membangunkan perisian multimedia berbantukan … · membangunkan perisian multimedia berbantukan...

24
MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN KOMPUTER DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 4 BAGI TOPIK LUKISAN ISOMETRI SABREE BIN ABU KHAIRI 2004

Upload: trinhduong

Post on 25-Mar-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN KOMPUTER

DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 4

BAGI TOPIK LUKISAN ISOMETRI

SABREE BIN ABU KHAIRI

2004

Page 2: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri
Page 3: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri
Page 4: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN KOMPUTER

DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 4

BAGI TOPIK ISOMETRI

SABREE BIN ABU KHAIRI

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2003

Page 5: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri
Page 6: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

ii

DEDIKASI

Buat insan yang dikenang dan disayangi,

Isteri yang tercinta

Puteri Noor Azah Bt Megat Hassan

Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan yang telah diberikan selama ini.

Abah dan mama

Terima kasih di atas doa dan sokongan kalian.

Anak-anak

Nur Adriana Nabilah Bt Sabree

Nur Amilea Nadhirah Bt Sabree

Semoga kejayaan ayahmu ini menjadi pendorong kepada kalian

semua di masa hadapan

Page 7: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

iii

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PM Dr. ABDUL WAHID BIN

MUKHARI selaku pensyarah pembimbing, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar,

nasihat serta teguran di sepanjang tempoh menyiapkan perisian ini. Ucapan terima

kasih juga kepada semua rakan-rakan yang telah memberikan kerjasama dan bantuan

dalam menyiapkan projek ini.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang

terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.

Sekian, Terima Kasih.

Page 8: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

iv

ABSTRAK

Perisian multimedia didapati mampu membantu guru dan pelajar dalam

proses pengajaran. Walau bagaimanapun perisian multimedia lukisan Kejuruteraan

yang bercirikan tempatan adalah sukar untuk didapati dipasaran. Sehubungan dengan

itu, projek ini bertujuan membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer

dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi tajuk isometri. Perisian

ini dibangunkan dengan aplikasi Macromedia Authoware attain 5.2 dibantu dengan

perisian-perisian grafik, audio dan animasi seperti sound forge 4.5, Flash 5, Ulead

3D Studio dan Ulead Photo Express 3 Special Edition untuk menyumbangkan

kepada suatu persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan. Penilaian yang

diperolehi mendapati bahawa perisian yang telah dihasilkan dapat memenuhi

keperluan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk peningkatan, aspek-

aspek reka bentuk dan ketepatan isi kandungan juga harus diambilkira untuk

menjadikannya satu perisian yang lebih berkualiti.

Page 9: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

v

ABSTRACT

Multimedia software is found to be a useful tool by assisting teachers and

students in the teaching and learning process. However, local multimedia courseware in

Engineering Drawing is not easily available in the market. Therefore, this project is

intended to develop an engineering drawing courseware in the Form Four in the topic of

isometric. This courseware is developed using the Macromedia Authorware attain 5.2,

together with the use of graphic , audio and animation software such as Sound forge 4.5,

Flash 5, Ulead 3D Studio and Ulead Photo Express 3 Special Edition to contribute to a

more effective learning environment. Assessment obtained had found that the developed

courseware has fulfilled the needs of teachers in helping teaching and learning process.

Fop improvement, the design and content accuracy were some of the aspects needed for

futher consideration.

Page 10: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

HALAMAN PENGESAHAN

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN i

HALAMAN DEDIKASI ii

HALAMAN PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

Page 11: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

vii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Kepentingan projek 6

1.6 Skop Projek 6

1.7 Definasi Istilah 6

1.7.1 Perisian 6

1.7.2 Pengajaran Berbantukan 7

Komputer

1.7.3 Multimedia 7

1.7.4 Interaktif 7

1.7.5 Lukisan Kejuruteraan 7

1.7.6 Isometrik 7

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK)

9

2.3 Teori Pengajaran Dan Implikasi ke atas

Perisian PBK

11

2.4 Pendekatan yang digunakan dalam

Pengajaran Berbantukan Komputer 12

2.5 Teori Pengajaran Dan Pembelajaran

Yang Diterapkan Dalam Multimedia

13

2.5.1 Pendekatan Tingkah Laku 14

2.5.2 Pendekatan Kognitif 15

Page 12: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

viii

2.5.3 Pendekatan Konstruktif 16

2.6 Proses Pembelajaran 17

2.7 Multimedia 18

2.8 Pendidikan Melalui Multimedia 19

2.9 Elemen-Elemen Multimedia 20

2.9.1 Teks 20

2.9.2 Grafik 20

2.9.3 Animasi 21

2.9.4 Video 21

2.9.5 Audio 21

2.10 Kelebihan Multimedia Dalam

Pembelajaran

22

2.11 Keberkesanan Multimedia Dalam

Pendidikan

23

2.12 Multimedia Dan Aplikasinya Dalam

Pembelajaran Lukisan

24

2.13 Pembinaan Perisian Multimedia

Pembelajaran Lukisan

25

2.13.1 Analisa 26

2.13.2 Rekabentuk 27

2.13.3 Pembangunan 28

2.13.4 Perlaksanaan 28

2.13.5 Penilaian 28

BAB 3 REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Model Rekabentuk Perisian 30

3.3 Pemilihan Tajuk 32

3.4 Kaedah Perlaksanaan 32

Page 13: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

ix

3.4.1 Fasa Keperluan 32

3.4.2 Fasa Rekabentuk 34

3.4.2.1 Carta Alir 34

3.4.2.2 Papan Cerita

(StoryBoard)

38

3.4.3 Fasa Pembangunan Dan

Perlaksanaan 38

3.4.4 Penilaian 38

3.5 Perisian Lukisan Kejuruteraan

Bagi Tajuk Isometri

39

3.5.1 Rekabentuk Am 39

3.5.2 Struktur Perisian 39

3.5.3 Teks 40

3.5.4 Warna 40

3.5.5 Animasi 40

3.5.6 Grafik 41

3.5.7 Audio 41

3.6 Bahasa Pengubahan 41

3.6.1 Ciri-Ciri Authorware Attain 5.2 42

3.6.2 Ikon-Ikon Authorware Attain 5.2 42

3.7 Bahasa Dan Arahan 44

3.8 Spesifikasi Perkakasan Dan Perisian 44

3.8.1 Perkakasan (Hardware) 44

3.8.2 Perisian 44

3.8.3 Pengimbas 45

3.8.4 Pemacu Cakera Boleh Tulis 45

Page 14: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

x

BAB 4 REKABENTUK PERISIAN LUKISAN

KEJURUTERAAN BAGI TAJUK

ISOMETRI

4.1 Pengenalan 46

4.2 Pakej Perisian 46

4.3 Panduan Pengguna 47

4.4 Pengenalan Kepada Perisian 48

4.5 Menu Utama 48

4.6 Paparan Menu Konsep 49

4.6.1 Paparan Dimensi Ukuran 49

4.6.2 Paparan Paksi 50

4.7 Paparan Menu Ciri-Ciri 51

4.7.1 Paparan Garisan Isometri 52

4.7.2 Paparan Garisan Bukan Isometri 52

4.7.3 Paparan Sudut Isometri 53

4.7.4 Paparan Bulatan Isometri 53

4.7.5 Paparan Arah Pandangan 54

4.8 Paparan Menu Kaedah Melukis 55

4.8.1 Sudut 55

4.8.2 Piramid 56

4.8.3 Serong 56

4.8.4 Lengkung 57

4.8.5 Selinder 57

4.8.6 Oblik 58

4.8.7 Contoh1, Contoh 2, Contoh 3,

Contoh 4

58

4.9 Paparan Menu Latihan 59

4.10 Paparan Menu Keluar 59

4.11 Paparan Menu Penghargaan 60

4.12 Dapatan Hasil Penilaian Soal Selidik 61

Page 15: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

xi

4.12.1 Interaktif 61

4.12.2 Grafik 61

4.12.3 Animasi 62

4.12.4 Teks 62

4.12.5 Audio 62

4.12.6 Konsep 63

4.12.7 Ciri-Ciri 63

4.12.8 Kaedah Melukis 63

4.12.9 Latihan 63

BAB 5 RUMUSAN , PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 64

5.2 Perbincangan 64

5.3 Rumusan 66

5.4 Cadangan Lanjutan Kajian 67

5.4.1 Grafik 67

5.4.2 Audio 67

5.4.3 Video 67

5.5 Cadangan Susulan 68

5.6 Kesimpulan 68

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

RUJUKAN 69

LAMPIRAN A 72

Page 16: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKASURAT

2.3 Model Rekabentuk Intruksi

Bersistem Hanaffin dan Peck

32

3.4a Carta Alir Konsep 35

3.4b Carta Alir Ciri-Ciri 36

3.4c Carta Alir Kaedah Melukis 37

3.4d Carta Alir Latihan 38

4.1 Menu Intro 47

4.2 Pengenalan kepada Perisian 48

4.3 Menu Utama 48

4.4 Paparan Konsep 49

4.4a Paparan Dimensi Ukuran 49

4.5b Paparan Paksi 50

4.6 Paparan Menu Ciri-Ciri 51

4.6a Paparan Garisan Isometri 52

4.6b Paparan Garisan Bukan Isometri 52

4.6c Paparan Sudut Dalam Isometri 53

4.6d Paparan Bulatan Dalam Isometri 53

4.6e Paparan Arah Pandangan 54

4.7 Paparan Menu Kaedah Melukis 55

4.7a Sudut 55

4.7b Piramid 56

Page 17: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

xiii

4.7c Serong 56

4.7d Lengkung 57

4.7e Selinder 57

4.7f Oblik 58

4.7g Contoh 1, Contoh 2, Contoh 3,

Contoh 4

58

4.8 Paparan Menu Latihan 59

4.9 Paparan Menu Keluar 59

4.10 Paparan Menu Penghargaan 60

Page 18: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Set Soal Selidik 72

Page 19: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

CD - Compact Disk

CD ROM - Compact Disk Read Only

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

Page 20: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penggunaan komputer di dalam kehidupan masa kini memang tidak boleh

dinafikan lagi. Penggunaan komputer telah membantu manusia dalam menyelesaikan

pelbagai masalah. Dalam bidang pendidikan, penggunaan komputer dapat membantu

guru-guru dan pelajar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran seperti Lukisan

Kejuruteraan.

Lukisan kejuruteraan telah wujud beribu-ribu tahun dahulu apabila seorang

jurutera bernama Gurden menghasilkan pelan sebuah buku dengan cara mengukur di

atas batu. Pelan itu dipercayai wujud pada tahun 4000 Sebelum Masehi (S.M). Di

samping itu terdapat juga bukti yang menunjukkan penggunaan Lukisan Kejuruteraan

telah wujud pada awal tahun 30 Sebelum Masehi apabila seorang arkitek Roman

mengistilahkan arkitek sebagai seorang yang berkemahiran menggunakan pensil dan

mempunyai pengetahuan melukis apabila khidmatnya diperlukan untuk melukis suatu

kerja pembinaan (Giesecke (1989) dalam Adzmi (2003).

Mulai dari saat itu, arkitek Roman tersebut telah mula menggunakan alat

Lukisan Kejuruteraan seperti pembaris dan jangka lukis untuk menghasilkan pelan

Page 21: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

2

bangunan dan lukisan pandangan perspektif. Penggunaan peralatan lukisan mulai

berkembang dengan tercipta jangka lukis dan pen bulu burung.

Adzmi (2003) Malaysia, penemuan lukisan telah lama wujud. Ukiran dan

lukisan yang terdapat pada dinding gua dan batu membuktikan masyarakat ketika itu

telah menggunakan lukisan sebagai salah satu daripada media komunikasi. Lukisan

Kejuruteraan moden dianggap bermula pada akhir abad ke-19 apabila alat piawai seperti

papan lukis, sesiku T, sesiku set dan alat lukisan geometri yang lain serta kaedah

mencetak lukisan yang lebih canggih mula digunakan.

Di dalam bidang kejuruteraan, kebanyakkannya telah mengunakan teknologi

terkini dengan bantuan komputer disamping perisian multimedia yang pelbagai. Oleh

yang demikian, di peringkat sekolah menengah seharusnya telah didedahkan dengan

penggunaan alat bantuan mengajar yang berasaskan multimedia yang lebih interaktif.

Sasaran utama yang perlu dilihat dahulu adalah guru. Ini kerana gurulah yang akan

membentuk pelajar menuju kearah kejayaan.

Sejajar dengan perkembangan penggunaan komputer, Lukisan Kejuruteraan

telah mengalami perubahan dan bertambah maju. Pada masa sekarang komputer telah

diguna untuk membantu pelukis menghasilkan lukisan dengan lebih cepat dan berkualiti.

Sistem ini dikenali sebagai Lukisan Berbantu Komputer (CAD). Oleh itu bersesuai

dengan perkembangan pendidikan masakini , penggunaan multimedia akan menjadi

salah satu pendekatan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran masakini.

Menurut Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan,

Hamidah Baba; “kebaikan perisian multimedia dalam pendidikan, bahan multimedia

sebenarnya merujuk kepada atribut bahan yang menyatukan dua media ataupun lebih

iaitu teks, gambar, grafik, bunyi, tayangan serta animasi menjadikannya satu

persembahan yang jelas dan mudah difahami.” ( Mingguan Malaysia 26 jun 2000 : m/s 6

dalam Mohd. Ali (2002)).

Page 22: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelajar-pelajar masa kini memerlukan rangsangan yang pelbagai untuk

memotivasikan mereka untuk belajar. Minat untuk mereka belajar akan berkurangan

sekiranyanya tiada rangsangan yang pelbagai. Kaedah pengajaran secara tradisional

menimbulkan rasa kebosanan dan kurang menarik jika dibandingkan dengan

penggunaan ABM yang bersesuaian iaitu yang mampu menimbulkan rangsangan positif

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kertas kerja yang bertajuk ‘Alatan Mengajar Dalam Pengajaran bahasa’

Noraziah (1981), menerangkan bahawa ‘alat bantu’ itu mestilah sebagai salah satu

bahagian yang padu (integral part) dalam proses tersebut. Alat bantu bertujuan

menambah kelancaran perhubungan antara guru dengan murid dan sebaliknya, murid

dengan murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.

Kajian yang dijalankan oleh Koay (1995) yang mengkaji mengenai penggunaan

alat bantuan pengajaran dikalangan guru ketukangan di Sekolah Menengah Vokasional

di Malaysia didapati penggunaan alat bantuan mengajar bukan elektronik lebih digemari

misalnya penggunaan papan kapur mencapai peratusan sebanyak 86.7%, peralatan

sebenar 41.7% manakala ABM elektronik sangat jarang digunakan, misalnya slaid

hanya mencapai 7.5%, video dan TV hanya 4.2%.

Justeru itu seseorang guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran yang

berbantukan alat bantu mengajar atau media pengajaran secara optimum yang boleh

menjadikan proses pengajaran dan pembelajarannya lebih berkesan dan menarik .

Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sesungguhnya membawa

suatu pembaharuan kepada corak pendidikan masa kini. Ia merupakan satu kaedah

alternatif kepada pengajaran dan pembelajaran pelajar selain dari merujuk kepada buku

yang merupakan sumber ilmu tradisional.

Page 23: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

4

Oleh dengan itu ia boleh diatasi dengan pembinaan perisian Pengajaran

Berbantukan Komputer (PBK) untuk guru yang boleh digunakan oleh pelajar dalam

pengajaran lukisan kejuruteraan. Alat bantu mengajar ini adalah berbentuk multimedia

yang mempunyai pelbagai maklumat dalam pengajaran guru. Selain itu, ia dapat

meningkatkan kemahiran guru dalam proses pengajaran lukisan kejuruteraan.

Untuk mencapai matlamat di atas, proses pengajaran seharusnya dikemaskinikan

dengan pelbagai kaedah. Dengan itu, perisian multimedia mesti disediakan bagi

mempermudahkan proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar supaya lebih

cemerlang.Ini kerana di dalam perisian tersebut akan mengandungi pelbagai unsur-unsur

yang menarik seperti berinteratif semasa belajar dan yang menjadi bahan utama adalah

dapat membantu para guru dalam pengajaran mereka agar pengajaran tersusun dan

menarik.

Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mencadangkan satu kaedah

pengajaran iaitu menggunakan perisian (courseware) berbantukan komputer bagi

pengajaran guru. Memandangkan penggunaan komputer dalam pendidikan terutamanya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak mendatangkan minat serta kesan

yang lebih positif berbandingkan pengajaran dan pembelajaran tradisional. Teknologi

multimedia ini merupakan satu perkara baru dalam pendidikan di Malaysia terutamanya

di sekolah-sekolah menengah, maka pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk PBK

adalah terhad dan kurang.

Sehubungan dengan itu,adalah dirasakan perlu untuk membangunkan satu

perisian PBK dalam matapelajaran lukisan bertajuk “Isometri”. Diharapkan perisian ini

mampu meningkatkan minat serta kefahaman pelajar terhadap lukisan kejuruteraan.

Page 24: MEMBANGUNKAN PERISIAN MULTIMEDIA BERBANTUKAN … · membangunkan perisian multimedia berbantukan komputer dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan 4 bagi topik isometri

5

1.3 Pernyataaan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan perisian multimedia berbantukan

komputer terhadap pengajaran guru dalam matapelajaran lukisan kejuruteraan tingkatan

4 bagi tajuk isometri.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah membina perisian multimedia yang mempunyai :

1. Membina sebuah perisian interaktif yang mudah dan menarik perhatian

pelajar seperti penggunaan grafik, teks, audio dan animasi.

2. Menghasilkan perisian yang dapat membantu guru dalam mempelbagaikan

kaedah pengajaran supaya dapat difahami dengan jelas oleh pelajar.

3. Menambahkan perisian multimedia yang berunsurkan pendidikan.

1.5 Kepentingan Projek.

Diantara kepentingan projek ini adalah :-

1. Dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih

interaktif diantara guru dan pelajar.