ilmu bantu (2)

24
AINA NABILA BINTI AHMAD NUR AINA WAHIDA BT MOHAMMAD AZENI RABI'AHTULADAWYAH MD SALEH AFIQ ZULHILMI BIN BAHARUDIN APN 4153 : PENULISAN CERPEN ILMU BANTU |Sastera kita, sastera Melayu, adalah sastera ilmu.|

Upload: aina-nabila-ahmad

Post on 20-Jul-2015

1.466 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ilmu bantu (2)

AINA NABILA BINTI AHMADNUR AINA WAHIDA BT

MOHAMMAD AZENIRABI'AHTULADAWYAH MD

SALEHAFIQ ZULHILMI BIN BAHARUDIN

APN 4153 : PENULISAN CERPEN

ILMU BANTU|Sastera kita, sastera Melayu, adalah sastera ilmu.|

Page 2: Ilmu bantu (2)

PENGENALAN DAN

KETERANGAN

Page 3: Ilmu bantu (2)

PENGERTIAN ILMU BANTU

Ilmu bantu adalah satu sistem menjadi alat untukmengkaji beberapa sudut pandang. Seseorangpenulis menggarap cerita secara aplikasi terhadapsesuatu ilmu. Aplikasi dengan maksud,mencontohkan ilmu kepada sesuatu objek, supayaobjek ini mempraktikkan ilmu tersebut.

Ilmu bantu di dalam karya sastera di anggap pentingkerana karya sastera tidak bersifat karya kreatifsemata-mata, tetapi turut menyalur ilmu kepadapembacanya.

Antara ilmu-ilmu bantu yang dapat dijadikan sebagaiunsur-unsur tambahan dalam sesebuah karya sasteratermasuklah, ilmu sejarah, ilmu agama, ilmu sosial,ilmu politik, ilmu perubatan, ilmu perundangan, ilmuteknologi, ilmu pertanian dan sebagainya.

Page 4: Ilmu bantu (2)

Sesebuah karya sastera yang dipadukandengan ilmu bantu dan memberi nilai tambahkepada pembaca dapat mengangkat karyatersebut menjadi sebuah karya yang baik. Apatah lagi ilmu bantu itu dapat merangsangpembaca untuk mendalami sesuatu isudisamping menguatkan saranan danpemikiran pengarang terhadap sesuatu isuyang disentuh.

Pertambahan ilmu bantu antara lain mampumenguatkan hujah dan pandanganpengarang mengenai sesuatu isu dantentunya hujah, seruan dan pandanganpengarang terhadap pembaca akan menjadilebih berkesan.

Page 5: Ilmu bantu (2)

PERAPAN ILMU BANTU

Ilmu bantu di dalam karya sastera dapatdisampaikan dalam beberapa cara iaitu :

• Deskripsi

• Dialog

• Imbas muka/ Imbas kembali

• Latar

Page 6: Ilmu bantu (2)

MENGAPA ilmubantu

PENTING?

Page 7: Ilmu bantu (2)

BAGAIMANA MENERAPKAN ILMU BANTU YANG BAIK DALAM KARYA SASTERA

Membuat kajian yang terperinci tentangsesuatu isu yang mahu dikupas.

Memberi maklumat dan info yang tepat, jelasdan tidak meragukan.( tidak menipu ataumereka maklumat)

Tidak menyampaikan secara fakta semata-mata tetapi diselang-selikan dengan unsurkreatif yang menarik.

Bersifat logik dan wajar dengan tema dangarapan cerita.

Mampu memberi manfaat kepada pembaca.

Page 8: Ilmu bantu (2)

Gambaran dan perlukisan isu danpandangan penulis lebih jelas dan dapatdifahami oleh pembaca.

Penceritaan tidak hambar. Sebagai info dan maklumat kepada

pembaca mengenai sesuatu aspek. Mengangkat sebuah karya sastera sebagai

karya ilmu. Membezakan karya sastera dan karya

picisan. Memberi manfaat dan contoh yang baik

kepada pembaca. Memperlihatkan kebijaksaan penulis.

Page 9: Ilmu bantu (2)

- Penulis harus mempunyai ilmu bantu sebagaibahan/resepi untuk menghasilkan karya yangbermutu.

- Sangat penting untuk mengumpul maklumat dansebagainya.

- Menguasai bahasa kreatif perlu kemahiran- Secara mudahnya ilmu bantu ini sebagai info atau

maklumat untuk memberitahu pembaca mengenaisesuatu aspek. Sekurang-kurang pembaca akantahu apa tujuan sesuatu landksap itu dibina bukansemata-mata untuk mencantikkan kawasan tetapiada mesej lain yang hendak disampaikan.

Bakat semula jadi Idea Baca novel-novel yang memenangi hadiah

sayembara sebagai bahan rujukan untuk melihataspek bahasa dan sebagainya.

Memperkayakan pengalaman.

Page 10: Ilmu bantu (2)

Kenapa dinamakanCERPEN?

Page 11: Ilmu bantu (2)

Cerpen ialah singkatan kata daripada perkataan ceritapendek. Cerpen juga sebahagian daripda cereka (ceritareka-rekaan).

Hashim Awang Glosori Mini Kesusasteraan, Fajar Bakti , 1987) menyebut bentuk cereka yang pendek yang membawa satu persoalan bagi menghasilkan satu kesantertentu yang indah. Ia memusatkan diri pada satu watakdalam suatu situasi di suatu tempat dan ketika.

Hendry Guntur Tarigan (Prinsip-prinsip Dasar Sastera, 1984: Penerbit Angkasa Bandung) mengutip kata B. Mathew menyebut bukan cerita pendek jika tidak adasesuatu yang diceritakan. Hendri Guntur sendiri mengulascerpen seperti berikut " cerita pendek harus mengandungiinterpretasi pengarang tentang komsepsinya mengenaikehidupan, baik secara langsung atau pun tidak langsung, harus menimbulkan satu efek dalam fikiran pembaca, cerita pendek juga mengandungi detail-detail dan insiden-insiden yang dipilih dengan sengaja, dan yang bisamenimbulkan pertanyaan-pertanyaan di dalam fikiranpembaca.

Page 12: Ilmu bantu (2)

Dr. Lim Swee Tim berpendapat: Pada umumnya, cerpen bertolak daripada

satu idea pokok. Bagi menyampaikan idea ini, kita mencari dan memilih watak yang sesuai dengan perwatakannya yang khusus bagi membantu kita menampilkangagasan yang ingin kita ketengahkan itu.

Kita susun peristiwa daripada satuperingkat ke satu peringkat dengancermat. Orang memanggilmya plot. Kita pilih pula sudut pandangan yang sebaikmungkin, kemudian memberi latar yang sesuai serta menarik kepada cerita kita.

Page 13: Ilmu bantu (2)

Penulis harus peka dan meneliti apa yang ditulisnyatermasuklah gambaran yang sebenar tentang sesuatuyang diungkapkan oleh pengarang tersebut. Contohnya petikan Novel Langit Angsana karya MuhdNasruddin Dasuki terbitan DBP halaman 129. bagaimana penulis menceritakan tentangperkhawinan dua mempelai.

◦ “Contohnya, ukiran kepala sampan, corak wau, hulukeris,tepak sirih, kacip pinang, batik, bungaraya, raflesia, pangkin atau serambi rumah lama, wakafrebung buluh dan banyak lagi. Kita mesti tahu untuk apalandskap itu dibina. Jika untuk beristirehat dan melayantetamu, ia harus menjurus kepada lima deria iaitupandangan, rasa, pendengaran, sentuhan dan bau. Jikainginkan taman herba, kita mesti tahu apa jenis herbaitu, “ tegas Puan Rosfidah dengan harapan, apa barudihujahkan tadi dapat memberikan ilmu baru kepadaIrsyadul Aiman untuk menambahkan pengetahuan dibidang landskap

Page 14: Ilmu bantu (2)

MENELITI ILMU BANTU SEJARAH

Menurut Gilbert J. Garraghan, auxallary sciences (ilmubantu sejarah) terdiri daripada; filsafat, biliografi, antropologi, linguistic, arkeologi, epigrafi, numismatik dangenealogi. Hal ini juga turut disokong oleh Louis Gottschalk di dalam buku „Mengerti Sejarah‟, terjemahan NugrohoNotosusanto (1981).

Pengarang memerlukan sejumlah ilmu bantu yang relevanyang dapat menyokong penelitiannya dalamperkembangan sejarah dan pengalaman. Hal ini keranasejarah sendiri memiliki pengertian yang sangat luaskerana ia berkait rapat dengan masyarakat lalu. Jadi, ilmubantu sejarah ini merupakan suatu ilmu yang dapatmembantu bagi menghubungkan proses peraliran zamanoleh pengarang dalam hasil karyanya.

Page 15: Ilmu bantu (2)

PENULISANKREATIF: TEORI PENGALAMAN, CABARANDiterbitkan oleh UtusanPublications and Distributors 2001

Page 16: Ilmu bantu (2)

Fungsi karya sastera kini tidak hanyaterbatas kepada padang hiburan semata-mata dan didaktik. Karya sastera akanberupaya meningkat martabatinsan, memberi manfaat kebijaksanaandan mengoptimiskan khalayaknya dankesemua ini pengisiannya adalah dari ilmubantu.

Ilmu bantu membawa konotasi makna. Iamerangkumi bidang ilmu lain segandingdengan ilmu sastera.

Page 17: Ilmu bantu (2)

Antara ilmu lain yang sepadu dengan ilmusastera ialah:

- sosiologi, psikologi, agama, politik, arkeologi dan ekonomi.

- Ilmu-ilmu lain ini perlu hadir dalamsesebuah karya cerpen kerana untukmenyerlahkan karya cerpen ituhidup, canggih dan memuatkan wacanabaru, sesuai dengan tranformasi yang wujud dalam arus perdana.

Kedua ialah ilmu pengarang itu sendiriyang menjuruskan kepada hubung kaitdan elemen-elemen yang membinastruktur karya

Page 18: Ilmu bantu (2)

Antarabangsa

Nusantara

Nasional

Daerah/Negeri

Kelompokmasyarakat

Diri /keluarga

Insan kreatif bagaikan suatu titik ataupun pusat kepada berawalmuaranya satu riak yang mengembang, merempuh segala sesuatu maka

ia dibangunkan dan digambar seperti gelombang di atas.

Page 19: Ilmu bantu (2)

Leonard M.S. Yong (Dr Leonard Yong

berkhidmat sebagai Profesor di Jabatan Pedagogi & Psikologi

Pendidikan, Universiti Malaya. Beliau merupakan seorang ahli

psikologi pendidikan yang mengkhusus dalam bidang

Pemikiran Kreatif dan Personaliti Kreatif. Beliau juga

merupakan pelopor Pusat Pendidikan Berterusan Universiti

Malaya, di mana beliau kini bertugas sebagai Pengarah.

menegaskan

....insan kreatif berkecenderungan untuk mempunyaikeyakinan diri..berdikari dan sanggup menempuhrisiko…berani menonjolkan sifatnya yang tersendiri untukmembebaskan diri..daripada kekangan…

Bermakna ilmu bantu juga ialah keupayaan pengarang membias

bianglala pengalaman, pengetahuan dan pemikiran berharga dan

kritis kepada khalayaknya.

Page 20: Ilmu bantu (2)

CONTOH-CONTOH

CERPEN ATAU

KARYA JELAS

BERILMU BANTU

Page 21: Ilmu bantu (2)

CONTOH – CONTOH KARYA YANG MENGAPLIKASIKAN ILMU BANTU DI DALAM KARYA

“Lelaki Tiong Hua” karya Saudara A. Ubaidillah Alias – Ilmu komunisme.

“Perca-perca Cinta” untuk Palestina karyaRebecca Ilham – Ilmu peperangan.

“Ketupat Cinta” karya Faisal Tehrani –Ilmu gastronomi & satira politik.

“Dari Kiev ke Moskova” karya Anwar Ridhwan – Ilmu setempat/latar

“Penawar” oleh Aminah Mokhtar – Ilmuperubatan.

Page 22: Ilmu bantu (2)

“Zel” – Mawar Shafei (ilmu bantu geologi) “Musykil” – Aminah Mokhtar (ilmu bantu

perubatan) “Antalogi Cerpen Edisi Pagi” – A. Samad

Ismail (ilmu bantu kemasyarakatan danpengalaman sebagai wartawan semasasebelum perang dan pramerdeka.)

Manusia moden itu terperangkap dalamsangkar yang dia sendiri tidak sedarseperti haiwan-haiwan dalam cerpenRazak Mamat berjudul Dari LuarKurungan (ilmu bantu ekonomi, kewangan dan gejala rasuah)

Page 23: Ilmu bantu (2)

“Capa Rengat” – Baharuddin Kahar (ilmubantu kebudayaan dan masyarakat)

“Detik-Detik di daerahDaif”, “Shit”, “Srengenge”, “RanjauSepanjang Jalan” – Shahanon Ahmad (ilmubantu kemasyarakatan, sejarah, politik, sosiobudaya, psikologi).

Antologi Cerpen A. Samad Ahmad (ilmubantu kewartawanan, sosio budaya, sejarahdan patriotisme)

Datuk Usman Awang (ilmu bantu kewartawanan, budaya bangsa, patriotismedan sejarah)

Dan semua karya Sasterawan Negara

Page 24: Ilmu bantu (2)

PENUTUPBerdasarkan petikan ucapan mantan Perdana

Menteri (1991) Tun Dr. Mahathir Mohamed;

“…amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan dayausaharakyatnya. Tenaga otak kita adalahsumber yang jauh lebih berharga daripadasumber-sumber alam. Rakyat adalah sumberkita yang utama. Tanpa ragu-ragu lagi, padatahun 1990-an dan seterusnya, Malaysia mestilah memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumberyang amat penting ini”.