kata kerja bantu

38
1.0 Definisi Kata Kerja Bantu Kata kerja bantu adalah kata kerja yang "membantu" sesuatu kata kerja utama dalam memberikan ciri-ciri aspek dan suasana. Dengan itu, maka terdapat dua subgolongan kata kerja bantu, iaitu kata kerja aspek dan kata kerja modal. Kedua-dua kata kerja ini mendahului kata kerja utama dalam ayat. Mengikut C.A. Mees, kata kerja bantu itu menyatakan sesuatu perbandingan yang t'ertentu terhadap kenyataan atau kejadian yang disebut dalam istilah modaliti. Kata kerja yang ditambahkan itu tidak berdiri sendiri melainkan membantu sesuatu kata kerja lain. Didapati bahawa kebenaran ini amatlah sukar diterima memandangkan ada kata kerja bantu yang boleh berdiri sendiri seperti dalam ayat minimal seperti kata kerja modal "boleh" dan "sudah". E. M. F. Payne tidak memberikan definisi yang jelas tentang kata kerja bantu ini. Beliau hanya mengatakan kata kerja bantu mempunyai fungsi yang istimewa dalam frasa kata kerja.34 Mengikut Othman Sulaiman pula, kata kerja bantu selalu diletakkan sebelum kata kerja utama.35 Pendapat ini sama dengan apa yang diperkatakan oleh Asmah dan Lutfi Abas. Lutfi Abas mengatakan kata kerja bantu adalah suatu kata yang boleh diletakkan di muka suatu kerja dan tidak boleh sama sekali diletakkan di belakang suatu kerja.36 Mengikutnya, di antara kata kerja bantu yang selalu digunakan adalah kata ada, akan, baharu, belum, bisa, boleh, dapat, habis, hanya, harus, hendak ingin/ jarang, kerap, lagi, mahu, memang, mungkin, sungguh, telah, tengah, tentu dan tetap. Kesimpulannya, daripada beberapa definisi yang diberikan di atas, dapatlah ditakrifkan kata kerja bantu sebagai kata yang terdapat sebelum kata kerja utama. Fungsi kata kerja bantu adalah untuk membantu kata kerja utama dalam memberikan ciri masa (aspek) dan harapan (modal). 2.0 Kata Kerja Aspek dan Kata Kerja Modal dari Segi Semantik Dalam buku Bahasa Malaysia Kini I, Asmah telah mengkategorikan kata kerja aspek dan kata kerja modal ke 1

Upload: pejoi78

Post on 11-Jun-2015

2.004 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kata kerja bantu menurut gan kok siong

TRANSCRIPT

Page 1: kata kerja bantu

1.0 Definisi Kata Kerja BantuKata kerja bantu adalah kata kerja yang "membantu" sesuatu kata kerja utama dalam memberikan ciri-ciri aspek dan suasana. Dengan itu, maka terdapat dua subgolongan kata kerja bantu, iaitu kata kerja aspek dan kata kerja modal. Kedua-dua kata kerja ini mendahului kata kerja utama dalam ayat. Mengikut C.A. Mees, kata kerja bantu itu menyatakan sesuatu perbandingan yang t'ertentu terhadap kenyataan atau kejadian yang disebut dalam istilah modaliti. Kata kerja yang ditambahkan itu tidak berdiri sendiri melainkan membantu sesuatu kata kerja lain. Didapati bahawa kebenaran ini amatlah sukar diterima memandangkan ada kata kerja bantu yang boleh berdiri sendiri seperti dalam ayat minimal seperti kata kerja modal "boleh" dan "sudah".

E. M. F. Payne tidak memberikan definisi yang jelas tentang kata kerja bantu ini. Beliau hanya mengatakan kata kerja bantu mempunyai fungsi yang istimewa dalam frasa kata kerja.34 Mengikut Othman Sulaiman pula, kata kerja bantu selalu diletakkan sebelum kata kerja utama.35 Pendapat ini sama dengan apa yang diperkatakan oleh Asmah dan Lutfi Abas. Lutfi Abas mengatakan kata kerja bantu adalah suatu kata yang boleh diletakkan di muka suatu kerja dan tidak boleh sama sekali diletakkan di belakang suatu kerja.36 Mengikutnya, di antara kata kerja bantu yang selalu digunakan adalah kata ada, akan, baharu, belum, bisa, boleh, dapat, habis, hanya, harus, hendak ingin/ jarang, kerap, lagi, mahu, memang, mungkin, sungguh, telah, tengah, tentu dan tetap.Kesimpulannya, daripada beberapa definisi yang diberikan di atas, dapatlah ditakrifkan kata kerja bantu sebagai kata yang terdapat sebelum kata kerja utama. Fungsi kata kerja bantu adalah untuk membantu kata kerja utama dalam memberikan ciri masa (aspek) dan harapan (modal).

2.0 Kata Kerja Aspek dan Kata Kerja Modal dari Segi SemantikDalam buku Bahasa Malaysia Kini I, Asmah telah mengkategorikan kata kerja aspek dan kata kerja modal ke dalam kata kerja bantu I dan II. Kedua-dua jenis kata kerja bantu ini digolongkan ke dalam golongan kata karyaan. Kata kerja bantu mempunyai ciri-ciri yang berikut:

la membentuk satu kumpulan tertutup, iaitu tidak menerima kata-kata daripada golongan lain menjadi kata kerja bantu.

la tidak pernah memakai imbuhan karyaan dan tidak mengubah golongan.

3) Tidak diikuti oleh objek (iaitu kata nama).Abdullah Hassan menggunakan kata adverba ragam dan adverba aspek untuk menunjukkan kata kerja bantu. Mengikut-nya, adverba ragam ialah kata-kata yang menerangkan ragarh dalam sesuatu predikat atau ayat, misalnya kata patut dan mahu. Manakala adverba aspek ialah kata-kata yang menerangkan sama ada sesuatu perbuatan itu kompletif atau tidak kompletif atau dilakukan sebagai kebiasaan. Contohnya, sudah, kena, belum, sedang, kadang-kadang, selalu dan sebagainya. Manakala Arbak Othman pula menggunakan istilah kata keterangan aspek dan kata keterangan ragam untuk merujuk kepada kata kerja bantu. Mengikut beliau, kata keterangan dapatlah diertikan sebagai perkataan yang menerangkan kata kerja, kata sifat, kata keterangan sendiri

1

Page 2: kata kerja bantu

maupun seluruh mak-sudnya. Jenis-jenis kata keterangan yang terdapat ini ialah kata keterangan waktu, aspek, tempat, gaya, ragam dan darjah.

Kata kerja bantu dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan makna atau konteks leksikal yang mem-bina komponen kata kerja bantu. Kategori pertama ialah kata kerja aspek, yang dari segi semantik membawa idea masa. Kategori kedua ialah kata kerja modal yang menghuraikan idea harapan, iaitu keinginan, kehendak dan keizinan. Harus diingat bahawa dalam membincangkan kata kerja bantu, kita tidak hanya melihatnya dari aspek semantik sahaja tetapi aspek sintaksis juga. 2.3.1 Kata Kerja Aspek dari Aspek SemantikKata kerja aspek ialah salah satu kategori nahu dalam kata kerja yang membawa distribusi waktu dalam kata kerja. Jadi, kata kerja aspek ini merujuk kepada proses perbuatan atau keadaan, sama ada perbuatan atau keadaan itu boleh jadi belum atau masih atau selesai berlaku. Kata kerja aspek ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep waktu, iaitu waktu sesuatu perbuatan atau keadaan itu berlaku, tetapi tidak memasuki sistem kala (tense system). Hal ini terjadi mungkin disebabkan kata keterangan aspek ini mempunyai pertalian makna dengan aspek berlakunya sesuatu kejadian atau peristiwa. Kata kerja aspek ini terdiri daripada kata kerja aspek sudah, telah, pernah, baharu, sedang, masih, tengah, belum, akan, kena, kadang-kadang, dan selalu. Dari segi semantik kata kerja aspek boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti yang berikut:

i) Menunjukkan perbuatan yang sudah berlaku: sudah, telah, pernah,baharu.

ii) Menunjukkan perbuatan atau keadaan yang sedang berlaku: masih, sedang, tengah (hanya dalam bahasa lisan).

iii) Menunjukkan perbuatan yang belum berlaku: belum, akan.

E. M. F. Payne memasukkan kata "tidak" ke dalam kata kerja aspek. Penggolongan ini tidak memuaskan. Kata "tidak" ini seharusnya dimasukkan ke dalam kata nafi bantu. Perbincangan seterusnya adalah pada pembahagian kata kerja aspek ini mengikut masa perbuatan itu berlaku.

2.3.1.1 Kata Kerja Aspek yang Menunjukkan Perbuatan yang Sudah Berlaku: Sudah, Telah, Pernah, Baharu

2.3.1.1.1 SudahKata kerja aspek sudah merujuk kepada perbuatan atau keadaan yang sudah berlaku dan sudah selesai dilakukan. Kata sudah ini boleh merujuk kepada masa yang lampau yang tidak ditentukan atau yang tidak dinyatakan. Contoh penggunaan kata kerja aspek sudah ini adalah seperti yang berikut:

(1) i) Saya sudah makan nasi.(Ertinya: Saya makan nasi itu pada waktu lampau dan selesai memakannya).

2

Page 3: kata kerja bantu

ii) Ali sudah menebang pokok itu.(Ertinya: Ali menebang pokok itu pada masa lampau dan perbuatan menebang itu selesai dilakukan).

iii) Rumah itu sekarang sudah dibeli oleh kerajaan.(Ertinya: Rumah itu dibeli pada masa kini dan perbuatan membeli itu selesai dilakukan).

Dalam bahasa lisan, kata kerja aspek sudah ini boleh dipendekkan menjadi dah yang membawa makna yang sama. Contohnya seperti yang berikut:

i) Saya dah makan nasi. ii)Ali dah menebang pokok itu. iii)Rumah itu sekarang dah dibeli oleh kerajaan.

Za'ba menggunakan kata baharu bagi menunjukkan perbuatan yang sudah selesai. Contoh yang diberikan adalah seperti yang berikut:

(3) i) la baharu balik dari Kelantan.

Kata baharu ini boleh disamakan dengan kata kerja aspek sudah kerana ia merujuk perbuatan yang sudah berlaku dan detik . yang tidak ditentukan atau tidak dinyatakan.

2.3.1.1.2 TelahKata kerja aspek telah merujuk kepada perbuatan atau keadaan masa lampau, tetapi perbuatan atau keadaan yang dirujuk itu mungkin boleh jadi selesai (completive) dan mungkin tidak selesai. Kata telah ini selalunya merujuk kepada masa lampau yang tertentu atau yang dinyatakan seperti semalam, tadi, dua minggu lalu dan sebagainya.Mengikut Asmah, kata telah ini biasanya digunakan dalam bahasa lisan..42 McDonald dan Soenjono Dardjowidjojo (1967) menyatakan telah lebih banyak dijumpai dalam bahasa tulisan, sedangkan sudah dalam bahasa lisan, dan masalah pemilihan kata telah dan sudah mengikut selera pengarang — ada pengarang yang suka menggunakan kata telah dan ada yang suka menggunakan sudah atau kedua-duanya. Kata telah dan sudah kebanyakannya digunakan dalam bahasa tulisan. Contoh kata kerja aspek telah yang merujuk masa lampau yang tertentu yang digunakan dalam bahasa tulisan adalah seperti yang berikut:

(4) i) Dia telah mengecat rumah itu semalam, tetapi belum selesai. (Ertinya: Dia mengecat rumah itu pada waktu lampau yang tertentu tetapi perbuatan mengecat itu belum selesai).

ii) Ahmad telah pergi ke pejabat pos pagi tadi.(Ertinya: Ahmad pergi ke pejabat pos pada waktu lampau yang tertentu dan perbuatan pergi itu boleh jadi selesai).

iii) Leman telah menebang pokok itu dua minggu lalu.

3

Page 4: kata kerja bantu

(Ertinya: Leman menebang pokok itu pada waktu lampau yang tertentu dan perbuatan menebang itu boleh jadi selesai dan boleh jadi tidak selesai). *

Jika perkataan telah dalam ayat (4) digantikan dengan kata kerja aspek sudah, maka didapati akan menimbulkan ayat-ayat yang agak janggal seperti pada contoh-contoh yang berikut:

(5) i) * Dia sudah mengecat rumah itu semalam tetapi belum selesai. ii) * Ahmad sudah pergi ke pejabat pos pagi tadi. iii) * Leman sudah menebang pokok itu dua minggu lalu.

Ayat-ayat di atas dianggap janggal kerana seperti yang telah dikatakan tadi bahawa kata sudah merujuk kepada detik lampau yang tidak ditentukan dan perbuatan itu selesai dilaku-kan. Ayat-ayat di atas menunjukkan perbuatan yang berlaku pada masa tertentu. Begitu juga, ayat-ayat yang menggunakan kata sudah di bawah ini tidak boleh mengambil kata telah kerana akan menimbulkan ayat yang janggal. Contoh-contoh ayat adalah seperti yang berikut:

(6) i) a. Dia sudah belayar. b. *Dia telah belayar.

ii) a. Azmi sudah makan. b. * Azmi telah makan.

iii) a. Mereka sudah berkahwin. b. * Mereka telah berkahwin.

Ayat-ayat yang dikatakan janggal itu dalam pasangan tadikan menjadi tidak janggal lagi jika ayat-ayat itu diperluas lagi dengan menggunakan waktu tertentu seperti yang di bawah ini:

(7) i) Dia telah belayar semalam. ii) Azmi telah makan pukul satu tadi. iii) Mereka telah berkahwin di hadapan kadi malam semalam.

Kesimpulannya, bolehlah dikatakan di sini kedua-dua kata kerja aspek sudah dan telah ini menunjukkan perbuatan atau keadaan masa yang lampau. Yang berbeza ialah penggunaan kata sudah dan telah ini, iaitu kata sudah itu merujuk kepada detik lampau yang tidak ditentukan atau tidak dinyatakan. Manakala bagi kata telah, ia merujuk kepada masa lampau yang tertentu, seperti penggunaan waktu seperti semalam, pagi tadi, kelmarin, tadi, dua hari yang lepas dan sebagainya.

2.3.1.1.3 PernahKata/kerja aspek pernah merujuk perbuatan atau keadaan yang berlaku dalam satu jangka masa {period) yang tertentu dalam detik yang lampau dan perbuatan atau keadaan yang

4

Page 5: kata kerja bantu

dirujuk itu selesai dilakukan. Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:

(8) i) Saya kenal budak itu kerana dia pernah digigit oleh anjing saya.

ii) Dia bercerita tentang keindahan pulau Langkawi kerana dia pernah pergi ke sana.

iii) Insani selalu lulus dalam peperiksaan. Dia tidak pernah gagal.

iv) Dia pernah pergi ke Paris tiga tahun dahulu.

2.3.1.2 Menunjukkan Perbuatan atau Keadaan yang Sedang Berlaku: Sedang, Masih, Tengah

Ketiga-tiga kata kerja aspek ini menunjukkan perbuatan atau keadaan yang dalam proses berlaku dan belum selesai dilakukan.

2.3.1.2.1 SedangKata kerja aspek sedang menunjukkan perbuatan atau keadaan

yang masih terus berlangsungan dan belum selesai dilakukan. Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:

9) i)Zikri sedang makan nasi, ii)Sara sedang mandi. iii)Semasa Haris datang ke rumah saya, saya sedang tidur. iv)Asma sedang membuat kuih.

2.3.1.2.2 MasihKata kerja aspek masih juga menunjukkan perbuatan atau keadaan dan sifat yang masih berterusan atau berlangsungan dan belum tamat atau selesai dilakukan. Kata masih ini juga menunjukkan peralihan waktu antara dua perbuatan atau keadaan yang dilakukan. Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:

(10) i) Dia masih ingat peristiwa yang malang itu. ii) Walaupun hari sudah hendak gelap, Rozman masih belum pulang lagi. iii) Pakcik Asri tidak menegur kita kerana dia masih marah kepada kita. iv) Masriani sudah tua tetapi badannya masih kuat.

3.1.2.3 TengahKata kerja aspek tengah juga merujuk sifat atau keadaan yang terus berlangsungan dan belum selesai. Kata tengah ini hanya digunakan dalam bahasa lisan sahaja. Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:

(11) i) Dia tengah tidur waktu saya tiba.

5

Page 6: kata kerja bantu

ii) Asran tengah mandi bila Elisa datang. iii) Siti tengah menonton televisyen, tiba-tiba dia dengar pintu diketuk orang.

Kata kerja aspek tengah ini boleh saling ganti dengan kata sedang, tetapi harus diingat bahawa kata tengah lebih kerap digunakan dalam bahasa lisan. Manakala kata sedang lebih kerap digunakan dalam bahasa tulisan. Ayat-ayat di atas yang menggunakan kata tengah boleh saling bertukar ganti dengan kata sedang seperti yang berikut:

(12) i) Dia sedang tidur waktu saya tiba. ii) Asran sedang mandi bila Elisa datang. iii) Siti sedang menonton televisyen, tiba-tiba dia dengan pintu diketuk orang.

2.3.1.3 Menunjukkan Perbuatan atau Keadaan yang Belum berlaku: Belum, Akan

Kedua-dua kata kerja aspek belum dan akan ini menunjukkan perbuatan atau keadaan yang belum berlaku dan mungkin dilakukan pada suatu masa nanti. Selain kedua-dua kata kerja aspek ini, Za'ba menggunakan kata "kelak" dan "hendak" untuk menunjukkan perbuatan yang belum berlaku.

2.3.1.3.1 BelumKata kerja aspek belum merujuk perbuatan atau keadaan dan sifat yang tidak pernah berlaku. Dengan itu kata belum ini mempunyai ciri nafian seperti pada contoh-contoh yang berikut:

(13) i) Dia belum makan nasi itu. ii) Buah rambutan itu belum masak. iii) Azni belum pergi ke pasar.

Dalam bahasa informal, konsep belum boleh didukung oleh frasa terpisah tak... lagi. Contohnya seperti yang berikut: (14) i) Saya tak makan lagi nasi itu. ii) Buah rambutan itu tak masak lagi. iii) Azni tak pergi lagi ke pasar.

Penggunaan tak ... lagi dalam ayat (14) tidak boleh digantikan dengan tidak ... lagi. Jika penggantian ini dilakukan, makna-makna yang didukung oleh belum atau tak ... lagi akan berbeza dengan yang didukung oleh tidak ... lagi. Frasa terpisah tidak ... lagi ini merujuk akhir sesuatu perkataan. Dengan itu, dalam keadaan ini, lagi ditempatkan di akhir kata. Keadaan ini dapat dilihat pada ayat-ayat yang di bawah ini: (15) i) Saya tidak makan nasi itu lagi. (Kerana nasi itu sudah basi). ii) Buah mangga itu tidak masak lagi. (Kerana pokoknya sudah hendak mati). iii) Azni tidak pergi ke pasar lagi. (Kerana dia sudah tidak boleh berjalan lagi).

Ayat-ayat (15) ini merupakan ayat yang biasa digunakan dalam bahasa tulisan dan bahasa formal. Dalam bahasa lisan yang tidak formal, kata tidak boleh digantikan dengan tak

6

Page 7: kata kerja bantu

tanpa menukar maknanya, seperti pada ayat-ayat yang berikut:

(16) i) Saya tak makan nasi itu lagi. ii) Buah rambutan itu tak masak lagi. iii) Azni tak pergi ke pasar lagi.

2.3.1.3.2 AkanKata kerja aspek akan menunjukkan perbuatan, keadaan atau sifat yang tidak pernah berlaku sampai saat dilakukannya. Kata akan ini berbeza daripada kata belum kerana kata belum mempunyai ciri nafian, tetapi akan mempunyai komponen makna "kehendak". Jadi, akan menunjukkan adanya harapan atau antisipasi seseorang itu tentang akan terjadinya sesuatu kejadian itu. Contohnya seperti yang berikut:

(17) i) Saya akan pergi ke Thailand tidak lama lagi. ii) Ali akan tiba di sini tiga hari lagi. iii) Upacara pertabalan itu akan bermula tidak berapa lama lagi.

Kata akan yang mempunyai ciri komponen erti "kehendak" ini selalunya tumpang-tindih dengan erti yang didukung oleh mau dan hendak. Keadaan ini menyebabkan timbulnya keraguan di kalangan ahli-ahli bahasa sama ada akan merupakan kata kerja aspek atau kata kerja modal. Ini menunjukkan kedudukan kata akan sama ada sebagai kata kerja aspek atau kata kerja modal itu bergantung kepada kata kerja yang terdapat dalam sesuatu ayat itu. Kedudukan akan sebagai kata kerja aspek boleh dilihat dengan jelas apabila diletakkan sebelum kata kerja keadaan. Contohnya seperti yang berikut:

(18) i) Bangunan itu akan runtuh tidak lama lagi. ii) Jika tidak dikawal, penyakit selsema babi itu akan merebak. iii) Tali itu akan putus jika ditarik dengan kuat.

Ayat-ayat (18) tidak boleh menggunakan kata kerja modal mahu atau hendak kerana janggal dan tidak dapat diterima. Contohnya adalah seperti yang berikut: (19) i) *Bangunan itu mahu runtuh tidak lama lagi. ii) "Jika tidak dikawal, penyakit selsema babi itu hendak merebak. iii) *Tali itu mahu putus jika ditarik dengan kuat.

Dalam bahasa informal, kata akan ini boleh digantikan dengan kata nak dalam konteks tertentu kerana nak mempunyai komponen erti "belum" di samping ciri "kehendak". Ini boleh dilihat pada contoh-contoh ayat yang di bawah ini:

(20) i) Bangunan itu nak runtuh tidak lama lagi. ii) Sekarang nak hujan nampaknya. iii) Aswam nak membaiki radio itu.

Walaupun kata akan boleh digantikan dengan nak dalam bahasa lisan, namun penggantian ini sebagaimana yang saya katakan tadi adalah dalam konteks tertentu

7

Page 8: kata kerja bantu

sahaja. Dalam ayat di bawah ini, kita dapati bahawa kata kerja aspek akan tidak boleh digantikan dengan nak kerana akan menimbulkan ayat yang janggal seperti yang berikut:

(21) i) * Jika tidak dikawal, penyakit itu nak merebak.. ii) * Tali itu nak putus jika ditarik dengan kuat.

Mengikut Asmah, jika kita melihat kata belum, akan dan nak dari segi komponen makna yang didukung oleh tiap-tiap satunya, maka yang kita dapati adalah skema seperti yang berikut:

Belum: + masa depan + nafianakan : + masa depan + kehendaknak : + masa depan + kehendak

2.3.2 Kata Kerja Modal dari Aspek SemantikKata kerja modal merupakan satu kategori nahu yang menunjukkan suasana sesuatu perbuatan, iaitu suasana yang diinterpretasi oleh penutur. Palmer menggunakan istilah kata kerja bantu sekunder untuk merujuk kepada kata kerja modal. Arbak Othman menggunakan istilah kata keterangan ragam untuk menyatakan kata kerja modal. Menurutnya, kata keterangan ragam ialah kata keterangan yang menyatakan ragam atau hakikat sesuatu perbuatan atau peristiwa pada predikat sesuatu ayat. Ragam kata keterangan ini boleh berupa pertanyaan kepastian seperti memang, nescaya; pernyataan pengakuan seperti benar-benar, betul-betul; pernyataan ajak seperti baiklah, hendaknya; pernyataan kewajipan seperti mesti, perlu;pernyataan harapan seperti moga-moga, mudah-mudahan; dan pernyataan sangkalan atau kehairanan seperti masakan dan mana boleh. Didapati di sini ragam kata keterangan Arbak ini sedikit mengelirukan kerana beliau memasukkan adverba pemastian, kekerapan dan sebagainya ke dalam kategori kata kerja modal. Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir memberikan pembahagian kata kerja modal yang agak memuaskan tetapi tidak begitu lengkap. Beliau membincangkan kata kerja modal ini dari segi strukturnya. Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa kata kerja modal membantu memberi ciri-ciri "suasana" atau mood kepada perbuatan atau keadaan yang dirujuk oleh sesuatu kata kerjautama dalam ayat. Kata kerja modal dalam bahasa Malaysia mengikut suasana bolehlah dibahagikan seperti yang berikut:i) Menunjukkan kehendak: mahu, hendak, ingin, akan. ii) Menunjukkan keupayaan dan kebolehan: boleh, dapat, bisa. iii) Menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan: mungkin, barangkali. iv) Menunjukkan kemestian: mesti, wajib, harus, perlu, pasti, patut, tentu, memang. v) Menunjukkan keengganan: enggan.

2.3.2.1 Menunjukkan Kehendak: Mahu, Hendak, Ingin, AkanKeempat-empat kata kerja modal ini menunjukkan "kehendak" atau "kemahuan" atau "keinginan" untuk membuat sesuatu yang belum berlaku. Kata kerja modal mahu, hendak, ingin dan akan bebas bertukar ganti dalam konteks tertentu sahaja, iaitu menyatakan kehendak dalam hati, seperti yang berikut:

8

Page 9: kata kerja bantu

(22) Mahu

i) Saya hendak membeli buku itu walaupun harganya mahal. ingin akan

mahu ii) Dia hendak membaiki basikalnya kerana sudah rosak ingin akan

mahu iii) Ali hendak makan nasi itu kerana sudah lapar ingin . akan

Kata hendak juga menunjukkan masa akan datang atau perbuatan yang akan dilakukan. Misalnya:

(23)

i) Bilakah awak hendak pergi?ii) Saya hendak belayar petang esok?Penggunaan jenis ini tidak boleh digantikan dengan mahu kerana mahu hanya bermaksud "mengaku suka dan berkehendak dalam hati, sudi". Misalnya,

(24) i) Ia mahu pergi tetapi adiknya tidak mahu. ii) Maukah dia menolong saya?Maka tidaklah boleh digunakan mahu bagi menandakan masa akan datang atau perbuatan yang akan dilakukan.

(25) i) *Tinggallah, saya mahu pergi sekolah. ii) *Masa dia mahu pulang semalam, dia menangis.

Menurut Za'ba, penggunaan mahu demikian itu ialah bahasa pasar.50 Kata mahu dan ingin pula bebas bertukar ganti dalam kebanyakan konteks.Seterusnya kata mahu dengan kata hendak dan akan tidak bebas bertukar ganti dalam konteks ayat tanya dan kata nafi tidak boleh bergabung dengan akan. Ini dapat dilihat pada ayat-ayat seperti yang berikut:

(26)

9

Page 10: kata kerja bantu

i) a. Mahukah Pak Cik menolong saya? b. Inginkah Pak Cik menolong saya? c. *Hendakkah Pak Cik menolong saya? d. *Akankah Pak Cik menolong saya?

ii) a Saya tidak mahu makan lagi. b. Saya tidak ingin makan lagi. c. *Saya tidak hendak makan lagi. d. Saya tidak akan makan lagi.

Dalam penggunaan bahasa lisan, kata mahu ini boleh digantikan dengan mau dan kata hendak boleh digantikan dengan ndak atau nak. Ini boleh dilihat dalam ayat-ayat yang di bawah ini:

(27) i) Saya mau makan nasi, ii) Saya nak makan nasi.iii) Sava ndak makan nasi.

2.3.2.2 Menunjukkan Keupayaan atau Keizinan: Boleh, Dapat, Bisa

2.3.2.2.1 BolehKata kerja modal boleh mempunyai komponen erti keupayaan atau kebolehan dan juga keizinan. Kedua-dua komponen erti ini dibezakan mengikut penggunaannya dalam ayat. Contohnya kata boleh yang menunjukkan keupayaan adalah seperti yang berikut:

(28) i) Dia boleh mengangkat batu yang besar itu. ii) Anak kucing itu boleh makan nasi.

Contoh boleh dalam komponen erti "keizinan" adalah seperti yang berikut:

(29) i) Awak boleh pulang sekarang.ii) Kita boleh keluar kerana loceng sudah berbunyi. iii) Dia tidak boleh naik darjah kerana tidak lulus peperiksaan kelayakan.

Kata kerja modal ini mempunyai komponen erti yang sama dengan kata kerja modal bisa, iaitu komponen erti keupayaan dan keizinan, Kata bisa ini dipinjam daripada bahasa Jawa melalui bahasa Indonesia. Kata ini merupakan pinjaman yang paling muda. Dengan itu, kata ini tidak mantap dalam bahasa Malaysia. Contoh kata bisa yang mempunyai komponen erti keupayaan dan keizinan boleh dilihat pada ayat yang di bawah ini:

(30) i) Dia bisa mengangkat batu yang besar itu. (Keupayaan).ii) Budak kecil itu sudah bisa berjalan. (Keupayaan).

10

Page 11: kata kerja bantu

iii) Awak bisa pulang sekarang. (Keizinan). iv) Kita bisa keluar kerana loceng sudah berbunyi (Keizinan).

Berbanding dengan kata kerja modal boleh dan bisa dengan kata dapat, dapat hanya mempunyai komponen erti "keupayaan" sahaja. Jadi kata dapat hanya boleh menggantikan boleh "keupayaan". Ini dapat dilihat daripada contoh-contoh yang berikut:

(31) i) Dia dapaf mengangkat batu yang besar itu. ii) Budak kecil itu sudah dapat berjalan. iii) Saya tidak dapat menghadiri mesyuarat pada hari itu kerana hujan.

2.3.2.3 Menunjukkan Kemestian: Mesti, Harus, Wajib, Patut, PerluKelima-lima kata kerja modal mesti, harus, wajib, patut, dan perlu ini mempunyai komponen erti yang sama, iaitu merujuk "kemestian", "keperluan" dan mustahaknya sesuatu. Kata mesti, wajib, dan harus boleh bertukar ganti di antara satu sama lain. Ketiga-tiga kata ini merujuk penegasan, iaitu sesuatu yang sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Manakala kata perlu dan patut mempunyai darjah penegasan yang tidak setinggi kata mesti, wajib dan harus. Kata patut dan perlu juga boleh bertukar ganti di antara satu sama lain. Ini boleh dilihat pada ayat-ayat yang berikut

harus Ibu bapa mesti mengambil berat tentang pelajaran anak mereka. wajib

harusii) Saya mesti belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam peperiksaan wajib

harus iii) Rakyat Malaysia mesti tahu kelima-lima prinsip Rukunegara. wajib patut patutiv) Ali perlu menghadiri majlis perkahwinan itu.

patutv) Ah Kow perlu berjumpa dengan saya.

.3.2.4 Menunjukkan Kebarangkalian atau Kemungkinan: MungkinKata kerja modal mungkin ini mempunyai dua komponen erti, iaitu menunjukkan "kemungkinan" dan "kebarangkalian" sesuatu perbuatan atau keadaan. Ayat-ayat dengan kata mungkin yang membawa makna "kemungkinan" harus didahului dengan kata nafi

11

Page 12: kata kerja bantu

bantu "tidak". Ini dapat dilihat pada contoh seperti yang berikut: .

(33) i) Dia tidak mungkin pulang petang ini, kerana hujan semakin lebat. ii) Ali tidak mungkin gagal peperiksaan akhir semester, kerana dia sangat rajin belajar. iii) Pokok itu tidak mungkin tumbang kerana akarnya terlalu banyak.

Ayat-ayat dengan kata mungkin yang membawa makna "kebarangkalian" tidak didahului dengan kata nafi bantu "tidak". Ini dapat dilihat pada contoh yang berikut:

(34) i) Saya mungkin pergi ke Sabah esok. ii) Dia mungkin tiba petang ini.iii) Ali mungkin menghadiri majlis perkahwinan Aminah.

Kesimpulannya, ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa kata mungkin yang mempunyai komponen erti "kemungkinan" mempunyai kata nafi "tidak" yang mendahuluinya. Manakala bagi kata mungkin yang mempunyai komponen erti "kebarangkalian", keadaan ini tidak berlaku dan hanya menggunakan kata mungkin sahaja.

2.3.2.5 Menunjukkan Keengganan: EngganKata kerja modal enggan berfungsi sebagai kata kerja bantu yang mempunyai komponen makna + nafi (iaitu mempunyai ciri nafian). Jadi kata enggan merupakan kata lawan bagi mahu dan ingin. Dengan perkataan lain, enggan membawa makna tidak mahu atau tidak ingin. Contoh ayat-ayat dengan kata enggan yang membawa makna keengganan adalah seperti yang berikut:

(35) i) Dia enggan pergi ke sekolah. ii) Anak kucing yang sakit itu enggan makan. iii) Kim Leng enggan mengikut ayahnya ke kedai.

Ayat-ayat yang terdapat di atas ini sama sahaja ertinya dengan penggunaan tidak mahu seperti yang berikut:

(36) i) Dia tidak mahu pergi ke sekolah. ii) Anak kucing yang sakit itu tidak mahu makan. iii) Kim Leng tidak mahu mengikut ayahnya ke kedai.

Kata enggan tidak boleh bergabung dengan kata kerja keadaan kerana akan menerbitkan ayat yang janggal seperti yang berikut:

(37) i) *Dia enggan gemar oren itu.

12

Page 13: kata kerja bantu

2.4 Penggabungan Kata Kerja Bantu Kata kerja bantu, baik kata kerja aspek mahupun kata kerja modal dapat bergabung sesama sendiri. Penggabungan kedua-dua jenis kata kerja bantu ini akan mewujudkan penggabungan seperti yang di bawah ini:.i) Aspek + Modal ii) Aspek + Aspek iii) Modal + Modal iv) Modal + Aspek

Walaupun terdapat penggabungan demikian, perlu diingat bahawa penggabungan ini adalah dalam konteks tertentu sahaja dan akan dibincangkan demikian.

2.4.1 Penggabungan Jenis Aspek + Modal nPenggabungan jenis ini adalah penggabungan kata kerja aspek yang boleh mendahului kata kerja modal atau suasana. Penggabungan jenis ini merupakan penggabungan yang paling banyak sekali berlaku, walaupun ada kata kerja aspek yang tidak boleh mendahului kata kerja modal seperti kata kerja aspek sedang.2.4.1.1 Sudah dan Belum + ModalKata kerja aspek sudah dan belum dapat bergabung dengan kata kerja modal kehendak, kemestian, keupayaan, dan keizinan. Saya tidak bersetuju dengan pendapat Abdul Hamid bin Mahmood yang mengatakan kata aspek sudah tidak boleh hadir sebelum kata kerja modal. Kehadiran kata kerja aspek sudah sebelum kata kerja modal ini dapat dilihat seperti yang berikut: mahu hendak Sudah + ingin belum mesti wajib harus boleh dapat bisa

Contoh dalam ayat adalah seperti yang berikut:

2.4.1.1.1 Sudah + Modal

(38) i) Saya sudah mahu mandi tadi tetapi air di tempayan sudah habis. ii) Dia sudah mesti bertolak hari ini.iii)Anak anjing itu sudah boleh makan tulang. Aminah sudah perlu membayar hutangnya.

13

Page 14: kata kerja bantu

2 4.1.1.2 Belum + Modal

(39) i) Oleh sebab pekerjaan saya tidak selesai saya belum mahu pulang. ii) Kedai itu belum mesti ditutup pada pukul lapan malam.iii)Dia belum perlu melaporkan diri. iv) Anak anjing itu belum boleh makan tulang.

Kata sudah dan belum ini mempunyai atau memperlihatkan ciri penggabungan yang sama. Ini kerana kedua-dua kata ini terletak dalam paksi bertentangan dengan belum adalah bentuk nafi bagi sudah. Walaupun begitu, terdapat pengecualian iaitu belum tidak boleh bergabung dengan kata enggan yang mempunyai komponen erti nafian manakala sudah boleh bergabung dengan enggan seperti contoh yang berikut:

(40) i) Dia sudah enggan menerima jemputan itu. ii) *Dia belum enggan bermain bola. Dari sini, bolehlah dirumuskan dalam bentuk yang berikut:

belum: + masa depan + nafian sudah: + masalampau + selesai

2.4.1.2 Akan +ModalKata akan pula hanya dapat bergabung dengan kata kerja modal keupayaan dan keizinan sahaja seperti yang berikut:

boleh akan + dapat

Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

41.) i) Saya akan boleh tinggal di Pulau Pinang bila keluarga saya berpindah ke sana. ii) Dia akan dapat pergi ke Indonesia kerana ayahnya bekerja di sana.

2.4.1.3 Sedang + ModalKata kerja aspek sedang hanya dapat bergabung dengan kata kerja modal kehendak sahaja seperti yang berikut: hendaksedang + mahu ingin

Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

42) i) Aminah sedang hendak mengambil sarapan. ii) Halimah sedang mahu pergi ke pasar.

14

Page 15: kata kerja bantu

iii) Ali sedang ingin mengambil sarapan.

Walaupun begitu, ketiga-tiga penggabungan ini, iaitu sedang mahu, sedang hendak dan sedang ingin jarang digunakan orang dalam bahasa tulisan. Penggabungan cara ini selalunya digunakan dalam bahasa lisan atau tidak formal.

2.4.1.4 Masih + ModalKata kerja aspek masih dapat bergabung dengan kata kerja modal keupayaan dan keizinan, kehendak, kemestian dan kemungkinan. Dengan itu penggabungan yang mungkin adalah seperti yang berikut:

boleh masih + mahu hendak wajib perlu mungkin

Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

(43) i) Dia masih boleh berjalan walaupun kakinya cedera parah.

ii) Dia masih mahu minum lagi. iii) Kursus itu masih wajib untuk kita.iv) Kejadian yang malang itu masih mungkin berlaku.v) Pisau yang kecil itu masih perlu digunakan.

2.4.1-5 Pernah dan Telah + ModalKata kerja aspek pernah dan telah hanya dapat bergabung atau mendahului kata kerja modal keupayaan sahaja seperti yang berikut:

pernahtelah + dapatIni dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

(44) i) Dia pernah dapat tempat pertama dalam kelas.ii) Ali telah dapat mengikut rombongan sambil belajar dua tahun lalu.

2.4.2 Penggabungan Kata Kerja Aspek dengan Kata Kerja Aspek

2.4.2.1 Sudah, Telah dan Belum + PernahPenggabungan jenis ini mempunyai kata kerja aspek pernah sebagai unsur kedua. Kata pernah ini boleh didahului dengan kata sudah, telah xlan belum. Dengan itu, terdapat gabungan seperti yang berikut:

15

Page 16: kata kerja bantu

sudahtelah + Pernahbelum

ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

45) i) Saya belum pernah naik kapal terbang.ii) Dia sudah pernah pergi ke sana. Dia telah pernah pergi ke sana bulan lalu.

2.4.2.2 Masih + Belum Kata kerja aspek belum boleh digabungkan dengan kata masih, dengan masih mendahului belum dan tidak ada kata kerja aspek lain yang boleh berbuat demikian. Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

(46) i) Sungguhpun dia tahu bahawa dia akan kalah, dia masih belum mengundurkan diri daripada pertandingan itu. ii) Walaupun hari sudah gelap, dia masih belum mahu pulang.

2.4.2.3 Akan, Masih + SedangKata kerja aspek sedang boleh didahului dengan kata akan dan masih. Penggabungan ini adalah seperti yang berikut:

akanmasih + sedang

Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

(47) i) Ali akan sedang berkata-kata bila kita tiba.(Ertinya: penutur mengatakan kepada kawannya bahawa bila mereka sampai ke tempat itu,tentu sekali Ali dan kawannya masih menceritakan kebaikan atau keburukan mereka).

ii) Ahmad masih sedang menonton televisyen.(Ertinya: Ahmad tidak berhenti menonton televisyen sejak tadi lagi dan tidak mahu membuat kerja lain).

2.4.3 Penggabungan Modal + ModalPenggabungan jenis ini ialah kata kerja suasana atau keadaan boleh mendahului kata suasana atau keadaan yang lain.

2.4.3.1 Kata Kerja Modal Kemestian + Kata Kerja Modal Kehendak, Keupayaan dan Keizinan

16

Page 17: kata kerja bantu

Dalam penggabungan ini, kata kerja suasana kemestian sebagai unsur pertama dan kata kerja suasana kehendak, keupayaan dan keizinan sebagai unsur kedua dalam penggabungan modal + modal. Kata kerja suasana kemestian ini terdiri daripada kata mesti dan harus sahaja. Ini dapat dilihat seperti yang berikut: hendak mesti mahu harus + ingin boleh dapat bisaIni dapat dilihat pada ayat-ayat yang berikut: i) Ali harus hendak bercakap.(Ertinya: Penutur tahu Ali mahu bercakap tetapi tidak diberi peluang bercakap).

ii) Ali harus ingin bercakap.(Ertinya: Penutur tahu Ali ingin bercakap tetapi tidak diberi peluang untuk bercakap). iii) Ali harus dapat bercakap.(Ertinya: Penutur yakin Ali dapat bercakap kerana sakit tekaknya sudah sembuh). Dia mesti ingin bercakap

V) Dia mesti hendak bercakap.

vi) Dia mesti dapat bercakap.

Kata kerja modal harus dan mesti tidak boleh berlaku sebagai elemen kedua dalam penggabungan modal + modal kerana akan menimbulkan gabungan yang tidak gramatis seperti yang berikut:

hendakmahu ingin + harusboleh mesti bisa

Ini dapat dilihat pada ayat-ayat yang berikut:

(50) i) *Dia hendak harus bercakap.ii) *Dia ingin harus bercakap. iii) *Dia dapat harus bercakap. iv) *Dia hendak mesti bercakap.v) *Dia ingin mesti bercakap.vi) *Dia dapat mesti bercakap.

2.4.3.2 Penggabungan Kata Kerja Modal Kemungkinan +Kata Kerja Modal Kehendak, Keupayaan, Kemestian dan Keengganan

17

Page 18: kata kerja bantu

Penggabungan jenis ini dapat dilihat seperti yang berikut:

hendak mahu ingin mungkin + dapat boleh bisa wajib perlu patut enggan

Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat seperti yang berikut:

(53) i) Dia mungkin hendak pergi bersama.ii) Dia mungkin dapat memberikan pertolongan kepada kita. iii) Kertas kenegaraan itu mungkin wajib untuk kita. iv) Dia mungkin perlu pertolongan kita.v) Dia mungkin enggan mengikut kita lagi.

2.4.3.3 Penggabungan Kata Kerja Modal Kemungkinan + Kata Kerja AspekDalam penggabungan jenis ini, kata mungkin boleh mendahuluikata kerja aspek perbuatan yang sudah berlaku, sedang berlaku dan belum berlaku seperti yang berikut:

baharu sudah mungkin + telah pernah sedang masih tengah belum akan Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

(54) i) Dia mungkin baharu pulang dari sekolah. ii) Aminah mungkin sudah pergi ke pasar.iii) Dia mungkin pernah makan makanan itu.iv) Ali mungkin masih dalam perjalanan ke Segamat.v) Salmah mungkin belum pernah melihat lukisan itu. vi) Daud mungkin akan pergi ke Jepun dua hari lagi.

18

Page 19: kata kerja bantu

2.4.3.4 Penggabungan Kata Kerja Modal Kemestian + KataKerja AspekDalam penggabungan jenis ini, kata mesti boleh mendahului kata kerja aspek perbuatan sudah, sedang dan belum berlaku. Kata mesti dan mungkin memperlihatkan ciri penggabungan yang sama, disebabkan kedua-duanya terletak dalam paksi bertentangan. Penggabungan jenis ini dapat dilihat seperti yang berikut:

baharu sudah telahmesti + pernah sedang masih tengah belum akan

Ini dapat dilihat dalam ayat-ayat yang berikut:

(55) i) Dia mesti baharu pulang dari rumah.ii) Maznah mesti sudah balik dari Ipoh.iii) Idayu mesti pernah datang ke sini.iv) Salmah mesti belum pernah melihat lukisan itu.v) Ah Mei mesti masih dalam perjalanan ke Singapura.vi) Aliza mesti belum pulang lagi.

Kesimpulannya, dari segi semantik, kata kerja aspek membawa konsep masa, iaitu sama ada sesuatu perbuatan itu sudah,masih, atau belum dilakukan. Manakala kata kerja modal membawa konsep suasana atau mood seperti menunjukkan kehendak, keupayaan, kemestian dan sebagainya. Seterusnya, daripada empat jenis penggabungan yang dibincangkan tadi, kebanyakan kata kerja aspek terdapat sebagai elemen pertama dalam penggabungan aspek + aspek dan aspek + modal. Walaupun begitu terdapat juga kata kerja modal sebagai elemen pertama dalam penggabungan modal + modal dan modal + aspek tetapi bilangannya adalah kecil.

PERBANDINGAN KATA KERJA BANTU BAHASA MALAYSIA DENGAN KATA KERJA BANTU BAHASA INGGERIS 4.0 PendahuluanBab ini membincangkan perbandingan kata kerja bantu bahasa Malaysia dengan bahasa Inggeris. Perbandingan jenis ini akan menyentuh aspek semantik sahaja. Perbincangan akan juga ditumpukan pada analisis kata kerja bantu dalam bahasa Inggeris secara ringkas supaya senang diperbandingkan kelak.

4.1 Analisis Kata Kerja Bantu dalam Bahasa InggerisAhli tatabahasa tradisional mendefinisikan kata kerja bantu sebagai helping verbs, iaitu

19

Page 20: kata kerja bantu

kata kerja yang digunakan dalam gabungan dengan kata kerja lain bagi menyampaikan beberapa lapisan makna berkenaan dengan masa, kehendak, kemung-kinan, keizinan dan kewajipan.Ahli bahasa struktural pula mendefinisikannya dengan cara yang sama, tetapi lebih menekankan pada fungsi dan kedudukan. Kata kerja bantu itu dikelaskan sebagai kumpulan kata struktur (kata-kata yang fungsi utamanya menyampaikan makna yang gramatis) yang berkaitan dengan kata kerja utama dan bertugas sebagai penanda kata kerja.Mengikut tatabahasa transformasi, kata kerja bantu terdapat dalam struktur dalaman setiap ayat, tetapi model tatabahasa transformasi yang berbeza mewakili kata kerja bantu dalam cara yang berlainan.Bahasa Inggeris mempunyai sebanyak sebelas kata kerja bantu, dengan 28 bentuk kesemuanya seperti yang di bawah ini:

Finitum Tidak finitum BE is, are, am, was, were be, being, beenHAVE has, have, had having, have ,DO do, does, didWILL will, wouldSHALL shall, shouldCAN can, couldMAY~ may, mightMUST mustOUGHT oughtDARE dareNEED need

Kesemua bentuk ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:1. Yang berbentuk akhiran penanda aspek sedang, -ing. Sesuatu kata kerja yang diberi akhiran -ing ini mesti di dahului oleh kopula 'be' seperti:

He is buy - ing book - s.ia beli- sedang buku - jamak(KK) (KKB) 'la sedang membeli buku'

2. Yang berbentuk akhiran penanda aspek sudah atau telah. Sebelum sesuatu kata kerja diberi atau disatukan dengan akhiran penanda aspek sudah atau telah, ia mesti di dahului oleh kata have seperti pada ayat yang di bawah ini:

He has see - n book - s. ia lihat - sudah buku - jamak : (KK) (KKB)'la sudah melihat buku'

3. Yang berbentuk kata will, shall, may, must, can, ought, supposed to, dan sebagainya yang diletakkan sebelum kata kerja. Contohnya:

20

Page 21: kata kerja bantu

He will buy book - s.ia akan beli buku - jamak (KKB)(KK) 'la akan membeli buku

4.2 Perbandingan Kata Kerja Aspek Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris Dalam memperbandingkan kata kerja aspek ini, penulis akan memperkatakan tentang perbuatan yang sudah berlaku dan perbuatan yang sedang berlaku. Dalam bahasa Malaysia, kata sedang, masih dan tengah boleh disamakan dengan kata BE bagi BE -ing bahasa Inggeris. Juga kata sudah, pernah, telah, dan baharu dalam bahasa Malaysia boleh disamakan dengan kata HAVE –en dalam bahasa Inggeris.

4.2.1 Menunjukkan Perbuatan yang Sedang BerlakuTerdiri daripada kata sedang, masih dan tengah dalam bahasa Malaysia, dan BE -ing dalam bahasa Inggeris.Apabila BE muncul bersama dengan '-ing'; ia dianggap sebagai kata kerja bantu. Tetapi jika muncul secara bersendirian dan diikuti oleh predikat (frasa nama, adjektif atau adverba), ia dianggap kata kerja utama.59 BE bagi BE -ing ini menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan itu belum selesai seperti pada ayat-ayat yang berikut:a. He is crying.b. He is going to school.

Kata kerja bantu BE -ing ini dibentuk mengikut ganti nama dan bilangan subjek (yang ketiga tunggal bergabung dengan BE menjadi 'is') yang berlaku pada aturan pertama, iaitu men-dahului kata kerja dasar; -ing dijadikan akhiran dasar katakerja.

Kata BE bagi BE -ing ini boleh disamakan dengan kata tnasih, sedang dan tengah dalam bahasa Malaysia yang juga menunjukkan perbuatan yang sedang berlaku dan belum selesai dilakukan seperti dalam ayat:a. Dia masih menangis.b. Dia sedang pergi ke sekolah.

Perlu diingatkan di sini walaupun kata kerja aspek mempunyai hubungan yang erat dengan konsep waktu, yakni waktu perbuatan atau keadaan berlaku, tetapi ia tidak memasuki sistem kala. Jadi di sini penulis tidak akan menyentuh aspek sistem kala ini.

4.2.2 Menunjukkan Perbuatan yang Sudah BerlakuDalam bahasa Malaysia, kata yang menunjukkan perbuatan jenis ini terdiri daripada kata sudah, telah, pernah, baharu. Di kalangan kata-kata ini, ada yang menunjukkan perbuatan yang sudah berlaku dan sudah selesai dilakukan seperti kata sudah. Manakala ada yang menunjukkan perbuatan yang berlaku dan boleh jadi selesai atau tidak selesai seperti pada kata telah.Dalam bahasa Inggeris pula, kata HAVE -en mempunyai kesamaan dengan kata-kata tadi dalam bahasa Malaysia. Kata HAVE -en mempunyai bentuk finitumnya, iaitu has, have

21

Page 22: kata kerja bantu

dan had. Kesamaan kata kerja aspek dalam kedua-dua bahasa ini dapat dilihat pada ayat-ayat yang berikut:a. He has see-n book - s.ia lihat - sudah buku - jamak (KK) (KKB) 'la sudah melihat buku'.

b. They have see - n the book - s yesterday, mereka lihat - telah buku -jamak semalam (KK) (KKB)'Mereka telah melihat buku itu semalam'.

Perbezaan bentuk kata kerja bantu di sini ialah bahasa Inggeris mempunyai kata kerja bantu bentuk jamak seperti have yang bergantung pada bilangan ganti nama diri. Manakala bahasa Malaysia mempunyai bentuk kata kerja bantu yang sama bagi semua jenis ganti nama.

4.3 Perbandingan Kata Kerja Modal Bahasa Malaysia dengan Bahasa InggerisTerdapat beberapa pendekatan dalam analisis kata kerja modal. Ada penganalisisan yang secara langsung berhubung dengan konstruksi kata kerja modal, manakala yang lainnya secara umum. Ada ahli bahasa yang menggunakan cara generatif seperti, Hakutani dan Hargis; Rosenbaum (1965); Bach (1967); Garcia (1967); Boyd dan Thorne (1969), sementara Ehrman, Lebrun, Halliday, Palmer, Joos (1964); Divers dan Huddleston (1969); Twadell (1969) tidak menggunakan cara generatif, tetapi menggunakan cara struktural atau tradisional.Hakutani dan Hargis membuat pemerhatian berhubung dengan kata kerja modal bahasa Inggeris yang merupakan kriteria yang lengkap bagi penganalisisan konstruksinya.Kata kerja modal bahasa Malaysia termasuklah kata ingin, mahu, hendak, dapat, boleh mesti, wajib, akan dan sebagainya (sila lihat Bab Dua). Manakala dalam bahasa Inggeris, kata kerja modalnya termasuklah kata can, (could), may (might), will (would), shall (should), must, ought, dare, need dan supposed to. Kesemua kata kerja modal ini menunjukkan suasana atau situasi tertentu. Di bawah ini akan kita lihat golongan kata kerja modal dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris:

1. Kata kerja modal yang menunjukkan keupayaan atau ke-izinan: boleh, dapat, bisa dalam bahasa Malaysia dan can (could), may (might) dalam bahasa Inggeris.

2. Kata kerja modal yang menunjukkan kehendak: ingin, mahu, hendak, akan dalam bahasa Malaysia dan will (would), shall (should) dalam bahasa Inggeris.

3. Kata kerja modal yang menunjukkan kemestian: mesti, harus, wajib, patut, perlu dalam bahasa Malaysia dan must, ought, should, need, supposed to dalam bahasa Inggeris.

4. Kata kerja modal yang menunjukkan kemungkinan atau kebarangkalian: mungkin dalam bahasa Malaysia dan might dalam bahasa Inggeris.

22

Page 23: kata kerja bantu

Perlu diingatkan bahawa sesuatu kata kerja modal dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris itu tidak semestinya mempunyai kesamaan sepenuhnya kerana kadangkala terdapat makna yang saling bertindih. Ini kerana sesuatu kata kerja modal dalam bahasa Inggeris itu mempunyai banyak penggunaan atau menunjukkan berbagai-bagai suasana. Di bawah ini akan penulis bincangkan fungsi kata kerja modal bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan melihat persamaan dan perbezaan penggunaannya.

4.4 KesimpulanSebagai kesimpulannya, bolehlah dikatakan perbincangan di atas jelas menunjukkan bahawa kedudukan kata kerja bantu dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris tidak jauh bezanya dari segi semantik. Kata kerja bantu ini mempunyai kesamaan-nya di antara bahasa Malaysia dengan bahasa Inggeris, misalnya kata will (akan), shall (akan), may (dapat, boleh), can (boleh, dapat), must (mesti) dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kata-kata ini mempunyai lebih daripada satu penggunaan dan maknanya saling tindih. Kesemua kata kerja bantu ini diletakkan sebelum kata kerja.

PenutupKata kerja aspek dan modal ini dibahagikan lagi kepada subgolongannya. Kata kerja aspek dibahagikan kepada tiga subgolongan, iaitu yang menunjukkan perbuatan yang belum berlaku, yang telah berlaku dan yang sedang berlaku. Kata kerja modal pula dibahagikan kepada lima subgolongan, iaitu yang menunjukkan kehendak, keupayaan dan kebolehan, kemestian, kebarangkalian atau kemungkinan dan keengganan. Kata-kata yang termasuk dalam kata kerja aspek ialah katabelum, akan, sedang, masih, tengah, telah, sudah, pernah dan baharu. Manakala kata kerja modal termasuklah kata hendak, mahu, ingin, boleh, dapat, mesti, wajib, harus, perlu, patut, tnemang, tentu, mungkin dan enggan. Harus kita membezakan kata sudah, telah, baharu, dan pernah dalam penggunaan walaupun keempat-empat ini menunjukkan perbuatan yang sudah berlaku. Kata sudah dan baharu digunakan bagi merujuk masa lampau yang tidak ditentukan atau dinyatakan. Kata telah pula selalunya merujuk masa lampau yang tertentu atau yang dinyatakan. Akhirnya, kata pernah selalu merujuk perbuatan atau keadaan yang berlaku dalam satu jangka masa yang tertentu dalam detik yang lampau dan perbuatan yang dirujuk itu selesai dilakukan. Begitu juga kata akan dan belum. Kata belum merujuk perbuatan atau keadaan dan sifat yang tidak pernah berlaku. Jadi kata ini mempunyai ciri nafian. Manakala kata akan walaupun menunjukkan perbuatan atau keadaan dan sifat yang tidak pernah berlaku sampai saat dilakukan, tetapi kata akan mempunyai ciri positif (kehendak). Kata akan ini menunjukkan adanya harapan atau antisipasi seseorang tentang akan terjadinya sesuatu kejadian itu.

Daripada perbincangan bab-bab yang lepas, jelas memperlihatkan bahawa di kalangan kata kerja aspek itu, kata sudah sahaja yang dapat menerima semua penambahan. Kata sudah dapat menerima penambahan meN-, awalan se-, partikel -lah, pun, dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal. Alasan yang boleh diberikan mengapa penggabungan demikian boleh berlaku mungkin disebabkan kata ini mempunyai ciri positif. Kata sudah cuma tidak dapat didahului oleh kata tidak. Kata *tidak sudah ini selalu digantikan dengan kata belum. Alasan mengapa kata sudah tidak

23

Page 24: kata kerja bantu

boleh didahului oleh kata tidak, ialah kerana kedua-dua kata ini berada di paksi yang bertentangan. Kata tidak mempunyai ciri nafian dan kata sudah mempunyai ciri positif.

Kata kerja aspek lain seperti kata akan, sedang, masih, tengah, telah, pernah dan baharu tidak dapat menerima kesemua penam-bahan itu. Kata akan hanya dapat diikuti oleh kata tidak sahaja dan kata masih hanya dapat dirangkaikan dengan partikel pun dan -kah sahaja. Kesemua kata ini tidak mampu berfungsi sebagai ayat minimal. Kata tengah tidak boleh digabungkan dengan mana-mana penambahan sama sekali.

Seterusnya, rumusan yang boleh dibuat pada kata kerja modal ialah kebanyakan kata ini boleh menerima penambahan meN-, se-, -lah, -kah, -kan dan pun. Misalnya kata boleh dan dapat berupaya bergabung dengan penambahan tadi untuk mem-peroleh kata-kata seperti: membolehkan, seboleh, boleh pun, bolehlah, bolehkah, tidak boleh, boleh tidak, dan mendapatkan, sedapat, dapat pun, dapatlah, dapatkah, tidak dapat dan dapat tidak.

Kedua-dua kata ini boleh juga berfungsi sebagai ayat minimal. Alasan yang boleh diberikan ialah kedua-dua kata kerja modal ini mempunyai ciri positif, iaitu menunjukkan sesuatu yang boleh dan dapat dilakukan. Dengan itu, kata-kata ini dengan mudah dapat bergabung dengan kebanyakan penambahan. Keadaan ini sama juga dengan kebanyakan kata modal walaupun tidak semuanya dapat bergabung dengan semua penambahan yang disebutkan di atas.

Selain perbincangan tentang kata kerja bantu dari aspek semantik dan sintaksis, dibincangkan juga perbandingan kata kerja bantu di antara bahasa Malaysia dengan bahasa Inggeris dari aspek semantik. Daripada perbincangan dalam bab-bab yang lepas, didapati bahawa bahasa Malaysia mempunyai lapan bentuk kata kerja bantu, berbanding dengan 28 bentuk kesemuanya dalam bahasa Inggeris. Jumlah kata kerja bantu dalam kedua-dua bahasa itu tidak jauh bezanya.

Begitu juga perbandingan fungsinya dari segi semantik jelas menunjukkan adanya persamaan yang agak jelas. Kata BE -ing dalam bahasa Inggeris boleh disamakan dengan kata sedang, masih dan tengah yang menunjukkan perbuatan yang sedang berlaku. Kata HAVE dalam bahasa Inggeris boleh disamakan dengan kata telah, sudah, baharu atau pernah yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang sudah berlaku. Bezanya di sini ialah kata HAVE tidak mempunyai perbezaan masa yang lampau. Manakala kata sudah, telah, pernah dan baharu mesti digunakan mengikut konteks masa yang ditentukan. Misalnya kata telah selalu merujuk masa lampau yang tertentu seperti adanya penggunaan kata semalam, pagi tadi dan sebagainya. Kata sudah dan baharu merujuk masa lampau yang tidak ditentukan atau yang tidak dinyatakan dan sebagainya.

Satu lagi perbezaan ialah kata kerja bantu bahasa Inggeris mempunyai bentuk jamak. Bentuk jamak ini ditentukan oleh bilangan ganti nama diri. Manakala dalam kata kerja bantu bahasa Malaysia, penggunaan bentuk ini adalah sama bagi semua jenis ganti nama diri.

Seterusnya, daripada perbandingan yang dibuat, didapati bahawa fungsi kata will dan shall dalam bahasa Inggeris boleh disamakan dengan fungsi kata akan dalam bahasa Malaysia. Kesemua kata kerja modal ini menunjukkan makna kehendak. Kata will dalam bahasa Inggeris digunakan dalam tujuh jenis keadaan, sedangkan kata akan hanya digunakan dalam dua jenis keadaan sahaja. Jadi kata will ini tidak mempunyai kesamaan yang sepenuhnya dengan kata akan.

Fungsi kata must dalam bahasa Inggeris mempunyai per-samaan dengan fungsi

24

Page 25: kata kerja bantu

mesti dalam bahasa Malaysia. Kedua-dua kata ini merujuk makna kemestian atau kewajipan. Manakala kata ought to dan should boleh disamakan dengan kata harus danpatut.

Akhir sekali, untuk menimbulkan bentuk negatif bagi kata kerja bantu bahasa Malaysia, kata tidak diletakkan sebelum kata kerja bantu. Manakala dalam bahasa Inggeris pula, secara umumnya, kata kerja bantu diikuti oleh kata not atau diimbuh-kan dengan n't untuk menerbitkan bentuk negatif. Kata kerja bantu dalam bahasa Inggeris juga mempunyai bentuk kala lampau, misalnya bentuk kala lampau bagi kata shall, will, dan ought to ialah should, would dan ought to have.

Dalam bahasa Malaysia pula, kata kerja bantu tidak mempunyai bentuk kala lampau. Sebagai kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa walaupun kata kerja bantu ini merupakan sejenis kata kerja yang kurang ditekankan dalam sintaksis bahasa Malaysia, tetapi kepentingan fungsinya sama ada dari aspek semantik atau sintaksis ini tidak boleh diragui lagi. Kata kerja bantu ini memang mempunyai peranan yang penting dalam sintaksis bahasa Malaysia. Kita sering menggunakan sama ada secara " disedari atau tanpa disedari. Dalam pengkajian kata kerja bantu ini, kita seharusnya mengkajinya dari aspek semantik dan sintaksis walaupun aspek semantik lebih penting mengikut kebanyakan ahli bahasa. Ini kerana semantik adalah berlainan sekali daripada sintaksis.

25

Page 26: kata kerja bantu

BIBLIOGRAFI

Abdul Hamid Mahmood 1971. "Sintaksis Dialek Kelantan". Latihan ilmiah Ijazah Sarjana Sastera, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Abdullah Hassan 1974. The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan 1980. LinguistikAm untuk Guru Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdullah Hassan 1980. "Perkembangan Penggolongan Kata-Kata Melayu Secara Ringkas", dim. Dewan Bahasa, 24:9.

Akmajian, Adrian dan Wasow, Tom 1975. "The Constituent Structure of VP and AUX and the Position of the Verb BE", dim. Linguistic Analysis, Jil. 1:3, hlm. 205-245.

Akmajian, Adrian dan Wasow, Tom 1979. "The Category AUX in Universal Grammar", Linguistic Inquiry, Jil. 10:1, him. 1-64.

Anis Safioedin S.H. 1974. Membina Bahasa Indonesia. Bandung: Penerbit Alumin.

Arbak Othman 1979. Ilmu Linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Arbak Othman 1980. Teori Sintaksis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Arbak Othman 1981. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arifin Nor 1959. Kumpulan Sastera Lama Melayu. Kuala Lumpur:H.M. Shah Enterprise.

Gan kok Siong1991. Kata Kerja Bantu dalam Sintaksis Bahasa Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka

26