note topik 12

Click here to load reader

Upload: azlinaab

Post on 31-Jul-2015

346 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Topik 12 Dasar Luar Negara

PERKEMBANGAN DASAR LUAR NEGARA SELEPAS MERDEKA

Dasar luar Malaysia yang telah dibentuk sejak merdeka & lalui empat tahap oleh pemimpin-pemimpin yang berbeza.

1. Tunku Abdul Rahman (1957 1970), dasar luar Malaysia lebih bercorak pro-Barat dan antikomunis memandangkan negara baharu sahaja merdeka danpada waktu ini ancaman komunis masih kuat2. Tun Abdul Razak Hussein (1970 1976), dasar luar Malaysia menitikberatkan pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik3. Tun Hussein Onn (1976- 1981), penekanan dasar luar adalah berdasarkan kerjasama pertahanan dan keselamatan Negara4. Tun Dr. Mahathir Mohamad, (1981-2003) dasar luar negara lebih mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya. Selain itu, soal keamanan dan keadilan masyarakat antarabangsa juga turut menjadi agenda penting.

Pendekatan Dasar Luar Malaysia

1. Bilateral melibatkan hubungan dengan sebuah negara sahaja.2. Multilateral melibatkan hubungan dengan beberapa buah Negara secara berkumpulan seperti Malaysia dengan PBB, ASEAN, OIC dan sebagainya.

Penggubalan Dasar Luar Negara

Persekitaran Geostrategik Kedudukan Malaysia sesungguhnya strategik iaitu terletak di persimpangan laut di antara Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi laluan utama bagi rantau Asia Tenggara, perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur Tengah melalui perairan Selat Melaka. perlunya Msia amalkan dasar berbaik-baik dengan negara luar bagi pastikan wilayah ini bebas, aman dan terhindar daripada tekanan pengaruh luar

Sistem Politik

Sistem politik Malaysia yang demokratik sentiasa memberi laluan kepada hubungan dengan negara luar. Malaysia mengamalkan konsep demokrasi yang menyokong penuh kebebasan manusia dan kemakmuran rakyat. Sistem politik Malaysia juga memberi kebebasan untuk Negara mengadakan hubungan dengan mana-mana negara khususnya yang memberi faedah kepada pembangunan negara.

Demografi

Malaysia mempunyai penduduk pelbagai kaum. Setiap kaum mendapat hak yang sewajarnya sepertimana kaum Bumiputera Penduduk pelbagai kaum ini pula mempunyai pertalian dengan negara asal mereka seperti India dan China Ini menguatkan lagi hubungan Malaysia dengan negara-negara berkenaan.

Keselamatan Negara

keselamatan negara menjadi agenda penting yang mempengaruhi dasar luar Malaysia. Kedudukan Malaysia yang strategik perlu diawasi daripada dicerobohi oleh anasir-anasir tertentu seperti lanun dan pengganas. Malaysia adakan hubungan dengan negara luar agar dapat bersama2 tentang pengganas.

Faktor Sejarah

Hubungan dengan negara luar juga sangat berkaitan dengan latar belakang sejarah sebelum ini. Contohnya sebahagian daripada rumpun Melayu. hubungan Malaysia dengan negara-negara Komanwel anggotai negara bekas tanah jajahan British. Hubungan dengan negara Asia Barat dan Asia Timur juga ada kaitan dengan sejarah lampau.

Faktor Ekonomi

kemajuan sesebuah negara diukur melalui kemajuan ekonomi. dasar luar kerana utk kembangkan ekonominya. pemindahan teknologi daripada negara luar dapat dibawa masuk sini. rakan dagangan boleh dibentuk melalui hubungan diplomatik, jadi dasar luar adalah amat perlu.

Undang-undang Antarabangsa

Malaysia hormati prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa lain. hubungan antarabangsa adalah perlu bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Faktor Globalisasi

sesebuah negara itu terpaksa adakan hubungan dengan negara luar sama ada untuk kepentingan politik, ekonomi mahupun sosial. kemusnahan yang berlaku di negara lain boleh memberi kesan secara langsung kepada Malaysia. dasar luar negara yang proaktif dan bervisi adalah mustahak untuk menjamin kepentingan dan kedaulatan negara. Malaysia perlu letakkan dirinya sebaris dengan negara lain agar pandangan dan pendapat Malaysia sentiasa diambil kira.

Objektif Dasar Luar Negara

1. Untuk jaga, pertahan dan majukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa2. jaga dan pertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia3. pertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.4. tangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di peringkat antarabangsa5. pertahan dan majukan hak kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang6. pupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara2 lain.

Kementerian yang Bertanggungjawab terhadap Dasar Luar Negara Kementerian Luar Negeri. ia uruskan perkara2 berhubung dengan hubungan politik, hal ehwal ekonomi, keselamatan dan promosi sosial dan kebudayaan. Antara objektif kementerian adalah:- 1. uruskan hubungan dua hala, hubungan serantau dan pelbagai hala dengan negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Ia merangkumi bidang politik, ekonomi dan kebudayaan2. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing3. Menjalankan aktiviti2 penerangan bagi mengunjur imej negara di luar negeri4. kendalikan aktiviti2 sokongan termasuk perkhidmatan, pentadbiran am, kewangan, konsular, keselamatan dan komunikasi. Kementerian Luar Negeri punyai misi berikut: melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif

KERJASAMA SERANTAU

Bagi hadapi persaingan yang semakin sengit disebabkan impak globalisasi jalinan kerjasama dengan negara lain diperlukan bagi memanfaatkan idea, amalan terbaik dan pengalaman selain menggubal dasar bersesuaian demi faedah bersama. Dalam bidang kewangan dan perdagangan, Malaysia terus menjalinkan kerjasama dua hala dan pelbagai hala. Kerjasama serantau banyak ditumpukan ke arah memajukan Asean. Keutamaan dikenal pasti ke arah meningkatkan daya saing dan pembangunan sektor kewangan serantau termasuk membangunkan Asean memperkasakan liberalisasi perkhidmatan kewangan, mengukuhkan bina upaya dan mempertingkatkan pembiayaan prasarana. Asean terus mempromosikan rantau ini sebagai destinasi pelaburan utama dengan mengambil kira integrasi ekonomi serantau lebih erat. Bagi mengukuhkan Asean sebagai organisasi yang relevan, beberapa usahaperlu dilakukan seperti:

1. Memupuk semangat kekitaan2. kurangkan jurang pembangunan antara anggota Asean3. terapkan kesamarataan nilai mengenai isu-isu seperti demokrasi, hak asasi manusia dan pemerintahan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat(good governance)4. perkukuhkan insititusi Asean5. tingkatkan kesedaran dan juga pengetahuan mengenai Asean yang lebih mendalam di kalangan warga negara Asean.

Asean telah mengambil langkah dengan mewujudkan Komuniti Asean menjelang tahun 2020. mewujudkan komuniti keselamatan Asean, setiap negara anggota mempunyai tanggungjawab bersama supaya mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Bagi mencapai tujuan itu langkah-langkah berikut perlu diikuti:1. Selesaikan sebarang pertelingkahan secara aman melalui rundingan2. Tangani cabaran2 yang merentasi sempadan yang boleh memberi kesan negatif kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat3. pastikan supaya tidak wujud di rantau ini sebarang senjata pemusnah besar-besaran dan supaya rantau ini bebas daripada ancaman senjata

penubuhan Komuniti Asean akan dapat mewujudkan satu pasaran tunggal dan pusat pengeluaran setempat di mana barangan perkhidmatan, pelaburan, buruh dan modal untuk pelaburan boleh beraliran secara bebas di antara negara Asean. memperkembangkan lagi ekonomi antara negara Asean, usaha juga sedang dilaksanakan bagi mewujudkan kawasan perdagangan bebas (FTA) antara Asean dengan negara-negara jiran seperti Repulik rakyat China, Jepun,Republik Korea, India, Australia dan New Zealand. Penubuhan kawasan perdagangan bebas akan menguntungkan negara-negara anggota Asean. penawaran dan permintaan dari luar Asean juga akan meningkat.

MALAYSIA DAN PERTUBUHANPERSIDANGAN NEGERA-NEGARA ISLAM (OIC)

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) Asean ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok Asean kini dianggotai 10 buah negara termasuk, Brunei, Vietnam, Laos dan Myanmar. Malaysia telah banyak mengadakan perhubungan perdagangandan perindustrian, kerjasama ekonomi, kerjasama politik, kerjasama sosial dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan, kepentingan sosial dan sebagainya dengan negara anggota lain.

kejayaan yang Dicapai oleh Asean

1. Konsep Zone of Peace Freedom and Neutrality (ZOPFAN) ZOPFAN atau konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali diamalkan di semua negara anggota ASEAN.

2. Konsep South East Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ) Konsep ini membawa maksud seluruh rantau Asean adalah bebas senjata dan dari ujian senjata nuklear.

3. Projek Ekonomi

Kerjasama dalam bidang ekonomi pula merangkumi projek baja urea,projek aksin Hepatitis B dan sebagainya. Bagi aspek integrasi ekonomi, Asean pasti boleh berbangga apabila berjaya menghapuskan tarif ke atas 11 sektor utama yang akan dilaksanakan oleh enam Negara menjelang 2007 iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Brunei; manakala empat lagi negara anggota iaitu Laos, Kemboja, Myanmar dan Vietnam akan melaksanakannya pada 2012.

4. Kerjasama dalam Bidang Sosial dan Kebudayaan

Merangkumi aspek kebudayaan dan kesenian, sukan dan telekomunikasi. Contohnya penganjuran Sukan SEA, Pesta Filem Asean,Pesta Kebudayaan Asean, pertukaran berita dan penyiaran TV/Radio antara RTM dengan TVRI dan RTB. Dalam bidang pelancongan pula, terdapat program Tahun Melawat Asean pada tahun 1996.

5. Kerjasama Pendidikan

berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut2 dari negara anggota.Asean telah menubuhkan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Asean (SEAMEO). Pelaksanaannya telah diagihkan kepada beberapa buah negara Asean seperti RESCAM untuk melatih guru sains dan matematik di Pulau Pinang, RELC melatih pegawai untuk meningkatkan prestasi penguasaan bahasa Inggeris di Singapura, INOTEC di Filipina untuk melahirkan penyelidik pertanian dan TROMPED di Negara Thailand bagi menjalankan penyelidikan kesihatan awam. Selain itu, negara anggota juga turut bekerjasama dalam bidang penyelidikan penyakit-penyakit seperti denggi, hepatitis dan coxsakie B.

6. Penubuhan Wawasan ASEAN 2020

bagi mewujudkan rantau ekonomi Asean yang mempunyai daya saing yang tinggi, maju dan stabil dengan memastikan kebebasan kemasukan barang-barang, perkhidmatan, pelaburan, modal dan pembangunan ekonomi serta mengurangkan kemiskinan.

7. ASEAN+3.

Merupakan Kerjasama antara Asean, Korea, Jepun dan China. Melalui ASEAN+3 ia bercita-cita untuk membentuk sebuah Komuniti Asia Timur (East Asia Community). Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telahmenggariskan tiga pendekatan baru Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Asean secara lebih berkesan supaya dapatmenjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di Sidang Kemuncak Aseandi Laos tidak lama dulu. Tiga pendekatan itu ialah :- a. Meneruskan integrasi ekonomi secara lebih meluas,b. Mengembangkan rangkaian dengan negara-negara rakan dagang c. Mempromosikan inisiatif pembangunan serantau

Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC)

OIC ditubuhkan atas cadangan Malaysia Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi. Ekoran daripada itu, ia ditubuhkan pada tahun 1971. Organisation of Islamic Conference (OIC) atau Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam dianggotai oleh 57 buah negara Islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika dimana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada penduduk dunia. OIC merupakan forum khusus untuk menyatupadukan kesemua negara-negara Islam di dunia demi untuk kebaikan semua pihak. Pertubuhan ini bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk meninggikan syiar Islam. OIC juga berperanan untuk membendung segala unsur jahat yang menindas umat Islam di seluruh dunia. OIC juga akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang dihadapi oleh umat Islam sejagat.

Peranan Malaysia dalam OIC adalah seperti berikut:-

1. Penubuhan Bank Pembangunan Islam2. Mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan3. menyokong perjuangan rakyat Palestin4. Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia-Herzegovina5. Membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan6. Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah Negara OIC seperti Petronas di Iran7. Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara Islam, Malaysia telah menganjurkan Musabaqah al-Quran pada tiap-tiap tahun8. Dalam bidang pendidikan pula, negara-negara OIC turut memajukan pendidikan di kalangan umat Islam di seluruh dunia dengan penubuhan universiti-universiti Islam seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Antarabangsa dan sebagainya;9. Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting, antaranya ialah Sesi Luar Biasa Menteri2 Luar Negara Islam Mengenai Keganasan [1-3 April 2002], Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone [13-14 Jun 2002], Mesyuarat susulan peringkat pegawai kanan mengenai Pelancongan [5-7 September 2003], Sidang Ke-27 Menteri-Menteri Luar OIC [27 Jun 2000], Sidang Kemuncak Ke-10 OIC [16-18 Oktober 2003], danberbagai mesyuarat lain di peringkat Menteri dan juga pegawai2 kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC10. Malaysia juga telah mengadakan mesyuarat Khas Peringkat Menteri Luar OIC Mengenai Timur Tengah pada bulanApril 2004 untuk membincangkan masalah di Palestin dan Iraq. Usaha Malaysia mengadakan mesyuarat tersebut membuktikan kesungguhanMalaysia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda Timur Tengah. Malaysia juga diberi tanggungjawab mengetuai Delegasi OIC Peringkat Menteri selaras dengan mandat Mesyuarat Khas untuk bertemu ahli-ahli Kuartet (EU, Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB) bagi menggesa Kuartet tersebut mengambil langkah segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Komanwel

Komanwel dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British, termasuk Malaysia. Penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Matlamat Penubuhan Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian danperundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British.

Peranan Malaysia dalam Komanwel adalah seperti berikut:1. Pembentangan isu mengenai masalah perdagangan antarabangsa, penjajahan dan penentangan terhadap isu aparteid di Afrika Selatan. Dalam Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Bahamas (1985) dan di Vancouver (1987), Malaysia telah menyarankan badan dunia ini memainkan peranan yang lebih agresif dalam menangani isu-isu ketidakadilan perdagangan dunia, penjajahan politik dan ekonomi serta masalah apartaeid;2. Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989. Isu yang dibincangkan ialah isu aparteid, kemerdekaan Namibia, masalah dadah, kebuluran dan kemiskinan di Afrika, ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan Kemboja dan isu alam sekitar. Ekoran kemerosotan dan pencemaran alam sekitar, Ketua-ketua Negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan yang merangkumi: a. Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar.b. Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun.c. Pengurangan pencemaran laut.d. Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon

3. Faedah kerjasama pertahanan, perdagangan, pembangunan sains dan teknologi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sebagainya. Dalam bidang pertahanan, misalnya Malaysia mendapat bantuan ketenteraan khususnya untuk peringkat 10 tahun selepas kemerdekaan

4. Mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan beberapa buah Negara Komanwel. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh negara-negara maju dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barangan Malaysia. Melalui skim ini, cukai bagi barangan Malaysia direndahkan dan secara tidak langsung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan negara lain di pasaran luar5. Pengenalan Rancangan Colombo telah menaikkan lagi nama Malaysia di mana Malaysia telah mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan, pertanian, teknikal, kesihatan dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan, misalnya negara Komanwel telah memberi nasihat dalam penubuhan maktab-maktab perguruan, A-level, HSC dan dalam bidang sosial pula, perpaduan negara-negara Komanwel telah disalurkan melalui aktiviti sukan, iaitu Sukan Komanwel yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah pada tahun 1998.

Kumpulan Lima Belas (K-15) Ahli-ahli kumpulan K-15 terdiri daripada Algeria, Argentina, Brazil, Chile,Egypt, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru,Senegal, Sri Lanka, Venezuela dan Zimbabwe.

Objektif Penubuhan

K-15 diwujudkan untuk memupuk lebih kesefahaman dan faedah kerjasama di antara negara membangun terutama sekali dalam bidang pelaburan, perdagangan dan teknologi.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

penubuhan PBB dan peranan yang sepatutnya di mainkan oleh pertubuhan antarabangsa ini. Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan.

Objektif Penubuhan

Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua Negara anggota serta tidak ada negara yang boleh campur tangan dalam hal-ehwal negara lain. PBB juga bermatlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman. Untuk itu, kerjasama dalam pelbagai bidang adalah diperlukan. PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia, iaitu:-1. Perhimpunan Agung PBB2. 2 . Majlis Keselamatan Untuk melaksanakan agenda PBB beberapa sekretariat ditubuhkan seperti:-

a) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)b) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)c) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO)d) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF):-

Penglibatan Malaysia dalam PBB

1. Malaysia juga pernah dipilih untuk memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu pembangunan dunia;2. Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDATT, iaitu agensi antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah3. Malaysia terlibat dalam memberikan pandangan, cadangan atau teguran kepada badan dunia ini, serta turut terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengaman di Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990).

Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)NAM, atau singkatan bahasa Inggerisnya Non-Aligned Movement yang jugadikenali sebagai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, telah diasaskan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yugoslavia.

Asas penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan SovietUnion yang mendominasi dunia pada ketika itu.

Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada Blok Barat atau Blok Timur.

NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta mengambil sikap tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara lain.

Penglibatan Malaysia Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969. Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali.

Ini kerana dasar NAM secocok dengan pendirian Malaysia. Dalam hal ini, Malaysia mahu berinteraksi dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik mereka dan mendapat faedah daripadanya:-

1. Malaysia telah diberi penghormatan apabila telah dilantik menjadi Naib Presiden NAM dalam persidangannya di Belgrade pada tahun 1989. Dalam persidangan ini, Malaysia telah dilantik menganggotai Kumpulan 15 (G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kerjasama politik dan ekonomi negara anggota NAM. Pada bulan Februari 2003, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan NAM2. Malaysia kini adalah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota iaitu 2/3 daripada jumlah keangotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB).

Peranan Malaysia dalam NAMMenjadi pengerusi NAM. Melalui pertubuhan ini ia berperanan untuk memberikan kepimpinan yang jitu bagi mewakili negara-negara anggotanya yang majoritinya adalah Negara-negara membangun untuk terus bersuara.

NAM juga mengambil langkah-langkah yang praktikal serta berkesan kearah mengekalkan keamanan dunia, dengan mempromosikan keamanan melalui platform-platform politikal, melalui pendekatan diplomasi pelbagai hala(multilateralism), terutamanya; melalui badan-badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB. Malaysia juga berperanan memberikan tumpuan kepada isu-isu seperti ekonomi dan perdagangan, Kerjasama Selatan-Selatan, pembangunan dan pembasmian kemiskinan serta pembangunan sosial dan kemanusiaan yang bersifat sejagat serta isu-isu yang berkepentingan kepada NAM.

Mengapa Malaysia sebagai Pengerusi NAM?

i. Keupayaan Malaysia di dalam memberikan kepimpinan kepada NAM ketika ramai yang mempersoalkan keberkesanan NAM setelah berakhirnya Perang Dinginii. Kebolehan Malaysia untuk merangsang perpaduan sertapenyatuan sesama negara-negara anggota dalam keadaan di mana mereka menghadapi tekanan daripada negara-negara maju yang lebih berkuasa dan berpengaruhiii. Keberkesanan Malaysia di dalam mempromosi serta menguatkan lagi mekanisma diplomasi pelbagai hala bagi menghadapi kecenderungan ke arah penyelesaian secara unilateral oleh kuasa-kuasa besar, seperti Amerika Syarikativ. Keupayaan untuk menyuarakan dan mempromosikan kepentingan negara-negara sedang membangun dalam aspek-aspek hubungan antarabangsa khususnya dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan dan socialv. Keupayaan Malaysia memperkenalkan Pelancaran Portal e-Sekretariat NAM pada Mac 2004 yang bertindak sebagai pangkalan data kepadake semua isu berhubung NAM bagi mempertingkatkan komunikasi serta koordinasi mempercepatkan proses membuat keputusan dan merapatkan jurang perbezaan digital serta perpaduan di antara negara anggota NAM. Inisiatif ini diambil kerana kita sedar bahawa ICT memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi terutama sekali di dalam konteks globalisasi, di mana kebanyakan negara anggota NAM agak terkebelakang dalam bidang tersebut

vi. Penganjuran Mesyuarat Khas Peringkat Menteri NAM Mengenai Palestin di Putrajaya pada 13 Mei 2004, sebagai reaksi segera kepada pergolakan yang meruncing di wilayah Palestin, disusuli dengan Mesyuarat Peringkat Menteri NAM mengenai Palestin di Durban, Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004. Pada mesyuarat tersebut, persetujuan telah dicapai ke atas draf Pernyataan mengenai Palestin yang kemudiannya digabungkan ke dalam Dokumen Muktamad.

Kerjasama Selatan-Selatan (KSS) Tujuan Ditubuhkan KSS ditubuhkan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan ekonomi negara-negara membangun dan mengelakkan tekanan daripada negara2 maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Britain. Tekanan Negara maju dalam penguasaan pasaran terhadap bahan-bahan mentah dari negara membangun. bahan mentah negara membangun sukar menembusi pasaran luar. negara maju akan membelinya dengan harga yang murah dan fenomena ini jika dibiarkan akan menyebabkan negara membangun semakin miskin Keadaan ini juga menyebabkan negara membangun terpaksa berhutang dengan negara maju yang mengenakan syarat yang membebankan negara membangun. Malaysia mencadangkan agar ditubuhkan Kerjasama Selatan-Selatan. Penubuhan KSS ini diutarakan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1981 di Zimbabwe. Antara resolusi yang dikemukakan bagi penubuhan KSS ialah:-

a. Memperbaiki keadaan ekonomi negara membangunb. Mengatasi masalah ketidaktentuan harga bahan mentah yang disebabkan tekanan negara majuc. Berusaha mencari jalan melunaskan hutang negara membangund. Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan untuk mengemukakan syor untuk mengelakkan tekanan negara maju.

Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC)

kerjasama Ekonomi Asia-Pacific (APEC) ditubuhkan pada 1989 adalah disebabkan peningkatan ketidak bergantungan di antara ekonomi negara-negara Asia-Pasifik dan menggambarkan anggaran separuh daripada perdagangan dunia.

Malaysia berperanan menjadi pengerusi kepada mesyuarat dan aktiviti APEC pada tahun 1998.

Objektif Penubuhan

1. Bertujuan untuk mengekal dan mengawal peningkatan ekonomi di rantau ini dan dunia2. Meningkatkan matlamat positif dengan menggalakkan pengaliran barang, perkhidmatan, modal dan teknologi3. Membangunkan dan menguatkan sistem perdagangan terbuka pelbagai hala;4. Mengurangkan sekatan 5. Menyelaraskan perdagangan barang dan perkhidmatan dengan prinsip General Agreement on Tariffs and Trade (GATT)

Tiga kekuatan APEC adalah liberalisasi perdagangan dan pelaburan; kemudahan perdagangan dan pelaburan; dan kerjasama ekonomi dan teknikal.

Penglibatan Malaysia di arena antarabangsa setakat ini sangatmembanggakan. Peranan kerajaan Malaysia, serta kestabilan politik negara.

Faktor ini banyak membantu negara membangunkan ekonomi dan politik serta menarik ramai pelabur ke negara ini.

Malaysia telah berjaya menaikkan nama sebaris dengan negara-negara maju yang lain khususnya melalui hubungan antarabangsa.

Kejayaan Malaysia mempertahankan identiti dan pendirian Malaysia terhadap sesuatu isu menjadi pemangkin ke arah ini.