pembangunan web portal berasaskan moodle … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan...

27

Upload: nguyenanh

Post on 12-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

 

Page 2: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

 

Page 3: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE YANG

BERTAJUK VARIOUS FORMS OF ENERGY UNTUK MATA PELAJARAN

SAINS TINGKATAN SATU

KONG SING SAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

April, 2009

Page 4: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

 

Page 5: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

iii  

DEDIKASI

Khas dibuat untuk ibu yang tersayang

Catherine Wong Hung Ping

Dan juga kakak yang dikasihi

Anne Kong Sing Kah

Doa dan sokongan yang diberi sepanjang masa amat dihargai

Kepada rakan-rakan seperjuangan

Choo Tsun Tsun, Siew Teck Ha, Tai Li Yung,

Chiam Yean Jwee dan Wong Twee Chiang

Bantuan dan dorongan yang diberikan

akan dikenang selama-lamanya.

Page 6: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

iv  

PENGHARGAAN

Saya amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan projek sarjana muda saya

dengan lancar dan lengkap. Sepanjang projek ini dijalankan, pengalaman dan banyak

cabaran dihadapi menyebabkan saya lebih teguh dalam menghadapi pelbagai cabaran

pada masa depan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepda penyelia tesis saya,

Tuan Haji Muslim bin Jonid atas segala bantuan yang dihulurkan. Beliau telah

memberikan banyak teguran, bimbingan, dorongan serta nasihat yang bernas sepanjang

satu tahun ini. Beliau sentiasa berfikiran terbuka dan menerima segala pandangandan

pendapat dengan adil dan saksama.

Rakan-rakan seperjuangan turut memberi dorongan dan bantuan kepada saya

dalam menempuhi cabaran sepanjang menghasilkan projek ini. Ribuan terima kasih saya

ucapkan atas bantuan mereka.

Segala penghargaan turut disampaikan kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam menyempurnakan projek sarjana muda ini.

Page 7: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

v  

ABSTRAK

Projek pembangunan web portal modul BBM yang bertajuk Various Forms

of Energy untuk mata pelajaran sains Tingkatan Satu ini dibangunkan dengan

berasaskan Moodle dalam Bahasa Inggeris. Modul ini dibangunkan dengan

menggunakan perisian Microsoft Powerpoint 2007, Adobe Photoshop CS2, Ulead

Cool 3D, Sony Sound Forge 8.0, Sony Vegas 7.0, Xara 3D5, Ulead Gif Animator 5.0,

dan Macromedia Flash 8.0. Demikian, elemen-elemen multimedia seperti teks,

grafik, animasi, audio, video, hiperteks, dan hipermedia disepadukan bersama ke

dalam modul ini menjadikannya menarik, lengkap, dan mesra pengguna. Isi

kandungan yang dapat dicapai di Moodle adalah objektif pembelajaran, isi

kandungan bagi semua sub-topik, ringkasan keseluruhan topik, kuiz formatif, kuiz

sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan

pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

memperkukuhkan permahaman dan penguasaannya terhadap topik ini. Para guru

turut dapat menggunakan modul BBM ini yang telah dimuat turun dari Moodle

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Pelajar turut sama dapat

menggunakan modul BBM ini di rumah mereka. Selain itu, pengguna berpeluang

untuk menguji tahap pemahaman melalui kuiz formatif dan sumatif di mana maklum

balas dan markah akan dipaparkan. Akhir kata, projek ini diharapkan dapat memberi

kemudahan kepada pengguna yang berminat dalam mempelajari topik Various

Forms of Energy.

Page 8: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

vi  

ABSTRACT

Development project web portal with the title of Various Forms of Energy for

Science subject in Secondary One is developed based on Moodle in English language.

This module teaching aids is established using various softwares such as Microsoft

Powerpoint 2007, Adobe Photoshop CS2, Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge 8.0,

Sony Vegas 7.0, Xara 3D5, Ulead Gif Animator 5.0, and Macromedia Flash 8.0.

Thus, multimedia elements like text, graphics, animations, audio, video, hypertext,

and hypermedia are united together into this module so as to make it interesting,

complete, and user friendly. The contents that can be attained from Moodle are

learning objectives, contents for every sub-topic, summary of the whole

topic,formative quizes, summative quiz, glossary, user guide, and mind games. With

the construction of this project, it has high anticipation to assist users in fortifying

their understanding and conquering in this topic. Fellow teachers can also make good

use of this module teaching aids in their teaching lessons by downloading it from

Moodle. On the other hand, students are able to revise this module at their very own

settlement. As well, users get the chance to test their understanding level through

formatives and summatives quizes whereby feedbacks and marks are validated. Last

but not least, this project is desired to act as facility for those users interested in

learning the topic of Various Forms of Energy.

Page 9: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 8

1.5 Objektif Modul Bahan Bantu Mengajar 8

1.6 Kepentingan Projek 9

1.7 Skop Projek 10

1.8 Rasional Pemilihan Tajuk 11

Page 10: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

viii

2 SOROTAN PENULISAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Definisi Istilah-Istilah 15

2.2.1 Modul 15

2.2.2 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 15

2.2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 16

2.2.4 Multimedia 18

2.2.5 Moodle 19

2.2.6 Portal Pendidikan 20

2.2.7 E-Pembelajaran (E-Learning) 21

2.2.8 Buku Berelektronik (E-Book) 22

2.3 Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar 23

2.4 Multimedia Dalam Pendidikan 23

2.5 Perbezaan Antara E-Book dan BBM Bermedia Elektronik 24

2.6 Ciri-ciri Modul BBM Yang Baik Dalam Portal Pendidikan 26

2.7 Kelebihan-Kelebihan Modul BBM Dalam Portal Pendidikan 27

2.8 Aspek Pedagogi Dalam Modul BBM dalam Portal Pendidikan 29

2.8.1 Pendekatan Pengajaran Sosiokonstruktivis 30

2.8.2 Strategi Pengajaran Induktif 32

2.9 Teori Pembelajaran 33

2.9.1 Teori Konstruktivisme 35

2.9.2 Teori Behaviourisme 36

Page 11: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

ix

3 METODOLOGI KAJIAN 38

3.1 Pengenalan 38

3.2 Penentuan Tajuk dan Skop 38

3.3 Pengumpulan Bahan dan Penjanaan Idea 39

3.4 Analisis Pembangunan 40

3.4.1 Pemilihan Model Pembangunan Rekabentuk 40

3.4.1.1 Fasa Analisis 41

3.4.1.2 Fasa Rekabentuk 42

3.4.1.3 Fasa Pembangunan 42

3.4.1.4 Fasa Pelaksanaan 42

3.4.1.5 Fasa Penilaian 43

3.4.2 Objektif Pengajaran 43

3.4.3 Kumpulan Sasaran 44

3.4.4 Senarai Isi Kandungan Pelajaran 44

3.4.5 Penilaian Pencapaian 44

3.4.6 Pemilihan Perisian Pembangunan 45

3.4.7 Pemilihan Perisian Multimedia 47

3.4.7.1 Adobe Photoshop CS2 48

3.4.7.2 Sony Sound Forge 8.0 48

3.4.7.3 Ulead Cool 3D 3.5 48

3.4.7.4 Macromedia Flash 2008 49

3.4.7.5 Ulead Gif Animator 5.0 49

3.4.7.6 Windows Movie Maker 49

3.4.7.7 Sony Vegas 8.0 50

3.4.7.8 Windows Sounds Recorder 50

3.4.7.9 Xara 3D 5.0 50

3.4.8 Pemilihan Perkakasan Pembangunan 51

3.4.8.1 Spesifikasi Perkakasan Cadangan Kepada Pengguna 51

Page 12: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

x

4 PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE 53

4.1 Pengenalan 53

4.2 Struktur-struktur Asas Web Portal berasaskan Moodle 53

4.2.1 Skrin login 54

4.2.2 Skrin Homepage 55

4.2.3 Skrin Montage 58

4.2.4 Skrin Objektif Pembelajaran 59

4.2.5 Skrin Plug-in Installation 60

4.2.6 Skrin Lessons 60

4.2.6.1 Skrin Set Induksi 61

4.2.6.2 Skrin Isi Kandungan 62

4.2.6.3 Skrin Latihan 63

4.2.7 Skrin Kuiz 64

4.2.8 Skrin Glosari 65

4.2.9 Skrin Forum 66

4.2.10 Skrin Kesimpulan 67

4.2.11 Skrin Permainan 68

4.2.12 Skrin Navigasi Tambahan 70

Page 13: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

xi

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 71

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan 71

5.2.1 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa Pembangunan Moodle 72

4.2.2 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa Pembangunan Modul 74

BBM

5.3 Kekuatan dan Kelemahan Moodle 75

5.3.1 Kelemahan Moodle 75

5.3.2 Kelebihan Moodle 75

5.4 Kekuatan dan Kelemahan Microsoft Powerpoint 2007 76

5.4.1 Kelemahan Microsoft Powerpoint 2007 76

5.4.2 Kelebihan Microsoft Powerpoint 2007 77

5.5 Cadangan 78

5.6 Kesimpulan 79

RUJUKAN 80

LAMPIRAN 82

Page 14: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

xii  

SENARAI JADUAL

 

 

 

NOMBOR TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbandingan Bahan Bantu Mengajar 17

2.2 Perbezaan Antara E-Book dan BBM Bermedia Elektronik 24

Page 15: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

xii  

Page 16: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

xii  

Page 17: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

xiii  

SENARAI RAJAH

NOMBOR TAJUK MUKA SURAT

4.1 Paparan Skrin Login 54

4.2 Paparan Skrin Panduan Pengguna 55

4.3 Paparan Skrin Homepage 56

4.4 Paparan Skrin Montage 58

4.5 Paparan Skrin Objektif Pembelajaran 59

4.6 Paparan Skrin Plug-in Installation 60

4.7 Paparan Skrin Lessons 61

4.8 Paparan Skrin Set Induksi (Animasi) 61

4.9 Paparan Skrin Set Induksi (Video) 62

4.10 Paparan Skrin Isi Kandungan (Gif Animator) 63

4.11 Paparan Skrin Isi Kandungan (Macromedia Flash) 63

4.12 Paparan Skrin Latihan (Soalan Jenis Padanan) 64

4.13 Paparan Skrin Latihan (Maklum Balas Jawapan) 64

4.14 Paparan Kuiz Formatif 65

4.15 Paparan Kuiz Sumatif 65

4.16 Paparan Skrin Glosari 66

4.17 Paparan Skrin Forum 66

4.18 Paparan Skrin Kesimpulan 67

4.19 Paparan Skrin Kesimpulan Modul BBM 67

4.20 Paparan Skrin Tugas Khas 68

4.21 Paparan Skrin Permainan 68

4.22 Paparan Skrin Permainan (Flash) 69

Page 18: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

xiv  

4.23 Paparan Skrin Permainan (Powerpoint) 69

4.24 Paparan Skrin Hiburan (Komik) 70

4.25 Paparan Skrin Jam Digital 70

4.26 Paparan Skrin Laman Web Lain 70

 

Page 19: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

xv

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH

BBM - Bahan Bantu Mengajar CAI - Computer Aided Instruction CAL - Computer Aided Learning CBI - Computer Based Instruction CBL - Computer Based Learning CBT - Computer Based Testing CD-ROM - Compact Disc Read Only Memory CMS - Content Management System HTML - HyperText Markup Language IMK - Interaksi Manusia dengan Komputer KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah LAN - Local Area Network MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment MSC - Multimedia Super Corridor OHP - Overhead Projector P&P - Pengajaran dan Pembelajaran PHP - Hypertext Preprocessor PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

Page 20: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan alat penting kepada pembangunan dan perubahan dalam

apa jua bidang pada masa kini. Perkembangan dunia hari ini menuntut setiap negara

bergerak menuju pembangunan yang pesat. Umpamanya, negara-negara maju berlumba

memperkenalkan penemuan dan teknologi terbaru. Semua perkembangan ini telah

meningkatkan tekanan kepada bidang pendidikan. Tekanan ini seterusnya menyebabkan

negara-negara di dunia mengambil langkah perlu agar mereka memenuhi segala

permintaan yang wujud dalam sektor pendidikan.

Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah mencadangkan beberapa

panduan untuk kemajuan negara Malaysia dalam abad Ke-21. Untuk mencapai objektif

menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 (Mahathir 1991),

penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat perlu. Institusi-institusi pengajian

tinggi terus meningkatkan peranan mereka dengan mengembangkan cara pengajaran dan

pembelajaran melalui cara berelektronik dan penglibatan multimedia dengan giat. Segala

Page 21: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

 

maklumat pengajaran dapat dikongsi melalui penggunaan Internet dengan kewujudan

web portal yang semakin aktif.

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK), satu pendekatan menggunakan

komputer untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah, program terancang

atau menggunakan komputer untuk pembelajaran dan pengajaran secara penemuan yang

memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer.

PBK juga dikenali sebagai Computer Aided Leaning (CAL). Guru atau pelajar perlu arif

tentang kesesuaian penggunaan PBK untuk mempelajari mata pelajaran tertentu.

Penggunaan PBK amat menarik dan menyeronokkan kerana terdapat gabungan grafik,

animasi, bunyi dan video merangsangkan dan tidak menjemukan. Kelebihan mobiliti

PBK iaitu ia mudah alih dan boleh dibawa ke mana-mana memudahkan kegunaannya

dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Penggunaan Internet masa kini berkembang dengan pesat di seluruh dunia

termasuk di Malaysia. Menurut Ahmad Basri (2003), dianggarkan bilangan pengguna

Internet sudah melebihi 500juta orang (http://global-reach.biz). Pengguna di Malaysia

boleh memohon perkhidmatan daripada Jaring, TMnet atau beberapa ISP (Internet

Service Provider) lain untuk mendapatkan akses Internet. Penggunaan Internet yang

meluas memastikan penggunaan komponen World Wide Web (WWW) pada masa kini.

Pengguna boleh memperoleh pelbagai jenis maklumat yang diingini hanya dengan

memetik tetikus pada teks dalam dokumen yang diketahui alamatnya, yang disambung

ke dokumen lain yang berkaitan.

Menurut Ahmad Basri (2003), sejak WWW menjadi popular pada tahun 1993, ia

menjadi tumpuan dalam bidang perniagaan, kajian dan pendidikan. Tersebar di serata

ruang siber, pelbagai contoh-contoh laman web yang disediakan oleh pendidik, pelajar

serta penyelidik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh laman web

  

Page 22: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

 

pendidikan ialah Portal Pendidikan Utusan, Bestarinet, CikguNet, Math Help, Physics

Central,dan sebagainya.

Pengajaran berelektronik (e-learning) adalah satu kaedah pengajaran dan

pembelajaran (P&P) yang baru dalam dunia pendidikan. Ia menjadi luas pada sekitar

penghujung tahun 1990an dan digunakan sebagai mod pengajaran bagi pendekatan

sepenuh masa dan sambilan. Melalui kaedah ini, fail-fail pengajaran boleh dibuka oleh

tenaga pengajar dan para pelajar dengan cara membuat capaian melalui internet ke

laman-laman web tenaga pengajar tersebut. Bagi sesetengah institusi pengajian yang

agak maju, selain tutorial, mereka juga boleh mengendalikan ujian dan peperiksaan

secara e-learning. Di Universiti Utara Malaysia, pakej “learningcare” adalah satu contoh

penggunaan kaedah pengajaran-pembelajaran secara e-learning berkenaan (UUM, 2004).

Di dunia Internet, terdapat seorang pencipta iaitu Martin Dougiamas, pendiri

software e-learning bernama Moodle. Moodle secara rasmi merupakan singkatan dari

Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment, tempat belajar dinamis

menggunakan model berorientasi objek. Beliau pernah memenangi penghargaan “The

Best Education Enabler” pada ajang “2008 Google-O’Reilly Open Source Awards”.

Beliau mewujudkan Moodle hanya semata-mata sebagai hobi, dan walaupun akhirnya

beliau membuat keputusan menganjak hobi tersebut kepada tesisnya untuk mendapatkan

gelaran PhD di Curtin University of Technology di Perth, Australia. Dengan Moodle,

guru memiliki kawalan penuh terhadap aktiviti belajar, penugasan, menentukan siapa

yang berhak mengikuti, tinjauan, journal, kuiz, forum diskusi, mengirim e-mail kepada

murid, dan sebagainya.

Murid tidak lagi dianggap sebagai “gelas kosong”, kerana berkeupayaan untuk

memberi komen di forum-forum atau segala maklumat yang dimuat ke Moodle. Hingga

Januari 2008, jumlah website yang menggunakan Moodle tercatat 38.896 website (yang

  

Page 23: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

 

rasmi didaftar) dan digunakan oleh 16927590 pengguna dengan jumlah bahan 1713438

buah.

Dr. Ahmad berkata, kepantasan evolusi Teknologi Maklumat dan

Telekomunikasi (ICT) kini mendorong guru dan pelajar supaya sentiasa meneroka dan

mengemaskini ilmu pengetahuan mengikut peredaran masa. Beliau menambah,

teknologi laman web yang pada satu ketika dulu amat popular kini sudah beralih kepada

portal yang lebih interaktif dan dinamik (Utusan Malaysia, 09-08-2002)

1.2 Latar Belakang Masalah

Moodle merupakan landasan untuk membantu proses P&P serta memudahkan

proses pembelajaran isi kandungan, perkembangan pemikiran aras tinggi dan

penyelesaian masalah. Perancangan sebelum pengajaran adalah penting untuk para guru

untuk memaksimumkan penggunaan Moodle secara berkesan. Melalui Moodle, guru

harus memindahkan bahan ini kepada bentuk difahami oleh komputer serta merancang

aktiviti-aktiviti pengayaan komputer yang sesuai.

Walaupun terdapat CD-ROM pengajaran yang dibekalkan oleh Kementerian

Pendidkan Malaysia kepada guru, mata pelajaran tertentu, namun guru hanya boleh

membuka CD tersebut dan membiarkannya berjalan sampai habis program. Melalui

Moodle, guru dapat memuat turun tiap-tiap bab mata pelajaran yang dikehendaki dan

memilih bab-bab tertentu untuk diajar dan proses P&P menjadi lebih fleksibel.

Guru juga tidak perlu bergantung kepada buku teks sahaja sehingga mewujudkan

budaya menghafal fakta-fakta sains semata-mata untuk penggredan keputusan

  

Page 24: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

 

peperiksaan. Menurut Stinner (1992), pelajar-pelajar cenderung menghafal fakta-fakta

saintifik dari diagram dan penerangan dalam buku teks. Menurut Blosser (1990), guru

terlalu bergantung kepada buku teks sains untuk mengenalpasti perkembangan dalam

bidang sains yang mereka ajar. Hal ini amat menyesalkan kerana penggunaan buku teks

sangat linear dan membosankan pelajar. Buku teks dan grafik tidak mampu

menunjukkan audio dan animasi, rajah yang berwarna juga sukar dihasilkan dengan

banyak memandangkan kos cetakan yang tinggi.

Presentasi dengan PowerPoint adalah presentasi visual. Pengguna memiliki

kekuatan untuk mengatur gerakan mata audien, memanipulasi emosinya, dan

mempercepat denyut jantung audien. Sebuah penelitian yang dilakukan oleh University

of Minnesota School of Management dan disponsori oleh 3M menemukan bahawa

presentasi visual lebih efektif dalam menyampaikan informasi dan mempengaruhi

audien daripada presentasi non-visual. Elemen-elemen visual presentasi jika digunakan

secara efektif dapat memberikan dampak yang besar pada audien.

Memandangkan perkembangan IT semakin pesat, guru dalam alaf baru ini perlu

memahirkan diri mereka dengan IT dan komputer. Kebanyakan guru menyediakan alat

bantu mengajar (ABM) dalam bentuk perisian komputer untuk digunakan dalam proses

P&P di sekolah. Menurut Zol Azlan Hamidim (1997), komputer digunakan sebagai satu

alat bantu mengajar supaya pelajar dapat memahami pelajaran dengan berkesan.

Penerapan Moodle diproses P&P adalah salah satu cara untuk guru mengikuti era IT dan

memuat turun fail-fail mata pelajaran yang diingini. Dengan cara ini, guru mampu

mengikuti perkembangan sains terkini dan memudahkan persediaan pengajarannya.

Pendidikan di alaf baru adalah hasil daripada peledakan dan perkembangan

teknologi maklumat yang pesat. Segala cabaran yang dihadapi harus ditangani dengan

bijaksana dan tangkas. Setiap guru dan pelajar harus memahami perubahan ini dan

  

Page 25: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

 

berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti kearah menimbulkan

suasana P&P yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

Dua orang ahli pendidikan dari Perancis Gagul dan Raise, berpendapat dalam

menentukan pemilihan media penyampaian pesan tertentu secara umum, ada kaitannya

dengan media pembelajaran. Dengan kata lain, teknik dan strategi penyampaian

informasi yang dilakukan oleh orang umum, pasti akan berlaku juga dalam dunia

pendidikan.Penggunaan internet yang meluas menggalakkan guru mencari bahan bantu

mengajar di Moodle. Tambahan pula, fail-fail yang dibangunkan dengan menggunakan

perisian-perisian mudah seperti Microsoft Office PowerPoint menggalakkan lagi

penggunaan pengguna di Moodle.

1.3 Pernyataan Masalah

Kegagalan penguasaan pembelajaran oleh pelajar dapat diperbaiki dengan

penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik minat pelajar. Menurut Mok Soon

Sang (1994a), salah satu penyebab kegagalan penguasaan pembelajran oleh pelajar ialah

bahan pengajaran yang disediakan kurang menarik minat pelajar. Jika dalam setiap sesi

pembelajaran pelajar berasa bosan, semakin lama nanti, pelajar akan bersikap sambil

lega dalam proses P&P dan melakukan kesalahan tingkah-laku seperti ponteng kelas.

Walaubagaimanapun, penggunaan BBM hanyalah semata-mata niat dan belum

diimplimentasikan secara luas di sektor pendidikan. Kekurangan tenaga mahir tempatan

yang pakar dalam pembangunan modul BBM menyebabkan usaha penggabungan

teknologi dalam proses P&P tidak menampakkan banyak kemajuan. Rakyat kita sendiri

perlu mencuba untuk membangunkan BBM mengikut acuan pemikiran kita sendiri,

tanpa bersandar dan bergantung kepada suapan orang lain.

  

Page 26: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

 

Di samping itu, guru pada era ini dibebani dengan tanggungjawab lain selain

mengajar. Antaranya ialah penglibatan dalam aktiviti sekolah sama ada di dalam atau

luar sekolah, dan pemegangan jawatan seperti panitia atau penasihat persatuan yang

menambah kerja beban kepada guru. Oleh itu, guru-guru juga tidak berkesempatan

untuk menyediakan modul BBM mereka. Menurut Kemp (1975), karakteristik sebuah

media pembelajaran merupakan dasar pemilihan media sesuai dengan situasi belajar

tertentu. Dia juga mengatakan, bahawa pengetahuan mengenai kekurangan dan

kelebihan tertentu yang dimiliki oleh sebuah media pembelajaran, adalah sesuatu yang

sangat penting diketahui oleh para tenaga pendidik. Menurut Baharuddin (2001),

penggunaan ABM yang canggih atau yang berbentuk elektornik jarang sekali digunakan.

Dengan ini, pembangunan Moodle dapat memudahkan kerja para guru dan menyediakan

rancangan pengajaran dengan cepat.

Menurut hasil kajian Mariapan (1999), kuantiti ABM sains di kebanyakan

sekolah menengah didapati belum mencukupi. Untuk membolehkan rakyat Malaysia

bergerak seiring dengan dunia globalisasi, kerajaan telah melaksanakan English For

Teaching Mathematics and Science (ETeMs) diwujudkan di sekolah mulai tahun 2003.

Mata pelajaran Sains dan Matematik mulai diajar dalam Bahasa Inggeris untuk

Tingkatan 1 dan Darjah 1. Maka, lebih banyak modul BBM dalam Bahasa Inggeris

diperlukan dan penghasilan modul BBM ini menjadi satu alternatif dalam pemilihan

BBM untuk para guru.

Menyedari akan masalah yang timbul, maka pengkaji berusaha untuk

membangunkan sebuah modul PBK bertajuk “Various Forms Of Energy” bagi

matapelajaran Sains sebagai usaha membantu dalam proses pemahaman pelajar-pelajar

dalam topik tersebut.

  

Page 27: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE … · sumatif, glosari,forum, panduan pengguna, dan permainan minda. Dengan pembangunan projek ini, diharapkan dapat membantu pengguna dalam

 

1.4 Objektif Projek

Objektif pembinaan modul bahan bantu mengajar (BBM) adalah bertujuan:

i) Membangunkan web portal berasaskan Moodle yang bertajuk “Various

Forms Of Energy” untuk mata pelajaran Sains Tingkatan 1 dalam versi

Bahasa Inggeris.

ii) Mengisi web portal yang disediakan dengan bahan bantu mengajar untuk

guru dan bahan sokongan pembelajaran pelajar.

iii) Menggunakkan Microsoft Powerpoint 2007 sebagai platform untuk bahan

pengajaran.

1.5 Objektif Modul Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Di akhir penggunaan modul BB ini, pelajar-pelajar dapat:

i) Mengenalpasti lapan jenis tenaga.

ii) Menyenaraikan 3 jenis tenaga yang merupakan tenaga tersimpan.

iii) Menyatakan contoh-contoh untuk setiap jenis tenaga