membangunkan modul perisian alat bantu mengajar …€¦ · pendidikan di malaysia kini mengalami...

20

Upload: buixuyen

Post on 17-Aug-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi
Page 2: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi
Page 3: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

BERTAJUK PENGKOLONIAN DAN SESARAN MATA PELAJARAN BIOLOGI

TINGKATAN EMPAT

MOHD RIDZUAN BIN ABIDIN

Laporan projek ini di kemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi
Page 5: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

iii

DEDIKASI

Buat Ibu Bapaku:

Site Ruhani Bt Che Man

Abidin Bin Abdol

Adik-beradikku:

Mohd Nizam,

Mohd Firdaus

Serta Nurdianah.

“Doa dan pengorbanan kalian menghasilkan kejayaan ini”.

Page 6: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

IV

PENGHARGAAN

“ Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah , Lagi Amat Penyayang”.

Penulis ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada penyelia projek sarjana

muda iaitu Tuan Haji Muslim Bin Jonid yang telah membimbing dan membantu

sehingga terbinanya modul perisian alat bantu mengajar (ABM) ini.

Turut dirakamkan terima kasih kepada Dr. Arba’at di atas pertolongan dan

galakan yang telah di berikan dalam membangunkan ABM ini.

Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan di atas

komen, cadangan dan nasihat yang membina serta sentiasa bersedia untuk membantu

dalam menjayakan perisian ini.

Akhir sekali penulis ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada

ahli keluarga saya En. Abidin Bin Abdol, Pn. Siti Ruhani Bte Che Man, Mohd Nizam

Bin Abidin, Mohd Firdaus Bin Abidin dan Nurdianah Bte Abidin yang telah

memberikan galakan dan sokongan serta menjadi inspirasi bagi menjadi insan yang

berjaya.

Turut merakamkan terima kasih kepada setiap individu yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Semoga segala jasa baik

yang sekalian berikan akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah S.W.T jua.

Mohd Ridzuan Bin Abidin 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)

Page 7: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

v

ABSTRAK

Melihatkan kepada perkembangan yang pesat dalam bidang multimedia dan

pelaksanaan penggunaan komputer di dalam kelas secara giat mulai tahun 2003 oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berasaskan

komputer bagi kegunaan guru-guru sains khususnya, sangat wajar segera diwujudkan.

Oleh itu , projek pembangunan perisian ABM yang dijalankan ini adalah bagi memenuhi

kekurangan perisian ABM yang masih wujud dalam versi Bahasa Malaysia. Selain itu,

adalah diharapkan perisian ini akan menjadi sebahagian daripada sesi pembelajaran

biologi khususnya bagi tajuk Pengkolonian, berjalan dalam suasana yang lebih menarik

dan efektif berbanding menggunakan ABM tradisional. Ini adalah kerana perisian ini

dibangunkan dengan mempunyai ciri-ciri multimedia yang menjadikannya lebih

menarik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam perisian ini juga turut

dimasukkan sesi penilaian, kerohanian dan laman web yang boleh di”linkkan” dan

menjadikannya lebih sempurna berbanding ABM tradisional.

Page 8: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

vi

ABSTRACT

In consistent of fast development of multimedia and application of computers in

classroom by Ministry Of Education which increasing sharply started early 2003, the

usage of the teaching aid facilities (TAF) based on computers for science teachers

should be started as soon as possible. Due to this reason, the TAF software development

was made to fulfill the shortage of science’s TAF software in Malay version. Beside that

it will make biology’s teaching session especially for ‘Colonization ‘topic be interesting

and in conducive environment as compared the traditional TAF. This is because the

development of this software also have multimedia element that can make the learning

and teaching session more interesting. This software also contained testing session,

spiritual aspect and guidelines for internet browsing which make it is the most

completed software as compared to the traditional one.

Page 9: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

vii

KANDUNGAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

BAB PERKARA MUKA SURAT

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Projek 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Kepentingan Projek 6

1.6 Skop Projek 7

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 7

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Modul 9

1.8.2 Alat Bantu Mengajar (ABM) 9

1.8.3 Modul ABM berasaskan Komputer 10

1.8.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 11

1.8.5 Multi media Dan Elemen-elemennya 11

Page 10: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

viii

II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Jenis-jenis ABM 14

2.3 Perbezaan Antara ABM Dan PBK Secara Umum 15

2.4 Kelebihan ABM Berasaskan Komputer 16

2.4.1 E-book 18

2.5 Kelemahan ABM Berasaskan Komputer 19

2.6 Teori Pembelajaran Dalam ABM Berasaskan Komputer 19

2.6.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 20

2.6.2 Teori Pembelajaran Kognitif 22

2.6.3 Behaviorisme 23

2.7 Taksonomi Bloom 23

2.8 Strategi Pengajaran Dalam Modul ABM Berasaskan Komputer 24

III METODOLOGI PEMBANGUNAN PROJEK

3.1 Pengenalan 26

3.2 Penentuan Tajuk Dan Skop 26

3.3 Rasional Pemilihan Media 27

3.4 Klasifikasi Komputer 28

3.5 Pengumpulan Bahan Dan Penjanaan Idea 28

3.6 Analisis Pembangunan 29

3.6.1 Objektif Pengajaran 29

3.6.2 Kumpulan Sasaran 30

3.6.3 Isi Kandungan Pelajaran 30

3.6.4 Soalan/Penilaian Pencapaian 32

3.6.5 Format Spesifikasi Isi Kandungan 33

3.7 Persekitaran Pengguna 34

Page 11: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

ix

3.8 Pemilihan Perisian Pembangunan Utama 34

3.8.1 Perisian multi media 36

3.9 Perkakasan Pembangunan 38

3.10 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 39

3.11 Plan Pembangunan Perisian 40

IV PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 47

4.2 Struktur Asas Perisian 48

4.2.1 Paparan Montaj Dan Tajuk 48

4.2.2 Paparan Bantuan 49

4.2.3 Paparan Menu Utama 49

4.2.4 Paparan Isi Kandungan 50

4.2.5 Paparan Skrin Penilaian 51

4.2.6 Kemudahan Laman Web 53

4.2.7 Paparan Glosari 53

4.2.8 Paparan Galeri 54

4.2.9 Paparan Aktiviti 55

4.2.10 Paparan Uji Minda 56

4.2.11 Paparan Video 57

4.2.12 Paparan Peneguhan 58

4.3 Pakej Perisian 60

4.4 Cara Menggunakan Perisian 61

Page 12: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

x

V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 64

5.1 Perbincangan 64

5.1.1 Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan Perisian 65

5.2 Kekuatan Dan Kelemahan Perisian 66

5.2.1 Kekuatan Perisian 66

5.2.2 Kelemahan Perisian 67

5.3 Cadangan 68

5.4 Kesimpulan 69

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 13: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras

dengan perkembangan sains dan teknologi reformasi yang berlaku dalam sistem

pendidikan melibatkan pendekatan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Dalam

sistem pendidikan yang lama, pemahaman pelajar terhadap pelajaran semata-mata

bergantung kepada kemahiran guru untuk menyampaikan pelajaran seperti dalam ‘chalk

and talk’. Pada masa kini, multimedia didapati berkesan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerana dapat memberi persembahan kepada pancaindera manusia.

Pengalaman melalui satu jenis deria sahaja tidak mencukupi untuk mencapai

pemahaman. Pengalaman perlu di rangsang oleh pancaindera dan diolah oleh proses-

proses mental supaya pembelajaran bermakna dapat di capai.

Dengan kemunculan Sekolah Bestari (smart school) menjelang tahun 1999, secara

tidak langsung mengubah sikap pelajar yang bergantung kepada tenaga pengajar, kepada

Page 14: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

2

sistem yang lebih efektif, iaitu konsep penekanan kepada penggunaan teknologi untuk

membantu mencapai matlamat pembelajaran.

Disebabkan salah satu daripada aplikasi dalam pembangunan Koridor Raya

Multimedia adalah Sekolah Bestari, Kementerian Pendidikan telah mula mengatur

strategi untuk menyediakan tenaga pengajar dalam mata pelajaran teknologi maklumat.

Penggunaan perisian multimedia akan menjadi salah satu pendekatan pembelajaran

yang sangat penting yang akan menghasilkan generasi yang celik maklumat. Ini adalah

selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia yang menekankan kepada penghasilan

rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai

kebahagiaan pada tahap yang lebih tinggi serta boleh menyumbangkan kepada

keharmonian dan kemajuan keluarga, masyarakat dan negara. Bekas Timbalan Perdana

Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam Pembentangan Belanjawan 1998 telah

menekankan bahawa setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui dalam bidang multimedia

dan berkebolehan menggunakan komputer .(NST, 18 Okt.1997). Pelancaran Kempen

Kesedaran mengenai IT oleh Perdana Menteri merupakan satu langkah bijak dalam

mewujudkan masyarakat IT.

Menteri Pendidikan sendiri pernah menekankan bahawa reformasi pendidikan akan

menitikberatkan unsur teknologi maklumat melalui program literasi komputer dan

pendidikan sains dan teknologi. MSC dengan Sekolah Bestarinya adalah kemuncak

proses penjanaan generasi celik komputer yang akan menggunakan kaedah pembelajaran

melalui sistem komputer berangkaian dan dihubungkan ke internet. Lanjutan dari

Sekolah Bestari, usaha melahirkan lebih ramai generasi celik komputer ialah dengan

penubuhan Universiti Multimedia yang akan menjadi pusat penyelidikan dan

pembangunan (R and D) khususnya dalam bidang teknologi maklumat yang

Page 15: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

3

membabitkan kerjasama di dalam bidang akademik dan korporat di samping

menyediakan kemudahan pendidikan jarak jauh yang lebih canggih dan berkesan.

Maka dapat disimpulkan bahawa menambahkan unsur-unsur seperti bunyi-bunyian,

animasi selain dari gambar foto, membantu merangsang penggunaan deria yang efektif

semasa sesi pembelajaran. Dua deria yang paling besar penggunaannya di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, iaitu mata dan telinga (88% penggunaannya) harus

dijadikan sasaran asas semasa pengajaran di dalam bilik darjah.

1.2 Latar belakang projek

Usaha ke arah menghasilkan reformasi pendidikan bermula pada tahun 1980. Usaha

ini selaras dengan perakuan yang dikemukakan dalam laporan jawatankuasa kabinet

(1979) yang mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran di Malaysia. Dalam usaha itu,

Falsafah Pendidikan yang selama ini hanya tersirat, diwartakan menjadi Falsafah

Pendidikan Negara (FPN). Falsafah ini yang akan menentukan arah haluan asas dan

sumber ilham kepada semua usaha dalam bidang pendidikan. Namun untuk

menjadikannya satu realiti memerlukan kegigihan dan ketabahan setiap individu yang

menjadi keluarga pendidikan. Bagi memudahkan tindakan yang sepatutnya dilakukan ke

arah menjadikan FPN sebagai nilai teras pendidikan kebangsaan Malaysia, maka KBSR

dan KBSM dilahirkan.

Sistem pendidikan lama dengan sistem pendidikan baru jika dibuat perbandingan ,

amat jauh berbeza. Kaedah pengajaran sistem pendidikan lama seperti (KLSR)

Kurikulum Lama Sekolah Rendah lebih memusatkan kepada guru dan proses

Page 16: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

4

pembelajaran di bilik darjah bergantung sepenuhnya kepada guru dan papan hitam.

Manakala sistem pendidikan baru KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan

KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) lebih bertumpu kepada pembelajaran

interaktif dan menggunakan alat bantu mengajar yang lebih canggih sesuai dengan

kemajuan sains dan teknologi komputer, slaid, televisyen, dan sebagainya.

Dalam zaman serba moden ini, pelajar telah didedahkan kepada pelbagai

perangsang yang menarik dalam kehidupan seharian mereka seperti televisyen, media-

media, komputer yang dipenuhi pelbagai elemen media seperti video, grafik, muzik,

audio dan sebagainya. Jika pengajaran masih dijalankan dengan kaedah lama seperti

menggunakan kapur dan bercakap sahaja, ini tentu akan membosankan dan

mengurangkan minat pelajar. Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran antara guru dan

pelajar akan menjadi kurang berkesan.

Menurut A.J.Romiszowki dalam Noran (1994), menyatakan bahawa bahan

pengajaran yang sesuai haruslah mempunyai ciri-ciri seperti kesesuaian, kewibawaan

dan kemas kini. Menurut Okey (1985) pula, antara beberapa sebab mengapa keciciran

pelajar dalam pembelajaran ialah penggunaan bahan pengajaran yang kurang berkesan,

persekitaran pembelajaran yang kurang memberangsangkan dan tiada kepelbagaian

kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh

guru.

Dalam era maklumat ini, penggunaan teknologi dalam membantu meningkatkan

strategi pengajaran dan pembelajaran amat dititikberatkan. Komputer merupakan salah

satu peralatan yang semakin popular dipraktikkan dalam bidang pendidikan. Walau

bagaimanapun terdapat kurang perisian yang boleh digunakan di sekolah-sekolah di

Malaysia.

Page 17: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

5

1.3 Penyataan Masalah

Di negara kita, pembangunan perisian tempatan amat kurang dan penyediaan bahan

rujukan berbentuk perisian yang sesuai digunakan belum lagi selari dengan

perkembangan multimedia yang melanda sistem pendidikan tempatan. Isi-isi yang

dikemukakan dalam perisian tidak cukup sebagai satu alat yang akan digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih-lebih lagi bahasa pengantara dalam

sekolah adalah Bahasa Malaysia. Tambahan pula, pembelajaran dengan perisian yang

sesuai dapat memberi kefahaman yang lebih jelas lagi dan berkesan dalam proses

pembelajaran di samping mengukuhkan lagi penguasaan atau kefahaman sesuatu topik

mata pelajaran. Menurut kajian Weinraub (1998), bahawa peratusan pemahaman

pembelajaran pelajar dengan menggunakan perisian yang berunsurkan multimedia

adalah lebih tinggi dan hasilnya adalah lebih baik berbanding dengan kaedah

pembelajaran tradisional.

Oleh itu, penulis telah memilih dan tampil untuk menyumbangkan idea dan tenaga

khususnya bagi penyediaan ABM berasaskan komputer. Projek ini adalah sukatan mata

pelajaran Biologi yang bertajuk ‘Pengkolonian’ bagi tingkatan empat KBSM yang

dibangunkan secara multimedia. Secara tidak langsung ini menambahkan ABM

berasaskan komputer yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan.

Page 18: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

6

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah seperti berikut:

(i) Membangunkan satu Perisian Modul Alat Bantu Mengajar (ABM)

berasaskan Power Point XP yang bertajuk Pengkolonian Dan Sesaran,

Biologi Tingkatan Empat KBSM, dalam Bahasa Malaysia.

(ii) Menambah bilangan ABM yang berbahasa Malaysia di negara ini.

(iii) Sebagai bahan sokongan kepada guru kerana guru boleh menggunakan

perisian ini untuk mengukuhkan kefahaman pelajaran di samping

memudahkan proses pengajaran guru.

1.5 Kepentingan Projek

Perisian Modul ABM yang dibina ini adalah untuk mengatasi kekurangan dan

kelemahan yang terdapat pada bahan yang berasaskan teknologi cetakan dan media

bukan cetakan. Bahan ini adalah sebagai media sokongan untuk guru-guru dalam

pengajaran dan juga sesuai untuk digunakan oleh pelajar secara personal sebagai rujukan

dan ulang kaji.

Modul ABM ini juga memenuhi kriteria media yang menarik, membantu proses

pemahaman dan mampu mengekalkan daya ingatan kepada topik Pengkolonian Dan

Sesaran. Di samping itu modul ABM ini juga menyediakan dorongan pengetahuan

Page 19: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

7

tambahan yang berkaitan dengan perkara-perkara lain, penilaian dan adaptasi nilai-nilai

murni kepada pelajar sebagaimana kehendak Falsafah Pendidikan. Ini akan

menghasilkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan mempunyai nilai-nilai yang baik di

dalam diri mereka.

1.6 Skop Projek

Tajuk modul ABM yang dihasilkan ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran

Biologi Tingkatan Empat KBSM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tajuk yang di

bangunkan ialah ‘Pengkolonian’ yang merupakan sebahagian daripada tajuk Ekosistem.

Ia merangkumi pengertian bagi pengkolonian, sesaran, perintis dan juga proses

pengkolonian dan sesaran di kolam. Walau bagaimanapun nilai-nilai murni turut

diselitkan di samping pengujian formatif dan sumatif yang juga turut dimasukkan untuk

melengkapkan modul ini sebagai suatu perisian modul ABM yang efektif dan sempurna.

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk

Selaras dengan matlamat dan objektif mata pelajaran Biologi, kandungan mata

pelajaran ini memberi penekanan kepada pemahaman pengetahuan Biologi yang kemas

kini aplikasinya dalam kehidupan harian. Dengan itu, pelajar mampu menghadapi dunia

yang kian berorientasikan maklumat dan teknologi. Melalui kajian Biologi juga, pelajar

Page 20: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR …€¦ · Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

8

yang memahaminya akan bertanggungjawab sebagai pengurus alam demi keharmonian

dan kesejahteraan hidupan sejagat.

Tajuk yang dipilih untuk dibangunkan di dalam projek ini ialah Pengkolonian dan

Sesaran, Biologi Tingkatan Empat KBSM. Berdasarkan pengalaman Cik Mahfuzah Bt.

Bokhari, guru yang mengajar mata pelajaran biologi di Sekolah Menengah Kebangsaan

Bandar Maharani, Muar, tajuk ini sukar dijelaskan jika tidak menggunakan ABM yang

sesuai kerana proses pengkolonian dan sesaran tidak nampak secara terus dan tidak

dapat dirasai aktivitinya.”ABM yang terdapat di sekolah ini sekarang adalah dari jenis

carta pegun dan mengharapkan gamba rajah pegun yang terdapat dalam buku teks dan

buku rujukan yang mereka ada dan ianya juga kurang menarik perhatian dan kurang

berkesan kerana tidak dapat menggambarkan proses atau aktiviti bagi pengkolonian dan

sesaran yang sebenarnya” ujar beliau.

Tajuk ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang keseimbangan dalam alam

yang ditetapkan melalui saling bersandaran di antara organisma dengan alam sekitar dan

kitar semula jadi yang berlaku dalam alam ini.

Pelajar diberi kesedaran bahawa aktiviti manusia mempengaruhi keseimbangan

alam. Oleh itu, manusia perlu mengurus alam ini dengan bijaksana demi menjamin

kemandirian masyarakat.

Kesimpulannya dapat dirumuskan ianya sebagai rasional bagi pemilihan tajuk ini.

Iaitu dengan harapan dapat memudahkan dan meningkatkan kefahaman pelajar,

memudahkan dan meringankan beban guru dari segi menghasilkan ABM, sebagai bahan

rujukan tambahan dan juga membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran khususnya bagi tajuk ini.