laporan pdk
TRANSCRIPT
PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
LAPORAN LAWATAN KE PUSAT PEMULIHAN TANJUNG PUTERI
TAHUN 2016
NAMA PELAJAR : SHANTINI A/P RAMAN
AMBILAN : JANUARI 2014
SEMESTER : 6
OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
TARIKH : 28 / 01 / 2014
TEMPAT : PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TANJUNG PUTERI,
JOHOR BAHRU
LAPORAN AKTIVITI
Pra Lawatan
Pada hari ini, kami seramai 17 orang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim dari Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran telah mengadakan mesyuarat bagi memilih
jawatan kuasa dan ajk-ajk bagi program Lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Johor
Bahru di kelas DC 7. Kami mengadakan sistem undi untuk memilih jawatankuasa dan ajk-ajk
yang lain. Semua guru pelatih mencadangkan saya sebagai pengerusi untuk program tersebut.
Selepas pengundian, saya telah dipililh sebagai pengerusi, Livesha iaitu rakan sekelas saya
sebagai naib pengerusi dan Sumithra sebagai setiausaha program. Kami menerima tugasan
tersebut dengan sepenuh hatinya. Kami berjanji bahawa akan menjalankan tugas dengan baik
dan amanah. Sebagai pengerusi, saya perlu memainkan peranan penting dalam program
Lawatan ke PDK. Saya akan menjadi penggerak terhadap kemajuan perjalanan dan
perkembangan program tersebut.
Seterusnya, kami mengagihkan tugas kepada ajk-ajk yang lain untuk menjalankan program
tanpa sebarang perselisihan dan masalah. Semua ajk menerima tugasan mereka tanpa bantahan
dan memberi cadangan untuk merancang program Lawatan ke PDK. Saya menerima
kesemuanya dan memilih cadangan-cadangan yang terbaik daripada mereka untuk menjayakan
PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
program ini. Sebagai seorang pengerusi saya perlu mengamalkan nilai amanah dan tidak boleh
berat sebelah. Saya juga perlu mengambil tindakan serta bertanggungjawab menyelesaikan
masalah yang akan berbangkit dalam program ini dengan adil dan berkesan.
Sebagai persediaan awal, penasihat kami iaitu Pn. Periakka Rengaya Chinaya
mencadangan untuk mengadakan pra Lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Tanjung
Puteri, Johor Bahru. Atas cadangan beliau, saya, Livesha dan Sumithra mengadakan pra lawatan
ke PDK. Pra lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal mengenai PDK tersebut
sebelum melaksanakan program selama 3 hari di PDK berkenaan setelah selesai fasa praktikum
2 kelak iaitu pada bulan September. Kami mendapatkan maklumat tentang prosedur-prosedur
untuk menjalankam program di sana. Penyelia PDK iaitu Pn Fauziah memberi layanan yang baik
dan memberi penerangan tentang prosedur kepada kami. Kami berbincang tentang tarikh
program supaya pihak PDK dapat menguruskan jadual mereka agar tidak bertentang dengan
program lain mereka.
Seterusnya, kami telah mengadakan perbincangan mengenai hasil lawatan kami dan kami
telah merangka bakal aktiviti yang dijalankan kelak dan menentukan jumlah bajet yang diperlukan
di kelas DC 7. Sebagai pengerusi, saya telah mengemukan anggaran perbelanjaan yang
diperlukan. Semua guru pelatih telah bersetuju untuk mengutip sebanyak RM 30 setiap seorang
dan mengutip sebagai sumbangan kepada PDK berkenaan. Kami diagihkan dalam beberapa
kupulan dan setiap kumpulan mendapat aktiviti masing-masing seperti permainan, memasak,
kraf tangan, pergerakan kreatif dan perkebunan serta gotong-royong secara bersama. Wakil dari
setiap kumpulan membentang bakal aktiviti yang telah dibincang dan anggaran perbelanjaan
untuk aktiviti selama 3 hari tersebut kepada penasihat kami. Penasihat kami menyemak dan
memberi cadangan kepada semua aktiviti yang telah dibentang. Semua guru pelatih berpuas hati
dengan perancangan dan memberi sokongan.
PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Lawatan Ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
Pada 20 September 2016, seramai 17 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim dari Pendidikan Khas Ambilan Januari 2014 telah mengadakan lawatan
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Tanjung Puteri, Johor Bahru. Rombongan ini telah diiring
oleh dua orang pensyarah iaitu Pn Salinah Binti Omar selaku ketua jabatan Ilmu Pendidikan dan
Pn. Periakka Rengaya Chinaya mentor kami. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi
pendedahan awal kepada para guru pelatih mengenai pengurusan dan pentadbiran di PDK. Guru
pelatih juga dapat melihat sendiri realiti kehidupan di PDK dan secara tidak langsung dapat
membuat banding beza antara PDK dengan Program Pendidikan Khas yang dilaksanakan di
sekolah. Kami seramai 17 orang guru pelatih telah berkumpul di depan Blok I pada jam 7.20 pagi
sebelum bertolak ke PDK berkenaan. Sebaik tiba pada jam 8.00 pagi, kami disambut oleh para
petugas dan pelatih PDK berkenaan dengan mesra. Walaubagaimanapun, tidak ramai pelatih
PDK yang hadir pada waktu itu kerana menurut penyelia PDK tersebut, kebanyakkan pelatih akan
tiba sekitar jam 8.30 pagi.
Saya memberi arahan kepada Shanmuga Priya dan S.Kalaivaani untuk menjalankan
tugas mereka sebagai pengerusi majlis. Mereka bersiap sedia dengan skrip mereka untuk
melancarkan majlis tersebut. Ketua jabatan kami iaitu Pn. Salinah Binti Omar memberi ucapan
rasmi beliau. Kemudian, Pn. Periakka Rengaya Chinaya sebagai penasihat dan mentor kami
memberi ucapan. Mereka berkata bahawa lawatan ini adalah kerja kursus bagi semester 6 yang
perlu melaksanakan lawatan ke pusat pemulihan dalam komuniti.
PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Kami kemudiannya diberikan penerangan mengenai latar belakang PDK Tanjung Puteri oleh
penyelia PDK tersebut. Penerangan yang disampaikan meliputi aspek sejarah PDK tersebut,
jumlah pelatih dan petugas yang terdapat di PDK dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Penyelia
PDK ini telah menerangkan serba sedikit mengenai sejarah penubuhan PDK Tanjung Puteri ini
serta beberapa maklumat penting berkaitan PDK tersebut. PDK Tanjung Puteri merupakan yang
pertama di daerah Johor Bahru dan yang ke-59 di negeri ini. Seramai 45 orang pelatih di sana
dalam lingkungan umur 8 hingga 55 tahun. Kami juga berpeluang untuk mengemukakan soalan
bagi mendapatkan kefahaman yang lebih lanjut berkaitan PDK ini. Menurut penyelia PDK
tersebut, Pusat PDK Tanjung Puteri ini terdiri daripada satu unit rumah yang disewa oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat(JKM) bagi tujuan memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU
dan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa
serta latihan yang bersesuaian.
PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Ia juga bertujuan untuk membantu para pelatih agar dapat berdikari dengan mengajar
kemahiran-kemahiran asas kepada pelatih serta menggilap bakat dan kebolehan yang dimiliki
oleh setiap pelatih. Selain itu, pusat ini juga berfungsi untuk memberi kesedaran, menggalakkan
sikap prihatin dan tanggungjawab komuniti setempat untuk sedia memberi perkhidmatan kepada
golongan istimewa ini. Menurut Pn. Fauziah lagi, tujuan penubuhan PDK ini adalah untuk
mengajar para pelatih agar dapat mengurus diri, bersosial dan bergaul dengan orang lain.
Tambahan pula, PDK Tanjung Puteri mempunyai pelatih-pelatih yang bermasalah serius
seperti cerebral palsi, sindrom down, terencat akal dan juga masalah pembelajaran. Pihak PDK
tersebut, melatih semua dan mengadakan pelbagai aktiviti mengikut kemampuan mereka. Yuran
makanan akan dikutip daripada ibu bapa atau penjaga pelatih PDK sebanyak RM 20 untuk
menyediakan makanan sahaja kepada semua pelatih yang terdapat di sana. Mereka hendak
menjadikan pelatih-pelatih PDK yang boleh mengurus diri tanpa bergantung pada orang lain dan
boleh hidup berdikari dalam kehidupan seharian mereka. Pihak PDK tidak terlalu fokus kepada
akademik kerana kecacatan pelatih yang sangat teruk menjadi punca kepadanya. Pelatih-pelatih
ini akan dilatihkan untuk bekerja di tempat seperti kedai kasut, Macdonald dan Tesco.
PDK Tanjung Puteri kekurangan petugas untuk mendidik dan menjaga pelatih-pelatih di
sana. Pn. Fauziah juga berkata petugas-petugas tidak perlu berkelayakan tinggi untuk berkhidmat
di PDK. Setaraf SPM juga boleh memberi perkhidmatan sebagai petugas di PDK. Pihak PDK
akan menghantar petugas baru ke kursus-kursus seperti intervensi awal, cara menangani pelatih
PDK dan kemahiran kepada pelatih PDK. Petugas tersebut akan menerima elaun daripada JKM
dan juga SOCSO seperti biasa yang bekerja. Kerja mereka bertaraf sukarelawan di PDK. Selepas
sesi taklimat daripada Pn. Fauziah, saya sebagai pengerusi program Lawatan Ke PDK memberi
ucapan tentang motif dan objektik kami ke PDK tersebut. Selain itu, saya juga memberi sedikit
penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa kami di PDK Tanjung Puteri
selama tiga hari.
Selepas sesi taklimat itu, kami turut mengambil peluang untuk berkenalan dengan pelatih –
pelatih yang terdapat di PDK tersebut. Kami turut bertanya mengenai jens-jenis kecacatan yang
ada pada pelatih-pelatih PDK tersebut. Kebanyakkan pelatih PDK ini tinggal di sekitar perumahan
dan Johor Bahru. Selepas sesi beramah mesra dengan pelatih, kami dibawa melawat kemudahan
di sekitar kawasan PDK tersebut. Kami diberi penerangan mengenai bilik-bilik terapi yang
disediakan. Antaranya ialah bilik terapi cara kerja, bilik terapi muzik dan kawasan rehat. Di
kawasan luar PDK ini pula terdapat kawasan kebun kecil dengan tanaman sayur-sayuran yang
PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
telah ditanam dengan kaedah hidroponik. Dalam masa yang sama, petugas turut memberi
penerangan mengenai aktiviti perkebunan mereka. Banyak maklumat yang saya telah
mempelajari.
Kemudian, saya mengarahkan kumpulan guru pelatih yang pertama iaitu kumpulan Rahu
untuk menjalankan aktiviti mereka. Kumpulan Rahu merancang untuk menjalankan aktiviti
kemahiran motor kasar iaitu bermain. Mereka merancang tiga permainan untuk pelatih-pelatih di
sana. Kami turut serta untuk menjaga keselamatan pelatih PDK semasa bermain. Permainan
pertamanya ialah mengisi air dengan menggunakan span, membawa bola ping pong dalam sudu
dan teka objek melalui sentuhan. Setiap seorang daripada kami berpeluang untuk memimpin
tangan pelatih. Kami menggunakan peluang tersebut untuk beramah mesra dengan pelatih serta
mengenali mereka dengan lebih rapat. Berbagai reaksi yang ditunjukkan oleh pelatih disebabkan
perasaan teruja dengan kehadiran kami di pusat itu Semua pelatih PDK dan guru pelatih bermain
bersama dan berasa sangat gembira. Dalam aktiviti permainan, rahu dan ahli kumpulan yang
mengagihkan kami dan pelatih-pelatih PDK dalam lima kumpulan. Semua kumpulan melibatkan
diri dalam aktiviti permainan secara aktif. Penekanan diberikan kepada latihan motor kasar dan
motor halus untuk pelatih-pelatih PDK dalam aktiviti permainan ini. Saya turut serta mereka
sambil memantau semua. Aktiviti ini dijalankan sampai pukul 11.00 pagi.
PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Selepas aktiviti permainan, saya mengarah ajk makanan untuk memainkan peranan mereka.
Ajk makanan iaitu Komathi dan Renu Priya mengurus makanan dan menjaga kebersihan semasa
makan. Pihak PDK menyediakan sarapan untuk kami semua. Pelatih-pelatih PDK berehat dan
makan sarapan dengan guru-guru pelatih. Sekitar jam 12.00 tengah hari, kami bersiap sedia
untuk pulang semula ke institut. Kami pulang ke kampus pada pukul 12.30 tengah hari.
Selanjutnya, pada hari kedua pula, kami menaik bas sama seperti hari pertama ke PDK
Tanjung Puteri. Kami tiba di PDK Tanjung Puteri pada pukul 8.00 pagi. Pihak PDK Tanjung Puteri
telah menyediakan meja dan kerusi untuk aktiviti kami di kawasan luar. Tanpa membuang masa,
saya memberi arahan untuk kumpulan kedua iaitu kumpulan Sumithra untuk menjalankan aktiviti
memasak mereka. Mereka merancang aktiviti memasak untuk membuat kuih popiah. Saya
memantau dan turut serta dengan mereka untuk memasak dengan pelatih-pelatih PDK. Pelatih-
pelatih PDK membuat kuih popiah secara bersungguh-sungguh dengan penyeliaan kumpulan
Sumithra. Aktiviti ini dijalankan sampai pukul 9.30 pagi. Selepas aktiviti memasak, sata tidak
melengahkan masa dan menyuruh kumpulan komathi untuk mengambil alih. Kumpulan Komathi
mengajar beberapa kraf tangan kepada pelatih-pelatih PDK. Mereka mengajar origami dan cara
membuat rantai kunci dengan menggunakan dua utas tali yang berwarna.
PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Pada hari ketiga pula, kami menaik bus di tempat dan masa yang sama seperti hari pertama
dan kedua. Kami tiba di sana pada pukul 8.00 pagi. Aktiviti untuk hari ketiga ialah pergerakan
kreatif, perkebunan dan gotong royong. Saya memberi tugas kepada kumpulan Shalini dan
S.Kalaivaani untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ini. Kumpulan Shalini melaksanakan aktiviti
pergerakan kreatif sebagai aktiviti pertama pada hari itu. Kumpulan Shalini akan menunjukkan
beberapa pergerakan dan membantu pelatih untuk melakukan pergerakan-pergerakan tersebut
diiringi oleh muzik. Kami turut berpeluang untuk membantu pelatih tersebut melakukan
pergerakan yang ditunjukkan oleh petugas. Walaupun pada awalnya segelintir pelatih-pelatih
PDK tidak mahu melibatkatkan diri sebab berasa malu, namun mereka mengikuti aktiviti yang
dijalankan dengan seronok sekali.
PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Setelah penat melakukan aktiviti tersebut, pelatih duduk berehat sebentar selama 15 minit
sebelum aktiviti perkebunan dan gotong-royong bermula. Sebelum aktiviti gotong royong, pelatih-
pelatih PDK diasingkan mengikut tahap keupayaan mereka. Pelatih akan melakukan aktiviti yang
dapat mereka lakukan dengan bantuan guru-guru pelatih. Tepat jam 10.10 pagi, sebagai wakil
daripada kumpulan saya memberi sedikit penerangan tentang aktiviti-aktiviti perkebunan kepada
pelatih-pelatih PDK dan guru-guru pelatih. Saya sebagai wakil daripada kumpulan saya untuk
aktiviti perkebunan dan gotong royong, saya membahagikan mereka dalam dua kumpulan untuk
menyiapkan tugas dengan cara yang mudah. Kumpulan pertama membuat aktiviti perkebunan
dan kumpulan kedua untuk aktiviti gotong royong. Kami menanam pokok bunga, membersihkan
kawasan perkebunan dan menyiram semua pokok bunga yang terdapat di sana. Kumpulan kedua
pula, membersihkan bilik-bilik terapi, menyusun buku-buku di rak dan mengelap semua tingkap
yang terdapat di sana. Semasa aktiviti dijalankan, saya juga memantau bahawa semua rajin
bekerja dan tiada orang curi tulang. Guru-guru pelatih menjalakan tugas mereka secara
bersungguh-sungguh dan rajin bersama pelatih-pelatih PDK. Saya rasa berpuas hati dengan
kerja mereka semua.
PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Aktiviti perkebunan dan gotong-royong tamat pada pukul 11.40 pagi. Saya memberi arahan
kepada semua untuk berkumpul dan menyediakan cenderahati kepada AJK cenderahati. Majlis
penutup bermula dengan ucapan penyelia PDK iaitu Pn. Fauziah. Beliau berkata bahawa beliau
berasa gembira kerana kami sudi datang ke PDK mereka dan berkhidmat untuk mereka. Beliau
juga berterima kasih kepada kami dan memberi amanat untuk kami. Sebagai seorang guru
Pendidikan Khas kami perlu bersabar dan perlu bertolak ansur dengan karenah-karenah murid
berkeperluan khas. Selepas ucapan beliau, Pn. Salinah selaku ketua jabatan Ilmu Pendidikan
dan Penasihat dan mentor kami Pn. Periakka Rengaya Chinaya berucap dan berterima kasih
kepada pihak PDK yang memberi sokongan dan layanan yang baik kepada kami untuk
menjalankan program ini di PDK mereka. Seterusnya, Sumithra sebagai setiausaha program ini
memberi ucapan rasmi untuk majlis penutup tersebut. Selepas dia berucap, kami bertukar-tukar
cenderamata dengan pihak PDK sebelum dijamu dengan jamuan ringkas.
PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Sekitar jam 12.00 tengah hari, kami bersiap sedia untuk pulang semula ke institut.
Sementara menunggu ketibaan bas institut, kami mengambil kesempatan untuk bergambar
kenangan bersama para petugas PDK Tanjung Puteri tersebut. Kami juga sempat bersalam-
salaman sebelum mengucapkan selamat tinggal. Saya rasa berbangga kerana dapat
menjayakan program ini dan melakukan tugas saya sebagai pengerusi dengan sempurna.
PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Kelebihan
Banyak maklumat dan pengalaman telah dikongsi oleh oleh kami dengan pihak PDK. Hal ini
menjadikan kami untuk lebih prihatin dan bertanggungjawab. Melalui perkongsian mereka, kami
dapat menyimpulkan bahawa ‘berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul’.
Bukan senang untuk menjaga pelatih ini dari pagi sehinggalah petang. Segalanya bukan sekadar
perlu diperhatikan malah perlu diambil perhatian. Diharap pemerhatian dan perkongsian
pengalaman ini tidak akan disia-siakan oleh bakal guru yang menanggung harapan tinggi para
ibu–bapa untuk melihat anak masing-masing berjaya.
Selain itu, apabila melawat PDK, kami juga dapat memerhati secara langsung bagaimana
kehidupan mereka dalam sehari-harian, bagaimana mereka dilayan oleh pihak PDK, serta aktiviti
yang dibuat di pusat tersebut untuk menyokong perkembangan diri mereka. Sesungguhnya telah
banyak ilmu dan pengetahuan baharu yang diperolehi sepanjang berada di PDK walaupun dalam
masa yang agak singkat. Saya mengharap agar pengetahuan ini dapat dijadikan panduan kepada
para guru pelatih sebagai bakal guru Pendidikan Khas untuk bersedia dari segi mental dan fizikal
agar kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Semoga program seperti ini akan
terus dilaksanakan pada masa akan datang.
PKU3123 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Penambahbaikan
Di dunia ini tiada benda yang sempurna. Walaupun sesuatu benda itu nampak sempurna,
mesti tetap ada kepincangannya. Aktiviti ini nampak mudah iaitu guru pelatih perlu menziarah ke
PDK, namun pada hakikatnya banyak yang kami perlu bersedia terutama daripada aspek soalan.
Sepatutnya, kami menggunakan sepenuhnya hari pertama untuk memperoleh sebanyak mungkin
maklumat. Maklumat yang diberi dalam sesi taklimat tidak terperinci dan jelas.
PDK perlu memperbanyakkan aktiviti luar sekolah seperti lawatan sambil belajar, perkelahan,
lawatan ke tempat-tempat awam seperti ke pasar raya, ke taman bunga dan sebagainya bagi
mendedahkan pelajar kepada pengetahuan baru serta membiasakan diri dengan orang ramai.
Guru-guru pelatih mengalami kesukaran untuk bergaul dan menjelaskan arahan untuk
menjalankan aktiviti mereka. Sesetengah pelatih-pelatih PDK Tanjung Puteri tidak hendak serta
dalam aktiviti. Saya juga berharap ibu bapa sama-sama membantu memulihkan anak mereka
dengan memberi kerjasama apabila diperlukan. Misalnya membenarkan anak ikut serta dalam
program yang dijalankan di PDK atau pun di luar dan ibu bapa sendiri turut serta untuk
membiasakan mereka dengan orang ramai.
Saya juga berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jawatankuasa mengadakan satu
kursus khas berkenaan dengan kraftangan yang boleh mendatangkan hasil kepada Pekerja PDK
supaya dapat diajar kepada pelajar PDK. Pusat Pemulihan Tanjung Puteri tiada dana untuk
meluaskan tempat mereka.