pemahaman pelajar tingkatan 4 sastera … pelajar tingkatan 4 sastera dalam konsep asas sains dan...

18
PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC 2006

Upload: phungkien

Post on 21-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP

ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN

NOOR ADINA KAMARUZAMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2006

Page 2: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN

SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006

Saya NOOR ADINA KAMARUZAMAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: LOT 1905 TMN. KOPERASI PKINK, DR.SETH BIN SULAIMAN 16100 KOTA BHARU, Nama Penyelia KELANTAN. Tarikh: 30 MAC 2006 Tarikh: 30 MAC 2006

Page 3: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : ____________________________

Nama Penulis : NOOR ADINA KAMARUZAMAN Tarikh : ____________________________

Page 4: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ”

Tandatangan : ____________________________ Nama Penyelia : DR. SETH SULAIMAN Tarikh : ____________________________

Page 5: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan

hidayahNYA, penulisan ini dapat disiapkan juga akhirnya.

Dikesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak

terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam

menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada

penulis serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan

jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada Dr. Seth Bin

Sulaiman selaku penyelia bagi projek ini di atas segala susah payah menunjuk ajar,

menasihat, menyemak, menyumbang idea serta bimbingan yang diberi sepanjang

tempoh projek ini dijalankan sehingga berjaya disiapkan juga.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada :

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Pengetua, Guru dan pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam kajian ini.

Dengan kerjasama semua, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar dan

dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik

kalian…

Page 6: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

v

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengkaji tahap pemahaman

pelajar Tingkatan Empat aliran sastera tentang konsep asas sains dan aplikasinya

dalam kehidupan. Responden kajian terdiri daripada 95 orang pelajar Tingkatan

Empat dari tiga buah sekolah di daerah Skudai, Johor. Instrumen kajian terdiri

daripada satu set borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian

A yang berkaitan dengan latarbelakang responden manakala Bahagian B

mengandungi soalan berbentuk skala Likert iaitu soalan konsep asas dan aplikasinya.

Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For

Social Science for Windows (SPSS) versi 10.0. Hasil analisis dipersembahkan dalam

bentuk min, kekerapan, peratusan dan skor. Analisis menggunakan kaedah korelasi

pearson untuk mengkaji hubungan antara pemahaman konsep asas sains dan

aplikasinya dalam kehidupan dan ujian-t yang digunakan bagi mengkaji hubungkait

antara jantina. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap pemahaman konsep asas

sains dan aplikasinya adalah pada tahap yang sederhana. Analisis korelasi pearson

adalah tidak terdapat perkaitan signifikan antara pemahaman konsep asas sains dan

aplikasinya dalam kehidupan. Analisis Ujian-t pula tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara para pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap pemahaman

konsep asas sains dan aplikasinya dalam kehidupan.

Page 7: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

vi

ABSTRACT

This descriptive study is conducted to determine the level of understanding of

basic concepts of science and their applications in life among the Form Four students

of art stream. The respondents comprised of 95 students choosen from three

secondary schools in Skudai, Johor. The instrument used in the study is a

questionnaire divided into two sections. Section A is looking into respondent’s

background and the Section B consists of items which examine their understanding

of science concepts and their application in everyday life. The data collected was

analyzed using the Statistical Packages For Social Science For Windows version

10.0 (SPSS software). The analysis used frequency, percentages and score. Pearson

correlation was used to determine understanding of basic concept of science and

their applications in life. T-test was used to determine gender differences on

students’ level of understanding in basic concept of science and their applications in

life. This study showed that the level of understanding of Form Four students

towards the basic concept of science and the applications was at average level. It was

also found that there was differences between male and female students on the

understanding of science concepts and their application in everyday life.

Page 8: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 9: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

viii

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Kesimpulan 11

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kesan Reformasi Pendidikan Sains 12

2.3 Merealisasikan Matlamat Pendidikan 16

2.4 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep

Asas Sains 17

2.5 Pembelajaran Merentasi Faktor Jantina Pelajar 19

2.6 Kaedah Kontekstual Dalam

Pengajaran-Pembelajaran Sains 21

2.7 Pengaruh Guru 23

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Reka Bentuk Kajian 25

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.4 Instrumen Kajian 26

3.5 Kaedah Analisis Data 28

3.6 Tatacara Kajian 29

3.7 Kajian Rintis 30

3.8 Kesimpulan 31

Page 10: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

ix

IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisis Data Bahagian A

(Latar Belakang Responden) 33

4.2.1 Umur 33

4.2.2 Jantina 34

4.2.3 Bangsa 34

4.2.4 Agama 35

4.2.5 Sekolah 36

4.3 Analisis Data Bahagian B (Analisis Deskriptif) 36

4.3.1 Pemahaman Konsep Asas Sains

dan Aplikasi dalam Kehidupan 37

4.3.2 Konsep Awal Responden

Tentang Pemahaman Konsep

Asas Sains dan Aplikasi

Dalam Kehidupan 39

4.4 Hubungan Pemahaman Konsep Asas Sains

dan Aplikasinya Dalam Kehidupan 46

4.5 Hubungan Antara Faktor Jantina

Dengan Pemahaman Konsep Asas Sains

dan Aplikasinya Dalam Kehidupan 48

4.6 Rumusan Dapatan Kajian 50

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 51

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 53

5.3.1 Persoalan Kajian Pertama :

Page 11: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

x

Apakah tahap penguasaan

konsep asas sains para pelajar

tingkatan 4 aliran sastera 53

5.3.2 Persoalan Kajian Kedua :

Sejauh manakah keupayaan

pelajar dalam mengaplikasikan

konsep sains tersebut kedalam situasi

baru atau konsep yang berbeza

dalam kehidupan seharian

oleh pelajar itu sendiri 56

5.3.3 Persoalan Kajian Ketiga :

Adakah hubungan yang signifikan antara

Pemahaman konsep asas sains dengan

aplikasi pengetahuan sains

dalam kehidupan seharian 58

5.3.4 Persoalan Kajian Keempat :

Adakah perbezaan yang signifikan dalam

pemahaman konsep asas sains

dan aplikasi dalam kehidupan

di antara pelajar lelaki

dan pelajar perempuan 58

5.4 Cadangan 59

5.5 Cadangan Kepada Kajian Yang Akan Datang 61

RUJUKAN 63

LAMPIRAN A 67

LAMPIRAN B 77

Page 12: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Pendidikan di negara kita ialah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang. Selaras dengan matlamat ini,

pendidikan sains dalam KBSM di rancang dengan hasrat untuk menyumbang ke arah

melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang perkembangannya dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani.

Sains merupakan satu bidang keilmuan hasil daripada usaha manusia untuk

mencari penerangan yang rasional tentang kejadian alam. Penerangan ini memberi

pemahaman tentang kewujudan peraturan dan hukum yang tertentu, ketertiban susunan

dan kesaling-hubungan yang terdapat dalam penciptaan alam.

Kurikulum sains seharusnya menekankan amalan dan penggunaan ilmu

pengetahuan dengan berlandaskan nilai murni, supaya dapat menghasilkan insan yang

bertanggungjawab untuk menguruskan alam dan sumbernya dalam arus pembangunan

masyarakat yang dinamik dan progresif. Maka pemahaman tentang aplikasi sains

melalui teknologi dalam kehidupan harian diberi perhatian dalam semua kurikulum sains

KBSM.

Page 13: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

2

Pendidikan sains secara umumnya, memberi peluang kepada pelajar mempelajari

dan memahami unsur-unsur sains asas bagi melahirkan warganegara Malaysia yang

inovatif dan celik sains. Disamping itu, kurikulum sains yang lebih khusus perlu digubal

bagi memenuhi keperluan golongan pelajar yang cenderung, berminat dan berupaya

untuk mempelajari sains dengan lebih mendalam. Tujuan utama kurikulum sains ini

hendaklah menuju ke arah melahirkan golongan ahli sains dan teknologi untuk

pembangunan negara. Dengan ini, KBSM menawarkan empat mata pelajaran Sains

Elektif, iaitu Sains Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat menengah atas.

1.2 Latarbelakang masalah

Peringkat awal mata pelajaran sains diajar melalui satu hala dan melibatkan

domain kognitif. Pelajar-pelajar tidak diberikan peluang untuk melibatkan diri secara

aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia

memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatian para pendidik seluruh

dunia. Pandangan baru ini bukan hanya menganggap pelajar bukan hanya menerima

pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui

interaksi dengan persekitarannya.

Menurut Gardner dalam Syarifah Maimunah (2001), dalam merancang

pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seorang guru akan menulis objektif untuk

perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. Guru tidak perlu

mengambil tahu apa yang pelajarnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan

yang mungkin berlaku dalam minda pelajarnya semasa pengajaran. Guru hanya

mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada pelajarnya yang menunjukkan

perlakuan yang dikehendaki dengan menekankan kepada latih tubi. Guru lebih

menekankan kepada apa yang pelajar boleh lakukan, bukannya kefahaman pelajar.

Page 14: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

3

Berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna

dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau

menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada kemahiran

berfikir kritis dan kreatif. Seorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai satu

idea dengan sistematik sebelum membuat keputusan. Seorang yang berfikir secara

kreatif pula mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan menggunakan pelbagai

pendekatan untuk menyelesaikan masalah serta mengemukakan idea yang inovatif dan

asli. Selain daripada itu ia juga berupaya mengubah suai idea yang sedia ada jika

dirasakan perlu. Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang beraras tinggi yang

melibatkan kedua-dua kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta langkah-langkah

tertentu yang perlu diikuti.

Kemahiran berfikir boleh diterapkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran

seperti menjalankan eksperimen, membuat projek, kajian lapangan, simulasi,

demonstrasi dan perbincangan dengan mengikuti langkah-langkah tertentu.

Pengajaran dan pembelajaran sains boleh menjadi lebih menarik sekiranya ia

dikaitkan dengan pengalaman pelajar (kontekstual), menggunakan pengetahuan sedia

ada pelajar dan memberi peluang kepada pelajar membina pengetahuan

(konstruktivisme) dan pelajar memainkan peranan yang lebih aktif. Kaedah inkuiri-

penemuan juga dapat menjadikan pembelajaran sains lebih menarik. Penggunaaan

teknologi sebagai pemudahcara seperti simulasi komputer dan peralatan antara muka

berkomputer akan membantu pelajar dalam memahami konsep sains yang abstrak

dengan itu pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menarik kepada pelajar

Page 15: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

4

1.3 Penyataan masalah Secara umumnya ahli-ahli pendidikan sains telah sebulat suara mencapai satu kata

sepakat bahawa penerimaan konsep sains oleh para pelajar bergantung atau bersandar

kepada matlamat dan objektif kurikulum sains di sekolah dan proses perlaksanaan

disamping cara penyampaian daripada guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Bahagian Pendidikan Guru telah

menganjurkan pelbagai kursus-kursus atau seminar dalam servis guru-guru sains sebagai

pendedahan atau pendekatan mengenai kaedah-kaedah pengajaran terkini mengikut

piawaian kementerian.

Persoalan yang sering diajukan oleh tenaga pengajar umumnya adalah bagaimana

meningkatkan kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran

manipulasi di kalangan pelajar? Kemahiran saintifik dapat ditingkatkan melalui aktiviti

pelajar seperti menjalankan eksperimen di mana kedua-dua kemahiran proses sains dan

kemahiran manipulasi dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun guru harus menyebut

kemahiran proses yang digunakan agar pelajar menyedari tentang kemahiran tersebut.

Merancang dan menjalankan eksperimen serta membuat laporan eksperimen yang

lengkap dengan setiap langkah di nyatakan dengan eksplisit dapat membantu

meningkatkan lagi kemahiran saintifik pelajar.

Kajian ini merupakan satu kajian awal yang memfokuskan kepada tahap

penguasaan konsep asas sains dan aplikasi dalam kehidupan seharian. Membuat

penelitian mengenai penggunaan dalam penguasaan konsep asas sains dalam aktiviti

seharian para pelajar dan bukan sahaja memahami dan menggunakan konsep tersebut

dalam pembelajaran sahaja. Penilaian dibuat berdasarkan pencapaian objektif

kurikulum sains yang kontekstual yang memberi penekanan kepada pemahaman para

pelajar terhadap konsep sains dan ciri-ciri proses sains yang konstitutif.

Page 16: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

5

Di samping itu, pelajar perlu memupuk minat terhadap mata pelajaran sains yang

mendalam dan usaha yang lebih banyak. Menurut Ah Meng (1994);

“minat dan motivasi yang terdapat pada rakan sebaya juga penting kerana ia memberi

pengaruh terhadap minat sesorang pelajar didalam sesuatu mata pelajaran”

Hal ini selaras dengan falsafah sains yang mengandungi empat pendapat utama

iaitu:

i. Falsafah Sains sebagai pembentukan tasawwur yang berlandaskan

agama serta konsisten dengan teori-teori penting sains. Ini bererti cara

seseorang itu mentafsir segala perihal dunia ialah berasaskan pendapat-pendapat

saintifik sahaja.

ii. Susunan kandungan Falsafah Sains adalah berdasarkan

pendedahan terhadap andaian dan kecenderungan metafizik

sekelompok ahli sains.

iii. Falasafah Sains merupakan disiplin ilmu yang bertujuan untuk

menganalisis dan menjelaskan lagi konsep-konsep yang terdapat dalam sains.

iv. Falasafah Sains digunakan untuk menganalisa kaedah tatacara

penerangan yang digunakan. Didalamnya terkandung syarat-syarat yang

diperlukan dalam penerangan sains, status kognitif, teori-teori serta prinsip-

prinsip disamping memisahkan kaedah-kaedah yang bukan sains daripada yang

sains.

Guru merupakan agen penting dalam mewujudkan masyarakat yang celik sains.

Oleh sebab itulah kaedah pengajaran yang digunakan mestilah memenuhi objektif

tersebut. Matlamat pendidikan sains adalah untuk memepertingkatkan pembelajaran

bagi membantu pelajar berfikir secara logik dan mampu menyelesaikan masalah yang

mudah.

Page 17: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

6

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah:

i. Untuk mengenal pasti penguasaan konsep asas

sains para pelajar tingkatan 4 aliran sastera

ii. Untuk mengenal pasti keupayaan pelajar dalam mengaplikasikan

ke dalam situasi baru atau konsep yang berbeza dalam kehidupan

seharian

iii. Untuk mengenal pasti kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep

asas sains dalam kehidupan seharian

iv. Menentukan samada pebezaan yang signifikan dalam pemahaman

konsep asas sains dan aplikasi dalam kehidupan diantara pelajar

lelaki dan pelajar perempuan

1.5 Persoalan kajian

Di dalam kajian ini, secara khususnya persoalan yang hendak diselidiki ialah:

i. Apakah tahap penguasaan konsep asas sains para pelajar

tingkatan 4 aliran sastera

ii. Sejauh manakah keupayaan pelajar dalam mengaplikasikan

konsep sains tersebut kedalam situasi baru atau konsep yang

berbeza dalam kehidupan seharian oleh pelajar itu sendiri

iii. Adakah hubungan yang signifikan antara pemahaman konsep asas

sains dengan aplikasi pengetahuan sains dalam kehidupan

seharian

Page 18: PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA … PELAJAR TINGKATAN 4 SASTERA DALAM KONSEP ASAS SAINS DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN NOOR ADINA KAMARUZAMAN Laporan projek ini dikemukakan

7

iv. Adakah perbezaan yang signifikan dalam pemahaman konsep asas

sains dan aplikasi dalam kehidupan di antara pelajar lelaki dan

pelajar perempuan