topik 12-sabun dan detergen

28
(SCE 3103 MENEROKA BAHAN) TOPIK 12 SABUN DAN DETERGEN SINOPSIS Sebarang bahan yang digunakan untuk tujuan pencucian dipanggil sebagai detergen. Detergen yang paling biasa adalah sabun. Sabun adalah agen pencuci yang dihasilkan dari lemak haiwan atau minyak tumbuhan melalui proses saponifikasi. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyatakan maksud sabun dan detergen 2. Menerangkan proses penyediaan saponifikasi 3. Menyatakan sifat-sifat sabun dan detergen 4. Menyatakan kegunaan sabun dan detergen dalam kehidupan seharian kita. KERANGKA TAJUK-TAJUK Rajah 12.1 Kerangka Tajuk-tajuk SABUN DAN DETERGEN Maksud sabun dan detergen Penyedian melalui saponifikas i Sifat-sifat Penggunaan

Upload: yusnitarahim

Post on 28-May-2017

462 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

TOPIK 12 SABUN DAN DETERGEN

SINOPSIS

Sebarang bahan yang digunakan untuk tujuan pencucian dipanggil sebagai detergen.

Detergen yang paling biasa adalah sabun. Sabun adalah agen pencuci yang dihasilkan dari

lemak haiwan atau minyak tumbuhan melalui proses saponifikasi.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan maksud sabun dan detergen

2. Menerangkan proses penyediaan saponifikasi

3. Menyatakan sifat-sifat sabun dan detergen

4. Menyatakan kegunaan sabun dan detergen dalam kehidupan seharian kita.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 12.1 Kerangka Tajuk-tajuk

SABUN DAN DETERGEN

Maksud sabun dan detergen

Penyedian melalui

saponifikasiSifat-sifat Penggunaan

Page 2: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

ISI KANDUNGAN

12.1.1 Maksud Sabun

Sabun ialah sejenis bahan pencuci. Ia terdiri daripada garam natrium ataupun garam kalium asid lemak. Asid lemak sabun terdiri daripada asid karboksilik yang berantai

panjang. Rantainya biasanya mengandungi dua belas molekul hingga lapan belas atom

karbon per molekul.

Formula am sabun ialah RCCOONa ataupun RCOOK. R ialah kumpulan alkil yang berantai

panjang. Contoh-contoh sabun :

Jenis Sabun Formula Kimiaa) Natrium laurat CH3(CH2)10COO-Na+

b) Natrium palmiat CH3(CH2)14COO-Na+

c) Kalium oleoat CH3(CH2)7CH = CH3(CH2)7COO-K+

d) Natrium stearat CH3(CH2)16COO-Na+

SEJARAH PEMBUATAN SABUN

Pembuatan sabun merupakan proses yang telah dijalankan sejak dahulu lagi. Pada zaman

purba, sabun dibuat daripada abu tumbuhan yang mempunyai

kalium karbonat. Abu ini dididihkan dengan kapur (kalsium

oksida) untuk menghasilkan kalium hidroksida (kaustik).

Selanjutnya, pendidihan kalium hidroksida dengan lemak

haiwan menghasilkan sabun. Selain abu tumbuhan, bahan pencuci lain yang biasa

digunakan ialah daun, akar, buah, dan kulit kayu daripada setengah-setengah tumbuhan.

Bahan-bahan ini didapati menghasilkan buih yang dapat menaggalkan kekotoran pada

pakaian.

Sabun pertama yang hampir sama dengan sabun terkini telah dibuat di Itali pada tahun 600

Masihi. Pada masa itu bahan-bahan mentah yang digunakan ialah lemak dan kalium

karbonat. Sabun yang dihasilkan pada masa itu tidak tulen kerana mereka menggunakan

bahan yang tidak tulen. teknik yang mereka gunakan juga kurang memuaskan.

Page 3: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

Pada tahun 700 Masihi, negara Sepanyol telah menghasilkan sabun

yang lebih baik kualitinya dengan menggunakan minyak zaiton dan

bukan lemak haiwan.

Di Amerika pada tahun 1800-an, orang-orang Amerika mencampurkan lemak dan gris

dengan arang kayu untuk menghasilkan sabun kuning. Pada 1970, Nicolas Lebanc telah

menemui kaedah untuk menghasilkan soda (natrium karboanat) daripada garam biasa. Ini

membolehkan penghasilan alkali tulen yang merupakan bahan penting dalam pembuatan

sabun. Pada 1816, Michael Chevreul telah menunjukkan tindakbalas kimia yang perlu

dijalankan untuk membuat sabun. Dengan adanya bekalan bahan kimia yang tulen dan

pemahaman tindak balas yang lebih jelas, maka sabun yang bermutu tinggi dapat

dihasilkan.

Contoh-contoh sabun yang berada di pasaran

12.1.2 PENYEDIAAN SABUN MELALUI PROSES SAPONIFIKASI

Proses saponifikasi untuk menghasilkan sabun melibatkan tindak balas antara dua bahan

berikut :

(a) bahan alkali

(b) lemak atau minyak

Bahan alkali yang sesuai ialah larutan natrium hidoksida atau kalium hidroksida. Lemak

atau minyak merupakan sebatian dalam kumpulan ester. Molekul ester ini terdiri daripada

dua bahagian penting dalam struktur molekulnya.Dua bahagian ini ialah :

Page 4: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

(a) bahagian dari alkohol dan;

(b) bahagian dari asid seperti yang ditunjukkan dalam struktur dibawah.

bahagian dari asid bahagian dari alcohol

Apabila sesuatu ester dihidolisiskan, (tindakan dengan air) maka alkohol dan asid masing-

masing akan dihasilkan seperti yang ditunjukkan dalam contoh di bawah.

CH3COOCH3 + H2O CH3COOCH + CH3OH

(ester) (asid) (alkohol)

metil etanoat

Bagi molekul ester, bahagian alkoholnya berasal daripada molekul propan-1,2, 3-triol iaitu

gliserol seperti yang ditunjukkan dalam persamaan dibawah.

CH3COO- C2H5

Page 5: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

Bahagian asid berasal daripada asid-asid karboksilik (asid lemak). Setiap molekul gliserol

mempunyai tiga kumpulan hidroksil. Hal ini bererti bahawa molekul ini boleh bertindak balas

dengan tiga molekul asid karboksilik untuk membentuk satu molekul ester lemak dengan

kehilangan tiga molekul air (tindak balas pengesteran). Ketiga-tiga molekul asid lemak ini

boleh menjadi molekul-molekul yang sama atau berlainan.

Jadi, hidrolisis satu molekul ester minyak atau lemak akan menghasilkan molekul-

molekul asid yang seterusnya boleh bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan

sabun. Jika asid yang berlainan digunakan, maka garam yang berlainan akan dihasilkan.

Misalnya, jika asid palmitik digunakan, garam yang terbentuk ialah natrium palmitat. Jika

asid itu ialah asid stearik, maka garamnya ialah natrium stearat. Jika asid itu ialah asid

oleik, maka garamnya ialah natrium oleat. Kesemua garam ini ialah sabun.

EKSPERIMEN 12.1

PENYEDIAAN SABUN MELALUI PROSES SAPONIFIKASI

Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk menyediakan sabun di dalam makmal?

Semasa proses saponifikasi, campuran minyak sayuran dengan larutan alkali akan

menghasilkan sabun.

Minyak sayuran, natrium hidroksida 5 mol dm-3, garam dapur

Bikar,rod kaca, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, kasa dawai

MASALAH

HIPOTESIS

BAHAN

RADAS

Page 6: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

1. Dengan menggunakan silinder penyukat kecil, 5 cm3 minyak sayuran disukat kedalam

sebuah bikar 250 cm3.

2. Dengan menggunakan silinder penyukat besar, 30 cm3 larutan natrium hidroksida 5 mol

dm-3 disukat dan dituangkan ke dalam bikar yangmempunyai minyak itu. Campuran

dipanaskan seperti rajah di bawah. 

3. Kemudian 100 cm3 air dan beberapa spatula garam biasa dicampurkan. Campuran

dikacau dan dididihkan selama 5 minit.

(Awas: Berhati-hati semasa mengacau campuran. Larutan natrium hidroksida pekat

boleh melecur kulit anda).

4. Campuran dibiarkan sejuk. Kemudian campuran dituras dengan menggunakan corong

turas dan kertas turas.

5. Baki yang tertinggal pada kertas turas ialah sabun. Baki dibasuh dengan sedikit air.

Kemudian baki dikeringkan dengan menekapnya di antara kepingan kertas turas.

6. Sedikit sabun tersebut dimasukkan ke dalam sebuah tabung uji. Sedikit air dicampurkan

dan tabung uji digoncang.

7. Sedikit pepejal sabun digosok dengan jari.

PROSEDUR

Page 7: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

Didapati sabun melarut dalam air dan buih-buih dihasilkan. Sabun merasa licin apabila

dirasai dengan jari kita.

1. Proses pendidihan minyak sayuran menyebabkan hidrolisis minyak untuk menghasilkan

a) 1 molekul gliserol dan

b) 3 molekul asid lemak

2. Jika minyak sawit digunakan, maka asid palmitik akan dihasilkan. Asid ini kemudiannya

akan bertindak balas dengan natrium hidroksida untuk membentuk natrium palmitat

(sabun/ garam natrium) yang mempunyai formula CH3(CH2)14COONa.

3. Garam natrium klorida dicampurkan supaya keterlarutan sabun dalam air dapat

dikurangkan.Hal ini akan memendakkan keluar sabun yang boleh diasingkan melalui

proses penurasan.

4. Tindak balas hidrolisis yang dijalankan dalam keadaan beralkali seperti ekseperimen 1

dikenali sebagai tindak balas saponifikasi.

5. Untuk meningkatkan mutu sabun yang dihasilkan, minyak wangi boleh ditambahkan

kedalamnya. Sabun yang dihasilkan akan berbau wangi.

6. Pewarna juga boleh ditambahkan supaya rupanya menjadi elok.

7. Kebanyakkan sabun digunakan sebagai sabun mandi. Kalium hidroksida biasanya

digunakan untuk menyediakan sabun mandi dalam proses saponifikasi. Hal ini

disebabkan sabun kalium stearat yang dihasilkan akan menjadi lebih lembut.

KEPUTUSAN

PERBINCANGAN

Page 8: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

Sabun boleh disediakan melalui proses hidrolisis dalam keadaan alkali.

minyak + alkali sabun + gliserol

12.1.3 STRUKTUR MOLEKUL SABUN

Molekul sabun boleh di bahagikan kepada dua iaitu :

a) Bahagian hidrofilik – larut dalam air tetapi tidak larut dalam minyak

b) Bahagian hidrofobik – tidak larut dalam air tetapi larut dalam minyak

Apabila molekul sabun larut dalam air, ia akan terurai kepada ion natrium (Na+) dan ion

karboksilat (RCOO-). Ion karbosilat (RCOO-) merupakan bahagian aktif dalam sabun

yang mengandungi bahagian hidrofilik dan hidrofobik. Bahagian hidrofilik mengandungi ion

COO- yang mempunyai sifat ionic dan sangat larut dalam air sementara bahagian

hidrofobik mengandungi hidrokarbon yang mempunyai sifat kovalen dan tidak larut dalam

air.

Bagaimanakah sabun bertindak membersih kotoran berminyak? 

1. Sabun yang dilarutkan di dalam air akan terurai kepada ion-ionnya . Hal ini

menyebabkan tegangan permukaan air akan dikurangkan. Oleh itu, permukaan yang

hendak dibersihkan dapat dibasahi oleh air dengan lebih baik. Buih air bersabun akan

membantu mengapungkan kotoran dalam air. 

KEPUTUSAN

Page 9: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

2. Struktur ion sabun terdiri daripda dua bahagian, iaitu bahagian hidrokarbon yang

hanya larut dalam minyak dan bahagian ion yang hanya larut dalam air.

3. Bahagian hidrokarbon ion sabun yang larut di dalam minyak akan mengepung kotoran

berminyak. Apabila dikocak, kotoran berminyak yang dikepung oleh ion sabun itu akan

terlepas dari permukaan yang dibersihkan dan tersebar di dalam air sebagai suatu

emulsi.

4. Apabila dibilas dengan air bersih yang mengalir, kotoran berminyak yang terampai

akan disingkirkan dan permukaan yang berminyak akan menjadi bersih.

 Keberkesanan sabun sebagai pencuci

1. Sabun adalah bahan pencuci yang mesra alam kerana dibuat daripada lemak dan

minyak, iaitu ester semula jadi.

2. Oleh itu, sabun adalah mudah terbiodegradasi dan tidak mencemar sungai atau tasik serta tidak mengganggu ekosistem.

3. Walau bagaimanapun, tindakan mencuci oleh sabun akan berkurangan di dalam air liat.

4. Air liat yang terdapat di kawasan batu kapur mengandungi banyak garam kalsium yang

terlarut.

5. Ion kalsium, Ca2+ (ak), yang terlarut akan membentuk mendakan yang dinamai kekat apabila bertindak balas dengan ion sabun.

Page 10: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

6. Pembentukan kekat menyebabkan pembaziran sabun. Kekat yang melekat pada

permukaan yang hendak dibersihkan juga sukar untuk disingkirkan. 

12.1.4 MAKSUD DETERGEN

Bahan detergen bermaksud bahan yang digunakan sebagai bahan pencuci. Jadi, pada

amnya sabun ialah sejenis detergen juga. Biasanya istilah detergen merujuk kepada bahan pencuci bukan sabun. Detergen dibahagikan kepada dua jenis iaitu detergen semula jadi dan detergen sintetik.

Detergen semula jadi dibuat daripada minyak haiwan atau minyak sayuran. Contohnya,

sabun mandi boleh dibuat daripada lemak haiwan atau minyak sayuran. Detergen sintetik

biasanya dibuat daripda hasil petroleum. Sabun ialah garam natrium daripada asid

karboksilik. Contohnya ;

a) natrium stearat atau natrium palmitat

b) kalium stearat atau kalium palmitat.

Detergen ialah garam natrium daripada asid sulfonik. Contohnya;

a) natrium alkil sulfat

b) natrium alkilbenzena sulfonat

Sabun dan detergen juga mempunyai fungsi yang berlainan. Contohnya, molekul-molekul

sabun mempunyai kumpulan berfungsi ion karbosilat - (COO-) manakala detergen

mempunyai kumpulan berfungsi ion sulfonat ( SO-3) atau ion sulfat ( O-SO-

3).

Page 11: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

12.1.5 PEMBUATAN DETERGEN

Molekul detergen terdiri daripada dua bahagian. Jadi pembuatan detergen memerlukan

tindak balas dua peringkat. Dua peringkat ini ialah :

a) Pembentukan ekor molekul detergen

b) Pembentukan kepala molekul detergen

Detergen mempunyai dua jenis ekor, iaitu ekor detergen yang mengandungi

a) alkilbenzena sulfat, atau pun

b) natrium alkil sulfat.

Kedua-dua molekul ini dihasilkan melalui tindak balas yang berlainan seperti di bawah.

Pembentukan Ekor Alkilbenzena Sulfat

Rantai ekor ini berasal daripada bahan petroleum. Rantai ini dibentuk dengan

menyambungkan rantai alkena (yang lurus) (10-12 atom karbon pada satu molekul) dengan

gelang benzena. Alkilbenzena yang dihasilkan kemudiannya bertindak balas dengan asid

sulfurik pekat untuk membentuk asid alkilbenzena sulfonik. Asid ini akan dineutralkan

selanjutnya oleh natrium hidroksida untuk membentuk detergen. Contoh

Page 12: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

Pembentukan Ekor Natrium Alkil Sulfat

Rantai ekor in mempunyai 10 hingga 18 atom karbon pada setiap molekul. Rantai ini

berasal daripada rantai alkohol. Contohnya, Lauril alkohol boleh dihasilkan daripada minyak

sayuran melalui proses hidrogenolisis. Tindak balas berikut akan berlaku jika rantai alkohol

ini dicampurkan dengan asid sulfurik pekat. Dalam tindak balas dengan asid sulfurik pekat

untuk membentuk asid sulfonik. Asid ini akan bertindak balas dengan natrium hidroksida

untuk membentuk detergen natrium lauril sulfat.

Pembentukan Kepala Molekul Detergen

Ekor rantai yang dihasilkan daripada tindak- tindak balas di atas kemudiannya bertindak

balas dengan natrium hidroksida untuk membentuk detergen masing-masing. Contoh :

Page 13: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

Lauril hidrogen sulfat bertindak balas dengan natrium hidroksida untuk membentuk

detergen natrium lauril sulfat. Asid alkilbenzena sulfonik bertindak balas dengan natrium

hidroksida untuk membentuk natrium alkilbenzena sulfonat.

Pembentukan Detergen Natrium 4-Dodekilbenzena Sulfonat

Pembentukan ekor

Dodek -1-ena bertindak balas dengan benzena untuk membentuk 4-dodekilbenzena.

Tindak balas ini dimangkinkan oleh aluminium klorida kontang. Proses ini dinamakan

pengalkilan. Semasa proses pengalkilan ini, rantai alkil akan disambungkan kepada

gelang benzena. Rantai dodek-1-ena ini mempunyai 12 atom karbon.

Pembentukan Kepala Molekul Detergen

Rantai 4-dodekilbenzena yang dihasilkan kemudiannya bertindak balas dengan asid

sulfurik pekat dalam proses pengsulfonan untuk menghasilkan asid 4-dodekilbenzena

sulfonik seperti dalam tindak balas di bawah ini.

Page 14: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

Detergen natrium 4-dodekilbenzena sulfonat akan dihasilkan apabila asid 4-dodekilbenzena

sulfonik bertindak balas dengan natrium hidroksida seperti yang ditunjukkan dalam

persamaan.

12.1.6 Tindakan Pencucian Sabun dan Detergen

Tindakan mencuci sabun atau detergen adalah bergantung kepada strukturnya yang boleh

dibahagikan kepada dua iaitu :

a) ‘ekor’ hidrokarbon yang mempunyai sifat hidrofobik.

b) ‘kepala’ ionik yang mempunyai sifat hidrofilik.

INFO EKSTRA..

Sekotak sebuk pencuci biasa Cuma mengandungi 15% hingga 20%

detergen. Yang lain terdiri daripada pelabagai jenis bahan tambah.

Pembersihan kering menggunakan pelarut-pelarut organic seperti

tetrakloroetena, 1,1,1—trikloroetana dan sebagainya. Tiada sebarang

air digunakan.

Air liat boleh dijadikan air lembut dengan mencampurkan air liat

dengan kalsium oksida dan natrium karbonat.

Page 15: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

‘Ekor’ hidrokarbon larut dalam minyak tetapi tidak larut dalam air sementara ‘kepala’ ionik

larut dalam air tetapi tidak larut dalam minyak. Rajah di bawah member ringkasan tindakan

sabun dan detergen ke atas titisan minyak atau gris.

12.1.7 BAHAN TAMBAH DALAM DETERGEN

Detergen moden mempunyai beberapa jenis bahan tambahan. Terdapat dua sebab utama

penggunaan bahan tambah dalam detergen antaranya :

a) untuk meningkatkan kuasa cucian

b) untuk membuatkan detergen lebih menarik dan laris dijual.

Sebahagian dari contoh bahan tambah dan fungsinya di ringkaskan dalam Jadual di

bawah;

Bahan Tambah Fungsi

Natrium alkil benzena sulfanot Digunakan sebagai agen pencuci

Natrium tripolifosfat Untuk melembutkan air

Natrium perborat Sebagai agen pemutih dalam menanggalkan kotoran

Page 16: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

berwarna secara pengoksidaan

Natrium sulfat Untuk memastikan detergen selalu dalam keadaan

kering

Natrium silikat Untuk menghalang detergen daripada melekit

Agen penstabil Untuk menghalang pembentukan buih.

12.1.8 KEBERKESANAN SABUN DAN DETERGEN SEBAGAI AGEN PENCUCI

Jadual Kebaikan dan Keburukan Sabun

Kebaikan Keburukan sangat aktif dalam ‘air lembut’

iaitu air yang tidak mengandungi

ion seperti Mg2+ dan Ca2+

Adalah biodegradasi dan tidak

menyebabkan pencemaran alam

sekitar

Tidak berkesan dalam ‘air kuat’ iaitu

air yang mengandungi ion Mg2+ dan

Ca2+ kerana sabun akan bertindak

balas dengan ion dan membentuk

kekat yang tidak larut dalam air

Tidak berkesan dalam air yang berasid yang mengandungi ion H+. Ini

kerana sabun akan bertindak balas

dengan ion H+ dan membentuk asid

karboksilik yang tidak larut

Jadual Kebaikan dan Keburukan Detergen

Sangat berkesan dalam

kedua-dua jenis air iaitu ‘air

lembut’ dan ‘air kuat’

Boleh menghasilkan detergen

yang spesifik kegunaannya

disebabkan rantai hidrokarbon

yang panjang boleh

diubahsuai

Menyebabkan pencemaran air kerana

kebanyakann detergen tidak

biodegradasi

menyebabkan kandungan oksigen

dalam air berkurang yang akan

membunuh hidupan akuatik

pembentukan buih yang menyelaputi

permukaan air member kesan kepada

Page 17: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

Berkesan dalam air berasid

yang mengandungi ion H+

kerana ia bertindak balas

dengan ion H+

hidupan akuatik.

13.1.9 PERBEZAAN ANTARA SABUN DENGAN DETERGEN

JADUAL PERBEZAAN ANTARA SABUN DAN DETERGEN

SABUN DETERGEN1. Dibuat oleh minyak sayuran Dibuat daripada pecahan petroleum

2. Tidak berkesan di dalam air liat Berkesan dalam air liat

3. Strukturnya tetap Strukturnya boleh diubahsuai untuk

kegunaan-kegunaan tertentu.

Latihan & Jawapan :

Page 18: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

1. Apakah kelemahan sabun sebagai pencuci . Terangkan.

Sabun sebagai bahan pencuci mempunyai dua kelemahan.

a) Air berasid akan menukar anion sabun kepada asid lemak yang tal larut.

b) Air liat mempunyai ion kalsium dan magnesium. Ion-ion ini akan memendakkan sabun

sebagai garam yang tak larut. Kedua-dua bahan baru yang dibentuk tidak mempunyai

kesan ke atas fungsi pencucian sabun.

2. Adakah detergen berkesan di dalam air berasid? Terangkan.

Ya, kerana ion-ion hidrogen di dalam air berasid tidak akan bergabung dengan ion-ion

detergen. Hal ini membolehkan molekul-molekul detergen meneruskan pencuciannya.

3. Apakah yang dimaksudkan terbiodegradasikan?Cadangkan bagaimanakah anda boleh

mengubah detergen tidak terbiodegradasikan kepada detergen yang terbiodegradasikan.

Detergen yang terbiodegradasikan ialah detergen yang boleh diuraikan oleh bacteria

ataupun mempunyai molekul yang mudah diuraikan dengan sendirinya. Detergen

terbiodegradasikan boleh dihasilkan dengan menggunakan rantai hidrokarbon yang

lurus. Rantai yang bercabang akan membentuk detergen tidak terbiodegradasikan.

4. Bahan-bahan pencuci yang biasanya digunakan dalam rumah kita ialah sabun dan

detergen.

a) Terangakan tindakan sabun sebagai bahan pencuci dalam

i) air biasa

Tindakan sabun dalam air biasa;

-Sabun mempunyai dua bahagian iaitu bahagian kepala (ion –COO-) dan bahagian

ekor ( rantai hidrokarbon)

-Bahagian kepala larut dalam air, manakala bahagian ekor tidak larut dalam air.

-Bahagian ekor melekat pada minyak, bahagian kepada tertanam dalam air dan

akan membentuk tompok-tompok bercas negatif.

Page 19: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

-Tompok-tompok kotoran yang mempunyai cas yang sama akan menolak satu sama

lain dan akan memecahkan dan menyebarkan kotoran.

-Buih yang dibentukkan mengapungkan kotoran dan dibuang apabila kain dibilas.

ii) air liat

Tindakan sabun dalam air liat;

-Air liat mengandungi ion –ion bebas kalsium dan magnesium

-Ion-ion negatif sabun akan bergabung dengan ion-ion positif magnesium atau

kalsium membentukkan mendakan.

-Mendakan ini akan menghasilkan pepejal kelabu yang terapung atas air sebagai

kekat.

-Kekat dihasilkan, kurang berbuih dan mengurangkan kebersihan pencucian

b) (i)Bincangkan faktor-faktor yang menjadikan detergen sebagai bahan pencuci yang

lebih berkesan jika dibandingkan dengan sabun

1) –Penggunaan detergen dalam air liat tidak akan membentuk kekat.

-Garam magnesium dan kalsium yang dihasilkan daripada tindakan detergen dalam

air liat akan larut dalam air.

2) –Detergen membentuk buih dengan air lembut dan air liat

3) – Pelbagai bahan tambah boleh dicampurkan kedalam detergen untuk menghasilkan

pelbagai jenis detergen.

4) – Struktur rantai detergen boleh diubah dan ini akan menghasilkan berates-ratus

jenis detergen moden yang berlainan.

(ii) Bincangkan bagaimanakah detergen boleh mencemarkan alam sekitar dan cara

mengatasi pencemaran yang disebabkan penggunaannya.

-Mengandungi bahan yang tidak terbiodegradasi.

-Pembentukan banyak buih pada permukaan air menyebabkan kekurangan oksigen

Page 20: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

-Bahan tambah seperti sebatian fosfat.

-Pencemaran oleh bahan peluntur dalam detergen seperti NaClO

-Pencemaran oleh bahan beralkali dalam detergen seperti NaOH

Page 21: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

Rujukan

Toh Kim Kau.(2006):Ulangkaji Total Terkini Kimia Tingkatan 4 & 5 SPM; Sasbadi Sdn Bhd,

Selangor.

Yamin Yasin (2012): Xpress A+ Chemistry Bilingual Dwibahasa Tingkatan 4 & 5 SPM;

Sasbadi Sdn Bhd, Selangor

http://cikguzainida.blogspot.com/2011/08/penyediaan-sabun-proses-saponifikasi.html

http://www.cleaninginstitute.org/clean_living/soaps__detergents_chemistry

http://soapmakersdiary.wordpress.com/2007/10/31/definisi-saponifikasi-dan-sejarah-singkat-pembuatan-sabun/

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=KIM&b=SEP&m=1&r=m&i=NOTA

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?

e=SPM&s=KIM&b=OGO&m=4&t=2&r=g&i=PNP

Page 22: TOPIK 12-Sabun Dan Detergen

(SCE 3103 MENEROKA BAHAN)

TOPIK 12

SABUN DAN DETERGEN

DISEDIAKAN OLEH:

SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM

760228-07-5116

KUMPULAN SAINS 1