sejarah note zman prasjarah

Upload: linia-lia

Post on 07-Jul-2015

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

SEJARAH - TINGKATAN 1 ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA

Pengenalan Zaman Prasejarah

1. Zaman Prasejarah ialah zaman sebelum sejarah direkodkan secara bertulis. 2. Zaman prasejarah penting dipelajari untuk memudahkan kefahaman dan menghubungkaitkannya dengan perkembangan tamadun manusia di Asia Tenggara. 3. Zaman prasejarah di dunia dibahagikan kepada empat tahap. Iaitu:

Tahap-tahap zaman prasejarah di dunia 4. Namun demikian, Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik kerana alat batu Haobinh yang digunakan pada zaman Mesolitik telah dijumpai di Bukit Jawa,Lenggong,Perak pada zaman Paleolitik. Alat ini dijumpai oleh Pusat Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia. 5. Zaman prasejarah boleh diketahui melalui kajian yang dijalankan oleh ahli arkeologi. 6. Mereka mengkaji melalui tinggalan purba atau artifak purba. 7. Barangan purba atau artifak purba terdiri daripada batu, tembikar, serpihan tulang dan batu-batan yang dibina.

Barangan purba atau artifak purba.

Zaman Paleolitik 1. Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh masa 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Alat batu yang digunakan ialah alat repihan seeprti alat batu penetak. 2. Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik ialah seperti berikut: (a)Lokasi: (i)Kota Tampan, Bukit Jawa, Bukit Bunuh,Lenggong,Perak. (ii)Gua Niah,Sarawak. (iii)Tingkayu,Sabah. (b)Ciri-ciri penempatan dan masyarakat: (i)Hidup berpindah-randah atau nomad. (ii)Tinggal di dalam dan di luar gua serta sekitar kawasan tasik. (c)Kegiatan utama: (i)Memburu binatang liar. (ii)Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun. (iii)Mengamalkan cara hidup sara diri. (d)Peralatan: (i)Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam kehidupan seharian. (e)Kepercayaan: (i)Mengamalkan kepercayaan aninisme. (ii)Mengamalkan upacara perkuburan.

Zaman Neolitik 1. Mengikut para pengkaji sejarah, Zaman Neolitik bermula 7000 tahun dahulu. 2. Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, menternak binatang dan bercucuk tanam. 3. Ciri-ciri masyarakat zaman ini adalah seperti berikut: (a)Lokasi: (i)Gua Cha,Kelantan (ii)Bukit Tengkorak,Sabah (b)Ciri-ciri penempatan masyarakat: (i)Tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai. (ii)Membuat pembahagian kerja. (iii)wujud sistem bermasyarakat. (iv)Mempunyai seorang ketua. (c)Kegiatan utama: (i)Bercucuk tanam. (ii)Menangkap ikan. (iii)Berburu dan menternak binatang. (iv)Memungut hasil hutan. (v)Berdagang secara bertukar barang. (vi)Membuat barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelang. (d)Peralatan: (i)Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu. (ii)Mencipta tembikar, bekas air,periuk dan belanga. (iii)Tulang mawas yang diperbuat daripada besi digunakan untuk melombong. (e)Kepercayaan: (i)Mengamalkan kepercayaan aninisme.

Peralatan Zaman Neolitik

Pengebumian manusia Zaman Neolitik Pengukuhan Minda

Zaman Logam 1. Zaman Logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Manusia zaman ini telah mula mencipta alat gangsa dan besi.

2.

Antara ciri-ciri Zaman Logam ialah: (a)Lokasi: (i)Sungai Tembeling,Pahang. (ii)Gua Harimau,Perak. (iii)Changkat Menteri,Perak. (b)Ciri-ciri penempatan masyarakat: (i)Mula hidup secara menetap di satu tempat. (ii)Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di gua. (iii)Mengamalkan adat resam. (c)Kegiatan utama: (i)Bercucuk tanam. (ii)Menangkap ikan. (iii)Menternak binatang. (iv)Berburu. (v)Berdagang secara tukar barang. (d)Peralatan: (i)Mencipta alat logam daripada gangsa dan besi. (e)Kepercayaan: (i)Sudah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu. (ii)Mengamalkan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.

Peralatan Zaman Logam Pengukuhan Minda

Perbandingan Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam Keistimewaan Zaman Prasejarah 1. Kesimpulan daripada pengkajian zaman prasejarah telah membuktikan bahawa penempatan awal telah lama wujud di negara kita.

2. Perkembangan tamadun manusia ini hampir setanding dengan ketamadunan bangsa lain di dunia. 3. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan kegigihan masyarakat parasejarah yang berusaha membuat perubahan, menandakan mereka ialah masyarakat yang gigih berusaha.