topik 7 kaedah pedagogi

57

Click here to load reader

Upload: muhamad-yuseri-ali

Post on 15-Nov-2015

157 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Cara untuk mengajar Pendidikan Jasmani

TRANSCRIPT

  • TOPIK 7

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

  • 7.1 KONSEP DAN DEFINISI PENDEKATAN, GAYA DAN KAEDAH7.1.1 Pendekatan

    Bermaksud mendekati.Pendekatan merupakan pelbagai sumber latihan dan prinsip yang menjadi pegangan dalam sesuatu pengajaran.Merujuk kepada cara untuk mencapai objektif jangka panjang dalam satu matapelajaran.

  • 7.1.1 PendekatanCiri-ciri pendekatan ialah:

    Objektif-objektif yang hendak dicapai berbentuk jangka panjangPendekatan berdasarkan teori dan model pengajaranMerangkumi gaya, kaedah dan teknik yang akan digunakanBersifat aksiomatik, iaitu diterima tanpa keraguanMencerminkan satu falsafah

  • 7.1.2 GayaAdalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan oleh guru.

    Terdapat tiga kategori gaya pembelajaran, iaitu gaya langsung, gaya tidak langsung dan gaya gabungan.

  • 7.1.2 GayaDalam menentukan gaya pembelajaran beberapa faktor perlu diambilkira:

    Kaedah dan teknik yang hendak digunakanBahan bantu mengajar dan belajar yang tersediaPengetahuan sedia ada pelajarCiri-ciri pelajarKepakaran guruKawalan kelas

  • 7.1.3 Kaedahadalah satu tindakan guru yang sistematik serta berurutan bertujuan mencapai objektif yang spesifik.Definisikan sebagai satu perancangan atau prosedur dalam melaksanakan satu pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik.Kaedah pengajaran hendaklah berasaskan kepada pendekatan dan gaya yang dipilih.Guru perlu kreatif dan pandai memilih kombinasi kaedah yang sesuai serta merancang secara sistematik.

  • 7.2 PENDEKATAN

    3 pendekatan:

    TradisionalHumanistikGabungan

  • 7.2.1 TradisonalMenggunakan prinsip pengajaran tradisional.Akan memberi arahan dan pelajar akan mengikuti arahan.Mengaplikasikan pembelajaran sehala.Menganggap guru sebagai pengajar.Kebaikan ialah mudah dirancang dan diurus.Sesuai diaplikasikan dalam kegiatan berisiko tinggi atau kemahiran khas.

  • 7.2.1 TradisonalCiri-ciri pendekatan tradisional ialah:

    Kurikulum yang ditetapkan oleh agensi pendidikan digunakanMementingkan pengajaranGuru menentukan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajarTugasan yang sama diberikan kepada semua pelajarGuru menentukan ujian piawaiMengukur pengajaran dan pembelajaran mengikut gredBerfokuskan guru

  • 7.2.2 HumanistikMenumpukan pada apa berlaku dalam diri seseorang individu seperti perasaan atau emosinya.Menekan kepada cara berfikir, pengamatan serta interpretasi individu tentang sesuatu peristiwa atau kejadian.Kuasa motivasi seseorang individu ialah kecenderungan untuk berkembang serta mencapai hasrat diri.Menitikberatkan perkembangan secara bebas.Pelajar bebas belajar apa yang mereka kehendaki dan ingin diketahui.Guru bertindak sebagai fasilitator yang akan memotivasi pelajar, memberi kesedaran kepentingan belajar dan merangsang proses pembelajaran di kalangan pelajar.

  • 7.2.2 HumanistikCiri-ciri pendekatan humanistik ialah:

    Guru menentukan kurikulum sendiri dan murid menetapkan matlamat untuk membuat pilihan dan bertindakMementingkan pembelajaranMurid menentukan tugasan sendiriTidak mementing ujian piawaiGred bukan pengukur pengajaranGuru berperanan mencungkil potensi murid, memberi galakan dan maklumbalas pelakuan aktiviti

  • 7.2.3 GabunganMengabungkan pendekatan tradisonal dan humanistik.Diaplikasikan berdasarkan kandungan dan risiko matapelajaran, keadaan persekitaran serta ciri-ciri pelajar.Guru perlu membuat analisis keadaan fizikal, ciri pelajar dan jenis risiko yang ditanggung sebelum memilih gaya, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

  • 7.2.3 GabunganCiri-ciri pendekatan gabungan ialah:

    Kurikulum dibekalkan oleh kementerian pendidikan namun guru mempunyai ruang untuk mencapai objektif kurikulum dengan cara sendiri.Guru memilih kaedah pengajaran atau pembelajaran berdasarkan kesesuaian pelajar dan kurikulum.Guru menganalisis ciri-ciri pelajar sebelum memberi tugasan keupayaan pelajar.Ujian dilakukan berasaskan ciri-ciri pelajar.Pelajar dan sekolah mempunyai ruang untuk menilai diri sendiri.Memperluaskan penilaian gred dengan mempelbagai kayu pengukur, penilai dan bentuk ujian.Guru berperanan sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan objektif.

  • 7.3 GAYA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANGaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa kepada satu objektif iaitu setiap murid dapat manfaat daripada gaya yang dikemukakan. 3 kategori yang utama iaitu:

    1. Gaya Langsung2. Gaya Gabungan3. Gaya Tidak Langsung

  • 7.3.1 Gaya LangsungBerpusatkan guru.Guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan dalam pengajaran dan pembelajaran.Menganggap bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul.

  • 7.3.1 Gaya Langsung

    Jadual 7.2: Kelemahan dan Kelebihan Gaya Langsung

  • 7.3.1 Gaya Langsung

    Contoh gaya langsung ialah:

    Gaya ArahanGaya Tugasan

  • 7.3.1 Gaya LangsungGaya Arahan

    Guru mengawal pembelajaran dan pengajaran serta bagaimana pengajaran dan pembelajaran dilakukan.Memberi kuasa penuh kepada guru menjalankan aktiviti dari mula hingga akhir.

  • 7.3.1 Gaya Langsung Gaya Arahan Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut:

  • 7.3.1 Gaya LangsungCiri-ciri gaya arahan:Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demonstrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari oleh pelajar.Pelajar berlatih.Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.Jika perlu, guru memberi penerangan lanjut dan membuat demonstrasi lanjut.Pelajar berlatih. Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang memerlukan bantuan secara individu atau berkumpulan.Pelajar menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai. Guru menilai pelakuan.

  • 7.3.1 Gaya LangsungGaya Tugasan

    Guru mempunyai kuasa penuh dalam menentukan arah pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri gaya tugasan ialah:Dalam gaya tugasan guru akan menetapkan tugasan yang diberikan kepada pelajar.Guru memberi arahan secara lisan atau menggunakan kad latihan.Pelajar membuat latihan dalam masa yang diperuntukan oleh guru.Guru memerhatian pelakuan pelajar seterusnya memberi maklum balas kepada pelajar tentang pelakuannya.

  • 7.3.2 Gaya Tidak LangsungBerpusatkan pelajar.Pembelajaran seharusnya melibatkan proses kognitif iaitu melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri.Gaya tidak langsung berpandukan teori pembelajaran kognitif yang menganggapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalah sama penting dengan hasil pembelajaran berkenaan.

  • 7.3.2 Gaya Tidak Langsung

    Jadual 7.3: Kelebihan dan Kekurangan Gaya Pembelajaran Tidak Langsung

  • 7.3.2 Gaya Tidak LangsungContoh gaya tidak langsung ialah:

    Gaya penyelesaian masalah

    Gaya tindakbalas

  • 7.3.2 Gaya Tidak LangsungGaya Penyelesaian Masalah

    Memerlukan pelajar memberi tumpuan masa yang panjang.

    Pelajar perlu memahami masalah serta memikir dengan logik dan sistematik.

  • 7.3.2 Gaya Tidak LangsungGaya Penyelesaian MasalahPelajar-pelajar perlu menyelesaikan masalah mengikut langkah-langkah berikut:

    menganalisis dan memahami masalah.menyenaraikan keperluan dan syarat untuk menyelesaikan masalah.menguna pelbagai kemahiran untuk mendapatkan maklumat-maklumat.meramal jawapan yang mungkin.memilih dan uji penyelesaian alternatif.memilih penyelesaian paling sesuai.menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

  • 7.3.2 Gaya Tidak LangsungKelebihan menggunakan gaya penyelesaianmasalah:

    Menggalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.Memupukkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi.Menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari.

  • 7.3.2 Gaya Tidak LangsungKelemahan menggunakan gaya penyelesaian masalah:

    Memakan masa yang lama.Sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan.Pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

  • 7.3.2 Gaya Tidak LangsungKejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada:

    Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran.Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing proses penyelesaian masalah.

  • 7.3.2 Gaya Tidak LangsungGaya Tindakbalas

    Seperti gaya penyelesaian masalah di mana kebanyakkan proses pengajaran berpusatkan pelajar. Nilai kerjasama dan bantu membantu dapat diserapkan dengan menggunakan gaya ini.

  • 7.3.2 Gaya Tidak LangsungCiri-ciri gaya tindakbalas ialah:

    Guru menetapkan latihan atau di dalam kad latihan yang disediakan.Latihan dalam kumpulan kecil dibahagikan mengikut kebolehan atau secara rawak.Kerjasama antara pelajar dengan pelajar juga pelajar guru ditekankan.Pasangan atau ahli kumpulan akan bekerjasama dalam menilai dan membantu rakan kumpulan.Guru menjadi pemerhati pelakuan pelajar yang menjalani latihan dan cara rakannya memberi maklumbalas.

  • 7.3.3 Gaya GabunganMengabungkan antara gaya pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru.Sesuatu pembelajaran akan berlaku dengan berkesan sekiranya guru dapat memilih gaya pembelajaran mengikut kesesuaian kurikulum dan ciri pelajar.Pelajar akan menyelesaikan masalah dan guru bertindak sebagai pembimbing serta memberi motivasi kepada pelajar dalam menyelesaikan masalah.Pelajar digalakkan menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis.

  • 7.3.3 Gaya GabunganCiri-ciri gaya gabungan:

    Mengamalkan aspek-aspek positif dari kedua-dua gaya langsung dan tak langsung.Membenarkan guru menyesuaikan cara mengajar mengikut situasi yang dihadapinya.Memberi peluang kepada murid-murid menunjukkan kebolehan masing-masing.Menggalakkan daya pemikiran di kalangan murid semasa mencuba sesuatu gerak kerja.Pelajaran dikendalikan dalam suasana yang informal.

  • 7.3.3 Gaya GabunganPenemuan Terbimbing

    Juga dikenali sebagai kaedah llimitasi.Ini memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi kreatif.Pelakuan pelajar dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.

  • 7.3.3 Gaya GabunganKelebihan-kelebihan:

    Membenarkan penglibatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.Mengambilkira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.Memupuk pembangunan arah kendiri.

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANITerdapat pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Antara kaedah yang selalu digunakan ialah:

    Kaedah KuliahKaedah DemonstrasiKaedah Pembelajaran MasteriKaedah Pembelajaran KoperatifKaedah PerbincanganKaedah ProjekKaedah Pembelajaran Kolaboratif

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJAR PENDIDIKAN JASMANIKaedah KuliahDigunakan dalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal.Merupakan sesi taklimat berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran.Boleh memberi manfaat jika dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat.

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIContoh langkah kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan jasmani:(a)Pengenalan- Menerang dan menjelaskan skop pelajaran- Memberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka- Cuba membangkitkan minat- Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIPersembahan

    -Kuat tetapi nada mesra- Jelaskan arahan dengan memilih perkataan yang sesuai- Huraikan istilah yang digunakan- Bercakap dengan semua pelajar- Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstrasi dan lain-lain- Ulang butiran penting- Guna unsur kecindan namun tidak keterlaluan- Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIPenutup

    - Mengulangi isi-isi utama- Menggalakkan perbincangan- Meneguhkan isi yang lemah

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIKaedah DemonstrasiMerupakan kaedah utama digunakan oleh guru, pelajar atau kumpulan pelajar.Melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan.Digunakan bagi menerangkan keadaan yang sukar hendak diterangkan dengan perkataan atau eksperimen yang terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan.Memberi peluang kepada pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan.Juga boleh menggunakan alatan sebagai bahan bantu mengajar.

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIContoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikkan:

    Pendahuluan- Susun pelajar supaya mereka boleh mendengar dan melihat dengan jelas- Perkenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah- Hubungkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIDemonstrasi- Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar- Ikut cara dan prosedur yang piawai- Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIDemonstrasi dan pengajaran- Semasa membuat pelakuan, beri butiran yang sepatutnya- Beri setopik tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan- Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat- Gunakan kaedah ansur maju dan mengikut turutan yang sebenarnya.- Kaitkan pertalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas- Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan- Beri butiran penting

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIPenutup

    - Ulang butiran penting- Galakkan pelajar berbincang tentang kemahiran yang dipelajari- Bentuk pengukuhan kepada pelajar

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIKaedah MasteriDipercayai boleh menangani masalah pelajar yang mempunyai pelbagai peringkat kebolehan.Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), mentakrifkan pembelajaran masteri ialah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.Memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan perancangan juga pelaksanaan yang berkualiti.Setiap pelajar boleh belajar mengikut kebolehan serta objektif mereka.Juga membenarkan pelajar menggunakan bahan yang berbeza mengikut kebolehan mereka.

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIPrinsip asas dalam pembelajaran masteri iaitu:

    Setiap murid berpotensi untuk diajar oleh guruPembelajaran boleh dipecahkan kepada beberapa unit kecil bagi memudahkan pelajaran dikuasaiPelajar perlu diberi masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaranGuru perlulah memberi arahan dengan jelas bagi setiap pengajaran dan pembelajaran.

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIPrinsip asas perancangan pembelajaran masteri melibatkanbeberapa langkah iaitu:

    Guru menyediakan satu set hasil pembelajaran yang hendak dicapai oleh pelajarHasil pembelajaran perlu disusun mengikut hieraki atau unit pembelajaranGuru perlu menyediakan aktiviti yang bermakna, berkesan, menarik dan mengembirakanPenilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (UKR)Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitanMurid perlu menguasai 80% aras masteri yang telah ditetapkan sebelum berpindah ke unit pembelajaran lainMelaksanakan aktiviti permulihan bagi pelajar yang belum menguasai aras masteriAktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid cemerlang

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANILangkah melaksanakan pembelajaran masteri adalah seperti berikut:

    Mengajar dan menyampaikan pelajaran kepada pelajarMemberikan latihan dan melihat maklumbalasMelaksanakan ujian formatif untuk mengukur sama ada objektif sesuatu unit pelajaran itu boleh dikuasai oleh pelajarMenyediakan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang tidak menunjukkan penguasaanMemberi semula ujian formatif kepada pelajar yang telah mengikuti aktiviti pemulihan

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIKaedah Pembelajaran Koperatif

    Digunakan di dalam bilik darjah yang mempunyai pelajar dari kumpulan yang mempunyai keupayaan yang berlainan.Pelajar akan bekerja dalam kumpulan kecil ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran yang sama. Contohnya kemahiran membawa bola dalam hoki, guru boleh mengadakan aktiviti permainan dalam kumpulan.Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan berkongsi pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan kumpulan mereka memenangi pertandingan.Guru memfokus peranannya untuk memupuk perhubungan kumpulan selain daripada pengajaran.

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIKaedah Pembelajaran Koperatif

    Guru bertindak sebagai fasilitator untuk menggalakkan interaksi antara murid serta menyelia aktiviti pembelajaran.Kaedah ini boleh membina kemahiran berkomunikasi secara lisan, kemahiran sosial, berfikiran kritis untuk sama-sama menyelesaikan masalah atau terlibat dalam satu projek yang bermakna.Menggalakkan pelajar berdikari, bebas memberi dan mendengar pendapat serta menghormati pendapat orang lain.

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIKaedah Perbincangan

    Melibatkan interaksi dua hala antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru.Merupakan kaedah dinamik yang dapat merangsang perhubungan ahli bilik darjah dan melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran.Berkongsi maklumat, memberi dan menerima pendapat untuk mendapatkan satu persetujuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan yang berkaitan.Dapat dilatih berfikiran secara kiritis, kreatif dan analitik.

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIKaedah Perbincangan

    Pelajar akan dapat berfikiran dengan rasional, menerima perbezaan pemikiran sebagai satu keuntungan dan sentiasa berusaha memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah.Menggalakkan mereka menilai logik dengan pandangan sendiri atau rakan-rakan yang lain.Perbincangan juga memberi maklum balas serta-merta kepada guru tentang kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep yang berkaitan.

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIKaedah Perbincangan

    Tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru:

    Kemahiran menyoalKemahiran mengurus aliran maklumat atau jawapanReaksi terhadap soalan pelajar

    Boleh dijadikan sebagai alat dalam mengukur dan menilai pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar.

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIKaedah Projek

    ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan di luar kelas.Memerlukan tempoh masa tertentu untuk disiapkan.Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari.Guru perlu mengenal pasti terlebih dahulu objektif yang hendak dicapai.Pelajar perlu mencari bahan yang sesuai dan merancang langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta menjayakan projek tersebut.

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIKaedah Projek

    Berkonsepkan belajar sambil mempraktik (learning by doing) boleh mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran.Objektif projek perlulah diberitahu pada awal pembelajaran supaya pelajar lebih bermatlamat dan boleh merancang strategi dalam menyiapkan projek berkenaan dengan jayanya.

  • 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANIKaedah Pembelajaran Kolaboratif

    Pembelajaran berlaku apabila pelajar belajar menerusi interaksi dengan orang lain. Kolaborasi mempunyai dua aspek asas iaitu:

    Membentuk hubungan antara para pelajar, pelajar akan dapat bekerja bersama-sama sebagai rakan sebaya.Guru perlu bertugas sebagai model dan penunjuk arah, menunjukkan bagaimana untuk memperkembangkan pengetahuan mereka dan memberikan tunjuk ajar apabila mereka mempunyai kesulitan.