andragogi vs pedagogi

Download Andragogi vs Pedagogi

Post on 17-Jul-2015

472 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Andragogi vs PedagogiTerdapat perbezaan yang amat ketara antara pembelajaran di peringkat kanak-kanak dengan peringkat dewasa. Kanak-kanak pergi ke sekolah dengan pengalaman yang sedikit dan terhad kerana usia mereka yang masih muda. Sementara pelajar dewasa pula kaya dengan pengalaman dan mempunyai asas ilmu pengetahuan yang kukuh dibentuk ketika alam persekolahan dan perkerjaan. Selain itu, perspektif pembelajaran bagi kanak-kanak dan dewasa juga berbeza. Perspektif pembelajaran kanak-kanak adalah untuk jangka panjang, apa yang mereka pelajari sekarang kemungkinan tidak digunakan pada masa itu dan hanya bertujuan untuk jangka masa yang panjang, iaitu selepas mereka selesai alam persekolahan. Pelajar dewasa pula mempunyai perspektif pembelajaran yang sangat berbeza. Mereka menjangka apa yang akan dipelajari akan dapat digunakan segera dalam bidang perkerjaan yang telah diceburi. Motivasi kanak-kanak untuk belajar adalah berbeza, ia datang secara luaran. Kanak-kanak pergi ke sekolah kerana diwajibkan oleh ibu bapa atau penjaga. Guru berperanan penting dalam memotivasikan kanak-kanak untuk belajar. Motivasi pelajar dewasa adalah secara dalaman, mereka melibatkan diri dengan program pendidikan kerana sememangnya atas kehendak sendiri. Tiada paksaan dalam proses pembelajaran. Pelajar dewasa boleh berhenti mengikut kehendak sendiri atau disebabkan oleh sesuatu kedaan yang memaksa mereka berbuat demikian. Apabila pelajar dewasa masuk ke kuliah, pengajar atau pensyarah tidak seharusnya mengajar mereka seperti kanak-kanak di mana seolah-olah mencurahkan ilmu pengetahuan ke dalam tong yang kosong. Istilah andragogi digunakan untuk membezakan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dewasa berbanding pedagogi, iaitu pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak. Pedagogi merujuk kepada konsep asas yang berkaitan dengan pembelajaran yang dipraktikkan dalam semua bilik darjah masa kini. Asas ini yang telah ditemui berabad lamanya dan berkaitan dengan pengajaran kepada kanak-kanak. Andaian kepada model pedagogi ialah; The teacher bears the full responsibility of deciding what, how, when and if information has been learned. Student are submissive or subordinate to the teacher. http://www.acquireskills.com/adult.htmlAndragogi adalah merupakan istilah dalam pendidikan dewasa hasil daripada kajian dan sumbangan idea oleh Malcolm Knowles (1970). Andragogy is the art and science of helping adults learn. (Knowles, 1970) Perkataan andragogi adalah berasal dari bahasa Greek Andros yang bermaksud man atau to teach adult. Andragogi mempunyai beberapa konsep seperti berikut: Pelajar dewasa ingin tahu mengapa mereka perlu belajar sesuatu sebelum mulai mempelajarinya.

Pelajar dewasa bertanggung jawab terhadap proses pembelajaran mereka sendiri. Pelajar dewasa mempunyai pengalaman yang cukup untuk menghadapi suasana pembelajaran. Pelajar dewasa bersedia untuk belajar apabila mereka perlu belajar. Masalah pembelajaran mereka adalah terletak dalam diri mereka sendiri.

Motivasi pelajar dewasa untuk belajar adalah wujud secara dalaman melebihi faktor luaran.

Beberapa konsep berikut perlu diambil perhatian dalam program pendidikan dewasa supaya keperluan pembelajaran dapat dipenuhi;

Kurikulum pendidikan dewasa perlu berpusatkan pelajar. Aktiviti pembelajaran perlu dikaitkan dengan pengalaman pelajar. Pelajar dewasa mempunyai arah kendiri. Pelajar harus dilibatkan dengan semua bentuk penilaian. Pelajar adalah berpusatkan masalah. Guru perlu berfungsi sebagai fasilitator.

Oleh kerana tidak begitu banyak teori tentang pembelajaran dewasa, andragogi dapat memberikan satu garis panduan untuk guru, pengajar, pensyarah yang\ terlibat dalam pendidikan dewasa mengendalikan program pendidikan dewasa dengan berkesan. Knowles (1990) menggariskan ciri-ciri seseorang pelajar dewasa adalah seperti berikut;

Autonomous dan arah kendiri (self-directed) Posess accumulated life experiences and knowledge Goal-oriented Relevancy oriented Practical Require respect

Andragogi berbeza daripada pedagogi dalam empat dimensi (Vacca dan Walker, 1980);

Konsep kendiri Pengalaman Kesediaan untuk belajar Orientasi pembelajaran

Kita sebagai guru seharusnya mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pedagogi dan andragogi. Guru harus berupaya mengamalkan konsep pedagogi dan andragogi pasa tempat yang sesuai dan betul kaedahnya. Setiap pendidik perlu memahami dan dapat melaksanakan pedagogi dan andragogi kepada kumpulan sasaran yang tepat. Kita perlu menunjukkan profesionalisme yang tinggi dalam profesion ini supaya disanjung oleh semua masyarakat dan profesion lain. Sebagai seorang guru, kita juga tidak seharusnya berpuas hati setakat pendidikan yang dimiliki, seharusnya kita sentiasa memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terkini. Oleh itu, kita perlu belajar lagi dan mempertingkatkan pencapaian akademik kepada tahap yang tertinggi. Dengan ini profesion perguruan akan disanjung oleh semua orang.

Interaksi Dalam Bilik DarjahApa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran?Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (Gilbert dan Moore, 1998). Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu;

Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran Peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah

Semasa guru menyediakan rancangan pengajaran dalam buku rekod pengajaran harian (RPH) peringkat pra-aktif ini berlaku. Guru merancang dan menetapkan objektif pengajaran di samping menyediakan aktiviti (langkah) pengajaran. Selain itu, guru juga telah menyediakan bahan (media) dan kaedah penilaian sebelum masuk mengajar. Ketika menyampaikan isi kandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku dimana guru menyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi. Terdapat guru yang tidak sedar kepentingan interaksi lalu bertindak seorang diri bercakap tanpa berhenti, tanpa memberi peluang kepada murid untuk bercakap atau memberikan pandangan dan pendapat masing-masing. Kita harus sedar, murid zaman sekarang adalah lebih terdedah kepada maklumat yang tanpa batasan. Oleh itu, sebagai seorang guru dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini, guru harus menyediakan ruang interaksi yang luas semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam pendidikan jarak jauh, interaksi terbahagi kepada dua peringkat iaitu guru menyediakan bahan pembelajaran dalam bentuk cetakan atau media lain untuk dikirimkan kepada pelajar dan peringkat kedua ketika guru berinteraksi dengan pelajar melalui media tertentu seperti surat, email atau peralatan telekomunikasi seperti sidang audio, audio grafik, video dan komputer. Moore (1989) juga menyatakan terdapat tiga jenis interaksi iaitu interaksi antara:

Murid dengan isi kandungan pelajaran Murid dengan guru Murid dengan murid lain (atau rakan sebaya)

Hillman et. al. (1994) menambah satu lagi jenis interaksi supaya murid dapat berinteraksi dengan isi kandungan, guru dan pelajar lain iaitu interaksi antara:

Murid dengan media teknologi

Pelajar dewasa juga perlu menyedari peranan masing-masing semasa mengikuti kursus. Mereka harus bertanggung jawab terhadap amanah yang dipikul semasa mengikuti kursus. Pembahagian masa antara belajar dan bekerja serta belajar dan tanggungjawab sosial (rumah tangga dan keluarga) perlu dilaksanakan dengan bijak. Luangkan masa supaya

interaksi antara kita dengan isi kandungan dan bahan pembelajaran sentiasa berlaku. Hubungan yang terjalin antara murid dengan guru serta rakan adalah bentuk interaksi yang wujud, bukan hanya dalam bentuk audio dan visual sahaja. Interaktiviti yang berlaku dalam bilik darjah juga dikatakan sebagai pencetus motivasi murid terutamanya di peringkat rendah dan menengah rendah.

Reka Bentuk Strategi PengajaranReka Bentuk Strategi Pengajaran adalah proses memilih dan menyusun peristiwa dan aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran termasuk juga pemilihan media yang sesuai. Semua guru mempunyai kaedah dan cara tersendiri bagi memilih dan menyusun peristiwa dan aktiviti pembelajaran. Pengalaman dan kemahiran guru membolehkan setiap peristiwa pengajaran berbebza antara seorang guru dengan guru yang lain walaupun topik pengajaran adalah sama. Selain itu, persekitaran pembelajaran dan ciri-ciri pelajar juga menyebabkan guru merancang strategi pengajaran yang berbeza. Antara beberapa strategi pengajaran yang boleh digunakan ialah;

Kuliah/syarahan Bersoal jawab Sumbang saran Perbincangan kumpulan kecil atau kumpulan besar Demonstrasi Tutorial Temubual Main peranan (role play)

Guru perlu memilih strategi pengajaran yang sesuai dengan tajuk yang diajar, objektif pengajaran dan juga keperluan pelajar. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang disediakan oleh pihak kementerian boleh membantu guru untuk memilioh strategi dan objektif pengajaran. Begitu juga dengan buku-buku teks dan rujukan yang terdapat banyak di pasaran. Banyak buku rujukan yang telah menyediakan objektif pengajaran bagi setiap topik pelajaran. Kadang-kadang kita boleh menggabungkan lebih dari satu strategi pengajaran dalam satu masa. Ada strategi pengajaran yang menumpukan kepada guru sahaja (teachers' centered), ada yang berpusatkan pelajar (students centered) dan ada pula strategi pengajaran yang menumpukan kepada aktiviti yang dijalankan. Pemilihan media juga perlu dilakukan supaya sesuai dengan strategi yang digunakan. Ramai memperkatakan bahawa pengajaran berpusatkan murid adalah lebih baik berbanding dengan pengajaran yang berpusatkan guru, namun tidak semestinya sentiasa begitu. Ada waktunya guru perlu melaksanakan pengajaran berpusatkan guru, berd