalam era globalisasi pada hari ini menuntut setiap guru menguasai ilmu dan kemahiran dalam

bidang yang berkaitan dengan pendidikan, pada waktu yang sama unsur-unsur insanian tidak

boleh diabaikan sama sekali memandang unsure-unsur insaniah yang menjurus kearah nilai-

nilai kemanusian dan kekutan spiritual menjadi tuntutan yang akan menyeimbangkan kehidupan

manusia maka setiap guru perlu mempunyai plan pembelajaran kendiri yang berupa rancangan

dan peluang-peluang yang ada perlu direbut oleh setiap guru dalam usha meningkatkan ilmu

dan kemahiran.

3.0 PLAN PEMBELAJARAN PERIBADI

Perkembangan dalam dunia pendidikan menuntut setiap guru meningkatkan ilmu dan

kemahiran mereka sejajar dengan tuntutan semasa. Pembelajaran sepanjang hayat adalah

suatu amalan yang sangat tepat dan para guru perlu mengamalkannya dalam kehidupan

mereka. Memandang guru ialah contoh dan rol model yang paling dekat dengan murid , maka

belajar bagaimana belajar ( Learn how to learn) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan

tindakan oleh guru sendiri. Dalam konsep pembelajaran sepanjang hayat pencarian ilmu tidak

4

Page 5: Pembelajaran Sepanjang Hayat

boleh dibatasi oleh masa dan tempat sebaliknya pembelajaran perlu belaku sepanjang hayat

dalam pelbagai situasi , tambahan dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi

pada hari ini pencarian ilmu bukanlah satu perkara yang mustahil. Pembelajarn sepanjang

hayat memerlukan guru – guru bersiap sedia dengan plan pembelajaran peribadi yang

antaraanya adalah seperti berikut.

Pembelajaran di rumah, biasanya dikendalikan oleh ibubapa atau tutor. Pembelajaran

boleh belaku melalui pengawasan sesuatu pihak yang menyediakan kurikulum yang diluluskan.

Pada masa sekarang terdapat beberapa program pendidikan yang boleh berlangsung di rumah,

antaranya pembelajaran melalui talian atau dikenali sebagai online learning (OLL) merupakan

suatu pendekatan yang membolehkan seseorang meneruskan pengajian tanpa perlu berada di

kolej atau university untuk berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pensyarah.

Pendidikan dewasa berupa proses pembelajaran dalam kalangan dewasa melalui

kursus atau program-program pengajian lanjutan sema ada di kollej atau universiti. Peluan

meningkatkan ilmu turut belaku di tempat-tempat kerja yang kerap dirujuk sebagai latihan

pembangunan staf. Untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kompentensi dalam kerjaya

masing-masing. Kalangan dewasa juga boleh meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu

bidang yang diminati dan digemari oleh mereka untuk peningkatan peribadi.

Pendidikan berterusan hamper serupa dengan konsep pendidikan dewasa yang lebih

tertumpu kepada usha seseorang untuk menyambung pengajian di sesebuah kolej atau

university untuk memperolehi sijil , diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh

masa atau secara sambilan . pendidkan berterusan merupakan peluang kepada seseorang

untuk mencapai pendidikan yang lebih tinggi.terdapat pelbagai kaedah dalam pendidkan

berterusan , antaranya pembelajaran yang belaku secara tradisional yakni pembelajaran yang

dijalankan di bilik kuliah dan makmal.

Pengetahuan pekerja berfokus kepada peningkatan profesionalisme dan latihan

kerjaya. Pengetahuan perkerja menjadi kayu pengukur terhadap pengetahuan terhadap

keupayaan seseorang dalam bidang perkerjaan yang sedang dijalankan oleh mereka.mereka

sepatutnya mempunyai maklumat berhubung bidang perkerjaan mereka sehingga mampu

menganalisis , mereka bentuk dan membangunkan bidang yang diceburi oleh mereka.

Kemahiran menjalankan kajian mengupayakan mereka mengenal pasti masalah dan

5

Page 6: Pembelajaran Sepanjang Hayat

mengemukakan cadangan mengatasi masalah sehingga sebuah organisasi mampu

memperoleh kualiti dan mencapai matlamat.

Persekitaran Pembelajaran Kendiri (PPK) merupakan satu sistem pembelajaran yang

memerlukan pelajar mengurus dan mengawal pembelajaran sendiri. Pelajar perlu memahami

dan menentukan matlamat pembelajaran, menguruskan pembelajaran sendiri dan bersedia

berinteraksi dengan pihak lain dalam memastikanaa proses pembelajaran mencapai matlamat.

Pengalaman belajar secara formal dan tidak formal merupakan gabungan yang

menyempurnakan sesuatu persekitaran pembelajaran kendiri. Pelajar perlu memiliki kemahiran

social yang membolehkan mereka berhubung denga pihak lain dalam usaha perkongsian ilmu

dan merentas sempadan intitusi untuk memperolehi pelbagai sumber.

4.0 BUDAYA MENYELIDIK

Budaya menyelidik dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya dalam kalangan

guru masih belum menyeluruh. Penyelidikan merupakan salah satu aktiviti yang sangat

berkesan dalam pepbelajaran sepanjang hayat memendangkan menerusi penyelidikan kita

mula berfikir , merancang , melakukan tinjuan dengan membaca pelbagai bahan terutama hasil

dapatan kajian pihak lain, menyediakan item-item soalan menganalisi dan menulis laporan.

Proses penyelidikan mendorong kea rah pemikiran yang yang tinggi sehingga ke peringkat

analisis dan melatih kita menjadi peka dan berpemikiran kreatif. Selain itu, penyelidikan

membolehkan kita mencungkil pelbagai perkara baharu yang membolehkan kita mencadang

sesuatu tindakan yang lebih terkini dan sesuai.

Bagi kalangan guru,jenis penyelidikan yang paling sesuai ialah Penyelidikan Tindakan

(PT) . walaupun pihak lain turut melaksanakan PT untuk meningkatkan kualiti produk dan

perkhidmatan, namun bagi kalangan guru , PT membolehkan guru mengenal pasti isu dan

masalah berkaitan dengan pengurusan pengajaran , disiplin dan sikap pelajar, kepimpinan dan

pengurusan sekolah dan perkara-perkara lain mengenai sitem pendidikan.

Penyelidikan Tindakan (PT) mula diperkenalkan oleh Kurt Lewin (1946) apabila Berjaya

menulis tentang isu-isu komuniti . Pada tahun 1973-1976 John Elliot dan Clem Adelmen telah

menggunakan metodologi PT dalam Ford Teaching dalam usaha membantu guru-guru 6

Page 7: Pembelajaran Sepanjang Hayat

menggunakan beberapa persoalan di dalam bilik darjah. Aktiviti penyelidikan dalam kalangan

guru bermula di United Kingdom oleh Stenhouse (1971, 1975) bersama-sama dengan

humanities Curriculum Project yang berpendapat bahawa pengajaran sepatutnya berdasarkan

penyelidikan dan keutuhan pendidikan dan guru mampu dipertingkatkan sekiranya penyelidikan

selari dengan pembangunan kurikulum.

5.0       KEPENTINGAN MENYELIDIK

Setiap hari, guru perlu melakukan pelbagai keputusan yang berkait rapat dengan

pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pengurusan bilik darjah (Noriati A. Rashid et al.

2010). Sebenarnya, semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru telah

terlibat secara tidak langsung dengan proses penyelidikan seperti merancang pengajaran,

membantu murid dalam proses pembelajaran, menguruskan bilik darjah, menilai hasil kerja

murid dan memberikan maklum balas pencapaian murid-murid kepada ibu bapa. Walaupun ia

menyerupai proses pengajaran, namun jika dinyatakan semula dengan cara dan kupasan yang

berbeza dan lebih ilmiah serta mengaplikasikan reka bentuk kajian, melaksanakan pelan

tindakan, memerhati, mengumpul data, menganalisa data dan mengubahsuai strategi

pengajaran mengikut keperluan murid, ia lebih menepati takrifan penyelidikan.

            Elliot,1991 (dalam Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran oleh Chow F.

M et al.) menegaskan bahawa guru-guru memperoleh manfaat dengan melakukan penyelidikan

Terhada proses pengajaran dan pembelajaran seperti:

Menambah baik amalan P&P kendiri guru yang secara langsung terlibat dalam

suasana p&p. Sebagai seorang pendidik mereka harus sedar tentang teori peribadi yang biasa

digunakan dalam P&P. Isu dan masalah semasa mengendalikan P&P perlu diambil perhatian

yang sewajarnya untuk diselidiki semasa merancang serta membuat penambahbaikan

pendekatan yang akan dilaksanakan dalam P&P. sekiranya guru gagal membuat penyelidikan

untuk mengesan masalah pembelajaran yang belaku menyebabkan proses P&P belaku dalam

suasana yang membosan bagi pelajar serta menyebatkan objektif pengajaran yang dihasratkan

untuk dikuasai oleh pelajar tidak akan tercapai.

7

Page 8: Pembelajaran Sepanjang Hayat

Tugas mendidik bukannya mudah. Untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang

berkaitan dengan tugas mendidik perlu menggunakan pelbagai cara dan teknik yang

bersesuaian. Sehubungan dengan itu, penyelidik yang berkualiti seharusnya tidak berputus asa

untuk terus mencuba strategi yang baru dan sentiasa memperbaharui kemahiran selaras

dengan perkembangan murid-murid.

Seruan memupuk budaya penyelidikan bukan bermula sejak kebelakangan ini, malahan

telah bermula sejak tahun 1993 di mana Dr. Wan Zahid (dalam kajian Guru Sebagai Penyelidik:

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekerapan Aktiviti Kajian Tindakan Di Sekolah oleh Lee S.

G, 1997) menyarankan supaya  guru-guru besar menggalakkan guru-guru di sekolah masing-

masing menjalankan kajian tindakan. Saranan beliau adalah berikutan daripada usaha

Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu yang memperkenalkan Projek PIER

(Programme for Innovation, Excellence and Research) yang salah satu tujuan utamanya adalah

memupuk budaya penyelidikan di kalangan pengurus pendidikan dan pendidik melalui kajian

tindakan. Ini membuktikan bahawa penyelidikan tidak dilaksanakan pada satu tempoh masa

saja tetapi adalah berterusan .

Sebagai guru yang berfikiran reflektif, sudah tentu mereka menganggap bahawa

penyelidikan ini sebenarnya sangat-sangat membantu diri, rakan sejawat dan juga masyarakat

dalam mengetahui sesuatu isu yang dikupas. Dalam melaksanakan penyelidikan, guru akan

melakukan pelbagai carian, melaksanakan pemerhatian, merekod data, menganalisis dan

melaporkan dapatan kajian masing-masing. Tinjauan yang dilakukan adalah bersesuian dengan

amalan di bilik darjah. Kepentingannya ialah guru dapat mempertingkatkan profesionalisme

melalui penyelidikan yang dilaksanakan. Guru merupakan individu yang menguasai kandungan

kurikulum subjek yang diajar serta mengetahui cara pelaksanaannya. Ini bermakna,

pengetahuan tentang kurikulum mestilah berdasarkan tugas yang dilaksanakannya. Pengamal

kurikulum seperti guru sepatutnya menjalankan kajian berdasarkan tugas-tugas mengajar.

Dengan kata lain, guru mesti memahami dan menghayati matlamat serta hasil pembelajaran

yang diharapkan daripada subjek tersebut. Seterusnya, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

yang sesuai. Namun begitu, tidak semua hasil pembelajaran berjaya dicapai. Oleh itu, refleksi

penting untuk mengesan masalah yang dihadapi, membuat andaian punca wujudnya masalah

tersebut.bagi membuktikan andaian adalah benar, kajian perlu dilaksanakan secara sistematik

8

Page 9: Pembelajaran Sepanjang Hayat

untuk memperbaiki masalah tersebut. Kepakaran sebagai seorang guru berupaya ditingkatkan

dalam perkembangan kurikulum dan refleksi pengajaran seterusnya dapat melahirkan budaya

profesional di sekolah.

Seterusnya, kepentingan penyelidikan adalah penyepaduan teori dan amali. Teori

pengajaran dan pembelajaran telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidik seperti Teori

Behaviorisme, Humanistik, Kognitif dan Konstruktivis. Di samping itu, terdapat juga pelbagai

jenis pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang boleh dilaksanakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Melalui penyelidikan, guru boleh menyepadukan teori

pengajaran dengan amalan. Sebagai contoh, guru boleh mengaplikasikan teori Kecerdasan

Pelbagai oleh Howard Gardner dalam bilik darjah dan melihat sejauh mana ia memberi kesan

terhadap pembelajaran murid. Pada saya, tidak semestinya teori yang digunakan pada kali

pertama terus berkesan kepada murid-murid. Guru perlu mencuba pelbagai kaedah yang paling

sesuai dengan gaya pembelajaran murid.

        

Selain itu juga Melalui budaya penyelidikan Tindakan juga, akan memberi peluang

kepada guru untuk mengamalkan budaya koloborasi dengan pihak lain. Maklumat-maklumat

yang diperolehi semasa malksanakan PT boleh dikongsi bersama dengan sekerja lain yang

bersedia bertukar maklumat bersama. Hal ini akan membantu guru dalam usaha meningkatkan

profesionalisme seorang guru. Maklumat-maklumat yang dikongsi boleh dijadikan panduan bagi

setiap guru untuk memikirkan cara yang terbaik semasa melaksanakan proses pengajaran

dalam bilik darjah.

Seterusnya melalui penyelidikan Tindakan juga, dapat membina budaya reflektif yang

membentuk diri berpemikiran kreatif dan bersikap terbuka, mampu menerima dan mengaku

kelemahan diri serta bersedia memperbaiki dan berubah, malahan mampu menambah baik

amalan kendiri. Penyelidikan Tindakan akan melibatkan proses yang berterusan dan kemajuan

pada penyelidik  melalui pengenalpasti fokus dan situasi membina rancangan tindakan,

mengumpul dan menganalisis data dan mempersembahkan dapatan kepada orang lain untuk

memperolehi maklum balas.Dapatan-dapatan dari pendekatan reflektif dugunakan untuk

memperbaiki rancangan tindakan atau mengenal pasti situasi baharu pada kitaran seterusnya.

9

Page 10: Pembelajaran Sepanjang Hayat

6.0       FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI AMALAN PENYELIDIKAN

            Dalam penyelidikan yang dilakukan oleh Lee S. G (1997) beliau mengemukakan faktor-

faktor utama yang memenuhi kekerapan penyelidikan tindakan yang dilaksanakan oleh guru-

guru iaitu persepsi mereka terhadap kepentingan penyelidikan, kemahiran melaksanakan

penyelidikan, kesesuaian iklim sekolah bagi melaksanakan penyelidikan dan cabaran yang

dihadapi semasa melaksanakan penyelidikan. Di samping itu, terdapat juga faktor-faktor lain

seperti faktor masa dan keterbukaan dalam mengakui kelemahan.

            Faktor-faktor yang dinyatakan sememangnya membelenggu guru-guru yang

menyebabkan mereka tertangguh untuk melaksanakan penyelidikan. Contohnya, tidak ramai

guru yang menyedari akan kepentingan penyelidikan bagi jangka masa panjang. Ia membantu

dari segi merancang strategi dan kaedah yang bersesuaian sebelum menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran. Namun, berlainan pula dengan guru yang sedar dengan

kebaikan melaksanakan penyelidikan, sudah tentu mereka tidak teragak-agak untuk

memberikan komitmen sepenuhnya dalam bidang penyelidikan. Kemudian, faktor kesesuaian

iklim sekolah turut mempengaruhi amalan penyelidikan. Pada pendapat saya, jika tiada

dorongan daripada ketua iaitu guru besar, maka guru-guru kurang bermotivasi untuk

melaksanakan penyelidikan. Begitu juga dengan situasi yang tidak mendesak contohnya guru

tidak menghadapi masaalah pembelajaran yang berat dan sentiasa berjaya menyelesaikan

setiap masalah, maka dia berasa tidak perlu untuk membuat penyelidikan tindakan. Disebabkan

itulah Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Hashim Yaacob (Berita Harian,12 Mei

2005) berkata, ketua organisasi iaitu guru besar atau pengetua digesa membuat kajian tindakan

bagi menjadikan ia budaya dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Beliau berkata lagi, penyelidikan membantu guru-guru membuat sesuatu keputusan yang lebih

bijak, berkesan dan profesional selain berupaya menguji keberkesanan sesuatu teori

pembelajaran dan kaedah P&P yang sesuai dengan persekitaran selain penerimaan

masyarakat dan murid-murid. Tambah  beliau lagi, pendidikan berkualiti memerlukan pengetua

atau guru besar yang berkualiti bukan saja dari segi fizikal, malah kebijaksanaan dalam

mewujudkan interaksi antara guru, kakitangan dan murid-murid.

            Seterusnya, halangan dan kekangan yang dihadapi oleh guru-guru menyukarkan

mereka untuk menyelidik. Mungkin kerana faktor bebanan tugas yang semakin menimbun pada

masa kini menyebabkan mereka mengabaikan kepentingan menyelidik dan melupakan

kebaikannya. Tidak dinafikan, faktor kekangan masa mengakibatkan guru kurang mengamalkan 10

Page 11: Pembelajaran Sepanjang Hayat

penyelidikan. Warga pendidik seharusnya tidak mengelak dalam melaksanakan penyelidikan ini

atas faktor-faktor seperti yang disebutkan tadi. Memetik kata-kata Timbalan Pengarah Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar (EPRD) Kementerian Pelajaran Malaysia, Amir Mohd

Salleh (DJ Dolasoh, Berita Harian, 29 September 2009), setiap guru perlu mencontohi guru di

negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea yang membuat kajian tindakan

terhadap bidang kerjaya mereka. Ia sebagai alat penilai dan perlu menganggapnya sebagai

sebahagian daripada bidang tugas untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan. Dengan kenyataan ini, maka terbuktilah bahawa untuk

menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, guru-guru yang perlu memulakan langkah untuk

melakukan transformasi agar kualiti pembelajaran semakin berkualiti dan bertaraf dunia.

           Guru-guru yang menginginkan pendidikan bertaraf dunia tidak seharusnya mengabaikan

dan menangguh pelaksanaan penyelidikan ini kerana sudah tentu penyelidikan yang dibuat

bukan saja meningkatkan kualiti pengajaran diri sendiri, bahkan dapat membantu meningkatkan

atau menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran guru-guru lain yang menghadapi

masalah yang sama.

           

7.0       IMPLIKASI PENYELIDIKAN

11

Page 12: Pembelajaran Sepanjang Hayat

            Sesuatu tindakan yang diambil sudah pasti ada pro dan kontranya.  Tidak terkecuali

dalam melaksanakan penyelidikan ini. Kebaikan kajian tindakan ialah:

a) Membantu memperbaiki amalan proses pengajaran dan pembelajaran

b) Meningkatkan pemahaman dan ilmu pengetahuan tentang amalan bilik darjah.

c) Memberi tumpuan kepada isu/masalah semasa.

d) Membantu guru lain menyelesaikan masalah yang hampir serupa.

e) Merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan

f) Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan

pencapaian objektif pembelajaran.

g)  Menyediakan guru agar menjadi penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru dan

sanggup    menerima perubahan terhadap kurikulum.

h)  Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang

perancangan dan     tindakan

Namun begitu, ada pendapat yang mengkritik kajian tindakan ini. Hodgkinson (dalam

kajian Lee S. G ,1997 yang bertajuk Guru Sebagai Penyelidik: Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Kekerapan Aktiviti Kajian Tindakan di Sekolah) mengkritik kewibawaan guru

untuk menjalankan penyelidikan. Pada pendapat beliau, guru tidak mempunyai ilmu yang

secukupnya untuk menjalankan penyelidikan yang lengkap. Kegagalan guru untuk menguasai

ilmu dalam melaksanakan penyelidikan ini akan memberi kesan dari segi pengumpulan data

maklumat yang tidak tepat dan tidak sesuai untuk diguna pakai semasa merancang perubahan

atau membuat perubahan-perubahan tertentu untuk diaplikasikan dalam proses P&P.

Di samping itu, guru tidak mempunyai masa yang mencukupi disebabkan bebanan

tugas yang berat. Sememangnya tugas guru di sekolah mempunyai jadual kerja yang agak

padat iaitu terpaksa membahagikan masa antara pengajaran dalam bilik darjah serta tugas-

tugas lain yang diarahkan oleh pentadbir sekolah. Guru tidak mempunya cukup masa yang

mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja penyelidikan ini dengan sempurna, hai ini akan

menyebabkan data-data yang diperolehi tidak begitu sesuai untuk dijadikan sumber dalam

membuat perancangan serta mengatur strategi untuk digunakan dalam P&P.

8.0       PENUTUP

12

Page 13: Pembelajaran Sepanjang Hayat

           Budaya penyelidikan diber iHarus pendedahan sejak dari awal lagi supaya ia menjadi

satu budaya di sekolah. Ini bermakna, penyelidikan tindakan dijadikan sebagai tugasan di

Institut Pendidikan Guru (IPG) supaya guru pelatih menjadi mahir dari semasa ke semasa untuk

menjalankan penyelidikan tindakan. Apabila mengajar kelak, tiada timbul isu guru kurang mahir

dalam menyelidik kerana telah diberi latihan dan bimbingan yang cukup semasa belajar.

            Guru melaksanakan penyelidikan tindakan sekurang-kurang satu kajian dalam setahun.

Tujuannya adalah supaya mereka lebih peka dengan masalah dalam bilik darjah dan bersama-

sama untuk menyelesaikan perkara ini bersama-sama tanpa hanya menyerahkan tugas kepada

pihak lain. Justeru, pada setiap tahun, kaedah dan strategi pengajaran akan berubah-ubah

mengikut situasi dan tahap murid-murid di samping meningkatkan minat murid-murid terhadap

mata pelajaran. Guru besar perlu mewajibkan setiap guru untuk membentangkan dapatan

mereka kepada rakan sejawat yang lain. Dengan cara ini juga, sesi perbincangan akan

diadakan dan isu tersebut dibincangkan dengan lebih mendalam serta cadangan dan idea baru

dikemukakan supaya guru yang menyelidik itu mendapat maklum balas positif dan negatif

terhadap kajiannya.

            Secara keseluruhannya, guru sememangnya tidak boleh lari daripada proses

penyelidikan yang berupaya menaik taraf kualiti pendidikan negara. Guru bukan hanya

berperanan untuk mengajar saja tetapi perlu memahami serta menghayati tujuan dan matlamat

pendidikan dengan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Selaras dengan

perkembangan dunia globalisasi, sememangnya tugas guru lebih mencabar. Sehubungan itu,

guru perlu meningkatkan kepakaran khususnya dalam mata pelajaran yang diajar. Peningkatan

kepakaran ini salah satunya boleh diperoleh daripada peranan guru sebagai penyelidik.

            Akhir kata, penglibatan guru dalam bidang penyelidikan tindakan adalah amat-amat

digalakkan agar kualiti pendidikan semakin meningkat dan akan setaraf dengan kualiti

pendidikan di negara maju.

Bibliografi

13

Page 14: Pembelajaran Sepanjang Hayat

Foo Say Fooi ( 2005 ). Etika Perguruan Jaminan Peningkatan Profesionalisme . Penerbit UPM, Serdang Selangor.

Jamaliah Abdul Hamid,Norashimah Ismail ( 2005 ). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Teori, Polisi dan Pelaksanaan Penerbit UPM, Serdang Selangor.

Mok Soon Sang ( 2006 ). Nota Pengurusan Pengajaran Pembelajaran.Multimedia ES Resources Sdn. Bhd., Selangor.

Noriati A. Rashid,Boon Pong Ying,Wong Kiet Wah ( 2010 ). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Oxford FajarSdn. Bhd., Selangor

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie,Foo Say Fooi ( 2003). Pengurusan dan kepimpinan Pendidikan Satu Langkah Kehadapan., Penerbit UPM, Serdang Selangor.

Bahan Internet

http://riaucpd.files.wordpress.com/2011/10/bab-1-guru-sebagai-penyelidik-1-12.pdf

http://pomiziactionresearch.wordpress.com/kajian-tindakan/about/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian

14