pdk sem 6

35
NAMA : NOR MAZWINA BT MAZLAN OPSYEN : PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 6 1. DEFINISI, KONSEP DAN FALSAFAH PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK ) PENGENALAN Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community -Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksaan program ini. Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu mengalakkan daripada masyarakat dari semasa ke semasa. DEFENISI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI Pemulihan Dalam Komuniti merupakan satu pendekatan baru yang menekankan penglibatan lebih aktif Ibubapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha mencegah dan memulihkan Kanak- kanak

Upload: hayana-abdul-hamid

Post on 23-Jun-2015

1.596 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PDK sem 6

NAMA : NOR MAZWINA BT MAZLAN

OPSYEN : PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 6

1. DEFINISI, KONSEP DAN FALSAFAH PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK )

PENGENALAN

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community -Based

Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan

manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksaan program

ini. 

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif

dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis

PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu yang melibatkan 55 orang kurang upaya

(OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang

begitu mengalakkan daripada masyarakat dari semasa ke semasa.

DEFENISI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Pemulihan Dalam Komuniti merupakan satu pendekatan baru yang menekankan

penglibatan lebih aktif Ibubapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha

mencegah dan memulihkan Kanak- kanak Kurang Upaya, khususnya di peringkat

tempatan dalam konteks stuktur perkhidmatan dan rancangan pembangunan yang

sedia ada. PDK bertujuan untuk memulihkan kanak- kanak Kurang Upaya supaya boleh

berfungsi seperti orang biasa, memberi kesedaran kepada komuniti/ masyarakat

setempat bahawa ada segolongan masyarakat yang tidak berkeupayaan perlukan

bantuan, memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada Kanak- kanak Kurang

Upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan dan membentuk

Page 2: PDK sem 6

Jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan professional, sukarelawan

dan komuniti tempatan dalam merancang program.

Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan

bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat.

Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin

setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian

Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas). 

FAEDAH PENUBUHAN PDK

Terdapat banyak faedah dalam kewujudan pusat ini. Ia dapat membantu

golongan ibu bapa untuk mendapat pengetahuan secara lebih terperinci cara mendidik

anak –anak istimewa ini. Dengan adanya pusat pemulihan ini, ibu bapa dapat berkongsi

masalah yang dihadapi dengan ibu bapa yang mempunyai anak seperti mereka. Selain

itu, kanak-kanak istimewa ini juga menapat pendidikan yang bersesuaian dengan

keadaan mereka dan ini dapat meminimunkan kecacatan yang dialami oleh kanak-

kanak ini. Apabila menyetai program ini, ia dapat meningkatkan kesedaran kepada ibu

bapa bahawa kanak-kanak juga mempunyai kebolehan dan keistimewaan sekiranya di

beri peluang untuk mendapat bimbingan dan latihan secara sistematik dan ini akan

meringankan ibubapa dari segi jagaan dan latihan serta membantu kanak-kanak

menguruskan diri dan berkomunikasi dengan persekitaran. Dengan adanya latihan

secara berterusan dan sistematik, anggota badan kanak-kanak dapat berfungsi setelah

di buat pergerakan dan dapat berinteraksi dengan rakan-rakan untuk mewujudkan

pergaulan positif ini sekaligus dapat memupuk sikap berdikari dalam diri kanak-kanak

istimewa ini.

Page 3: PDK sem 6

KONSEP PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

PDK 'One Stop Centre'' sebagai 'Focal Point'' kerana ianya satu program yang

menggunakan pendekatan integrasi komuniti  di setiap daerah dan negeri dan Jabatan

Kebajikan Masyarakat memberi komitmen dalam pembangunan Orang Kurang Upaya

(OKU) melalui beberapa tindakan iaitu Konvensyen mengenai Hak Kanak- kanak,

Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan peluang di Rantau Asia dan Pasifik,

Biwako Melennium Framework For Actoin dan PDK sebagai satu pendekatan altenatif

dalam pemulihan OKU

Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di

satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan

maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.

Antara peranan PDK ialah Pusat Intervensi Awal OKU, Pusat Sumber maklumat OKU,

Pusat Rujukan OKU, Pusat Pendaftaran OKU. Dan Pusat Advokasi.

Page 4: PDK sem 6

2. SEJARAH PENUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

Salah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga Jabatan

Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR).

Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist

WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah

menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka.

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan

manual tersebut ini apabila pada tahun 1983 Malaysia telah diwakili oleh seorang

Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk meneliti draf

manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan mengubahsuaikan

pelaksanaan kaedah ini di suatu Mesyuarat Kumpulan Pakar (Expert Group Meeting)

anjuran WHO di Manila.

Hasilnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan

Kesihatan Negeri Terengganu khususnya, menjalankan satu projek perintis PDK di

Batu Rakit berasaskan hasil kajian ke atas profile orang kurang upaya yang terdapat di

Mukim  Batu Rakit. Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat penduduk

dan Jabatan Kerajaan di mukim tersebut dan melibatkan penduduk daripada sembilan

(9) buah kampung sejumlah 17,149 orang.Hasil kajian menunjukkan sejumlah 275

orang kurang upaya dikenalpasti dan merupakan 1.65% daripada penduduk mukim

berkenaan.

Hasil daripada kajian tersebut telah meyakinkan Jabatan untuk dengan ramainya

melancarkan program PDK pada tahun 1984 oleh YB. Menteri Kebajikan Masyarakat

ketika itu. Pada peringkat awal pelancaran, Batu Rakit telah dikenalpasti

memandangkan mukim tersebut mempunyai faktor-faktor yang sesuai untuk kajian dan

juga disebabkan insiden kurang upayaan yang ramai di Daerah Kuala Terengganu

ketika itu. PDK ketika di peringkat pelaksanaan awalnya hanya melibatkan seramai 55

Page 5: PDK sem 6

kes orang kurang upaya kini telah meningkat perkembangannya dengan berlipat kali

ganda dan melambangkan satu kaedah pemulihan orang kurang upaya di negara ini.

Page 6: PDK sem 6

3. MODEL PDK YANG DILAKSANAKAN DI MALAYSIA

Program PDK berteraskan tiga model iaitu Home Based ( PDK di rumah ),

Centre Based ( PDK di pusat ) dan Centre-Home Based ( PDK di pusat dan di

rumah ).

Home Based Centre Based Centre-Home Based

Program pemulihan

dijalankan di rumah

OKU yang tidak

dapat hadir ke PDK

kerana kecacatan

yang dialaminya

ataupun masalah

pengangkutan.

Pekerja PDK akan

ke rumah OKU untuk

menjalankan latihan

pemulihan dan

bertugas selama 4

jam sehari.

Pelaksanaan PDK di

rumah dapat

dilaksanakan

Program pemulihan

OKU dijalankan di

pusat PDK selama 4

jam sehari.

OKU akan datang ke

pusat PDK untuk

menjalani program

pemulihan

Dijalankan di pusat

PDK selama 4 hari

selama 4 jam sehari.

Dalam seminggu,

satu hari selama 4

jam akan dikhaskan

untuk sesi ke rumah

OKU untuk melihat

perkembangan OKU

setelah menjalani

program pemulihan

Page 7: PDK sem 6

sekiranya lebih 15

OKU yang tidak

hadir ke PDK kerana

kecacatan atau

masalah

pengangkutan

4. SYARAT KEMASUKAN KE PDK

Sebelum anak-anak Oku di daftarkan ke PDK, mereka perlu melepasi syarat-

syarat yang telah di kemukakan oleh kementerian Kebajikan Masyarakat terlrbih

dahulu. Bagi ibubapa / penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang

upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat

Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang

berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK

tiada had umur. Walau bagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih

selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan

terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh

terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan.

Berdaftar sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)

Tiada had umur(Kanak-kanak berumur 1 - 6 tahun digalakkan untuk mendaftar

sebelum memasuki pendidikan khas)

Semua kategori kecacatan tetapi tertumpu kepada Cerebral Palsy, Masalah

Pembelajaran dan lain-lain

Hadir ke pusat PDK yang terdekat dan bawa bersama Sijil Kelahiran dan Kad

Pendaftaran OKU

Page 8: PDK sem 6

Mengisi borang Pendaftaran OKU di PDK yang boleh didapati di setiap Pusat

Pemulihan Dalam Komuniti

Page 9: PDK sem 6

5. TEORI PEMBEAJARAN SOSIAL

Teori pembelajaran sosial merupakan perluasan dari teori pembelajaran

tingkahlaku (behavioristik). Teori pembelajaran sosial ini dikembangkan oleh Albert

Bandura (1986). Teori ini menerima sebagian besar dari prinsip-prinsip teori-teori

Behavioris, tetapi memberi lebih banyak penekanan pada aspek tingkah laku dan

dalaman .oleh itu, dalam teori pembelajaran sosial kita akan menggunakan penjelasan-

penjelasan reinforcement eksternal dan penjelasan-penjelasan kognitif internal untuk

memahami bagaimana kita belajar dari orang lain. Dalam pandangan belajar sosial

“manusia” itu tidak didorong oleh kekuatan-kekuatan dari dalam. Dalam aspek ini, murid

lebih banyak belajarmelaui peniruan.

Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori

pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini

disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal

respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan.

Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi

keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah

meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses-

proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh

diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah

dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial.

Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran

walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja

keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek- aspek penting

terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963,

Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality

Page 10: PDK sem 6

Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan

lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan.

Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur

3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak

keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau

merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan,

peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang

ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran

melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori

ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.

CIRI- CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA :

Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan

Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan

Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai

model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan

peneguhan yang berpatutan.Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran ,

peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti

Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah

laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah

laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses

pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga

menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura

juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif

dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan

Page 11: PDK sem 6

persekitaranmereka. 

Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku

melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau

denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya

seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di

dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan

membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai

kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu

selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju.

Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku

model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa

pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak

dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai.

Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku

apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung.

Page 12: PDK sem 6

6. TEORI EKOLOGIKAL ( BRONFRENNER )

Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan perkembangan kanak-

kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak

tersebut. Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran

terhadap kanak-kanak Jan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran

Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima

sistem,iaitu :

1. Mikrosistem

Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara

langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik

beradik, rakan-rakan, jiran dan guru.

2.Mesosistem

Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mesosistem

boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan

rumah boleh mempengaruhi lingkah laku individu di sekolah Contoh: rumah-

sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran.

3. Eksosistem

Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung

tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan

kepada kanak-kanak alan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.

Contoh: sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-

peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak

langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

Page 13: PDK sem 6

4. Makrosistem

Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan am alan

masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina

dititikberatkan (Santrock, 200H). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi

peranan yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran clan

pekerjaan-pekerjaan yang penting.

5. Kronosistem

Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini

lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika di banding dengan

kanak- kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain

dipersekitaran rumah

Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak

Page 14: PDK sem 6

anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial.

Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan.

Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak-

kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan

berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya

meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif.

Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti

keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah

Page 15: PDK sem 6

hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh

orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan

pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran

melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori

permodelan Bandura.

CIRI- CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA :

Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan

peniruan

Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan

teladan

Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan

demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran

itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang

berpatutan.

Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran ,

peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang

sesuai.

Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi

di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian

Page 16: PDK sem 6

merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu

dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah

laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan

sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian

tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan

aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya

Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya

mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan

entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan

persekitaran mereka. 

Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama,

ia boleh berlaku melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita

melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan

tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya

seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja

yang menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang

memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang

lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai

kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju

semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat

saman kerana memandu dengan laju.

Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru

tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima

peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan.

Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak

dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan

Page 17: PDK sem 6

apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan

tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila

pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung.

3. PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/

PERMODELAN

Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses

pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu

perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.

PEMERHATIAN

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan

perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang

menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak

kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak

atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk

kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-

faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model

termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan

pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar

menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan

pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam

suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang

jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk

berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana

cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan

Page 18: PDK sem 6

ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan

dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.

MENGINGAT

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan

perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang

menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak

kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak

atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk

kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-

faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model

termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan

pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar

menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan

pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam

suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang

jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk

berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana

cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan

ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan

dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.

REPRODUKSI

Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku

yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu

tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah-

langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar.

Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat

Page 19: PDK sem 6

maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting

sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat

penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan

mahir.

PENEGUHAN/MOTIVASI

Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku

baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat

melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi

atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan

beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya

kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru

tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih

bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan

menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting

untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba

menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa

peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular

cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan-

rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya.

Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan

tingkah laku yang ditiru. Pertama, pemerhati mungkin

menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan

secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik

menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh

jurulatihnya dengan kata- kata seperti ’syabas’. Kedua pemerhati

Page 20: PDK sem 6

mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak

langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan.

Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang

penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku

keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan

melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru

apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui

cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh

timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong

rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Keempat

peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam

keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau

situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan

mereka yang bising senasa kelas pendidikan jasmani di padang

tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima

iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang

individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua

situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan

menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus

menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan

bermula.

PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI PEMBELAJARAN

Menurut perspektif islam dalam hal penekanannya terhadap

signifikansi fungsi kognitif dan fungsi pancaindera sebagai alat-

alat penting untuk belajar adalah sangat penting. Kata- kata kunci

seperti ya’qilun, yatafakkarun, yasma’un dan sebagainya yang

Page 21: PDK sem 6

terdapat dalam al-quran merupakan bukti tetap pentingnya dalam

meraih ilmu pengetahuan. Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi (1984)

adalah akidah yang berdasarkan ilmu pengetahuan bukan

berdasarkan penyerahan diri secara membabi buta. Hal ini

tersirat dalam firman Allah, maka ketahuilah bahawa tidak ada

Tuhan kecuali Allah (surah Muhammad :19).

Menuntut ilmu ialah suatu ibadat umum kerana amalan ini adalah

diwajibkan oleh Islam. Al-Quran menyebut banyak kali ayat yang

menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan sangatlah penting bagi

semua orang. Hadis Rasulullah s.a.w menyatakan dengan terus

terang bahawa kita semua wajib menuntut ilmu sama ada ilmu

dunia atau akhirat. Dalam kehidupan kita ada banyak benda yang

kita tidak mengetahui. Sebaliknya orang yang berilmu itu adalah

lebih mulia daripada orang yang tidak mengetahui. Sebaliknya

adalah berdosa kalau kita menyembunyikan ilmu daripada orang

lain. Mempelajari dan mengajar ilmu adalah ibadat kerana

diwajibkan oleh Tuhan. 

Menurut Imam Al Ghazali r.a menyebut tentang ilmu mahmudah

sebagai ilmu yang baik dan berfaedah di dunia dan di akhirat. Al

Quran meletakkan para ilmuan di tempat yang tinggi dan mulia

dan mewajibkan semua orang mencari ilmu di merata tempat.

Ada ilmu yang Qadim iaitu yang kekal dan ilmu hadis. ilmu baru

kurniaan Allah s.w.t kepada semua makhluk.

Islam memandang umat manusia sebagai makhluk yang

dilahirkan dalam keadaan kosong, tidak berilmu pengetahuan

akan tetapi Tuhan memberi potensi yang bersifat jasmaniah dan

rohaniah untuk belajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan

Page 22: PDK sem 6

serta teknologi yang canggih untuk kemudahan umat manusia itu

sendiri.

APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

DI DALAM BILIK DARJAH

Guru sebagai role model dan model simbolik.

Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan

berpewatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Segala

tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh

dicontohi oleh pelajarnya.

Modifikasi tingkah laku.

Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan

santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah.

Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang

menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah

menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.

Peniruan tidak langsung.

Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas

terhadap pelajar daripada model lansung, guru boleh menasihati

mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus

ditolak.

Contoh dan hasil kerja yang baik.

Page 23: PDK sem 6

Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan

mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang

baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada

rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat

dalam kerja-kerja mereka.

Permainan dan simulasi.

Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting

melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru

tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu

diaplikasikan dalam situasi sebenar.

Rakan sebaya sebagai model.

Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang

berjaya untuk menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.

IMPLIKASI PRINSIP TEORI HUMANISTIK DI DALAM BILIK

DARJAH

Membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan

menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar

mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat

untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta

memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka

sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan

Page 24: PDK sem 6

pembelajaran.

Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar

dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya

meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka

iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan,

menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang

bermutu tinggi.

Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar

memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam

aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri,

iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan

potensinya yang tertinggi.

Membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan

terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina

kemahiran sisial dan afektif.

Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

Menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan

kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.

Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan

kasih saying.

Page 25: PDK sem 6

Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan

pelajar.

MASALAH PEMBELAJARAN

bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan

pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keprluan

individu.

Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu

digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk

kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I)

Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta

guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja

pemulihan.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya

memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang

dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan

murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah

Page 26: PDK sem 6

IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP

PEMBELAJARAN MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

MASALAH PENGLIHATAN

Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah.

Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di

persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat.

Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang

anda.

Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis

dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan

perkara yang sama.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak

belajar melalui deria sentuh, dengar dan hidu. Malah ada di

antara mereka menjilat objek / benda yang baru baginya.

Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar

tetapi guru perlulah mengawasinya.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan juga tidak

sedar orang-orang yang berhampiran dengannya kerana tidak

boleh melihat. Apabila guru bersama kanak-kanak ini,

bercakaplah dengannya. Maklumkan hal ini kepada kanak-kanak

lain supaya mereka juga turut melakukannya.

Page 27: PDK sem 6

MASALAH PENDENGARAN

Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat

bertutur. Oleh itu guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk

menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan

melepaskan perasaan.

Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya

mengalami perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut

diajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh

berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat.

Kanak-kanak ini mudah meradang. Mereka sukar menumpukan

perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru

pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan,

mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap.

Selepas guru bercakap, beri peluang murid berfikir dahulu

kemudian barulah guru menyambung semula percakapannya.

Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah

membaca pertuturan bibir.

Page 28: PDK sem 6