penubuhan pdk

19
SYARAT PENUBUHAN PDK

Upload: chindracindy

Post on 29-Jul-2015

192 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENUBUHAN PDK

SYARAT PENUBUHAN PDK

Page 2: PENUBUHAN PDK

Untuk membuka/menubuhkan pdk baru perlu membuat permohonan/merujuk Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal tuan/puan.

Page 3: PENUBUHAN PDK

PROSES PENUBUHAN PDK BERDASARKAN GARIS PANDUAN

PENGURUSAN PDK ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) menerima permohonan menubuhkan pdk daripada ibubapa  oku/komuniti/pemimpin tempatan melalui surat, faks, telefon atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah                                    ATAU

PKMD mengenalpasti kawasan yang mempunyai oku yang ramai iaitu melebihi daripada 7 orang melalui rekod   pendaftaran oku di Pejabat Kebajikan Masyarakat/Hospital/Jabatan Kesihatan/Penghulu Mukim/lain-lain sumber.

Page 4: PENUBUHAN PDK

PKMD akan mengatur perjumpaan dengan komuniti setempat termasuk ibu bapa oku dan pemimpin tempatan.  PKMD akan menerangkan mengenai konsep Program PDK dan cara perlaksanaannya.  Komuniti diminta berbincang dan memberi maklum balas kepada PKMD dalam tempoh 2 minggu dari tarikh perjumpaan.

Page 5: PENUBUHAN PDK

PKMD mendapatkan maklumbalas daripada komuniti berhubung dengan persetujuan untuk menubuhkan pdk.  Sekiranya komuniti bersetuju, ahlijawatankuasa (ajk) pdk perlu dibentuk yang terdiri daripada :-

i)   ibu bapa okuii)  komuniti setempatiii) pemimpin tempataniv) wakil jbtn kesihatanv)  wakil jjbtn pendidikan khasvi) wakil pertubuhan sukarela kebajikan/agensi kerajaan

atau swasta yang berkaitan * maklumat lanjut berkaitan keanggotaan jawatankuasa,

syarat perlantikan dsbnya sila rujuk Garis Panduan Pengurusan PDK 

PKMD sebagai Penasihat

Page 6: PENUBUHAN PDK

AJK PDK mengenalpasti sebuah bangunan yang sesuai untuk dijadikan premis pdk dan membuka akaun pdk * maklumat lanjut berkaitan premis pdk sila rujuk Garis Panduan Pemantapan Program PDK 

Setiausaha PDK perlu mengisi Borang Permohonan Geran Tahunan Penubuhan PDK Baru (JKMM.PDK 2/2003) yang diperolehi daripada Pejabat PKMD dan diserahkan kembali kepada PKMD untuk tindakan selanjutnya.

PKMD menyemak pengisian borang tersebut dan sekiranya lengkap, PKMD menghantar permohonan kepada Jbtn Kebajikan Msykat Malaysia (JKMM) melalui Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN).

Page 7: PENUBUHAN PDK

JKMM akan memproses permohonan daripada JKM Negeri.  Kelulusan diberi berdasarkan kedudukan kewangan pada tahun  memohon.

JKMM akan memaklumkan kepada PKMN mengenai status permohonan (lulus/ditangguhkan kelulusan).  PKMN memaklumkan kepada PKMD.

Sekiranya lulus, PKMD mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa PDK mengenai :-i)   perlantikan penyelia dan petugas pdk

ii)  pendaftaran oku yang akan mengikuti kelas pdk

iii) akaun jawatankuasa pdk yang perlu dibuka (sekiranya belum ada akaun)

Page 8: PENUBUHAN PDK

Jawatankuasa pdk membuat iklan jawatan penyelia/petugas pdk (rujuk syarat lantikan dalam garis panduan pengurusan  pdk dan garis panduan pemantapan program pdk)

Temuduga bagi jawatan penyelia/petugas pdk akan dijalankan oleh Panel Temuduga yang dipengerusikan oleh PKMD dan dianggotai oleh jawatankuasa pdk.  Surat lantikan akan disediakan oleh jawatankuasa pdk.

Kelas pdk akan dibuka setelah tarikh ditetapkan oleh Jawatankuasa PDK

Page 9: PENUBUHAN PDK

PERLANTIKAN DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PDK

5.1 Pelantikan dan Penubuhan 

(i) Pelantikan Jawatankuasa PDK adalah melalui jawatankuasa PDK (a) mesyuarat pemilihan jawatankuasa PDk dikendalikan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) (b) Pelantikan untuk menganggotai Jawatankuasa PDK mestilah di kalangan ahli yang hadir pada mesyuarat tersebut (c) cara pelantikan adalah melalui undi majoriti (d) Pelantikan setiausaha mesyuarat adalah budi bicara PKMD (e) Mesyuarat pemilihan jawatankuasa PDk hendaklah diadakan setiap 2 kali setahun 

Page 10: PENUBUHAN PDK

(ii) penubuhan jawatankuasa 

a) setelah pelantikan jawatankuasa PDK dibuat,jawatankuasa perlu menghantar surat Penubuhan Jawatankuasa PDK kepada PKMD . surat persetujuan pewujudan jawatankuasa PDK hendaklah dimaklumkan oleh PKMD kepada jawatankuasa tersebut. 

b) Jawatankuasa boleh mewujudkan jawatankuasa kecil/biro mengikut keperluan seperti jawatankuasa kecil/biro agama,sukan/kesenian,sosio ekonomi,keselamatan,pendidikan,pembangunan komuniti dan lain2 yang bersesuaian. 

Page 11: PENUBUHAN PDK

5.2 keanggotaan 

(i) ahli jawatankuaasa hendaklah tidak kurang dpd 11 orang dan tidak melebihi 15 orang dan mesti mempunyai sekurang2nya 2 orang ahli wanita atau sekurang2nya 2 orang ahli lelaki. 

(ii) Pengerusi,setiausaha,bendahari dan ahli jawatankuasa hendaklah terdiri daripada (a) 3 orang di kalangan ibubapa / penjaga OKU (b) seoragn OKU dalam komuniti setempat jika ada (c) ahli komuniti setempat yang berminat dgn kerja2 kebajikan dan sedia berkhidmat secara sukarela. 

(iii) setiap permohonan menjadi ahli jawatankuasa PDk perlu mengisi borang maklumat keahlian. 

(iv) segala urusan berkaitan pemilihan jawatankuasa PDk perlu dikendalikan oleh PKMD 

Page 12: PENUBUHAN PDK

(v) Pemilihan pengerusi dan ahli jawatankuasa adalah dibuat secara undian dgn dihadiri ooleh PKMD / wakil. 

(vi) keanggotaan bagi 3 jawatan utama iaitu pengerusi , setiausaha dan bendahari hendaklah mematuhi kriteria berikut: 

(a) mestilah warganegara Malaysia (b) TIDAK BOLEH mempunyai HUBUNGAN KEKELUARGAAN (c) TIDAK diisytiharkan MUFLIS ATAU DISENARAIK HITAMKAN (d) TIDAK BOLEH memegang jawatan utama di mana2 PDK yang lain. 

Page 13: PENUBUHAN PDK

5.3 Senarai Tugas dan tanggungjawab 

(i) Penasihat (PKMD) 

(a) menasihati Pengerusi PDk dan memastikan pengurusan adalah mematuhi Garis Panduan Pengurusan PDK yang ditetapkan (b) menghadiri mesyuarat jawatankuasa PDK (c) menghantar salinan minit mesyuarat kepada Pengarah Negeri(d) mengadakan mesyuarat khas jika pembubaran jwtnkuasa diperlukan (e) mengadakan perjumpaan dgn jawatankuasa PDK bagi menjelaskan penggunaaan peruntukan kewangan yang disalurkan 

Page 14: PENUBUHAN PDK

ii) Pengerusi 

(a) mengurus, mentadbir dan melaksanakan program PDk mengikut Garis Panduan Pengurusan PDK (b) mempengerusikan semua mesyuarat / perjumpaan yang diadakan oleh jawatankuasa PDK (c) mrancang program / aktiviti PDK bersama AJK, Penyelia dan Petugas PDK. (d) memastikan Penyelia dan petugas PDK bekerja dalam suasana yang kondusif serta mematuhi etika kerja. (e) memastikan elaun khas OKU, sagu hati dan sumbangan kepada Penyelia dan Petugas PDK dan lain2 perbelanjaan dilakukan mengikut garis panduan pdk (f) menjadi ahli panel temuduga bagi perlantikan Penyelia dan Petugas PDK (g) menandatangani surat perlantikan penyelia dan petugas PDK (h) berusaha menambahkan sumber kewangan PDK (i) memastikan keselamatan pelatih OKU (j) memastikan premis PDK selamat dan mesra OKU 

Page 15: PENUBUHAN PDK

(iii) Timbalan Pengerusi (a) membantu Pengerusi melaksanakan tugas dan tanggungjawab (b) mengganti melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa ketiadaan pengerusi 

(iv) Setiausaha (a) membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran PDK (b) menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK (c) menyedia, menggedar dan menyimpan minit mesyuarat (d) menyimpan rekod ahli jawatankuasa dan kakitangan PDK (e) membantu melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa ketiadaan pengerusi 

(v) Penolong setiausaha (a) membantu setiausaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab (b) mengganti melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa ketiadaan setiausaha 

Page 16: PENUBUHAN PDK

(vi) Bendahari (a) mentadbir urus,menyimpan dan mengemaskini buku rekod kewangan (b) merekod semua sumbangan , pendapatan dan perbelanjaan berkaitan pengurusan PDK bagi tujuan semakan dan pemeriksaan (c) menguruskan pembayaran elaun khas OKU,saguhati dan sumbangan kepada penyelia, petugas serta semua perbelanjaan berkaitan dibayar mengikut tarikh ditetapkan (d) menyedia dan membentangkan laporan kewangan semasa mesyuarat jawatankuasa PDK (e) menyimpan buku rekod kewangan di premis PDK bagi memudahkan pegawai JKM membuat semakan dan pemeriksaan naziran dibuat 

(vii) Ahli Jawatankuasa 

(a) menghadiri semua mesyuarat dan program PDK (b) membantu penyelia / petugas menjalankan aktiviti bagi meningkatkan keupayaan OKU (c) membantu merancang aktiviti termasuk aktiviti vokasional dan penempatan pekerjaan utk OKU (d) melibatkan diri di dalam aktiviti yang diadakan 

Page 17: PENUBUHAN PDK

5.4 Tempoh keanggotaan 

(i) keanggotaan jawatan utama seperti Pengerusi,setiausaha dan bendahari hendaklah tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 4 tahun (ii) keanggotaan jawatan yang lain tidak tertakluk kepada syarat yang di atas 

5.5 Perletakan jawatan 

(i) pengerusi, setiausaha dan bendahari yang hendak meletak jawatan perlu memaklumkan secara bertulis kepada PKMD dalam tempoh 1 bulan sebelum tarikh perletakan jawatan dgn sesalinan kepada PKMN 

(ii) ahli jawatankuasa yang lain hendak meletak jawatan perlu memaklumkan secara bertulis kepada Pengerusi jawatankuasa PDK dlm tempoh 1 bulan sebelum tarikh perletakan jawatan dengan sesalinan kepada PKMD dan PKMN

Page 18: PENUBUHAN PDK

EX- OFFICIO

6.1 Ex-Officio(a) Ex-Officio adalah terdiri daripada Pegawai Pelajaran Daerah (Pendidikan) , Pegawai Kesihatan Daerah, dan Pegawai Jabatan Tenaga Kerja

(b) Surat perlantikan dihantar oleh PKMN kepada semua Ex-Officio seperti di 6.1 (a) sila rujuk Surat JKM PDK-7

6.2 Peranan Ex-Officio

(i) menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PDK

(ii) menghadiri mesyuarat jawatankuasa Penyelarasan PDK Daerah

(iii) memberi khidmat nasihat , bimbingan dan kepakaran mengikut bidang tugas masing-masing.

Page 19: PENUBUHAN PDK

RUJUKAN

http://pekerjapdk.blogspot.com/2011/09/buku-garis-panduan-perlantikan-dan.html

http://pdknet.com.my/forum/index.php?action=pritpage;topic=435.0

http://pekerjapdk.blogspot.com/2011/09/sambungan-garis-panduan-pdk-ex-offcio.html