pembangunan modul perisian bahan bantu · pdf filememerlukan satu modul perisian bahan bantu...

21
PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU MENGAJAR LUKISAN ISOMETRI TINGKATAN EMPAT NURAZREEN BINTI MOHD TAHIR Universiti Teknologi Malaysia

Upload: trantuyen

Post on 06-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU

MENGAJAR LUKISAN ISOMETRI TINGKATAN EMPAT

NURAZREEN BINTI MOHD TAHIR

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip
Page 3: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip
Page 4: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU MENGAJAR LUKISAN

ISOMETRI TINGKATAN EMPAT

NURAZREEN BINTI MOHD TAHIR

Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip
Page 6: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

iii

DEDIKASI

Untuk emak yang dikasihi..terima kasih kerana membesarkan dan mendidikku..Kasih

dan pengorbananmu ibarat lautan api yang sukar untuk ku renangi demikianlah untuk

aku membalasnya..

Untuk ayah.. kau penasihat terbaik untuk ku.. penat lelahmu membesarku mengajar

daku supaya lebih matang dalam menguruskan hidup..Terima kasih segalanya..

Kepada kakakku…terima kasih perhatian kalian terhadapku..

Untuk anak saudara kesayanganku..Muhammad Arif..terima kasih kerana sudi

menemaniku mencari bahan rujukan..bersamamu dalah satu pengalaman yang indah..

Untuk Afifah..kau temanku yang terlalu banyak memberi dorongan dan sokongan..ingin

kuberikan pingat emas kepadamu kerana kau telah memperkenalkanku ‘sesuatu’...

Kepada seseorang yang sedang menyayangiku…mengenalimu suatu pengalaman yang

indah..terima kasih kerana akan berkongsi hidup dengan ku..

Ku akhiri dengan jutaan terima kasih untuk semua..

Page 7: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

iv

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada Dr. Muhammad Hisyam Lee selaku

pembimbing projek yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan projek ini.

Tidak lupa juga kepada para pensyarah yang banyak memberi bimbingan secara

langsung dan tidak langsung.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi pendapat dan berkongsi

pengetahuan dan menjayakan projek ini diucapkan berbanyak terima kasih . Segala

pengalaman dan pengetahuan yang dikongsi bersama akan diingati untuk meneruskan

projek ilmiah yang akan datang.

Ucapan terima kasih juga buat keluarga khasnya suami di atas kesabaran,

pengorbanan dan dorongan yang diberikan.

Page 8: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

v

ABSTRAK

Daya imaginasi yang tinggi merupakan anugerah dari Rabb yang esa dimana

tidak semua dapat memiliki kelebihan ini. Lukisan Kejuruteraan merupakan satu mata

pelajaran yang memerlukan imaginasi yang tinggi kerana pelajar terpaksa

menggambarkan sesebuah objek 3 Dimensi yang tidak dipernah dilihat oleh mereka

tetapi perlu menggambarkan dan melukis berdasarkan pandangan ortografik yang diberi.

Umumnya guru amat sukar membantu pelajar memperkembangkan daya imaginasi

berdasarkan pandangan ortografik kerana ia sangat kompleks. Bahan Bantu Mengajar

seperti objek kayu yang dipotong dan kotak-kotak yang digunting dan ditampal agak

terhad penciptaannya kerana ia memerlukan masa, tenaga dan kpeakaran untuk

menghasilkan BBM yang berkesan khususnya dalam membantu imaginasi pelajar.

Dengan kaedah moden hasil dari aplikasi bahan-bahan multimedia, guru kini hanya

memerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4.

Dalam perisian ini banyak menu-menu yang menarik yang dimuatkan dalam menu

utama pada laman yang mempu menarik minat pelajar. Ia dibangunkan hasil dari

penggunaan Power Point XP supaya mudah untuk guru masa kini mengendalikan sama

ada menambah isi mata pelajaran atau mengubahnya mengikut kesesuaian mereka.

Perisian ini juga mudah dibawa ke komputer lain memandangkan setiap komputer di

sekolah menggunakan Microsoft Windows. Diharap dengan terciptanya modul perisian

yang terkini ini, dapat membantu guru dan pelajar dalam memperkembangkan imaginasi

mereka.

Page 9: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

vi

ABSTRACT

Imagination is a gifted that been given from the Rabb that not everyone could

ever have. We can see this power of imagination through the Engineering Drawing. It is

because, in Engineering Drawing, we need to imagine the 3 Dimension object that we

can’t see by eye but is come from imagination. Generally, as a teacher, it is difficult to

help student to improve their imagination because it’s really complex. . The material

learning support like a piece of wood and a cutting of boxes witch is unlimited of design

because a lot of time, energy and some skill to create an effective material learning

support like a “Modul Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4”. This

software includes an amazing slide that can be support to study. From Power Point XP,

this software have been develop. It easy to use for teacher to added a new material

learning or adjust s much s they want too. This software are much simple because the

school today use Microsoft Windows. I prefer that the new of method of learning can be

helpful for teacher and student for their imagination thinking

Page 10: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Projek 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Skop Projek 6

1.6 Kepentingan Projek 8

1.7 Definisi Istilah 8

1.8 Penutup 10

Page 11: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

viii

BAHAGIAN DUA

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Teori Pengajaran Dan Pembelajaran 11

2.3 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran

2.3.1 Konsep Pengajaran dan Permbelajaran

Berasaskan Bahan 12

2.3.2 Pendekatan Objektif 13

2.3.3 Pendekatan Kognitif 14

2.4 Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran 14

2.5 Masalah Dalam Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan 16

2.6 Kajian Pembinaan Model Bahan media Pengajaran 17

2.7 Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan 18

2.8 Penutup 18

BAHAGIAN TIGA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Prosedur Pembinaan Modul Perisian 19

3.3 Teknik Penyampaian 22

3.3.1 Teknik Ilustrasi 23

Page 12: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

ix

3.3.2 Teknk Pemkiran Kreatif 24

3.4 Penentuan Tajuk dan Skop 24

3.5 Pemilihan Perkakasan dan perisian 25

3.6 Sepsifikasi Perkakasan untuk Menggunakan Modul Ini. 26

3.7 Carta Alir Untuk Bahan Bantu Modul Perisian 27

3.8 Penutup 28

BAHAGIAN EMPAT

BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 29

4.2 Strktur Asas Perisian 29

4.2.1 Paparan Persembahan Tajuk 30

4.2.2 Paparan Persembahan Menu 31

4.2.3 Paparan Menu Setiap Topik 34

4.3 Isi kandungan 37

4.4 Kemudahan Butang Navigasi 39

4.5 Pempkejan Perisian 40

4.6 Cara Menggunakan Perisian 40

4.7 Penutup 41

Page 13: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

x

BAHAGIAN LIMA

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 42

5.2 Malasah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan Perisian 42

5.2.1 Kekurangan Kepakaran 43

5.2.2 Kekurangan Masa 43

5.2.3 Kekurangan Perisian Asal 44

5.2.4 Penilaian Perisian 44

5.2.4.1 Penilaian Secara Individu 45

5.3 Kekuatan Perisian dan Kelemahan Perisian 45

5.3.1 Kekuatan Perisian 45

5.3.2 Kekuatan Power Point XP Berbanding Authorware 47

5.3.3 Kelemahan Perisian 48

5.3.4 Kelemahan Power Point XP Brbanding Authorware 49

5.4 Kesimpulan 49

5.5 Cadangan 50

5.6 Penutup 50

RUJUKAN 51

LAMPIRAN 53

Page 14: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

xi

SENARAI JADUAL

Jadual 4.4 Fungsi Setiap Butang 39

Jadual 5.3.1 Keistimewaan Setiap Sub Menu Pada Menu Utama 46

Jadual 5.3.2 Kekuatan Power point XP berbanding Authorware 48

SENARAI RAJAH

Rajah 4.2.1 Paparan Permulaan Sebelum Memaski Menu Utama 30

Rajah 4.2.2 Paparan Menu Utama 31

Rajah 4.2.3 Paparan Untuk Menu Masuk 32

Rajah 4.2.4 (a) Contoh Paparan Menu 34

Rajah 4.2.4 (b) Paparan Menu Berikutnya 35

Rajah 4.2.5 (a) Contoh aaran menu ke topic pembelajaran 35

Rajah 4.2.5 (b) Paparan Mnu Mula 36

Rajah 4.2.6 paparan Tamat 37

Rajah 4.3.1 Contoh Paparan Ilustrasi 38

Rajah 4.3.2 Contoh paparan Isi kandungan Pengajaran 38

Rajah 5.3.1 Animasi 3 Dimeni Yang Boleh Diulang Tayang, Diberhentikan dan

Dibesarkan 46

Page 15: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

xii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

3D Tiga Dimensi

ABM Alat Bantu Men gajar

BBM Bahan Bantu Mengajar

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

LI Lukisan Isometri

LK Lukisan Kejuruteraan

LGB Lukisan Geometri Bangunan

SPE Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

Kejuruteraan Elektrik dan Elektrinik

P&P Pengajaran Dan Pembelajaran

PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional

Page 16: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Selepas tahun 1990-an, bidang pelajaran vokasional dan teknikal menjadi pilihan

pelajar. Permintan yang tinggi dalam bidang ini menunjukkan ia mempunyai prospek

yang cerah dalam pasaran pekerjaan. Peningkatan yang tinggi dalam aliran ini pastinya

dapat melahirkan rakyat tempatan yang berkemahiran dalam pelbagai bidang separuh

profesional menjelang tahun 2020.

Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan pendekatan baru pengajaran

sains dan teknologi dan Preparation for Technology di semua sekolah teknik dan

sekolah vokasional mulai tahun 2000. Tujuannya adalah untuk melahirkan lebih ramai

juruteknik yang mempunyai asas kukuh dalam bidang matematik, sains dan teknikal

serta memiliki kemahiran yang tinggi sejajar dengan hasrat menjadi Malaysia sebagai

negara maju berasaskan perindustrian.

Banyak perbezaan yang boleh kita lihat dari segi corak pendidikan dahulu dan

sekarang. Sebagai seorang pendidik, perubahan dan matlamat pendidikan harus

diselarikan dari zaman ke zaman mengikut keperluan semasa agar ianya sejajar dengan

perkembangan teknologi. Dr. Wan Zahid Mohd. Noordin, bekas Ketua Setiusaha,

Page 17: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

2

Kementerian Pendidikan pernah memperkatakan tentang keguruan dan cabaran abad ke-

21 dimana beliau menegaskan bahawa:

“Sebenarnya mengandaikan masa hadapan merupakan periuk nasi kita sebagai

pendidik. Ini adalah kerana kita sentiasa berdamping dengan masa hadapan malah

menyentuhnya setiap hari. Murid-murid yang berdepan dengan kita adalah untuk

masa hadapan, bukan untuk hari ini.”

(Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian, 1993:104 dalam Mengurus Agenda

Abad Ke 21, 2000: 87).

Jesteru itu seorang pendidik itu memainkan peranan penting dalam

merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Seorang guru itu dikatakan

berkesan dalam menyampaikan pengajaran sekiranya ia dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan. Keadaan inilah yang diharapkan oleh guru terhadap

pelajar-pelajarnya. Keseronokkan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat

hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-

pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian uang menyeluruh dalam proses

pengajaran pembelajaran, (Ismail Zain, 2002)

Menurut Zaleha (1990), hasil dapatan kajiannya menunjukkan pembelajaran

berkomputer mendapat sambutan yang menggalakkan. Di samping itu, pengalaman

penggunaan komputer dalam pembelajaran banyak menghasilkan kesan positif.

Komputer boleh dikatakan sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) yang boleh

memberikan kesan pengajaran guru yang baik manakala perisian sebagai Bahan Bantu

Mengajar (BBM) yang boleh menyokong minda pelajar dalam pembelajaran mereka.

Amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P ) di bilik darjah

seharusnya tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan memberi

jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa yang

Page 18: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

3

harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap aktiviti-aktiviti

yang dijalankan dalam sesuatu pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan

penyiasatan secara kooperatif dan kolaboratif dalam menyelesaikannya, (Ismail Zain,

2002)

1.2 Latar Belakang Projek

Lukisan Kejuruteraan (LK) merupakan salah satu mata pelajaran elektif

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam kumpulan 2 iaitu kumpulan

Vokasional dan Teknologi. Sebelum perlaksanaannya di peringkat KBSM, LK dikenali

sebagai Lukisan Teknik atau Lukisan Geometri dan Bangunan (LGB). Namun begitu

objektif mata pelajaran LK adalah lebih baik dibandingkan dengan objektif mata

pelajaran LGB (Zainon,1993).

LK mempunyai objektif yang lebih bersepadu kerana ia menggabungjalinkan

lukisan geometri dengan semua bidang kejuruteraan. Pendekatan ini penting kerana ia

dapat membina kecenderungan pelajar terhadap sesuatu bidang kejuruteraan yang

diminati (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993).

Di dalam pemilihan mata pelajaran bagi aliran Teknik dan Vokasional ini, antara

senarai mata pelajaran yang perlu diikuti adalah seperti yang dikeluarkan oleh Lembaga

Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) iaitu Prinsip Akaun, Ekonomi

Asas, Perdagangan, Sains Pertanian, Ekonomi Rumahtangga, Matematik Tambahan,

Rekacipta, Pengajian Kejuruteraan (Awam, Elektrik,Jentera), Teknologi Kejuruteraan

dan Lukisan Kejuruteraan (Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).

Page 19: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

4

Dari kajian yang dilakukan oleh Nor Fadilah Mohd Amin dan Widad Othman

(1999), hasil analisis mereka mendapati terdapat perkaitan signifikan yang sangat tinggi

antaranya faktor kemudahan, dan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cabaran

pelaksanaan LK. Keadaan ini menarik minat penulis untuk membangunkan satu modul

perisian pengajaran berbantukan komputer sebagai BBM dalam P&P oleh guru di dalam

bilik darjah.

Kajian dari Baharudin Aris, Sharif Omar dan Yeo Kee Jier (1997), menunjukkan

90% respondennya akur akan kepentingan ABM dalam P&P. Peranan ABM dalam

menarik perhatian pelajar membantu pelajar memahami sesuatu konsep dan isi pelajaran

dengan mudah, dan mewujudkan suasana P&P yang aktif.

Selari dengan saranan kerajaan yang inginkan perubahan berterusan dalam sistem

pembelajaran terancang lagi tersusun, negara kita memerlukan satu alternatif baru dalam

penyampaian pengajaran agar kita tidak terkebelakang dari negara-negara maju yang

lain. Keadaan ini penting supaya budaya teknologi seimbang dengan kerohanian para

pelajar. Di sini pembangunan perisian sebagai BBM mampu menyokong matlamat ini.

Menurut Mok Soon Sang (1994), P&P mempunyai matlamat yang banyak dan

berbeza di antara individu serta negara. Di dalam negara kita, di bawah konteks

pendidikan formal, Falsafah Pendidikan Negara ialah memperkembangkan potensi setiap

pelajar dalam bidang intelek, rohani emosi dan sosial.

Oleh itu, guru harus menyahut cabaran baru dalam memperkembangkan intelak

pelajar sesuai dengan peredaran zaman kini yang memerlukan pelbagai kemahiran

khususnya dalam pembangunan perisian seiring dengan perkembangan teknologi

maklumat.

Page 20: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

5

1.3 Pernyataan Masalah

Revolusi teknologi pembelajaran ini akan mengakibatkan berubahnya era dan

fungsi guru. Guru akan menjadi pembimbing dan jurulatih untuk membantu para pelajar

menggunakan pelbagai perkakasan baru dan perisian-perisian pendidikan yang bakal

berada di pasaran baru dan perisian-perisian pendidikan yang bakal berada di pasaran

bagaikan cendawan tumbuh ditimpa hujan, (Wan Liz, 2000).

Kekurangan BBM yang efketif dan boleh membantu minat pelajar dalam

menguasai sesuatu mata pelajaran amat penting untuk diwujudkan. Jesteru itu, guru

harus bersedia menerima pembaharuan yang ada pada sistem pendidikan kini dengan

mengplikasikan penggunaan komputer disekolah dengan mengunakan perisian tertentu

sebgai BBM.

Smagula (1993) berpendapat, walaupun terdapat banyak perubahan dari segi

teknologi dalam bidang reka bentuk dan grafik, lukisan yang menggunakan tangan

masih harus menguasai imaginasi dan melukis itu sendiri perlu latihan untuk

mewujudkan peningkatan prestasi.

Lowenfeld (1975) dan Smagula (1993) menegaskan bahawa guru Pendidikan

Seni yang boleh menggunakan kriteria seperti menguasai interprestasi aktiviti, asas-asas

seni reka, menggunakan alat-alat bahan seni serta menguasai eksplorasi pelbagai teknik

melukis dan kreatif akan meningkatkan prestasi melukis para pelajar. Lowenfeld juga

menegaskan bahawa manusia mempunyai potensi kreatif dan potensi ini perlu

diperkembangkan dengan betul.

Oleh itu, pembangun ingin membangunkan satu modul perisian berbantukan

komputer berkaitan dengan LK yang dapat meningkatkan imaginasi berdasarkan animasi

Page 21: PEMBANGUNAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU · PDF filememerlukan satu Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar Lukisan Isometri Tingkatan 4. ... BAB 5 PERBINCANGAN ... (LPKPM) iaitu Prinsip

6

dengan bantuan teknologi komputer dengan program yang boleh diubahsuaikan

olehpengguna itu sendiri iaitu guru supaya ianya lbih mesra pengguna dan memudahkan

aktiviti guru untuk dalam proses P&P. Guru juga berupaya memindahkan beberapa fail

di dalam perisian ini tanpa sebarang masalah. Perisian menggabungkan elemen animasi

ini, diharap apat digunkan disemua jenis komputer.

1.4 Objektif Kajian

Projek ini bertujuan menyediakan satu BBM yang dapat membantu guru dalam

mendidik pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan

Tingkatan Empat dibawah tajuk Lukisan Isometri. Objektif projek ini boleh

disenaraikan seperti berikut:

i. Memperkenalkan kaedah baru dalam proses P&P bagi mengatasi masalah

dalam mengajar LK dan dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah dengan

pendekatan yang lebih sesuai samada visualisasi atau imaginasi (Siti Napsiah

Rosdi,2002).

ii. Menjadikan topik Lukisan Isometri sebagai salah satu topik yang mudah

difahami oleh pelajar sekiranya mereka menggunakan visualisaasi dalam

pembelajaran di bilik darjah.

iii. Menjadikan perisian ini sebagai satu modul pengajaran dan pembelajaran LK

yang memberikan faedah kepada guru dan pelajar. Modul ini sekurang-

kurangnya dapat menangani masalah bahan rujukan yang kritikal ( Nor

Fadila dan Widad,1999).

iv. Menjadikan animasi 3 Dimensi (3D) dalam perisian ini sebagai model

sebenar. Lakaran lukisan yang dibuat oleh pelajar menjadi lebih mudah jika

guru menggunakan model sebenar dalam pengajarannya (Muhamad Subari,

2000).