membangunkan modul perisian bahan bantu …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu...

23

Upload: buitram

Post on 14-Jul-2018

269 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi
Page 2: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi
Page 3: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU MENGAJAR

(BBM) BAGI TAJUK LINES AND PLANES IN THREE DIMENSIONS

DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK TINGKATAN EMPAT

MOHD AZAHAR BIN MOHD NOOR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi
Page 5: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayah dan ibu

Mohd Noor Bin Sulaiman dan Zubaidah Binti Hamat

yang tidak pernah putus asa memberikan sokongan

serta kasih sayang dari kecil hingga dewasa

terima kasih di atas doa kalian untuk anakmu ini...

Jutaan terima kasih kepada abang dan adik-adik

Wan, Sue dan Arif

Kehadiran kalian menceriakan suasana serta memberi kekuatan

untuk menempuh hari-hari yang penuh cabaran

Tahniah di atas kejayaan kalian...

Buat Tuan Muslim Bin Jonid

Segala tunjuk ajar yang diberikan amat berguna...

Khas buat teman-teman

Oja, Jamil, Eddy, Mat Lae, Zulfi, Parauk

Logen, Khairi, Arif, Fiza, Ani, Nadiah

Suka duka kita bersama amat tinggi nilainya...

Untuk Dira, Hasnol, Rizal,

Wani, Kak Nina dan lain-lain

bekerja bersama kalian amat menyeronokkan....

Tidak lupa teman-teman sekursus

Yang menjadi pendorong serta pemberi semangat

Masing-masing berbeza karenah

namun kita punyai tujuan yang sama...

Terima kasih kepada semuanya

Juga kepada diri sendiri....

Page 6: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya, penulisan ini

serta perisian yang dibina dapat disiapkan dengan sempurna. Tanpa restu dari Nya,

sia-sialah segala usaha kita.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Muslim Bin Jonid selaku

penyelia projek ini yang tidak pernah jemu memberikan tunjuk ajar, nasihat serta

menilai projek sepanjang perlaksanaannya.

Dikesempatan ini juga, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang

tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan

kepada penulis serta memberi kekuatan dan ilham dalam menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini dengan jayanya.

Berkat kerjasama semua pihak, akhirnya projek ini berakhir dengan

terhasilnya satu modul perisian bahan bantu mengajar berasaskan komputer. Semoga

modul perisian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

Page 7: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

v

ABSTRAK

Teknologi komputer yang semakin berkembang pesat telah menjadi satu

agenda yang penting dalam kehidupan manusia pada masa kini. Pelbagai bidang

termasuklah bidang pendidikan telah menjadikan penggunaan komputer sebagai

salah satu elemen penting dalam meningkatkan mutu perkhidmatan. Jesteru modul

perisian Bahan Bantu Mengajar (BBM) versi Bahasa Inggeris yang bertajuk Lines

And Planes In Three Dimension telah dibangunkan untuk meningkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tajuk ini dipilih memandangkan

isi pelajarannya memerlukan daya visualisasi yang tinggi di kalangan pelajar.

Penyampaian dalam bentuk animasi tiga dimensi dapat mengurangkan kemungkinan

berlakunya salah konsep di kalangan pelajar. Modul perisian ini dibangunkan

mengikut model reka bentuk Hanaffian dan Peck yang ringkas dan mudah diurus.

Perisian Microsoft Power Point 2003 merupakan perisian utama yang digunakan

dalam pembinaan modul perisian bahan bantu mengajar ini. Perisian-perisian

sokongan yang lain adalah seperti Adobe Photoshop CS2, Ulead 3D Production

Studio, Macromedia Flash MX, Sony Sound Forge 8.0 dan Sony Vegas 5.0. Perisian-

perisian sokongan tersebut adalah untuk menghasilkan animasi, audio serta video

yang bersesuaian untuk dimuatkan dalam modul perisian ini. Selain mengandungi isi

pelajaran, modul perisian ini juga mengandungi latihan, pengetahuan am serta glosari

sebagai langkah menarik minat pelajar. Modul ini dipakejkan dalam bentuk cakera

padat supaya mudah dibawa dan disimpan. Fail-fail modul ini juga boleh diubahsuai

oleh pengguna mengikut kesesuaian. Kandungan isi pelajaran modul adalah

berdasarkan sukatan Mata Melajaran Matematik tingkatan empat yang ditetapkan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 8: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

vi

ABSTRACT

The development of computer technology has been an important agenda

nowadays. The uses of computer become an element in several fields including

education. Therefore, a teaching aid software in English version has been developed

to improve teaching and learning process. The software was covered Lines and

Planes in three Dimension topics for mathematics form four. It is so because the

topic requires students to have a high level of visualization in order to understand its

contents. Some three dimension animations can help students to avoid

misconceptions that may occur. Hanaffian and Peck’s model was the guide to

develop this software it is simple and can be managed easily. This teaching aid

software used Microsoft Power Point 2003 as its base. Other support softwares are

Adobe Photoshop CS2, Ulead 3D Production Studio, Macromedia Flash MX, Sony

Sound Forge 8.0 and Sony Vegas 5.0 that helped to build appropriate animations,

audios and videos. In order to make it interesting, this software also has exercises,

some general knowledge and glossary. It has been packaged in compact disc form for

the user convenience. Besides that, all files in this software can be modified

according to the requirement. The contents of this software are based on form four

mathematics syllabuses by Malaysia’s Ministry of Education.

Page 9: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS -

PENGESAHAN PENYELIA -

HALAMAN TAJUK i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan masalah 5

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 7

1.6 Kepentingan Projek 8

1.7 Skop Projek 9

1.8 Definisi Istilah 10

Page 10: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

viii

1.8.1 Modul 10

1.8.2 Perisian 11

1.8.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 11

1.8.4 Multimedia 11

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar (BBM) 13

2.3 Ciri-ciri Modul Perisian BBM yang baik 15

2.4 Kelebihan Modul perisian BBM 16

2.4.1 Memudahkan Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran 16

2.4.2 Menjimatkan Masa 17

2.4.3 Menarik Dan Menyeronokkan 17

2.4.4 Pembelajaran Yang Realistik 17

2.4.5 Mudah Alih, Tahan Guna dan Mudah

Disimpan 18

2.4.6 Boleh Guna Secara Serentak 18

2.5 Kelemahan Modul Perisian BBM 18

2.5.1 Masa Pembangunan Yang lama 18

2.5.2 Kepakaran Bagi Menyenggara

Perkakasan-perkakasan Sokongan 19

2.5.3 Tertakluk Kepada Perkakasan Dan

Perisian 19

2.5.4 Kos Yang Tinggi 20

2.6 Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK) 20

2.7 Perbezaan Dan Persamaan Modul Perisian BBM

dengan Perisian BBK 22

2.7.1 Perbezaan 22

2.7.2 Persamaan 23

2.8 Teori Pembelajaran Dalam Modul Perisian BBM 23

2.8.1 Teori Behaviorisme (Tingkah Laku) dan 24

Page 11: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

ix

Aplikasinya

2.8.2 Teori Kognitif dan Aplikasinya 25

2.8.3 Teori Konstruktivisme dan Aplikasinya 25

BAB 3 METODOLOGI REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Model Reka Bentuk Perisian 28

3.3 Fasa Analisis Keperluan 29

3.3.1 Pemilihan Tajuk Dan Skop Perisian 29

3.3.2 Penyataan Objektif Pembelajaran 29

3.3.3 Pengenalpastian Kumpulan Sasaran 30

3.4 Fasa Reka Bentuk 30

3.4.1 Pelaksanaan 30

3.4.2 Spesifikasi 31

3.4.2.1 Perkakasan 31

3.4.2.2 Perkakasan Minimum 31

3.4.2.3 Perisian Pembangunan 32

3.4.2.4 Perisian Sokongan 33

3.4.3 Carta Alir 34

3.4.4 Reka Bentuk Antara Muka Pengguna 37

3.5 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 38

3.5.1 Perisian Pembangunan yang Digunakan 38

3.5.2 Perisian Sokongan yang Digunakan 39

3.5.2.1 Adobe Photoshop CS 39

3.5.2.2 Sony Vegas 5.0 39

3.5.2.3 Ulead Cool 3D Production Studio

(Animasi dan grafik) 40

3.5.2.4 Macromedia Flash MX (Animasi) 41

3.5.2.5 Sony Foundry Sound Forge 8.0.

(Audio) 41

3.5.2.6 Ulead GIF Animator 5.0 41

3.6 Fasa Penilaian dan Semakan 42

Page 12: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

x

BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 44

4.2 Struktur Asas Perisian 45

4.2.1 Paparan Persembahan Tajuk 45

4.2.2 Paparan Menu Utama 45

4.2.3 Paparan Menu Pembelajaran 46

4.2.4 Paparan Objektif Pembelajaran 46

4.2.5 Paparan Set Induksi Pengajaran 47

4.2.6 Paparan Isi Pembelajaran 48

4.2.6.1 Subtopik: Satah 49

4.2.6.2 Subtopik: Garis dan Satah 49

4.2.6.3 Subtopik: Sudut 49

4.2.7 Bahagian Contoh 50

4.2.8 Bahagian Latihan 51

4.2.9 Bahagian Maklumat 52

4.2.10 Bahagian E-Link 52

4.2.11 Bahagian Fun 52

4.2.12 Paparan Penilaian 53

4.2.13 Paparan Glosari 54

4.3 Pempakejan Perisian 54

4.4 Cara Penggunaan Perisian 54

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Perbincangan 56

5.3 Cabaran Yang Dihadapi Semasa Membangunkan

Modul Perisian BBM 58

5.3.1 Kekurangan Kepakaran 58

5.3.2 Masa Pembangunan Terhad 59

5.4 Kekuatan dan Kelemahan Perisian 59

5.4.1 Kekuatan Perisian 60

5.4.2 Kelemahan Perisian 61

Page 13: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

xi

5.5 Cadangan Bagi Pembinaan Lanjutan 62

5.6 Kesimpulan 62

BIBILIOGRAFI 63

Page 14: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

xii

SENARAI JADUAL

NOMBOR TAJUK HALAMAN

2.1 Perbezaan antara modul perisian BBM dan

perisian PBK 22

3.2 Simbol-simbol piawai dalam pembangunan

perisian 34

Page 15: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

xiii

SENARAI RAJAH

NOMBOR TAJUK HALAMAN

3.1 Model reka bentuk instruksi bersistem

Hanaffin dan Peck 28

3.2 Carta Alir Umum Perisian 35

3.3 Carta Alir Terperinci Pelajaran 36

3.4 Carta Alir Terperinci Latihan 37

4.1 Paparan Menu Utama 47

4.2 Paparan Menu Pembelajaran 47

4.3 Paparan Objektif Pelajaran 47

4.4 Paparan Set Induksi 47

4.5 Paparan Isi Pelajaran 48

4.6 Paparan Planes 50

4.7 Paparan Animasi 50

4.8 Paparan Senarai Sub Topik 50

4.9 Paparan Angle 50

4.10 Paparan Contoh 51

4.11 Paparan Demonstrasi 51

4.12 Paparan Latihan Formatif 51

4.13 Paparan Penilaian Sumatif 53

4.14 Paparan Contoh Soalan 53

Page 16: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

xiv

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

CAI - Computer Aided Instruction

CAL - Computer Aided Learning

CAT - Computer Assisted Testting

CBI - Computer Based Instruction

CBL - Computer Based Learning

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and

Communication Technology)

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

LCD - Liquid Crystal Display

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

Page 17: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Teknologi komputer mula dibangunkan pada tahun 1642 apabila Blaise

Pascal berjaya mencipta mesin penambahan mekanikal pertama. Sejak itu, teknologi

tersebut semakin berkembang sehingga sekarang. Dengan adanya teknologi

komputer yang begitu canggih sekarang, tidak hairanlah jika bidang pendidikan juga

memerlukan memerlukan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran dan

pembelajaran.

Menurut Tengku Azman (1998), terdapat tiga sebab utama mengapa

komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertama, banyak maklumat yang boleh

dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kedua,

kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat

dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Ketiga, maklumat dan pengetahuan

menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia.

Page 18: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

2

Disebabkan kepentingan komputer dalam menyampaikan maklumat, maka

bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan komputer telah digunakan untuk subjek

matematik di sekolah. Walaupun matematik dilabelkan sebagai subjek yang

melibatkan pengiraan, namun gambaran yang jelas tentang isi pelajaran dapat

disampaikan dengan jelas dan menarik melalui komputer. Bahan bantu mengajar

dalam bentuk perisian komputer juga lebih tahan lama dan mudah dibawa ke mana-

mana.

Penggunaan komputer dan perisian yang sesuai dengan sesuatu konsep

matematik dapat menukarkan kelas matematik menjadi suatu makmal. Keadaan ini

menggalakkan proses menyiasat, membuat hipotesis dan menyemak dapatan

dijalankan. Seterusnya mereka dapat menghubungkan idea tersebut dengan konsep

matematik berkaitan serta memudahkan pelajar memahami konsep tersebut. (Lim,

Fatimah dan Munirah, 2003)

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk menjadikan sistem

pendidikan negara sebagai asas untuk memperkembangkan potensi secara

menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis

dan bermoral tinggi, maka penggunaan komputer adalah salah satu cara untuk

merealisasikannya. Penerapan pengajaran dan pembelajaran berkomputer telah

diterapkan kepada pelajar masa kini sejak mereka di sekolah rendah lagi.

Malaysia kini sedang dalam usaha memartabatkan sistem pendidikan setaraf

dengan sistem pendidikan negara-negara maju yang lain. Jesteru para pelajar yang

dilahirkan juga mestilah mempunyai pelbagai kebolehan dan kemahiran generik bagi

menyiapkan diri menghadapi cabaran global.

Tidak dinafikan terdapat bantahan terhadap penggunaan komputer dalam

pembelajaran matematik. Walaupun begitu, perubahan kaedah belajar perlu diterima

Page 19: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

3

secara positif bagi melahirkan generasi muda yang lebih berkarisma serta mampu

bersaing di peringkat antarabangsa.

Menurut Mahadhir Eshak (2004), Malaysia sebagai negara yang berfokus ke

arah negara maju pada alaf ke-21, adalah penting mempunyai generasi muda yang

dilengkapi dengan kemahiran pengetahuan dan teknologi untuk menghadapi cabaran

era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang sebelum ini dikenali sebagai

era Teknologi Maklumat (IT); dan era globalisasi.

Penggunaan komputer dalam pengajaran juga merupakan satu kelebihan

kepada guru. Ini kerana bahan bantu mengajar berkomputer mudah dihasilkan sendiri

oleh guru tersebut. Selain itu, penggunaan grafik, video dan bunyi juga dapat

menarik minat pelajar dan membuatkan mereka lebih fokus di dalam kelas. Menurut

Nur Sajidah Osman (2004), untuk mewujudkan senario pembelajaran yang menarik

dan berkesan, guru perlu lebih kreatif dalam menggabungkan pelbagai kemahiran

yang berkaitan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan

efektif.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sebelum teknologi komputer berkembang pesat, guru hanya menggunakan

kaedah tradisional dalam pengajaran mereka. Ini termasuklah kaedah ‘chalk and talk’

di mana guru menerangkan apa yang ditulis di papan hitam. Tidak dinafikan cara

tersebut telah melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya. Namun terdapat juga masalah

apabila menggunakan kaedah ini. Antaranya sesetengah pelajar akan hilang minat

seterusnya mengkategorikan mata pelajaran tersebut sebagai mata pelajaran yang

sukar.

Page 20: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

4

Selain itu, jumlah pelajar yang ramai dalam setiap kelas juga menyebabkan

guru sukar untuk memastikan setiap pelajar faham apa yang diajar. Walaupun

interaksi dua hala berlaku dalam kelas itu, interaksi tersebut mungkin hanya antara

guru dan beberapa pelajar yang boleh mengikuti isi pelajaran dengan baik. Secara

tidak langsung akan ada pelajar yang ketinggalan dalam kelas tersebut.

Dalam kaedah tradisional, guru mengambil inisiatif untuk menarik minat

pelajar dengan menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) biasa yang tidak

interaktif. Contohnya gambar rajah yang dilukis di atas kad manila, model anggota

manusia dan lain-lain. Namun begitu, bahan bantu mengajar tersebut kadang kala

agak mahal dan tidak tahan lama. Guru juga mengalami masalah untuk membawanya

ke kelas.

Hal ini amat berbeza dengan bahan bantu mengajar berasaskan komputer

yang mudah dibawa ke mana-mana dah lebih tahan lama. Perisian komputer tidak

mudah rosak jika disimpan dengan betul.

Walaupun terdapat banyak perisian bahan bantu mengajar berasaskan

komputer di pasaran, namun tidak semuanya sesuai dengan iklim sesuatu sekolah.

Rio Sumarni dalam petikan Mohd. Khairi (2003) menyatakan, kebolehdapatan

perisian di sekolah adalah rendah dan kebanyakan perisian yang digunakan adalah

jenis produk komersial serta tidak sesuai dari segi bahasa, budaya dan kurikulum

sekolah di Malaysia.

Menurut Ab. Rahim (2000), bengkel pengeluaran perisian komputer

merupakan aktiviti profesional yang utama. Pengetua/guru besar boleh membuat

keputusan untuk membelinya di pasaran terbuka atau menerima bekalan daripada

pusat seperti Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) atau Kementerian Pendidikan

Malaysia untuk melengkapkan medium pembelajaran bestari di sekolah. Namun

Page 21: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

5

permasalahan utama yang boleh diperbaiki sekarang ialah lambakan perisian di

pasaran yang tidak menepati kehendak pembelajaran.

Untuk menjadikan pembelajaran Matematik lebih berkesan, pengalaman

melibatkan objek sebenar amat penting. Objek maya yang dipamerkan dalam

komputer dapat mengelakkan salah konsep atau ‘misconception’ yang sering berlaku

dalam Matematik. Pelajar juga akan lebih berminat dan memberi perhatian kepada

apa yang diajar oleh guru. Suasana di dalam kelas akan lebih terkawal dan tidak akan

ada gangguan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Terdapat masalah di kalangan pelajar untuk memahami dan menguasai topik

Garis dan Satah Dalam Tiga Matra (Lines and Planes In Three Dimensions)

tingkatan empat. Hal ini kerana topik ini memerlukan gambaran yang jelas tentang

objek-objek tiga dimensi. Dengan kata lain, pelajar perlu mempunyai kemahiran

menggambarkan sesuatu atau.

Visualisasi atau kebolehan menggambarkan sesuatu masalah dikenal pasti

sebagai suatu aspek penting penaakulan matematik masalah (Lim, Fatimah dan

Munirah, 2003). Komputer mempunyai peranan yang besar dalam menggalakkan

pelajar membuat visualisasi semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut

Confrey ramai penyelidik yang menekankan kepentingan visualisasi dan gambaran

mental dalam pembinaan Matematik yang bermakna (Lim, Fatimah dan Munirah,

2003).

Page 22: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

6

Bahan bantu mengajar untuk topik ini sukar didapati di sekolah. Kadang kala

guru mengambil inisiatif untuk menghasilkan model atau replika buatan sendiri

tetapi BBM tersebut tidak dapat bertahan lama. Model-model tersebut juga

memberikan kesukaran untuk dibawa ke kelas.

Selain itu, bahan bantu mengajar berbentuk model atau replika juga

menjadikan minat pelajar berkurangan. Menurut Weinraub (1998) dalam Sufia

Ismail (2006), dalam kajian beliau peratus pemahaman pembelajaran pelajar dengan

menggunakan perisian berunsurkan multimedia adalah lebih tinggi berbanding

dengan kaedah pembelajaran secara tradisional.

Menurut Mohd Sahidi (2002), kekurangan perisian berbentuk BBM

berbanding perisian PBK yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,

kementerian Pendidikan. Ia dapat menggambarkan BBM berasaskan komputer masih

kurang diketengahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara khusus

malahan pengajaran guru masih setakat “chalk and talk”.

Disebabkan itu, satu bahan bantu mengajar berasaskan komputer serta

berbentuk multimedia akan dibina bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Perisian BBM yang akan dihasilkan adalah bersesuaian dengan

sukatan mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat bagi topik Lines and Planes In

Three Dimensions. BBM tersebut akan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya

bersesuaian dengan pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa

Inggeris.

Page 23: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN BAHAN BANTU …€¦ · membangunkan modul perisian bahan bantu mengajar ... dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat ... 4.2.5 paparan set induksi

7

1.4 Objektif Projek

Objektif pembangunan perisian bahan bantu mengajar berasaskan komputer

ini adalah:

i. Membangunkan satu perisian bahan bantu mengajar

berasaskan komputer bertajuk Lines and Planes In Three

Dimensions bagi mata pelajaran Matematik Timgkatan Empat

dalam bahasa Inggeris.

ii. Menghasilkan satu perisian yang menggabungkan unsur-unsur

multimedia seperti grafik, video, animasi dan audio.

iii. Menambahkan bilangan perisian bahan bantu mengajar yang

menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk

Keputusan untuk membangunkan sebuah perisian bahan bantu mengajar

berasaskan komputer kerana masalah kekurangan perisian bahan bantu mengajar

sepertinya yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal ini

berikutan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik tingkatan

empat bermula pada awal tahun 2006.

Tajuk Lines and Planes In Three Dimensions dipilih untuk dijadikan isi

pelajaran dalam perisian ini kerana tajuk ini merupakan satu tajuk yang memerlukan

visualisasi pelajar untuk memahaminya. Paparan tiga dimensi dalam komputer amat

sesuai untuk membantu pelajar memahami topik ini.