pbs maklumbalas dan instrumen pencerapan skpm aspek 4

9
PBS: PBS: Maklumbalas dan Kaitan Maklumbalas dan Kaitan dengan Instrumen dengan Instrumen Pencerapan P&P SKPM Aspek Pencerapan P&P SKPM Aspek 4 4 Mohd. Mukhrizam Bin Mohd. Mothtar

Upload: mukhrizam-mothtar

Post on 20-Jun-2015

1.943 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kaitan maklumbalas di dalam pbs dengan instrumen pencerapan p&p skpm aspek 4

TRANSCRIPT

PBS:PBS:Maklumbalas dan Kaitan Maklumbalas dan Kaitan dengan Instrumen dengan Instrumen Pencerapan P&P SKPM Aspek Pencerapan P&P SKPM Aspek 44Mohd. Mukhrizam Bin Mohd. Mothtar

Maklumbalas di dalam PBSMaklumbalas di dalam PBS

•Maklumbalas (feedback) ialah hasil terpenting di dalam pentaksiran formatif (assessment for learning).•Maklumbalas bergerak secara 2 hala iaitu untuk pelajar dan untuk guru.•Maklumbalas yang diterima oleh pelajar setelah pentaksiran formatif dilaksanakan digunakan untuk memperbaiki strategi pembelajaran mereka. Pelajar akan mengetahui apa yang perlu dilaksanakan untuk menguasai ilmu dan kemahiran berdasarkan objektif matapelajaran yang dirancang guru.•Bagi guru pula, maklumbalas digunakan untuk mengetahui sejauhmana penguasaan pelajar. Maklumbalas daripada pentaksiran formatif juga digunakan guru untuk penambahbaikan strategi P&P yang digunakan. Ini termasuk dari segi perancangan aktiviti P&P dan Pentaksiran, pembinaan instrumen yang sesuai, kesesuaian maklumbalas yang disampaikan kepada pelajar dan pelbagai lagi.

Maklumbalas di dalam PBS

•Maklumbalas yang terhasil semasa pentaksiran formatif menyebabkan guru dan pelajar sentiasa menyesuaikan strategi-strategi pengajaran (guru) dan pembelajaran (pelajar) bagi memastikan objektif pengajaran tercapai.•Antara ciri-ciri maklumbalas yang baik:Maklumbalas mesti diberikan segera. Maklumbalas ini boleh hadir dalam bentuk verbal dan bukan verbal.Maklumbalas dalam bentuk verbal yang diberikan mesti dalam bentuk deskriptif.Maklumbalas mesti menjelaskan(highlight) pencapaian pelajar yang baik sebelum menambahbaik kelemahan yang terdapat pada hasil kerja pelajar.Maklumbalas yang baik memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu dan kemahiran yang diajar (positive reinforcement).Jika boleh, maklumbalas diberikan secara perseorangan.

Instrumen Pencerapan P & P Guru- SKPM- Instrumen Pencerapan P & P Guru- SKPM- Bahagian 4Bahagian 4

Kaitan Instrumen dengan PBS:•Skor pencerapan P & P Guru adalah mengikut aras PS di dalam PBS iaitu dari skor 1 (asas) kepada skor 6 (terbaik).•Aspek 4.1 hingga 4.3 melibatkan maklumbalas yang mempamerkan penglibatan murid, penguasaan murid dan hasil kerja murid.•Jika dilihat dari segi pelaksanaan pbs, aspek 4.1-4.3 terjadi ketika murid melaksanakan aktiviti pentaksiran. Aktiviti pentaksiran yang berlaku ialah pentaksiran formatif.•Hasil pentaksiran ketika ini ialah maklumbalas bagi penambahbaikan pembelajaran murid. •Aktiviti pentaksiran formatif yang berlaku ini boleh melibatkan penggunaan dokumen standard prestasi dan boleh dilaksanakan tanpa merujuk dan menggunakan dokumen standard prestasi. Perlu diingat, menurut konsep pentaksiran formatif, pentaksiran berlaku sepanjang masa P&P, bagi memastikan pelajar mencapai obkektif matapelajaran yang dirancang. Penggunaan dokumen standard prestasi ialah apabila pelajar bersedia untuk ditaksir menggunakan DSP.

Instrumen Pencerapan P & P Guru- SKPM- Bahagian 4

•Bagi aspek 4.4-4.11 pula melibatkan maklumbalas mengenai penambahbaikan strategi pengajaran guru.•Bagi aspek 4.4- pemetaan rpt bersama dokumen standard prestasi perlu dibuat. Ini memudahkan guru untuk mengetahui evidens yang terlibat mengikut topik yang diajar.•Untuk 4.5 pula, kaedah penyampaian guru perlu diolah melalui maklumbalas yang didapati daripada murid. Teknik-teknik penyampaian diadaptasi mengikut keperluan dan kesesuaian.•Bagi aspek 4.6, sekali lagi keupayaan guru untuk memberi ‘meaningful feedback’ yang salah satu cirinya ialah ‘positive reinforcement’ kepada pelajar-pelajar untuk memotivasikan mereka.•Aspek 4.7 menyentuh kepada pembinaan instrumen pentaksiran yang sesuai dan melibatkan aktiviti-aktiviti pentaksiran yang menarik minat pelajar.

Instrumen Pencerapan P & P Guru- SKPM- Bahagian 4

•Aspek 4.8 menekankan penilaian guru kepada pelajar. Disini ia melibatkan penggunaan kaedah pentaksiran pelbagai. Perlu diingat, kaedah ini tidak terhad kepada penggunaan lembaran kerja semata-mata. Ia boleh melibatkan pemerhatian, soal jawab dan sebagainya. Pentaksiran yang dilaksanakan mestilah sesuai dengan keupayaan, kebersediaan dan kemahiran pelajar dalam menguasai ilmu dan kemahiran. Maklumbalas yang diperolehi adalah sangat penting untuk penambahbaikan dari segi penyediaan instrumen pentaksiran yang sesuai, tindakan pembetulan dan memotivasi pelajar untuk menguasai kemahiran.•4.9 merupakan lanjutan daripada 4.8 yang menekankan aspek teknik penyoalan guru. Soalan yang ditanya mestilah berfokus dan jelas bagi memudahkan pelajar memahami kehendak soalan guru.

Instrumen Pencerapan P & P Guru- SKPM- Bahagian 4

•Aspek 4.10 pula melibatkan penguasaan guru terhadap kandungan matapelajaran yang diajar. Penguasaan guru dalam isi kandungan (subject matter) yang diajarnya membolehkan guru untuk mereka (design) instrumen pentaksiran dalam pelbagai bentuk bagi membolehkan pentaksiran formatif dilaksanakan. Di dalam PBS, penekanan kepada pengalaman pelajar di dalam konteks suasana sekitar pelajar adalah penting. Jika guru mempunyai kemahiran untuk mereka instrumen pentaksiran dan aktiviti pentaksiran mengikut pengalaman sedia ada pelajar, ini memudahkan pelajar untuk menguasai ilmu dan kemahiran yang diajar.•Aspek 4.11 melibatkan pentaksiran secara holistik iaitu melihat bukan sahaja penguasaan pelajar di dalam akademik, tetapi juga melihat sahsiah dan adab pelajar di dalam kelas. Guru memberi maklumbalas dengan segera kepada pelajar jika ada kekurangan pada pelajar tersebut. Jika perlu, data yang diperolehi daripada pentaksiran psikometrik boleh digunakan untuk menguruskan pelajar-pelajar yang mempunyai kecenderungan untuk melakukan salahlaku di dalam kelas.

Terima KasihTerima Kasih