membangunkan modul perisian alat bantu … hingga persoalan... · membangunkan modul perisian alat...

23
MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERASASKAN KOMPUTER BAGI TAJUK PERGERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA, BIOLOGI TINGKATAN EMPAT NORHIDAYU BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngodien

Post on 04-Apr-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERASASKAN KOMPUTER BAGI TAJUK PERGERAKAN BAHAN

MERENTASI MEMBRAN PLASMA, BIOLOGI TINGKATAN EMPAT

NORHIDAYU BINTI MOKHTAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran
Page 3: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran
Page 4: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

BERASASKAN KOMPUTER BAGI TAJUK PERGERAKAN BAHAN

MERENTASI MEMBRAN PLASMA, BIOLOGI

TINGKATAN EMPAT.

NORHIDAYU BINTI MOKHTAR

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 5: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

ii

Page 6: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

iii

DEDIKASI

Buat Mak, Abah tercinta,

Terima kasih atas pengorbanan kalian,

Jasa kalian tidak akan anakanda lupakan.

Untuk kekanda-kekandakaku tersayang,

Dinda amat berbangga dengan dorongan kalian.

Teman-teman dan rakan seperjuangan,

Bantuan dan sokongan kalian akan sentiasa diingatan.

“Terima kasih atas segalanya, moga kalian bahagia selamanya”.

Page 7: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

iv

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah , Lagi Maha Mengasihani”.

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana hanya dengan izin dan

rahmatnya pembangunan perisian serta penulisan ini telah dapat saya siapkan di dalam

tempoh masa yang telah ditetapkan.

Untuk itu, di sini ingin saya merakamkan jutaan terima kasih saya ke atas pihak-

pihak tertentu yang telah banyak membantu di sepanjang proses pembangunan perisian

ini. Pertama sekali saya tujukan ucapan terima kasih saya kepada Tuan Haji Muslim bin

Jonid dan juga Dr. Ar’baat bin Hassan selaku pensyarah penyelia projek sarjana muda

yang telah banyak membimbing saya di dalam membangunkan perisian serta

menyiapkan penulisan ini. Mereka juga tidak jemu-jemu untuk berkongsi segala

pengetahuan dan pengalaman yang dimilki sehingga ia dapat diaplikasikan dengan

jayanya di dalam perisian yang telah dihasilkan ini. Insyallah segala jasa mereka itu

tidak akan saya lupakan dan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya kepada kedua ibu bapa serta keluarga

yang telah banyak menghulurkan bantuan baik dalam bentuk sokongan, motivasi,

cadangan hinggalah kepada sumber kewangan.

Akhir sekali, buat sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, terima kasih di atas

bantuan yang disumbangkan samada secara langsung atau tidak langsung . Allah sahaja

sebaik-baik pemberi balasan atas semua jasa kalian.

Norhidayu binti Mokhtar,

4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi).

Program Ijazah Sarjana Muda.

Page 8: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

v

ABSTRAK

Perkembangan pesat era Sains dan Teknologi dekad ini ternyata memberi

pengaruh yang meluas kepada kehidupan seharian. Apa yang lebih membanggakan ia

turut memberi impak yang besar di dalam sistem pendidikan negara di dalam usaha

meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu,

pembangunan modul perisian alat bantu mengajar berasaskan komputer ini merupakan

satu inisiatif terbaik sebagai pengisian terhadap perkembangan era Sains dan Teknologi

dalam bidang pendidikan. Kesepaduan antara unsur-unsur multimedia yang canggih

seperti teks, grafik, audio, video dan animasi diharapkan dapat membantu menarik

perhatian pelajar untuk mempelajari subjek Biologi khususnya topik ‘Pergerakan Bahan

Merentas Membran Plasma’. Perisian yang dilengkapi dengan sesi penilaian, analogi,

penerapan kerohanian serta pengukuhan ini juga mampu menjadikan ia pilihan yang

sesuai sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pembangunan modul

perisian ini secara keseluruhannya merupakan satu keuntungan besar bagi guru-guru

Sains terutamanya untuk matapelajaran Biologi.

Page 9: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

vi

ABSTRACT

The development of Science and Technology nowadays had given a great impact

especially to human lifes. Besides, it also as a main domain to our education system in

order to increase the effectiveness of teaching and learning process. Furthermore, the

development of this software module with computer as a main tool, is one of the best

initiative for the advancement of modern science and technology especially in the fields

of education. The combination between modern multimedia technology such as text,

graphics audio, video and animation hopes to help and increase the student motivation in

learning Biology especially in the topics on “The Movement Of Materials Across

Plasma Membrane”. This application also includes the aspect of testing section,

analogy, and so on which makes it one of the best choices for the teaching and learning

medium. Nevertheless, the development of this module as a whole gives a lot of

benefits especially to the science teachers in order to teach Biology.

Page 10: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

vii

KANDUNGAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

BAB PERKARA MUKA SURAT

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Pembangunan Perisian 5

1.5 Skop Perisian 6

1.6 Kepentingan Pembinaan Perisian 6

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 7

II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Multimedia 9

Page 11: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

viii

2.2.1 Definisi Multimedia 9

2.2.2 Elemen-elemen Multimedia 11

2.2.3 Multimedia Dalam Pendidikan 14

2.2.4 Kelebihan Dan Kekurangan Multimedia 15

2.3 Alat Bantu Mengajar 17

2.3.1 Definisi 17

2.3.2 Matlamat Penggunaan ABM 17

2.3.3 Ciri-ciri ABM 18

2.3.4 Jenis-jenis ABM 19

2.4 Pengajaran Berbantukan Komputer 21

2.4.1 Definisi PBK 21

2.4.2 Klasifikasi PBK 22

2.4.3 Kelebihan PBK 22

2.4.4 Kekurangan Atau Kelemahan PBK 24

2.4.5 Strategi Pengajaran Dalam Perisian PBK 24

2.4.6 Perbandingan Antara PBK dengan ABM yang Biasa 25

2.5 Teori-teori Pembelajaran 26

2.5.1 Pengenalan 26

2.5.2 Teori Behaviorisme 27

2.5.3 Teori Kognitivisme 28

2.5.4 Teori Konstruktivisme 30

2.6 Buku Elektronik (e-Book) 33

III REKABENTUK PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Prosedur Pembangunan Perisian 35

3.2.1 Penentuan Tajuk Dan Skop 37

3.2.1.1 Objektif Pengajaran 38

3.2.2 Pemilihan Perisian Pembangunan 39

Page 12: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

ix

3.2.2.1 Rasional Pemilihan Perisian Pembangunan 39

3.2.2.2 Pemilihan Perisian Multimedia 40

3.2.3 Pemilihan Perkakasan 43

3.2.3.1 Perkakasan Untuk Membangun 43

3.2.3.2 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 44

3.2.4 Pembangunan Perisian 44

3.2.5 Carta Alir Perisian 46

IV PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 52

4.2 Struktur Asas Perisian 53

4.2.1 Paparan Persembahan Tajuk 53

4.2.2 Paparan Manual Pengguna 55

4.2.3 Paparan Menu Utama 56

4.2.4 Paparan Topik 57

4.2.5 Paparan Penilaian 59

4.2.6 Paparan Keluar 61

4.3 Keistimewaan Perisian 62

4.3.1 Kemudahan Glosari 63

4.3.2 Paparan Analogi 64

4.3.3 Butang-butang Navigasi 65

4.4 Pempakejan Perisian 65

4.5 Cara Menggunakan Perisian 66

V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Perbincangan 67

Page 13: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

x

5.2.1 Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan Perisian 68

5.2.2 Kelebihan Perisian 70

5.2.3 Kekurangan Perisian 71

5.3 Cadangan 73

5.4 Kesimpulan 74

RUJUKAN 75

LAMPIRAN

Page 14: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jadual Perbandingan antara PBK 26

dengan ABM

3.1 Prosedur Pembangunan Perisian 37

3.2 Carta Alir Umum Perisian 47

3.3 Carta Alir Terperinci Pengenalan 48

3.4 Carta Alir Terperinci Struktur Membran 49

Plasma

3.5 Carta Alir Terperinci Mekanisme Pergerakan 50

Bahan Merentas Membran Plasma

3.6 Carta Alir Terperinci Osmosis 51

4.1 Paparan Persembahan Montaj 54

4.2 Paparan Persembahan Tajuk 54

4.3 Paparan Manual Pengguna 55

4.4 Paparan Menu Utama 56

4.5 Paparan Topik Pengenalan 57

4.6 Paparan Topik Struktur Membran 58

4.7 Paparan Topik Resapan 58

4.8 Paparan Penilaian Pengetahuan Sedia 59

4.9 Paparan Penilaian Formatif 60

4.10 Paparan Arahan Penilaian Sumatif 60

4.11 Paparan Penilaian Sumatif 61

4.12 Paparan Arahan Keluar 62

Page 15: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

xii

4.13 Paparan Keluar 62

4.14 Paparan Glosari 63

4.15 Paparan Analogi 64

4.16 Butang-butang Navigasi 65

Page 16: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun dan

berkembang sejajar dengan aspirasi negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju

menjelang tahun 2020. Untuk merealisasikan impian tersebut, keperluan untuk

meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya lebih

ramai penduduk Malaysia yang memiliki pencapaian yang tinggi dalam bidang

akademik.

Dalam era ledakan maklumat kini, kita dapat lihat pengaplikasian teknologi di

dalam pelbagai aspek kehidupan seperti perniagaan, perbankan, komunikasi dan

sebagainya. Antara sedar atau tidak ia turut memberi implikasi yang besar di dalam

bidang pendidikan kerana teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam usaha

membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Jika diamati, senario

pendidikan dahulu dan sekarang telah menggambarkan pelbagai perbezaan baik dari segi

penyampaian ataupun penerimaan pelajar. Ini merupakan satu perkembangan positif

yang seharusnya diteruskan malah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Page 17: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

2

Multimedia Super Coridor (MSC) merupakan suatu projek teknologi maklumat

yang sangat penting ke arah meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan

rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan

pentadbiran yang lebih bersistematik. Sekolah Bestari pula adalah salah satu dari tujuh

aplikasi yang dijalankan di bawah projek MSC yang bertujuan untuk meningkatkan lagi

sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan teknologi maklumat sebagai satu dari

komponen dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Sekolah Bestari ini akan

dibekalkan dengan pelbagai kemudahan canggih seperti komputer multimedia yang

dapat membantu menjadikan proses pengajaran pembelajaran yang lebih berkesan dan

menarik minat pelajar.

Secara umumya, penggunaan teknologi maklumat akan menjadi teras aplikasi

proses pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran di sekolah-sekolah bestari

yang akan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 1999. Namun begitu, penggunaan

teknologi maklumat bukanlah bertujuan untuk mengambil alih peranan guru sebagai

pendidik, malah ia akan dijadikan sebagai media utama pengajaran dan pembelajaran

dengan guru sebagai pemudah cara dalam proses tersebut (Yusof, 1997). Untuk itu,

guru-guru juga akan diberi latihan tentang kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan

kursus untuk meningkatkan kemahiran dalam menggunakan teknologi yang dibekalkan.

Menurut Zoraini Wati Abas (1994) penggunaan komputer akan menjadikan pelajar-

pelajar lebih kemahiran daya berfikir dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka

dalam menyediakan diri dalam corak kehidupan di abad dua puluh satu.

Oleh itu, sekalian para guru dan juga pelajar seharusnya mula membuka mata

terhadap fenomena ini agar mampu bergerak seiring dengan impian negara. Ini kerana,

segala perubahan dan inovasi yang dilakukan tidak akan bermakna seandainya guru-

guru dan pelajarnya masih alpa dan ketinggalan.

Page 18: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

3

1.2 Latar belakang Masalah

Di dalam meniti era teknologi maklumat dan komunikasi yang sedang

berkembang dengan pesat, tidak dapat dinafikan dunia pendidikan juga menerima

implikasinya selaras dengan harapan negara untuk melahirkan generasi yang mampu

mengharungi cabaran dunia baru. Ini dapat di lihat melalui integrasi teknologi

maklumat secara berperingkat-peringkat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

di sekolah. Pembaharuan ini secara dasarnya di lihat sebagai satu perkembangan sihat

dalam institusi pendidikan kerana ia mendatangkan pelbagai implikasi positif baik

kepada guru atau para pelajar.

Kemampuan komputer dalam memproses maklumat secara fleksibel merupakan

salah satu faktor yang membolehkan teknologi maklumat di serapkan sebagai bahan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semenjak tiga puluh tahun yang lalu,

kebanyakan penyelidikan telah membuktikan bahawa pengajaran berbantukan komputer

yang dirancang dengan teliti mampu mempertingkatkan pengetahuan dan mengubah

sikap pelajar ( Howell, 1971; Hess dan Tenezakis, 1973; Papert, 1980; Hannafin, 1984;

Menis, 1987; Ellington dan Race, 1993; Baharuddin, Mohd Salleh, Ellington dan

Mogana, 1999; Noraffandy, 1999 ).

Contoh aplikasi teknologi maklumat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran

ialah melalui pembangunan alat bantu mengajar yang berasaskan sistem komputer dan

multimedia. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa bahan multimedia

interaktif mampu mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahan

yang diajar sebanyak 30% lebih daripada pelajar yang menggunakan kaedah

pembelajaran tradisional ( Crowe dan Palmera-Leynes, 1995 ).

Walaubagaimanapun, usaha untuk memperkenalkan penggunaan komputer ke

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah membayangkan

perubahan yang dramatik di kalangan guru-guru (ZulkifIi dan Raja Maznah, 1994).

Page 19: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

4

Perubahan yang dramatik seperti ini adakalanya sukar untuk dilaksanakan atas pelbagai

sebab atau faktor seperti kurang pengetahuan teknologi, masalah masa dan silibus serta

isu kesediaan. Kajian-kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat di antara tahun

1987 dan 1992 pula mendapati bahawa penggunaan media komputer masih menjadi

suatu matlamat yang elusif bagi kebanyakan guru-guru (Sculley, 1987; Butzin, 1992).

Oleh itu kesediaan guru untuk menukar cara pengajaran yang tradisi kepada pengajaran

yang berasaskan teknologi moden adalah penting dalam merealisasikan usaha dan

harapan negara. terhadap sistem pendidikan.

1.3 Pernyataan Masalah

Untuk menyahut cabaran negara terhadap kemajuan sektor pendidikan merentas

teknologi maklumat, guru-guru sememangnya memikul tanggungjawab yang cukup

besar. Ini terbukti apabila kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat bergantung kepada keupayaan

dan kebolehan aplikasi teknologi maklumat yang ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar

yang terlibat. lsu ini memberi satu cabaran yang besar terhadap kadar penerimaan dan

persiapan mental dan kompetensi dalam penggunaan teknologi maklumat di kalangan

guru-guru secara amnya.

Masalah ini cuba ditonjolkan berikutan kekurangan penghasilan dan juga

penggunaan modul perisian alat bantu mengajar di kalangan guru-guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran . Ini tidak seharusnya berlaku memandangkan

penggunaan alat bantu mengajar berkomputer ini sudah terbukti dapat meningkatkan

mutu penerimaan pelajar terhadap apa yang disampaikan serta menarik minat pelajar

melalui kaedah yang unik. Ia selaras dengan pandangan Sandholtz (1993) yang

mengatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran dan menjadi

pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan manakala pada 1997 beliau

Page 20: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

5

telah menyuarakan bahawa penggunaan teknologi boleh memudahkan pengajaran dan

pembelajaran.

Oleh itu, penghasilan modul perisian alat bantu mengajar ini diharapkan dapat

menyedarkan para guru terhadap kelebihan yang bakal diperolehi melalui

pengadaptasian teknologi maklumat ke dalam pendidikan. Ia juga membantu memupuk

kesediaan mereka di dalam menerima perubahan yang berlaku meliputi anjakan peranan

yang dijalankan selama ini kepada sebagai pemudah cara dengan menggunakan

teknologi maklumat di hadapan pelajar-pelajar mereka. Ini kerana, Giesert dan Futrell

(1990) menegaskan bahawa seseorang guru yang menggunakan komputer dalam

pengajaran pembelajaran boleh dikategorikan sebagai mempunyai bakat dan kebolehan

tambahan.

Akhir sekali, pembinaan modul perisian ini juga diharap menjadi perintis kepada

perkembangan penghasilannya di masa akan datang untuk memperbanyakkan lagi

penggunaannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4 Objektif Pembangunan Perisian

Objektif bagi pembangunan modul perisian alat bantu mengajar ini ialah :

( i ) Menarik perhatian pelajar untuk mempelajari tajuk ‘Pergerakan Bahan

Merentasi Membran Plasma’ dengan bantuan grafik, teks, audio, video dan

animasi.

( ii ) Meningkatkan pemahaman pelajar serta mengurangkan kadar miskonsepi

dengan berbantukan animasi serta video yang dapat menunjukkan gambaran

sebenar konsep-konsep tersebut.

Page 21: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

6

( iii ) Menyediakan satu alat bantu mengajar yang canggih dan menarik bagi

kegunaan para guru Biologi untuk mengajar tajuk ini.

1.5 Skop Perisian

Modul perisian alat bantu mengajar yang dibangunkan ini adalah meliputi

beberapa subtajuk bagi ‘Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma’ di mana di

antara subtajuk tersebut ialah pengenalan serta kepentingan pergerakan bahan merentas

membran plasma, struktur membran plasma dan mekanisme pergerakan bahan merentas

membran plasma. Mekanisme pergerakan bahan merentas membran yang diterangkan

adalah secara pengangkutan pasif iaitu resapan biasa, resapan berbantu serta osmosis.

Di samping itu, modul ini juga diselitkan dengan sesi penilaian yang bertujuan

untuk menguji sejauh mana keberkesanannya, analogi-analogi untuk memudahkan

pemahaman serta nilai-nilai murni sebagai penerapan sampingan.

1.6 Kepentingan Pembinaan Perisian

Modul perisian alat bantu mengajar yang dibangunkan ini mempunyai beberapa

kepentingan yang tidak boleh dinafikan. Ini kerana ia amat berguna untuk menarik

perhatian pelajar serta mengekalkan tumpuan mereka semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Ia adalah satu elemen yang penting di dalam memastikan apa yang cuba

disampaikan dapat diterima oleh para pelajar dengan sebaiknya. Penggunaan perisian

ini juga mampu menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, selesa

serta tidak membosankan.

Page 22: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

7

Di samping itu, perisian ini dapat memberi pelajar gambaran sebenar secara

visual setiap konsep-konsep penting seperti osmosis dan resapan yang sebelum ini hanya

diterangkan menggunakan gambarajah statik. Pemahaman yang utuh ini seterusnya

memudahkan proses mengingat dan menghafal.

Akhir sekali, projek ini menerapkan perkaitan sesuatu isi dengan persekitaran

pelajar ( penggunaan analogi ) yang dipercayai dapat memudahkan pelajar membuat

generalisasi di samping membantu pemahaman mereka.

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk

Tajuk yang dipilih untuk dibangunkan di dalam projek ini ialah ‘Pergerakan

Bahan Merentas Membran Plasma’, Biologi Tingkatan 4 KBSM. Secara logiknya,

setiap keputusan yang dibuat sudah tentu ada rasional disebaliknya. Begitu jugalah

dengan pemilihan tajuk ini yang dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Berdasarkan temubual rambang yang dilakukan terhadap pelajar-pelajar

tingkatan 4 Pengajian Islam Syariah 1 (4 PIS 1) dan 4 Sains 1 (4 SC 1) Sekolah

Menengah Kebangsaan Tun Mamat semasa latihan praktikal, didapati tajuk ini

mempunyai dua kelemahan utama. Kelemahan pertama ialah ia merupakan salah satu

tajuk matapelajaran Biologi yang membosankan. Kelemahan ini dikesan melalui satu

soalselidik di mana majoriti pelajar bagi kedua-dua kelas terbabit memilih tajuk ini

sebagai tajuk yang membosankan untuk dipelajari. Fenomena ini mungkin disebabkan

oleh penekanan konsep yang banyak dan sukar, kekurangan grafik yang menarik seta

ditambah pula kaedah pengajaran guru yang linear tanpa penggunaan alat bantu

mengajar yang sesuai.

Page 23: MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU … HINGGA PERSOALAN... · membangunkan modul perisian alat bantu mengajar (abm) berasaskan komputer bagi tajuk pergerakan bahan merentasi membran

8

Masalah kedua dan paling serius ialah tajuk ini sukar difahami dan kerapkali

berlaku miskonsepsi di antara konsep-konsep yang diutarakan. Ini dapat dilihat dengan

jelas apabila pembangun diberi peluang untuk menanda kertas ujian 1 Biologi bagi kelas

4 PIS 1 dan 4 SC 1 di mana jawapan yang diberikan jelas menunjukkan mereka belum

berjaya menguasai tajuk ini sepenuhnya. Sebagai contoh, mereka dapat memberi satu

penerangan proses yang lengkap tetapi nama proses yang dinyatakan adalah salah.

Oleh itu, membangunkan tajuk ini ke dalam bentuk modul perisian alat bantu

mengajar merupakan jawapan terbaik bagi kedua-dua permasalahan yang telah

dinyatakan. Ini kerana gabungan teks, grafik, animasi, video dan audio telah terbukti

mampu menarik perhatian pelajar untuk mempelajari tajuk ini. Ia juga dapat mengubah

tanggapan pelajar bahawa tajuk ini tidaklah sebosan yang disangkakan. Tanggapan ini

amat penting bagi memastikan para pelajar tidak hilang arah dan tumpuan. Di samping

itu, penggunaan animasi dan video juga dapat membantu meningkatkan pemahaman

pelajar terhadap konsep-konsep yang ditekankan berbanding dengan penggunaan buku

teks serta carta pegun yang sukar untuk memberi gambaran sebenar.