topik 12&13

23
TOPIK 12 SAINS UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWA :PERBEZAAN PELAJAR Strategi mengadaptasi pengajaran sains kepada kanak-kanak berbeza gaya pembelajaran

Upload: blue-head

Post on 26-Jul-2015

176 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TOPIK 12&13

TOPIK 12

SAINS UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWA

:PERBEZAAN PELAJAR

Strategi mengadaptasi pengajaran sains kepada kanak-kanak

berbeza gaya pembelajaran

Page 2: TOPIK 12&13

Pengenalan

Setiap kanak – kanak berbeza dari segi kebijaksanaan, sosio ekonomi,

budaya, jantina, persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Setiap satu

faktor tersebut dapat mempengaruhi keupayaan pembelajaran mereka.

Sesetengah gabungan faktor tadi meletakkan mereka pada keadaan berisiko

kerana tidak berupaya mengambil sepenuhnya faedah terhadap pengalaman

pembebelajaran yang baik dan cemerlang. Melalui rangsangan persekitaran ,

emosi, fisiologi, sosiologi dan psikologi terdapat hubung kait terhadap gaya

pembelajaran murid. Ini menjadikan mereka mempunyai gaya pembelajaran

yang berbeza – beza. Mereka merupakan kanak – kanak yang luar biasa tahap

pembelajaran mereka, boleh jadi kurang upaya dari segi pembelajaran (at-risk),

kurang upaya dari segi fizikal atau terlalu bijak ( pintar cerdas dan berbakat )

Terdapat dua kumpulan murid iaitu Field Dependent dan Field

Independent yang mempengaruhi gaya pembelajaran mereka yang berbeza.

Murid Field Dependent (FD) lebih bergantung kepada guru dan memerlukan

pembelajaran konkrit manakala murid Field Independent (FI) pula mampu

mempelajari sesuatu konsep secara abstrak dan kurang bergantung kepada

guru.

(a) Murid Field Dependent

Murid di dalam kumpulan ini berhubung rapat dengan rakan

sebaya,mereka lebih mengemari pendekatan secara

pemerhatian,memahami sesuatu konsep apabila contoh yang

bersesuaian, yang pernah mereka alami diberikan semasa sesi

pengajaran. Mereka sangat terpengaruh dengan kritikan serta sering

memerlukan motivasi luaran untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Pendekatan perlu lebih berpusatkan murid tetapi perlu dengan garis

panduan dan arahan yang cukup lengkap.

(b) Murid Field Independent

Murid di dalam kumpulan ini kurang berintaksi dengan rakan sebaya.

Mereka lebih bersikap personal dan tidak terpengaruh dengan kritikan

Page 3: TOPIK 12&13

tetapi memerlukan bantuan di dalam kemahiran bersosial. Mereka

mempunyai motivasi dalaman yang kuat. Mudah mengikuti pembelajaran

secara kuliah. Guru boleh menggunakan soalan untuk memulakan

sesuatu topik dan dan menyemak jawapan murid. Mereka lebih sukakan

sesuatu tugasan yang memberikan kebebasan kepada mereka untuk

menghasilkannya.

Page 4: TOPIK 12&13

Strategi mengadaptasi pengajaran sains kepada kanak-kanak

berbeza gaya pembelajaran

Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Murid dan guru

perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya gaya

pembelajaran tersebut sesuai dapat dikenal pasti. Ada murid yang suka

melibatkan diri secara aktif, suka menghormati, gemar menggunakan prinsip dan

teori dan ada yang lebih mementingkan hakikat yang sebenar. Semua ini

merupakan pemasalah yang perlu dikenalpasti oleh guru ketika proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan di dalam kelas supaya ianya berjalan

dengan lancar dan segala perancangan pengajaran dapat dilakukan dengan

baik.

Menurut Azizi (2003) seseorang pelajar mula membentuk gaya

pembelajaran sejak awal kanak-kanak. Selepas itu, dia akan terus menggunakan

gaya pembelajaran tersebut. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh

seseorang pelajar, mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor-faktor tertentu.

Dunn (1979) dalam menghuraikan pembelajaran sebagai satu strategi

menyatakan bahawa kajian yang dilakukan semenjak abad yang lalu

menunjukan bahawa strategi belajar seseorang adalah berbeza diantara satu

sama lain tanpa mengira umur, status sosio-ekonomi atau IQ. Sesetengah sifat

belajar turut berubah apabila kanak-kanak membesar dan semakin matang ,

manakala sesetengah sifat kanak-kanak itu kekal tidak berubah dan sifat-sifat

yang tidak berubah inilah yang membawa kesan kepada pencapaian akademik

kanak-kanak tersebut seperti yang dikatakan oleh Dunn.

Page 5: TOPIK 12&13

Gaya Pembelajaran Visual

Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan

atau ayat dalam buku , papan hitam atau paparan komputer.

Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi

pembacaan ayat atau teks berkenaan.

Murid Visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid auditori

tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.

Mereka selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka

hendak mengingati sesuatu.

Gaya Pembelajaran Auditori

Murid “Auditori” belajar dengan mendengar perkataan atau ayat yang

disebut dan juga arahan lisan.

Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau

menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu

yang baru.

Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman

pita audio , mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.

Gaya Pembelajaran Kinestetik

Murid “Kinestetik” belajar dengan baik dan berkesan melalui

pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas.

Mereka biasanya dapat mengingati sesuatu dengan baik dan berkesan

apabila melakukan aktiviti secara “hands-on”.

Page 6: TOPIK 12&13

TOPIK 13

SAINS UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWA

:KURANG UPAYA DARI SEGI PEMBELAJARAN

Strategi mengadaptasi pengajaran kanak-kanak kurang upaya

dari segi pembelajaran

Bagaimana ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka

belajar dan bersedia untuk sains

Page 7: TOPIK 12&13

Pengenalan

Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan

kanak–kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Namun,

kadang kala kita akan berjumpa dengan kanak–kanak yang perbezaannya agak

ketara dan tidak megikuti norma–norma perkembangan seperti kanak–kanak

lain.

Kanak–kanak ini menunjukkan ciri–ciri perkembangan yang berbeza

daripada kanak–kanak biasa seperti keupayaan kognitif, fizikal yang terhad,

kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Kanak–kanak ini juga mungkin

menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan,

pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat akal dan

pintar cerdas. Kanak–kanak ini dikategorikan sebagai kanak–kanak berkeperluan

khas atau kurang upaya.

Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid–murid berkeperluan

khas atau kurang upaya merujuk kepada murid–murid yang mengalami

kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Masalah

kanak–kanak berkeperluan khas atau kurang upaya ini mungkin disebabkan oleh

faktor–faktor seperti perkembangan prenatal yang tidak sempurna kerana

penyakit, kekurangan zat ataupun dadah. Disebabkan masalah yang dihadapi

oleh kanak–kanak ini, mereka memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus,

kasih sayang dan perhatian yang menuntut kesabaran serta komitmen guru

dalam mendidik mereka.

Page 8: TOPIK 12&13

Strategi mengadaptasi pengajaran kanak-kanak kurang upaya dari segi

pembelajaran

Pendekatan secara berkumpulan bagi mengatasi masalah yang kompleks

berkairan keperluan perubatan, pendidikan, terapi, vokasional dan sosial di

kalangan individu yang mempunyai masalah fizikal dan kesihatan sangat

relavan. Kerjasama antara pelbagai disiplin dilihat sebagai dapat membantu

menyelesaikan isu dalam pendidikan dan perubatan dan memberikan manfaat

kepada golonhgan ini. Terdapat dua kumpulan penting dalam menjayakan

pendekatan kumpulan pelbagai disiplin iaitu ahli terapi fizikal dan ahli terapi cara

kerja.

Ahli terapi fizikal bertanggungjawab dalam perkembangan dan

mengekalkan kemahiran motor, pergerakan dan postur badan. Mereka selalunya

menyarankan latihan yang sesuai untuk meningkatkan kawalan otot dan

keperluan penggunaan alat bantuan seperti penyokong secara berkesan.

Prosedur yang sering digunakan adalah urutan dan memasukkan aktiviti lain

selain berenang, rawatan pemanasan serta panduan kedudukan makan yang

betul.

Ahli patologi bahasa – pertuturan adalah salah satu daripada pakar lain

yang turut terlibat dalam kumpulan pelbagai disiplin. Mereka menyediakan terapi

pertuturan, intervensi bahasa, koordinasi motor oral seperti mengunyah dan

menelan serta komunikasi argumentatif dan alternatif. Pembantu kesihatan pula

bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan dan

prosedur rawatan dalam kelas. Pekerja sosial perubatan membantu pelajar dan

keluarga untuk berfungsi sepenuhnya dengan tidak menjadikan masalah yang

dihadapi sebagai halangan.

Pengubahsuaian persekitaran dilakukan untuk membolehkan pelajar yang

mempunyai masalah fizikal dan kesihatan terlibat dengan sepenuhnya dalam

aktiviti dan secara berdikari di sekolah. Pengubahsuaian persekitaran penting

supaya pelajar dengan masalah fizikal dan kesihatan dapat dilihat dengan

sepenuhnya secara berdikari di sekolah. Salah satu pengubahsuaian yang boleh

Page 9: TOPIK 12&13

dilakukan adalah dengan meningkatkan aksebiliti sekolah dan bilik darjah.

Halangan arkitektural akan menghadkan pergerakan pelajar berkerusi roda atau

mempunyai limitasi fizikal. Halangan arkitektural berupa laluan jalan, rem, pintu,

lantai yang tidak licin dan fountains.

Kebanyakkan individu yang mempunyai masalah fizikal dan kesihatan

memerlukan penjagaan kesihatan khas dengan prosedur tertentu seperti

pengambilan ubatan secara teratur, pembersihan tiub kencing secara berkala,

penjagaan lubang yang ditebuk pada leher dan penjagaan respirator atau

ventilator dan menguruskan keperluan nutrisi dan diet khas.

Page 10: TOPIK 12&13

Pengenalan

.Telah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat

yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam

bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Ini kerana, corak kehidupan masa

kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta

kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Namun

begitu, bukan semua zuriat yang dilahirkan mempunyai pemikiran yang

cemerlang.  Setiap zuriat yang dilahirkan sebenarnya telah mula belajar dari

peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi pelbagai bentuk gerakan

pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi akan terus

menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu

susun atur genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan

sesuatu objek.

Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras

dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak dan

seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-

pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangan keupayaan kognitif.

Namun demikian, bukan semua kanak-kanak mengalami perkembangan yang

sama. Bagi yang perkembangan biologinya seimbang, maka tahap kognitifnya

juga akan selari dengan perkembangan umur dan fizikalnya, manakala terdapat

sesetengah kanak-kanak pula yang mengalami masalah perkembangan ini.

Kanak-kanak sedemikian biasanya akan mengalami masalah dalam

pembelajaran seharian mereka di sekolah.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, kefahaman tentang masalah

pembelajaran di kalangan kanak-kanak telah berkembang dengan pesatnya.

Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Selain

faktor biologi, pengalaman hidup seseorang kanak-kanak itu mempunyai

pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.

Page 11: TOPIK 12&13

Bagi Ibu bapa dan guru pula kadang kala membuat tanggapan yang

mungkin kurang tepat terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam

pelajarannya. Si anak dikatakan malas, tidak bermotivasi, bodoh atau asyik

bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak

guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman, teknik mengajar

tidak berkesan, pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak.

Ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti kelas

tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun usaha-

usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar

kanak-kanak, tetapi masih ada lagi segolongan kanak-kanak yang memerlukan

bantuan pembelajaran yang lebih khusus.

Page 12: TOPIK 12&13

Bagaimana ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka belajar dan

bersedia untuk sains

Sikap Ibu Bapa

Dapatan kajian menunjukkan sikap ibu bapa yang dapat menerima

kehadiran anak pekak dalam keluarga amat penting untuk perkembangan pelajar

pekak dan juga keluarga tersebut. Semua ibu bapa yang ditemubual menyatakan

bahawa tanpa rasa penerimaan terhadap anak, ibu bapa tidak mungkin dapat

membantu anak tersebut. Kenyataan berikut yang dibuat oleh seorang ibu

menggambarkan hal ini. “…mula-mula memang tak sangka tapi bila dah macam

ni, saya terimalah…” Seorang bapa pula menyatakan,“…menjawab soalan

tentang apakah peranan ibu bapa, anda perlu bermula dengan tahap pendidikan

ibu bapa dan sikap. Kedua-dua ini adalah satu gabungan…”

Semua ibu bapa dalam kajian ini bersikap proaktif kerana mereka telah

berusaha mencari maklumat yang berkaitan sebaik mereka mengetahui tentang

masalah kepekakan anak. Mereka berjumpa pakar perubatan, pakar telinga,

hidung, dan tekak, guruguru, badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan,

membaca buku buku yang berkaitan, malah sepasang ibu bapa telah mengikuti

kursus gaya pos. Keadaan ini menunjukkan ibu bapa tidak menunggu dan

berharap bantuan datang kepada mereka tetapi berusaha mencari apa sahaja

maklumat dan bantuan yang boleh diperoleh. Kajian ini juga mendapati empat

orang ibu telah berhenti kerja kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian

mereka terhadap anak pekak. Malah sebuah keluarga dalam kajian ini telah

berpindah dari Ipoh ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan

perkhidmatan yang terbaik untuk anak pekak mereka.

Semua ibu bapa juga telah sanggup berulang-alik ke pusat-pusat

pertuturan atau sekolah untuk mendapatkan terapi. Semua pelajar pekak dalam

kajian ini juga menyatakan bahawa ibu bapa mereka sangat mengambil berat

tentang pelajaran mereka dan telah mula mengajar mereka menggunakan alat

bantuan pendengaran, dan mengajar mereka sejak kecil.

Page 13: TOPIK 12&13

Sumber Keluarga

Sumber keluarga dilihat dari dua aspek iaitu taraf pendidikan dan status

sosioekonomi. Semua peserta kajian menyatakan bahawa taraf pendidikan dan

status sosioekonomi berperanan dalam menentukan kecemerlangan akademik

anak pekak. Tahap pendidikan yang dimiliki oleh ibu bapa membantu mereka

mengakses maklumat dengan lebih baik dan memahami kaedah bagaimana

hendak mendapatkan bantuan dan khidmat sokongan yang diperlukan.

Ibu bapa yang berpendidikan dan berkemampuan dari segi kewangan

dapat menyediakan peluang dan kemudahan yang lebih baik untuk anak-anak

pekak. Ibu bapa dan pelajar pekak sendiri mengakui bahawa perbelanjaan untuk

menyediakan keperluan pelajar pekak adalah tinggi. Faktor ini diakui benar oleh

seorang pelajar dengan berkata, “…dari semenjak kecil hingga remaja, berpuluh-

puluh ribu telah ditelan dan dibelanja untuk membeli keperluan saya iaitu makan,

minum, pakaian, dan rujukan dan juga alat bantuan pendengaran. ..saya ingin

membalas jasa ibu bapa yang banyak mengeluarkan duit untuk membaiki alat,

beli bateri dan sebagainya berkaitan dengan pendengaran...”

Status sosioekonomi keluarga yang teguh dapat menjamin segala

keperluan ini diadakan. Walau bagaimanapun, ibu bapa yang mempunyai tahap

pendidikan rendah juga dapat membantu anak pekak untuk berjaya disebabkan

sikap mereka yang positif.

Page 14: TOPIK 12&13

Penglibatan dalam Pendidikan

Pelajar cemerlang kerana semua ibu bapa mereka sangat mementingkan

pendidikan dan mereka telah melibatkan diri dalam pendidikan anak sejak anak

masih kecil. Pada masa yang sama, ibu bapa juga mempelajari apa yang

diajarkan kepada anak untuk membolehkan mereka mengajar anak di rumah

menggunakan teknik yang telah dipelajari. Apabila anak-anak telah mula

bersedia untuk belajar, ibu bapa telah berusaha untuk mengajar dengan

menggunakan pelbagai kaedah. Seorang ibu memberitahu bahawa dia telah

melekatkan peralatan di rumah dengan nama peralatan tersebut supaya anak

dapat melihat dan mengingati ejaannya serta tahu isyarat untuk peralatan

tersebut.

Empat orang ibu telah mengajar anak mereka seperti pengajaran di

sekolah kerana ibu-ibu tersebut bertugas sebagai guru. Sebaliknya, enam ibu

bapa lebih menekankan kepada pengajaran yang berbentuk bacaan dan

penulisan dengan anak-anak pekak, dan kaedah ini menunjukkan mereka telah

boleh membaca dan menulis sebelum mereka mula bersekolah. Ibu bapa

didapati berusaha bersama-sama anak untuk memastikan anak-anak dapat

menguasai pelajaran dengan baik.

Selain mengajar di rumah, ibu bapa juga berusaha membantu anak ketika

anak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tempat di sekolah yang

menjadi pilihan dan institusi pengajian tinggi tertentu. Semua ibu bapa telah

berusaha untuk bertemu dengan guru-guru, pentadbir, pegawai pelajaran,

pensyarah serta pentadbir institusi pengajian tinggi bagi memastikan anak pekak

mendapat hak yang sepatutnya seperti pelajar lain. Ibu bapa juga telah berjumpa

guru - guru dan pentadbiran sekolah apabila anak mereka telah ditempatkan di

sekolah berkenaan untuk menceritakan keadaan sebenar anak mereka.

Usaha ini menunjukkan semua ibu bapa telah berjaya membuatkan para

guru lebih memahami dan dapat membantu pelajar tersebut. Semua ibu bapa

juga telah mewujudkan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan guru-guru

yang mengajar anak mereka.

Page 15: TOPIK 12&13

Jangkaan Ibu Bapa

Semua ibu bapa yang meletakkan jangkaan yang tinggi dan berpatutan

dengan kebolehan pelajar telah berjaya membolehkan anak mencapai apa yang

dijangkakan. Semua ibu bapa dalam kajian ini didapati menetapkan jangkaan

jangka panjang dan jangkaan jangka pendek yang realistik terhadap pelajar

pekak. Jangkaan realistik bermaksud ibu bapa menetapkan jangkaan yang

sepadan dengan kebolehan yang dipamerkan oleh anak mereka. Meskipun tiga

orang ibu tidak meletakkan jangkaan yang tinggi tetapi selari dengan

perkembangan anak tersebut, jangkaan ibu turut berubah.

Di negara ini, sistem persekolahan sangat menitikberatkan pencapaian

dalam peperiksaan khususnya peperiksaan awam. Apabila anak pekak dapat

menunjukkan pencapaian yang baik pada satu-satu peringkat peperiksaan,

jangkaan ibu tersebut didapati turut berubah. Lima pasangan ibu bapa didapati

turut meletakkan jangkaan yang lebih tinggi kepada anak tersebut. Ini bermakna

ibu bapa meletakkan jangkaan yang realistik terhadap kemampuan anak. Kata

seorang bapa, “…kami sekarang di sini, kami ingin dia sampai ke tahap ini dan di

sinilah kami akan berusaha untuk mengurangkan jurang yang ada...”

Jangkaan ibu bapa juga didapati selari dengan bantuan yang dihulurkan

kepada anak pekak. Ibu bapa berusaha bersungguhsungguh untuk menyediakan

pendidikan terbaik kepada anak pekak. Pelajar pekak didapati berjaya

disebabkan jangkaan ibu bapa terhadap mereka. Keyakinan ibu bapa ini telah

memotivasikan pelajar pekak untuk berusaha lebih gigih sehingga membolehkan

mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik.

Page 16: TOPIK 12&13

Persekitaran Keluarga

Persekitaran keluarga dari segi gaya keibubapaan, pertautan keluarga,

dan tekanan ibu bapa. Kajian ini menunjukkan semua ibu bapa telah

mengamalkan gaya keibubapaan yang sederhana atau bersifat autoritatif.

Pengawasan dan pemantauan yang dilakukan ke atas anak-anak juga tidak

dibezakan. Kajian ini juga mendapati semua anak pekak turut dilibatkan dalam

perbualan harian dan semua aktiviti keluarga.

Semua ibu bapa juga menggalakkan semua anak-anak lain melibatkan

diri dalam aktiviti yang disertai oleh anak pekak. Sifat kekeluargaan yang mesra

dan menerima telah membuatkan anak pekak mampu bersaing dengan ahli

keluarga lain sehingga membolehkan mereka cemerlang dalam

akademik.Terdapat tiga orang ibu dan dua orang bapa dalam kajian ini yang

menghadapi tekanan berkaitan kelahiran anak pekak tersebut seperti kata

mereka, “…kawan-kawan bukan nak menyokong tapi menghina banyak, lagi-lagi

kalau orang kampung. Kadang-kadang kalau nak balik kampung, saya kena fi kir

balik. Saya terpaksa redha walau cacian amat banyak…”

Namun demikian perasan tertekan, rasa malu dan pandangan negatif

masyarakat setempat telah mendorong keluarga yang berkenaan untuk lebih

berusaha memajukan anak pekak ini. Kata mereka “...bila dah bela anak macam

ni, sejak dari cakap-cakap orang, menaikkan semangat kita. Lagi orang kata,lagi

timbul semangat...”

Pegangan agama yang teguh di kalangan ibu bapa juga membolehkan

mereka menyerap segala tekanan yang dihadapi. Secara keseluruhan kajian ini

menunjukkan ibu bapa telah dapat menyediakan persekitaran keluarga yang

kondusif untuk pembesaran anak-anak pekak dan ini telah membolehkan anak-

anak mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Page 17: TOPIK 12&13

Intervensi Awal

Intervensi awal sebagai satu usaha terancang untuk meningkatkan

perkembangan bayi dan kanak-kanak yang berisiko untuk lambat berkembang

disebabkan masalah pendengaran yang dialami. Dapatan kajian menunjukkan

anak-anak yang dikenal pasti pada peringkat awal mempunyai kepekakan

adalah lebih berjaya dalam akademik berbanding dengan mereka yang lewat

dikenal pasti.

Hal ini kerana anak-anak tersebut dapat diberi intervensi sebaik masalah

dikenal pasti. Intervensi awal ini antara lain ialah memakaikan alat bantuan

pendengaran (enam orang), menyediakan latihan komunikasi (lapan orang), dan

mengajar anak membaca dan menulis (enam orang).