keberkesanan penggunaan google slides sebagai alat bantu mengajar (abm) dalam pengajaran sub topik...

23
KPR3012 SEMINAR REFLEKSI KAJIAN TINDAKAN NAMA : SITI AMALINA BINTI CHE OMAR NO. MATRIK : D20111048142 KUMPULAN : AT20-D PENSYARAH : PROF.MADYA DR.ABDUL LATIF BIN GAPOR 1

Upload: amna-omar

Post on 08-Aug-2015

62 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

KPR3012 SEMINAR REFLEKSI

KAJIAN TINDAKAN

NAMA : SITI AMALINA BINTI CHE OMAR

NO. MATRIK : D20111048142

KUMPULAN : AT20-D

PENSYARAH : PROF.MADYA DR.ABDUL LATIF BIN GAPOR

1

Page 2: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’

Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi Komunikasi dan Maklumat’ Tingkatan 1

Siti Amalina binti Che OmarSekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah

Jalan Kepong, 52200Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian

persembahan Google Slides dalam pengajaran sub topik ‘7.4 – Penggunaan

Perisian Persembahan’ bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1. Di dalam sub topik ini,

pelajar dikehendaki menghasilkan slaid pembentangan menggunakan perisian

persembahan. Masalah timbul apabila guru tidak dapat mengawal kelas dengan

baik ketika pengajaran sub topik ini serta pelajar tidak memahami pembelajaran

yang dijalankan sehingga mengganggu kelancaran Pembelajaran dan Pengajaran

(PdP) serta menyebabkan objektif pembelajaran yang dirancang tidak dapat

dicapai dengan baik.

Tinjauan awal telah dilakukan dengan menjalankan pemerhatian sepanjang

proses PdP berlangsung dan guru mengenal pasti kelemahan yang berlaku.

Selain itu, pelajar turut diberikan ujian di mana pelajar perlu mengaplikasikan

kembali pengetahuan yang telah dipelajari bagi menghasilkan slaid

persembahan maisng-masing. Ujian ini dijalankan untuk menilai tahap

pemahaman penggunaan perisian persembahan yang telah dipelajari. Pelajar

kelas 1 Amanah telah diajarkan menggunakan perisian persembahan Microsoft

Office PowerPoint manakala kelas 1 Bestari pula menggunakan perisian Google

Slides. Perbandingan dilakukan terhadap hasil keputusan ujian kedua-kedua

buah kelas iaitu kelas 1A dan 1B. Keputusan ujian mendapati 60% pelajar kelas

1A gagal dalam ujian yang dijalankan manakala peratusan pelajar kelas 1B yang

gagal pula ialah 0%. Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan ABM yang

tepat dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan.

2

Page 3: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Tanggal 14 Julai 2014, saya memulakan tugas saya sebagai guru pelatih di SMK Raja

Abdullah, Kepong, Kuala Lumpur. Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar mata

pelajaran Literasi Teknologi Komunikasi dan Maklumat Tingkatan 1 sebanyak dua kelas

iaitu Tingkatan 1 Amanah (1A) dan 1 Bestari (1B).

Semasa pembelajaran dan pengajaran (PdP) sub topik ‘7.4 – Penggunaan Perisian

Persembahan’ kelas 1A, para pelajar telah mempelajari tentang ciri-ciri perisian persembahan

dan mereka dikehendaki untuk membangunkan slaid persembahan masing-masing. Perisian

persembahan yang telah saya pilih bagi pengajaran sub topik ini untuk kelas 1A adalah

perisian persembahan Microsoft Office PowerPoint. Pelajar telah diberikan masa selama 30

minit dan mereka dikehendaki untuk menghasilkan slaid persembahan bertajuk “Tentang

Saya”. Di dalam slaid persembahan tersebut, pelajar perlu menyertakan 3 buah gambar iaitu

sebuah gambar hobi pelajar, sebuah gambar makanan kegemaran pelajar dan sebuah gambar

yang melambangkan diri pelajar. Pelajar juga perlu mereka bentuk slaid persembahan dengan

menggunakan ciri-ciri yang terdapat dalam perisian persembahan mengikut kreativiti

masing-masing.

Namun, hasil pembelajaran adalah amat mengecewakan apabila objektif PdP yang

dirancang tidak berjaya dicapai sepenuhnya. Kelas berada dalam keadaan tidak terkawal

semasa PdP dijalankan kerana hampir kesemua pelajar kelas 1A tidak memahami cara

menggunakan perisian persembahan Microsoft Office PowerPoint tersebut dan pelajar juga

tidak tahu bagaimana menghasilkan slaid persembahan walaupun sebelum itu mereka telah

diberikan tunjuk ajar oleh guru. Selain daripada itu, saya perlu berulang alik dari satu meja

ke satu meja bagi melihat perkembangan tugasan pelajar. Setelah waktu PdP berakhir, tiada

seorang pun pelajar yang dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan.

Hasil daripada tinjauan awal inilah, saya mula memikirkan idea cara untuk

memudahkan saya mengajar sub topik ini serta memahirkan pelajar untuk menggunakan

perisian persembahan. Sub topik ini adalah tidak susah, pelajar hanya memerlukan perisian

yang lebih senang untuk dipelajari serta dapat membantu mereka untuk menghasilkan slaid

persembahan dengan lebih mudah.

3

Page 4: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

2.0 ISU KEPERIHATINAN

Setelah membuat penilaian, saya mendapati bahawa alat bantu mengajar (ABM) iaitu

perisian persembahan Microsoft Office PowerPoint yang telah digunakan semasa pengajaran

sub topik 7.4 Penggunaan Perisian Persembahan tingkatan 1 Amanah adalah kurang relevan.

Perisian ini hanya boleh dikawal oleh orang yang menggunakannya sahaja. Justeru, jika saya

ingin memantau perkembangan kerja pelajar, saya perlu pergi ke tempat pelajar sendiri untuk

melihat hasil kerjanya. Perkara ini akan menganggu kelancaran pembelajaran dan pengajaran

di dalam kelas. Berlainan pula ketika menggunakan perisian persembahan Google Slides bagi

pengajaran sub topik ini pada kelas 1 Bestari, saya dapati bahawa proses pembelajaran dan

pengajaran berlangsung dengan teratur dan lancar. Hal ini adalah kerana, saya boleh

mengawal dan memantau hasil kerja pelajar melalui komputer yang digunakan oleh saya.

Justeru, saya dapat melihat dan menilai pelajar yang masih lemah serta tidak faham dengan

pelajar yang telah mahir. Oleh yang demikian, perkara ini membuka mata saya tentang

kepentingan memilih alat bantu mengajar yang bersesuaian dan memudahkan.

2.1 Kepentingan pemilihan alat bantu mengajar (ABM)

Menurut Khairul Ameera (2011) di dalam penulisannya tentang Kemahiran

Pemilihan dan Alat Bantu Mengajar (ABM), pengajaran memerlukan sesuatu untuk ia mudah

disampaikan. Manakala pembelajaran pula memerlukan rangsangan untuk memudahkan

pelajar menerima isi pelajaran. Berdasarkan hakikat ini, peranan guru dalam menentukan

alat-alat bantu pengajaran dan pembelajaran amatlah penting. Ini adalah kerana alat-alat itu

merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan

bertindak memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Tambahan lagi, guru-guru

disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan

bahan-bahan bantu pengajaran kerana inilah antara aspek yang memberi kesan terhadap

prestasi para pelajar. Alat bantu mengajar turut memainkan peranan ke arah peneguhan dan

pemahaman pelajar.

4

Page 5: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

2.2 Rasional pemilihan alat bantu mengajar (ABM)

Antara rasionalnya penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat

menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru

semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah

dengan penggunaan alat bantu mengajar, lebih–lebih lagi alat yang digunakan itu bersesuaian

dengan topik pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untuk

mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam

penyampaian pelajaran. Alat bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang

sesuai kepada pelajar. Jika alat bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi

penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.

Guru pelatih telah didedahkan pelbagai kaedah mengajar yang memusatkan

pelajar, sumber-sumber pengajaran pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan alat

bantu mengajar dengan berkesan. Seseorang guru pelatih juga harus mahir mengenal pasti,

membuat keputusan untuk memilih alat bantu mengajar yang paling berkesan dan

mengoptimumkan penggunaan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif pengajaran yang

dirancang. Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada

keberkesanan guru memilih dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai. Sesebuah

sekolah yang mempunyai kelengkapan alat bantu mengajar yang canggih tidak dapat

membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak mahir menggunakan alat itu

dengan berkesan.

5

Page 6: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

3.0 FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah berfokuskan kepada melatih kemahiran dua kumpulan pelajar

yang berbeza iaitu para pelajar tingkatan 1A dan 1B dalam menghasilkan slaid persembahan

menggunakan dua alat bantu mengajar (ABM) yang berbeza iaitu perisian persembahan

Microsoft Office PowerPoint dan Google Slides. Selain itu, kajian ini dijalankan adalah untuk

memberi peluang kepada guru untuk memilih ABM yang paling sesuai bagi pengajaran sub

topik ini. Sekiranya perkara ini tidak diatasi, pelajar akan gagal dalam memahami dan

mempelajari pengetahuan asas teknologi komunikasi dan maklumat iaitu kemahiran

menghasilkan slaid persembahan.

Dengan membantu pelajar menguasai kemahiran ini, diharapkan dapat

memudahkan tugasan pembentangan para pelajar pada masa akan datang.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Di akhir kajian ini, para pelajar diharapkan akan mencapai objektif berikut:

Objektif Umum:

Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar tingkatan 1 dalam menghasilkan slaid

persembahan menggunakan perisian persembahan yang mudah difahami dan digunakan.

Selain daripada itu, pengajaran guru juga akan menjadi lebih teratur dan lancar dengan

penggunaan alat bantu mengajar yang lebih berkesan bagi pengajaran topik tertentu.

Objektif Khusus:

1. Memastikan pelajar-pelajar memahami penggunaan ciri-ciri perisian persembahan yang

digunakan.

2. Memastikan para pelajar mampu menghasilkan slaid persembahan masing-masing

menggunakan kesemua ciri perisian persembahan yang telah dipelajari.

3. Membantu guru memilih ABM perisian persembahan yang paling sesuai bagi

pembelajaran dan pengajaran sub topik 7.4, Penggunaan Perisian Persembahan.

6

Page 7: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

4. Membantu guru menjalankan aktiviti PdP dengan lebih teratur dan lancar tanpa gangguan

kawalan kelas daripada para pelajar yang tidak memahami topik pembelajaran.

5. Menentukan perisian persembahan yang terbaik untuk digunakan sebagai alat bantu

mengajar bagi pembelajaran dan pengajaran sub topik 7.4, Penggunaan Perisian

Persembahan.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seramai 20 orang pelajar tingkatan 1 Amanah yang mengalami

pengalaman pembelajaran sub topik 7.4 menggunakan perisian persembahan Microsoft

Office PowerPoint dan 19 orang pelajar tingkatan 1 Bestari yang mengalami pengalaman

pembelajaran sub topik 7.4 menggunakan perisian persembahan Google Slides.

6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

Bagi pembelajaran sub topik 7.4 Penggunaan Perisian Persembahan untuk kelas 1 Amanah

dan 1 Bestari, saya telah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran ‘Model Arahan

Terus’. ‘Model Arahan Terus’ merupakan satu model pengajaran yang bertujuan untuk

membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar

dengan cara langkah demi langkah. Model ini turut dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan

‘Model Pengajaran Aktif’. Model ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran pelajar

berkaitan pengetahuan berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan sama ada

kemahiran asas atau komprehensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan

pengajaran langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar

terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.

Untuk pengajaran topik pembelajaran ini, saya menunjukkan kepada pelajar

langkah demi langkah penggunaan perisian persembahan yang digunakan. Contoh langkah-

langkah yang ditunjukkan ialah cara membuat slaid baru, memasukkan gambar ke dalam

slaid, menulis teks, menambah warna latar belakang dan membuat pelbagai hiasan bentuk

pada slaid. Walaubagaimanapun bagi kelas 1 Amanah, topik pembelajaran ini diajarkan

7

Page 8: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

menggunakan perisian persembahan Microsoft Office PowerPoint. Manakala untuk kelas 1

Bestari pula, perisian persembahan Google Slides digunakan sebagai alat bantu mengajar

bagi topik pembelajaran ini.

6.1 : Tinjauan masalah

6.1.1 Pemerhatian

Saya mengenal pasti isu masalah ini melalui pemerhatian semasa pengajaran sub topik 7.4

Penggunaan Perisian Persembahan di kelas 1A. Pemerhatian dilakukan terhadap reaksi dan

penglibatan pelajar sepanjang proses PdP berlangsung. Ketika sesi PdP sedang dijalankan,

saya memerhatikan bahawa pelajar sangat pasif dan terkial-kial ketika mengikuti langkah-

langkah yang telah ditunjukkan saya. Walaupun langkah-langkah ditunjukkan satu persatu

dan telah dipaparkan pada layar putih supaya memudahkan para pelajar untuk mengikutinya,

namun hanya segelintir sahaja yang mampu mengikuti langkah-langkah tersebut. Sebahagian

lagi masih terkial-kial dan tercari-cari langkah-langkah yang perlu diikuti dan terdapat

pelajar yang langsung tidak dapat mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan.

Bukan itu sahaja, saya juga terpaksa memantau pelajar daripada tempat duduk

mereka bagi melihat perkembangan gerak kerja mereka serta untuk mengenal pasti pelajar

mana yang tidak dapat mengikuti langkah-langkah yang telah ditunjukkan. Disebabkan saya

perlu kerap bergerak untuk memantau pelajar di tempat mereka masing-masing, saya

mendapati pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan menjadi lambat dan tidak teratur.

6.1.2 Ujian Aplikasi Pengetahuan 1A:

Saya turut mengenal pasti masalah ini menggunakan Ujian Aplikasi Pengetahuan kepada

pelajar tingkatan 1A. Ujian ini mengkehendaki pelajar tingkatan 1A untuk menghasilkan

slaid persembahan masing-masing menggunakan perisian persembahan yang telah dipelajari

iaitu perisian Microsoft Office PowerPoint. Ujian yang dijalankan ialah, pelajar perlu

menghasilkan satu slaid persembahan yang bertajuk “Idola Saya”. Slaid yang dihasilkan

perlu mengandungi gambar, kotak teks, teks, latar belakang berwarna serta dihiaskan dengan

seni bentuk mengikut kreativiti pelajar masing-masing. ‘1’ markah diberikan kepada setiap

8

Page 9: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

lima ciri yang telah dinyatakan. Berikut merupakan jadual keputusan permarkahan ujian

pelajar 1A:-

Bil Nama Pelajar

Permarkahan

Kotak Teks

Teks Gambar Warna Bentuk Jumlah

(1) (1) (1) (1) (1) ( /5)

1. HEIDY ISKANDAR BIN RIZA FEIZAL

0 0 0 0 0 0

2. LOHGESHAN A/L RAVEENDRAN

0 0 0 0 0 0

3. MOHAMAD AZEM B ZAKARIA

1 0 0 0 0 1

4. PRETHIGA A/P DAREEMAN

1 1 1 0 0 3

5.MUHAMMAD ZULFIKRI HAZIM BIN MAT HASSAN

0 0 0 0 0 0

6. NISHAAN A/L RAJAN 1 0 0 0 0 1

7. NUR AZMI BIN MOHAMAD AMIN

0 0 0 0 0 0

8. NURUL 'AIN ATHIRAH BINTI ZALI

0 0 0 0 0 0

9. TAMILSELVI A/P SELVARAJOO

0 0 0 0 0 0

10. TANG CHUN KEONG 0 0 0 0 0 0

11. BEH POH YEE 0 0 0 0 0 0

12. EE CHOOI LI 1 1 0 0 0 2

13. ENG XIAO XUAN 1 1 0 0 0 2

14. LAM CHUI YEN 0 0 1 0 0 1

15. LEE JHIA CHEE 0 0 0 0 0 0

16. LIM SU YING 1 0 0 0 0 1

17. LUM JIAN HONG 1 0 0 0 0 1

18. MOHAMMAD ARIFIN BIN AHMAD

0 0 0 0 0 0

19. OOI EE VON 0 0 0 0 0 0

20. VIKNES A/L SUBRAMANIAM

0 0 0 0 0 0

9

Page 10: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

Berdasarkan daripada keputusan ujian permarkahan kelas 1A, seramai 12 orang pelajar

bersamaan 60% telah mendapat ‘0’ markah. Manakala daripada markah keseluruhan iaitu

sebanyak 5 markah, hanya seorang sahaja pelajar yang mendapat ‘3’ markah, dua orang

pelajar mendapat ‘2’ markah dan lima orang mendapat ‘1’ markah. Hal ini menunjukkan

bahawa kebanyakan pelajar gagal untuk menghasilkan slaid persembahan masing-masing

sekaligus menunjukkan bahawa guru gagal dalam pengajaran topik pembangunan slaid

persembahan.

6.2 : Gelungan 1

Setelah mengenal pasti isu permasalahan serta punca kepada masalah tersebut, saya dapati

bahawa alat bantu mengajar (ABM) iaitu perisian persembahan Microsoft Office PowerPoint

yang digunakan semasa pengajaran sub topik ini di kelas 1A adalah tidak bersesuaian dan

fleksibel. Oleh yang demikian, bagi pengajaran sub topik yang sama iaitu 7.4 Penggunaan

Perisian Persembahan untuk kelas 1B pula, saya telah menggunakan alat bantu mengajar

iaitu perisian Google Slides bagi menggantikan perisian persembahan Microsoft Office

PowerPoint yang telah digunakan pada pengajaran yang lepas. Perisian persembahan Google

Slides ini telah dipilih bagi menggantikan perisian Microsoft Office PowerPoint di atas

saranan guru pembimbing saya iaitu, Puan Normie Azura binti Jamil.

6.2.1 Pemerhatian:

Perisian Google Slides yang digunakan merupakan perisian atas talian (online) yang

memerlukan internet. Saya telah membuat satu fail slaid bertajuk “Tentang Saya” di Google

Drive. Selepas itu, saya telah berkongsi fail tersebut dengan kesemua pelajar saya melalui

emel mereka yang telah berdaftar. Oleh disebabkan pihak sekolah mewajibkan semua pelajar

perlu memiliki nombor identiti akaun emel berdaftar di bawah program Kementerian

Pelajaran Malaysia iaitu ‘Yes 1BestariNet’, maka kesemua emel berdaftar pelajar berada di

bawah simpanan pihak sekolah. Setelah itu, pelajar hanya perlu log masuk menggunakan

emel berdaftar ‘Yes 1BestariNet’ dan membuka fail slaid yang telah dikongsikan dengan

mereka daripada saya. Pelajar boleh melihat sendiri langkah demi langkah membangunkan

slaid persembahan yang ditunjukkan oleh saya di skrin komputer masing-masing ataupun di

10

Page 11: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

layar putih di hadapan kelas. Segala pengajaran saya boleh dilihat terus oleh pelajar di skrin

komputer mereka kerana fail yang telah dikongsikan kepada mereka di Google Slides

tersebut telah diselaraskan. Di dalam fail slaid tersebut, saya telah mengarahkan setiap

seorang pelajar untuk memilih satu slaid dan menulis nama mereka pada slaid yang dipilih.

Pelajar hanya boleh menyunting slaid yang hanya tertulis nama mereka sahaja

Pemerhatian dilakukan terhadap reaksi dan penglibatan pelajar sepanjang proses

PdP berlangsung. Pelajar kelihatan lebih fokus ketika pembelajaran. Berbeza ketika

pengajaran sub topik ini di kelas 1A, pelajar 1B kurang bertanya dan meminta saya untuk

mengulangi langkah yang telah ditunjukkan. Selain daripada itu, saya juga dapat memantau

hasil kerja slaid pelajar melalui skrin komputer saya sahaja. Hasil pemantauan mendapati

kebanyakan pelajar berjaya mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan serta menghasilkan

slaid persembahan masing-masing. Pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih teratur

dan berjalan seperti yang telah dirancang.

6.2.2 Ujian Aplikasi Pengetahuan 1B:

Ujian Aplikasi Pengetahuan dijalankan pula kepada pelajar tingkatan 1B. Ujian ini

merupakan ujian yang sama dijalankan pada kelas tingkatan 1A. Kelas 1B di diarahkan untuk

menghasilkan slaid persembahan masing-masing menggunakan perisian persembahan yang

telah dipelajari iaitu perisian Google Slides. Pelajar dikehendaki menghasilkan satu slaid

persembahan yang bertajuk “Idola Saya”. Slaid yang dihasilkan perlu mengandungi ciri-ciri

berikut iaitu gambar, kotak teks, teks, latar belakang berwarna serta dihiaskan dengan seni

bentuk mengikut kreativiti pelajar masing-masing. ‘1’ markah diberikan kepada setiap lima

ciri yang telah dinyatakan. Berikut merupakan jadual keputusan permarkahan ujian pelajar

1B:-

Bil Nama Pelajar

Permarkahan

Kotak Teks

Teks Gambar Warna Bentuk Jumlah

(1) (1) (1) (1) (1) ( /5)

1. JOEY TAN ROU YU 1 1 1 1 0 4

2. LIM YANN SHAW 1 1 1 1 0 4

3. MAK HUI YEE 1 1 1 0 1 4

11

Page 12: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

4.MUHAMMAD NOOR RUSYDI BIN SALLEH NOOR

1 1 1 1 1 5

5. AFRINA BINTI M.NAINA

1 1 1 1 1 5

6. ANIS ADRIANA BT CAMA ADRIAN

1 1 1 1 1 5

7. MUHAMMAD FARIS IZHAM HASAN

1 1 1 1 1 5

8. LEE HUI SIN 1 1 1 1 1 5

9. LEE SIN THENG 1 1 1 1 1 5

10. NUR AIN ZULAIKHA 1 1 1 1 0 4

11. NG QIAN KEE 1 1 1 1 0 4

12. MUHAMMAD DANIAL BIN ABDUL WAHAB

1 1 1 1 0 4

13. NG SHU PENG 1 1 1 0 1 4

14. PEACECA 1 1 1 1 1 5

15. MUHAMMAD ARIF BIN ZAINUL ARIFIN

1 1 1 1 0 4

16. MUHAMMAD IQBAL B. HAMDAN

1 0 1 0 1 4

17. TAN YEW MENG 1 1 1 1 0 4

18. TAN YIE JING 1 1 1 0 0 3

19. YAP HUAN YI 1 1 1 1 1 5

Berdasarkan daripada keputusan ujian permarkahan kelas 1B, seramai 8 orang pelajar

bersamaan 42.1% telah mendapat markah keseluruhan iaitu sebanyak ‘5’ markah berbanding

0% pelajar kelas 1A. Manakala 10 orang pelajar bersamaan 52.6% berjaya memperolehi ‘4’

markah dan hanya seorang sahaja pelajar yang mendapat ‘3’ markah. Selain itu, tiada pelajar

kelas 1B yang memperoleh ‘0’ markah dalam ujian ini. Hal ini menunjukkan bahawa para

pelajar lebih fokus dan memahami topik pembelajaran yang diajarkan oleh guru. Antara lain,

markah keputusan ujian kelas 1B yang memberangsangkan ini turut menunjukkan

keberkesanan penggunaan perisian persembahan Google Slides bagi pengajaran sub topik ini

serta menunjukkan bahawa pelajar bersetuju dengan alat bantu mengajar yang digunakan

12

Page 13: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

oleh guru. Berikut merupakan graf perbandingan permarkahan Ujian Aplikasi Pengetahuan

kelas tingkatan 1 Amanah dan 1 Bestari.

Graf Perbandingan Analisis Ujian Aplikasi Pengetahuan 1A & 1B

0 1 2 3 4 50

2

4

6

8

10

12

14

1 Amanah1 Bestari

6.3 : Gelungan 2 dan selanjutnya

Sekiranya diberikan peluang sekali lagi, saya akan memantapkan pengajaran saya bagi sub

topik ini dengan mempelbagaikan lagi penggunakan perisian persembahan yang lain. Di

samping itu, saya akan terus mengekalkan kecemerlangan yang telah saya peroleh daripada

hasil kajian saya, terutama dalam penggunaan alat dan bahan bantu mengajar. Hal ini adalah

kerana, alat dan bahan bantu mengajar yang mudah difahami pelajar dan fleksibel kepada

guru akan menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan. Saya akan menambah dan

mempelbagaikan alat bantu mengajar untuk menarik fokus pelajar terhadap pembelajaran.

13

Page 14: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

7.0 RUMUSAN

Kajian ini telah menunjukkan bahawa seorang guru perlu bijak memilih bahan pengajaran

dan alat bantu mengajar yang sesuai serta mudah difahami oleh pelajar. Hal ini bagi

mengelakkan daripada berlakunya kecelaruan dalam maklumat yang disampaikan akibat

daripada penggunaan alat bantu mengajar yang tidak sesuai. Tambahan lagi, pembelajaran

dengan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai dapat memastikan pelajar mengikuti

serta dapat memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik minat

terhadap mata pelajaran yang diajarkan.

Atas kesedaran ini, saya amat yakin bahawa kajian-kajian seperti ini perlu

diteruskan oleh guru kerana melalui kajian sebegini, guru dapat menilai keberkesanan alat

bantu mengajar (ABM) dalam memastikan hasil pengajaran mereka tercapai. Guru adalah

penyumbang utama dalam keberhasilan dan keberkesanan pembelajaran yang dijalankan.

Justeru, guru perlu sedar akan tanggungjawab yang dipikul sebagai ejen utama penyebar ilmu

kepada pelajar. Maka, untuk memperbaiki kelemahan ini, kajian-kajian seperti ini perlu

diteruskan dan semoga kajian seperti ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak

yang terlibat dalam memastikan mutu pendidikan negara sentiasa dipertingkat selaras dengan

hasrat kerajaan.

14

Page 15: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

8.0 LAMPIRAN

Gambar rajah 8.1: Hasil kerja pelajar kelas 1B

Gambar rajah 8.2: Hasil kerja pelajar kelas 1B

15

Page 16: Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam Pengajaran Sub Topik ‘7.4 - Penggunaan Perisian Persembahan’ Mata Pelajaran ‘Literasi Teknologi

9.0 RUJUKAN

Ameera, K. (2011). Retrieved from https://khairulameera.wordpress.com/kemahiran-pemilihan-

dan-aplikasi-alat-bantu-mengajar-abm/.

Daud, N. A. (2008). Retrieved from http://eprints.utm.my/10261/2/Nurdalina_binti_Daud.pdf.

Ismail, S. (2010). "Key Hunt" - Meningkatkan Kemahiran Penulisan Pemboleh Ubah dan

Hipotesis dalam Laporan Amali.

Omar, S. A. (2014). Google Drive. Retrieved from

https://drive.google.com/drive/u/1/#folders/0B705cHYskXGwZlFCd1JjTWtDYXM/

0B2-ZF00ZekPeQkhxWGFXWklMUnc.

Wahab, N. A. (2009). BODMAS - Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Pelbagai Jenis

Soalan Melibatkan Gabungan Operasi Melalui Kepelbagaian Aktiviti.

16