membangunkan perisian modul alat bantu · pdf filemata pelajaran biologi tingkatan 4 ... bab...

26
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERTAJUK FOTOSINTESIS MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 LEE SHUH SHING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhtuyen

Post on 17-Mar-2018

235 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU

MENGAJAR (ABM) BERTAJUK FOTOSINTESIS

MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4

LEE SHUH SHING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)
Page 3: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)
Page 4: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU

MENGAJAR (ABM) BERTAJUK FOTOSINTESIS

MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4

LEE SHUH SHING

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Biologi )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

ii

Page 6: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

iii

DEDIKASI

Untuk ayah dan ibu tersayang

Page 7: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek

Sarjana Muda ini, Tuan Haji Muslim Jonid dan Dr. Arba’at bin Hassan atas

bimbingan dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh penyeliaan tesis ini.

Penulis juga ingin merakamkan berjuta-juta terima kasih kepada kedua-dua penyelia

atas tunjuk ajar yang bernas diberikan.

Penghargaan juga ditujukan kepada pegawai Makmal Multimedia yang turut

membantu dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan

saya yang telah banyak menghulurkan bantuan kepada saya.

Penghargaan diberikan kepada ibu bapa dan ahli keluarga saya yang sentiasa

memberi dorongan dan sokongan kepada saya.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 8: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

v

ABSTRAK

Dalam dunia perkembangan yang begitu pesat, banyak perubahan yang telah

berlaku dalam bidang pendidikan termasuk penggunaan laptop dan LCD projektor

dalam pengajaran Sains dan Matematik. Selaras dengan perkembangan teknologi,

sebuah perisian modul Alat bantu mengajar (ABM) yang bertajuk fotosintesis bagi

mata pelajaran Biologi Tingkatan 4 telah dibangunkan. Modul ABM ini dibina

dengan menggunakan Microsoft Office XP Professional – Power Point dan perisian

lain yang turut digunakan ialah Adobe Photoshop, Gif Animated 5.0, Sound Forge

6.0, Ulead Cool 3D, Herosoft 2001 dan Makromedia Flash MX. Modul ABM dibina

dalam Bahasa Inggeris adalah selaras dengan perubahan pengajaran dan pelajaran

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Diharapkan dengan perisian modul

ABM ini dapat membantu guru pada masa yang akan.

Page 9: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

vi

ABSTRACT

In the age when computer prevail, a lot of changes had been made in the

educational world including using laptop and LCD projector in teaching Science and

Mathematic subject nowadays. In line with technological development, an

educational software as a teaching aid entitled Photosynthesis Form Four Biology is

developed. This educational software is mainly developed by using Microsoft Office

XP Professional – Power Point and other software associated with it are Adobe

Photoshop, Gif Animated 5.0, Sound Forge 6.0, Ulead Cool 3D 3.5, Herosoft 2001

and Macromedia Flash MX. Since the medium of instruction of teaching

Mathematic and Science has been changed to English, this educational software is

developed in English version. Hopefully this software is useful for teachers in the

future.

Page 10: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Projek 7

1.4 Kepentingan Projek 8

1.5 Skop Projek 9

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 9

1.7 Definisi 10

Page 11: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Definisi Perisian Modul Alat Bantu 13

Mengajar (ABM)

2.2 Definisi Pembelajaran Berbantukan 16

Komputer (PBK)

2.3 Perbezaan antara Perisian Modul ABM 19

dan PBK

2.4 Ciri-ciri Perisian Modul ABM 20

yang Baik

2.5 Kepentingan Perisian Modul ABM 21

2.6 Kelebihan-kelebihan Perisian Modul 25

ABM

2.7 Kelemahan-kelemahan Perisian Modul 28

ABM

2.8 Definisi Multimedia 30

2.9 Media-media di dalam Multimedia 32

2.9.1 Teks 32

2.9.2 Grafik 32

2.9.3 Video 33

2.9.4 Animasi 33

2.9.5 Audio 33

2.9.6 Hipermedia 34

2.9.7 Hiperteks 34

2.10 Ciri-ciri baru Power Point XP 35

2.10.1 Task Pane 35

2.10.2 Help 35

2.10.3 Crash recovery 35

2.10.4 Perubahan Format 36

2.10.5 Lukisan dan imej 36

Page 12: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

ix

2.11 Aspek Pedagogi dalam Perisian Modul 36

ABM

2.11.1 Tajuk yang diajar 37

2.11.2 Latar Belakang murid 37

2.11.3 Kemahiran teknikal 38

2.11.4 Tempat alat digunakan 38

2.11.5 Ciri media .38

2.11.6 Bilangan murid 48

2.11.7 Kewangan 49

2.12 Teori Pembelajaran 40

2.9.1 Teori Tingkah Laku (Behaviourisme) 41

2.9.2 Teori Kognitif 41

2.9.2 Teori Konstruktivisme 42

2.13 Taksonomi Bloom 44

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Penentuan Tajuk dan Skop 45

3.1.1 Objektif Pengajaran 46

3.2 Pemilihan Perisian Pembangunan 47

3.2.1 Mikrosoft Power Point – Office XP 47

3.2.2 Adobe Photoshop 49

3.2.3 Ulead Cool 3D 49

3.2.4 Sonic Foundry Sound Forge 6.0 49

3.2.5 Herosoft 2001 50

3.2.6 Ulead Gif Animator 5.0 50

3.2.7 Makrmedia Flash MX 50

3.3 Pemilihan Perkakasan 51

Page 13: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

x

3.4 Spesifikasi Perkakasan Minimum 51

Pengguna

3.5 Pembangunan Perisian 52

3.6 Carta Alir Perisian 53

BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Penyediaan Bahan 59

4.1.1 Penyediaan dan pengeditan teks 60

4.1.2 Grafik dan visual 61

4.1.3 Audio 61

4.2 Struktur asas perisian 61

4.2.1 Skrin Tajuk 62

4.2.2 Skrin menu utama 62

4.2.3 Skrin topik 63

4.2.4 Skrin kandungan 64

4.2.5 Skrin Penilaian 65

4.2.6 Skrin Laman Web 66

4.2.7 Skrin Glosari 67

4.2.8 Skrin bantuan 68

4.3 Pempekajan Perisian 68

4.4 Cara Menggunakan Perisian 70

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Perbincangan 72

5.1.1 Kos yang tinggi 73

Page 14: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

xi

5.1.2 Kekurangan kepakaran perisian 73

5.1.3 Kekurangan perkakasan 73

5.1.4 Kekangan masa 74

5.2 Kekuatan dan kelemahan Perisian 74

5.2.1 Kekuatan Perisian 74

5.2.2 Kelemahan Perisian 75

5.3 Cadangan 76

5.4 Kesimpulan 77

RUJUKAN 79

LAMPIRAN 84

Page 15: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbezaan antara Perisian Modul ABM dan PBK 19

Page 16: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

xiii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta alir Perisian Secara Umum 54

3.2 Carta Alir Pengenalan 55

3.3 Carta Alir Struktur dan Fungsi 56

3.4 Carta alir penyesuaian tumbuhan 57

3.5 Carta alir mekanisme fotosintesis 58

4.1 Skrin Tajuk 62

4.2 Skrin menu utama 63

4.3 Skrin topik 64

4.4 Skrin kandungan 64

4.5 Skrin Penilaian Pengetahuan sedia ada 65

4.6 Skrin Penilaian Formatif 66

4.7 Skrin Penilaian Sumatif 66

4.8 Skrin Laman Web 67

4.9 Skrin Glosari 67

4.10 Skrin bantuan 68

4.11 Skrin opsyen Pack and go Wizard 69

4.12 Skrin Embed True Type Font 69

4.13 Skrin prepart 70

Page 17: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 1 84

Page 18: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

BAB I

PENDAHULUAN

PADA sekitar tahun 40-an dan sebelumnya sehinggalah tahun 60-an, guru

adalah segala-galanya bagi seorang murid. Hanya guru sahaja sumber ilmu untuk

mereka (Utusan Malaysia, 16-05-2003).

Guru pada masa itu dikenali sebagai guru am iaitu seorang guru harus

mengajar semua mata pelajaran sama ada Ilmu Hisab, Tawarikh, Ilmu Alam atau

bahasa Melayu.

Suasana pemerintahan ketika dijajah oleh Inggeris, sumber ilmu atau buku

teks adalah terhad, hanya sekolah sahaja yang membekalkan buku tersebut.

Page 19: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

2

Menurut Tokoh Guru Kebangsaan 2001, Mohamed Saat Bongkek, 64,

sumber ilmu bukannya daripada guru semata-mata. Sekarang, guru didedahkan

dengan komputer, laptop, projektor paparan cecair kristal (LCD), projektor overhead

dan perakam video sebagai kaedah membantu pengajaran, dahulu, guru hanya ada

papan hitam dan kapur sahaja(Utusan Malaysia, 16/05/03).

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra

Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Muhamad Hasan Abd. Rahman berkata, teknologi

pendidikan sekarang merupakan satu bidang luas yang merangkumi keseluruhan

organisasi pendidikan (Utusan Malaysia, 16-05-2003).

``Teknologi pendidikan merupakan sumber menyelesaikan masalah

pengajaran dan pembelajaran secara rasional, suatu teknik baru yang menyediakan

cabaran dari segi masa dan kemajuan,'' katanya.

Mahu atau tidak, guru-guru terpaksa mengikut arus perkembangan teknologi

yang begitu pantas khususnya teknologi komputer. Katanya, bukan sahaja memudah

dan membantu guru dalam penyediaan bahan pengajaran malah menolong guru

mendapatkan maklumat terkini, bahan rujukan, menjimatkan masa, dan mampu

membuka minda pelajar secara global.

Dr. Ahmad berkata, kepantasan evolusi Teknologi Maklumat dan

Telekomunikasi (ICT) kini mendorong guru dan pelajar supaya sentiasa meneroka

dan mengemas kini ilmu pengetahuan mengikut peredaran semasa. Contohnya

beliau menambah, teknologi laman web yang pada satu ketika dahulu amat popular

kini sudah mula beralih kepada teknologi portal yang lebih dinamik dan interaktif

(Utusan Malaysia,09-08-2002).

Page 20: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

3

Persembahan dengan berbantukan komputer telah mula digunakan dengan

meluas dalam urusan kehidupan manusia. Perisian seperti PowerPoint telah mula

memanfaatkan pelbagai bidang contohnya, pendidikan, perniagaan dan bidang

latihan. Guru hanya memerlukan masa yang pendek untuk menghasilkan

persembahan multimedia dengan memilih saiz dan warna perkataan atau latar

belakang daripada perisian sahaja. Ini lebih menjimatkan masa daripada membuat

poster atau model (Pamela, 1999).

Terdapat kajian membuktikan bahawa multimedia yang interaktif dapat

membina sikap positif dan mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar dan pelajar

dapat belajar berkesan dengan persembahan isi pelajaran yang menggunakan elemen-

elemen multimedia yang menarik (Michael dan Ann, 1997).

bahan pengajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Dengan menggunakan alat bantu mengajar, guru boleh

menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih

berkesan, manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih

bermakna (Mok,1993),.

Mengikut Mat Nor Hussin (1987), alat bantu mengajar boleh menimbulkan

rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu

aspek pengajaran di samping boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik dan

berkesan.

Persembahan menerusi komputer membolehkan seseorang meningkatkan

ciri-ciri interaktiviti ke dalam persembahan multimedia yang dibangunkan.

Multimedia yang interaktif memberi pelbagai penekanan kepada pengguna

berbanding cara yang pasif.

Page 21: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

4

Kajian yang dijalankan oleh Kulik dan Kulik (1987), mendapati pelajar akan

mendapat pengetahuan yang lebih dan memahami konsep dengan lebih cepat jika

mereka diberikan kaedah pengajaran berbantukan komputer. Pelajar juga

mempunyai sikap positif terhadap mata pelajaran yang diajar jika mereka

menggunakan kaedah pengajaran berbantukan komputer.

1.1 Latar Belakang Masalah

Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM),

Prof. Madya Dr. Muhamad Hasan Abd. Rahman berkata, walaupun kaedah

pengajaran kini diwarnai dengan pelbagai teknik dan teknologi namun kaedah lama

iaitu papan hitam, carta atau pun poster tidak boleh diketepikan (Utusan Malaysia,

16-05-2003).

Menurut Baharuddin et. al (2000), penggunaan ABM yang canggih atau yang

berbentuk elektronik jarang sekali digunakan. Memandangkan untuk menghasilkan

satu perisian ABM memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Oleh demikian, guru

lebih cenderung kepada penggunaan papan tulis dengan kapur (‘Chalk and Talk”),

carta atau poster dan sampel sebenarnya.

Terdapat kajian oleh Abdul Rahim Selamat dan Ismail Haji Adnan (1998)

yang menunjukkan para pendidik masih lagi menggunakan bahan seperti buku teks,

papan kapur, buku nota serta kaedah “talk and talk” dan “chalk and talk” dalam

pengajaran harian.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh UNESCO (1990) , di kebanyakan

negara di Asia termasuk Malaysia, kaedah yang dijalankan masih bersifat autokratik,

Page 22: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

5

formal dan tradisional. Pengajaran sehala dimana guru yang bercakap, membaca dan

memberi kuliah manakala pelajar pula sebagai peserta yang pasif atau “passive

learner”.

Terdapat pelbagai halangan yang wujud menyebabkan ramai guru

menggunakan atau tidak menggunakan ABM dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (Dr.Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin dan Zaidatun,

2000). Di antaranya ialah tiada peruntukan kewangan bagi membeli peralatan dan

menghasilkan bahan pembelajaran. Ini bermakna guru terpaksa menggunakan wang

sendiri untuk menghasilkan ABM. Selain itu, ramai guru di Malaysia tidak suka

menggunakan ABM disebabkan kuantiti ABM di sekolah mereka tidak mencukupi.

Daripada tinjauan di Sekolah Menengah Pei Hwa, Puan Zarina, ketua penitia

Biologi berkata masalah utama dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi ialah

ABM yang kurang menarik menyebabkan pelajar kurang faham konsep yang abstrak

atau bab yang melibatkan fakta yang banyak dan mengelirukan. Borang soal selidik

dilampirkan di lampiran A.

Pendidikan merupakan suatu proses yang dinamis dan sentiasa berubah sama

ada dari segi perancangan serta perlaksanaan. Perubahan yang berlaku perlu

bersesuaian dengan perubahan masa dan zaman.

Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda Umno, Dr Adham Baba

(Berita Mingguan), berkata guru perlu menyedari hakikat bahawa bidang pendidikan

adalah suatu pasaran besar yang mencakupi kepentingan seluruh dunia dan sentiasa

berubah dengan pantas. Tambahan pula, pengajaran subjek Sains dan Matematik

menggunakan bahasa Inggeris telah dimulakan di Tahun Satu sekolah rendah,

Tingkatan Satu dan Enam Rendah di sekolah menengah serta program Matrikulasi

mulai tahun 2003. Guru Sains dan Matematik yang mengajar mata pelajaran tersebut

juga dibekalkan laptop, LCD projektor untuk pengajaran dan pembelajaran mereka.

Page 23: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

6

Maka Perisian ABM berasaskan komputer dalam versi Inggeris amat diperlukan

supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mudah.

1.2 Pernyataan Masalah

Menurut bekas Kementerian Pendidikan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak

dalam Buletin Kementerian Pendidikan (1998) :

“Mereka yang mempunyai banyak maklumat dan pengetahuan akan

mengatasi mereka yang tidak bermaklumat. Negara yang kaya dengan maklumat

akan menguasai negara yang miskin dengan maklumat dan faktor utama membawa

manusia kepada maklumat dan pengetahuan ialah teknologi. Teknologi dan

pembangunan sumber manusia adalah dua agenda yang memerlukan perhatian

istimewa dalam usaha menilai semula kurikulum pendidikan formal kita.”

Bidang teknologi komunikasi dan komputer berkembang dengan pesat.

Pelajar di era baru sentiasa didedahkan kepada teknologi yang serba canggih.

Memandangkan mereka sering didedahkan kepada teknologi komunikasi dan

komputer di persekitaran mereka, pelajar lebih cenderung menggunakan alat dan

bahan terkini dalam proses pembelajaran mereka (Baharuddin, 2000).

Masalah yang timbul masa kini adalah kekurangan sumber manusia yang

mahir untuk menyediakan perisian modul alat bantu mengajar yang memenuhi

sukatan pelajaran negara kita.

Tambahan pula, konsep sekolah bestari telah dikemukakan oleh Bekas Ketua

Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Wan Zahid Noordin adalah untuk menjadikan

pelajar celik IT (Utusan Malaysia, 17-06-2002). Ini mendorong guru dan pelajar

Page 24: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

7

supaya sentiasa meneroka dan mengemas kini ilmu pengetahuan mengikut peredaran

semasa.

Demi membolehkan interaksi global dan perkongsian ilmu pengetahuan

secara lebih matang dan cekap, satu perisian modul alat bantu mengajar dibina untuk

membantu guru menghasilkan sesebuah perisian ABM yang bersesuaian dengan

pengajaran supaya penyampaian pelajaran daripada yang abstrak kepada konkrit.

1.3 Objektif Projek

Objektif pembinaan perisian modul alat bantu mengajar adalah:

i) Menghasilkan perisian modul ABM bertajuk Fotosintesis dalam mata

pelajaran Biologi Tingkatan 4 dengan menggunakan Power Point XP

dalam versi Bahasa Inggeris.

Page 25: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

8

1.4 Kepentingan Projek

Kepentingan perisian modul ABM adalah untuk memberi gambaran yang

lebih jelas dan mendalam tentang konsep fotosintesis. Perisian ini dihasilkan melalui

proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan

teks, grafik, audio, video dan animasi supaya pelajar memahami bahagian-bahagian

yang sukar untuk diterangi atau difahami. Aspek hipertensi dalam perisian ini

membolehkan pengguna mengembara di dalam suatu topik pelajaran mengikut

keperluan dan kehendak seseorang.

Perisian ini dibina untuk mengatasi masalah kekurangan perisian yang

bersifat tempatan. Perisian ini juga boleh meringankan beban guru untuk membuat

persediaan bahan bantu mengajar. Selain itu, terdapat soalan-soalan formatif dan

sumatif untuk menguji kefahaman pelajar selepas satu topik mengikut taksonomi

Bloom. Perisian ini dibina berasaskan versi Bahasa Inggeris selaras dengan

penukaran pengajaran subjek Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris.

1.5 Skop Projek

Skop projek ini adalah membina Perisian Alat Bantu Mengajar bagi topik

Fotosintesis dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 4. Isi kandungan dalam modul

ini merangkumi subtopik-subtopik seperti pengenalan kepada fotosintesis, struktur

dan fungsi bahagian daun, penyesuaian daun dan tumbuhan untuk mengoptimumkan

fotosintesis dan mekanisme fotosintesis.

Penilaian formatif dan penilaian sumatif juga diselitkan untuk menguji

kefahaman pelajar dari semasa ke semasa selepas satu topik.

Page 26: MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU  · PDF fileMATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4 ... BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Penyediaan Bahan 59 ... Telekomunikasi (ICT)

9

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk

Tajuk fotosintesis dipilih sebagai perisian modul ABM kerana ia merupakan

suatu tajuk yang bersifat abstrak dan banyak fakta yang perlu difahami yang

mungkin mengelirukan pelajar. Tajuk ini amat membosankan dan mengelirukan

sekiranya teknik “chalk and talk” dan penggunaan alat/bahan bantu mengajar yang

kurang efektif digunakan oleh guru semasa penyampaian fakta-fakta. Sebagai

contohnya tindak balas cahaya dan tindak balas gelap melibatkan banyak langkah .

Tambahan pula, langkah antara kedua-dua tindak balas hampir sama. Oleh itu,

adalah perlukan menggunakan animasi untuk menjelaskan perbezaan antara kedua-

dua tindak balas. Jika pelajar tidak dapat melihat pergerakannya maka pembelajaran

akan menjadi abstrak dan menimbulkan salah konsepsi kepada pelajar. Ini dapat

dibuktikan dengan tinjauan yang dibuat di Sekolah Menengah Pei Hwa, Muar, Johor

di mana guru penitia Biologi, Puan Zarina yang menyatakan bahawa susah untuk

menjelaskan konsep yang abstrak apabila mengajar topik-topik tersebut. Soal selidik

tersebut telah dilampirkan pada Lampiran A.

Oleh itu, grafik, video bersama dengan teks dan audio yang menarik dan

berkesan boleh mengatasi masalah tersebut. Pelajar akan lebih tertarik kepada

pengajaran dan pembelajaran di samping mengukuhkan pemahaman mereka.