khidmat bantu pss

12
KERTAS CADANGAN Program Khidmat Bantu PSS SMA DARUL ULUM dengan kerjasama PKG MUAR DAN LEDANG

Upload: ida-rafida-yussop

Post on 21-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kertas kerja khidmat bantu

TRANSCRIPT

Page 1: Khidmat Bantu PSS

KERTAS CADANGAN

Program Khidmat Bantu PSSSMA DARUL ULUM

dengan kerjasamaPKG MUAR DAN LEDANG

Page 2: Khidmat Bantu PSS

LATAR BELAKANG

Pusat Kegiatan Guru Serom bertanggungjawab memastikan Pusat Sumber Sekolah sama ada dari segi fizikal mahupun bukan fizikal dapat digunakan dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa.

Menyedari hakikat ini,Pusat Kegiatan Guru Serom,bersama sekolah-sekolah dalam kelompok membentuk satu mekanisme untuk membangun dan memberi khidmat bantu PSS sebaik mungkin .

Program KHIDMAT BANTU PSS SEKOLAH merupakan suatu program yang telah dirangka bagi menyediakan:

1. bahan-bahan bacaan yang mencukupi kepada semua pelajar,

2. pengurusan dan penggunaan PSS yang mencapai taraf yang menggalakkan

3. prasarana yang selesa untuk aktiviti membaca,

4. mewujudkan sekolah yang dikelilingi sumber maklumat dan rujukan, bagi melahirkan pelajar dan masyarakat yang bermaklumat, inovatif dan memupuk minda kelas pertama.

2. TARIKH CADANGAN(1-2hari)

Tarikh yang dicadangkan untuk memulakan program ini ialah pada :.............. (bulan Jun atau Julai)

( tertakluk kepada perubahan sekolah)

3. TEMPAT CADANGAN

SK SEGA

Page 3: Khidmat Bantu PSS

4. RASIONAL PROGRAM

Pemilihan Sekolah Kebangsaan Sega untuk dilaksanakan program ini adalah disebabkan faktor-faktor berikut:

4.1 PSS SK Sega berada ditahap 51.6% iaitu pada gred C mengikut kriteria penggredan PSS.

4.2 Prasarana dan persekitaran yang sedia ada masih belum kondusif bagi melahirkan pelajar yang bermaklumat dan minat membaca.

4.3 PSS SK Sega adalah bangunan berasingan yang mempunyai pelbagai ruang yang boleh dieksploitasi yang dilihat berpotensi untuk dimajukan.

4.4 Merapatkan hubungan antara PKG, warga sekolah dan GPM dari sekolah-sekolah terdekat.

4.5 Memberi dan berkongsi pengalaman bersama GPM dari sekolah-sekolah setempat bagaimana untuk memajukan PSS.

5. OBJEKTIF PROGRAM

Hasil daripada pelaksanaan Program Khidmat Bantu PSS ini diharapkan akan mencapai objektif-objektif seperti berikut:

5.1 Meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan khususnya dalam pengurusan bahan, fizikal (susunaturdankeceriaan) serta sistem pentadbiran.

5.2 Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dikalangan guru dan pelajar sejajar dengan keperluan Pendidikan dan aplikasi ICT masa kini.

5.3 Meningkatkan kadar pembacaan dikalangan pelajar sekolah selaras dengan pelaksanaan dan halatuju Aktiviti Galakan Membaca iaitu Program NILAM.

5.4 Meningkatkan prestasi pencapaian akademik dan kurikulum.

Page 4: Khidmat Bantu PSS

6. PELAKSANAAN PROGRAM

6.1 Pelancaran program ini akan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Sega.

6.2 Mengadakan Program Khidmat Bantu PSS yang akan disertai oleh:

6.2.1 Guru-guru Penyelaras PSS (GPM) sekolah-sekolah setempat PKG Rantau.

6.2.2 Guru-guru Penyelaras PSS(AJK PSS) sekolah

6.2.3 Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) Pusat Kegiatan Guru Rantau dan kakitangan.

6.2.4 Warga sekolah

6.3 Peserta akan dibahagi kepada 4 kumpulan (hanya cadangan dan bergantung kepada keperluan sekolah) seperti berikut :

KUMP. NAMA SUDUT1. 1.

2.3.4.5.

A(nama ruang)

2. B(nama ruang)

3. C(nama ruang)

4. D(nama ruang)

Cadangan tugasan (boleh diubah mengikut keperluan dan kemampuan bajet PSS yang ada) bagi setiap kumpulan.

KUMPULAN 1

- Membersihkan ruang perpustakaan.

- Menyediakan dan memasang hiasan.

KUMPULAN 2

- Menyediakan sebuah sudut pembelajaran.

- Menyediakan sudut / ruang bacaan bersama.

Page 5: Khidmat Bantu PSS

KUMPULAN 3

- Menyediakan bahan-bahan sumber berkaitan bahan

- Menyusun semula buku-buku dan bahan bacaan ke dalam rak untuk aktiviti Program NILAM.

KUMPULAN 4

- Menyediakan ruang aktiviti pelajar

(jika boleh, penganjur perlu spesifikkan bidang tugas)

6.5 Tempoh pelaksanaan (cadangan)

6.5.1 Hari : 2 hari (jika dilaksanakan waktu petang persekolahan)

atau 1 hari (Sabtu - pagi hingga petang)

Pelaksanaan program

Pemantauan dan khidmat bantu berterusan oleh : PTP2 PKG Rantau

6.6 Jadual Pelaksanaan

Perancangan Projek (perbincangan kertas cadangan) - (tarikh)

Mesyuarat JK Pelaksanaan Program Kali 1 (membincangkan isu dan masalah PSS dan cadangan untuk pengisian program) - (tarikh)

Mesyuarat JK Pelaksanaan Program Kali 2 (membentangkan jk kerja/status persiapan bahan/kewangan) - (tarikh)

Khidmat Bantu 1 - (tarikh)

Khidmat Bantu 2 - (tarikh)

Page 6: Khidmat Bantu PSS

6.7 Pegawai-pegawai Pelaksana

Bagi memastikan kelancaran perjalanan program ini, tenaga dan kepakaran pegawai-pegawai yang terdiri daripada pegawai-pegawaiTeknologi Pendidikan PKG Rantau/BTPNNS dan guru-guru setempat bersedia memberi khidmat bantu yang diperlukan. Pegawai-pegawai tersebut terdiri daripada :

- 2 orang pegawai dari PKG- 2 orang pegawai dari BTPNNS- 5 orang GPM dari sekolah-sekolah lain yang dipilih PKG.- AJK PSS Sekolah- Warga sekolah (jika dapat)

Bil Nama Jawatan Tempat123...

7. ANGGARAN KOS

- Kos operasi program ditanggung oleh sekolah(jamuan ringan /bahan peralatan untuk program).(sekolah perlu sediakan senarai perbelanjaan) - Tuntutan Perjalanan PTP PKG/BTPNNS oleh BTPNNS- Tuntutan Perjalanan guru-guru sekolah setempat oleh PPD Seremban.

8. PENUTUP

Adalah menjadi harapan Pusat Kegiatan Guru Sg.Layar agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kejayaan program ini akan menghasilkan pelajar yang bermaklumat dan mempunyai minda kelas pertama. Dalam jangka panjang program ini juga akan membawa manafaat kepada guru-guru untuk kecemerlangan pelajar.

Page 7: Khidmat Bantu PSS

LAMPIRAN

CONTOH ANGGARAN PERBELANJAAN (ubah ikut kemampuan sekolah)

Page 8: Khidmat Bantu PSS

CONTOH ANGGARAN PERBELANJAAN RUNCIT ( ikut bajet PSS sekolah)

Page 9: Khidmat Bantu PSS

Contoh jadual program.(ikut kesesuaian sekolah)