membangunkan perisian modul alat bantu … filependidikan (biologi), universiti teknologi malaysia....

24

Upload: ngocong

Post on 04-Apr-2019

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin
Page 2: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin
Page 3: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

BERASASKAN KOMPUTER BAGI TAJUK KECIL PERGERAKAN DAN

SOKONGAN PADA HAIWAN DI BAWAH TAJUK BESAR PERGERAKAN DAN

SOKONGAN BAGI MATAPELAJARAN BIOLOGI KBSM TING. 5

NUR ERYANTY BINTI NORDIN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Biologi)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin
Page 5: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

iii

Istimewa buat mama, abah, dan adik-adik yang disayangi.

“Doa dan sokongan kalian menghasilkan kejayaan ini”

Page 6: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah, Lagi Amat Mengasihani”.

Bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat juga

saya menyiapkan pembangunan perisian serta penulisan ini mengikut masa yang

diperuntukkan bagi memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji

Muslim Bin Jonid dan Dr. Arba’at Bin Hasan selaku penyelia Projek Sarjana Muda

kami yang telah banyak memberi bimbingan dan sokongan sepanjang tempoh

pembangunan perisian dan penyelidikan laporan projek ini. Tanpa mereka mungkin

projek ini tidak mampu disiapkan mengikut kualiti dan masa yang ditetapkan.

Sekalung penghargaan juga ditujukan khas buat kedua-dua ibu bapa serta ahli

keluarga yang tidak pernah jemu memberi sokongan padu dan kasih sayang tidak

terhingga kepada saya selama ini.

Juga tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan dan rakan-rakan PSM yang telah

banyak memberikan bantuan kepada saya, serta semua pihak yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung. Segala jasa dan bantuan kalian tidak mungkin

dilupakan. Semoga dikurniakan keberkatan Illahi buat kalian semua.

Wassalam.

Page 7: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

v

ABSTRAK

Dunia kini telah melangkah ke satu lagi era terkini iaitu era teknologi

maklumat. Zaman teknologi maklumat ini telah menjadikan komputer sebagai salah

satu keperluan penting dalam hidup dan bukan lagi bertindak untuk memenuhi

kehendak manusia semata-mata. Selaras dengan itu, arus perubahan ini juga turut

dirasakan di dalam bidang pendidikan, di mana ramai pihak telah menyedari

perkembangan teknologi multimedia yang pesat ini, mampu untuk menghasilkan satu

proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan efektif. Maka, langkah untuk

mewujudkan alat bantu mengajar (ABM) berasaskan komputer bagi kegunaan guru-

guru sains adalah sangat wajar. Sehubungan dengan itu, projek pembangunan perisian

ABM yang dijalankan ini adalah untuk memenuhi kekurangan perisian ABM Sains di

dalam Bahasa Malaysia memandangkan perisian-perisian menggunakan bahasa asing

telah lama wujud di pasaran kita. Berjayanya program pembangunan ini, bererti

bilangan ABM Sains turut bertambah di Malaysia. Selain itu, adalah diharapkan

perisian ABM Sains ini dapat menjadikan sesi pembelajaran Sains, khususnya bagi

topik Sistem Pergerakan dan Sokongan Haiwan, berjalan dalam suasana yang lebih

ceria dan bermaya berbanding dengan penggunaan ABM tradisional. Perisian ini dibina

khas untuk pelajar Tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran Biologi. Melalui

perisian ini, pelajar akan dapat memahami mekanisme pergerakan dan sokongan yang

berbeza haiwan mengikut penyesuaian habitat dan kemandirian masing-masing.

Perisian ABM ini dibangunkan dengan Microsoft PowerPoint XP sebagai perisian

utama dan perisian-perisian lain iaitu Adobe Photoshop 6.0, Ulead Cool 3D 3.5, Sonic

Foundry Sound Forge 6.0, Ulead Gift Animator 5.0 serta Herosoft XP.

Page 8: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

vi

ABSTRACT The world today has yet moved towards a new era, the era of information

technology. This age of technology has turned computers into viable tools, essential in

the lives of men, rather than just mere tools to aid the works of men. Accordingly,

these changes are also felt in the education field, where more and more people are

noticing these rapid developments of the multimedia technology, which can be used to

produce more interesting and effective teaching and learning processes. Therefore, it is

a necessary step to provide sciences teachers with computer-based teaching aids. Thus,

this project was developed in order to fill in the gaps of existing Malay Language

sciences teaching aid software, even though foreign language software are overflowing

in the market. The success of this project will add up to the number of existing

sciences teaching aid in Malaysia. Also, it is hoped to be of help in making sciences

learning sessions, especially in the topics of Animals’ Movement And Coordination

Systems, a more fun and active process than the use of traditional teaching aid. This

software is built especially for the Form Five students who studies Biology. Through

this software, students will be able to understand the different movement and

coordination mechanisms of animals according to their suitable habitat and survival.

This software is developed using the Microsoft PowerPoint XP as the main software

and other software such as Adobe Photoshop 6.0, Ulead Cool 3D 3.5, Sonic Foundry

Sound Forge 6.0, Ulead Gift Animator 5.0 and Herasoft XP.

Page 9: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAHAGIAN SATU

BAB 1

BAB I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 4

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Kepentingan Projek 7

1.6 Skop Projek 7

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 8

1.8 Definisi 9

Page 10: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

viii

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN PENULIS 10 2.1 Pengenalan 10

2.2 Komputer, Teknologi dan Multimedia 10

2.3 Definisi Istilah-istilah 13

2.3.1 Modul 13

2.3.2 Alat Bantu Mengajar 14

2.3.3 Modul ABM Berasas Komputer 15

2.3.4 Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) 16

2.3.5 Takrifan Multimedia 18

2.3.6 Elemen-elemen Multimedia 20

2.4 Perbezaan antara ABM Berasaskan Komputer 23

dengan PBK

2.5 Jenis-jenis ABM 24

2.6 Ciri-ciri Perisian Modul ABM yang Baik 24

2.7 Kepentingan Perisian Modul ABM 25

2.8 Kelebihan ABM Berasaskan Komputer 28

2.9 Kelemahan ABM Berasaskan Komputer 29

2.10 Aspek Pedagogi Dalam Perisian Modul ABM 31

2.11 Teori Pembelajaran 32

2.11.1 Teori Tingkah Laku (Behaviorisme) 33

2.11.2 Teori Kognitivisme 34

2.11.3 Teori Konstruktivisme 35

2.11.4 Teori Pemprosesan Maklumat 36

2.12 Taksonomi Bloom 37

2.13 Strategi Pengajaran dalam Modul ABM

Berasaskan Komputer. 37

2.14 Buku Elektronik 38

Page 11: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

ix

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III REKA BENTUK PEMBANGUNAN 40

3.1 Pengenalan 40

3.2 Prosedur Pembinaan Perisian 40

3.3 Penentuan Tajuk dan Skop 41

3.3.1 Objektif Pengajaran 41

3.4 Komponen Perisian 42

3.4.1 Penyediaan dan Pengeditan Teks 43

3.4.2 Pembinaan dan Pengeditan Grafik 43

3.4.3 Penghasilan Audio 44

3.4.4 Penyuntingan Video 44

3.4.5 Penghasilan Animasi 44

3.5 Pemilihan Perkakasan 45

3.6 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 46

3.7 Pembangunan Perisian 47

3.8 Carta Alir Perisian 47

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 56 4.1 Pengenalan 56

4.2 Pempakejan Perisian 56

4.3 Cara Menggunakan Perisian 57

4.4 Struktur Asas Perisian ABM 58

4.4.1 Paparan Persembahan Tajuk 58

Page 12: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

x

4.4.2 Paparan Menu Utama 59

4.4.3 Paparan Bantuan 60

4.4.4 Paparan Topik 60

4.4.5 Paparan Penilaian 63

4.4.6 Paparan Glosari 65

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN 66

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Kesulitan Yang Dihadapi Semasa Pembangunan 66

Perisian

5.2.1 Kurang Kepakaran 67

5.2.2 Masa Pembangunan Yang Terhad 67

5.2.3 Kekurangan Perkakasan 67

5.2.4 Kekurangan Perisian Asal 68

5.2.5 Masalah Pempakejan 68

5.3 Kekuatan dan Kekurangan Perisian 68

5.3.1 Kekuatan Perisian ABM 69

5.3.2 Kekurangan Perisian ABM 71

5.4 Cadangan 71

5.5 Rumusan - Implikasi Perisian Terhadap Proses 73

Pengajaran dan Pembelajaran

5.6 Kesimpulan 73

Page 13: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

xi

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN 75

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN 79

Lampiran A 79

Lampiran B 82

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.3 Perbezaan ABM Berasaskan Komputer dan Perisian 23

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Page 14: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Prosedur Pembinaan Perisian 41

3.2 Carta Alir Umum Perisian 48

3.3 Carta Alir Terperinci Pengenalan 49

3.4 Carta Alir Terperinci Pergerakan Haiwan Darat 50

3.5 Carta Alir Terperinci Pergerakan Cacing Tanah 51

3.6 Carta Alir Terperinci Pergerakan Melompat Katak 52

3.7 Carta Alir Terperinci Pergerakan Tetrapod 53

3.8 Carta Alir Terperinci Pergerakan Ikan Di Air 54

3.9 Carta Alir Terperinci Pergerakan Burung Di Udara 55

4.1 Paparan Kiraan Masa 58

4.2 Paparan Persembahan Tajuk 59

4.3 Paparan Menu Utama 59

4.4 Paparan Bila Mouse Over Pergerakan Ikan Di Air 60

4.5 Paparan Bantuan 60

4.6 Paparan Topik Pengenalan 61

4.7 Paparan Topik Pergerakan Haiwan Darat 62

4.8 Paparan Subtopik Keratan Rentas Cacing Tanah 62

4.9 Paparan Pengenalan Pergerakan Melompat Pada Katak 62

4.10 Paparan Pengenalan Pergerakan Melompat Pada Katak 62

4.11 Paparan Subtopik Cara Pergerakan Katak 62

4.12 Paparan Subtopik Ciri Penyesuaian Haiwan Tetrapod 62

4.13 Paparan Subtopik Masalah Pergerakan Ikan Di Air 63

4.14 Paparan Subtopik Cara Pergerakan Pada Ikan 63

4.15 Paparan Subtopik Ciri Penyesuaian Pada Burung 63

4.16 Paparan Grafik 63

4.17 Paparan Penilaian Sumatif 64

Page 15: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

xiii

4.18 Paparan Peneguhan Penilaian Sumatif 64

4.19 Paparan Penilaian Formatif 64

4.20 Paparan Soalan KBKK 64

4.21 Paparan Sudut Konstektual 65

4.22 Paparan Sudut Fikirkan?? 65

4.23 Paparan Sudut Aktiviti 65

4.24 Paparan Glosari 65

5.1 Menunjukkan Kedudukan Slide Transition 71

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Temuramah Tentang Tajuk Biologi KBSM 79

Tingkatan 5

B Temuramah Tentang Tajuk Biologi KBSM 82

Tingkatan 5

Page 16: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dunia semakin hari semakin berubah dan melangkah dari satu era ke satu era

yang baru. Tanpa kita sedari sebenarnya dunia telah melangkah ke satu era baru iaitu

peralihan dari era industri ke era teknologi maklumat. Dalam era perkembangan ledakan

informasi kini, teknologi maklumat sebenarnya telah banyak meringankan dan

memudahkan segala aktiviti manusia terutamanya yang berkaitan dengan sektor-sektor

penting seperti sektor perindustrian, perniagaan, pertanian, pentadbiran dan tidak

ketinggalan sektor pendidikan.

Menurut John Nasbitt (1990), pada masa yang sama satu revolusi yang begitu

pesat juga berlaku dalam bidang komunikasi dunia sehingga wujudnya konsep “Global

Village”. Kemajuan bidang komunikasi ini telah mengalihkan kita kepada budaya

teknologi maklumat dan sistem komunikasi yang berasaskan perkembangan teknologi

maklumat.

Berdasarkan Siri Ucapan Penting semasa National Congress Vision 2020, 1997

dipetik daripada Voon Sieu-Ming (2000), perkembangan teknologi maklumat telah

mempengaruhi masyarakat di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Malaysia sedang

bergerak dari masyarakat industri kepada pembentukan masyarakat yang menerajui era

Page 17: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

2

teknologi maklumat. Ini jelas dengan penekanan bidang sains dan teknologi dalam

cabaran Wawasan 2020. Cabaran keenam dalam wawasan 2020 ialah mewujudkan

masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang

tinggi dan memandang jauh ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi

tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jaring, Dr Mohamed Awang Lah (Berita

Mingguan, 2002), dipetik daripada Hong Ting Ting (2002), IT seharusnya dianggap

sebagai nadi penting bagi sektor pendidikan khususnya dalam usaha perkongsian

maklumat, kerjasama, perbincangan dan sebagainya. Dengan itu, kini adalah masa yang

tepat kepada semua pihak untuk memandang serius terhadap pentingnya ke arah

menyediakan IT dalam pendidikan.

Salah satu komponen penting yang menjadi nadi kepada sistem maklumat ialah

komputer. Tanpa komputer kecanggihan sesuatu teknologi maklumat itu tidak bermakna.

Dalam bidang pendidikan, penggunaan komputer telah menyumbangkan pelbagai

kemudahan untuk tugas-tugas pentadbiran, pengeditan dan pendokumentasian

terutamanya di kalangan guru dan kerani sekolah. Guru di sekolah sebagai contohnya

menggunakan kemudahan komputer untuk menaip soalan ujian dan peperiksaan, dan

menganalisis keputusan peperiksaan di samping menggunakan komputer untuk melayari

internet dalam proses pencarian maklumat tambahan bagi isu-isu pendidikan terkini.

Selain itu, komputer dengan bantuan “software” yang bersesuaian mampu

menghasilkan sebuah persembahan multimedia yang menarik dan berkesan yang boleh

digunakan oleh guru-guru di sekolah sebagai alat bantu mengajar yang mampu menarik

perhatian para pelajar. Langkah ini merupakan salah satu cara untuk guru memperbaharui

kaedah pengajaran mereka di mana tidaklah mereka tertumpu sepenuhnya kepada kaedah

pengajaran tradisional iaitu kaedah “chalk and talk” yang rata-ratanya membosankan para

pelajar jika guru gagal menarik perhatian pelajar.

Page 18: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

3

Transformasi dalam bidang pendidikan di Malaysia dapat dilihat dengan

tertubuhnya sekolah bestari. Sekolah jenis ini berbeza daripada sekolah harian biasa

kerana bahan pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari adalah mempunyai unsur

cabaran dan motivasi dari segi kognitif dengan gabungan jaringan web, guru dan perisian

pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Walaupun negara kita telah melangkah ke era teknologi maklumat atau era siber

maklumat, perubahan ini tidak begitu dirasai di dalam sektor pendidikan terutamanya di

kalangan para pelajar di sekolah. Mengapa perkara ini berlaku? Ini berpunca daripada

sikap guru yang masih tidak mahu mencuba atau mengaplikasikan kaedah pengajaran

berasaskan teknologi. Apakah faktor yang mendorong guru mengambil langkah

sedemikian? Salah satu faktornya ialah masalah fobia teknologi atau gejala kurang yakin

di dalam diri guru untuk mengaplikasikan teknologi dalam kaedah pengajaran mereka di

sekolah.

Sikap guru-guru di sekolah yang mengalami sindrom fobia terhadap teknologi

komputer menyebabkan mereka lebih selesa mengajar pelajar-pelajar dengan

mengaplikasikan kaedah tradisional. Namun begitu, dalam situasi zaman siber ini, teknik

atau kaedah “chalk and talk” ini tidak lagi bersesuaian kerana mendatangkan rasa bosan

kepada para pelajar.

Menurut Shaharom Noordin (1993), pembelajaran berkesan apabila pelajar

menunjukkan perubahan tingkah laku secara khusus melalui aktiviti-aktiviti yang

dicadangkan. Ini bermaksud, pembelajaran dikatakan berkesan apabila objektif dan

matlamat pembelajaran dapat memperlihatkan reaksi yang baik di akhir pengajaran.

Page 19: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

4

Menurut Okey (1979), antara sebab-sebab utama para pelajar hilang minat

terhadap pembelajaran adalah bahan pembelajaran yang tidak menepati objektif

pengajaran, organisasi isi kandungan tidak bersistematik, persekitaran pembelajaran

kurang memuaskan dan pendekatan serta pembelajaran yang statik.

Maka, guru-guru seharusnya mengambil inisiatif untuk memperbaharui kaedah

pengajaran mereka di dalam kelas bagi memastikan pengajaran mereka benar-benar

berkesan dan mendatangkan impak yang mendalam terhadap diri pelajar. Salah satu

kaedah yang boleh dicuba oleh guru-guru di sekolah ialah penghasilan modul ABM

berasaskan komputer di mana modul ini menggabungkan pelbagai elemen multimedia

dan interaktif.

Peranan alat bantu mengajar dalam pendidikan khususnya pembelajaran sains

sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Penggunaan ABM yang baik dalam

pembelajaran sains akan memudahkan pelajar-pelajar memahami konsep-konsep yang

sukar dan abstrak dalam pembelajaran Sains.

Selain itu, menurut Zol Azlan Hamidin (1997), komputer digunakan sebagai alat

bantu mengajar supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan

dengan berkesan. Beberapa konsep sains yang abstrak dan sukar serta model-model sains

juga dapat diterangkan oleh guru dengan lebih baik lagi dengan bantuan komputer.

1.3 Pernyataan Masalah

Mengikut Reigeluth (1987), semakin jauh kita berada dalam masyarakat yang

berteknologi tinggi, cepat berubah dan berorientasikan maklumat, semakin rendah

struktur sistem pendidikan. Oleh yang demikian, kita perlu merubah dan menilai semula

cara sekolah berjalan, pendekatan pengajaran dan cara murid belajar.

Page 20: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

5

Jika dinilai semula, kebanyakan pendekatan pengajaran yang diamalkan oleh

guru-guru di sekolah masih bercorak tradisional. Ini sekaligus melatih corak dan cara

murid-murid belajar juga secara tradisional. Makna tradisional di sini ialah guru masih

berfungsi penuh sebagai penyampai maklumat iaitu guru memberi maklumat dan pelajar

hanya menerima maklumat tersebut tanpa wujudnya interaksi dua hala. Hal ini secara

automatik menghasilkan pelajar yang hanya mampu menghafal kesemua fakta tanpa tahu

mempraktikkan dan mengaplikasikannya dalam situasi sebenar.

Menurut Baharuddin (2000) dalam Hong Ting Ting (2003), penggunaan ABM

yang canggih atau yang berbentuk elektronik jarang sekali digunakan. Di antara faktor

kekangan yang dikenal pasti ialah penghasilan ABM yang memerlukan pengorbanan

masa dan tenaga yang tinggi di samping kurangnya kepakaran di kalangan guru untuk

menghasilkannya.

Bagi guru-guru Sains lebih-lebih lagi dalam bidang Biologi, banyak konsep-

konsep abstrak dan sukar dijelaskan kepada pelajar terdapat di dalam sukatan mata

pelajaran. Pengajaran secara tradisional tidak mampu untuk menghuraikan konsep

abstrak ini dengan jelas dan teliti kerana hanya berbantukan papan kapur, kapur tulis,

carta atau poster dan sampel sebenar.

Oleh itu, pemilihan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang menarik dan berkesan

amat penting bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran di dalam kelas lebih-lebih

lagi semasa proses penyampaian fakta yang melibatkan penaakulan minda bagi konsep-

konsep yang abstrak. Konsep abstrak yang terdapat dalam pembelajaran Biologi begitu

sukar untuk difahami jika guru masih menggunakan alat bantu mengajar yang sudah lama

dan agak ketinggalan. Hal ini dikhuatiri akan menyukarkan proses pemahaman fakta di

kalangan para pelajar.

Maka, salah satu langkah yang telah dikenal pasti untuk menyelesaikan masalah

ini ialah penghasilan satu modul ABM berasaskan komputer yang menggabungkan

Page 21: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

6

pelbagai elemen multimedia untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran.

1.4 Objektif Projek

Objektif pembinaan modul ABM berasaskan komputer ini adalah untuk :-

(a) Membangunkan satu modul ABM berasaskan komputer bagi tajuk kecil

Pergerakan dan Sokongan pada Haiwan di bawah tajuk besarnya iaitu

Pergerakan dan Sokongan bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan 5.

(b) Menambahkan bilangan perisian ABM bagi mata pelajaran Biologi

Tingkatan 5 KBSM.

(c) Membangunkan satu perisian ABM berasaskan komputer yang disertai dengan

unsur-unsur canggih seperti penyelitan audio, video, grafik serta animasi yang

bersesuaian untuk mewujudkan situasi baru yang ceria serta berkesan di dalam

kelas sekaligus memantapkan kefahaman pelajar.

(d) Sebagai bahan sokongan tambahan kepada guru. Modul ABM ini dapat

membantu memudahkan pengajaran guru di dalam kelas. Di samping itu,

pelajar boleh merujuk modul ABM yang dihasilkan untuk mengukuhkan

kefahaman mereka bagi satu-satu isi pelajaran.

Page 22: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

7

1.5 Kepentingan Projek

Alat Bantu Mengajar (ABM) berasaskan komputer ini dibina untuk mengatasi

kekurangan alat bantu mengajar bercorak tempatan yang boleh digunakan oleh guru di

sekolah yang memenuhi sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu,

modul ABM ini dibina untuk memudahkan proses P&P di dalam bilik darjah di samping

sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian para pelajar.

Modul ABM ini juga mampu menyelesaikan masalah kesukaran guru dalam

menyampaikan isi atau fakta yang bersifat abstrak. Dengan menggabungkan pelbagai

unsur multimedia yang menarik seperti video, animasi, audio, teks dan grafik yang

menarik, pelajar akan memahami dengan lebih baik proses pergerakan dan sokongan

pada haiwan. Penyelitan unsur video akan membantu pelajar memahami gambaran

sebenar bagaimana proses pergerakan yang berlaku pada haiwan. Unsur-unsur

interaktiviti lain yang disertakan pula mampu mengelakkan timbulnya rasa bosan di

kalangan pelajar jika dibandingkan dengan cara atau kaedah mengajar secara tradisional

seperti yang dipraktikkan oleh guru-guru sebelum ini.

1.6 Skop Projek

Skop projek adalah untuk membangunkan suatu perisian alat bantu mengajar

(ABM) berasaskan komputer bertajuk Sistem Sokongan dan Pergerakan pada Haiwan

dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 5. Isi kandungan dalam ABM ini meliputi

pergerakan haiwan di darat, pergerakan ikan di air dan pergerakan burung di udara.

Kandungan ABM ini dibina berdasarkan sukatan pelajaran Biologi tingkatan 5 serta

maklumat tambahan. Maklumat tambahan diselitkan supaya perisian ini boleh digunakan

sebagai bahan rujukan tambahan kepada para pelajar. Di samping itu, unsur nilai-nilai

Page 23: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

8

murni juga diselitkan di samping pengujian formatif dan pengujian sumatif bagi

memastikan modul ini benar-benar mantap bagi kegunaan dan rujukan para pelajar.

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk Projek

Tajuk yang dipilih untuk dibangunkan dalam projek Alat Bantu Mengajar (ABM)

berasaskan komputer ini ialah Pergerakan dan Sokongan Pada Haiwan. Satu soal selidik

telah dijalankan ke atas dua orang guru Biologi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan

Sri Perhentian, Pontian dan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor

Bahru untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai tajuk yang dipilih ini. Tajuk ini

dipilih untuk dijadikan modul ABM kerana terdapat subtajuk yang yang agak sukar untuk

difahami oleh pelajar. Tajuk ini memerlukan banyak bantuan grafik dan rajah yang

berkaitan bagi memudahkan pemahaman pelajar. Selain itu, bantuan animasi dan video

yang berkaitan juga amat diperlukan supaya mekanisme yang terlibat bagi sesuatu proses

mudah dipaparkan.

Seperti yang diketahui, penggunaan alat bantu mengajar yang salah akan

menghasilkan pembelajaran yang abstrak dan ini menjurus kepada wujudnya masalah

pemahaman dan salah konsep pada pelajar. Maka, bantuan grafik dan animasi yang

menarik dan berkesan di dalam perisian ini menjadikan konsep yang abstrak tadi dapat

ditunjukkan dengan cara yang lebih realistik, menarik, dan membantu memudahkan

pemahaman pelajar.

Page 24: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU … filePendidikan (Biologi), Universiti Teknologi Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga ditujukan buat Tuan Haji Muslim Bin

9

1.8 Definisi

Untuk memudahkan lagi pemahaman tentang topik kajian ini, beberapa definisi

istilah dinyatakan.

i. Modul

Pelajaran (latihan dan sebagainya) yang dapat dilaksanakan secara

individu ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

di dalam bilik darjah.

ii. Alat Bantu Mengajar (ABM)

ABM yang dimaksudkan dalam projek ini ialah segala alat elektronik

bersama perisian berkenaan yang digunakan oleh guru untuk membantu

dalam penyampaian pengajaran di dalam bilik darjah dan membantu

pelajar belajar dengan lebih berkesan dan menarik.

iii. Pengajaran

Suatu proses perlakuan oleh guru setelah dirancang dengan teliti untuk

melaksanakan langkah-langkah tertentu untuk membawa perubahan

tingkah laku di kalangan pelajar.

iv. Pembelajaran

Perubahan tingkah laku di kalangan pelajar yang agak kekal kerana

pengalaman dan latihan yang diteguhkan melalui aktiviti-aktiviti di dalam

kelas.

v. Pengguna

Terdapat dua golongan pengguna yang terlibat dalam projek ini iaitu guru-

guru Biologi dan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil mata

pelajaran biologi KBSM.