membangunkan perisian modul alat bantu · pdf fileis developed based on chapter one of form...

22

Upload: dinhthien

Post on 13-Mar-2018

245 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi
Page 2: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi
Page 3: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU

MENGAJAR (ABM) BERTAJUK SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA

MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN TIGA

YAP CHIN KENT

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan

( Biologi )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 4: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi
Page 5: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

iii

DEDIKASI

Untuk ayah, ibu yang disanjungi,

dan keluarga tersayang,

“Pengorbanan kalian menjadi sumber inspirasiku”.

Page 6: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji

Muslim bin Jonid dan Dr. Arba’at Hassan selaku penyelia Projek Sarjana Muda

kerana sudi membimbing dan menyelia penulis tanpa menjemu-jemu sepanjang

tempoh projek ini sehingga dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tanpa mereka,

projek ini mustahil dijalankan dengan begitu lancar dan baik.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada rakan-rakan

seperjuangan dari kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Biologi), kerana

mereka sudi membantu penulis apabila menghadapi masalah semasa menyiapkan

projek ini.

Penghargaan juga diberikan kepada kawan baik penulis yang bernama Ng

Ping dan Mohammad Ali bin Zakaria kerana sentiasa memberi idea yang berguna

serta dorongan kepada penulis semasa menghasilkan projek ini.

Terima Kasih juga diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak

memberi semangat dan dorongan dalam menghasilkan projek ini.

Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak

yang telah memberi bantuan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu

penulis menjayakan projek ini.

Page 7: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

v

ABSTRAK

Perisian Modul Alat Bantu Mengajar (ABM) bertajuk “Sistem Pembiakan

Manusia” telah dibina berdasarkan Bab 1 dalam sukatan pelajaran Sains tingkatan

tiga berteraskan kepada kurikulum KBSM. Pembinaan perisian ini bertujuan untuk

menambahkan bahan pengajaran berbantukan komputer dalam versi Bahasa Inggeris,

di mana amat kekurangan di pasaran pada masa kini. Salah satu objektif perisian ini

dibina ialah menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan,

bermotivasi, merangsang dan bermakna bagi pengguna khususnya pelajar. Perisian

ini telah dibangunkan supaya pengguna boleh menjadikannya sebagai salah satu

alternatif cara belajar dan juga sebagai cara mendapatkan sumber ilmu. Perisian

Modul ABM ini dibangunkan dengan menggunakan perisian PowerPoint XP sebagai

perisian utama dan perisian-perisian lain iaitu Macromedia Flash MX, Adobe

Photoshop 7.0, Adobe Premiere 5.5, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Gif Animator 5.0,

Herosoft XP 2002 dan Sonic Foundry Sound Forge 4.5. Perisian-perisian tersebut

digunakan untuk menggabungkan grafik, animasi, audio, video dan teks dalam

bentuk yang interaktif yang berupaya menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Perisian ini akhirnya dipakejkan ke dalam

format CD-ROM bagi memudahkan pengedaran. Diharapkan perisian Modul ABM

ini dapat membantu pelajar mengukuhkan kefahaman konsep Sistem Pembiakan

Manusia dan menjadikan pembelajaran Sains lebih bermakna dan menyeronokkan.

Page 8: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

vi

ABSTRACT

The teaching aid facilities software known as “Human Reproduction System”

is developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary School

Integrated Curriculum. The development of this software is aimed to increase

teaching materials through computer aids in English language version, which

currently is less in the market. One of the objectives of this software is created to

make teaching more interesting, motivating, inspiring and meaningful, especially to

students. This software is also created for users to use it as an alternative method of

learning and also a source of knowledge. This software is developed using several

available software such as PowerPoint XP, Macromedia Flash MX, Adobe

Photoshop 7.0, Adobe Premiere 5.5, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Gif Animator 5.0,

Herosoft XP 2002 and Sonic Foundry Sound Forge 4.5. These software were used to

combine graphics, animation, audio, video and texts in an interactive forms resulting

in more attractive and effective teaching and learning processes. Finally, this

software is packaged in CD-ROM format for an easy access and distribution. With

hope that this software will help students learning the concept of Human

Reproduction System in an interesting and unique way, so that learning Science will

indeed a happy and a meaningful experience.

Page 9: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Projek 7

1.4 Kepentingan Projek 7

1.5 Skop Projek 8

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 8

Page 10: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 10

2.1 Definisi Perisian Modul Alat Bantu 10

Mengajar (ABM)

2.2 Definisi Pembelajaran Berbantukan 11

Komputer (PBK)

2.3 Perbezaan di Antara Perisian Modul 12

ABM dan Perisian PBK

2.4 Buku Elektronik 13

2.5 Jenis-jenis ABM 14

2.6 Kriteria ABM yang Baik 15

2.7 Kepentingan Perisian Modul ABM 16

2.8 Kelebihan-kelebihan Perisian Modul 17

ABM

2.9 Kelemahan-kelemahan Perisian Modul 20

ABM

2.10 Definisi Multimedia dan 21

Elemen-elemennya

2.10.1 Aplikasi Multimedia dalam 24

Pengajaran dan Pembelajaran

2.11 Konsep dan Teori Pembelajaran 26

2.11.1 Teori Behaviourisme 27

2.11.2 Teori Konstruktivisme 27

2.11.3 Teori Kognitivisme 28

2.12 Aspek Pedagogi dalam Menggunakan 29

Perisian Modul ABM

Page 11: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

ix

BAB III REKA BENTUK PEMBANGUNAN

3.0 Pengenalan 31

3.1 Penentuan Tajuk dan Skop 31

3.1.1 Objektif Pengajaran 32

3.1.2 Kumpulan Sasaran 32

3.1.3 Isi Kandungan Pelajaran 33

3.1.4 Soalan/ Penilaian Pencapaian 33

3.1.5 Aplikasi teori Pengajaran dalam Perisian 34

3.2 Unsur-unsur Motivasi dalam ABM 35

3.2.1 Strategi-strategi Motivasi dalam 36

Reka bentuk Perisian Modul ABM

3.3 Pemilihan Perisian Pembangunan 37

3.3.1 Pemilihan Perisian Multimedia 39

3.4 Pemilihan Perkakasan 41

3.4.1 Spesifikasi Perkakasan Minimum 41

Pengguna

3.5 Carta Alir Perisian 42

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN

4.0 Pengenalan 44

4.1 Struktur Asas Perisian 45

4.1.1 Paparan Montaj 45

4.1.2 Paparan Menu Utama 46

4.1.3 Paparan Topik 46

4.1.4 Paparan Penilaian 49

4.1.5 Paparan Laman Web 51

4.1.6 Paparan Glosari 52

4.1.7 Paparan Informasi 52

4.1.8 Paparan Aktiviti 53

4.1.9 Paparan Pemikiran Kritis 54

4.1.10 Paparan Panduan Pengguna 54

Page 12: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

x

4.2 Pempakejan Perisian 55

4.3 Cara Menggunakan Perisian 56

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 59

5.1 Perbincangan 59

5.1.1 Masalah dan Kesulitan yang Dialami 60

Semasa Pembangunan Perisian

5.2 Kelebihan Perisian 61

5.3 Kelemahan Perisian 63

5.4 Cadangan 63

5.5 Kesimpulan 64

RUJUKAN 65

Page 13: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbezaan di antara perisian modul ABM dan 12

perisian PBK

3.2 Model ARCS 35

Page 14: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta alir Perisian Secara Umum 43

4.1 Paparan Montaj 45

4.2 Paparan Menu Utama 46

4.3 Paparan Topik Pengenalan 47

4.4 Paparan Topik Sistem Pembiakan Lelaki 47

4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan Perempuan 48

4.6 Paparan Topik Gamet Manusia 48

4.7 Paparan Topik Proses Persenyawaan 48

4.8 Paparan Topik Perkembangan Embrio 49

4.9 Paparan Topik Kelahiran Bayi 49

4.10 Paparan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada 50

4.11 Paparan Penilaian Formatif 50

4.12 Paparan Penilaian Sumatif 51

4.13 Paparan Laman Web 51

4.14 Paparan Glosari 52

4.15 Paparan Informasi 53

4.16 Paparan Aktiviti 53

4.17 Paparan Pemikiran Kritis 54

4.18 Paparan Bantuan Pengguna 55

4.19 Pack and Go Wizard dalam PowerPoint XP 56

4.20 True Type Font 57

4.21 Fail Menu Utama 57

4.22 Fail readme 58

Page 15: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pada alaf baru ini, teknologi maklumat berkembang dengan begitu pesat

sehingga seluruh pelusuk dunia dapat merasakan ledakan revolusi ini. Menurut

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad: “Masyarakat yang menguasai maklumat akan

menguasai dunia.” Di sini jelaslah teknologi maklumat berupaya memberi pelbagai

kemajuan serta perubahan kepada manusia (Sezali Din,1996).

Negara kita turut serta dalam arus kemajuan teknologi maklumat ini.

Bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam menerima kesan ledakan arus IT bagi

mewujudkan generasi manusia yang peka terhadap perkembangan IT. Peranan

komputer menjadi semakin penting di dalam bidang pendidikan sama ada bagi tujuan

pengurusan dan pentadbiran, mahupun di dalam bidang pengajaran dan

pembelajaran. Komputer hendaklah dijadikan satu sumber pengajaran dan

pembelajaran untuk membantu guru mencapai objektif pedagoginya dan memberi

peluang kepada pelajar mencuba sesuatu pembelajaran yang baru.

Page 16: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

2

Menurut Kemp (1997), komputer merupakan media yang penting ketika ini.

Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan memupuk interaksi secara

kolaboratif dan komputer juga dapat menambahkan peluang untuk pelajar yang lebih

mahir membantu pelajar yang kurang mahir. Interaksi ini agar sukar diwujudkan

terutamanya dalam kelas sains tradisional.

Menurut Rio Sumarni (1996), melalui kesedaran guru tentang manfaat

komputer menjadikan mereka berminat untuk menggunakannya sebagai alat untuk

meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidik perlu diperkenalkan

kepada aplikasi teknologi multimedia agar dapat mengubah cara penyampaian

maklumat dalam usaha memperkemaskan pengajaran guru. Ini amat penting supaya

minat dan motivasi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat dicetuskan

dan seterusnya diharapkan dapat mengurangkan masalah keciciran pelajar dalam

pembelajaran.

Menurut Sharifah Alwiah (1984):

Guru menolong kanak-kanak memperoleh kemahiran yang agak

sukar, dan yang penting ialah kemahiran yang melibatkan

pemikiran dan manipulasi idea-idea… Namun begitu, seorang

guru bebas menentukan kaedah pengajarannya.

Berdasarkan kenyataan di atas, seseorang guru boleh menggunakan kaedah

pengajaran yang dirasai sesuai. Walau bagaimanapun, guru perlu mempelbagaikan

kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan dan mengukuhkan

kefahaman pelajar. Salah satu cara mempelbagaikan kaedah pengajaran di sini

bermaksud menggunakan ABM yang pelbagai jenis.

Menurut Rao (1991), komputer boleh dijadikan ABM yang utama dalam

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran

Page 17: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

3

melalui komputer dapat mengekalkan ingatan pelajar menjadi lebih lama kerana ia

dapat memberi kefahaman kepada pelajar dengan lebih jelas dan mudah dengan

gabungan elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video.

Menurut Mak (1997), pakar-pakar pendidikan telah membuat kajian iaitu

75% daripada maklumat yang diperoleh oleh manusia adalah melalui deria

penglihatan, 13% melalui deria pendengaran dan selebihnya melalui deria sentuh dan

bau. Daripada kajian di atas, deria penglihatan dan pendengaran merupakan dua

saluran deria yang penting untuk memperoleh maklumat. Dua deria tersebut haruslah

dijadikan sasaran semasa pengajaran di bilik darjah. Oleh sedemikian, ABM

memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan

tujuan untuk memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran.

1.1 Latar Belakang Masalah

Menurut Abdul Rahim (1998), guru masih mengamalkan cara pengajaran

yang tradisional yang berpusatkan kepada guru dengan tumpuan utamanya untuk

menyampaikan isi kandungan pelajaran. Walaupun guru-guru menggunakan bahan

pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kebanyakannya adalah terhad

kepada jenis bahan cetak sahaja.

Menurut Ng (1979) menemui beberapa sebab media teknologi kurang

digunakan. Antaranya ialah guru lebih cenderung mengekalkan nilai tradisi dalam

pengajaran mereka dan “takut” kepada inovasi teknologi. Kekurangan pakar media

juga menjadi faktor penghalang.

Page 18: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

4

Menurut Abdul Rahim dan Ismail (1990), alat yang digunakan oleh

kebanyakan guru masih lagi berpusatkan kepada buku teks, papan kapur, buku tulis

dan kaedah “cakap dan tulis” dan kaedah “tulis dan tulis” yang begitu disesuaikan

atau menjadi pilihan yang baku di kalangan guru-guru.

Menurut Raja Maznah (1993), kelemahan di sekolah sekarang ialah dari segi

penggunaan sumber pembelajaran sama ada yang berasaskan teknologi elektronik

atau yang tidak elektronik.

Menurut Yeo (1996), berdasarkan kajian yang dijalankan oleh UNESCO, di

kebanyakan negara di rantau ini, termasuk Malaysia masih terdapat kaedah

pengajaran guru yang autokratik, formal dan tradisional. Kebanyakan penyampaian

hanya dalam bentuk satu hala dengan guru bercakap, membaca dan berkuliah,

manakala pelajar hanya merupakan peserta yang pasif.

Menurut Azman (1990), pembelajaran merupakan suatu proses yang

memerlukan interaksi 4 komponen utama iaitu pelajar, pengajar, pendekatan dan

bahan pembelajaran. Dalam era sains dan teknologi ini, bahan pembelajaran bukan

sahaja terhad kepada buku dan alat tulis tetapi ia juga meliputi alat-alat elektronik

yang canggih seperti video dan komputer. Alat-alat teknologi ini dengan sendirinya

tidak boleh berbuat apa-apa tetapi cara ia digunakan dan apa yang disampaikan

melaluinya yang boleh menghasilkan pembelajaran.

Okey (1985) menyatakan pelajar akan hilang minat terhadap pelajaran

disebabkan oleh beberapa faktor seperti bahan pembelajaran tidak menepati objektif

pengajaran, organisasi isi kandungan tidak tersusun, persekitaran pembelajaran yang

kurang memuaskan dan pendekatan yang statik.

Page 19: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

5

Penggunaan ABM yang baik dan berkesan akan menarik minat golongan

pelajar untuk menerokai setiap ilmu yang ada dengan kerelaan hati mereka sendiri.

Guru-guru hendaklah menggunakan pendekatan pengajaran yang bijaksana atau

berkesan sekiranya mereka ingin menarik minat pelajar.

Pelajar-pelajar masa kini memerlukan pelbagai rangsangan untuk

meningkatkan prestasi mereka. Kaedah pengajaran secara lama menimbulkan rasa

bosan dan kurang menarik jika dibandingkan dengan penggunaan ABM yang sesuai

yang dibina oleh guru, diyakinkan boleh menimbulkan rangsangan positif dalam

pembelajaran.

Kekurangan perisian tempatan untuk pengajaran dan pembelajaran menjadi

persoalan utama dalam melaksanakan pendidikan teknologi di negara kita.

Kebanyakan perisian yang dihasilkan di negara lain mempunyai masalah dari segi

bahasa, kesesuaian dengan sukatan pelajaran, penerapan nilai dan tidak mencirikan

budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.

1.2 Pernyataan Masalah

Menurut Rio Sumarni (1996), menyatakan kesanggupan guru untuk membina

perisian adalah tidak menggalakkan. Ini mungkin disebabkan oleh kesibukan

seseorang guru dalam bidang tuanya serta kekurangan kepakaran di antara guru.

Justeru itu, faktor sedemikian telah menjadi satu punca kekurangan perisian

tempatan.

Menurut Lokman (1997), kerajaan menaruh harapan yang begitu tinggi

kepada institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk melahirkan pakar-pakar yang

Page 20: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

6

mampu membangunkan kandungan perisian agar tidak terlalu bergantung kepada

hasil dari negara maju.

Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan (1992) menyatakan guru perlu

mempelbagaikan teknik pengajaran dan tidak bergantung semata-mata dengan buku

teks. Pelajar yang serius belajar sebenarnya ingin menguasai beberapa konsep yang

sukar serta mendapatkan maklumat tambahan mengenai isi kandungan yang diajar.

Sekiranya guru terlalu bergantung kepada buku teks, ini akan menyebabkan pelajar

bertindak pasif, membuat bising serta mengganggu pelajar yang lain.

Kajian yang dilakukan oleh Sumilah Marto (1995) mendapati bahawa faktor-

faktor yang menghalang penggunaan media ialah beban tugas guru, kurang

pendedahan dan kemahiran dalam bidang media pendidikan, kekurangan

kemudahan fizikal dan infrastruktur serta kekurangan koleksi sumber media.

Pembinaan perisian multimedia untuk pendidikan adalah satu tugas yang

berat bagi para pendidik untuk dilaksanakan ekoran negara kita pada masa kini masih

lagi baru dalam penghasilan multimedia yang berunsurkan pendidikan.

Daya imaginasi dan tahap kognitif bagi pelajar adalah berbeza-beza. Kadang

kala pelajar sukar membayangkan sesuatu perkara abstrak yang ingin disampaikan

oleh guru. Guru juga menghadapi kesukaran menerangkan sesuatu konsep yang

abstrak secara berkesan tanpa menggunakan ABM yang baik.

Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, sebuah perisian modul ABM

akan dibina untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 21: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

7

1.3 Objektif Projek

Objektif pembinaan perisian modul ABM berasaskan komputer ini ialah:

i) Membangunkan sebuah perisian modul ABM berasaskan PowerPoint XP

bertajuk Sistem Pembiakan Manusia dalam mata pelajaran Sains tingkatan

tiga yang bersesuaian dengan kehendak KBSM.

ii) Menambahkan koleksi perisian modul ABM yang menggunakan Bahasa

Inggeris dalam penyampaian isi pelajaran.

1.4 Kepentingan Projek

Perisian multimedia ini akan memperkaya dan mempelbagaikan lagi perisian

untuk mata pelajaran Sains Tingkatan Tiga KBSM yang dianggap kurang di pasaran.

Perisian ini juga menjadi pemangkin dalam menjayakan matlamat pendidikan untuk

Sekolah Bestari.

Perisian multimedia ini berupaya meringankan beban guru di samping

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perisian ABM ini

membantu pelajar memahami konsep asas dalam tajuk sistem pembiakan manusia

dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka.

Perisian multimedia ini bertujuan memberi gambaran yang lebih jelas kepada

pelajar tentang konsep sistem pembiakan manusia. Beberapa konsep yang abstrak

berupaya dipersembahkan melalui grafik, animasi, video dan audio. Unsur yang

Page 22: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU · PDF fileis developed based on Chapter One of Form Three Science for Secondary ... 4.5 Paparan Topik Sistem Pembiakan ... mewujudkan generasi

8

menarik memberi peluang kepada pelajar meningkatkan ingatan jangka pendek

kepada ingatan jangka panjang.

1.5 Skop Projek

Skop projek adalah membangunkan sebuah perisian modul ABM bagi topik

Sistem Pembiakan Manusia yang bersesuaian dengan mata pelajaran Sains KBSM

Tingkatan Tiga. Antara isi kandungan dalam modul ABM berasaskan komputer ini

meliputi sistem pembiakan lelaki, sistem pembiakan perempuan, gamet manusia,

proses persenyawaan, perkembangan embrio dan kelahiran bayi.

Penilaian formatif dan sumatif dimasukkan ke dalam perisian ini untuk

menguji pengetahuan pelajar dari semasa ke semasa. Beberapa maklumat tambahan

turut disertakan untuk memberi pengetahuan tambahan kepada pelajar-pelajar.