membangunkan perisian modul alat bantu · pdf filemempelajari subjek sains dan matematik dalam...

23
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERTAJUK SISTEM PENGELASAN MIKROORGANISMA MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 HO CHAI SIONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doannhan

Post on 03-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

BERTAJUK SISTEM PENGELASAN MIKROORGANISMA

MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4

HO CHAI SIONG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam
Page 3: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam
Page 4: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU

MENGAJAR (ABM) BERTAJUK SISTEM PENGELASAN MIKROORGANISMA

MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4

HO CHAI SIONG

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Biologi )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam
Page 6: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

iii

Untuk ibu dan adik-adik tersayang

Page 7: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia I

Projek Sarjana Muda, En. Muslim bin Jonid dan penyelia II Projek Sarjana Muda, Dr.

Arba’at Hassan atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh

penyeliaan projek ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak

menghulurkan bantuan kepada saya.

Akhir sekali, penghargaan diberikan kepada ibu dan ahli keluarga saya yang

sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya.

Page 8: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

v

ABSTRAK

Projek ini merangkumi pembangunan perisian modul ABM atas tajuk Sistem

Pengelasan Mikroorganisma bagi subjek Biologi Tingkatan 4. Perisian modul ABM ini

dibangunkan dalalm Bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan pelajar yang

mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bermula pada tahun

2003.Perisian modul ABM ini dibangunkan dengan menggunakan Microsoft

PowerPoint XP, Adobe Photoshop 7.0, Sound Forge 6.0, Ulead Cool 3D 3.5, Herosoft

2001 dan Ulead GIF Animator. Elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan video

disepadukan ke dalam perisian ini untuk membantu pelajar lebih memahami tentang

topik Sistem Pengelasan Mikroorganisma selain memupuk minat mereka dalam

mempelajari subjek Biologi. Selain itu, perisian ini juga dibangunkan demi mengatasi

masalah kekurangan perisian yang bersifat pendidikan di negara kita. Akhir sekali,

diharapkan perisian ini akan memberikan kemudahan kepada guru dan pelajar.

Page 9: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

vi

ABSTRACT

This project involves the development of educational software as a teaching aid

on the topic of Classification of Microorganisms for Form 4 Biology. This educational

software was written in English to fulfil the needs of the students who learn Science and

Mathematics in English from year 2003 onwards. This educational software is

developed by using Microsoft PowerPoint XP, Adobe Photoshop 7.0, Sound Forge 6.0,

Ulead Cool 3D 3.5, Herosoft 2001 and Ulead GIF Animator. Text, graphics, audio,

video and other elements of multimedia are incorporated to this educational software to

help the students in understanding Classification of Microorganisms as well as to

motivate students’ interest in Biology. Apart from this, the software is designed to

overcome shortage of educational software in our country. Lastly, it is hoped that the

software will be helpful to teachers and students.

Page 10: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Kepentingan Projek 6

1.6 Skop Projek 7

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Modul 8

1.8.2 Alat Bantu Mengajar (ABM) 8

Page 11: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

viii

1.8.3 Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) 8

1.8.4 Biologi 9

1.8.5 Pengajaran 9

1.8.6 Pembelajaran 9

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Alat Bantu Mengajar 10

2.3 Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) 11

2.4 Buku Elektronik (e-book) 12

2.5 Perbezaan antara Perisian Modul ABM

dan PBK 14

2.6 Ciri-ciri Perisian Modul ABM

yang Baik 15

2.7 Jenis-jenis ABM 16

2.8 Kelebihan-kelebihan Perisian Modul

ABM 16

2.8.1 Format yang Interaktif dan

Merangsang 16

2.8.2 Komunikasi Maklumat yang

Efektif 17

2.8.3 Pengekalan Informasi yang

Berkesan 17

2.8.4 Membolehkan Pelajar Belajar

Mengikut Kehendak Mereka

Sendiri 17

2.8.5 Keseronokan Menggunakan

Komputer Multimedia 18

2.9 Kelemahan-kelemahan Perisian Modul

ABM 18

Page 12: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

ix

2.9.1 Kos Perbelanjaan dan Pembinaan

Perisian 18

2.9.2 Tempoh Penghasilan Perisian

Multimedia 19

2.9.3 Tertakluk Kepada Kemudahan

Perkakasan dan Perisian 19

2.9.4 Harga Perkakasan yang

Diperlukan Mahal 19

2.9.5 Kepintaran Perisian 20

2.9.6 Minat, Pengetahuan, Kemahiran

dan Kepakaran 20

2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian Modul

ABM 20

2.10.1 Strategi Pengajaran Induktif 22

2.11 Teori Pembelajaran 23

2.11.1 Teori Behaviourisme 23

2.11.2 Teori Konstruktivisme 24

2.12 Taksonomi Bloom 26

2.13 Elemen-elemen Multimedia 27

2.13.1 Teks 27

2.13.2 Grafik 27

2.13.3 Audio 28

2.13.4 Video 28

2.13.5 Animasi 28

2.13.6 Hipermedia 29

2.13.7 Hiperteks 29

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Penentuan Tajuk dan Skop 31

3.3 Pengumpulan Bahan dan Penjanaan

Idea 31

Page 13: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

x

3.4 Analisis Pembangunan 32

3.4.1 Objektif Pengajaran 32

3.4.2 Kumpulan Sasaran 33

3.4.3 Isi Kandungan Pelajaran 34

3.4.4 Soalan/Penilaian Pencapaian 34

3.4.5 Persekitaran Penggunaan 34

3.4.6 Pemilihan Perisian

Pembangunan 35

3.4.7 Sebab Memilih Microsoft

Office XP 38

3.4.8 Pemilihan Perisian Multimedia 39

3.4.9 Pemilihan Perkakasan 41

3.4.10 Spesifikasi Perkakasan

Minimum Pengguna 42

3.5 Carta Alir Perisian 42

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 47

4.2 Penyediaan Bahan 48

4.2.1 Penyediaan dan Pengeditan

Teks 48

4.2.2 Grafik dan Visual 48

4.2.3 Penghasilan Animasi 49

4.3 Rangka Asas Perisian 49

4.3.1 Paparan Persembahan Tajuk 50

4.3.2 Paparan Menu Utama 51

4.3.3 Paparan Topik 51

4.3.4 Paparan Isi Kandungan 52

4.3.5 Paparan Penilaian 53

4.3.6 Paparan Menyusuri Internet 55

4.3.7 Paparan Glosari 55

4.3.8 Paparan Bantuan Pengguna 56

Page 14: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

xi

4.4 Pempakejan Perisian 57

4.5 Cara Menggunakan Perisian 58

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Kekangan yang Dihadapi Semasa

Pembangunan Perisian 62

5.2.1 Kekurangan Kepakaran 63

5.2.2 Kekangan Masa 63

5.2.3 Kekurangan Perkakasan 64

5.3 Kelebihan Perisian 64

5.4 Kekurangan Perisian 66

5.5 Cadangan 67

5.6 Kesimpulan 68

RUJUKAN 70

LAMPIRAN 73

Page 15: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbezaan antara Perisian Modul ABM dan PBK 13

Page 16: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Proses Kaedah Inkuiri-Penemuan 22

3.1 Carta Alir Umum 43

3.2 Sambungan Carta Alir Umum 44

3.3 Carta Alir Terperinci Bakteria 45

3.4 Carta Alir Terperinci Fungi 46

4.1 Paparan Persembahan Tajuk 50

4.2 Paparan Menu Utama 51

4.3 Paparan Topik 52

4.4 Paparan Isi Kandungan 52

4.5 Paparan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada 54

4.6 Paparan Penilaian Formatif 54

4.7 Paparan Penilaian Sumatif 54

4.8 Paparan Menyusuri Internet 55

4.9 Paparan Glosari 56

4.10 Paparan Bantuan Pengguna 56

4.11 Pack and Go Wizard dalam PowerPoint XP 57

4.12 Opsyen Embed TrueType Fonts dalam Pack and

Go Wizard 58

4.13 Fail Montaj Untuk Persembahan 59

4.14 Butang Timbul Powerpoint 60

Page 17: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 1 73

Page 18: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan.

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke

arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan

teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan

memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan

menggunakan teknologi terkini. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

disarankan supaya dilaksanakan di sekolah untuk mempertingkatkan kadar penerimaan

pelajar mengenai bahan yang diajar.

Palmera (1999), membuktikan bahawa bahan pengajaran interaktif mampu

meningkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahan yang diajar sebanyak

30% lebih daripada pelajar yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional.

Page 19: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

2

Howell (1971) telah menjalankan kajian terhadap keberkesanan pengajaran

berbantukan komputer dalam kursus French di peringkat universiti. Beliau

mengharapkan agar bahan berkomputer dapat memberikan maklumat dan rangsangan

tambahan tentang apa yang disampaikan oleh guru dalam kelas. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa sikap pelajar yang umumnya terhadap bahan berkomputer adalah

baik dan sesetengah pula mendapati bahan berkomputer telah memberi manfaat kepada

mereka.

Kulik dan Kulik (1987) berpendapat bahawa pelajar akan mendapat pengetahuan

yang lebih sekiranya mereka diberikan kaedah pengajaran berbantukan komputer. Pelajar

juga dapat belajar dan memahami konsep dengan lebih cepat dengan menggunakan

kaedah pengajaran berbantukan komputer. Sikap yang positif terhadap mata pelajaran

yang diajar dapat ditimbulkan menggunakan kaedah pengajaran tersebut.

Media memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer. Guru boleh merancang penggunaan media dengan

lebih sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Media turut

memperkayakan pengalaman pelajar dan mereka boleh menikmati proses pembelajaran

yang bersifat lebih dekat dengan seronok. Media juga menjadikan pengajaran lebih

bersifat individu kerana pelajar tidak perlu menguasai cara pembelajaran yang ditetapkan

oleh guru atau terikut-ikut dengan pelajar lain. Dengan menggunakan media seperti

pengajaran terancang modul, buku kerja, filem khas, kit dan sebagainya pengajaran boleh

diatur secara individu mengikut kadar kebolehan dan kecepatan pelajar.

Page 20: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Walaupun penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi

semakin penting ekoran wujudnya pelaksanaan sekolah bestari, namun cara pengajaran di

sekolah masih berpusatkan guru atau pengajaran tradisional dan bahan pengajaran yang

digunakan adalah setakat buku teks, carta dan gambar rajah. Semua ini merupakan cara

penyampaian pengajaran yang linear dan membosankan pelajar. Buku teks atau buku

rujukan tidak dapat menunjukkan audio dan animasi, rajah yang berwarna juga sukar

dihasilkan dengan banyak memandangkan kos cetakan yang tinggi.

Menurut Baharuddin (2001), penggunaan ABM yang canggih atau yang

berbentuk elektronik jarang sekali digunakan. Memandangkan untuk menghasilkan satu

perisian ABM memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Oleh demikian, guru lebih

cenderung kepada penggunaan papan tulis dengan kapur (Chalk and Talk), carta atau

poster dan sampel sebenarnya.

Majoriti guru masih lagi tidak memahami bagaimana mereka boleh

mengaplikasikan teknologi (pendidikan) di dalam karier mereka. Lebih runcing lagi

situasi ini kerana guru-guru lepasan institusi pendidikan yang masih tidak memahami

cara untuk memperbaiki sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sebenarnya guru haruslah memikul tanggungjawab sebagai agen perubahan

seiring perkembangan pesat pendidikan global, dalam usaha menjana generasi pelapis

negara yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Page 21: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

4

Namun demikian kekurangan perisian tempatan untuk pengajaran dan

pembelajaran juga menjadi persoalan utama dalam melaksanakan pendidikan teknologi di

negara ini. Kebanyakan perisian pendidikan yang dipasarkan adalah dihasilkan di negara

lain contohnya negara Eropah. Perisian ini agak tidak sesuai dengan sukatan pelajaran,

penerapan nilai dan budaya masyarakat kita.

Selain itu, pengajaran subjek Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris

telah dimulakan di Tahun Satu sekolah rendah, Tingkatan Satu dan Enam Rendah di

sekolah menengah serta program Matrikulasi mulai tahun 2003. Maka Perisian ABM

berasaskan komputer dalam versi Inggeris amat diperlukan supaya pelajar dapat

memahami isi pelajaran dengan lebih mudah.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah

mewujudkan masyarakat celik teknologi. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting

perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke

arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan

sepenuhnya. Namun, kekurangan tenaga mahir tempatan yang pakar dalam pembangunan

perisian multimedia menyebabkan usaha menggabungkan teknologi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran tidak banyak menampakkan kemajuan. Rakyat kita sendiri

perlu mencuba untuk mereka dan menghasilkan sesuatu perisian mengikut acuan

pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain.

Page 22: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

5

Namun, guru hari ini bukan sahaja bertanggungjawab sebagai penyampai ilmu

pengetahuan malahan turut terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah seperti bidang ko-

kurikulum, aktiviti luar sekolah, kursus dalaman dan sebagainya. Dengan jawatan seperti

panitia, penyelaras peperiksaan atau penasihat persatuan juga menambah kerja beban

kepada guru. Ini merupakan faktor guru tidak mempunyai cukup masa untuk

menyediakan perisian modul ABM. Ini adalah sebab pengajaran guru di sekolah setakat

“chalk & talk”.

Untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut, satu perisian modul alat bantu

mengajar dibina untuk membantu guru dalam menyampaikan pengajaran mereka dengan

lebih efektif dan menjimatkan masa serta mengubah penyampaian pelajaran yang bersifat

abstrak kepada konkrit.

1.4 Objektif Projek

Objektif pembinaan perisian modul alat bantu mengajar adalah menghasilkan

perisian modul ABM bertajuk Sistem Pengelasan Mikroorganisma dalam mata pelajaran

Biologi Tingkatan 4. Perisian ini adalah dibangunkan dalam Bahasa Inggeris.

Page 23: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF filemempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ... 2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian ... berbantukan komputer dalam

6

1.5 Kepentingan Projek

Perisian multimedia ini bertujuan memberi gambaran yang jelas kepada pelajar

tentang sistem pengelasan mikroorganisma. Konsepnya dapat dipersembahkan dengan

menggunakan grafik, animasi, video dan audio supaya pelajar didedahkan kepada isi

pelajaran yang lebih realistik serta objektif supaya pembelajaran pelajar dapat dicapai.

Perisian ini dibina untuk mengatasi masalah kekurangan perisian yang bersifat

tempatan. Perisian ini juga boleh meringankan beban guru untuk membuat persediaan

bahan bantu mengajar dan mempunyai kemahiran menyoal yang tinggi kerana soalan-

soalan formatif dan sumatif akan disertakan dalam perisian ini. Pelajar boleh dinilai dari

semasa ke semasa dan juga di akhir pengajaran satu topik.

1.6 Skop Projek

Pembinaan perisian Alat Bantu Mengajar ini adalah berdasarkan kepada topik

Sistem Pengelasan Mikroorganisma dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 4. Isi

kandungan dalam modul ini meliputi pengelasan mikroorganisma kepada 4 kumpulan

besar, iaitu bakteria, virus, protista dan fungi.